Monday 8 October 2012

Terlalu masa begitu cepat berlalu..

Alhamdulillah kuliah telah pun bermula, kesibukan sebagai mahasitua dan dalam masa yang sama bekerja adalah sesuatu yang agak memenatkan.. Cuba untuk buat yang terbaik dalam hidup.. bukan untuk sesiapa hanya untuk memuaskan hati sendiri... dan inilah natijahnya.. penat.. tapi disebalik kepenatan itu sebenarnya tersembunyi satu kepuasan yang sukar digambarkan..

Terkejar-kejar dengan kuliah dan kerja membuatkan kita rasa masa kita tidak mencukupi... masa inilah pengurusan masa adalah cukup penting. Kata orang jangan sampai nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.. Tak mudah kan? Sentiasa berdoa pada Allah SWT semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan segala tugas yang diberi.. sentiasa berfikiran positif untuk menghalang gelombang negatif muncul tanpa disedari.

Ada masanya kita begitu penat dengan persekitaran dan orang sekeliling kita.. penat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tanpa sedar dan tanpa tidak sengaja gelombang negatif akan datang dalam diri kita.. mulalah kita berfikir yang bukan-bukan dan terkadang tidak termasuk oleh akal fikiran kita pun.. Betapa saat itu diri kita mudah dipengerahui oleh perkara-perkara dan anasir-anasir yang tidak baik.. Mulalah tidak dapat berfikir secara rasional kerana sudah dipenuhi oleh gelombang negatif dalam diri.. emosi mula menguasai diri tanpa kita tahu.. sedihkan?

Bukan mudah sebenarnya untuk lalui kehidupan yang mencabar ni.. kita perlu kekuatan mental dan fizikal. Bijak mengawal emosi dan situasi.. Bila kita sedar gelombang negatif sudah muncul dalam diri kita cuba bertenang dan rehatkan minda kita. Mengenang perkara-perkara yang baik dan indah sahaja.. berbagai cara boleh kita lakukan untuk menenangkan diri kita sebagai orang islam kita banyakan berdoa pada Allah SWT disamping berusaha untuk mengubah diri kita.. 

Insyallah bila diri kita tenang tanpa kita sedar gelombang negatif itu akan berlalu pergi tanpa kita sedar. Betapa kita perlu sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara yang positif juga.. jadi siapa pun diri kita kita berhak untuk kebahagiaan kita. Jangan peduli apa orang nak kata janji apa yang kita lakukan tidak melanggar hukum atau undang-undang. Lakukan untuk diri kita dan orang disekeliling kita.

Cukup mudah untuk kita berkata-kata tapi sebenarnya terlalu banyak dugaan untuk kita melaksanakannya..
Siapa pun kita kita berhak untuk bahagia! 

Ikhlaskan hati.. redhakan diri dan maafkan semua orang hidup kita akan lebih tenang.. Jangan meninggi diri kerana hidup kita hanya sementara dan jangan sesekali menghina orang dan mengaibkan orang kerana nanti kita akan dapat balasan yang sama.Tak Suka DIAM... tengok saja... jadi pemerhati bisu dan kaku tanpa menyakiti hati sesiapa.. Terkadang orang yang kita malukan dan aibkan akan membantu kita.. jangan mudah mengadili seseorang.. Biar setinggi manapun kita.. harus berpijak dibumi nyata. 

Mungkin dulu kita pernah jadi mangsa tapi kini kita jangan mencari mangsa.. Kalau kita berbuat demikian tiada beza kita dengan dia...Fikirkanlah....

Ikhlas dari hati
Samiza Ezanie.
5.23 pagi...