Tuesday 24 July 2012

Bila Hati Sudah Terluka....


Hanya Aku Cintakan Kau Seorang - Farique Nadzir

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi


Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu



Bila dihayati lagu ini boleh membuatkan kita menangis, benda yang dah lepas usah dikenangkan kerana ia akan terus menjadi sejarah dalam hidup kita. Sejarah memang tak boleh dilupakan. Bila ia terkesan dalam hidup kita ia seolah menjadi satu bom jangka yang akan meledak bila-bila masa namun apa gunanya lagi untuk dia meledak sedangkan hakikatnya sudah tiada apa.

Menyesali sesuatu perbuatan adalah baik namun bila penyesalan itu sudah terlambat ianya tiada memberi erti apa-apa. Masa akan mengubat hati kita namun tidak semudah yang dikata kerana bila kesilapan itu adalah dari kita sendiri.

Benar bila dia ada disisi kita.. kita sering terlupa akan kebaikan dia, kita lukakan dia tanpa kita sedar ianya memberikan kesan yang amat dalam pada dia. Kita tidak sedar betapa kecewanya dia dengan sikap kita kerana kita terlalu pentingkan diri kita sendiri. Hakikat ini sukar untuk diterima oleh dia dan dia terpaksa melangkah pergi untuk tidak terus melukakan hati dia sendiri.

Tahukah betapa tersiksanya dia dengan sikap kita sehinggakan orang disekeliling tidak sanggup melihat penderitaan dia. Apatah lagi orang yang paling rapat dengan dia. Melihat airmatanya tumpah sudah cukup menyiksakan mereka namun kita lupa kita tak sedar kita tak hargai dia langsung… Hakikat untuk dia terima kita adalah mustahil dan apakah jalan kita untuk dia terima kita kembali? Adakah mendekati keluarganya, rakannya atau sesiapa saja yang rapat dengan dia? Menjadi stalker yang tak bertauliah untuk mengetahui segala perkembangan dia? Adakah itu jalan yang bijak? Sebenarnya itu bukanlah jalan yang baik kerana dia akan lebih membenci kita.

Jalan yang terbaik adalah biarkan dia menjadi dirinya sendiri. Biarkan dia menjalani hidup tanpa gangguan kita kerana kita harus yakin jika benar jodoh dia dengan kita dia akan datang pada kita dengan sendirinya. Jangan paksa dia untuk terima kita kerana ia akan menjadikan benci itu semakin dalam.. Biarkanlah dia.. Usah kita memaksa dia dengan cara yang keterlaluan.  Hentikan semuanya agar tidak terus melukakan hati dia..

Siapa kita untuk mengubah diri dia? Apa hak kita untuk paksa dia? Mungkin kita rasa apa yang kita buat selama ini betul tapi hakikatnya tidak. Siapa kita untuk mahukan kesempurnaan sedangkan tiada seorang pun yang sempurna. Kita adalah insan yang serba kekurangan. Pasangan kita akan menyempurnakan kekurangan kita.. begitulah juga sebaliknya… Jadi terimalah dia seadanya.. jangan paksa dia untuk menjadi apa yang kita mahu biarlah dia berubah dengan kerelaan dan keikhlasan hati dia. Perbaiki diri kita dan muhasabah diri kita perbetulkan kekurangan kita.. sudah cukup atas apa yang berlaku.. hentikan semuanya..

Andai dia milik kita.. dia tetap milik kita… Percayalah… carilah kemaafan dari dia dengan penuh rasa hormat. Hargai dan hormati pendirian dia. Dekati dia tanpa melukakan hati dia..


Siapa pun dia dihati kita .. percayalah jika dia jodoh kita dia kan tetap milik kita…
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda. Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati


Biarkan dia jadi diri dia sendiri…
Samiza Ezanie.
25/07/12 11.55am

Friday 20 July 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 21


BAB 21

            Tiba saja di hospital mereka bergegas ke wad kecemasan, mereka bertanya di kaunter berkaitan Azman. Tidak jauh dari situ mereka melihat Mr. Lee duduk berbual bersama-sama Abang Radhi. Mereka bertiga terus menemui mereka. Tanpa bicara sepatah kata Rabiatul memeluk erat Abang Radhi dan melepaskan segala kesedihan di dada Abang Radhi. Abang Radhi membalas pelukan Rabiatul sambil memberi kata-kata semangat. Secara kebetulan dia berada di Kuala Lumpur menghadiri seminar. Ibubapa mereka dalam perjalanan bersama Abang Raffi. Mungkin sebentar lagi mereka akan sampai.
            Setelah agak tenang Abang Radhi membawa Rabiatul duduk dibangku yang berada disitu. Alif sempat bersalaman dengan Abang Radhi, Mr. Lee dan seorang pemuda yang memperkenalkan diri sebagai Farhan Afif. Mr. Lee sugguh setia menunggu Azman tanpa banyak bicara dan dia juga yang menguruskan segala keperluan Azman sebelum ketibaan ahli keluarga Azman dan Rabiatul. Dia juga yang menandatangi pembedahan Azman disamping seorang pemuda yang hanya mereka kenali sebagai Farhan Afif. Menurut Mr.Lee pemuda itulah yang membawa Azman ke hospital. Siapa pun dia hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan. Biar Allah saja yang membalas jasa-jasa mereka. Tanpa mengira bangsa, adat dan keturunan mereka saling membantu.
            Saat ini Azman masih lagi di dalam bilik pembedahan, Azman mengalami kecederaan teruk dikepala akibat hentakan kuat yang diterimanya semasa kemalangan tadi. Rabiatul hanya mendiamkan diri, dia meminta izin ke bilik solat untuk dia mengambil wudhuk, dia ingin solat asar sekaligus mendoakan abang. Sebagai abang kandung dan sulong menjadi tanggungjawab dia menjaga keduanya. Abang Radhi meminta Tiha menemankan Rabiatul. Saat ini Rabiatul perlukan sokongan semua orang.
            “Abang adik mana?” itu soalan pertama yang diajukan Abang Raffi saat tiba.
            “Adik solat kat bilik solat hujung sana, mak abah mana?” Abang Radhi mencari kelibat mak dan abah.
            “Mak dengan abah solat kat surau dengan mak ayah Azman, dia orang pun baru sampai. Sapa bawa adik datang hospital bang? Man macam mana?” terang Abang Raffi sambil mengajukan soalan.
            “Kawan adik satu ofis, Tiha dengan Alif. Man masih kat dalam bilik bedah, Abang jumpa doktor tadi keadaan Man agak kritikal… sekarang ni dia orang tengah berusaha menyelamatkan Man dah lima jam dia kat dalam tu. Mudah-mudahan Man selamat. Abang risau keadaan adik dia tak banyak bercakap dia macam pendam segala perasaan dia. Fi pergi tengok adik.. lagipun adik sekarang ni tengah mengandung agak bahaya untuk dibiarkan bersendirian.” penerangan Abang Radhi makin merisaukan Abang Raffi. Abang Raffi melangkah perlahan ke bilik solat untuk menemui adik satu-satunya. Saat ini Allah tengah menguji mereka tiga beradik dan dia berharap sangat Allah memberikan kekuatan pada mereka untuk menghadapi segalanya.
            Farhan Afif yang duduk dibangku memerhati betapa akrabnya ikatan kekeluargaan Azman dan Rabiatul. Ada cerita antara dia dan Azman sebenarnya, subuh tadi Azman menghantarnya ke klinik akibat kepalanya yang sakit. Masa itu dia di tepi kolam renang berehat seketika selepas menyiapkan breakfast untuk para peserta kursus di hotel dia bekerja. Dalam keadaan tidak sihat dia menyiapkan juga menu dalam jangka masa yang ditetapkan, reputasi hotel berada ditangannya sebagai Chef. Untung dia hanya ditugaskan untuk menyediakan breakfast saja, kalau tidak mahu terbalik dapur dibuatnya dengan keadaan dia tidak sihat.
            Azman masa tu pun berada di kolam renang sambil bercakap di telefon dengan seseorang mungkin isteri dia tadi agaknya. Saat dia nak bangun tiba-tiba dia gelap mata, Azmanlah yang memapahnya dan terus membawa dia ke klinik biarpun mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Tengahari tadi dia nak pulang ke rumah setelah berehat seketika di hotel, tapi bila melihat orang ramai berkumpul dia mendekati dan melihat Azman terbaring dan cedera lantas dia meminta mereka mengangkat Azman ke keretanya untuk dibawa ke hospital. Azman dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke HKL.
            Abang Raffi menemui Rabiatul yang berada di bilik solat, terlihat kelibat Tiha yang berdiri menyandar di dinding balik pintu. Abang Raffi faham tentang keakraban Tiha dengan Rabiatul dan dia mengerti mengapa Tiha begitu sedih sekali.
            “Tiha adik mana?” soal Abang Raffi. Tiha hanya memberikan isyarat yang Rabiatul di dalam bilik solat. Terdengar sayu suara adik membaca surah yassin, saat ini sokongan dan dorongan adalah penting untuk memberikan semangat pada adik. Mereka menunggu sehingga Rabiatul habis mengaji. Telefon Abang Raffi berbunyi, lekas dia menyeluk poket. Dia berbual seketika.
            “Tiha panggil adik, doktor nak jumpa,” perintah Abang Raffi lembut. Tiha melangkah ke dalam bilik solat dan memberitahukan tentang perkhabaran yang baru diterima. Rabiatul terus meluru keluar tapi sempat dipaut oleh Abang Raffi.
            “Adik, jangan berlari.. jaga kandungan adik. Jom abang bawa adik,” tutur Abang Raffi lembut. Rabiatul hanya memandang Abang Raffi dengan wajah sayu, tak mampu untuk berkata pun. Tiha mengekori mereka tanpa banyak bicara.
            “Awak isterinya ke?” soal Doktor Fuad lembut. Hanya anggukan sebagai jawapan.
            “Suami awak sudah selamat dibedah, buat masa ini kami letakkan beliau di unit rawatan rapi untuk pemantauan. Kita tengok dalam 24 jam ini tindak balas dia terhadap ubat yang kami berikan. Untuk pengetahuan, beliau masih tak sedarkan diri. Kami tidak tahu bila beliau akan sedar mungkin mengambil masa sedikit. Boleh dikatakan dia dalam keadaa koma. Kita berdoa saja moga ada tindak balas positif dari suami puan.” Doktor Fuad menerangkan keadaan Azman.
            “Apa kecederaan yang beliau alami?” soal Abang Radhi.
            “Kecedaraan beliau agak parah di kepala, tulang belakang retak dan patah kaki kanan, buat masa ini kami dah berjaya mengeluarkan darah beku dikepala cuma macam saya kata tadi kena tunggu 24 jam .” terang Doktor Fuad lagi.
            “Boleh saya jumpa suami saya?” akhirnya bersuara juga Rabiatul.
            “Sepatutnya hanya seorang dibenarkan masuk tapi memandangkan keadaan puan yang tidak stabil kami membenarkan ibu atau bapa suami puan menemani puan.” Rabiatul memandang mak dan ayah mertuanya.
            “Mari! Ayah temankan Atul,” ucap Pak Hamzah sambil mendekati Rabiatul.
            “Abang, bawa menantu kita baik-baik, sampaikan salam saya pada Man..” saat kaki mahu melangkah pesanan itu di titipkan dari Puan Halida ibu Azman. Rabiatul memandang sayu wajah ibu mertuanya lantas dipeluk erat, dia tahu perasaan seorang ibu yang sedang kesedihan.
            “Atul..” panggil Pak Hamzah perlahan, Abang Radhi menepuk perlahan bahu Rabiatul yang sedang larit dengan perbuatanya.
            Melangkah masuk kebilik Azman membuatkan kedua mereka semakin sebak, akhirya dibiarkan saja airmata laju menuruni pipi. Wayar berselirat di sana sini dengan kepala yang berbalut, kaki yang bersimen dan luka-luka kecil dimuka dan tangan. Rabiatul mencari kekuatan untuk memberikan semangat pada insan yang dicintai sepenuh hati. Dilapkan airmatanya supaya jangan terus mengalir dia perlu menyuntikkan semangat untuk abang, orang yang koma akan mendengar kata-kata yang diluahkan.
            “Assalamualaikum abang, sayang dengan baby datang.. abang.. kena cepat sembuh, abang kena kuat sebab abanglah kekuatan sayang dan baby. Kalau abang lemah nanti kami pun lemah. Jadi abang kena lekas bangun dan kita boleh sama-sama jaga baby. Abang tahu tak bila dengar abang kemalangan seakan melayang nyawa sayang tapi sayang tahu abang seorang yang kuat… Kami tunggu abang… bangun ya bang… kami tunggu abang.” Pak Hamzah memeluk erat bahu Rabiatul dia sendiri tidak mampu menahan airmatanya. Sungguh berat dugaan buat mereka berdua tapi dia tahu ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Mudah-mudahan sinar kebahagiaan akan melingkari rumahtangga Azman dan Rabiatul.
            “Atul, biarkan Man rehat kita mohon pada Allah moga Man lekas baik ya.. Mari nak,” Rabiatul mengangguk perlahan. Dia memegang erat jemari Azman dan kalau boleh dia mahu sentiasa di sisi Azman menunggu Azman sedarkan diri tapi agak mustahil untuk Azman sedarkan diri diwaktu terdekat ini dan dia faham dia harus kuat agar orang disekeliling dia turut kuat macam dia.
            “Abah, jap ek..” Rabiatul mengucup perlahan dahi Azman dan terasa syahdu dihatinya. Dirapatkan bibirnya ke telinga Azman dan dibacakan selawat dan syahadah mudah-mudahan Azman mendengar dan tahu bahawa mereka semua sayangkan dia.
            “Abang kena kuat dan lekas sembuh demi sayang dan baby.. kami tunggu abang, abang… sayang nak abang tahu yang abang adalah nyawa sayang dan baby. Mudah-mudahan cinta kita akan terus kekal abadi.. hidup bahagia selamanya. Abang kan dah janji nak jaga sayang dan anak-anak. Nak satu team bola kan? Nak jadi hebat macam Safee Sali dan penjaga gol terbaik macam Khairul Fahmi Che Mat… merepek pulak sayang ni kan…Okey… abang rehat ya… nanti sayang dengan baby datang lagi… saya cinta awak ketat-ketat tahu… sayang akan kuat semangat demi abang dan baby. Kalau sayang lemah nanti baby mesti lemahkan… jadi sayang kuat macam abang. Kami tunggu abang…” hanya Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hati Rabiatul. Apa yang penting sekarang ini dia harus kuat demi suami yang tercinta.
            Sebelum melangkah keluar Rabiatul memandang sekali lagi suami yang dicintai, mudah-mudahan ada sinar kebahagiaan buat mereka berdua. Saat ini Allah menguji ketabahan dan kekuatan cinta mereka. Bukan mudah untuk dia mengharungi demi suami dan keluarga kedua belah pihak dia akan menguatkan semangat dan setabah yang mungkin. Ya Allah! Selamatkanlah suamiku…

            “Assalamualaikum Puan,” Farhan Afif menyapa Rabiatul yang sedang leka merenung keluar jendela. Sudah dua minggu keadaan Azman masih tidak sedarkan diri. Selama dua minggu jugalah Rabiatul sentiasa berada di sisinya, biar dipujuk dirayu agar berehat di apartment yang telah disediakan oleh pihak syarikat namun tidak diendahkan. Ada saja alasan agar dia tidak meninggalkan Azman. Ralit sangat dia dengan pemandangan diluar, Farhan Afif bersuara lagi.
            “Assalamualaikum puan..” kali ini agak kuat dia bersuara. Rabiatul memalingkan muka sambil menjawab salam dengan suara yang lemah.
            “Waalaikumsalam Han.. maaf tak perasan awak datang.”
            “Tak apa.. puan rehatlah dulu biar saya tengokkan suami puan, saya ada bawakan makanan untuk puan.. pergilah makan dulu. Sikit pun tak apa puan makan.. jangan dibiarkan perut itu kosong. Kesian dengan bayi dalam kandungan puan.. puan kena jaga kesihatan puan dan bayi, kalau puan sakit siapa nak jaga suami puan. Puan perlu sihat dan bertenaga untuk menjaga suami puan.. maaf banyak cakap pulak… puan pergilah rehat.” Panjang juga nasihat Farhan Afif untuk Rabiatul yang hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Farhan Afif. Rabiatul menarik nafas perlahan, terharu dengan keperihatinan Farhan Afif yang sudi menjenguk dia sepanjang dua minggu ini.
            “Han, terima kasih.. tapi saya tak lapar lagi.. saya dah minum susu tadi. Letaklah situ dulu, nanti bila saya lapar saya makan ya.. awak tak yahlah risau.. saya dan baby okey. Kami kena kuat baru abang kuat..” lemah dia menjawab.
            “Puan, saya faham perasaan puan tapi puan perlu rehat.. kalau puan nak balik apartment pun saya hantarkan. Saya akan jaga suami puan, saya janji saya akan jaga dia baik-baik.. puan berehat ya?” tidak putus asa Farhan Afif memujuk.
            “Han.. jangan panggil saya puan.. panggil saya Atul saja. Han, sejujurnya saya memang tidak mahu kemana-mana saya mahu bila abang sedar dari koma.. sayalah orang pertama yang abang tatap. Saya nak jadi orang pertama Han, saya tidak mahu bila abang sedar nanti orang lain yang abang lihat dulu. Tak adil untuk dia Han, abanglah kekuatan saya Han.. jika saya tiada disisi abang, saya akan lemah Han. Saya harap Han faham… terima kasih sebab ambil berat pasal abang dan saya. Awak telah banyak tolong kami Han. Sebelum ni kami tak kenal awak pun tapi kenapa awak baik sangat Han?” lembut Rabiatul berbicara.
            “Atul.. saya rasa saya tak ada jawapan pada soalan Atul cuma saya rasa terpanggil untuk mendekati dan mengenali insan sebaik Azman. Atul.. Man memang seorang yang baik tanpa mengenal siapa saya dia sanggup menyelamatkan saya dan membawa saya ke klinik dan saya rasa tak salah untuk saya membalas kebaikan dia biarpun saya tahu pertolongan dia ikhlas pada saya dan dia tidak pun meminta balasan. Apatah lagi bila mengenali keluarga Man saya rasa selesa dan saya nak mengenali mereka lebih rapat. Boleh kita bersaudara Atul?” cermat Farhan Afif berbicara.
            “Insyallah Han.. memang kita dah bersaudara pun.. saudara seislam.” Jujur saja jawapan yang keluar dari mulut Rabiatul.
            “Terima kasih Atul.. dan pergilah berehat. Saya tahu Atul nak jadi orang pertama bila Man sedar tapi Atul kena ingat doktor kata tak mungkin dia akan sedar dalam masa terdekat  kerana doktor berikan dia ubat untuk meredakan bengkak dikepalanya. Demi Man dan baby tolong dengar kata-kata saya..” masih tidak berputus asa Farhan Afif memujuk.
            “Kenapa awak baik sangat Han?” soal Rabiatul lagi. Pelik dengan sikap Farhan Afif. Mamat ni dah kenapa agaknya..
            “Kan kita saudara seislam… tolong dengar kata-kata saya..” Farhan Afif memandang terus ke dalam mata Rabiatul yang redup ada getaran yang sukar dimengertikan di dadanya. Getaran yang sama semasa mereka bertemu buat kali pertama. Rabiatul menghadiahkan segarit senyuman nipis dan mengambil bekalan yang dibawa Farhan Afif dan dia kesudut bilik yang telah tersedia meja dan kerusi untuk mereka yang melawat berehat. Bilik rawatan Azman agak luas dan selesa untuk mereka semua dan Azman. Semuanya ditanggung oleh pihak syarikat dan insuran yang dibeli oleh Azman.
            Farhan Afif mendekati Azman dan memandang sayu wajah yang pucat dan lesu tak bermaya, agak memeranjatkan bila diberitahu yang Azman sengaja dilanggar oleh Farah bekas tunang Azman. Akibat pelanggaran itu Farah gagal mengawal kenderaan yang dipandu dan terbabas melanggar pokok. Farah meninggal dunia ditempat kejadian kerana mengalami pendarahan teruk dikepala.
            Menurut cerita keluarga Farah, Farah yang meminta untuk putuskan pertunangan kerana dia mempunyai kekasih lain. Namun kebahagiaan yang Farah harapkan tidak kesampaian kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab setelah mengetahui Farah mengandung akibat ketelanjuran mereka. Farah mencari Azman semula tapi pada ketika itu Azman telah bertunang dengan Rabiatul. Dia tidak pernah kenal erti putus asa terus mengganggu Azman sehingga Azman membuat lapuran polis kerana tidak tahan dengan gangguan dan ugutan dari Farah.
            Farah begitu obses untuk membalas dendam dengan penolakan Azman. Apatah lagi bila mendengar yang Rabiatul telah mengandungkan anak Azman, dia sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan hidup Azman. Diari yang berada di dalam kereta telah menjadi bahan bukti yang kuat untuk mendakwa Farah tapi Rabiatul dan keluarga telah berbincang sesama mereka untuk tidak mendakwa Farah. Bagi mereka tidak perlu mendakwa dan membuka keaiban orang yang telah tiada. Biarlah Allah yang membalas semua kebaikan dan kejahatan itu.
            Ketulusan dan kebaikan Rabiatul sekeluarga membuatkan Farhan Afif teruja untuk mendekati mereka. Rabiatul banyak menyedarkan dia bahawa berdendam dan membenci sesama manusia tidak menjadikan apa kerana sebelum ini dia memang ada menyimpan dendam pada wanita. Hanya kerana dia ditinggalkan setelah seminggu mereka dinikahkan atas permintaan Datuk Asri datuk Haliza yang sedang tenat ketika itu dan kala itulah baru mereka berdua tahu yang mereka telah ditunangkan sejak kecil. Namun jodoh mereka tidak panjang, setelah Datuk Asri meninggal dunia isterinya melarikan diri dengan kekasih hati ke Luar Negara. Biarpun perstiwa itu sudah berlalu lima tahun yang lalu namun masih segar di ingatan.
            “Panjang menung awak Han?” tegur Rabiatul yang baru selesai menjamah makanan yang dibawa oleh Farhan Afif.
            “Emmm.. tak ada apalah Atul cuma teringat peristiwa lama.. Atul dah makan dah? Sedap tak?” hilang segala kenangan yang mengusik fikirannya tadi.
            “Em… boleh tahan. Pandai Han masak patutlah boleh jadi chef..” puji Rabiatul ikhlas.
            “Biasa ajelah Tul..” merendah diri pulak Farhan Afif ni.
            “Wah! Macam ni punya sedap dia kata biasa je… agak-agak yang luarbiasa itu macam mana ya?” entah kenapa Rabiatul ada hati untuk mengusik… muka Farhan Afif sudah merah… malulah tu…
            “Atul ni…” Farhan Afif tak terkata.. kelu terus lidahnya. Perasaan yang sukar dimengertikan..
            Rabiatul suka tengok muka Farhan Afif yang serba salah dan serba tak kena tu.. lama dah dia tak menyakat dan mengusik orang. Dulu itulah hobinya cuma… sejak kebelakangan ini dia sudah lupa akan hobinya itu.
            “Atul.. Han balik dululah. Petang ni Han kerja, jangan lupa jaga kesihatan Atul dan makan ikut masa. Kesian dekat bayi tu… Atul kena kuat untuk jaga Man.. take care Assalamualaikum..” baik aku cabut sebelum jantung aku ni terkeluar.. Ya Allah peliharalah diriku agar tidak menyimpan perasaan pada wanita dihadapanku ini biarpun aku rasakan jantung aku memang dah tak stabil sedari awal.. gila kau Farhan Afif.. bini orang tu..
            “Waalaikumussalam…” Rabiatul menjawab sambil menghantar Farhan Afif dengan ekor matanya. Sal pelik sangat mamat sorang ni… Rabiatul tersenyum sendiri..
            Fuh! Lega.. nasib baik Atul tak dapat baca hati aku ni lau tak mati aku.. Pasal aku bahagia sangat bila tengok muka dia yang tenang tu… siap ada rama-rama terbang kat taman dalam hati aku ni… hahaha.. gila ah! Apa dah jadi ni… Farhan Afif ingat sikit bini orang tu… jangan ambik kesempatan pulak… Hati… tiada siapa dapat menduga.. cinta berhak untuk dimilikki oleh sesiapa saja termasuk aku…tapi nampaknya hati aku ni dah tersalah masuk… kenapa boleh salah masuk ni?.. tak pe.... janji aku bahagia sudah.. tak semesti dia jadi milik aku…  aku dah jatuh cinta ke? Farhan Afif jangan merepek sangat boleh tak? Cinta… pergh!

p/s selamat membaca.. 

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 20


BAB 20

            “Kak Mon! Kak Mon nampak Atul tak?” berlari-lari Tiha masuk ofis. Sibuk bertanya dimana Rabiatul. Kak Mon yang tengah menelefon memberi isyarat tunggu sekejap. Tiha membalas isyarat segera.
            “Tiha, kenapa mengelepar macam ayam kena sembelih ni kenapa?” Kak Mon bersuara setelah meletakkan telefon.
            “Atul mana Kak Mon?” Tiha bertanya dan airmata sudah tak mampu ditahan. Laju menuruni pipinya.
            “Tiha cuba bawa bertenang, kau buat kami panik tahu tak?” sampuk Alif yang sedang berdiri disebelah meja Kak Mon. Sebenarnya dia nak ambik fail yang tertinggal di atas meja tadi..
            “Macam mana aku nak bertenang Lif, Atul mana?” tanya Tiha dengan sedu sedannya.
            “Atul kan meeting kat Kraft Prai. Bukan ke pagi tadi kau yang cakap dengan kami Tiha, kau ni dah kenapa? Cuba duduk dulu dan bawa bertenang, mengucap Tiha.. istighfar banyak-banyak apa yang berlaku sebenarnya.” Pujuk Kak Mon perlahan.
            “Azman! Kak Mon.. Azman!” dia tak mampu nak meneruskan kata-katanya.
            “Ya Allah! Tiha tadi Atul sekarang Azman pulak.. cuba kau cerita betul-betul,” Alif sudah hampir hilang sabar dengan sikap Tiha.
            “Azman… Azman kemalangan.. dia kritikal sekarang ni kat HKL. Ada orang telefon tadi aku tak tahu sapa. Aku dah telefon ketua Azman yang pergi sama-sama dengan dia dan dia pun mengesahkan yang Azman kritikal. Dia orang cuba call Atul tapi tak dapat. Jadi dia orang telefon aku,” dengan tersekat-sekat Tiha menerangkan. Mereka semua mengucap panjang dan terkejut dengan berita yang dikhabarkan Tiha.
            “Tiha, aku rasa jalan yang selamat kita jangan call Atul.. bahaya.. kau tahukan dia mengandung aku takut dia terkejut. Apa kata kau kemaskan meja Atul dan tengok ada tak dia tinggalkan handphone dia lepas tu kita bagi tahu bos apa yang berlaku dan kita ambik dia kat Kraft Prai. Kak Mon tolong call parents Atul dan Man beritahu perkara ni. Saya rasa ini saja cara yang terbaik. Baru minggu lepas dia orang happy sangat bila tahu Atul mengandung tapi sekarang ni Allah duga mereka pula. Ya Allah moga tiada perkara buruk yang berlaku.” Alif memberi arahan dan dia sendiri terus mengambil kunci kereta dan berlari kebilik bos memberitahukan perkara yang terjadi. Azman dan Rabiatul adalah rakan sekerja mereka yang baik dan suka membantu mereka dalam apa jua keadaan. Inilah saatnya untuk mereka membalas budi baik mereka.
            “Patutlah Kak Mon tadi call Atul tak dapat dia tertinggal handphone kat laci meja.” Tiha memberitahu Kak Mon dan dia mengemaskan mejanya sendiri dan meja Rabiatul sekaligus mengambil barang-barang peribadi Rabiatul.
            “Tiha aku tunggu kat guard, cepat sikit! Bos kata ok, aku pun dah buka gate pass sekali untuk kau.” Sungguh pantas tindakkan Alif. Alif ni salah seorang jurutera dalam team Atul. Mereka agak rapat dengan semua rakan satu team.
            Tiha hanya memberi isyarat tangan dan dia sendiri macam lipas kudung mengambil handbag dan meminta Kak Mon tolong kemaskan meja. Tiha melangkah keluar dari ofis dengan linangan airmata di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar Azman selamat dan moga tiada apa-apa perkara buruk berlaku. Aku mendengar berita ini pun dah cukup cemas bagaimana agaknya nanti Atul ya…
            Alif sudah bersedia di dalam kereta, lekas saja Tiha menyumbatkan diri di dalam kereta dan Alif memandu dengan kadar kelajuan yang lebih dari biasa. Mereka tidak berkata apa-apa, masing-masing cuba menenangkan diri. Tiha sempat menelefon ketua Azman, Mr Lee untuk bertanyakan perkembangan Azman. Azman masih di dalam bilik pembedahan. Azman dilanggar kereta sewaktu melintas jalan untuk mengambil keretanya. Alhamdulillah ada seorang pemandu lain yang berhati mulia membawanya ke hospital. Pemandu kereta yang melanggar Azman meninggal dunia ditempat kejadian.
            Perjalanan yang mengambil masa 20 minit terasa panjang oleh mereka berdua. Sampai sahaja di Kraft Prai mereka berjumpa pengawal untuk bertemu Rabiatul yang sedang bermesyuarat. Alhamdulillah kerja mereka dipermudahkan. Mereka berdua dibenarkan masuk dan diminta menunggu di lobi sementara mereka memanggil Rabiatul. Melihat saja kelibat Rabiatul, Tiha tak mampu menahan airmatanya. Lekas-lekas Alif meminta Tiha bertenang jangan buat Rabiatul terkejut.
            “Alif, Tiha korang buat rombongan Cik Kiah ke? Ada apa ni?” Rabiatul bertanya sebaik mendekati mereka berdua. Alif cuba memaniskan muka, Tiha tak mampu memandang wajah Rabiatul. Dia cuba menahan sedunya, dia tidak sekuat Alif.
            “Atul, jom kita balik…” Alif bersuara dengan selembut mungkin.
            “Balik? Korang ni kenapa? Aku tak habis meeting lagilah,” Sal pulak budak berdua ni ajak aku balik. Meeting pun tak habis lagi… yang si Tiha ni sal tunduk je.
            “Atul.. Atul….” hanya itu saja yang mampu Tiha luahkan dan lantas dia memeluk Rabiatul erat dengan sedunya. Rabiatul terkejut dengan perbuatan Tiha dan dia memandang Alif meminta penjelasan.
            “Atul kita duduk dulu..” Alif berbicara lembut. Lagilah Rabiatul pelik. Apa kena budak berdua ni. Tak boleh jadi ni..
            “Cop! Cop! Lif can you explain… don’t make me confius ok?” hilang sabar Rabiatul dibuatnya. Dia melepaskan pelukan Tiha, Alif menarik nafas perlahan dan memandang Tiha yang masih menangis. Tiha.. Boleh tak kau jangan menangis.. aku pun sedih juga..
            “Atul.. apa yang aku cakap ni kau jangan terkejut ya, kau tenangkan diri.. banyakkan bersabar.. Azman kemalangan.. dia ada kat HKL sekarang,” hanya itu yang mampu Alif ucapkan. Rabiatul hanya statik tiada riak diwajahnya dan dengan selamba dia berjalan semula ke bilik mesyuarat.
            “Atul! Atul!” jeritan Tiha dan Alif menjadi satu dan Rabiatul hanya memberi isyarat agar mereka berdua berhenti dari memanggilnya.
            “Alif, Atul..” timbul tenggelam suara Tiha dengan esak tangisnya.
            “Tiha, Atul masih terkejut tu.. kita tengok apa yang dia buat nanti. Sekarang ni kita ikut rentak dia. Kau cuba jangan menangis je. Aku pun dah keliru ni suami siapa sebenarnya yang kemalangan.” Alif memujuk Tiha dalam masa yang sama dia menegur sikap Tiha. Menangis bukan boleh selesaikan masalah biarpun kadangkala melegakan.
            Mereka berdua melihat Rabiatul berjalan bersahaja menghampiri mereka, Rabiatul mengajak mereka berlalu dari situ. Wajahya masih tidak beriak, ini amat membimbangkan Alif dan Tiha. Sampai saja di kereta dia membuka pintu kereta dan ingin memandu sendiri. Lekas saja dihalang oleh Tiha dan Alif. Tiha mengambil kunci kereta dan memberi isyarat pada Rabiatul untuk menaiki kereta Alif.
            “Alif hantar aku balik dulu aku nak ambik barang peribadi aku sikit,” suara Rabiatul melegakan Alif. Di dalam hati Rabiatul tidak putus berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku pada abang.
            “Baby, sabar ya.. nanti kita jumpa ayah, Ayah tunggu kita baby.. nanti Uncle Alif dan Auntie Tiha bawa kita. Ibu tak larat nak pandu sampai KL sorang-sorang. Kalau boleh ibu nak terbang jumpa ayah sekarang juga baby.. tapi ibu tak ada sayap. Baby tahu tak.. ibu sayang ayah sangat. Ayah adalah nyawa ibu kita doa sama-sama ya agar ayah tak ada apa-apa. Ibu tak boleh hidup tanpa ayah..” Alif tak mampu menahan airmata lelakinya. Menitis juga akhirnya bila mendengar luahan Rabiatul pada baby yang masih di dalam perut.
            “Atul sabar ya.. aku dengan Tiha akan temankan Atul.. menangislah Atul jangan kau tahan airmata tu.. lepaskanlah tangisan itu.” Pujuk Alif.
            “Alif abang okeylah.. kau ni jangan paniklah… abang kuatlah Alif.” Kata-kata Rabiatul lebih kepada memberikan kekuatan pada diri sendiri.
            Tanpa mengambil masa yang lama Rabiatul mengemaskan barang-barang peribadinya. Setelah mereka mengunci rumah Rabiatul mereka meneruskan perjalanan. Mereka singgah sebentar di rumah Tiha untuk Tiha mengambil barang peribadinya pula. Bagi Alif dia tidak perlu mengambil barang peribadinya kerana dia memang orang KL. Jadi itu bukan masalah baginya.
            Sepanjang perjalanan mereka hanya melayan perasaan masing-masing. Rabiatul meminta mereka berhenti di hentian Sungai Perak untuk solat zohor. Dikesempatan itu Alif membeli sedikit makanan dan juga air minuman untuk bekalan mereka sepanjang perjalanan. Kalau boleh mereka tidak perlu berhenti dimana-mana R&R lagi untuk menjimatkan masa perjalanan.
            “Atul nak beli apa-apa tak?” pertanyaan Alif hanya dibalas dengan gelengan. Rabiatul mahu lekas tiba di HKL dan berjumpa dengan abang. Selagi tidak bertemu abang dia tidak akan puashati.
            Terimbau kenangan minggu lepas bila mengetahui dia mengandung, abang menghadiahkan sejambak bunga ros merah dan lavender. Abang juga menghadiahkan sekuntum bunga ros pada setiap rakan ofis mereka tak mengira sama ada staf lelaki atau perempuan. Abang kata nak kongsi kebahagiaan dia dengan semua orang yang ada disekelilingnya.
Setiap malam abang akan membacakan kisah-kisah nabi pada anak di dalam perut dan abang akan mengaji dan bersolat hajat untuk kesejahteraan mereka semua. Abang tak membenarkan dia membuat kerja. Semua kerja-kerja rumah dari memasak, membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah waimah mengemop rumah sudah diambil alih oleh abang. Dia hanya mengemas bilik tidur saja, Abang sanggup bertolak pukul empat pagi dari rumah semalam untuk tidak meninggalkannya lama-lama. Abang dah janji nak balik hari ini selepas habis kursus pukul 5 petang. Pagi tadi abang call masih terngiang-ngiang suara abang mengucap kata cinta dan rindu. Banyak sangat pesanan yang ditinggalkan.
Harap abang tak apa-apa, sayang tak mampu nak hidup tanpa abang. Abang kan dah janji nak jaga anak kita sama-sama. Kalau kembar kita akan jaga gilir-gilir, Abang kan dah janji nak beli baju baby sama-sama nanti bila baby dalam perut ni dah besar. Banyak yang abang janjikan kat sayang… Abang sayang rindu… Akhirnya Rabiatul terlena kepenatan. Alif dan Tiha hanya mampu memerhati dan bersimpati. Dalam hati mereka berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku pada perhubungan Azman dan Rabiatul. 

p/s.. selamat membaca... 


Tuesday 3 July 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 19


BAB 19

            Azman membawa Rabiatul ke klinik panel untuk membuat pemeriksaan, mereka sudah menelefon ke ofis mengatakan mereka masuk lambat sedikit hari ini. Azman memegang erat jemari Rabiatul, keterujaan untuk mengetahui sama ada Rabiatul mengandung amat tinggi sekali. Sudah banyak rancangan dikepalanya andai keputusannya nanti positif. Andai tidak dia akan meminta nasihat doktor bagaimana untuk mendapatkan zuriat dengan cepat. Memang tak sabar budak Jeman ni…
            Tidak ramai pesakit awal pagi ni, mereka berdua membuat pendaftaran dan setelah selesai mereka duduk di kerusi yang disediakan. Ada seorang bayi mengamit perasaan Rabiatul, lantas dia mendekati dan bertanya ramah. Azman hanya memerhati keterujaan si isteri.
            “Kak, baby ni demam ya?” tanyanya ramah. Ibu yang sedang ralit dengan bayi itu lantas menoleh bila dia diajukan soalan.
            “Demam kuning dik, baru dua minggu lahir.. mak dia kat dalam sedang di ambil darah. Doktor kata tadi kena bawa ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Adik demam juga ke?” jawab Ibu itu ramah sambil mengajukan jua soalan.
            “Taklah kak, nak buat pemeriksaan sama ada mengandung atau tidak. Tak sabar rasanya nak tahu, Alhamdulillah hari ini tak ramai sangat orang.” Rabiatul menjawab sambil tangannya mencuit pipi bayi yag sudah lena. Comelnya dia..
            “Oh! Macam tu ke? Anak pertama ke ni?” soal Ibu itu lagi.
            “Ya kak, ni yang teruja sangat,” Rabiatul menjawab sambil tersenyum mesra sambil melirik pada Azman yang memerhati sedari tadi.
            “Rabiatul Adawiah Binti Hishamudin!” jururawat yang bertugas memanggil nama Rabiatul, Azman mengamit isteri untuk bertemu doktor. Rabiatul sempat memberikan sedikit saguhati kepada bayi yang baru ditemui. Mak kata kalau kita memberi sesuatu kepada bayi akan cepat dapat bayi juga. Entah betul entah tidak tapi apa salahnya kita ikut kata-kata orang tua jika ianya tidak membebankan.
            “Assalamualaikum doktor,” Azman memberi salam semasa mereka membuka pintu. Rabiatul hanya tersenyum.
            “Walaikumussalam, Oh!Azman, ingat siapa tadi… isterinya kenapa ni?” jawab Doktor Zarina mesra. Azman dan Zarina sudah lama kenal mereka belajar satu Universiti cuma bidang yang berlainan dan sama-sama bergiat dalam teater. Patutlah pandai kau berlakon ya Jeman.. bekas pelakon teater rupanya…
            “Macam ni Zar, wife aku ni dah terlewat seminggu periodnya.. cuba tolong periksa kenapa?” Azman terus menerangkan, Rabiatul memandang pelik wajah Azman dan doktor itu silih berganti. Biar betul abang ni beraku berkau dengan doktor ni.. kawan dia ke? Gumam Rabiatul di dalam hati, Azman yang sudah terperasan wajah isteri yang berkerut lekas menerangkan.
            “Sayang, Zar ni kawan abang satu Universiti… masa majlis kita kan Zar datang dengan husband dan anak dia yang comel tu. Sayang ingat tak?” Azman memberitahu sebelum timbul salah faham. Doktor Zarina seronok melihat kebahagiaan Azman.
            “Tak ingatlah bang ramai sangat kawan abang masa tu. Tak pe kita buat pemeriksaan dulu nanti kita cerita panjang. Abang jangan risau ya.. sayang okeylah. Abang ni gelabah saja dari tadi. Zar, husband saya ni memang macam ni takut saya salah faham tapi saya okey saja. Cuma sayang pelik abang ni jarang beraku kau dengan kenalan perempuan tu yang berkerut dahi tadi… abang ni..” satu cubitan lembut hinggap dilengan Azman dan terburai tawa Zarina dan Rabiatul serentak. Azman hanya mampu tersenyum.
            “Rabiatul mula-mula saya akan buat urine test. Ambil bekas ni nanti jururawat saya bagi tahu langkah seterusnya.” ujar Doktor Zarina sambil memberikan bekas kecil untuk Rabiatul meletakkan urine di dalamnya.
            “Sayang nak abang teman tak?” Azman menyoal lembut sambil mula berdiri. Aduhai! suami aku ni pun dah macam aku ni bayi kat luar tu dibuatnya. Rabiatul lekas berkata.
            “Abang, tak payahlah. Abang duduk sini saja biar sayang pergi sorang je. Abang ni boleh jangan risau sangat tak? Abang bual dengan Zar ya…” Azman kembali duduk. Jeman kalau nak risau pun biarlah kena tempat.. aish!
            “Man, kau ni tak padan betullah. Aku tak sangka macam ni kau punya romantik kat bini ya.” Doktor Zarina mengusik Azman setelah Rabiatul hilang dari balik pintu.
            “Sapa tak sayang bini wooo!!” Azman menjawab tak mahu mengalah.
            “Orang lain pun sayang bini juga tapi tak macam kau ni..  mana kau dapat bini kau ni?” Doktor Zarina mengorek rahsia.
            “Satu tempat kerja bini aku ni. Duduk satu pejabat selama 6 tahun kemudian rapat 3 bulan dan kami bernikah..” terang Azman pendek.
            “Lama tu kau bercinta ya.. 6 tahun. Tahan pulak kau ya lama-lama.” Usik Doktor Zarina.
            “Kenal 6 tahun bukan bercinta 6 tahun, aku jatuh cinta kat dia masa aku temankan dia pergi reunion 7 bulan lepas. Tak sampai 24 jam untuk aku jatuh cinta kat dia masa aku tahu dia nak pelawa aku pergi reunion. Kau tahulah perempuan tentulah malu nak pelawa lelaki temankan dia,  nasib baik kawan satu ofis kami pecah lubang awal-awal. Akulah yang memulakan langkah, kau tahu  tiga hari bersama dia aku bahagia sangat dan aku tak pernah rasa perasaan itu sebelum mengenali dia biarpun aku dah pernah bertunang dulu dengan orang lain. Kau tahu dia melengkapkan hidup aku dan aku tak nampak kekurangan dia. Dia memang serius kat ofis tapi bila dengan keluarga dan kawan-kawan rapat memang simple sangat. Aku rasa dunia ni aku punya bila dia ada bersama aku. Dia adalah nyawa aku dan segalanya untuk aku. Kuasa cinta dia memang kuat dan aku bahagia sangat..” gila jiwang Jeman ni rupanya. Doktor Zarina ketawa mendengar cerita Azman. Untunglah Rabiatul.
            “Jiwang tak ingatlah kau ni beb. Boleh runtuh dinding klinik aku ni dengar ayat-ayat cinta kau ni.. Untunglah!” Doktor Zarina berkata dengan sisa tawanya.
            “Gila tak untung.. jejaka idaman Malaya…Kau ni.. aku jiwang untuk bini aku je ya.. tak salah kan?” Azman membela diri.
            “Memang tak salah tapi ayat… membunuh jiwa…” usik Doktor Zarina lagi diiringi ketawa yang lepas..
            “Gelak! Gelak! Kau ni gelaklah puas-puas.” Geram Azman dengan usikan Doktor Zarina.
            “Ala beb! Itu pun nak touching ke? Hampeh lah kau ni..” jawab Doktor Zarina.
            “Touching lah!” salah ke aku cinta isteri aku sebegini gumam Azman sendiri
            “Buruk beno orang dah masuk 3 series ni bercinta dan berkawin. Dahlah boleh mati ketawa aku dengan perangai kau ni..” Doktor Zarina menghentikan usikan. Azman mendengus geram. Sah! Kalau pesakit dia nampak mahu dikata mereka dah salah klinik. Doktor Zarina dah terputus fius. Nasib kaulah Jeman dapat kawan macam Doktor Zarina tu…
            Pintu dibuka dari luar dan Rabiatul melangkah masuk, lekas Doktor Zarina menggamit Rabiatul untuk baring di atas katil untuk membuat pemeriksaan yang selanjutnya. Sempat dia menghalang Azman dari menyibuk untuk melihat apa yang dia buat untuk memeriksa Rabiatul. Duduk diam-diam tak boleh ke Jeman?
            Mereka menunggu keputusan urine test dari makmal sambil itu mereka sempat berbual berkaitan kesihatan ibu mengandung dan cara penjagaan ibu mengandung. Dari degupan jantung dan nadi boleh dikatakan  80 peratus Rabiatul mengandung tapi Doktor Zarina lebih suka memberitahukan dengan bukti yang kukuh iaitu urine test.
            Jururawat yang ditugaskan menghantar keputusan urine test kepada Doktor Zarina, nampak sangat rasa tidak sabar Azman dan Rabiatul dari ekpresi muka. Doktor Zarina menyemak seketika sebelum memberitahu apa keputusan yang diterima. Akhirnya segarit senyuman dihulurkan buat dua insan dihadapannya.
            “Man, Rabiatul tahniah awak mengandung 5 minggu. Jaga kesihatan awak ya, jangan  buat kerja yang berat-berat dan jangan penat sangat. Pastikan rehat yang cukup dan jaga pemakanan awak, ambil makanan yang menyihatkan saja. Man kau jagalah isteri kau ni jangan kau buli dia pulak..” ucap Doktor Zarina.
            “Betul ke Zar isteri aku mengandung?” soal Azman tidak percaya.
            “Yup! dah 5 minggu..” tegas Doktor Zarina.
            Tanpa rasa malu Azman memeluk isterinya erat dengan titisan airmata, syukur pada Allah kerana akhirnya mereka berdua dikurniakan zuriat. Rabiatul membalas pelukan Azman dan Azman mengucup lembut dahi isterinya dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk isteri tercinta. Kebahagiaan mereka akan lebih bermakna bersama anak mereka nanti. Setelah agak lama mereka begitu Doktor Zarina bersuara.
            “Man, aku tahu kau teruja sangat tapi janganlah peluk isteri kau tu kuat-kuat sakit tahu.” Azman hanya mempamerkan senyuman namun isteri dalam pelukan tak juga dilepaskan cuma dilonggarkan saja. Merah muka Rabiatul menahan malu dengan sikap lepas laku mereka berdua.Tindakan refleks beb… budak berdua kalau terlebih gembira macam orang dah tertanggal skru.
            “Rabiatul ini ada beberapa vitamin yang perlu diambil semasa awak mengandung. Pastikan jangan buat kerja lasak ya. Rabiatul tak kena morning sickness ke?” Doktor Zarina bertanya. Mengikut kebiasaannya bila di awal tempoh mengandung ibu akan mengalami morning sickness.
            “Tak ada pulak, cuma…. yang Atul perasan Atul kuat makan je. Mudah rasa lapar, makanan yang Atul tak suka pun boleh makan macam tak ada apa je..” jawab Rabiatul berterus terang.
            “Patutlah Atul tak perasan Atul mengandung, tak apalah mungkin anak dalam perut tu tak nak susahkan ibu dia. Tahniah sekali lagi.” Doktor Zarina menghulurkan tangan bersalaman.
            “Zar, dah tak ada apa lagi kan? Lau tak ada apa lagi, aku balik dululah tak sabar nak beritahu mak ayah aku dan mak abah mertua aku pasal berita gembira ni.” Azman dengan lembut meminta diri.
            “Tak ada apa lagilah cuma ambil vitamin kat farmasi dan kad untuk pemeriksaan ulangan di masa akan datang.” Terang Doktor Zarina.
            “Okey, Zar thanks ya. Aku balik dulu..” Doktor Zarina hanya mengangguk. Dia memeluk erat Rabiatul sambil berpesan untuk menjaga kandungannya. 
            Azman meminta Rabiatul duduk dibangku yang disediakan untuk dia mengambil ubat dan kad di kaunter. Selepas ini dia akan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang untuk Rabiatul. Sesekali dia memandang Rabiatul yang turut memandangnya dan mereka berbalas senyuman kebahagiaan.
            Mereka meninggalkan klinik dengan hati yang senang. Alhamdulillah akhirnya zuriat yang dinantikan akan lahir jua. Sebelum memulakan pemanduan Azman mengkhabarkan berita bahagia ini untuk kedua orang tua mereka. Datuk dan nenek mereka pun turut mengucapkan tahniah akan kemunculan cucu baru mereka nanti. Rasa syukur dipanjatkan Allah yang Esa.

p/s Selamat membaca - Samiza Ezanie....

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 18


BAB 18

            Hidup dalam berumahtangga banyak ranjaunya, Azman sudah masak benar dengan perangai isterinya yang manja. Sungguh pun begitu bab masak-memasak isterinya memang boleh tahan. Setiap pagi selepas menunaikan solat subuh isterinya akan memasak sarapan pagi. Tak kiralah menu apa pun setiap pagi akan bertukar. Sanggup sebelum tidur menyiapkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sarapan pagi untuk keesokan harinya. Jadinya pagi tu tak adalah kelibut sangat. Bila dia bertanya jawapannya tetap sama dan Azman sudah menghafal ayat-ayat yang isterinya berikan. ‘Mak pesan, kalau nak suami sayang kat kita kena jaga perutnya’
            Sudah masuk empat bulan dia berkawin belum ada tanda-tanda isterinya mengandung. Tak sabar rasanya menimang cahaya mata, namun dia percaya Allah belum mengizinkan untuk dia memilikki zuriat. Tak mengapalah ada orang tu berpuluh tahun kawin pun tak ada anak, ini dia belum masuk empat bulan dah sibuk nak anak. Dia menghembuskan nafasnya perlahan.
            “Abang, mengeluh pulak dia,” tegur Rabiatul pelik. Azman lantas berpaling melihat isterinya yang bersama-sama sedang menonton TV di ruang tamu. Inilah kerja mereka kat rumah bila waktu malam, jarang mereka keluar  kemana-mana di hari-hari bekerja.
            “Tak ada apalah sayang, cuma abang terfikir bilalah kita ni nak dapat anak?” ujar Azman lembut sambil mengelus jemari isterinya.
            “Sabarlah bang, adalah rezeki kita nanti.. tapikan bang… period bulan ni sayang dah lewat seminggu. Selalu ada juga lewat tapi taklah sampai seminggu. Risau juga ni boleh tak esok abang temankan sayang beli pregnantacy test, ada jual kat farmasi.” Rabiatul melahirkan kebimbangan dihati, ingat esok nak pergi dengan Tiha beli alat tu tapi bila dah jadi macam ni sian kat abang.
            “Boleh sayang.. untuk isteri abang yang comel dan manja apa-apa pun boleh. Apa kata kita pergi klinik terus lagi baik. Abang tak sabar ni sebenarnya nak tahu keputusan sama ada sayang mengandung atau tak. Kalau kat klinik kita boleh minta nasihat sekali dari doktor kan itu lebih baik dari kita beli alat macam tu.” Cadang Azman pada Rabiatul.
            “Yalah! Bagus juga  tu bang, esok kita pergi ya. Kita ambik time off saja sebab sayang ada meeting pukul dua dengan production tak tahu habis pukul berapa.” mereka berbincang untuk mengambil kata putus.
            “Esok pagi kita call ofis cakap kita masuk lambat sikit, tak yah ulang alik dua tiga kali kan sayang?” ujar Azman.
            “Betul! Betul! Sayang abang,” satu kucupan dihadiahkan di pipi untuk suami tercinta. Satu perkara yang sering dilakukan oleh Rabiatul selepas mereka berbincang. Azman pula akan menghadiahkan kucupan di dahi. Romantik gitu… Gasak kaulah Jeman.. layan jelah budak kecik yang dah besar gedabak tu…
            “Sayang, sebelum abang terlupa.. minggu depan abang ada kursus kat Putrajaya berkaitan dengan Safety and Health. Nak tak nak abang kena pergi juga kalau tak nanti tak cukup point abang nak renew green book. Green book tu penting untuk setiap Safety Officer, kira lesen lah tu. Sayang pun tahukan sejak kita kawin abang memang malas nak pergi mana-mana. Tak bestlah kalau sayang tak ada..” Azman memberitahu sebelum dia terlupa.
            “Abang, janganlah macam tu.. kita ni kan bekerja.. Sayang faham kalau abang kena out station. Sayang tak nak nanti kerana sayang prestasi kerja abang menurun, nanti apa pulak kata ketua abang.” Nasihat Rabiatul. Dia pun sedia maklum sebagai isteri dia harus menjadi tulang belakang suami tak kira apa jua keadaan  Bila ada kerja luar Azman akan pastikan dia balik pada hari yang sama biarpun sampai rumah lewat malam.
            “Sayang, jangan bimbang ya.. abang akan buat yang terbaik untuk keluarga kita. Kan isteri abang ni tulang rusuk kiri abang jadi abang tak nak ada perkara yang menyusahkan diri sayang. Sayang tahukan betapa abang cintakan sayang. Kalau boleh abang nak yang terbaik saja untuk sayang.. nyawa  abang separuh kat sayang tahu… abang tak mahu sayang rasa kekurangan dimana-mana. Kebahagian sayang adalah kebahagiaan abang. Abang nak kita sama-sama menikmati cinta kita bersama biar apa jua dugaan yang datang, kita hadapi bersama. Abang nak kita saling percaya antara satu sama lain. Abang cintakan sayang disetiap nafas abang, jika nafas abang terhenti roh abang tak kan berhenti menyintai sayang..” Azman melahirkan apa yang ada di dalam hatinya. Gila romantik!
            “Abang, seluruh jiwa sayang adalah untuk abang. Apa yang abang rasa itu yang sayang rasa. Kita sama bang.. abang tahukan macam mana sayang cinta dan kasihkan abang. Biar percintaan kita tidak lama tapi sayang rasakan tiada kekurangan dimana-mana. Abang adalah segalanya.. sepanjang sayang menjadi teman, kekasih, tunang dan isteri abang.. sayang bahagia sangat. Abang adalah pendamping dan pelindung sayang yang Allah berikan buat sayang. Andai ditakdirkan kita terpisah sayang tak tahu apa akan jadi pada hidup sayang. Mungkin sayang akan mati biarpun sayang hidup..” bicara Rabiatul membuatkan Azman memeluknya erat. Dah sudah budak kecik ni tak mahu mengalah dengan kata-kata abang Jeman…
            “Sayang, jangan cakap macam tu.. sayang adalah segalanya untuk abang. Kita sama-sama berdoa pada Allah mudah-mudahan kita kan bersama sehingga ke anak cucu dan akhir hayat. Kita sama-sama membesarkan dan mendidik anak kita sehingga mereka berjaya dalam apa jua impian mereka. Dahlah jangan sedih lagi, esok kita pergi klinik periksa sama-sama ya. Sayang nak anak lelaki ke perempuan?” Azman menukar cerita takut nanti boleh banjir rumah ni. Ni pun dah mendung yang amat. Azman membetulkan kedudukan isterinya yang tadi ada disisinya kini sudah molek duduk dipangkuannya.
            “Tak kira lelaki atau perempuan yang penting mereka sihat dan comel. Kalau boleh sayang nak kembar sepasang. Bestkan  Malam-malam abang jaga sorang sayang jaga sorang. Seronoknya macam anak Kak Long abang. Comel je anak kembar dia tu tapi sayang tak naklah sekali tiga macam Kak Long tu. Dua cukuplah…” berangan betul budak Rabiatul ni.
            “Memang best anak kembar sayang oi! Tapi penatnya ya ampun! Abang pun macam sayang juga tak kiralah anak apa yang lahir nanti yang penting kalau lelaki kacak macam abang dan yang perempuan comel macam sayang,” Jeman kalau berangan memang melangit…. Kacak ke kau Jeman? Kacaklah juga….
            “Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita kan bang.. Amin.” Doa Rabiatul penuh harapan.
            “Amin.. sayang jom kita tidur dah lewat ni..” Azman lantas mencempung isterinya dibawa kebilik mereka. Nasiblah rumah mereka setingkat kalau dua tingkat macam rumah mak boleh patah pinggang ni hari-hari berdukung.
            Dalam perkahwinan mereka sentiasa mengharapkan yang indah-indah namun hakikatnya sesekali ada jua badai yang datang. Sungguhpun begitu Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambaNya. Dia tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Moga rumahtangga yang di bina akan terus dilimpahi kebahagiaan..

p/s selamat membaca.....