BAB 25
“Fif, kau pe sal? Termenung sana termenung sini aku
tengok pun tak sedap hati. Ini mesti tak ada sebab lain ini mesti sebab
Atulkan? Hanya Atul yang boleh buat kau macam ni… isteri orang tu Fif.” Fakri
menegur Farhan Afif yang termenung di balkoni rumah mereka di tingkat lapan
belas. Bukan dia tak tahu hanya Rabiatul sahaja yang boleh membuatkan Farhan
Afif yang serius tahap tak ingat tu berubah tiga ratus enam puluh darjah. Pelik
pun ada dengan sikap Farhan Afif. Entah ilmu apa yang Rabiatul pakai.
“Tak ada apalah Ri, kau tahu aku
dapat anak angkat kembar sepasang tadi. Atul dah bersalin, aku tak tahulah
betapa gembiranya aku dapat azankan dan iqamatkan mereka. Indah sangat perasaan
tu. Kelakar pun ada aku kena masuk bilik bersalin tolong Atul untuk melahirkan
anak yang kedua…” seronok sangat Farhan Afif bercerita tapi..
“Kau biar betul Fif..” lekas saja
Fakri memotong kata Farhan Afif sebelum sempat disudahkan.
“Betullah.. kau ingat aku tipu ke?”
dahlah belum habis cerita dah kena potong.. hangin betul!
“Tak adalah setahu aku suami je yang
boleh masuk bilik bersalin, pelik juga kau boleh masuk atau kau menyamar jadi
suami Atul.. kau ni dah kenapa Fif?” hai! Mamat seorang ni nak hangin pulak..
betullah aku cakap.. Fakri mengumam sendiri.
“Tak ada maknanya nak menyamar
segala ni.. lainkali dengar cerita aku sampai habis baru menyampuk.. ini tidak!
Aku baru nak masuk gear dua kau dah sampai gear lima .” Geram dengan kawan yang seorang ni..
suka sangat buat kesimpulan tanpa mendengar keseluruhan cerita.
“Maaflah beb! Terkejut je tadi…kau
ceritalah aku dengar..” Fakri tersengih menampakkan baris gigi yang tidak rata
tapi putih…
“Macam ni.. aku pergi hospital tadi
macam biasa, aku kan
cuti seminggu. Kau tahulah kan Atul kan dah nak bersalin
jadi aku ingat nak teman dia. Aku sampai pagi tadi dia tidur kat bilik suami
dia jadi aku tak nak kacaulah.. Abang Radhi pun ada juga tadi, lama juga kita
orang borak-borak. Tunggu Atul tak bangun-bangun Abang Radhi balik rumah dulu
sebab mak abah pun baru sampai dari Gelang Patah. Waktu aku dok relek-relek aku
dengar Atul menjerit yang suaminya dah sedar, aku pun berlarilah masuk. Dalam
keadaan kelam kabut tu Atul sakit nak bersalin. Panik aku macam nak apa… tapi
kelakar pun ada kalau ingat.. kau tahu aku boleh dukung dia sampai wad
bersalin. Aku tak fikir apa dah… aku fikir nak selamatkan dia saja.. nasib baik
doktor yang bertanggungjawab merawat dia semasa mengandung ada kat situ jadi
senang sikitlah…
Kau tahu… tunggu dia nak bersalin tu
aku rasa macam nak masuk je tengok keadaan dia.. Alhamdulillah Allah makbulkan
doa aku.. tak lama doktor bagi tahu Atul lemah sangat nak bersalin anak yang
kedua. Dia minta bantuan aku untuk memberi semangat kat Atul. Aku apa lagi
macam orang mengantuk disorongkan bantal. Sedih tengok keadaan Atul..” Farhan
Afif menarik nafas seketika.. masih terbayang jelas diruang matanya segala yang
berlaku.. Fakri masih setia meminjamkan telinga untuk mendengar segala luahan
Farhan Afif.
“Kau tahu Ri, saat aku memberikan
semangat kat dia tulah aku rasa saat yang paling indah dalam hidup aku… aku pun
ada buat kerja gila sikit masa tu.. aku luahkan rasa cinta aku kat dia… aku tak
boleh nak simpan perasaan aku pada dia. Aku dah berterus terang… tapi
meletakkan harapan pada orang yang salah memang kena reject. At least aku
puashati aku dah lepaskan segalanya…” tersenyum nipis Farhan Afif mengingat apa
yang terjadi.
“Apa tindakan kau seterusnya…?” Soal
Fakri pendek.
“Aku rasa tanggungjawab aku dah
selesai bila suami dia dah sedar.. aku hantar dia dan anak-anak kat suami dia.
Masa dia orang leka dengan situasi tu aku hilangkan diri. Aku tak sanggup nak
jadi orang ketiga pada insan sebaik Azman dan Rabiatul…” sebak bila
mengingatkan semua itu…
“Fif, apa yang kau buat ni salah..
sepatutnya kau jumpa Azman dan Rabiatul dulu bukan terus menghilangkan diri..
Mesti dia orang tengah cari kau ni…” Fakri sesal sedikit dengan perbuatan
Farhan Afif.
“Kau nak aku buat apa Ri, aku tak
sanggup nak berdepan dengan mereka. Perasaan aku pada Atul membuatkan aku rasa
bersalah sangat kat Man.
Seolah-olah aku ambik kesempatan di atas musibah yang menimpa mereka. Tak adil
buat mereka Ri. Aku tak sanggup untuk terus dibelenggu dengan rasa bersalah ini
sepanjang masa. Dulu masa Man belum sedar aku buat atas rasa tanggungjawab
untuk menjaga dan melindungi Atul tapi sekarang aku nak buat atas dasar apa?”
Farhan Afif semakin kusut dengan apa yang berlaku.
“Bukan ke kau bapa angkat pada
anak-anak dia?” Fakri ni kenapa tak faham atau buat-buat tak faham.
“Memanglah… tapi aku tak kuat untuk
berdepan dengan mereka. Tak apalah aku tahu disudut hati aku yang paling dalam
ni ada mereka. Aku akan ingat mereka sampai bila-bila. Man dah sedar mesti Atul
dapat lupakan aku dengan mudah.. tak apalah Ri.” Aku tak mahu jadi orang
ketiga…
“Apa rancangan kau lepas ni?” soal Fakri
sekali lagi, dia sedar bukan mudah menyimpan perasaan pada orang yang salah.
“Macam biasa tapi kan
aku ingat nak ambik tawaran kerja kat Brunei tu lah.. tak silap aku hari
ini hari akhir untuk aku beri jawapan.” Farhan Afif memberitahukan rancangan
yang sudah ada dikepalanya.
“Kenapa perlu lari?” soalan membunuh
tau si Fakri ni…
“Aku tak larilah cuma aku rasa dah
tiba masanya untuk aku berhijrah. Saat ini aku rasa yang paling sesuai… lagipun
dulu aku pernah tolak sekali masa aku ditawarkan ke Dubai . Tak apalah ada hikmahnya ni… Atul
selalu kata kat aku dugaan yang Allah beri kat kita ibarat hujan turun sebab
nak bagi kita pelangi yang indah… hebat kan
kata-kata dia. Hujan yang turun kat aku sekarang ni bukan hujan biasa siap ada
guruh berdentum dan ribut taufan segala.. kelakar tau dia tu..” ketawa Farhan
Afif dengan kata-katanya sendiri.
“Suka hati kaulah Fif.. Bila kau nak
pergi?” bilalah kau nak bahagia ya Farhan Afif… tak habis-habis dugaan…
“Secepat mungkin..” putus Farhan
Afif penuh yakin..
“Kau tak nak jumpa dia orang sebelum
pergi?” Fakri mahukan kepastian.
“Tak kot..” nekad sungguh Farhan
Afif… sanggupkah dia?
“Biarpun sekejap?” Fakri tak putus
asa untuk memujuk Farhan Afif untuk berjumpa Rabiatul sekeluarga.
“Yup!”
“Teganya kau Fif..”
“Habis kau nak aku buat apa? Jumpa
dia orang dan cakap aku nak pergi.. kau nak aku buat macam tu? Ri aku tak kuat
nak jumpa dia orang..” susah sangat ke kau nak faham apa yang aku terangkan kat
kau ni Fakri…
“Kau nak pergi macam tu saja.. kau
nak dia orang tertanya-tanya kenapa kau bertindak begini?” lari dari masalah
bukan cara yang betul…Fakri mengeluh perlahan…
“Aku terpaksa Ri, cubalah kau faham
sikit kat kawan kau ni… Mungkin aku akan jumpa mereka dulu sebelum pergi tapi
aku tak kan
muncul depan mereka.” akhirnya Farhan Afif memutuskan tindakan seterusnya..
“Maksud kau jumpa mereka secara
sembunyi-sembunyi tanpa mereka sedar.” Fakri mula memahami rancangan Farhan
Afif.
“Pandai pun… tak pe.. masa akan membuatkan kita lupa..” jangan
terlalu yakin Farhan Afif… tak semudah itu…
“Sukahati kaulah Fif, aku sebagai
kawan hanya mampu berdoa semoga satu saat ada pelangi untuk kau.. ok jugakan
perkataan pelangi tu..?” Fakri sempat mengangkat kening.. ingat kening macam
Ziana Zain ke apa? Tolong jangan perasan
ya.. Fakri.
“Sengallah kau ni…” Farhan Afif
membaling kusyen kecil ke arah Fakri. Akhirnya meletus tawa mereka.
Farhan Afif menghilangkan diri di
dalam bilik. Banyak kerja yang harus dia buat sebelum dia pergi. Bukan dia nak
lari dari kenyataan hidup tapi dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan
mereka semua. Apa yang penting sekarang dia mahukan yang terbaik untuk Rabiatul
sekeluarga. Kata orang masa akan ubati
luka kita.. biarlah..
Farhan Afif menghubungi pihak hotel
yang dia menerima tawaran itu dan akan bertolak esok. Sebelum pergi dia mahu
bertemu kedua orang tuanya meminta restu, restu mereka amat penting untuk
mendapat keberkatan dalam apa yang dia perbuat. Banyak benda yang dia dapat
lapan bulan kebelakangan ini. Mengenali insan bernama Rabiatul Adawiah dan Azman Adib cukup membuatkan
hidupnya berpusing seketika. Selepas ini back
to normal..
Farhan Afif memberhentikan kereta di
hadapan wad kecemasan. Dia terpaksa melalui jalan belakang agar tidak dapat
dilihat oleh sesiapa. Dia meminjam kereta Fakri untuk mengelakkan dari
dikenali. Kelakar juga dia dengan misai palsu dan rambut palsu yang dikenakan.
Kat rumah tadi Fakri hampir memukulnya kerana mengingatkan yang pencuri masuk
ke dalam rumah. Sedangkan Fakri yang dah bertahun mengenalinya tak perasankan
dia apatah lagi Rabiatul mungkin tak akan dapat mengecamnya…
Farhan Afif menggunakan tangga tidak
seperti selalu menggunakan lif untuk ke bilik Azman. Agak sibuk dikawasan
hospital diwaktu melawat ni. Di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar tiada
siapa yag mengenalinya.. dah macam pencuri pulak rasanya. Melewati bilik Azman
tiada siapa-siapa kelihatan diluar.. Fuh!lega sedikit.. Dia melihat dari pintu
yang terbuka separuh, ramai yang berada di bilik Azman.. Em.. Atul tak ada..
tak pe senang sikit kerja.. dia melangkah perlahan ke dalam bilik Azman dengan
sebakul buah-buahan yang sengaja dibelinya tadi. Semua keluarga Rabiatul ada di
situ kecuali Rabiatul saja yang tiada.
“Assalamualaikum.. maaf mengganggu…
saya nak menghantar buah ni pada Encik Azman Adib. Boleh tandatangan di sini
bukti penerimaan..” semua dah dirancang dengan rapi suara siap sengau-sengau
sikit… semua mata memandangnya.. degupan jantung dah macam lari pecut seratus
meter… gila ah…
“Waalaikumussalam…” jawab mereka
semua serentak.
“Encik Azman Adib?” soal Farhan Afif
untuk kepastian sambil ibu jarinya menunjuk ke arah yang punya nama.
“Ya saya…” setelah siap mengambil
tandatangan dan menyerahkan bakul buah-buahan tadi Farhan Afif berlalu pergi
tapi sebelum tu sempat dia bersalam pada Azman dan mereka yang ada di situ.
Saat dia bersalam dengan Abang Radhi hatinya menjadi semakin sayu.. ah lelaki
ini… membuatkan aku serba salah… mata mereka bertemu seketika. Tanpa sedar dia
menepuk perlahan bahu Abang Radhi… dan menghadiahkan senyuman palsu…
Cepat dia melangkah pergi setelah
menyedari Abang Radhi merenungnya tajam… bahaya ni.. baik cabut..
“Abang napa? Macam nampak hantu
saja…” tegur Kak Lina yang menyedari perubahan suaminya..
“Abang macam kenal budak tadi tu…
minyak wangi dia sama dengan Afif..” Abang Radhi menggaru kepala yang tidak
gatal.
“Abang ni merepek saja.. Afif mana
ada misai.. rambut Afif lurus budak tadi tu kerinting. Alahai minyak wangi tu
banyak kat kedai tak mustahil kalau tersama.. dahlah jom kita tengok adik..”
pujuk Kak Lina sambil menraik tangan suaminya..
Farhan Afif melangkah laju ke wad
bersalin ingin bertemu seketika dengan Rabiatul sebelum kehadirannya disedari.
Nampak sangat tadi Abang Radhi macam curiga saja. Ya Allah permudahkanlah kerja
ku ini aku tidak mahu mengganggu hidup mereka lagi. Biarlah aku pergi untuk
mencari bahagia ku dan aku mahu orang yang aku cintai mendapat bahagia yang di
impikan. Aku bersyukur pada mu biarpun hanya seketika aku menikmati bahagia
itu…
Sampai saja di depan pintu bilik
Rabiatul dia terhenti bila terdengar suara Rabiatul sedang berbual dengan
seseorang.. dia mendengar namanya disebut.. Perasaan ingin tahu membuatkan dia
statik di situ…
“Puas dah Abang Radhi cari tapi tak
jumpa pun, Tiha aku nak jumpa dia aku nak ucap terima kasih kat dia.. dia
banyak tolong aku Tiha.. Dia bapa angkat pada anak-anak aku Tiha. Kenapa dia
hilang macam tu je.. Apa salah aku Tiha? Apa salah aku?” airmata dah macam tak
berharga buat Rabiatul…
“Tul, kau tak salah apa-apa..
mungkin Afif nak yang terbaik untuk kau sebab tu dia hilangkan diri selepas Man
sedar. Kau kena faham setelah apa yang dia dah luahkan dekat kau.. aku tak rasa
dia akan mampu berdepan dengan kau tanpa rasa janggal.” Tiha memeluk erat
Rabiatul cuba
untuk menenangkan perasaan Rabiatul yang tidak stabil.
“Tiha.. perasaan dia pada aku tak
salah.. dia berhak untuk menyintai sesiapapun waimah diri aku sendiri. Aku tak
nafikan aku senang bila dia selalu ada untuk aku, temankan aku dalam apa
keadaan sekalipun. Aku tak pernah dengar dia merungut walaupun sekali, aku
syukur sangat ditemukan dengan dia tapi hati aku satu Tiha bukan dua kalau hati
aku ni ada dua aku akan serahkan pada dia satu kau tahu tak.. dia buat aku rasa
bersalah sangat bila dia hilangkan diri macam ni… aku nak dia Tiha! Aku nak
dia! Kau faham tak?” kenapalah Tiha tak faham apa yang aku mahukan sekarang ni…
“Atul.. aku faham.. tapi kau kena
ingat kau tak boleh menerima dua orang sekaligus dalam hidup kau.. berdosa Tul
menduakan suami… menyimpan perasaan pada orang lain. Kau rehat ya Tul, kau kena
jaga juga perasaan Man. Kalau dia dengar kau cakap macam ni pasti dia kecewa…
Kau belum sihat lagi.. aku tengok kau makan sikit saja.. tak sedap ke makanan
tu...?” Tiha masih tidak berputus asa memujuk Rabiatul
“Entahlah Tiha.. aku rasa memang
berdosa aku buat macam ni… tapi kau tahukan aku dah terbiasa selama lapan bulan
ni dia sentiasa ada untuk aku.. aku suka dengan masakkan dia yang dimasak untuk
aku. Kau sendiri tahukan yang dia selalu masakkan makanan yang berkhasiat untuk
aku untuk baby… kau nak aku lupakan
dia macam tu je ke Tiha… Sakit pening aku selama lapan bulan ni dia yang jaga…
tak pernah sekali pun dia gagal. Sampaikan orang sangkakan dia suami aku… kau
ingat aku boleh lupakan macam tu je dalam sekelip mata…” hiba sungguh hati
Rabiatul.. Mana kau Han? Atul nak Han!
Farhan Afif yang mendengar dibalik
pintu menyandar lemah… airmatanya gugur tanpa dapat ditahan… Atul, Han cintakan
Atul tapi kita tak mungkin boleh bersama.. Han tak mampu nak tenangkan Atul
sedangkan Han sendiri cuba
mencari kekuatan dan ketenangan andai boleh Han nak lari kat Atul dan peluk
Atul tapi Han tak boleh sayang… Ya Allah! Kenapa kau duga aku sebegini..
Tabahkan hati Atul untuk terima semua ini… Maafkan Han sayang…. Dia terduduk
lemah.. sudah tidak dihiraukan mata-mata yag memerhati dengan sikap peliknya..
nasiblah korang nak cakap apa..
Abang Radhi dan Kak Lina tidak jauh
dari situ melihat dengan mata yang berkaca… benar telahan Abang Radhi yang itu
memang Afif.. kenapa Afif buat semua ini… Afif tahu tak Abang Radhi pun rasa
bersalah sangat… Kak Lina memegang erat lengan suaminya… dia harus memberikan
kekuatan pada suami yang tersepit antara dua hati…
Farhan Afif mendongak bila bahunya
ditepuk perlahan, bila saja memandang Abang Radhi dia memeluk erat tubuh Abang
Radhi. Airmata jantan sudah mengalir tanpa dapat disekat. Kak Lina bijak
mengawal suasana agar Rabiatul tidak sedar akan kehadiran mereka di situ.
Ditarik lembut tangan suaminya di sudut yang agak tersembunyi di bawah tangga
jauh sedikit dari bilik Rabiatul. Farhan Afif menurut saja kemana dia dibawa
pergi.
“Maafkan Afif bang… Afif bukan nak
susahkan semua orang dengan kehilangan Afif tapi Afif tak mampu berada di sini
di depan semua dengan apa yang dah berlaku. Man dah sedar dan Afif tak nak jadi
orang ketiga antara Atul dan Man.. Maafkan Afif bang… melihat saja Man tadi
Afif dah rasa bersalah sangat. Afif tak mampu berdepan dengan Atul dan Man
bang… Afif salah menyimpan perasaan ini pada Atul.. sepatutnya Afif tak boleh
ada perasaan ini… Maafkan Afif..” terduduk Farhan Afif dilantai. Lemah seluruh
anggota badannya dia tak mampu untuk berdiri lagi. Mendengar pengakuan Atul
tadi membuat dia makin rasa bersalah…
Abang Radhi turut sama duduk
dilantai disebelah Farhan Afif, rasa kasihan pada pemuda itu tak dapat
dinafikan. Simpati yang melimpah ruah pada insan yang banyak memberi kekuatan
pada adik bongsunya selama lapan bulan ini. Lapan bulan bukan masa yang singkat
cukup lama buat insan pada Farhan Afif menyimpan rasa dihati yang tak mungkin
kesampaian. Bukan mereka tidak bersyukur yang Azman sudah sedar memang itulah
yang mereka semua harapkan tapi bila melihat keadaan Farhan Afif yang menyesali
perasaan yang tumbuh dihati itu mengusik sedikit perasaan mereka.
“Afif pandang abang… menyintai itu tak
salah Afif. Perasaan Afif pada Atul adalah anugerah Allah cuma masa dan
ketikanya saja tak sesuai… Afif adalah anugerah Allah pada kami saat kami semua
perlukan seseorang untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan pada kami.
Hadirnya Afif telah memberikan sinar untuk adik kami.. Afif selalu ada untuk
dia.. tak kira masa macam mana pun Afif akan ada untuk Atul. Kami pun tak mampu
untuk lakukan apa yang telah Afif lakukan. Bukan mudah memendam perasaan tanpa
diluahkan dalam jangka masa yang lama. Abang kagum dengan Afif kerana tak
pernah ambik kesempatan dekat Atul. Kami bersyukur sangat di temukan dengan
insan sebaik Afif. Afif kami faham kalau Afif nak pergi tapi boleh tak Afif
jumpa Atul dan Man biarpun sekejap… Please
Afif..!” pujukan Abang Radhi membuatkan Farhan Afif semakin rasa bersalah… Ya
Allah apa dah aku perbuat ni…
“Betul tu Fif, jumpalah mereka
biarpun sekejap jangan buat mereka rasa bersalah dengan kehilangan Afif… Tolong
dik!” mendengar saja perkataan adik dari mulut Kak Lina membuatkan dia menangis
lagi…
“Afif, tolonglah jangan menangis
lagi… abang dah keliru ni tahu tak sama ada Afif ni lelaki ke perempuan…”
kata-kata Abang Radhi mengundang tawa kecil Farhan Afif. Zahirnya dia tertawa
tapi tawa dalam tangisan…
“Abang ni.. Afif tulin lelaki
bang..” Abang Radhi ni ada keliru bagai kat aku… sempat dia buat lawak dalam
keadaan macam ni…
“Dah kamu menangis je… cengeng
betullah..” tak habis-habis Abang Radhi mengusik.
“Jumpa adik sekejap ya Fif… kesian
dia tanya Afif dari semalam…” pujuk Kak Lina lembut.
“Kak bukan Afif tak nak jumpa kak…
Afif tak kuat kak… Afif takut nanti Afif menangis depan dia… sampaikan salam
Afif kat dia.. ada masa Insyallah kita jumpa. Kak, bang rahsiakan pertemuan
kita pada sesiapa ya… Afif tak nak Atul makin sedih bila tahu Afif ada jumpa
akak dengan abang..” Farhan Afif sudah bertekad untuk tidak bertemu dengan
Rabiatul dan Azman. Dia tak mahu luka dia semakin berdarah dan bernanah. Dia
tak mahu menjadi duri daging dalam hidup mereka…
“Afif betul ni tak nak jumpa adik?”
Abang Radhi bertanya untuk kepastian…
“Betul bang… Afif tak mampu… biarlah
Afif tenang dulu… Afif nak jumpa kembar dulu sebelum pergi.. temankan Afif
ya..”
“Afif nak pergi mana ni?”
“Tak tahu lagi bang… Afif nak cari
ketenangan seketika sebelum berdepan dengan Man dan Atul.” Biarpun dia sudah
tahu destinasi yang dia mahu pergi tidak sesekali dia akan memberitahu pada
mereka semua… Dia tahu perangai Rabiatul yang nekad bila melakukan sesuatu. Tak
mustahil Rabiatul akan mencarinya sampai dapat.
Mereka bertiga melangkah ke bilik
bayi yang bersebelahan tangga, memandang saja kewajah bayi kembar itu Farhan
Afif mengalirkan airmata sekali lagi.. tak tahulah airmata terlalu murah hari
ini macam jualan lelong saja. Dulu masa kena tinggal lari dengan isteri pun tak
macam ni… hebat betul penangan Rabiatul Adawiah ini..
Farhan Afif mendukung seketika
sikembar dan mencium penuh kasih…
“Maafkan papa Han sayang… bukan papa
Han tak sayang kamu berdua tapi papa tak mampu untuk hadapi semua ini di sini.
Akan papa abadikan kenangan ini untuk bekalan papa meneruskan kehidupan. Papa
tahu ibu dan ayah akan jaga kamu dengan baik… papa bersyukur sangat diberi
peluang untuk bersama-sama menyambut kelahiran kamu. Biarpun sekejap bersama
kamu tapi papa dapat rasakan kasih sayang kamu pada papa. Jaga ibu dan ayah
untuk papa ya sayang.. jangan sakiti hati mereka.. Insyallah ada masa kita
jumpa lagi…” si comel dalam dakapan Farhan Afif mengeliat seketika seolah mengerti
apa yang dikatakan. Bayi itu seakan faham yang papa mereka akan tinggalkan
mereka sekejap lagi…
Abang Radhi dan Kak Lina menyapu
airmata yang tak henti-henti mengalir.. Farhan Afif semoga kau tabah dik… besar
sungguh pengorbanan kamu pada mereka sekeluarga dik… kami tak mampu membalas
jasa-jasamu dik.. hanya Allah saja yang akan membalas segala budi baik kamu
pada kami… Allah telah pinjamkan kamu pada kami untuk memberikan kebahagian dan
kekuatan disaat kami memerlukan. Dimana jua kamu berada nanti semoga
kebahagiaan terus menjadi milik kamu.. kerana kamu berhak untuk bahagia dik…
Farhan Afif meletakkan semula bayi
di dalam katil dan dia merenung mereka dengan wajah yang sayu… moga berjumpa
lagi satu hari nanti… Dia bersalaman dan berpelukan dengan Abang Radhi. Kak
Lina masih lagi jadi pemerhati buat dua lelaki yang hanyut dalam perasaan
masing-masing. Dia turut sama merasai kesedihan yang ditanggung oleh mereka.
Sempat Farhan Afif mengambil gambar kedua bayi kembar yang sudah mendapat tempat dihatinya…
“Abang sudahlah tu.. Afif pun dah
pergi… kalau tadi abang keliru yang Afif tu lelaki ke perempuan sekarang Lin
pun keliru suami Lin ni pulak macam mana?” Kak Lina mengusik suaminya yang
masih hanyut dalam kesedihan.
“Lin ni.. ada pulak ragukan
ketulinan abang habis yang tiga orang anak kita tak hasil dari ketulinan abang…
sayang ni pun… abang sedihlah tengok Afif tu banyak sangat dia berkorban untuk
adik dan keluarga kita… sampai abang pun dapat rasakan aura Afif masa dia jumpa
Man tadi… hebatkan dia…” bini aku ni pun.. ada ragukan ketulinan aku.. Lin..
Lin..
“Luaran dia memang hebat tapi
dalaman dia goyah bang… kalau tak tentu dia sanggup berdepan dengan adik. Lin
rasa dia berpura-pura kuat tapi hakikatnya kita nampak tadi masa kita jumpa dia
kat depan bilik adik… dia tak kuat mana bang… cinta ni memang pelik kan bang..” melihat
keadaan Farhan Afif mereka tahu tak sekuat mana pun lelaki itu.
“Memang pelik tapi indah bila kena
gayanya… jomlah kita jumpa adik..” Abang Radhi memimpin tangan isterinya.
“Jangan lupa janji kita pada Afif..”
Kak Lina mengingatkan.
“Abang ingatlah sayang…” Abang Radhi
mencubit pipi isterinya…
Afif mana saja kamu pergi..
percayalah kami akan sentiasa menunggu kepulangan kamu kerana kamu adalah
anugerah terindah Allah pada kami biarpun seketika… Selamat jalan Farhan Afif….
p/s Selamat Menunaikan ibadah puasa dan Selamat hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog ini... sayang u alls.. thanks.. Samiza Ezanie..