Thursday 19 January 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 3

“Assalamualaikum.. lama tunggu Man?” Azman menyoal Rabiatul yang sudah siap menanti di depan rumah.
            “Walaikumussalam… taklah baru je Atul keluar ni.. Man, bukakan bonet boleh tak? Atul nak masukkan beg baju ni..” apasal budak kecik ni formal sangat… memanglah aku jarang berbual dengan dia, selalu banyak pasal kerja je.. aduhai… Azman menggeleng kepala perlahan sambil membuka bonet.
            “Atul satu beg je ke?” Azman menyoal lembut.
            “Yup!” pendek je jawapan dia.
            Rabiatul mengunci pintu dan pagar, sebelum keluar tadi dia telah memastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Maklum dia nak tinggalkan rumah tiga hari Fatiha pun bukannya ada. Rabiatul meminta Azman menunggu sebentar kerana dia nak berjumpa dengan Mak Jah sebelah rumah. Nak tinggalkan kunci dan minta Mak Jah tengok-tengokkan rumah sementara ketiadaan dia. Mak Jah ni jiran yang prihatin dan mengambil berat. Dah lama mereka berjiran sama lama dengan syarikat yang dia bekerja sekarang.
            Mak Jah menuturkan sedikit pesanan dan nasihat. Dia juga sempat memperkenalkan dengan Azman sebagai rakan sekerja. Mak Jah siap mengusik lagi macam pinang dibelah dua katanya.. seronok Azman diusik begitu. Rabiatul hanya menjungkitkan bahu… ya lah tu pinang dibelah dua… sesuai ke?
            Mereka memulakan perjalanan tanpa banyak bicara, Masuk saja di Tol Jawi handphone Rabiatul berbunyi… alahai Abang Radhi ni apalah yang dia nak…
            “Assalamualaikum…”
            “Adik dah masuk highway lah bang.. abang ni napa tak cakap awal-awal nak singgah rumah.. Adik nak pergi JB dengan kawan satu ofis..” Azman hanya memerhati dengan ekor mata.. adik… abang… Atul ni anak bongsu ke?
            “Okeylah nanti kita jumpa kat hentian Sungai Perak.. Abang pun jauh lagikan… okeylah nanti cerita.. Assalamualaikum..” Rabiatul menghentikan perbualan dan memandang Azman yang fokus memandu dan memulakan bicara.
            “Man… nanti kita berhenti kat hentian Sungai Perak ya. Abang Atul nak jumpa Atul kat sana. Man tak kisah kan?” lembut saja budak kecik ni berbicara membuatkan dada Azman sudah berlaga rentak. Tak stabil.. entahlah dia sendiri pun tak pasti apa yang telah berlaku pada hati dia kini. Memang mereka satu ofis hampir 6 tahun tapi baru semalam mereka rapat. Mungkin sebelum ini dia sudah bertunang mungkin dia tidak nampak perempuan yang lain. Setia konon… tapi apa yang dia dapat… hampeh..
            “Man.. tak pelah kalau tak boleh singgah nanti Atul bagi tahu kat Abang Atul.” Rabiatul bersuara lagi bila Azman hanya mendiamkan diri.. tak apalah dia nak teman aku pun dah baik… bisik hati Rabiatul…

            “Eh! Man tak cakap apa pun… sapa kata tak boleh? Bolehlah sayang… jangan merajuk ya…” glurp! Rabiatul terkejut… sayang bagai.. dah kenapa dengan mamat serius ni dah bertukar ke?… seram je…
            Azman hanya tersenyum senang.. saja nak mengusik budak kecik ni.. bukan apa pun.. tapi apa salahnya mereka berdua belum berpunya… namun bila keadaan statik macam tak ada orang dalam kereta Azman mula rasa bersalah..
            “Atul, Man minta maaf sikap Man yang lepas laku yang buatkan Atul tak selesa, tapi benda ni spontan. Man pun tak tak tahu kenapa Man rasa seronok sangat dapat keluar dengan Atul. Mungkin selama ini kita jarang sekali berinteraksi antara satu sama lain. Ada tak ada hal yang berkaitan dengan syarikat je. Kita ni dekat tapi jauh sebenarnya. Susah benar Man nak dekati Atul berbanding dengan Tiha. Kalau ada Tiha je Atul nak berbual dengan Man. Maaflah selalu juga Man perhati Atul dengan Tiha. Beza benar Atul bila bersama Tiha. Bila bersama Tiha, Atul mesra alam becok mulut tu.. tapi bila dengan orang lain Atul serius. Tu yang bila dapat keluar dengan Atul ni teruja semacam.. maaf buatkan Atul tak selesa.” Tak salah meluahkan apa yang ada dihati.. bisik Azman di dalam hati… harap Atul menerima kata-katanya dengan hati terbuka.
Rabiatul merasa terharu dengan apa yang telah Azman luahkan padanya. Bukan dia sombong tapi dia memang susah nak rapat dengan orang bergurau tak tentu hala. Maklum anak manja..
“Man maafkan orang juga buatkan Man serba salah dengan orang. Orang memang susah nak terima sesuatu perhubungan dalam hidup ini. Bukan orang sombong tapi orang tak reti nak memulakan. Lagipun orang takut nanti bila orang terlepas cakap orang sakitkan hati orang lain. Lebih baik kita berhati-hati dengan sesuatu perhubungan. Okey, orang tahu orang takut tak bertempat tapi orang ada alasan tersendiri…” Rabiatul menerangkan perihal dirinya sedikit. Dia tidak mahu ada salah faham antara mereka berdua.
“Okey Man faham apa yang Atul cakap. Apa kata, bermula saat ini.. jap Man tengok jam pukul berapa?” Azman melihat jam ditangannya dan menyambung kembali kata-katanya…
“Sekarang ni bermula pukul 11.30 malam kita akan buat yang terbaik dalam perhubungan kita ini.. kita akan bersama dua tiga hari ini, jadi bila ada jurang memang susah kita nak berkerjasama. Nampak janggal disana sini.. kita pun masing-masing dah dewasa dah tahu berfikir mana buruk mana baik. Apa kata kita berkenalan, mengenali diri masing-masing, saling melengkapi dan bina kimia maksud Man chemistry antara kita. Langkah pertama nama saya Azman Adib bin Hamzah..” Azman mengenalkan diri sambil mengenyitkan mata. Namun tumpuan masih dijalanraya .. memandu beb.. bawa anak dara orang tu…
“Oh… nama saya Rabiatul Adawiah binti Hishamudin..” macam gedik gitu… akhirnya berderai tawa mereka berdua macam kanak-kanak ribena pulak. Apa salahnya antara mereka memulakan langkah pertama… mana tahu ada langkah seterusnya… hanya Allah lebih mengetahui..
Mereka berbual dan bercerita tentang apa pun tanpa rasa segan dan silu… mereka meruntuhkan tembok yang membenteng sedikit demi sedikit.


            Mereka menunggu ketibaan Abang Radhi di hentian Sungai Perak. Mereka masih ditempat letak kereta nak bergerak keluar hujan turun dengan lebatnya. Mereka menunggu saja di dalam kereta.
            Handphone Rabiatul berbunyi, mereka berdua sudah tahu dari siapa..
            “Abang kat mana, adik kat parking kereta.. Ops sorry! Assalamualaikum.. okey-okey jap adik datang..” padan muka aku excited sangat sampai lupa beri salam Rabiatul gelak sendiri. Azman sedari tadi macam pemerhati PBB je.. statik..
            “Man jom! Abang Radhi tunggu kat dalam gerai kat atas. Dia ingat kita belum sampai.. tapi hujan ni macam mana ek?” alamak aku mana ada payung.. bisiknya sendiri Man ni pun boleh tersengih pulak. Dia nampak Azman memusingkan badan kebelakang mengambil payung yang ada dikerusi belakang. Peribahasa ada kata sediakan payung sebelum hujan.. ni betullah..
            “Atul tunggu dulu, Man keluar pergi kat Atul ya..” Azman mengarah perlahan.
            “Ok bos!” buat nakal jap..
            Mereka berpayung berdua nasib baik payung besar tapi tak adalah besar macam payung kat gerai tepi jalan tu.. Bolehlah muatkan mereka berdua, rapat je.. lau bersentuhan pun berlapik. Darurat..
            Abang Radhi dari jauh memerhatikan adiknya bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Mamat mana pula adik aku bawa untuk teman dia ni. Nampak muka macam baik je.. good looking dari luaran.. hope dalam pun baik macam luaran dia juga.
            Mereka berdua sudah memasuki kekawasan gerai yang banyak, Rabiatul memerhati mencari Abang Radhi. Oh itu dia! Abang Radhi melambainya dari sudut yang tidak berapa jauh. Dia mengamit Azman untuk bersama-sama.
            “Abang.. Assalamualaikum,, apa khabar? Sihat?” Rabiatul mengucup tangan Abang Radhi dan memeluknya seperti kebiasaan Abang Radhi akan membalas dengan kucupan di dahi. Akrabkan mereka berdua.. Azman hanya memerhati begitu juga Abang Kamarul PA Abang Radhi. Manja sokmo dak Atul ni bisik Azman di dalam hati.
            “Walaikumussalam, adik tak nak kenalkan orang sebelah?” Abang Radhi mengusik adik yang masih memeluk lengannya.. alamak lupa lak sori abang.. dia menepuk perlahan dahinya..
            “Abang, kenalkan ini kawan adik dari ofis yang sama, dialah partner adik untuk pergi reunion nanti. Nama dia Azman, Man ni abang orang namanya Radhi Khalid.” Rabiatul tergelak selepas memperkenalkan mereka berdua.. hahaha.. memandai saja dia menambah Khalid di belakang Radhi.. Nama abang sebenarnya Muhamad Radhi..
            “Man, jangan dengar cakap dia, memandai tambah Khalid. Ingat abang ni pelawak ke? Luku kepala baru tahu.” Abang Radhi menyambut huluran tangan Azman erat.
            “Eleh! Abang ni itu pun nak sensitif.. pigi dah! Balik nanti adik cakap dengan abah, abang buli adik…” siap angkat kening lagi budak kecik ni..
            “Iskh! Budak ni… cuba cover line sikit.. umur dah berapa ni? Kalau mak mertua nampak reject terus,” Abang Radhi menggelengkan kepala sambil mengajak mereka semua duduk disalah satu meja yang berhampiran. Azman hanya senyum saja.. bagi Abang Kamarul PA Abang Radhi sudah biasa dengan perangai Rabiatul ni… so dia dah tak hairan.. dengan budak sorang ni..mereka memesan minuman…jauh malam ni nak makan pun tak selera.
            “Adik ni buah tangan dari Jakarta, last week abang pergi dengan Kak Lina ada meeting dengan company kat sana. Perkara utama yang abang nak jumpa adik sangat ni sebab nak serahkan surat dari UTM. Adik konvo lagi dua minggu. Abang takut adik tak sempat nak uruskan apa yang patut kalau abang bagi minggu depan masa mak abah balik dari Mekah…” Abang Radhi menyatakan tujuan sebenar meminta untuk mereka berdua menunggunya di hentian Sungai Perak ni.
            “Terima kasih abang untuk Kak Lina jugak.. Abang beli apa ni? Eh! Cantiknya baju ni.. thanks abang.. luv u lah...” lepas laku je budak kecik ni.. selamba dia mencium pipi Abangnya.. cubalah tengok sekeliling..
            “Adik! Cuba control sikit.. malu Man tengok, kalau Abang Kamarul ni dah lali,” Abang Radhi menegur lembut.
            “Ops! Sorry..” merah sudah muka.. lupalah..
            “Tak apalah bang.. kalau tak saya tak tahu Atul ni sebenarnya manja dan kelakar orangnya.. kat ofis memang serius memanjang. Senyum pun susah,” Azman bersuara dengan mata tak lepas memandang budak kecik ni… dah nampak sedikit the true colour of Atul…
            “Dia ni memang.. entah bila nak kawin.. sibuk memanjang.. kerja..kerja.. tu saja yang dia tahu.. nasib baik Man dah temankan dia kalau tidak.. terpaksalah Abang atau Abang Raffi jadi partner dia.. kerja memanjang sampai lupa nak cari pasangan hidup.. Baru dia tahu mengelabah bila nak pergi reunion ni..” Abang Radhi membuka cerita..
            “Dah! Dah! Abang ni.. malu adik…” sudah merah muka, macam udang kena bakar jangan hangus sudah.. mereka bertiga pakat gelakkan Rabiatul yang dah serba tak kena…
            “Oklah hari pun dah lewat ni.. perjalanan jauh lagi.. Man.. abang nak jumpa Man kejap.. adik pergi sana dulu.. man to man talk..” Erk! Habislah aku.. bisik Azman di dalam hati..
            Rabiatul lagilah adoi! Apa Abang Radhi ni.. jangan bikin panas derrr…. Dari jauh dia memerhatikan mereka berdua. Azman kelihatan menganggukkan kepala sesekali ketawa. Akhirnya mereka berpelukan.. erk! Apa ni.. bikin cuak je..
            Mereka berdua berjalan beriringan menuju ketempat Rabiatul berdiri.. serius je muka mereka… takutnya.. hujan kat luar dah berhenti tapi hujan kat dalam diri Rabiatul semakin lebat siap thunderstorm lagi…
            Mereka bersalaman dan berpisah disitu dan menuju ke destinasi masing-masing. Masuk saja dalam kereta perasaan ingin tahu Rabiatul memang cukup tebal.. apa yang Abang Radhi katakan pada Azman.. man to man talk bagai..
            “Man.. abang cakap apa?” gelojohnya budak kecik ni bertanya.
            Man to man talk no woman ya..” Azman dah mula dah..
            “Alahai cakaplah.. orang nak tahu je..” manja suara Rabiatul dan tanpa sengaja dia memegang lengan Azman..zssst.. ada kejutan elektrik kat situ.. nasib baik kereta belum berjalan.. kalau tidak mahu terbabas kereta ni.. lama mereka berpandangan sehingga terdengar hon diluar.. Abang Radhi rupanya…
            Baru Rabiatul perasan yang dia sedang memegang lengan Azman erat.. aduh batal wudhuk.. mak tolong! Lekas-lekas dia menarik tangannya.. malu je.. terlepas derr.. Azman tersenyum dan mengenyitkan mata tanpa sepatah kata.. dia terus memulakan pemanduan.. Rabiatul hanya mampu menunduk dan berdiam diri tak tahu nak cakap apa.. lebih kepada malu sebenarnya.. akhirnya dia terlena tanpa sedar.. Apa yang Abang Radhi kata.. hanya Azman, Abang Radhi dan Allah saja yang tahu…



            Hujan turun dengan agak lebat membuatkan Azman memandu dengan berhati-hati dengan kelajuan yang sederhana. Rabiatul tidur dengan lena, tidak sampai hati Azman untuk mengejutkannya. Malah dia sempat menyelimutkan Rabiatul yang kesejukan. Comel dia tidur, membuatkan sesiapa saja memandang jatuh cinta… entah mengapa buat pertama kalinya dia tidak mengantuk biarpun memandu sepanjang malam.
            Suasana diwaktu subuh cukup mendamaikan dan terasa hening sekali bila ditemani hujan renyai-renyai. Azman membelokkan kereta di hentian Ayer Keroh, mencari tempat yang berdekatan dengan surau mudah untuk dia dan Rabiatul menunaikan ibadah tanpa perlu berjalan jauh.
            Azman membaringkan kepala sebentar, merehatkan badan untuk seketika. Awal lagi, waktu solat pun belum masuk lagi. Menoleh seketika disebelahnya Rabiatul masih lena. Nak mengejutkan tidak sampai dihati, penat sungguh budak kecik ni mungkin kerja yang ditinggalkan oleh Fatiha banyak ditambah lagi dengan kerja dia sendiri. Tak apalah.. biarlah dulu… Azman melelapkan mata seketika..
            Bunyi deringan ditelefon menyedarkan Rabiatul yang sedang lena, terpisat-pisat dia menyapu matanya… emm.. pukul berapa ni? Dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat waktu yang di paparkan. Pukul 6 pagi, sejuknya.. aku kat mana ni? Dia mengeliat seketika terlupa dia di mana… Eh! Dalam kereta rupanya.. melihat keluar hujan masih turun, di memandang ke sisi Azman masih terlena. Penat memandu seorang dari Kulim ke Melaka. Dia tadi mempelawa diri untuk memandu tapi tidak dibenarkan oleh Azman.
            Ralit dia memandang Azman yang masih lena, boleh tahan juga mamat ni.. tidur pun senyum. Nak dikejutkan terasa malu pula, biarlah dulu. Dia memegang jaket yang menyelimutinya, wangi… ni mesti jaket Azman. Terima kasih Man kerana selimutkan Atul, bisik dia di dalam hati. Dia nampak Azman bergerak sedikit, lekas-lekas Rabiatul membetulkan duduknya.
            “Atul.. dah bangun?” Azman menyapa setelah dia membuka mata.
            “Dah, nak kejutkan Man tak sampai hati. Mesti Man penatkan, jauh tu memandu.” Rabiatul cuba untuk berbual mesra.
            “Tak adalah penat sangat, dah biasa pun. Jomlah kita keluar subuh pun dah masuk ni.. nanti lambat pulak. Jap Man ambik payung.. hujan tak berhenti lagi ni.. Atul jangan keluar dulu ya.. tunggu Man.” Azman berbicara lembut sambil memusingkan badan mengambil payung di tempat duduk belakang. Cuaca sekarang ni memang tak menentu, mungkin dah tiba musim tengkujuh kot.
            Dia berjalan dan membukakan pintu untuk Rabiatul.. kalau orang tengok mesti orang ingat pasangan yang hangat bercinta tak pun pasangan suami isteri.. romantik gitu siap bukakan pintu dan berpayung berdua. Pewit!!!... Disaat berjalan berduaan begitu Rabiatul rasa selamat dan dilindungi. Tidak menyangka Azman ada ciri-ciri seorang lelaki yang sering didambakan setiap gadis. Tanggungjawab dia memang superb gitu.
            Selesai solat Rabiatul melihat Azman sedang menantinya di tepi mesin ATM, sibuk membelek telefon entah apa yang dibuatnya. Nampak ralit sangat hingga tidak perasan yang Rabiatul sudah berdiri disebelahnya.
            “Man, tunggu panggilan ke sms dari awek ni?” Rabiatul bersuara sebaik berdiri di sebelah Azman yang berada di dunia lain. Nampak sangat muka terkejut.
            “Tak de maknanya… manalah Man ni ada awek. Buat masa ni Atul lah awek Man. Boleh?” alamak kena aku balik. Gulp! Rabiatul menelan kesat air liurnya. Rabiatul berjalan ke gerai-gerai yang ada di R & R meninggalkan Azman yang tersenyum penuh makna. Lajunya budak kecik ni jalan.
            “Atul, lajunya.. slow lah sikit. Dah lapar ek?” kena lagi.. Azman ni kan memang nak kena ni. Tak habis-habis.
            “Aah dah lapar.. Man tak lapar ke? Kan baru bangun tidur ni, mestilah lapar. Man tak lapar ke?” ambik kau… Azman hanya mampu tersenyum, tak tahu nak kata apa dah.
            Mereka berdua mengambil pesanan dan duduk di tempat yang disediakan. Azman makan mee hoon goreng dan minum Nescafe tarik. Rabiatul hanya mengambil roti bakar dan minum air yang sama dengan Azman. Dia tidak tahan mengambil makanan yang pedas apatah lagi diwaktu pagi. Mereka menikmati makanan dan berbual supaya tidak menjadi bosan.
            “Assalamualaikum.. Atul kan ni?” satu suara menyapa dari belakang. Seorang lelaki sedang berdiri sambil mendukung seorang kanak-kanak kecil dalam lingkungan usia dua tahun. Rabiatul macam spring lantas menoleh dan mereka berdua menjawab salam yang dihulurkan.
            “Walaikumussalam.. ya saya.. sapa ek?” blur sekejap Rabiatul cuba mengingati siapakah gerangan yang berdiri dihadapannya kini. Ingat-ingat lupa dah lama tak jumpa. Azman hanya memerhati.
            “Atul! Bertuah punya budak.. hei! Atul ni memang melampau tahap gaban ni. Abang Rais lah. Tak ingat ke?” Abang Rais mula geram dengan sikap Rabiatul yang sudah lupa padanya. Memang nak kena betul budak sorang ni. Rabiatul baru tersedar, lekas-lekas dia berdiri membuat muka tak bersalah.
            “La! Abang Rais ke? Sorry banget, lupa kejap banyak makan semut kot.. Wow! Lain betullah abang ni, mana orang nak ingat. Dulu tak ada misai sekarang dah ada misai dulu rambut tercacak sekarang dah leper macam budak skema gitu, manalah nak cam. Cuba tengok orang sama je dari dulu sampai sekarang sebab tu abang boleh cam. What’s up bro! Mana wife abang?” sudah keluar mulut laser tahap tak ingat budak sorang ni bila jumpa Abang Rais.. hehehe.. Abang Rais ni Abang angkat kesayangan masa sekolah dulu. Matanya melilau mencari isteri Abang Rais yang tidak pernah dikenali.
            “Mak ai! Sedapnya mulut dia. Cili karang baru tahu sedap dia mengutuk ya. Perangai tak ubah-ubah, tak nak kenalkan abang ke sapa yang ada kat depan adik ni?” Abang Rais mengeleng kepala melihat gelagat Rabiatul yang tak pernah berubah.
            “Ops! Nak kenalkan ke?” sengaja menyakat Abang Rais rindu gila kat abang sorang maklum lama sangat dah tak jumpa. Ayat skema terhilang nombor telefon sebab tu lost contact. Azman hanya mampu tersenyum dan memerhati, di dalam hati berdetik boleh tahan lawak juga Rabiatul ni bila kena gayannya. Satu watak Rabiatul yang tak pernah dia lihat. Pantas tangan Abang Rais meluku kepala Rabiatul tanpa segan dengan lelaki yang belum dikenalkan padanya. Geram sungguh.
            “Sakitlah bang!” comel gaya Rabiatul dipandangan mata Azman mengosok kepala.
            “Buat lagi! Tak pernah nak serius.”  Abang Rais sudah mula nak membebel lebih baik aku stopkan… bisik Rabiatul dalam hati.
            “Okeylah.. ni Azman kawan sekerja Atul dan partner Atul untuk reunion nanti dan Man ni Abang Rais abang angkat Atul yang selalu tertanggal skru kat kepala dia.” Ada ke cara begitu dia memperkenalkan mereka berdua. Memang tak sekolah betul budak kecik ni.
            Mereka berdua berjabat tangan, Azman mempersilakan Abang Rais duduk dan dia mengambil tempat disebelah Rabiatul. Anak yang didukung Abang Rais hanya memerhati langsung tidak mahu melepaskan si Ayah.
            “Abang mana wife?” soalan itu ditanya lagi. Abang Rais dilihat melepaskan keluhan berat. Seakan sukar untuk menyatakan, dipandang wajah dua orang insan dihadapannya dan dia mula berbicara.
            “Kami dah berpisah enam bulan yang lalu, dia melanjutkan pelajaran di UK sambung PHD. Abang jaga anak-anak, yang kecik ni dengan abang yang besar dah sekolah… emak abang kat kampung jaga. Dia yang mahukan perpisahan ini dan abang tidak tahu jawapannya sehingga ke hari ini. Abang tak pernah menghalang cita-cita dia untuk berjaya. Entahlah Atul, mungkin abang bukan seorang suami yang baik untuk isteri abang sebab itu isteri abang tinggalkan abang dengan anak-anak. Tapi abang tahu mesti ada sebab Allah jadikan perkara ini kat abang. Abang redha dengan ketentuan Allah pada abang, tak semua benda dalam dunia ini akan kita dapat. Tak mengapa anak-anak adalah kekuatan abang sekarang ni.
            Maaflah bercerita kisah abang pada kamu berdua pagi-pagi ni. Adik pulak bila lagi? Tak kan hanya sebagai partner je, mesti ada apa-apa kot. Man sabar dengan karenah adik abang ni, boleh tahan degilnya. Keras kepala pun ada juga.” Sempat lagi dalam suasana yang serius tu dia mengusik.
            No komenlah bang.. nama anak abang ni sapa? Comelnya.. Abang tak nak breakfast ke?” Rabiatul seakan mengelak dari soalan yang diajukan.
            “Banyaklah dia punya no komen, jangan nanti abang dapat je surat saman. Bukan boleh percaya adik ni.. bukan abang kenal kamu sehari. Adam Irfan nama dia, abang dah breakfast tadi tu yang nampak adik kat sini tadi. Ingat siapalah tadi yang romantik sangat berpayung berdua macam kenal, rupanya adik.. sesuai sangat.” Abang Rais ni memang nak kena cepuk tak sudah-sudah..
            “Insyallah bang kalau jodoh tak kemana..” amboi jawapan Azman memang membunuh. Rabiatul menelan air liur dengan kesat sekali. Tak boleh tahan dowh… mamat ni.. memang nak kena dengan aku ni..
            Mereka berbual banyak perkara, Azman mula mengenali Rabiatul sedikit demi sedikit. Betul kata orang tak kenal maka tak cinta. Kini dia sudah tahu serba sedikit cara, perwatakan dan sikap Rabiatul tak susah mana pun nak tackle budak kecik ni..