Wednesday 29 February 2012

Indahnya kehidupan...

          Semalam aku menaiki bas menuju ke bandar Batu pahat.. tiba di Bandar U naik seorang ibu dan anak. Cukup untuk membuatkan mata ini terus terpaku melihat mereka. Nak tahu kenapa? Si anak adalah kanak-kanak down sindrom dan hatiku tersayat pilu melihat pasangan ini. Yang paling membuatkan aku tersentuh hati adalah bila si anak acapkali akan mencium ibunya tanpa ada rasa jemu. Ibunya pun cukup sabar melayan segala pertanyaan dan karenah si anak.
         Sesekali anak itu menguap mungkin mengantuk si ibu akan menutup mulut si anak dan anak itu akan menghadiahkan beberapa ciuman pada pipi si ibu. mungkin itu tanda dia mahu mengucapkan terima kasih pada ibu yang telah membantu menutup mulutnya ketika menguap. Terkadang kita yang normal ini kurang memberikan penghargaan pada orang yang kita sayang.. tapi... kanak-kanak ini membuat aku tersedar betapa murninya sebuah kasih sayang... tak perlu dia mengungkapkan kata-kata hanya ciuman diberikan untuk tanda penghargaan.. Indahnya kasih sayang itu.
         Airmata ini hampir menitis melihat sebuah keindahan kasih sayang di depan mata... biarpun kanak-kanak itu tidak normal seperti kanak-kanak lain tapi dia mempunyai kelebihan yang  mungkin tak mampu dilakukan oleh kanak-kanak yang normal. Menzahirkan kasih sayang tanpa rasa jemu dan malu. tak kira dimana dia berada.. betapa tulusnya kasih ibu dan anak itu.. Syukur pada Allah kerana telah menemukan aku dengan keindahan ini. Membuatkan aku berfikir dan terus berfikir bahawa dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup kita adalah sesuatu yang indah dan menjadikan kita lebih kuat untuk terus melangkah kehadapan.
         Terima kasih untuk pasangan ibu dan anak ini bahawa pertemuan aku dengan mereka pagi ini menyedarkan aku bahawa dugaan yang Allah berikan padaku tidak sehebat yang Allah berikan pada mereka berdua. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik mereka. Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana menyedarkan aku dengan keindahan yang kau tunjukkan di depan mataku. Hakikatnya pagi itu aku agak terbeban dengan sedikit dugaan yang Allah berikan namun Allah telah memberikan satu petunjuk bahawa dugaan yang aku terima tidaklah sehebat sepasang insan ini.
         Ku berdoa satu hari nanti aku akan bertemu dengan insan ini lagi yang membuatkan aku terbangun dari kesedihan. Terima kasih buat ibu dan anak ini... terima kasih...


Samiza Ezanie
1.14pm
01/03/12

Tuesday 14 February 2012

Sentiasa berfikiran positif agar hidup lebih baik...

            Hidup ini perlu sentiasa berfikiran positif biar apa jua yang datang melanda.. terkadang kita sukar untuk menerima keadaan itu kerana kita menganggap itu pengakhiran hidup kita.. Bagi aku hidup ini perlu dinikmati sebaiknya... siapa pun akan menerima dugaan dalam hidup tapi kita kena redha dan percaya ada hikmah disebalik semua kejadian ini.. Allah tak kan menguji hambanya jika hambanya itu tidak mampu untuk menampung segala ujiannya. Semakin Allah uji kita itu bermakna Allah sayang kita... Allah nak kita sentiasa ingat padaNya..
          Biarpun terkadang ujian itu menjadikan kita jatuh namun kita kena berfikir dari sudut yang positif siapa yang tak pernah buat silap dalam hidup mereka.. semua orang pernah membuat silap dan kita harus jadikan ianya sebagai satu semangat untuk bangun dan meneruskan kehidupan dengan jalan yang lain. Jangan kita lalui jalan yang sama kerana kita dah tahu jalan itu akan membuatkan kita jatuh semula belajar dari kesilapan kita itu.. Kita harus pastikan jalan yang kita pilih itu bukan jalan yang salah dan tak menyalahi undang-undang negara dan agama kita.
        Terkadang apa yang kita lakukan akan mendapat persepsi yang berbeza. Ada setengah orang memandang dari sudut positif ada pula yang memandang dari sudut negatif. Kadang kita tak terniat pun untuk menyakitkan hati sesapa tapi itulah kehidupan namanya.. Tak semua orang suka apa yang kita perbuat tapi kita harus yakin dengan diri kita.. Bukanlah nak tunjuk kita ni bagus atau hebat tapi lebih kepada untuk memuaskan hati kita dan mencabar diri kita. Adakah kita mampu membuat sesuatu yang tak terfikir oleh kita sebelum ini.
        Mungkin dulu kita senang dibuli dan mudah merasa rendah diri tapi kita tidak harus berada ditempat yang sama.. membiarkan diri kita terus hanyut dengan apa kehidupan masa lalu kita. Kita harus bangkit dan mencari alternatif untuk menjadikan diri kita lebih baik. Setiap orang mempunyai perasaan dan emosi namun kita tidak harus terbawa-bawa oleh emosi kita itu. Harus fikirkan perasaan orang lain juga.. namun sebagai manusia biasa kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak.. Berfikir dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras dan bukannya bertindak mengikut emosi...
        Hidup kita ini hanya pinjaman semata.. nikmati sebaik-baiknya.. berbicara cukup mudah tapi melaksanakan cukup sukar.. Berpijak di bumi yang nyata dan jangan sesekali melatah dengan teguran yang diterima.. Sentiasa positif dan jangan sesekali menoleh ke belakang jika kita dah tahu jalan yang dibelakang itu cukup pahit untuk kita ingati semula...
       Siapa pun diri kita jangan pernah anggap diri kita bagus sangat.. tiada yang lebih bagus dan hebat selain dari Allah yang Esa.


Hidup ini indah nikmati sebaiknya

Samiza Ezanie
7.23pm 14/2/12

Friday 3 February 2012

MINGGU YANG OKEY-OKEY SAJA.

       Bukan mudah untuk melepaskan anak-anak untuk pergi jauh dari kita, apatah lagi bila mereka perlu ke luar negara yang tak pernah mereka jejak sebelum ini dan bila anak kita itu perempuan kebimbangan itu semakin menjadi... Apakah yang ada dalam hati kita sebagai ibubapa itu semakin tebal... sukar tapi kita harus berani untuk melepaskan demi kebaikan anak-anak kita. Apatah lagi bila ada kes pelajar kita dirompak dan dipukul di luar negara. Kebimbangan kita akan terus menjadi-jadi... Namun inilah kehidupan yang harus kita lalui.
      Kebimbangan memang ada di dalam setiap hati kita namun kita kena yakin pada anak-anak kita yang mereka boleh menjaga diri dan kita harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Bersangka baik dengan mereka dan tidak pernah kenal erti putus asa untuk memberikan yang terbaik pada mereka. Jika dikatakan kita mengawal mereka itu tidak sama sekali kita hanya memerhatikan mereka untuk menjadikan mereka yang terbaik antara yang terbaik. Setiap ibubapa meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka susah di kemudian hari. Mereka mahu anak mereka berjaya mengapai apa jua yang mereka cita-citakan.
      Namun biar setinggi mana pun harapan jangan sesekali kita meletakkan mereka di dalam keadaan tertekan kerana ini akan membuatkan mereka tidak bahagia dan tidak suka dengan apa yang mereka buat.. Perlu sentiasa ada perbincangan antara dua pihak, kita perlu menjaga hati masing-masing agar tiada hati-hati yang akan terguris. Sehebat mana pun kita di masa akan datang mesti ada penyebabnya untuk kehebatan itu. Jangan mudah puas apa yang kita lakukan, terkadang kesilapan itu perlu untuk mendapatkan yang terbaik. Selalunya kita akan belajar dari kesilapan dan jarang sekali kita mengulangi kesilapan itu. Kalau mereka mengulangi kesilapan itu berulangkali adalah hak kita sebagai ibubapa menegur mereka dengan cara yang mudah difahami.
      Era kini memerlukan kita bertoleransi untuk menegur anak-anak kerana ini bukan era dulu kala yang kita harus menurut saja apa yang ibubapa yang telah tetapkan pada kita. Namun cara pengajaran sebegitu cukup bagus di eranya namun tidak relevan digunakan di era ini. Kalau dulu mendengar guru atau ibubapa merotan anak adalah satu kebiasaan tapi tidak pada era ini. Anak-anak sekarang cukup berani untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati mungkin faktor luaran juga menjadi salah satu penyumbangnya. Namun begitu jangan biarkan anak kita hilang rasa hormat pada kita. Banyak pendekatan yang perlu kita gunakan agar anak-anak kita terus menghormati kita. Jangan sesekali kita membezakan anak-anak kerana mereka tidak suka dibandingkan. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Siapa pun mereka kita harus sedar mereka tetap anak kita. Tiada siapa yang boleh mengubahnya...
      Kita jangan sesekali menganggap diri kita bagus dan hebat kerana tiada yang sehebat Rasulallah S.A.W. Anak kita adalah gambaran kita, bagaimana kita mencorak anak kita.. itulah jadinya.. Sentiasa berdoa untuk anak-anak kita agar menjadi yang terbaik kerana era ini banyak persaingan yang harus mereka lalui kerana jika mereka mampu bersaing mereka akan berjaya jika mereka gagal bersaing akan banyak perkara negatif dari positif oleh itu kita jangan berputus asa..... sentiasa menyokong dalam apa jua keadaan sekalipun... rebah dan bangkit bersama. JANGAN SESEKALI MENGANGGAP DIRI KITA HEBAT DAN BAGUS...
     Kita tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana itu semua tak akan menjadi apa. Apa yang kita buat kita harus percaya dengan apa yang kita lakukan. Biarlah orang mengata atau mengutuk kita..... tidak mengapa.... kita dengar mana yang baik mana yang buruk kita abaikan saja. Bila kita terlalu mendengar cakap-cakap orang kita akan rasa tertekan dan banyak buruk dari baiknya. Sentiasa bersangka baik pada semua orang agar hati kita tenang setenang air di laut. Biar kadang-kadang ada badai melanda.. hidup jika tidak diduga kurang keindahannya....
     Muhamad Raffi Hakim bin Samri buat yang terbaik untuk Hotelier exposure cooking competition tour de uitm explorace career talk.. Mohammad Idaffi Haikal bin Samri buat yang terbaik untuk persahabatan Ragbi di STI. Rabiatul Adawiah binti Samri selamat melancong, melawat dan menimba ilmu di Universiti Beijing Cina  moga anak-anak mendapat yang terbaik... kami sentiasa menyokong kamu kerana kamu semua adalah anugerah terindah dalam hidup kami.... Kamu yang perlu membuktikan siapa diri kamu dan kemampuan kamu jadi jangan mudah berputus asa. Jangan sesekali menganggap diri kamu hebat... sebab ada yang lebih hebat dari kamu...

Samiza Ezanie
4/2/12 12.15pm

DUA JIWA JADI SATU BAB 4

BAB 4
            Pukul 10 pagi mereka sudah tiba ke The Zone Stulang, namun mereka tidak boleh check in lagi. Abang Rais ada mempelawa mereka berdua untuk singgah ke rumah keluarga Abang Rais di Kota Tinggi tapi ditolak secara baik dengan mereka. Lagipun mereka hendak berehat setelah menempuh jalan yang panjang. Sementara menunggu untuk check in lagi 4 jam, mereka duduk bersantai di tepi laut meniup udara segar. Cuaca pun tak berapa panas, redup sahaja. Mereka selesa begitu, memanjakan diri dengan alam merehatkan minda dengan tiupan angin laut. Terapi alam. Memang mengantuk apatah lagi dengan tiupan angin terasa mahu melelapkan mata.
            “Atul, kalau Atul mengantuk Atul tidurlah kat bahu Man ni, sakit kepala nanti kalau tahan mata tu. Tak pun Atul buka aircond tidur kat dalam kereta.” Kesian pulak dia melihat budak kecik seorang ni menguap tak sudah. Mesti mengantuk tahap gaban, dia pun apa kurangnya namun rasa sayang pulak nak tidur melihat pemandangan yang cantik di tepi laut. Nampak dekat je Bandar Singapura, rasanya kalau berenang pun boleh sampai.
            “Tak apalah Man, bukan senang kita nak dapat peluang macam ni. Duduk kat tepi laut dengan udara segar, bertuah betul sapa yang duduk kat sini kan.. best giler.” Apalah Man ni siap nak suruh tidur kat bahu pulak, sorry ya Pak Encik awak bukan suami saya tahu. Kang tak pasal kena tangkap basah walaupun badan ni kering. Dia melunjurkan kaki dan memicit lembut. Sabarlah hati, sekejap lagi boleh rehat kat bilik hotel. Kenapalah boleh lupa yang kena check in pukul 2 petang.
            “Kalau ikutkan hati mahu aje terjun je kat laut tu, mandi untuk segarkan badan yang letih dan melekit ni. Nasib baik tak bau asem kan Atul badan kita ni. Lau tidak mahu Atul lari bila dekat Man ek..” lawak ke apa budak Jeman ni.. ada bau badan jadikan isu ni.. letak deodorant rexona mana ada bau badan Atul.… hehehe..
            “Memang kalau bau badan Man asem Atul dah lari seribu langkah, ni Atul ada lagi ni maksudnya selamatlah Man punya bau badan. Betullah Man kalau ikutkan hati mahu je Atul terjun tapi tak adalah pulak orang mandi.. nanti kalau kita dua orang terjun kat laut ada pulak orang syak kita ni nak bunuh diri.. tak ke naya tu.. tak naklah Atul.” Manja pulak bila budak kecik ni menjawab. Dah boleh bergurau ni, Azman tersenyum manis membuatkan ada getaran di dada Rabiatul. Mereka lebih selesa menggunakan gantinama masing-masing berbanding engkau aku atau saya awak.
            “Nanti ada pulak orang selamatkan kita kan.. esok masuk paper frontpage lagi sepasang kekasih mencuba untuk membunuh diri. Haru betul!” mereka berdua ketawa serentak. Tak ke pelik dua orang yang sentiasa serius dalam bekerja dan tidak pernah rapat sebelum ini boleh ketawa riang bersama. Apa yang Allah tentukan untuk kita tiada siapa mengetahui.
            “Memanglah haru apatah lagi kalau kengkawan kita yang membaca paper tu. Tak nak lah orang jadi berita hangat kat Malaysia ni… malu derr...” Rabiatul menjawab dengan sisa tawa yang masih ada.
            “Atul siapa Abang Rais sebenarnya?” erk! sal Man lari tajuk ni. Rabiatul terkedu seketika. Dia menarik nafas perlahan.
            “Abang Rais tu abang angkat oranglah, dia seorang abang yang baik dan dia banyak membantu Atul masa Atul satu sekolah dengan dia. Dia amat istimewa dihati Atul tapi tak adalah istimewa selain seorang abang. Kenapa Man tanya?” Rabiatul menerangkan serba sedikit tentang hubungan dia dengan Abang Rais.
            “Memang rapatlah ya,”  selamba saja Jeman ni nak tahu macam-macam pasal Abang Rais ni kenapa. Rabiatul membuat muka pelik.
            “Memang rapat sangat dan keluarga kami pun saling mengenali, cuma Atul dah lost contact lepas Abang Rais lanjutkan pelajaran kat oversea. Atul ada cari dia juga tapi kekangan kerja membuatkan pencarian tu terhenti setakat itu saja. Pagi tadi pertemuan pertama kami selepas 10 tahun. Lama kan? Abang Rais dah banyak berubah sekarang ni dari segi penampilan dan perangai tapi dia ada persamaan dengan Man yang membuatkan Atul selalu hilang sabar dengan dia. Honestly Atul memang rindu sangat dengan dia, dia seorang abang yang selalu ada untuk adik dia dalam apa jua keadaan, mula-mula tu bila dia tak ada Atul rasa kehilangan sangat tapi kita sebagai manusia kena redha dengan apa jua yang Allah berikan kat kita kan. ” nak sangat tahu siapa Abang Rais. Ambik kau.. hehehe..
            “Apa persamaan Man dengan dia?” nak tahu jugak ke? Entah apalah ada kat kepala Jeman ni.. kenapa dia nak tahu sangat ni.
            “Suka cakap yang bukan-bukan dengan Atul, itu persamaan Man dengan Abang Rais. Ada lagi Man nak tahu tentang Abang Rais? Man nak Atul buat macam esei tu ke?” geram betullah dengan budak Jeman ni. Tak lengkap lagi ke penerangan aku ni? Poyo derr…
            “Tak adalah sampai macam tu sekali, Man nak tahu juga hubungan Atul dengan Abang Rais takut nanti timbul salah faham pulak.. antara..” belum sempat Azman menghabiskan kata Rabiatul lekas memotong.
            “Chop! Salah faham apa pulak?”
            “Ya lah.. mana tahu Atul ni dulu kekasih Abang Rais ke? Tak ke naya nanti malam bila orang tengok Atul dengan Man dan Abang Rais dah jadi duda, Man tak nak nanti orang kata Man rampas Atul dari Abang Rais. Tak ke parah nanti Man nak menjawab kat semua orang.. ada faham budak kecik?” dalam hati Azman mula ada rasa cemburu… namun dalam masa yang sama dia tak nak Rabiatul tahu apa yang dalam hatinya.
            “Gitu pulak dah.. okeylah membebel je ni lapar pulak perut ni lagipun macam dah tengahari je.. Jom!” Rabiatul terus berdiri dan membetulkan sedikit urat-urat kaki yang sudah terasa lenguh. Lagipun dia kurang selesa bila Azman mula menyoal yang bukan-bukan. Azman mengikut sahaja kehendak Rabiatul tanpa bantahan, dia sendiri pun sudah rasa lapar.
            Mereka berjalan menyusuri gerai-gerai yang ada di sediakan di tepi laut itu. Lama dah tak makan mee rebus Stulang mesti bestkan kalau pekena mee rebus tengahari ni dengan air cikong.. wow! Sedap tak ingat. Mereka makan sambil berbual tentang keadaan disekeliling mereka tanpa menyentuh topik yang mereka bualkan sebentar tadi.
            Setelah mengisi perut mereka berjalan seketika melihat pemandangan sekeliling, untuk menanti jam 2 petang. Kalau ikutkan nak tidur saja dalam kereta tapi panas pulak. Mereka berjalan tanpa arah dan tujuan hanya untuk menghabiskan masa saja.
            Mereka berdua mendaftar masuk di The Zone hotel, terasa lega yang amat. Rabiatul terus membalingkan badan di atas tilam empuk di hotel yang disediakan. Pergh! Rindunya dengan bantal dan tilam. Siksa woo.. nak tunggu saat ni.. 4 jam ya.. nak jumpa tilam ni… Alamak baik aku mandi dan solat dulu, kang kalau ikut mata ni mahu je terus lelap tak ingat dunia. Terus saja dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik air. Jeman apa cerita kau kat sebelah ya. Entah-entah dah mimpi kot..


            Deringan telefon menyedarkan Azman yang sedang lena, penat memandu sepanjang malam. Tangannya meraba-raba mencari telefon disekelilingnya, dengan mata yang tertutup dia menjawab..
            “Hello, Assalamualaikum..” erk! baru bangun tidur ke? Pergh! Suara dia romantis habis.. serak-serak gitu..  terkedu Rabiatul dihujung talian.
            Hello! Siapa ni?”  Azman tidak puas hati kerana tiada jawapan dihujung talian.. matanya melingas sebentar nombor yang tertera. Eh! Nombor Atul ni napa dia tak bercakap pulak….
            “Atul ke kat sana?” menyoal kembali.
            “Ya! Ya!.” Tergagap Rabiatul dibuatnya.. dah sudah..
            “Tak jawab salam pun? Atul kenapa ni?” Azman mula duduk menyandar dihujung katil. Segar terus matanya bila medengar suara Atul berbeza dari biasa.
            “Walaikumussalam, tak ada apa, cuma Atul nak kejut Man je dah pukul 6.30 petang ni,”  manja gitu suara Atul diperdengaran telinga Azman.
            “Ha! 6.30 ke? Alamak? Atul nanti Man telefon balik, Man belum solat asar lagi ni.. terima kasih ya.. Assalamualaikum..” tak sempat Atul menjawab salam Man sudah memutuskan talian. Jeman-Jeman kau ni kelakar juga ek.. bisik Rabiatul dalam hati.. kelibut pun ada juga.
            Kelam kabut Azman berlari ke bilik air, kenapalah cuai sangat ni.. lupa nak kunci jam sebelum tidur tadi. Mesti Atul pelik dengan sikapnya.. jap ek Atul nanti Man telefon balik. Bisik Azman di dalam hati.
            Di bilik sebelah Rabiatul masih terkedu dengan sikap Azman, perlahan dia melepaskan keluhan. Macam mana agaknya reaksi kengkawan bila mereka bertemu malam nanti. Lama sudah mereka tidak berjumpa, mungkin banyak sudah berubah. Diri dia pun sudah berubah, dulu dia agak kasar dan manja sikit. Maklum zaman remaja banyak peristiwa yang dilalui, apatah lagi bila first of April mulalah mereka meraikan April fool tanda sedar perbuatan itu adalah salah. Masa itu hanya ingat keseronokkan saja. Lucukan bila semua tali kasut kengkawan di ikat antara satu sama lain jadi panjang. Bila nak pergi sekolah pagi tu semua riuh rendah kalah pasar malam. Namun kenangan itu memang cukup indah.
            Bila di ingat balik mahu diulang lagi masa itu, karenah guru-guru pelatih lelaki yang serba tak kena di usik pelajar perempuan di dalam kelas. Dia adalah salah seorang dari mereka. Bestkan… dia ingat lagi dia minat sangat dengan Cikgu Ahmad yang mengajar kelas matematik, cara pengajaran cukup simple guna buah-buahan untuk mengajar pecahan pada anak murid dan yang seronoknya bila habis waktu mereka semua dapat makan buah-buahan yang mereka gunakan waktu belajar tadi. Budak lelakilah yang paling suka, dapat makan free.. kat mana dia sekarang ek.. dah ramai anak ke? Ada ke tak malam ni dia ek…
            Azman merasa segar bila telah selesai bersolat dan mandi, dia berjalan ke balkoni hotel. Cantiknya pemandangan waktu senja ni… pergh! Anugerah Allah pada alam dan manusia.  Dia melihat kelibat Rabiatul disebelah, seperti dia menikmati panorama indah diwaktu senja. Dia memerhati tanpa bersuara, apa yang dia tahu dia mula menyenangi sikap dan layanan Rabiatul padanya. Biarpun selama ini mereka dekat tapi jauh. Dia mencapai telefon bimbit di dalam poket dan mendail nombor Rabiatul disebelah, nak tengok reaksi Atul apabila berbual ditelefon. Kelihatan Atul mengangkat telefon sambil mata masih memandang lautan luas yang terbentang di depan mata.
            “Assalamualaikum..” Azman memulakan bicara.
            “Walaikumussalam…” sepatah dijawab Rabiatul.
            “Atul buat apa tu?” usikan bermula.. jahatnya aku.. bisik Azman.
            “Tak ada apa, cuma tengok panorama indah waktu senja.. cantik..” Alahai comel dia siap simpul-simpul hujung baju.
            “Oh ya ke? Tengok dengan siapa tu? Buah hati ke?” Hahaha.. langkah terus laju ke depan, dah masuk gear dua ni… Rabiatul tidak menyedari yang dia sedang diperhati oleh Azman di sebelah balkoni. Dalam hati dia gembira bila Azman menepati janji untuk menelefonnya. Entah kenapa keterujaan itu terjadi.
            “Man ni sewel ke apa? Kalau dengan buah hati tak payah Atul pergi kat sini dengan Man, Atul bawak saja buah hati Atul tu tak yah susahkan Man temankan Atul…” alamak! Nada sudah tukar bisik Azman di dalam hati, salah ke soalan aku ni…
            “Atul.. mana ada susahkan Man, sapa yang tak suka temankan budak kecik yang comel yang susah nak senyum, susah nak berbual apatah lagi nak bergurau. Atul tahu Man ni punya suka macam dapat sebakul emas. Ingat senang ke nak dekati pemunya nama Rabiatul Adawiah binti Hishamudin tu. Ok! Sekarang toleh kiri Atul…” macam spring Rabiatul memusingkan kepala, melihat wajah Azman dengan tangan membuat symbol peace… kurang asam jawa punya budak… spontan Rabiatul menunjukkan penumbuk. Akhirnya mereka berdua melepaskan tawa..
            “Atul, jangan marah ha.. nanti kena jual,” hanya jelingan maut diberikan tanpa sepatah kata dia melangkah masuk ke bilik semula. Geram dengan sikap Azman yang lepas laku. Luar dari kebiasaan betul mamat seorang ni, mana taknya mamat yang serius 24 jam boleh berubah 360 darjah.
            Azman turut sama melangkah masuk, bila kedengaran suara azan entah dari mana.. mungkin berdekatan sini ada masjid kot.. dia harus bersiap awal, kalau boleh biar dia yang menunggu Atul jangan Atul menunggu dia…