Monday 26 September 2011

Pengalaman adalah ilmu kita...

Kita perlu menuntut ilmu sehingga kita berjaya.. dan tanpa ilmu kita ibarat tong kosong.. tidak ada apa yang dibanggakan.. menuntut ilmu tidak semestinya belajar di sekolah atau di universiti. Kita boleh menuntut ilmu di mana pun waimah di tepi jalan pun kita boleh mengutip ilmu..

            Menuntut ilmu tak semestinya menggunakan buku dengan pen dan pensil. Guru yang paling bagus adalah apa yang kita lalui hari-hari. Persekitaran yang ada disekeliling kita. Kita boleh belajar dari apa yang kita lihat, dugaan dan ujian yang Allah berikan pada kita. Makin banyak dugaan makin banyak ilmu yang kita dapat. Terkadang kita mengeluh, marah, beremosi dengan apa yang kita lalui tanpa kita sedar itulah ilmu yang paling berharga kita dapat. Bila kita mengalami situasi itu semula kita sudah tahu cara penyelesaiannya…

            Pandai di bidang akademik adalah satu kelebihan untuk kita, kerana kita belajar sesuatu secara sistematik. Mengikut aturan yang betul, belajar secara berperingkat. Mengikut tahap umur kita. Kita boleh mempergunakan ilmu yang kita pelajari untuk menaiktaraf hidup kita. Namun itu tak semudah yang disangka.

            Bagi mereka yang buta huruf tidak belajar secara sistematik pun boleh berjaya kerana mereka belajar dari apa yang mereka lalui. Untuk berjaya mereka perlu berusaha dengan sebaik mungkin dengan apa cara sekalipun. Mereka mahir mempergunakan pengalaman yang mereka kutip dimana-mana untuk memajukan diri. Mereka bekerja keras dengan kemahiran yang mereka ada.

            Tidak semestinya kita mahir akademik kita mahir dalam kemahiran hidup. Ini semua bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita pandai dalam akademik tapi kita malas berusaha tak kan menjadi apa. Ilmu itu terbiar tanpa ada manfaat pada diri kita. Jika kita mempunya kemahiran dalam hidup dan kuat berusaha kita akan berjaya. Semua itu bergantung apa yang kita usahakan..

            Kita kena selalu muhasabah diri, sentiasa berusaha untuk meperbaiki diri kita. Pandangan orang disekeliling kita perlu diambil kira. Kita kena keluar dari kepompong kita. Kita kena bergaul dan bercampur dengan semua orang. Ikhlas dengan diri kita. Kita jangan terikat dengan kelompok kita, Kita perlu mencampuri kelompok yang lain. Tak semestinya kita petani perlu bercampur dengan petani sahaja atau kita seorang jurutera kita perlu bercampur dengan jurutera sahaja. Itu menjadikan hidup kita menjadi bosan… kerana kita berada dalam satu kepompong sahaja.

            Bila kita keluar dari kepompong kita banyak pengalaman yang kita dapat. Kita akan tahu cara hidup mereka dan mereka tahu cara hidup kita. Saling bertukar pendapat antara satu sama lain. Oleh itu secara tidak sengaja kita mendapat ilmu untuk memajukan diri kita. Memang tidak dinafikan ada sesetengah orang bila dah berjaya jadi sombong, bongkak ego dan memandang hina pada yang miskin. Namun tidak semua sebegitu, malah ada antara mereka lebih menghargai orang yang kurang berjaya. Mereka membantu mereka untuk berjaya seperti mereka.  Mereka tidak pernah membezakan pangkat, darjat dan keturunan.

            Bila kita merasa diri kita kurang berjaya mengapa kita tidak berusaha memperbaiki diri kita, keluar dari kepompong kita. Kita tidak perlu rasa rendah diri, malu atau merasa diri tidak berguna. Itu adalah sesuatu yang silap bila kita berfikiran sebegitu. Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya jika hambaNya itu sendiri tidak mahu berubah. Penghijrahan dalam diri itu perlu. Hijrah tidak semestinya kita berpindah tempat.

            Penghijarahan dalam diri itu memang sukar pada awalnya. Kita dah terbiasa dengan cara yang lama untuk mengubah ke cara yang baru akan mengambil masa untuk kita sesuaikan diri. Penghijrahan itu tak semudah seperti dikatakan. Banyak menuntut pengorbanan dalam diri kita. Terkadang kita tak sanggup dengan dugaan yang datang bila kita memulakan penghijrahan dalam diri. Kita perlu mengumpulkan kekuatan dalam diri, bermuhasabah dengan apa yang kita telah lalui. Sampai bila kita harus berada ditakuk lama.. Persekitaran dan orang sekeliling banyak memainkan peranan untuk kita berjaya atau sebaliknya.

            Kita perlu pandai memilih siapa rakan kita, kita kena mencari siapa dia yang layak untuk diri kita. Jika pilihan kita buruk, buruklah jadinya… jika pilihan kita baik, baiklah jadinya… Oleh itu kita harus bijak menentukan arah hidup kita. Orang lain tak kan merasai apa yang kita lalui.. kita sendiri yang akan melalui hidup kita. Semuanya terpulang pada diri kita.. Bak kata pepatah timun dan pisau kat tangan kita. Tinggal cara mana kita nak potong sahaja.

            Kehidupan kita adalah hak kita, tiada siapa boleh menentukan arah hidup kita kecuali diri kita sendiri. Kita perlu berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif hidup kita akan lebih indah dan ceria. Jika kita sentiasa berfikiran negatif hidup kita akan diselubungi kedukaan dan kesedihan yang akan menyulitkan hidup kita.

            Sentiasa berfikiran terbuka, mengambil sesuatu sebagai ilmu yang baik. Apa yang kita lalui adalah pengalaman kita dan pengalaman kita adalah ilmu kita. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, ada pro dan kontranya tinggal lagi kita untuk bertindak dan berfikir adakah jalan yang kita pilih itu gelap atau terang.. Semuanya ditangan kita terpulang pada diri kita.

            Kita hanya perlu mengambil langkah yang kecil untuk berjaya, bermula dari bawah. Selangkah demi selangkah tanpa terburu-buru kerana langkah yang besar dan terburu-buru akan menyebabkan kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun. Bila melangkah dengan penuh berhati-hati dari selangkah demi selangkah bila kita jatuh tidak terlalu sakit dan kita boleh bangun semula dan melangkah lagi…

            Kita perlu tahu tahap kita dimana, ilmu kita setakat mana jadi kita tahu mana arah tuju kita. Kita perlu kenal siapa kawan dan musuh kita. Musuh yang paling rapat adalah diri kita sendiri. Kita perlu melawan diri kita sebelum kita melawan yang lain. Kita jangan mudah berbangga dengan apa yang kita ada. Kita harus mengekalkan apa yang ada pada diri kita dan meningkatkan diri kita ke tahap yang kita mampu.


You have brains in your head.
You have feet in your shoes.
You can steer yourself in any direction you choose.
You're on your own.
And you know what you know.
You are the guy who'll decide where to go.
~Dr. Seuss


Samiza Ezanie
26/09/2011
12.01pm

Thursday 22 September 2011

Life must go on!!!

Terpaksa menghadapi situasi yang sama… 2 times… dalam masa 2 minggu..!! Redha je.. tak boleh nak kata apa.. Semuanya bagai terkunci dan terhenti tak mampu nak bersuara pun. Mata memandang tak sama bahu yang memikul..Bisa mendengar tapi tak mampu untuk untuk berbuat apa-apa. Akukah insan yang terpilih? Yang terpaksa lalui hal ini berkali-kali. Mudah bagi orang lain mungkin dan tak juga mudah mungkin… segalanya mungkin…

            Aku sudah lali dengan situasi ini.. aku dah tak mampu untuk kata apa.. diam itu adalah lebih baik.. redha, ikhlas, tawakal dengan ketentuan Allah.. Mungkin ini cara Allah nak tunjuk pada aku salah satu cara menghayati nikmat hidup ini.. Tak semua dapat merasai, alami apa yang aku lalui kini.. Berbagai perasaan bercampur baur, sedih, kesal dan entah apalagi perasaan menjadi satu..

            Bagaimana staff hospital boleh bersabar melayani semua karenah pesakit dan keluarga pesakit mengapa tidak aku menjadi seperti mereka.. Bagaimana mereka boleh menghadapi saat-saat genting itu tanpa rasa gentar dan takut… suka atau tidak mereka tetap lakukan juga demi sebuah tanggungjawab yang diamanahkan.. mereka harus sabar dan tabah.. Aku kena belajar dari mereka.. Belajar untuk menjadi tabah dengan segala dugaan yang datang.. Belajar sabar, tenang, mengawal emosi.. menyembunyikan kesedihan demi sebuah tanggungjawab.. Redha se redhanya….

            Aku juga macam mereka melihat kematian di depan mata.. melihat mereka yang nazak menunggu saat untuk pergi menghadap Illahi… tak kira apa bangsa pun.. kesedihan ditinggalkan orang yang disayang… Ibu kehilangan anak… isteri kehilangan suami dan pelbagai perhubungan lagi.. Kepayahan seorang doktor mencari kekuatan untuk memberitahu keluarga bahawa mereka telah kehilangan orang yang disayang…

            Aku melihat sendiri betapa sukar dan tidak ada erti putus asa bagi seorang doktor menyelamatkan nyawa… kita terkadang terlupa tentang jasa mereka.. menuding jari jika mereka tidak mampu mnyembuhkan penyakit kita… tapi tahukah kita bahawa mereka telah berusaha sebaiknya.. Aku sendiri melihat seorang doktor tidak percaya yang pesakitnya sudah tidak bernafas.. mencuba berbagai cara mengembalikan nafas mereka.. sanggup memanjat katil membuat CPR dan berbagai cara yang aku sendiri tidak tahu. Seakan ingin mendekati mereka memberi sedikit kekuatan. Tapi siapalah aku.. aku sendiri juga tidak kuat dengan dugaan yang datang…

            Aku sendiri melihat betapa kehampaan terpamer diwajah mereka bila gagal menyelamatkan nyawa… mereka juga manusia seperti kita bukan robot yang tak punya perasaan…. Mereka juga tak mampu melawan takdir.. mereka hanya mampu berusaha dan segalanya Allah yang menentukannya… Pujian dan ucapan terima kasih tidak cukup untuk mereka.. Menghargai, memahami dan bertolak ansur dengan mereka adalah yang terbaik buat mereka…

            Mungkin ini cara Allah untuk aku menebus dosa.. mencurah kasih sayang pada ibubapa disaat mereka sudah diambang senja. Masa mereka tak panjang.. memang ajal dan maut jodoh pertemuan di tangan Allah. Kita kena percaya pada qada dan qadarnya.. Setiap apa yang berlaku da hikmah yang tersembunyi. Menguji aku sebagai anak.. sering dikatakan ibubapa mampu menjaga 10 orang anak tapi 10 orang tidak mampu menjaga kedua ibubapa… benarkah?.. Aku harap aku tidak tergolong dalam golongan ini.
.
            Aku bukanlah anak yang terbaik tapi aku cuba buat yang terbaik untuk mereka… memang mudah untuk berkata-kata tapi tidak mudah untuk melaksanakannya.. Perlu kekuatan apatah lagi aku punya tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, adik, kakak, pekerja dan pelbagai tanggungjawab. Aku perlu menjaga semua hati agar tiada yang terguris. Tak semua orang akan faham situasi kita… Hanya segelintir yang mengerti..

            Tanggungjawab agak sukar dilaksanakan tanpa kerjasama semua orang. Tolak ansur bersefahaman saling berkait antara satu sama lain. Jika tanpa semua ini.. tiada apa yang mampu dilaksanakan dengan baik..

            Terkadang kita terfikir mengapa kita.. persoalan itu terus bermain diminda kita.. mencari jawapan namun… hanya Allah yang lebih mengetahui apa kenapa mengapa ini semua berlaku kepada kita.. Sesukar manapun kita harus menelan situasi ini, mengawal emosi.. bersikap tenang biarpun jiwa penuh kecelaruan..

            Mungkin ini yang telah disuratkan untuk aku dan ada maksud yang tersirat dan rahsia yang tersembunyi.. kita tak kan tahu,, Hanya Allah lebih mengetahui dan kita harus terima. Sabar dan tenang selalu.. Life Must go on…

            Dugaan… ujian… mematangkan kita tanpa kita sedar.. Ini janji Allah pada hambaNya.. Tak kan ada sesuatu kejadian itu tanpa sebab musababnya.. redha…

“ Life is fantastic! Spend some time chasing romance. Laugh, share and experience life. We don’t have time to throw our lives away! We get one shot at life!” – Aaron Lumpkin.


Samiza Ezanie..
20/09/2011
2.00 am
Wad Kecemasan
Hospital Batu Pahat, Johor…

Terkadang kita terlupa.......

Terkadang kita terlupa tentang kejadian yang berlaku di dunia ini ada sebab musababnya. Ada hikmah dan pengajaran yang kita pelajari..

            Terkadang kita terlupa bahawa guru yang paling baik adalah dari pengalaman yang kita lalui.. kita tetap mengulangi kesilapan biarpun sudah melalui kesilapan yang sama berulang kali..

            Terkadang kita terlupa bahawa tidak semua mempunyai peluang kedua, ketiga, keempat atau sehingga seribu kali pun dalam hidup kita. Kita sering sia-siakan peluang yang ada di depan mata.. kerana kita sering menganggap peluang itu akan datang lagi…

            Terkadang kita terlupa peluang yang kita dapat itu adalah peluang yang terakhir untuk kita memperbaiki masa depan kita.. Kita harus memberi diri kita ruang untuk berfikir secara rasional dan pertimbangkan semua benda yang ada disekeliling kita..

            Terkadang kita terlupa bahawa keluarga dan persekitaran kita memainkan peranan untuk membentuk siapa diri kita.. Kita ego.. pentingkan diri kerana kita rasa kita adalah yang terbaik.. hakikatnya kita lupa ada orang yang lebih baik dari kita..

            Terkadang kita terlupa bahawa sebagai seorang anak kita harus mematuhi segala peraturan yang ibubapa berikan pada kita.. kita lupa cara didikan yang ibubapa telah tetapkan dari kita kecil kerana kita menganggap ianya sudah lapuk untuk diguna pakai dizaman internet ini kerana zaman milineum ini kita bebas bersuara dan melakukan apa saja tanpa memikirkan perasaan orang disekeliling kita. Kita terlupa ada hati yang terguris… Kita lupa…

            Terkadang kita terlupa sebagai ibubapa kita juga harus mendengar apa luahan hati anak kita. Apa yang mereka mahukan atau sebaliknya. Kita sering beranggapan sebagai ibubapa kita mempunyai kuasa veto untuk anak mengikuti segala arahan kita. Kita lupa anak itu punya hati dan perasaan. Punya impian dan cita-cita yang harus mereka penuhi.. Jika arahan tidak dituruti kita menjatuhkan hukuman sebagai anak derhaka.. kita lupa bahawa itu anak kita..Perlu berbincang apa kehendak dan kemahuan mereka .. kita buat mereka seperti boneka yang bernyawa.. Kita lupa yang dia anak kita..

            Terkadang kita terlupa bahawa sebagai ibubapa dan anak sering memerlukan antara satu sama lain. Tidak semestinta kita ibubapa selalu betul dan anak itu salah. Terkadang anak itu seperti jam loceng untuk kita atau terkadang boleh menjadi bom atom menyedarkan kita yang kononnya sebagai ibubapa ini sentiasa betul..

            Terkadang kita terlupa bahawa anak itu adalah gambaran silam sewaktu kita kecil.. tanpa kita sedar tapi.. itulah kebenaran yang harus kita terima.. Kita lupa bahawa usia bukan pengukur seseorang itu berfikir secara rasional.. Ego.. Emosi sering melupakan kita bahawa tiada siapa pun yang sempurna..

            Terkadang kita terlupa bahawa ada orang yang lebih baik dan sempurna dari kita.. Setiap manusia dan kejadian di dunia ini berpasangan.. Tiada bersendirian contoh paling simple . Setiap ada keburukkan pasti ada kebaikan disudut yang lain.. Kita lupa untuk berfikir tentang kejadian disekeliling kita kerana kita menganggap hidup kita adalah dunia kita..

            Seharusnya kita tidak boleh lupa kerana hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan dia kelebihan kita.. kelebihan dia kekurangan kita.. Jika kita tidak lupa hidup kita cukup indah jika sering berkerjasama dengan alam dan manusia kerana kita sering memerlukan antara satu sama lain…

“We are going to take an honest look at ourselves and see what we can do to get our lives on track because we only get one chance a life.. We do not get to start over. Each moment of life is precious, whether we realize it or not. People are responding to us right now based on the way we are acting.”

“Today is a new day for us.. we are still here! We still have chance. Resolve to begin a new life today. Life is Amazing! Don’t miss out on it!” – Aaron Lumpkin.


Samiza Ezanie
23/09/2011
10.00am.

Wednesday 7 September 2011

BILA BEGITU DAN BILA BEGINI....

            Andai bila begitu kita mahukan ia jadi begini... bila kita mahu begini dia mahu jadi begitu... sebab apa yang kita mahukan tidak pasti kita akan dapatkan... kiranya kita cukup beruntung bila kita mahukan ia begini jadi begini... bila mahukan begitu jadinya begitu...

          Kita sering mengharapkan kehidupan kita indah tanpa perlu dibebani masalah yang membuat kita tidak tentu arah.. bosan dengan kehidupan yang dilalui... hakikat yang bernama kehidupan itu sebenarnya indah seperti yang saya katakan sebelum ini... cuma cara kita menjalani kehidupan itu...

        Kita selalu mengharapkan hari kita sentiasa cerah tapi hujan akan turun sesekali membasahi bumi... kerana bila hujan sebenarnya ada keindahan yang menanti kenapa begitu.. sebab ia begini.. pelangi akan muncul.. indahkan.. orang dulu-dulu kata bila ada pelangi itu tandanya ada puteri turun mandi... (tak buat kajian lagi tentang ni..)..

       Tapi dalam kehidupan... pelangi itu diibaratkan macam kejayaan dalam hidup... hari yang cerah cukup indah bila hujan itu dugaan dan bila pelangi itu kejayaan...

       Terkadang kita mahukan sesuatu itu berjalan dengan lancar tapi hakikatnya tidak begitu... tak semua yang kita nak kita akan dapat... kita harus sedar dalam kehidupan ini banyak sangat dugaan untuk kita lalui sebelum kita berjaya.. tak kiralah apa pun..

      Berbicara tentang kehidupan tidak akan habis... kerna selagi kita masih bernafas selagi itu kita kena lalui semua dugaan hidup...

      Begitu dan begini.... ya... itulah kehidupan....

Friday 2 September 2011

Hariraya... berbagai cerita... suka dan duka....

            Hariraya sudah masuk yang keempat hari.... tahun ini aku cukup bahagia dan gembira... berbagai cerita suka dan duka... dan perjalanan raya ini juga cukup panjang... melihat cahaya kebahagiaan diwajah anak-anak membuat aku cukup seronok.,. dan aku rasakan hidup aku cukup indah...

           Bila kita suka kita ketawa dan bila kita berduka kita akan menangis itu yang selalu kita fahami dan itulah lumrahnya tapi hakikatnya tidak.. menangis tidak semestinya sedih dan ketawa tidak juga gembira... kita ni semua pelakon-pelakon yang hebat... dan boleh memainkan peranan mengikut suasana.. terkadang kita terpaksa berlakon untuk menutupi kesedihan sendiri atau kelukaan dihati... bukanlah kita mahu menjadi hipokrit tapi itulah kehidupan...

          Semalam aku mendapat tips yang cukup bagus dari anak-anak buahku... thanks piee.. ketawa adalah satu senaman yang hebat untuk nampak sentiasa muda... bila muka sentiasa serius urat muka akan jadi penat dan kita akan nampak tua sebelum waktunya... dan aku percaya akan tips yang diberikan.. dan aku cukup terkejut dengan perubahan piee... 360 darjah tu... kau jadi lebih berani ya... tahniah...

          Berbalik pada hariraya... saat ini kita akan bertemu rakan taulan saudara mara jauh dan dekat.. masing-masing punya cara tersendiri untuk meraikannya.. dan aku cukup bahagia bila mereka berkumpul .. bercerita.. bergurau dan saling bantu membantu menyiapkan juadah hariraya... dan tradisi biasa dikampung munjung memunjung.. ni berlaku di kampung ya... best tahu... boleh bertukar lauk pauk.. sama merasa...

        Apabila berkumpul sudah tentu banyak ragam dan karenah yang dilihat... tapi itulah kebahagiaan... dan kebahagiaan itu akan terus menjadi milik kita....


        Ini saja cerita untuk setakat ini...


Samiza Ezanie
12.25pm