Tuesday 27 March 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 7

BAB 7
            Malam itu berakhir dengan mencatitkan satu sejarah dalam hidup Rabiatul Adawiah dan Azman Adib tanpa siapa menduga namun ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Mungkin ini yang terbaik untuk mereka berdua.
            Ucapan tahniah dari mereka membuatkan hati Rabiatul cukup sebak dan tak mampu untuk menahan airmata. Benar jodoh itu tiada siapa yang tahu bila dia akan datang pada kita. Kita tidak tahu pun siapa pasangan kita biarpun dia hanya di depan mata kita. Macam Azman berkata dia tak menjangka jodohnya di depan mata. Sukar untuk percaya gadis yang dicari sudah 6 tahun di hadapannya tanpa pernah dia sedar sebelum ini. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu hanya DIA yang tahu.
            “Apa yang Atul menungkan.. mungkin ini jodoh yang terbaik untuk Atul. Abang Rais rasa Man cukup sempurna untuk menjadi seorang suami yang boleh memberi kebahagiaan untuk Atul. Abang Rais tak nampak kekurangan dia. Memang benar true colour seseorang itu hanya akan dilihat selepas kita kawin tapi Abang Rais rasa Atul dah cukup dewasa dan matang untuk membuat pilihan. 6 tahun menjadi rakan sekerja tak kan Atul tak tahu lagi siapa Man.
Abang Rais rasa inilah diri dia yang sebenar tak hipokrit berani meluahkan cinta di depan orang yang baru dia kenal. Atul ingat senang ke seorang lelaki tu untuk meluahkan perasaan di depan ramai orang untuk memilikki seorang gadis yang dicintai. Dia benar ikhlas untuk memilikki Atul. Jangan sia-siakan peluang yang ada kerana belum tentu kita kan dapat peluang yang sebegini lagi. Percayalah.. dia lelaki yang baik..” panjang lebar Abang Rais meluahkan kata yang perlu untuk menyakinkan adik angkatnya yang masih terkejut. Perlahan dia menghela nafas, jangan jadi seperti abang.. siksa jiwa Tul.. Bila kita hanya bertepuk sebelah tangan, memang isterinya dulu pilihan hati tapi tidak bagi isterinya yang berkawin atas permintaan keluarga. Dia tidak pernah minta untuk dikecewakan tapi ada hikmahnya untuk semua ini.
            Rabiatul memandang sayu wajah Abang Rais yang menyeka airmata yang mengalir tanpa disedari. Kenapa Abang Rais menangis? Dah sudah apa pulak masalah ni.. Jeman ni pun mana pulak perginya tadi kata nak ambik barang dalam kereta tapi lamanya…
            “Abang Rais kenapa menangis?” soalan budak darjah satu.. bendul punya Atul..
            “Mana ada menangis, mata ni masuk habuk..” dengan senyuman Abang Rais menjawab. Macam budak tadika je jawapan.
            “Uii! Ingat Atul ni dak tadika ke? Jawapan tak boleh blah abang ni.. Why! Can we share if u don’t mind?” speaking London lak aku dengan Abang Rais. Sorry bang terlepas..
            Nothing.. Abang ok hanya teringat ex wife abang, so.. Atul macam mana?” tak habis lagi ke Abang Rais ni… ingat dah habis tadi.
            “Nak kena jawab ke?” soalan balas soalan bendul punya budak.. Abang Rais memberikan isyarat ingin meluku kepalanya. Dia hanya tersengih membariskan giginya yang putih..
            “Ok! Ok! Orang jawab.. Abang Rais kena faham yang Atul ni macam kena sengat lebah. Masih terasa bisanya ni.. Cuba abang fikir Atul rapat dengan Man tak sampai seminggu dah ajak kawin..”
            “Bukan Atul dah kenal 6 tahun ke?” potong Abang Rais.
            “Boleh tak Abang ni dengar sampai Atul habis cakap. Malaslah nak cerita macam ni..” nada rajuk sudah berbunga. Comellah sangat buat perangai macam tu getus hati Abang Rais.
            “Ok.. habiskan..” ambik kau budak kecik Abang Rais sudah bulatkan mata.
            “Ok, orang faham cinta itu tak perlu masa untuk dia lahir.. tak perlu syarat dan isyarat untuk dia hadir. Dia datang tanpa diundang, siapa pun berhak untuk bercinta itu Atul faham sangat. Atul bukan menolak Cuma Atul perlukan masa untuk memberikan jawapan. Ini masa depan Atul, Atul yang akan hidup dengan dia. Sekatil, sebantal dengan dia. Atul tak nak tangkap muat je, nanti Atul dengan Man yang susah. Ok! Atul memang terharu dengan apa yang Man buat kat Atul. Bohonglah kalau Atul tak bahagia sepanjang bersama dengan dia tapi Atul keliru sebab Man yang temankan Atul sekarang ni tak sama dengan yang Atul kenal selama 6 tahun ini.
Sikap dan cara dia cukup berbeza, Abang Rais nak tahu tak Man tu orang yang serius tak banyak cakap.. susah nak senyum. Senang cerita dia seorang yang susah nak didekati. Bagi dia kerja adalah keutamaannya, jadi.. sekarang ni Atul keliru dengan sikap dia. Siapa dia sebenarnya.. Adakah ini Man orang yang sama atau orang lain sebab perwatakan, cara dan sikap cukup berbeza dengan yang Atul kenal sebelum ini. Honestly, Atul sudah terpaut dengan Man yang sekarang ni.. tapi… Atul keliru dan masih mencari jawapan. Abang Rais kalau boleh Atul tak nak hampakan hati sesiapa sebab Atul tahu betapa sakitnya bila kita dikecewakan, Atul tak nak jadi orang yang mengecewakan. Harap abang faham penjelasan Atul…” nak menangis Atul dengan kata-katanya sendiri. Abang Rais mengeluh perlahan.
            Tanpa mereka sedar tadi Azman berada betul-betul dibelakang mereka. Azman memberi isyarat tangan kemulut tanda meminta Abang Rais membiarkan Atul meluahkan segalanya.. dia ingin mendengar luahan hati gadis itu..
            “Kenapa Atul tak cuba?” provok Abang Rais.
            “Abang Rais, Atul tengah cubalah ni.. macam Atul kata tadi, hati ini memang dah terpaut dah… cuma masih keliru dengan sikap sebenar Man.. beza sangat dengan yang Atul kenal. Dahlah serius garang macam singa.. Atul pernah nampak dia marah orang sampai orang tu menangis. Kalau perempuan tu adatlah tapi ini lelaki. Cuba Abang Rais bayangkan betapa garangnya dia.. takutlah Atul nanti bila dah kawin dia garang dengan Atul. Belum dapat bolehlah cakap.. nanti dah kawin lain jadinya.. tak ke haru..” manjalah pulak budak kecik ni.. apa dah takut pada benda yang tak berasas..
            “Jap! Abang Rais bayangkan ek..” pap! Dia menepuk bahu Abang Rais.. orang serius dia main-main pulak..
            “Abang boleh tak serius… uh!” geram tahap petala 7 ni…
            “Ok! Ok! Abang Rais tengok dia ok je.. sempoilah dia tu.. Atul kena ingat dalam waktu kerja kena ikut protokol dan undang-undang. Kita kena tengok juga kerja dia tu sebagai Safety and Health Officer jadi dia perlu tegas. Apa yang berlaku dekat tempat kerja adalah tanggungjawab dia. Cuba Atul fikir kalau dia jenis yang tak serius, main-main banyak bergurau orang tak kan hormatkan dia. Apa akan jadi pada keselamatan pekerja dan syarikat.. lu fikirlah sendiri!” dah macam Nabil Raja Lawak pulak Abang Rais ni.. Rabiatul tersengih dengan kata-kata Abang Rais. Betul juga ek… adui! Berat!berat! apalah nasib aku ni…
            “Apasal terdiam, tadi sibuk menjawab mengeluarkan fakta ke auta abang pun tak tahu,” Abang Rais menyambung bila dia melihat Rabiatul tersengih tanpa dia menyedari Azman sudah berdiri betul-betul disebelahnya.
            “Tak kenal maka tak cinta, dah kenal ni.. Man dah jatuh cinta..” Azman spontan bersuara.
            “Opocot! Mak Kau!” terkejut aku dengan budak Jeman ni. Dia ni memang dah hilang skru. Boleh terkeluar jantung aku ni lau selalu dia buat benda ni… geram dowh!!!
            “Melatah pulak Atul ni?” Abang Rais dan Azman bantai gelakkan Atul yang sudah merah muka menahan marah dan geram.
            “Korang dua orang ni lebih baik masuk Tampoi.. malas orang nak layan, tidur lagi baik.. selamat malam..” baik cabut sebelum rentung dikerjakan dengan Abang Rais dan Azman yang sudah hilang skru.
            “Atul! Tak kan merajuk kot?” Abang Rais menjerit bila melihat Atul melangkah pergi. Biarlah budak kecik tu.. nanti sejuk hati dia. Azman hanya mampu menggelengkan kepala.
            “Man, selami hatinya dalam-dalam. Apa yang Abang kenal, Atul memang seorang yang sukar didekati tapi bila dia dah sayang seseorang tu dia akan berikan sepenuh kepercayaan pada orang yang dia sayang. Orang yang sanggup susah demi seorang yang dia sayang,” Abang Rais menepuk lembut bahu Azman.
            “Insyallah bang, pelik budak seorang ni. Pandai dia mengata kita garang, susah nak senyum dia pun dua kali lima juga. Nak buat macam mana cinta punya pasal kena terima dia seadanya. Kekurangan dan kelebihan dia. Man memang dah jatuh cinta kat dia dah tahap terduduk dah ni.. kalau boleh malam ni jugak nak ajak menikah..” gelojoh betul budak Jeman ni..
            “Insyallah jika niat kita baik Allah akan perkenankan. Sama-samalah kita berdoa.. jomlah anak-anak abang pun dah tidur ni. Tak apa ke abang tidur kat bilik Man ni?” Abang Rais bertanya lagi untuk kepastian, manalah tahu Man tidak selesa bila dia menumpang. Nak balik Ulu Tiram sian anak-anak dah malam. Tadi sebenarnya dia nak menyewa bilik tapi Azman melarang.
            “Tak apa bang, Man lagi suka sunyilah seorang-seorang. Jom Man dukung si kecik ni..” mereka berjalan beriringan menuju kebilik hotel. Entah apa jadi kat budak kecik yang merajuk tu. Jap lagi aku pujuklah.. telefon kan ada.. cetus Azman sendiri.


            Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Rabiatul. Sapalah yang call aku malam-malam ni.. pantas dia mengambil telefon bimbit. Emmm.. Jeman.. malas nak layan. Budak hilang skru.. Deringan itu mati tanpa dia peduli. Setelah dua panggilan tak terjawab bunyi mesej kedengaran.. tak putus asa budak Jeman ni..
            “syg jgnlah marah Man minta sori..”
            Hancur bahasa dibuat budak Jeman ni..
            “sori naik lori..” hehehe padan muka kau Jeman..
            “Lori x de…”
            “Jalan kaki..”
            “Kaki skit..”
            “duduk situ diam2..”
            “syg teman ek..”
            “malas.”
            “rajinlah..”
            “malas..”
            “Man dtg bilik Atul kang..”
            Erk! ayat apa pulak ni.. lari tajuk apa.. Jeman…
            “Nak kena tgkp bsah,”
            “Kita nikah..”
            Sah budak sorang ni memang dah sewel tahap gaban..aiyork!
            “x nak’”
            “naklah,”
            “x nak x nak xnaklah..”
            “naklah.. naklah.. naklah,”
            “Man ni sewel..”
            “Atul yg buat Man sewel..”
            “mana ada,”
            “Ada.. Man call ek!”
            “x boleh.. dh mlm.. nk tido gd nite”
            “ok gd nite.. jmpa esk Man tgu.. luv u..”
            Rabitul membiarkan mesej yang terakhir dari Azman tanpa jawapan memang dah sah budak Jeman ni dah sewel tahap gaban, dinosaur dan sewaktu dengannya.. Begini cepatkah untuk aku mengakhiri sebuah perhubungan ini.

Monday 26 March 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 6

BAB 6
            “Man Atul nak pergi ladies jap ya?” kenalah cakap dengan budak Jeman ni, dah jadi partner..
            “Nak Man teman ke?” Azman ni pun nak ke ladies pun nak berteman ke? Macam apa pulak dah…
            “Tak payahlah, Man tunggu je kat sini, bukan lama pun. Abang Rais kan ada,” Jeman ni mengada-ngada pulak, nak temankan aku bagai. Aku ni bukan budak enam tahun tapi dah 28 tahun. Kalau dah kawin mahu anak aku dah berderet.
            “Ok.. take care, Atul jap..” Azman menahan dari Rabiatul terus berjalan pergi.
            “Napa?” apa pulak mamat ni, Atul membuat muka pelik.
            “Ada krim kat tepi bibir,” selamba Azman mengelap krim yang terlekat dibibir Atul dengan saputangan yang sentiasa ada dipoketnya. Romantis pulak mamat ni.. malu derrrr.. muka dah mula panas… Jeman kau telah buat jantung aku tak stabil derr…
            Rabiatul berjalan perlahan, mengawal pergerakan takut terlanggar kanak-kanak yang sedang berkejaran. Di dalam ladies dia berjumpa dengan Nora yang sedang muntah-muntah. Apa kena makcik seorang ni..
            “Nora kau kenapa?” tanya Rabiatul cemas melihat keadaan Nora yang keletihan dan kesakitan.
            “Sakit buatan orang,” Nora menjawab selamba.
            “Biar betul kau ni.. pergilah berubat, jangan dibiarkan..” bendul betullah budak Atul ni bisik Nora dalam hati.
            “Kau ni Atul dah kawin ke belum? Aku pregnantlah.. tak ada orang lain yang buat laki aku yang buat aku jadi macam ni.” Dalam sakit Nora sempat lagi ketawakan Rabiatul yang bendul.
            “Kau ni.. manalah aku tahu, sengal tau kau ni. Mari aku pimpin kau, mana suami kau?” Rabiatul tergelak sendiri..
            “Mungkin ada kat luar kot,” Nora serkap jarang je..
            “Jap ek! Aku nak buat hajat dulu, lepas tu aku bawa kau keluar.” Rabiatu lekas berlalu.. dah nak terkucil sangat.
            “Jom Nora.. aku pimpin kau.” Rabiatul memimpin perlahan Nora yang sudah keletihan, macam ni ke kalau pregnant? Adoi! Seksanya.. macam manalah aku kalau pregnant ek.. akhirnya dia tersenyum sendiri.
            “Apa senyum sorang-sorang ni? Tu abang kau tunggu juga tu..” Rabiatul lekas saja menoleh bila Nora berkata begitu. Apalah Jeman ni buat kat sini. Aduyai! Ni baru betul pendamping dan pelindung ni..
            “Sayang ok tak? Abang kata tadi rehat je kat rumah sayang sibuk nak datang sini, kan tengok sayang yang susah. Jom! Kita balik ya?” suami Nora lekas saja mendapatkan isteri yang sedang keletihan dan memapahnya.
            “Alah abang ni, sayang oklah. Biasalah sakit buatan orang memang macam ni. Macam tak biasa pulak, kan dah kali yang ke tiga. Abang ni pun.. Atul terima kasih ya.” Nora merengek manja pada suami disisi. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih pada Rabiatul. Suka dia melihat pasangan itu yang nampak bahagia.
            Azman menghampiri Rabiatul dengan gaya maskulinnya. Kenapa aku tak perasan ek.. Jeman ni hensem juga, ada aura yang boleh memikat. Adakah aku sudah terpikat.. No komenlah.. hati Rabiatul berbisik sendiri.
            “Sayang, tudung ni tersingkap..” selamba saja budak Jeman membetulkan tudung Atul tanpa izin. Terkedu lagi dak Atul dengan panggilan sayang tu dengan perbuatan Jeman.. Aiyork! Jantung dah berlari pecut 100 meter. Tak boleh tahan….
            “Napa kawan Atul tu?” Azman menyoal lembut.
            “Sakit buatan orang..” pinjam ayat Nora jap.
            “Patutlah..” tersengih Azman mendengar jawapan Rabiatul.
            “Man tahu ke sakit buatan orang tu apa?” Rabiatul dah buat muka pelik.. Jeman ni Prof. Serba Tahu ke? Macam kartun kat majalah gila-gila tu ke?
            “Tahulah sayang… dah berderet anak saudara Man kat kampung. Man je yang masih single and available ni… kalau sayang nak boleh terus isi borang, confirm lulus tak yah tapis-tapis, berani tak?” dah sudah dia terus masuk gear lima mati aku.. nak kena Jeman ni.. lantas tangannya mencubit geram.
            “Man, skru dah tanggal ek kat kepala tu, sayang bagai.. kau jangan buat aku perasan boleh tak?” kan dah keluar ayat power. Ops! Terkau aku pulak..
            “Tak salah pun, sayang single.. Man single.. jalan je..” tak habis lagi ke budak ni… Ya Allah! Depan ladies ni juga ke nak berbicara soal hati.. satu jelingan maut dihadiahkan… geramnyerrrrr..
            “Malaslah nak layan Man ni, Atul masuk dalam lagi baik.. ada je..” baik cabut sebelum mamat ni lagi sewel.. skru dia tertinggal kat Kulim kot..
            Rabiatul berjalan laju tanpa menoleh.. sebal je dia.. grrr.. Azman terus mengekori, nasib akulah asyik kerja mengejar budak kecik ni.. gumam Azman sendiri. Bila sudah dekat lekas saja dia mencapai lengan Rabiatul, sengaja nak manja-manja ke nak menempah maut ni.. berlapik tak apa.. Rabitul terus menghentikan langkah tanpa isyarat. Hampir saja Azman terpeluk, nasib baik sempat tarik brek.. kalau tidak.. faham sudahlah..
            “Man behave yourself..” tarikan kuat tak mampu melepaskan pegangan Azman yang erat. Erk! tak boleh lepas ke? Nak buat wayang Hindustan ke apa ni budak Jeman ni aku sekeh kepala dia baru tahu.. tak kan nak buat aksi tarik-menarik kat depan pintu masuk dewan ni.. ada banyak mata-mata yang memerhati..
            “Sayang, jom mereka semua dah berkumpul tu ada pengumuman siapa pasangan ideal malam ni.. jom..” macam lembu cucuk hidung je dak Atul dibuatnya.. Nasib kaulah Atul oi!! Ni kalau Tiha dengan Kak Mon tahu mahu dia kena usik 100 hari tak berhenti. Ni belum lagi budak-budak ofis yang lain.. kusut….
            Mereka berdua berjalan seiring dan terus menuju ke tempat duduk mereka, Abang Rais sudah bersama anak-anak dia sedang menjamu selera. Mereka sekadar menghadiahkan senyuman.
            “Perhatian semua, sekarang kami nak umumkan pasangan ideal malam ni.. jangan terkejut bila diri anda terpilih.. Pilihan berdasarkan pasangan favourite yang dipilih oleh anda semua. Semua akan saksikan pasang ini yang nampak comel di skrin besar sekarang ni...” Farid gonjeng mengumumkan sebagai pengerusi majlis.
            “Phewit! Cayalah Atul!” erk! aku ke.. Rabiatul terus memandang skrin besar.. mak ai.. malu der.. bengong betullah dia orang ni.. Azman disebelah dijeling sekilas, jahatnya senyum dia..
            Aksi Jeman mengelapkan mulut dia yang terkena krim pun dia orang ambil, memang nak menyorok bawah meja ni.. depan ladies pun.. depan pintu dewan sebentar tadi pun ada.. ni reality show ke apa.. usikan dan siulan nakal terus kedengaran. Abang Rais lagilah dah buat kening Ziana Zain..
            “Atul, kan dah abang kata kau orang ni memang pasangan ideal tahu. Semua orang nampak..” Abang Rais cili mulut tu kang, Azman ni tak penat ke tersengih dari tadi.. sukalah tu…
            “Dipersilakan Atul dan pasangannya atau lebih tepat pendamping dan pelindung untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah percutian ke Phuket. Nampaknya boleh dijadikan hadiah berbulan madu ni ya Atul..” macam nak tutup je mulut Farid gonjeng tu.. tak pun rosaklah mikrofon, apalah nasib aku malam ni… relekslah Tul..
            “Jom! Sayang dia orang dah panggil tu..” Jeman!!!! kau ni kan memang.. dia menjegilkan mata pada Jeman tapi disambut dengan senyuman.. skru dah tinggal kat Kulim… Azman menghulurkan tangan.. erk! aksi romantik bagai dak ni. Aduyai…
            “Atul! Cepatlah.. sian abang awak tu..” Abang Rais ni pun sama.. sengal..
            “Atul jangan malu-malu kucing, macam tak biasa je.. cepat naik, kita orang dah penat tunggu ni. Encik Abang pun dah penat berdiri.. tak kan nak suruh Encik Abang tu dukung baru nak naik pentas ni..” Farid gonjeng memang terserlah kegonjengannya.. sebal dan sengal.
            Dia menunjukkan penumbuk ke arah Farid gonjeng, dalam paksa tanpa rela dia mencapai tangan Azman yang sudah sedia menanti. Saat tangan itu bertautan ada getaran yang mengalir terus ke lubuk hati-hati masing.. Azman hanya memberikan isyarat mata untuk dia terus berjalan beriringan menuju ke pentas. Orang kata hati memang sukar ntuk ditafsirkan,,
            Azman merapatkan mulut di telinga Rabiatul lantas membisikkan…
            “Ku berharap kau yang diciptakan untukku, izinkan aku menjadi pendamping dan pelindungmu selamanya.. ke akhir hayatku..” erk! muka sudah tukar.. Jeman berapa kali kau nak buat jantung aku ni lari pecut 100 meter. Ya Allah! Inikah petunjukmu.. Ya Allah! Inikah jodohku.. bisik Atul di dalam hati. Perlahan dia menurut langkah Azman ke pentas. Biarkan masa dan keadaan menentukan apa akan jadi seterusnya..
            “Atul, berilah sepatah dua kata untuk kita semua..” Farid gonjeng ni aku nak kata apa pulak ni… aku dah tak terkata dah.. dia menoleh memandang Azman yang nampak cool saja di sisi dan jejaka itu hanya mengerdipkan mata. Aura mengalahkan Mawi.. siulan dan usikan di bawah pentas tak usah cakaplah.. bingit derr..
            “Terima kasih semua, tak tahu nak kata apa.. Thanks for everything..” dia sendiri kini tidak tahu apa yang dia rasa.. semua segala rasa ada di dada bercampur baur dah jadi rojak.
            “Azman boleh katakan sesuatu…” pucuk dicita ulam mendatang ni.. bisik Azman.. dengan senyuman yang masih bersisa dia berjalan ke mikrofon sambil menjeling sekilas ke arah Rabiatul yang sudah tidak kena berdirinya..
            “Terima kasih pada rakan-rakan semua, pertama kali saya bersama rakan-rakan saya tidak rasa kekurangan dimana-mana. Inilah saat indah dalam hidup saya, sebelum ini saya tak nampak permata didepan saya biarpun dia sudah 6 tahun berada dihadapan saya. Saya melihat permata yang jauh yang sukar digapai dan akhirnya saya kecewa bila permata itu rupanya kaca semata-mata.
            Saya sedar kini jodoh saya didepan saya, tak jauh mana pun, Syukur pada Allah kerana mengizinkan saya untuk menjadi pendamping dan pelindung Rabiatul Adawiah binti Hishamudin untuk malam ini. Saya berharap ianya tidak akan berakhir di sini. Doakan saya, semoga Allah mengizinkan saya untuk terus menjadi pendamping dan pelindung Rabiatul Adawiah hingga ke akhir hayat saya.. hingga hujung nyawa saya. Rabiatul Adawiah binti Hishamudin sudi tak awak untuk terus didampingi dan dilindungi oleh Azman Adib bin Hamzah ini.. tak perlu jawab dengan kata-kata bagi isyarat pun boleh…” hancur ayat hujung tu Jeman..
            Saat itu perasaan Rabiatul macam apa entah.. bercampur baur menjadi satu. Marah, geram, terkejut dan malu tu tak yah kira. Dewan yang mulanya senyap saat Azman menuturkan kata kini kembali bingit. Apalah Jeman ni nak lamar aku pun agak-agaklah.. depan orang ramai tu.. gila..
            “Atul! Tak kan kelu kot?” Shikin Becok sudah naik ke pentas mengambil mikrofon ditangan Farid Gonjeng.
            “Sian abang kat sebelah tertunggu tu.. peluang datang sekali, sukar untuk kita mendapat peluang kedua,” Shikin Becok menyambung kata.
            Rabiatul merapati Azman yang masih setia menanti dengan wajah yang penuh mengharap dan senyuman yang masih bersisa.
            “Man, terima kasih.. berikan Atul masa,” hanya itu yang mampu dituturkan. Airmata ni pun dan-dan dia keluar. Azman tersenyum senang..
            “Ambillah berapa lama pun, Abang sentiasa menunggu sayang. Hapuslah airmata ini, jangan menangis sayang.. emmm..” sempat dia menyeka airmata yang mengalir di pipi Atul dengan jemarinya.
            “Pergh! Romantik tak ingat! Atul terima ajelah, bukan senang lelaki ni nak romantik bagai..” kata-kata Farid Gonjeng dibiarkan saja, tak boleh nak kata apa dah..
            Dia hanya melemparkan senyuman pada Azman yang membuatkan Azman cukup bahagia. Siapa kata Man tak romantik.. aku pun tak caya aku boleh buat macam ni.. tak kan nak lepaskan permata depan aku ni..Azman berbisik di dalam hati penuh bahagia.
            Tepukan gemuruh dibawah pentas siap berdiri lagi.. terharu dia dengan sikap kengkawan. Pertama kali dia menghadiri reunion dan dia menciptakan sejarah. Mungkin ini kebahagiaannya. Dia memandang Azman yang masih setia di sisi cukup sempurna tanpa cacat cela dimana-mana. Jeman ni pun senyum saja.. tak penat ke?

Dua Jiwa Jadi satu Bab 5

Keresahan Rabiatul kian memuncak bila dia telah bersiap, melihat pakaian yang dipakai membuatkan dia merasa malu sendiri. Mana taknya macam pengantin pulak, siap batu-batu segala. Azman buat dia rasa serba salah pulak, tak dipakai baju ni takut Azman terasa hati. Jangan nanti kengkawan mengusik dia sudah… memang kena Azman ni..
            Ketukan di pintu menyedarkan Rabiatul yang bermonolog sendiri, mesti Azman tu.. Dia menuju ke pintu lalu membuka perlahan dan mereka berdua terpaku di situ, hensem gila mamat ni.. releks Atul.. dia partner kau malam ni. Baju yang dipakai oleh Azman menampakkan dia lebih kacak dari biasa. Azman juga begitu bila melihat Rabiatul yang sangat comel dipandangan matanya. Dia menarik nafas seketika dan mula berbicara.
            “Atul.. Man dah bersedia jadi partner Atul malam ni.. boleh kita gerak sekarang?” Azman bersuara dengan lagak seorang gentleman sambil tangannya menghulur untuk memimpin Rabiatul. Namun tangan itu dipandang sepi dan dia hanya mampu menggeleng kepala, Man kau jangan berlagak sewel boleh tak?  Dia berlari mendapatkan Rabiatul yang telah meninggalkannya beberapa langkah.
            “Janganlah laju sangat.. ada masa lagi ni sayang oi!” Azman termengah-mengah mengejar.
            “Man.. behave yourself! Jangan buat Atul tak selesa. Atul dah nervous ni.. ni baru kat sini.. nanti kat dalam tu lagilah macam mana..” bergetar suara Rabiatul menegur Azman.
            “Releklah! Kan Man ada ni temankan Atul.. janganlah kita canggung sangat antara satu sama lain. Nanti semua serba tak kena, nampak sangat kita bukan partner yang baik.. jap..” apalagi budak Jeman ni.. Rabiatul memberhentikan langkah dan memandang Azman yang tersenyum manis.. aduhai hensemnya dia.. Mak tolong!
            “Man nak apalagi ni?” comelnya dia bisik hati Azman.. tak salah kalau aku cinta pada budak kecik ni…
            “Macam ni.. Man tahu Atul tak selesa, Man pun sama.. apa kata kita buangkan semua perasaan itu dan kita ikhlaskan diri kita untuk malam ni untuk menerima satu sama lain. Langkah pertama tarik nafas perlahan-lahan dan hembus kemudian kita tenangkan diri kita. Atul kena ingat ini pertama kali untuk kita berdua, keserasian memang masih diperingkat permulaan apa kata kita bagi ruang dan peluang untuk diri kita. Jika Atul nak Man berlakon jadi kekasih, tunang ataupun suami sekalipun Man no hal, Man ni kan Ultraman Atul. Atul pilih je yang mana satu untuk man jadi apa? Boleh adik manis?” selamba badak Azman mengenyitkan mata sambil membuat kening Ziana Zain menunggu jawapan Rabiatul yang muka sudah merah macam udang kena bakar hangus. Jeman boleh tak kau jangan buat aku malu tahap gaban ni… Rabiatul menepuk kuat bahu Azman, geram sangat dengan sikap Azman yang miang keladi.
            “Man, jangan buat perangai boleh tak? Atul nak Man jadi pasangan Atul malam ni sebagai pendamping dan pelindung Atul tak payah nak kategorikan sebagai kekasih, tunang atau suami. Man boleh tak jangan buat Atul lagi nervous.” Geram betullah mamat seorang ni.. luku baru tahu.
            “Wow! Ayat baru..  pendamping dan pelindung.. ok jugak, not bad. Boleh kita jalan sekarang peganglah lengan Man ni, berlapikkan bukan sentuh jari pun..” Azman membengkokkan tangan untuk Rabiatul memegang lengannya. Baru best jalan macam ni. Kata pendamping dan pelindungkan… Jeman ni buat aku serba salah pulak. Rabiatul perlahan memaut lengan Azman dan Azman tersenyum girang di dalam hati. Azman membuatkan dia semakin serba salah..

            Debaran kian terasa bila Rabiatul melihat pintu masuk ke dewan, ramai kengkawan sekolah sedang berkumpul bersama pasangan masing-masing. Azman melihat dari ekor mata kerisauan di wajah Rabiatul, perlahan dia menepuk lengan Rabiatul yang berlapik. Sekuntum senyuman diberikan, menyalurkan sedikit kekuatan. Baginya bukan mudah untuk menjadi pasangan Rabiatul, almaklumlah sebelum ini mereka bukannya pernah serapat hari ini. Bergaul atas dasar kerja tidak lebih dari itu. Namun dia akan memberikan yang terbaik buat gadis yang sudah mengetarkan hatinya.
            Rabiatul merasa terharu dengan kesungguhan Azman yang sudi membantu doa disaat ini, dia menghadiahkan sekuntum senyuman buat Azman tanda penghargaan nampaknya dia tidak menghampakan.
            “Fuyoh! Tengok siapa yang datang sekarang pergh! Mantap beb..” Farid gonjeng sudah memulakan langkah, erk!
            Cool Atul! Cool! Abang Ultraman sebelah sedia membantu. Azman hanya menepuk lembut lengan Atul untuk memberikan sedikit kekuatan.
            “Atul! Rindunya kita orang dengan kau..” Shikin becok menjerit bila melihat kelibat Atul, satu demi satu kengkawan menghampiri. Mereka saling berpelukan terserlah kerinduan di wajah masing-masing. Azman hanya memerhatikan gelagat Atul bersama kengkawan. Seronoknya dia.. Azman turut terasa tempias suasana yang membahagiakan itu.
            “Alamak bang! Sorry banget! Kita pinjam Atul kejap tadi jangan marah ya..” Shikin becok mula menyedari yang Atul bukan bersendirian tapi berteman..
            “Tak apa, tak jadi hal..” Azman membalas mesra.
            “Atul, tak nak kenalkan siapa yang bertuah sebelah kau ni.. jangan kata kau tak kenal dia pulak bila dah jumpa aku.. tapi siapa hensem? Aku ke dia?” kalau tak mengusik bukan namanya Farid gonjeng, isteri disebelah mencubit geram dengan sikap lepas laku si suami.. perasan tak sudah-sudah..
            “Rid, kau ni kan bini kat sebelah pun nak mengatal, sabarlah ya Cik Puan dengan dia ni, kau tanyalah dia sendiri siapa dia di sisi aku ni? Macam tak biasa. Bab siapa hensem tu.. aku rasa kau kalah lah.. dia lagi hensem dari kau ya..” Ambik kau Farid gonjeng, kau ingat aku dah pencen dari mulut laser ni.. never.. nahe.. still laser macam dolu-dolu.. Azman ketawa kecil, menghulurkan tangan pada Farid untuk berjabat tangan, tak salah dia memulakan maklum dia kan tetamu…
            “Saya Azman, pendamping dan pelindung Atul,” pergh! Ayat tak boleh blah Azman memperkenalkan diri..
            “Pergh! Ayat kau gempaklah Man.. aku ni Farid rakan sekelas Atul. Kalau kau pendamping dan pelindung Atul aku ni pembuli Atul,” Farid gonjeng memang tak pernah nak berubah..
            “Rid, beranilah kau nak buli aku sekarang.. dulu bolehlah. Sekarang kau kena waspadalah. Man jom! Layan Farid gonjeng sampai bila pun tak sudah,” Rabiatul menarik lengan Azman dan berlalu pergi dalam hati sempat berbisik dalam gonjeng-gonjeng si Farid tu wife dia memang cukup pakejlah jelita dan stok ustazah, tudung labuh gitu.
            Azman tetap setia disamping Rabiatul sehingga mereka duduk. Tak nampak pun kelibat Abang Rais, tak kan belum sampai kot? Dah pukul berapa ni, acara pun sudah mahu bermula. Azman disebelah mudah mesra dengan sesiapa saja, dia tidak perlukan masa yang lama untuk sesuaikan diri. Seronok gitu bila kengkawan Atul melayannya tanpa sempadan. Mereka semua cuma agak pelik bila dia memberikan jawapan sebagai pendamping dan pelindung Atul. Itulah yang dipersetujui antara dia dengan Atul tadi.
            “Man, Atul dah lama sampai?” mereka menoleh serentak bila mendengar suara menegur mereka.
            “Abang Rais, baru je..” mereka berdua menjawab serentak.
            “Hai! Sepakat nampak.. sesuai..” mula dah gear satu Abang Rais ni.
            “Doakan jelah bang…” Azman membalas sambil mengenyitkan mata pada Atul yang sudah mula membahang. Jeman kau boleh tak jangan overacting menakutkan betul… baik aku tukar tajuk.. ni kalau tak sampai rentung aku diusik budak berdua ni.. Jeman kau memang berubah 360 darjah… letih aku… jerit Atul di dalam hati..
            “Abang napa lambat?” soal Atul pendek.
            “Anak abang yang kecil buat perangai pulak, mula nak tinggalkan dengan nenek dia.. tapi dah jadi macam ni bawalah keduanya.” Abang Rais menerangkan tentang hal telah dilalui.
            “Mana anak abang tak nampak pun?” Azman menoleh kek kiri dan ke kanan tak kelihatan pun anak-anak Abang Rais.
            “Em.. dah kena ambil dengan budak-budak kat depan sana tadi. Sebelah Man ni ada orang tak?” Abang Rais bertanya bila bangku disebelah Azman kosong.
            “Tak ada bang, duduklah. Bagus abang duduk sini ada kawan Man nak berbual.” Azman menjawab mesra, mula serasi dengan Abang Rais.
            Acara sudah dimulakan, kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis mengamatkan suasana apatah lagi bila yang jadi pengerusi Farid gonjeng. Biarpun adakala perangai gonjeng dia menyakitkan hati dan menghuru-harakan suasana namun bab tanggungjawab memang superb.