Tuesday 25 October 2011

Cinta tak semestinya bersatu.....

Cinta tidak semestinya akan bersatu… menyintai seseorang menerima dia seadanya.. kekurangan dan kelebihan dia.. Cukup beruntung jika cinta kita dapat bersatu.. tapi cinta itu menuntut pengorbanan.. jika cinta tidak dapat bersatu kita harus redha dengan ketentuanNya..

Tidak semua kebahagian milik kita, ada ketika kita harus menanggung derita.. memang pahit dan terasa ingin menangis dan tidak mahu hidup… tapi apalah daya kita sebagai manusia.. ujian dari Allah menjadikan kita lebih kuat. Kita tidak harus berputus asa. Cinta yang abadi hanya pada DIA yang satu. Allah yang Esa.

Cinta datang dalam hidup kita tanpa isyarat dan syarat, dia datang tanpa diundang dia pergi tanpa dihalau… datang dan perginya cinta tiada siapa yang tahu. Perasaan orang yang dilamun cinta memang cukup indah.. macam dunia ini milik mereka.. Hakikatnya mana ada perhubungan cinta yang tiada badai.

Dugaan dalam bercinta adalah saat diri kita diuji, mampukah kita melawan semua ujian itu.. jika kita mampu menepis dan menanggung semua dugaan kita akan bahagia menikmati cinta… namun jika kiga gagal untuk melalui semua ujian ini maka kita akan gagal mengapai kebahagiaan.

Bila berbicara soal cinta memang cukup indah dan begitu membahagiakan. Seolah-olah kita berada diawang-awangan, terbang di udara, berenang dilautan, berjalan dibumi tanpa berpijak… uh… memang best…

Namun mampukah kita mengapai cinta yang kita impikan…cinta memang satu perkara yang sering dikatakan terlalu komplek untuk difahami. Cinta itu sesuatu yang subjektif, cinta tak semestinya sesama manusia. Kita juga harus mencintai alam dan persekitaran kerana jika tiada cinta pada alam, alam akan jadi rosak dan hancur musnah.

Cinta waktu remaja sering dikatakan saat yang paling indah.. ia juga dikenali sebagai cinta monyet.. (bertuah sungguh sang monyet). Kenapa cinta monyet? Cinta monyet ini tidak kukuh.. mudah beralih arah.. macam monyet juga kerana ia bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain. Namun ada juga cinta monyet yang kekal hingga akhir hayat, Beruntung sungguh insan ini. Tidak semua orang dapat merasainya… Biasanya cinta ini akan kita ingat sampai bila-bila. Memberi kesan yang cukup dalam biarpun cinta ini tidak kesampaian.

Cinta memang diperlukan oleh setiap insan, tak kira pangkat atau darjat. Mereka semua perlukan cinta untuk meneruskan kehidupan ini. Kita perlukan cinta untuk menjana ekonomi kita kerana bila ada cinta kita ada matlamat untuk hidup. Kita akan meningkatkan taraf hidup kita untuk membahagiakan pasangan kita…

Cinta adalah menerima dan memberi. Perlu ada dua hala untuk berjalan dengan lancar. Jika berjalan dengan cara sehala akan pincang dimana-mana. Siap sedia menerima kekurangan dan kelebihan dia. Kita tak perlu untuk menaruh harapan yang begitu tinggi pada cinta yang ada kerana jika harapan itu terlalu tinggi bila jatuh ia akan jadi terlalu sakit.

Namun menyintai tak semesti memiliki melihat orang yang kita cintai itu bahagia itu sudah cukup bagi kita… adilkah?  Mulut mudah menuturkan tapi hati? Tiada siapa yang tahu. Memang itu yang kita harapkan bila cinta kita tak kesampaian.. kita nak berkorban untuk orang yang kita sayang… mengharapkan yang terbaik buat dia.. biarpun hati sendiri luka yang amat dalam.. siapa tahu? Hanya kita sendiri yang tahu.

Setelah kehilangan cinta kita amat sukar untuk menerima cinta yang lain. Perasaan takut akan dikecewakan semula itu cukup tebal, ini membuatkan kita curiga untuk menerima cinta. Memang tidak dinafikan patah tumbuh hilang berganti tapi yang patah itu tidak akan sama sekali dengan yang tumbuh. Biarpun yang datang itu sebaik malaikat pun kita sukar untuk menerima dia. Terkadang Allah nak menguji kita dengan menemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu baru kita jumpa orang yang betul. Namun bila hati kita telah dilukai sukar untuk kita menerima orang yang baru itu. Oleh itu bukalah hati kita untuk menerima kenyataan dan realiti kehidupan.

          Dalam kehidupan ini banyak pintu telah diciptakan untuk kita. Berbagai pintu untuk kita buka, ada bahagia ada derita. Terkadang bila kita sudah terperangkap di satu pintu kita leka dan malas untuk menoleh atau mencari pintu yang lain. Sedangkan pintu itu pintu yang cukup derita. Kita rela menderita dari kita bergalih ke pintu yang lain. Terkadang kita dah jumpa pintu ada kunci tapi kita takut nak masuk. Kadang kita jumpa pintu tapi  tak jumpa kunci atau sekarang ni zaman canggih lupa pulak ‘password’ nak buka pintu. Aduhai… sedihkan…

Ada pepatah kata cinta yang bahagia ibarat taman yang subur penuh dengan bunga-bunga segar dan rama-rama yang berterbangan riang. Kita akan terus tinggal di situ selama mana pun tanpa ragu. Namun cinta yang derita ibarat taman yang kontang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang mati. Taman yang tandus ibarat padang pasir yang kita tidak akan sanggup berada lama di dalamnya.

Kesimpulannya dalam cinta, kita perlukan kekuatan dalam diri, baik dari segi mental dan fizikal. Perlu tabah untuk mengharungi segala dugaan dan ujian dalam bercinta. Kita tidak akan menduga apa yang akan datang pada kita. Semuanya tidak terjangkau oleh fikiran kita. Oleh itu kita harus pelihara cinta kita agar terus mekar mewangi sampai bila-bila. Namun besar mana pun cinta kita sesama manusia tidak sama betapa agungnya cinta Allah pada hambaNya. Oleh itu biarlah ianya seiring melangkah…


Samiza Ezanie.
25/10/11
3.28pm.

Lama dah tak update blog...

Lama dah tak update blog… sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Biar hati itu meronta untuk update tapi masa tidak mengizinkan.. dan beginilah jadinya terbengkalai sudah…
         
Banyak benda yang berlaku akhir-akhir ni membuatkan aku duduk sebentar dan berfikir. Apa yang Allah jadikan untuk kita bersebab dan kita harus redha dengan apa yang berlaku.
         
Makin kita berusia dan makin lama perhubungan sesuatu pasangan itu makin kita di duga. Ceh! Macam terror je… poyo jap!.. Tak kira lelaki ke perempuan bila dah semakin berusia semakin ingin dimanja dan diberi lebih perhatian berbanding usia masih muda belia dan bergetah… terkadang benda tu kita nampak remeh je.. masa muda tak kisah pun.. tapi bila dah berusia benda yang remeh pun jadi berat… 

Memang bila kita dah tuekkk…(bahasa jawa jap (tua sebenarnya)) kita semakin sensitif biarpun fikiran tu matang dengan pengalaman yang dilalui namun itu bukan ukuran untuk kita menilai.

Mengapa sekarang anak-anak gadis suka mencari lelaki lebih berusia… dah buat research secara rambang ni..( bukan seks rambang ya.. berdosa) mereka kata lelaki berusia ni lebih pengalaman dan lebih prihatin kepada mereka berbanding lelaki seusia mereka. Sharing and caring dia memang tahap gaban.. sedangkan yang seusia mereka tahap cipan je.. itu yang mencari orang yang lebih berusia. Apatah lagi bila pasangan itu penuh poket… memang makin sayang dan cinta lah tak ada belah bagi 100 percent.

Mengapa pula wanita mencari anak teruna lebih muda? Sama saja jawapannya… copy and paste dengan jawapan di atas. Bagi mereka yang lebih berusia lebih mengambil berat dan lebih segalanya dari yang muda. Siapa yang harus disalahkan? Kita tidak harus menuding jari pada sesiapa pun. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Nak menari tango pun perlu pasangan yang serasi agar langkah itu tidak sumbang mambang. Tepuk dada tanya selera.

Tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan tak perlulah sehingga kita meruntuhkan hubungan yang lain untuk memuaskan hati kita. Janganlah kita berbahagia dengan airmata orang lain. Kita bina istana dengan merosakkan istana yang lain. Pedih tu… Cuba letakkan diri kita kat kasut orang tu… memang kita tidak akan tergamak untuk melukakan hati sesiapa pun kat dunia ini… kalaulah semua orang berperasaan baik tak adalah sikap irihati dengki dan khianat. Tak adalah polis, askar dan mahkamah. Dah  semua berjalan dengan lancar dan baik… aman dunia ni… mustahil sungguh berangan sebegini… mimpi betul!

Kita bukannya sempurna sangat pun…. Namun kita harus mencari kesempurnaan. Sentiasa tidak berputus asa untuk memperbaiki diri. Biarpun terkadang penuh ranjau onak duri terpaksa kita lalui. Suka atau tidak kita harus menempuh semua dugaan itu. Kita bukannya kayu, tunggul ataupun tembok. Kita manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Kita punya hak untuk diri kita. Kita tak perlu mengikut telunjuk orang lain untuk menjalani hidup kita jika telunjuk itu bengkok. Namun begitu jika telunjuk itu lurus tidak berkait kita harus dan boleh untuk mengikut.

Orang lain tidak boleh tentukan hidup kita, mereka hanya perlu menyokong dan memberi nasihat baik dan buruknya langkah yang kita ambil. Kita yang harus tentukan arah tuju hidup kita. Kita bukan robot yang sentiasa menurut arahan, kita ada rasa, ada hati ada perasaan. Orang lain harus menghormati perasaan kita itu… jangan biarkan dia menguasai hidup kita.

 Hidup mesti bersinar seperti matahari kerana kita hidup di  dunia ini
 hanya sementara.

Hidup subur dan segar sentiasa untuk menceriakan suasana.

Jangan jadi katak dibawah tempurung tidak tahu apa yang berlaku
          disekeliling kita.

Bekerja untuk menaikkan taraf hidup kita.. seronok dengan apa yang
          kita lakukan..

Terbanglah setinggi mana pun tapi tetap beringat dimana bumi dipijak.

 Biarpun jalan kita penuh berliku pastikan dihujung sana ada cahaya.

Bukan mudah untuk mencari kesempurnaan dalam hidup.. melangkah
          selagi terdaya… maju ke hadapan…..



Samiza Ezanie
21/10/2011
12.00pm