Tuesday 19 June 2012

Kasih seorang adik…..



           
            Bukan sesuatu yang mudah bila orang yang kita sayang tinggalkan kita buat selama-lamanya… Seolah-olah dunia ini terhenti seketika, kita seakan terkeluar dari paksi hidup kita… Melihat kedukaan dan kesedihan di depan mata aku seakan tidak kuat. Tapi aku harus kuat demi memberikan semangat pada orang yang aku sayang…
            Kehilangan abang yang tersayang membuatkan suamiku menjadi terlalu lemah apatah lagi peristiwa itu berlaku pada hari bapa yang sepatutnya di sambut dengan kegembiraan. Namun takdir Allah tiada siapa yang tahu. Sebagai isteri kurasa teramat terpukul dengan kedukaan suamiku.. sepanjang perjalanan dia menangis dan berdoa agar dipertemukan dengan abang tersayang biarpun sekejap. Perasaan takut sudah tiada apabila dia membawa kereta seolah tidak terjejak ke bumi. Bayangkan perjalanan yang sepatutnya megambil masa 3 jam hanya 1jam setengah saja diambil.
            Saat diberitahu dia tidak percaya dengan apa yang terjadi. Dia menyangkakan semua itu tipu belaka. Tapi inilah hakikat yang harus dia terima. Tidak dihiraukan keadaannya yang hanya berseluar khakis paras lutut dia terus membawa kami ke destinasi yang dituju. Tanpa membawa anak pertama dan bongsuku. Apatah lagi si bongsu di asrama akan melambatkan perjalanan kami kerana arwah akan dikebumikan selepas waktu asar sedangkan kami mendapat berita selepas pukul dua petang. Anak sulongku tengah menghadapi peperiksaan akhir semester dan dengan keadaan dia yang kurang sihat. Ku titipkan pada mereka sedekahkan surah yassin buat arwah bapa saudara mereka. Tanda sayang mereka pada arwah.
            Alhamdulillah suamiku di izinkan bertemu dengan arwah biarpun sudah siap dikapankan namun masih sempat dia memeluk dan mencium jasad yang sudah terbujur kaku. Saat itu hanya aku panjatkan doa semoga suamiku diberi ketabahan dan aku tak biarkan suamiku bersendirian. Anak keduaku sentiasa di sisi memberi kekuatan pada si ayah. Biarpun airmata sentiasa menitis antara kami bertiga. Suamiku bukan tidak redha Cuma dia terkejut dengan pemergian arwah abang yang tersayang tanpa sempat dia bertemu sebelum ini.
            Semasa hayatnya arwah banyak mengajar suamiku tentang kehidupan banyak kisah suka dan duka dikongsi bersama. Sedari kecil mereka bersama, apatah lagi sejak arwah bapa mereka meninggal dunia. Aku melihat kasih sayang seorang adik yang cukup tebal pada arwah abang yang tidak pernah dia zahirkan pada sesiapapun sebelum ini.
            Saat jenazah mahu dikebumikan aku melihat dia menahan airmata dan aku tahu duka di dalam hatinya terlalu dalam. Saat talkin dibacakan dia duduk bersebelahan dengan satu-satunya anak lelaki arwah abangnya. Goyah hatinya sebagai seorang lelaki dan aku melihat airmatanya terus menitis. Manakah perginya kekuatan suamiku… sudah hilangkah dibawa pergi oleh arwah abangnya… aku menahan sebak dan aku cuba menjadi kuat untuk memberikan kekuatan padanya.
            Saat sudah sempurna dan mereka semua beransur pulang suamiku menggamitku untuk berada disisinya dikubur arwah. Kami bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah dan surah-surah yang lain. Aku katakan padanya dan saudara-mara yang lain. Kita memang sayangkan arwah TETAPI Allah lebih sayangkan arwah sebab itu Allah mengambil arwah. Betapa besarnya kasih sayang kita pada arwah lagi besar kasih sayang Allah padanya.
            Mendengar kisah arwah dari anak lelaki arwah membuatkan kami sebak. Betapa mudah dan cepatnya dia pergi tanpa mengalami kesakitan yang lama. Mereka semua masih dalam keadaan terkejut kerana arwah sebelum ini sihat dan sempat memotong rumput dikeliling rumah kerana arwah seorang yang tak reti duduk diam. Ada saja pekerjaan yang hendak dibuat. Itulah pekerjaan dia yang terakhir sebelum dia pergi. Seolah-olah dia sudah tahu dia akan pergi dan meninggalkan keadaan sekeliling rumah bersih dan rapi.
            Suamiku telah kehilangan seorang abang yang paling dia sayang. Sehingga tulisan ini aku tulis dia masih bersedih. Setiap kali nama arwah abangnya disebut atau dia teringat kisah bersama arwah dia akan menitiskan airmata…
            Abang… menangislah jika itu bisa meredakan perasaanmu… Kusedar bukan dirimu tidak menerima qada dan qadar Allah cuma abang masih lagi terkejut. Mudah-mudahan masa akan ubati luka abang. Macam abang kata dekat saya abang ikhlas dan redha cuma abang agak terkejut kerana pemergian arwah terlalu cepat.
            Abang… kuatkanlah semangat abang kerana saya tahu abang seorang yang kuat. Sejak kita dinikahkan inilah kali pertama saya melihat abang terlalu sedih. Saya tahu kasih sayang abang pada arwah memang cukup kuat. Abang terlalu rapat cuma masa dan kengkangan hidup tak mengizinkan abang untuk selalu menziarahi arwah…
            Abang.. saya tetap ingat akan kata-kata arwah setiap kali kita datang berkunjung bila dia melihat muka anak kedua kita yang seiras arwah mak abang..  ‘aku tak bolehlah tengok muka kau ni… aku sedih… muka kau ni macam arwah embah yam’ dan saya pernah melihat arwah mengesat airmatanya… kita tak pernah rasa kekurangan kasih sayang bila berkunjung kerumah arwah.
            Abang ingat tak kita pernah berkelah di Tanjung Balau naik lori masa tu. Seronok kan.. banyak lagi kenangan arwah bersama kita. Semuanya akan menjadi kenangan indah kita. Kini hanya kiriman doa yang mampu kami hulurkan semoga arwah abang tenang disana.
            Pada anak-anak arwah dan isteri semoga tabah menjalani kehidupan yang mendatang. Biarpun arwah abang dah tak ada kasih sayang kami tidak pernah kurang pada anak-anak dan kakak. Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga akhir hayat.
            Pada arwah abang Othman bin Pawiro semoga abang man ditempatkan ditempat orang-orang yang beriman. Bagi kami sekeluarga kasih sayang abang man pada kami membuatkan kami rasa bahagia biarpun hanya seketika. Kami tak pernah rasa kekurangan kasih sayang abang man kerana abang man seorang insan yang penuh dengan kasih sayang. Terima kasih abang man… Al-Fatihah…


Hanya sekadar nukilan...
Samiza Ezanie
19/06/2012
4.42pm



Friday 15 June 2012

Syukur akan Nikmatmu Allah...



Alam pun tersenyum..... 
            Hari ini aku mengambil sesuatu langkah yang aku rasakan belum terlewat untuk aku memulakan… Belajar itu tiada had umur dan masa. Sebenarnya kita memang sentiasa belajar.. tak kira apa jua keadaannya.
            Hari ini aku bertemu dengan pihak OUM (Open University Malaysia). Aku ingin sekali belajar berkaitan psikologi. Dulu aku ingat nak ambil komunikasi… tapi bila aku bertemu dengan pihak OUM keterujaan aku beralih pada psikologi. Bagi aku bidang ini cukup menyeronokkan… aku adalah seorang yang suka memerhati keadaan sekeliling dan dari situ aku belajar tentang kehidupan dan dari situ aku belajar untuk memperbaiki diri.
            Keterujaan untuk belajar semula ini memang tak dapat aku nafikan walaupun ini bukan kali pertama… sebelum ini aku belajar pun dah berkahwin. Alhamdulillah aku dapat menyudahkan dengan baik… masa itu anak-anak kecil lagi. Sekarang ni anak-anak ada yang dah masuk universiti. Ikhlas disudut hatiku yang paling dalam aku ingin menjadi seperti anakku ingin mengenggam segulung ijazah sebagaimana mereka satu hari nanti. Dulu aku tak berpeluang untuk belajar diusia yang muda. Tak perlu nak ingatkan perkara yang dah lepas. Semua itu ada hikmahnya…
            Terlewatkah aku? Biarpun agak terlewat itu lebih baik daripada tak buat langsung. Oleh itu aku akan terus berusaha untuk memperbaiki taraf pendidikan ku... Alhamdulillah aku bersyukur padamu Allah memberikan aku anak dan suami yang sentiasa mendukungku tak kira apa jua keadaan... Aku mempersetujui kata-kata dalam hidup ini kita sentiasa diberi peluang tinggal lagi diri kita pandai atau tidak merebut peluang.. 
            Emak, abah terima kasih kerana masih setia untuk bersamaku walaupun aku sudah berumahtangga. Melihat wajah tua emak abah terkadang membuatku sebak. Mereka juga banyak berkorban untuk ku... Abah tahu tak dulu orang tertanya-tanya kenapa tak sekalipun orang kena jentik dengan abah atau kena marah teruk-teruk dengan abah rupanya abah terikat dengan janji abah pada orang semasa kecik... sebenarnya orang ingin sangat abah pukul atau cubit orang tapi abah tak pernah buat pun... emak ada cerita kat orang masa kecik orang sakit teruk macam dah nak pergi tinggalkan dunia ini diwaktu syawal dan abah berjanji pada diri abah yang abah tak akan pukul atau marah orang asalkan orang baik. Alhamdulillah umur orang panjang sampai sekarang... Abah terima kasih ya... orang sayang abah dan emak sangat-sangat.
            Pengorbanan emak dan abah pada orang banyak sangat. Masa orang sekolah orang selalu sakit.. keluar masuk hospital.. tapi emak dan abah tetap sabar dengan ujian Allah. Jauhkan masa tu antara Batu Pahat dan Hospital Johor Bahru tapi itu bukan masalah bagi emak abah untuk jaga orang tiap-tiap hari... Emak atau abah sentiasa bergilir-gilir jaga orang. Emak letakkan adik kat rumah jiran kita.. kesian adik terpaksa berkorban untuk akak juga... Emak terima kasih sebab sentiasa ada untuk orang... orang sayang emak sangat-sangat... Emak tak pernah berkira pada kami anak-anak emak... Pengorbanan emak tak mampu kami balas... 
          Aku tak mampu nak meneruskan tulisan ini kerana aku terlalu sebak dengan pengorbanan orang-orang disekelilingku pada ku... kasih sayang kamu semua tak mampu aku balas dan aku hanya mampu zahirkan di sini tentang betapa beruntungnya aku punya emak abah, suami, anak-anak, adik beradik, keluarga, saudara mara yang sentiasa ada untuk aku... Aku sayang korang semua.. Hidup aku menjadi begitu indah kerana kehadiran kamu semua adalah anugerah terindah Allah padaku... doakan agar kita semua sentiasa akan bahagia di dunia dan akhirat... Amin...


Samiza Ezanie..
12.54pm 
       

Dua Jiwa Jadi Bab 17


BAB 17

            “Hai! Pengantin boleh tidur dengan lena?” masuk saja ke dapur sudah dengar usikan dari Kak Lina.
            “Sal pulak tak lena? Adik siap mimpi lagi,” dengan sengihan dia menjawab. Aduhai masak aku hari ini, biasalah pengantin baru memang sentiasa kena usik. Nasib badan, redha saja.
            “Ya la! Orang dah ada bantal peluk mesti lenalah Kak Lina,” Kak Im pun dah joint the club.
            “Woo! Woo! Kakak-kakak ku sekelian boleh jangan usik-usik macam ni tak? Malu derrr… masak apa pagi ni?” Rabiatul yang sudah merah muka lekas saja menukar tajuk.
            “Im, pandai je adik kita ni nak mengelak… dulu masa kita dialah yang sibuk mengusik…bila dah kena batang hidung sendiri tahu pulak dia malu ya.. what u give, u get  back yooo!” Kak Lina boleh tahan brutal juga ni…
            “Alahai! Macam tu ke?” Rabiatul hanya mampu tersengih bila di usik oleh kakak-kakak iparnya…nasib kaulah labu…
            “Tu macam la!” jawab mereka berdua serentak. Akhirnya mereka bertiga gelak bersama-sama. Riuh rendah dapur dibuat oleh mereka.
            “Apa yang riuh sangat ni?” Puan Sarimah yang baru masuk ke dapur bertanya.
            “Tak ada apalah mak saja usik adik ni ha! Dulu dialah paling suka menyakat kita sekarang ni peluang kitalah sakat dia pulak…” Kak Lina menjawab mesra. Biarpun hanya anak menantu, mak melayan mereka macam anak sendiri. Inilah Mak Mertua yang paling sporting di abad ini. Jadi mereka senang untuk berkomunikasi, namun begitu rasa hormat tetap ada.
            “Oh! Mak ingat apalah tadi macam pasar kat dapur ni, dengar sampai ke ruang tamu. Pengantin macam mana? Seronok dah dapat bantal peluk? Maklum lambat sangat dapat bantal peluknya..” mak pun joint the club ke? pergh! Baik aku cabut… masak aku kat dapur lama-lama… gumam Rabiatul di dalam hati, bengang tahap dinosaur ni..
            “Mak! Iskh! Tak de benda lain ke nak cakap? Malaslah adik kat sini.. baik ada kat depan tu dengan abah lagi best..” baik aku cabut sekarang juga. Ayat membunuh masing-masing ni.
            “Hai dik! Tak kan malu kot?” Kak Im sempat lagi tu…
            Apalah dia orang ni tak ada benda lain ke nak buat isu? Ceritalah pasal kat mana nak ada ribut ke? Ada banjir ke? Tak pun kat mana kucing Mak Temah sebelah tu beranak… ini aku yang dijadikan isu tak adil betul… bak kata Yuna.. Ini tidak adil..tidak adil.. bagiku….
            “Apa muncung pagi-pagi ni dik? Dah boleh sangkut baju muncung tu..” Pak Hishamudin menegur anak bongsunya yang moody pagi-pagi..
            “Mak and the gang kat dapur tu usik adik bah.. eeee.. geramnya,” mulalah nak mengadu tak padan dah jadi isteri orang perangai macam budak-budak lagi. Rabiatul melabuhkan punggung duduk di sofa panjang sebelah Pak Hishamudin. Macam biasa Pak Hishamudin sudi meminjamkan telinga mendengar luahan hati si bongsu.
            “Apa yang mak dah buat… cuba cerita..” Rabiatul selamba menyandarkan kepala ke bahu abah. Abah kitakan … peduli apa kalau orang lain nampak.
            “Mak and the gang tu lah usik adik.. dah dapat bantal peluk lah.. itulah.. inilah… eee.. geram tau bah.. panjang nak cerita malas nak ulang semula buat bengang adik je…” manjanya dia mengadu.. Azman yang baru saja menuruni tangga mendengar apa yang dikatakan oleh Rabiatul hanya menggelengkan kepala. Manja bebenar isteri aku ni…
            “Okeylah tu… betul apa!” abah pun tumpang sekaki ke?
            “Abah! Eeeee.. napa semua orang ni? Malaslah nak kawan pergi duduk luar lagi baik..” lekas Rabiatul mengangkat punggung berlalu pergi, sengaja berjalan dengan menghentak kaki.. apalah abah ni pun komplot dengan mak…. Hampeh!
            “Napa tu bah?” Azman bertanya mesra.
            “Biasalah isteri kamu tu Man.. bila tak puas hati memang macam gitu.. umur je dah 28 tahun tapi macam budak 8 tahun. Saja kita semua sakat dia.. merajuklah tu..” Pak Hishamudin menerangkan pada Azman.
            “Oh! Macam gitu rupanya..” Azman menganggukkan kepala tanda faham apa yang bapa mertuanya maksudkan...
            “Macam tu lah.. tapi tak lama.. kejap lagi oklah tu. Mesti dia tengah siram pokok bunga tu… tak pun dia main buaian kat laman tu.. pergilah kamu tengok.”  Faham benar dengan perangai anak bongsunya bila merajuk mesti siram pokok bunga tak pun main buaian.
            “Macam tu Man pergi tengok Atul lah bah.” Azman meminta izin lalu berjalan keluar.
            “Pergilah..” balas Pak Hishamudin.
Mudah-mudahan jodoh mereka berdua ni kekal hingga ke akhir hayat. Pertama kali melihat Azman dia tahu Azman memang seorang yang baik juga bertanggungjawab. Macam kata Rabiatul tak nampak pun kekurangan dia. Paling Pak Hishamudin suka perangai Azman adalah hormat pada orang tua dan pandai juga bab agama. Pertama kali datang rumah dia meminta Azman mengimamkan solat asar, Alhamdulillah anak menantunya itu tidak menghampakan. Sedap suaranya bila membaca surah…. tertib dengan tajwidnya sekali. Zaman sekarang ni memang susah nak cari anak muda yang sebegitu.
Azman melihat kelibat isterinya, manalah dia nak merajuk ni.. alahai tu dia tengah siram pokok bunga betul kata bapa mertuanya.. bagus juga merajuk macam tu tak adalah nak buat benda yang merepek meraban. Dia menghampiri isteri yang sedang leka dengan kerjanya.
“Assalamualaikum sayang… siram pokok bunga ke?” Azman menegur lembut.
“Walaikumussalam.. taklah, Atul tengah pam tayar lori.. hehehe” dah nampak aku siram pokok lagi mahu tanya laki aku ni… dahlah tengah marah ni.. Rabiatul menjeling geram.
“Amboi! Sayang ni.. loyar buruk dengan abang ya…” Azman mencubit geram pipi Rabiatul yang tembam.
“Abang! Sakitlah.. nah! ambik ni..” selamba saja Rabiatul menghalakan paip getah ke arah Azman… habis basah kuyup jadinya.. cuit pipi orang lagi.. sengajalah tu nak cari pasal.
“Sayang! Habislah basah baju abang ni…” Azman menjerit geram pada isteri yang sudah tergelak sakan. Sukalah tu.. Nasib kaulah Jeman…
“Sapa suruh cubit pipi orang sakit tau… nak sangat orang mandikan..” dengan sisa tawa yang masih ada Rabiatul menjawab. Yeye! Dapat mandikan abang terchenta… Jeman ku hero ku… hampeh punya budak Atul ni…
Azman merapatkan diri dan merampas paip getah ditangan Rabiatul dan dengan sengaja dia menyerang balas. Habis basah kuyup keduanya dah macam tikus mondok kena hujan budak berdua ni.. Mereka saling kejar mengejar namun paip getah masih selamat di tangan Azman.
“Subhanallah! budak berdua ni, tak cukup air ke mandi pagi tadi kat bilik kamu?” terkejut Pak Hishamudin bila keluar dari rumah nampak mereka berdua berkejaran dengan baju yang basah kuyup. Niat hati tadi nak panggil mereka berdua bersarapan rupa-rupanya tengok drama hindustan pulak..
Oooooo! Alamak kantoi! Lantas mereka berdua berhenti dari saling kejar mengejar. Aduh! Malunya bisik Azman di dalam hati, macam mana boleh lepas laku ni.. Rabiatul hanya berwajah selamba saja, dia mengambil paip getah yang ada ditangan Azman dan dengan sengaja dia menghalakan ke arah abahnya.. apalagi kuyuplah Pak Hishamudin dibuat oleh si bongsu.. Azman kelu tak mampu nak kata apa.. Nakalnya isteri aku ni..
“Kita main pesta air ya bah!” selamba Rabiatul berkata. Azman hanya menggelengkan kepala. Biar betul..
“Bertuah punya budak! Habislah abah basah ni..” hanya itu yang mampu dikatakan oleh Pak Hishamudin.
“Tak apa! Abah kan banyak baju kat dalam tu…” ada saja jawabnya.. akhirnya mereka bertiga sama-sama ketawa bila melihat diri masing-masing.
“Abahnya…. ribut tidak, hujan tidak apa basah kuyup ni?” Puan Sarimah yang baru sampai menegur mereka bertiga. Pelik juga nak dikatakan hujan tak pulak.. Apasal mereka bertiga ni basah kuyup.
“Pesta air mak.. Mak nak join boleh jugak,” selamba Rabiatul menjawab.
“Banyaklah pesta air kamu dik.. Sudah! Sudah! Masuk dalam tukar baju tapi tunggu situ dulu mak ambik tuala. Habis kang basah satu rumah.. Iskh! Dah macam kanak-kanak Ribena. Abahnya tak padan dah bercucu pun tumpang sekaki.” Bebel Puan Sarimah. Pak Hishamudin hanya mampu tersenyum memandang anak dan anak menantunya. Nasib badan kena bebel pagi-pagi gara si anak.  
“Bah, minta sori ek! Tak pasal-pasal kena bebel dengan mak. Ala mak ni tak sporting betullah, apa salahnya kalau sesekali nak main pesta air. Best apa?” Rabiatul bersuara bila mak dah berlalu pergi, rasa bersalah pulak kat abah kena marah dengan mak..
“Tu lah kamu, nama saja dah berkawin tapi perangai macam budak-budak juga. Man kamu sabar ya dengan budak sorang ni.. tapi best jugakan main air pagi-pagi ni,” abah pun sama juga rupanya.. terbaiklah bah!
“Nah! Ambik tuala ni dan bawa suami kamu tu masuk dik, Abang! Abang! Kalau jiran-jiran nampak apalah dia orang kata kat kita nanti.” Bebel Puan Sarimah lagi.
Ala janganlah marah yang… sesekali bukan selalu pun. Dah jom masuk..” ajak Pak Hishamudin lembut.
Rabiatul dan Azman tersengih-sengih melihat abah mereka memujuk mak yang sedang marah, romantik juga abah ni.. sayang bagai…
“Kamu berdua tercegat lagi kat situ nak buat apa? Tak reti nak masuk?” mak ni dah macam mak mertua Kasim Selamat dalam cerita Ibu Mertuaku garangnya.. lekas-lekas Azman mengamit isterinya masuk, kalau dibiarkan ada saja jawab isterinya nanti. Bukan boleh percaya sangat budak seorang ni.. malu juga ni baru dua hari jadi anak menantu dah jadi anak hantu.. nasib kaulah Jeman..


selemat membaca.... 

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 16


BAB 16
            Selepas tiga bulan perjumpaan reunion akhirnya Rabiatul dan Azman mengambil kata sepakat untuk hidup bersama. Ramai rakan ofis yang terkejut dan tidak menyangka sama sekali yang mereka berdua bercinta. Saat kad jemputan di edarkan ramai yang membuat muka terkejut ala dinosaur, lagi-lagi Kak Mon dan Tiha. Cover baik punya.. Tiha satu rumah pun tak dapat kesan, macamana nak kesan kalau dating pun jauh… kereta asing-asing kat ofis macam tak ada apa je…teringat saat itu.. lucu banget deh…
            “Atul! Biar betul kau ni.. ribut tak ada angin tak ada.. tahu-tahu kau nak kawin.. dengan Jeman pulak tu… pandai kau cover ya…” terkejut Tiha bila dapat tahu Atul nak berkawin dengan Jeman… lantas dia mencubit geram tangan Rabiatul…
            “Jodoh dah sampai… bukan kau yang kenenkan aku dengan Jeman ke?”  jawab Rabiatul.
            “Memanglah.. tapi tak sangka pulak menjadi… cepat pulak tu.. cuba kau cerita kat aku ni…” tak puas hati Tiha kalau tak tahu cerita.
            “Tiha.. ajal, maut dan jodoh ni semua kerja Allah.. Alhamdulillah jodoh aku dengan Man.. apa aku nak ceritakan.. tak ada apa yang nak diceritakan. Cinta ni tak boleh dipaksa.. dia datang kat kita tanpa kita sedar.. bagi aku Man adalah yang terbaik buat aku menyandarkan harapan. Masa dia temankan aku pergi reunion tu aku dapat rasakan dia pelindung dan pendamping yang sempurna. Aku tak jumpa kekurangan dia. Betul kata kau.. tanggungawab dia memag superb.. bukan aku memuji sebab dia bakal suami aku tapi.. masa tu aku rasa selesa sangat bila dia bersama aku.. aku rasa selamat… okey puashati dengan cerita aku.. kau bila pulak?” ujar Rabiatul.
            “Aku Insyallah hujung tahun ni… Atul tahniah untuk kau ya. Aku sayang sangat kat kau tu. Mesti aku rindu dengan kau bila kau dah pindah nanti.. jangan lupakan aku ya..” Tiha memeluk erat kawan suka dukanya selama 6 tahun ini, banyak yang telah mereka lalui bersama.
            “Tiha.. aku pun sayang kau juga.. aku tak kan lupakan kau.. kaulah sahabat aku dunia akhirat.” Rabiatul membalas pelukan Tiha dengan linangan airmata.
            “Sayang kenapa ni menangis?” suara lembut Azman mematikan terus kenangan Rabiatul bersama Tiha dua minggu yang lalu.
            “Tak ada apa.. Cuma saya teringatkan Tiha je.. dia kawan yang baik. Sama-sama susah dengan saya dulu..” Rabiatul berkata sambil memandang sayu wajah Azman suami yang baru di nikahi pagi tadi.
            “Sayang.. abang faham, jangan sedih… kan sayang boleh jumpa dia lagi kat ofis, kalau sayang nak pergi berziarah kat rumah dia pun abang tak kisah. Okey jangan menangis kan malam ni malam pertama kita sebagai suami isteri. Nanti apa orang kata pulak bila mata sayang bengkak esok hari..” pujukan lembut Azman menambah sayu dihati Rabiatul, lantas tanpa malu dia memeluk erat suaminya. Azman mengelus lembut belakang badan Rabiatul. Alhamdulillah akhirnya mereka disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Menghalalkan apa yang haram. Azman mengucup lembut ubun-ubun isteri yang tercinta.
            Azman membawa Rabiatul duduk dibirai katil, didudukkan isteri dipangkuannya sambil tangan memeluk erat dipinggang. Dia memandang jauh ke dalam anak mata isteri tercinta. Mata memandang hati berdebar dan matapun berbicara, meluahkan rasa cinta yang cukup dalam.
            “Emm… sayang bahagia?” Azman memulakan bicara.
            “Bahagia sangat.. terima kasih aaaa…bang,” pergh! susahnya nak panggil abang ni… malu derr..
            “Pandai pun panggil abang… sayang tak yah malu… kita kan dah jadi suami isteri.. abang harap kita akan melayari rumahtangga ini dengan penuh kebahagiaan. Saling melengkapi antara satu sama lain, kekurangan abang akan dilengkapi dengan kelebihan sayang dan begitu jua sebaliknya. Rumahtangga ni ibarat kapal ditengah lautan, akan ada badai dan ribut yang akan melanda, biarpun abang sebagai ketua keluarga tapi abang perlukan sayang untuk bersama berlayar ke destinasi cinta yang kita harapkan. Sayang bantu abang ya?” manisnya ucapan Azman membuai perasaan Rabiatul.
            “Abang, biarpun apa jua dugaan yang datang sayang tetap ada di sisi abang.. hanya Allah saja yang boleh memisahkan kita. Abang adalah segalanya untuk sayang. Cinta abang membuatkan sayang rasa dihargai dan abang adalah anugerah dari Allah untuk sayang. Jika sekiranya sayang ada melakukan kesilapan tegurlah sayang jangan abang biarkan sayang terus melakukan kesilapan. Kita akan saling bantu-membantu antara satu sama lain.” Rabiatul memeluk erat Azman sambil memberikan ciuman di pipi.
            “Sayang dah bersedia?” erk! Sedia apa pulak Jeman ni… Rabiatul membuat muka pelik.
            “Sedia apanya…” bendul betul budak Atul ni… ingat sedia satu, dua, tiga… pritttt… lari… Azman menepuk dahi.. tergeleng-geleng dengan gelagat isteri yang baru dinikahi.     
“Sayang… maksud abang dah bersedia untuk jadi isteri abang dalam erti kata yang sebenarnya..” Azman masih menggunakan bahasa kiasan. Gila kau nak cakap terus terang…
            “Bukan kita dah jadi suami isteri ke?” memang tak leh guna bahasa kiasan ni.. Azman tersenyum meleret dan Rabiatul dah buat muka blur…
            “Aduhai sayang ni…” Azman mencubit lembut pipi Rabiatul.. dan lantas menyambung kata..
            “Sayang.. ingat tak masa kita pergi kursus kawin tu.. tentang nafkah zahir dan batin.. tugas suami mesti bertanggungjawab dalam memenuhi nafkah isteri sama ada zahir mahupun batin. Isteri pula kena memenuhi kehendak suami iaitu melayani makan minum suami juga melayani suami hingga ke bilik tidur…  Jadi sayang dah bersedia ke untuk melaksanakan tugas isteri.. jika sayang masih belum bersedia, abang akan tunggu sayang sehingga sayang betul-betul bersedia.” Kalau ini tak faham juga masak aku ni… Azman berbisik di dalam hati. Rabiatul yang sudah mula memahami menutup mukaya yang sudah merah…. Malu dowh!!! Apalah abang ni… aku ni pun blur sangat sampai tak boleh faham bahasa kiasan… sekarang ambik kau bahasa tanpa kiasan. Aiyork!
            Azman menurunkan tangan Rabiatul yang menutupi muka, nampak sangat merahnya macam udang kena bakar. Mata isterinya tertutup rapat… bibir isterinya yang basah mengetarkan naluri lelakinya. First time memanglah macam gini… berpeluh juga ni.. aircond yang terpasang pun tak boleh menyejukkan badan… sebagai suami dia harus bijak memulakan sesuatu perhubungan. Maklum masing-masing tak punyai pengalaman. Nasiblah dia ada membaca buku-buku Abdul Jalil Ali, kat situ ada diceritakan tentang hidup berumah tangga. Bagus juga buku tu.. Gula garam dan kopi..  hahaha… gelak sendiri dalam hati… isteriku ini masih nak pejamkan mata… sian dia berpeluh-peluh.
            Azman membaringkan Rabiatul di atas katil dengan lembut, mencium pipi isterinya… Sebalikya degupan jantung Rabiatul makin tidak stabil… boleh terkeluar jantung ni… Aduhai macam ni ke malam pertama, seksa wooo…
            “Sayang izinkan abang..” terasa getarnya suara Azman.. Dia memandang isteri yang masih memejamkan mata, dia melihat anggukkan kecil isterinya… brutal-brutal isteriku ini rupanya bab-bab begini hilang brutalnya… sayang….sayang… dengan lafaz basmalah, selawat dan doa dia merapatkan bibirnya ke bibir isteri yang basah… em… rasa oren… dan mereka bersatu dalam suasana yang cukup lembut dan penuh tatatertib. Semoga akan lahirlah zuriat yang baik penuh adab dan sopan sebagaimana betapa tertibnya ibubapa mereka bersatu. Semoga rumahtangga yang dibina dijauhkan dari segala kejahatan dan semoga mereka bahagia hingga ke syurga… Amin….

Dua jiwa Jadi Satu Bab 15


BAB 15
            “Abang Lan… Assalamualaikum…sibuk ke?” Salam di ucap bila sampai sahaja ke pintu stor.
            “Walaikumussalam… sibuk sikitlah Atul..” Abang Lan memandang sekilas sambil menjawab, biasalah Monday blues.. gila tak sibuk…
            “Abang Lan ni ada kerepek dengan cencaluk dari selatan tanah air.. dua negeri tau Johor dan Melaka.. Abang Lan makan cencaluk tak?” ucap Rabiatul sambil menghulur beg plastik yang berisi kerepek dan cencaluk.
            “Abang ni tolak batu dan kayu je, semua bedal… tak ada masalah… macamana reunion? Okey?” ujar Abang Lan.
            “Reunion okey je… Atul dapat hadiah pergi Phuket, biasalah jumpa kengkawan masa sekolah memang best.. tak ada apa yang tak best.. semuanya best.” Seronok Rabiatul bercerita.
            “Man?” sepatah soalan Abang Lan membuatkan Rabiatul terkedu.
            “Man… okey,” jawabnya pendek
            “Okey je…?” Abang Lan memandang Rabiatul penuh makna… alamak Abang Lan ni dah jadi Kak Mon juga ke?
            “Dia okey.. tak ada cedera kat mana-mana..” main-main pulak jawapan si Rabiatul ni… nak kena ni… Abang Lan menjegilkan mata.. geram dengan jawapan yang diberikan..
            “Boleh jangan main-main tak?” erk! Abang Lan dah marah..
            “Apalah Abang Lan ni… itupun nak emo.. relek sudah…. Okey! Okey! Man seorang partner yang baik menjadi pendamping dan pelindung yang cukup sempurna tak ada kurang kat mana-mana, Atul rasa selesa dan selamat.. puashati tak dengan jawapan Atul ni Abang Lan?” dalam nada mengusik Atul menjawab.
            “Budak ni! Ada je jawapan kartun dia… baguslah kalau macam tu.. Abang Lan doakan moga ada pengakhiran hubungan kau orang berdua. Abang rasa dia adalah pasangan terbaik Atul.. jangan sia-siakan peluang yang telah Allah berikan. Abang doakan moga kamu berdua berjodoh…” kata-kata Abang Lan membuatkan Rabiatul terdiam.
            “Insyallah Abang Lan, itu semua kerja Allah.. okeylah Abang Lan Atul nak pergi production jap.. Terima kasih atas nasihat yang diberi,” jawab Rabiatul sebelum melangkah pergi.
            “Atul.. terima kasih kerepek dan cencaluk ni.. kirim salam kat Man..” ucap Abang Lan.
            “Sama-sama, Insyallah..” Rabiatul menjawab sambil berjalan ke muka pintu. Mudah-mudahan cinta yang baru berputik ini terus berkembang… Kalau ramai yang mendoakan mungkin Allah akan memakbulkan hajat kami…
            Kita sibuk mencari cinta sedangkan hakikatnya cinta itu hanya dihadapan mata kita tanpa kita sedar. Kerja Allah tiada siapa yang tahu… Mungkin sudah tiba masanya untuk aku mengakhiri zaman solo ku ini…. Man.. tiada aku duga aku kini sudah mula menyintaimu.. biar pun kita sudah lama kenal namun cinta kita baru saja hadir. Kuharapkan yang terbaik untuk kita.. Mesti kecoh tahap gaban ni bila Tiha dan Kak Mon tahu.. redha ajelah..
Jangan cuba nak menidakkan apa yang dah terbukti di dalam hati.. bila hati mula berkata.. lidah tak mungkin bisa berbicara.. jika rindu datang mengamit..  Getaran di dada mula tak sekata…itulah namanya cinta.. apa itu cinta…ya… cinta.. satu perasaan yang sukar dimengertikan.. dia datang tanpa diundang… dia hadir tanpa dipaksa.. dari mata turun kehati.. dari hati naik ke mulut.. dan terkeluarlah suara cinta…
“Tanpa cinta hidup tak kan bahagia… hadirnya cinta membawa seribu kebahagiaan. Usah menafikan kehadiran cinta yang sudah bermula.. ku sedia bersamamu… bersama menikmati cinta…” doa Rabiatul di dalam hati….


selamat membaca 

Wednesday 6 June 2012

Dua Jiwa Jadi Satu 14


BAB 14
            Pagi itu agak awal Rabiatul sampai di ofis… malunya nak menghadap muka si Jeman ni… terlajak perahu boleh undur beb.. terlajak perbuatan ambik kau akibatnya Rabiatul Adawiah Hishamudin… Jangan tak hadap pulak dengan si Jeman tu…  aku orang first ni… selamat..
            “Assalamualaikum.. awalnya Atul sampai.. tanjat Kak Mon..” Kak Mon yang baru masuk memulakan bicara.
            “Walaikumussalam Kak Mon… macam biasalah Kak Mon.. lamakan cuti jadi nak tengok dulu apa yang patut sebelum memulakan tugas…” jawab Rabiatul mesra..
            “Tak ada ole-ole untuk Kak Mon ke? Kerepek kan banyak kat Johor tu.. tak pun belacan ke cencaluk dari Melaka…” usik Kak Mon.
            “Ada ni Kak Mon.. Ambiklah jangan malu-malu. Belacan tak ada tapi cencaluk tu ada.. kerepek pun ada… Kak Mon ada perkembangan terkini kat ofis ni semasa saya tak  ada?”  Rabiatul menghulurkan beg plastik yang berisi cencaluk dan kerepek pada Kak Mon dan satu beg plastik lagi yang berisi kerepek diletakkan di atas meja kopi di bilik rehat. Sesiapa saja boleh makan kerepek tu tak yah minta izin. Kira halal je bila dah letak kat bilik rehat.
            “Kat ofis ni tak ada apa-apa tapi Kak Mon rasa Atul tu yang ada berita terkini lagi sensasi.. ceria je muka lepas balik cuti ni.. macam orang dilamun cinta…” pergh! Terjah Kak Mon ni tepatlah kalah Melodi TV3 dan Galaksi TV9.
            “Kak Mon jangan bikin panas… nanti ada mata-mata yang memerhati.. saya tak nak masuk melodi kat jabatan kita ni… Kak Mon ni kalau bab merapu entah apa-apa…”  kalis jangan tak kalis Atul…
            “Atul Kak Mon ni orang tua sekilas air di laut Kak Mon dah tahu jantan betinanya.. ni Atul yang kat depan mata Kak Mon dah 6 tahun.. jangan nak propa boleh tak? Man okey tak?” jarum dah mula nak masuk ni… Kak Mon kau memang superblah…
            “Eee…  pandai je Kak Mon ni… yo lah tu dah tahu mana jantan ke betina ikan kat laut tu ya… Man okey je… dia partner yang baik. Kan Atul dah balik dengan selamat ni… maknanya Atul dijaga dengan baik oleh Azman…tak ada cedera kat mana-mana…” Aduhai Kak Mon boleh jangan buat jantung aku dup dap dup dap tak… Uh… dibuatnya budak Jeman tu ada, malu je…
            “Kan Kak Mon dah cakap Man tu baik.. Atul je yang tak nampak.. apa salahnya bila makna partner tu di dalamkan lagi tak salahkan… kamu berdua pun single…” dah sudah Kak Mon ni…
            “Kak Mon boleh tak jangan bikin panas… dahlah Atul nak buat kerja ni… layan Kak Mon kang nanti satu kerja pun tak jadi..” baik cabut sebelum kena soal selidik dengan wartawan tak berbayar sorang ni…
            “Yo Lah bikin panas… tak yah nak sembunyilah dak Atul oi!” tak habis lagi ke Kak Mon.
            “Apa yang sembunyi-sembunyi ni Kak Mon…” suara Azman di belakang Kak Mon memeranjatkan Kak Mon dan Rabiatul yang asyik berbalas kata.
            “Bertuah punya budak.. beri salam tidak main hembus saja.. kalau Kak Mon pengsan macam mana… nasi baik tak ada sakit jantung… kau ni Man kalau tak menyakat akak tak boleh ke?” Kak Mon menepuk geram bahu Azman. Rabiatul hanya mampu tersenyum dan terus duduk dimejanya. Tak mahu terlibat kang tak pasal dia yang kena nanti… baik elak.. hehehe..
            “Assalamualaikum Kak Mon comel.. apa kabar? Sihat hari ni…” terlebih pulak dak Jeman ni…
            “Walaikumussalam… Kak Mon sihat… kau ni yang buat Kak Mon nak demam… isk!” dalam geram dijawab jua salam dan pertanyaan Azman..
            “Ala Kak Mon panel klinik kat bawah tu je Kak Mon… Kak Mon pengsan kita panggil je doktor kat bawah tu… apa susah..” usik Azman lagi..
            “Kau ni ada je Man… macamana jadi partner Atul? Okey?” terjah jangan tak terjah Kak Mon…
            “Semuanya okey Kak Mon… kami pun dah balik dengan selamat… Kak Mon jangan bimbanglah… saya jaga adik Kak Mon dengan baik… cuba Kak Mon periksa badan dia tak ada kesan calar pun…. Kan Atul kan…Man jaga Atul dengan baik kan?” Azman mengenyitkan mata ke arah Rabiatul dengan selamba… dah sudah… hancur…
            Rabiatul hanya mampu mengangguk saja, Jeman boleh jangan bikin panas tak… Kak Mon ni Abang Nash Melodi versi perempuan ni… dia terjah selalu tepat… jangan timbul spekulasi boleh tak…
            “Layan kau ni Man Kak Mon pun ikut sewel macam kau Man.. baik Kak Mon buat kerja Kak Mon…” siap erk kau dua orang aku terjah sampai dapat jawapan bisik Kak Mon dalam hati….
            Sewaktu melewati meja Rabiatul Azman sempat memberikan senyuman yag cukup menawan membuatkan Rabiatul terus tertawan… pergh! Leh tercabut jantung aku ni… dia tertunduk menahan getaran di dada. Malu malam tadi tak hilang lagi… gila betullah…  ada kedengaran mesej masuk di telefon bimbit Rabiatul..
            “syg assalamualaikum slmt pagi.. lunch nanti sama-sama ek.. rindulah.. syg sikit kat pipi.. muahhhh”
            Jeman jangan bikin panas boleh tak dia menjeling geram..nasib baik kat ofis ni… lau tak memang tak bagi peluang punya.. kena Jeman ni… dia membalas geram mesej Azman..
            “jgn ngada ek.. x sngja la mlm tadi..”
            “sngja @ x blkg kira.. temankn abg.”
            “gatal… lupa pjanjian kita ke? nk kna reject ya?”
            Geram betul budak Jeman ni, nanti dari orang tak tahu jadi tahu…
            “abg igtla… rindu banget deh…”
            “buat keje.. sibukla..”
            “syg kat pipi dulu…”
            “MANNNNNNNNNN..”
            “Sori syg.. sngja usik… mlm abg call.. abg g metng jap lgi.. jgn nkal2.. cinta syg rindu syg.. muahhh.. lau x mrah pusing blkg tgk abg n snyum..”
            Jeman ni memang mengada tau.. tak ikut takut pulak dia buat macam-macam. Bukan betul budak tertanggal skru ni… hahaha… yang tertanggal skru tulah yang aku cinta.. gila betul.. Rabiatul memusingkan kepala kebelakang dan senyum ke arah Azman.. Azman selamba saja konon-konon mengambil senyuman itu dengan tangan dan terus dilekatkan ke dadanya… sah mamat seorang ni dah hilang skru…
            “Jangan kata Kak Mon tak nampak!” erk! Kak Mon ni bikin panas je. Rabiatul tertunduk malu konon-konon sibuk membaca emel sebenarya hampeh… satu pun tak boleh masuk kepala… Azman pura-pura mengambil fail… sudahlah kau dua orang… Kak Mon mencebik dengan wajah penuh makna..
            “syg.. saba ek… abg ada..”
            Dahlah Jeman ni… kata nak pergi meeting… cepatlah pergi… sibuk je… baik aku cabut dulu… Kak Mon tu bahaya.. Rabiatul mengambil diary dan berlalu pergi.. baik pergi stor jumpa Abang Lan boleh bagi cencaluk dengan kerepek sekali.. Azman pun turut bangun dan berlalu pergi sempat dia mengenyit mata pada Kak Mon… Sori Kak Mon dah janji kena zip mulut… parah juga kena penangan cinta ni… boleh jadi biul lau tak kena gaya… sal dulu aku bertunang tak ada parah macam ni… gila betul cinta budak Atul ni… boleh jadi gila aku lau tak dapat dia… memang frust nonggeng terbaring semua cukup. Pakej lengkap pergi Tanjung Rambutan… gila ahhhh… 

Dua jiwa Jadi satu Bab 12 & 13


BAB 12
            “Man mana semua orang? Senyap je..” tanya Rabiatul yang masih mamai baru bangun dari tidur yang lena, sambil melabuhkan punggung di sisi Azman. Azman menggelengkan kepala bila melihat Rabiatul tidak memakai tudung, mungkin dia lupa kot. Panjang juga rambut dia.. cantik.
            “Dia orang ada kat depan tu, Abang Raffi pergi rumah Tok Imam.. Man mula nak ikut tadi tapi Abang Raffi kata tolong Kak Lina angkat barang-barang yang berat kat dapur tu,” terang Azman sambil tersenyum.
            “Oh! Ok.. ngantuklah Man, nak sambung tidur boleh?” Ya Rabbi! Budak seorang ni sabar ajelah, rasanya tidur dah lebih dua jam tadi.
            Sedap dia menyandarkan badan di sofa di sebelah Azman tanpa rasa bersalah yang dia tidak bertudung.
            “Sayang dah solat asar belum dah dekat pukul 6 ni, dah nak masuk maghrib.. jadi sarip pulak nanti solat tu..” tegur Azman lembut.
            “Ala ngantuklah… lima minit..lima minit boleh?” mulalah dah kelip-kelip mata dak Rabiatul ni.. ingat comel lah tu..
            “Man boleh je… tapi tak baik kan melambatkan solat. Dah gi mandi.. solat lepas tu kita tolong Kak Lina apa yang patut.. busuk aaa..” usik Azman.
            “Mana ada busuk? Propalah Man ni..” ada je nak menjawab.
            “Betullah.. tahi mata tu banyak, air liur basi tu melekat kat tepi bibir. Tengoklah rambut tu dah macam Nenek Lampir..” suka Azman bila dengan cepat Rabiatul meraba mata dan bibirnya tapi tangannya terhenti bila memegang kepalanya..
            “Man! Apa tak cakap Atul tak pakai tudung.. Jahatlah!” pantas dia berlari keatas semula. Kecohlah mamat ni tak bagi tahu awal-awal. Dia dah nampak rambut aku.. Aduh! Napa cuai sangat ni..
            “Adik tu kenapa Man? Berlari macam kena kejar hantu,” soal Abang Raffi yang baru masuk ke ruang tamu bila melihat adik yang berlari pecut menaiki tangga.
            “Lupa nak pakai tudung.. sibuk dengan mengantuk dia,” jawab Azman menerangkan keadaan.
            “Mesti dia lupa yang Man ni bukan mahram dia.. adik memang macam tu.. kadang-kadang kelibut..”
            “Yalah bang, mungkin dia tak perasan tadi yang saya ada kot.. nak saya tolong apa-apa ke?” Azman bertanya mesra.
            “Rasanya semua dah okey, alah tinggal sikit-sikit je. Lagipun barang-barang untuk kenduri abang dah list out, minggu depan dia orang hantarlah...” terang Abang Raffi.
            “B, Man minum air ni..” pelawa Kak Im yang baru sampai dari dapur.
            “Honey, anak-anak mana? Senyap je.”
            “Ada kat bilik bacaan tu, main dengan anak-anak Kak Lina.”
            “Dah mandi dah mereka?”
            “Dah..”
            “B, tak yahlah masak malam ni.. lauk siang tadi pun banyak. Kita beli rojak ke? Ubah selera sikit.. boleh?”
            “Apa-apalah honey… B boleh saja.. Kak Lina okey tak?”
            “Kak Lina okey je, semua dah penat mengemaslah B, Mana budak kecik sorang tu tak bangun lagi?”
            “Dah, baru je buat larian pecut naik ke atas..”
            “Kenapa?”
            “Lupa nak pakai tudung..”
            “Patutlah… adik seorang tu memang brutal kadangkala. Man dah lama kenal?” soal Kak Im mesra.
            “Lama juga kak.. dah 6 tahun.. kami satu ofis,” jawab Azman ringkas.
            “Oh ya ke? Tak pernah dia bercerita pulak pasal Man.. pandai dia menyorok cerita,” jelas terpancar riak wajah terkejut Kak Im.
            “Ada kisahnya Kak Im, tak tahu nak explain lagu mana.. tapi Alhamdulillah saya dapat mengenali Atul dari sudut yang berbeza dari kebiasaan..” ujar Azman.
            “Simpan kisah itu jadi kenangan semua orang ada kisah yang tak boleh terlupakan sampai bila-bila kan B?” Kak Im sempat memberi jelingan manja buat suami tercinta.
            “Yup! Kita hidup mesti ada kenangan pahit dan manis.. apalah honey ni.. dah jangan nak jiwang karat lewat petang ni.. “ ujar Abang Raffi penuh makna tapi sempat memberi amaran, Azman hanya mampu tersenyum manis.


BAB 13
            Mereka bertolak dari Gelang Patah awal pagi, kalau lewat sangat nanti sampai Kulim dah malam. Esok mereka berdua sudah memulakan kerja. Perjalanan pulang yang penuh usikan dan cerita-cerita yang berbeza membuat mereka makin akrab. Mereka sedikit pun tidak menyentuh pasal ganjaran hadiah ke Phuket. Andai ada jodoh pergilah mereka berdua nanti.
            “Man, terima kasih atas sebab kesudian Man temankan Atul ek, Atul amat hargai layanan yang Man berikan kat Atul. Pelik juga kan kita jarang berinteraksi tiba-tiba menjadi begitu rapat. Atul tak nafikan Man seorang partner yang cukup baik, pendamping dan pelindung yang punya pakej yang lengkap.. terima kasih ya..” Rabiatul memulakan bicara setelah mereka keluar dari R & R Sungai Perak menuju ke Utara.
            “Man pun sama nak ucap terima kasih kat Atul juga sudi jadikan Man teman Atul. Sejujurnya Man tak nak hubungan ini terhenti di sini. Man sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab dalam ertikata yang sebenarnya… Man sudah bersedia untuk menyunting Atul jadi suri hidup Man. Man rasa kita dah cukup matang untuk berumahtangga. Zaman kita ni tak ada nak dating-dating nak main-main tentang cinta. Man cukup serius dengan komitmen kita berdua. Terpulang pada Atul sama ada sudi atau tak terima Man. Man tak paksa Atul kerana  Man tak nak hubungan kita atas dasar paksaan atau simpati. Man harap Atul faham niat Man,” panjang lebar Azman berbicara. Aiyork! Atul! Man dah serius ni.. tarik nafas dan berfikir tenang.
            “Man berbicara soal hati dan perasaan ni membuatkan Atul kurang selesa tapi berilah Atul masa. Kita kena percaya dua jiwa akan jadi satu bila tiba masanya. Kadang kita tak terduga pun waktu dan ketikanya…. Kita kena redha tapi jangan terlalu pasrah kita kena berusaha kan?” Rabiatul memujuk lembut.
Biarpun aku sudah ada jawapan aku perlu fikir semasak-masaknya. Ini soal rumahtangga tak boleh dibuat main-main.  Terngiang-ngiang kata Abang Raffi cukup lembut tapi punya maksud yang mendalam. Si Chef tu ada masanya boleh jadi pakar cinta.
“Siapa pun pilihan adik kami terima, tapi abang rasa adik tak harus lepaskan peluang yang ada di depan mata.. ternyata dia cukup sempurna untuk melindungi adik selama-lamanya. Abang tahu adik akan buat pilihan yang tepat, hati kecik abang ni berkata mak abah tentu berkenan dengan pilihan adik ni… berusahalah untuk mengapai cinta itu biarpun terkadang amat payah tapi jika cinta kita ikhlas dia akan datang pada kita tanpa kita sedar. Fikir-fikirlah…. Jangan lepaskan jika hati adik sendiri dah mengikat, I know you better.. please think about it… semuanya di tangan adik…”
“Termenung pulak dia… penat Man cakap sorang-sorang,” Azman menepuk lengan Rabiatul yang berlapik. Rabiatul tersipu-sipu malu, alamak! Kantoi! Berangan dah.. nasib kaulah Atul.. asyik nak berangan je…
“Man minta sori.. ingat Abang Raffi pulak. Tak sangka lak abang tu leh jadi Chef sedangkan dulu memang langsung tak ada ciri-ciri ke arah itu. Ramai orang terkejut… abang tu lasak dan agresif masa kecik. Adik angkat ayah siap tak percaya. Dia orang ingat abang tu minat letrik ke, tak pun kimpalan jauh tersasar jadi Chef pulak.
Abang memang kuat semangat, dulu dia ambik bisnes kat Universiti tapi satu sem saja abang dah kantoi…Ayah punyalah marah sampai tak bagi dia sambung belajar.. tapi dia memang cool, dia pendam je.. Ayah marah dia diam je..langsung tak menjawab pun. Nasib baik petang tu sebelum bertolak ke rumah Mak Ngah mak terbaca sms dia kat kawan-kawan dia. Barulah mak tahu apa yang ada kat hati dia, mak menangis je.. mak mana yang tak sedihkan bila anak tu menyanyi riang sedangkan dalam hati dia penuh luka.
Nasib baik Atul perasan mak menangis kat dalam kereta, adalah perbincangan yang agak tegang antara mak dan abah… kita orang tiga beradik diam saja.. tapi semangat mak pertahankan anak-anak cukup Atul kagumi. Abah pun tak terkata apa… rasanya semua mak macam tu kot… sanggup buat apa saja untuk anak-anak tercinta. Lastly abah setuju abang futher study.. banyak syarat yang abah kenakan pada abang.. tapi abang ambil semua itu sebagai cabaran. Alhamdulillah first sem abang masuk pertandingan memasak peringkat dunia tau. Terkejut kami bila dia dapat diploma Western dalam Battle of the Chef kat Straits Quay Penang. Lepas tu abang tak toleh belakang lagi.. sekarang.. impian dia nak jadi Chef dah berjaya. Atul suka semangat dia, bangun dari kegagalan. Mak Abah banyak berkorban untuk kami tiga beradik. Rindu kat mereka… mereka segalanya untuk kami. Selalu ada bila kami perlukan mereka… inilah hasilnya…” sebak bila mengenangkan mak abah rindu woo!!!
“Atul dah jangan sedih, sebagai anak kita harus tahu tanggungjawab kita.. bahagiakan mereka selagi kita mampu… Man tahu Atul anak yang baik kan?” pujuk Azman lembut.
“Terima kasih Man..”
“Sama-sama kasih diterima..” erk! Dah mula lagi budak Jeman ni…

Keluar dari Tol Jawi membuat hati masing-masing agak sayu untuk mengakhiri sebuah kebahagiaan yang mereka lalui dua tiga hari bersama. Keadaan sunyi dan sepi menemani mereka.. Nak saja jam tu berhenti… bumi tak berputar.. statik kat situ je.. mulalah nak mengarut budak berdua ni…
“Atul terima kasih, jangan lupa fikirkan pasal lamaran Man.. jaga diri bebaik..” Azman bersuara bila dah siap menurunkan barang-barang Rabiatul sambil menyandarkan badan di kereta.. tangan seluk poket lagi… Aiyork! Hensemnya dia…
“Man tunggu ek! Atul nak buka pintu dulu…” spoil tul budak kecik ni..baru nak romantis sudah kata tunggu… hampeh!
Azman hanya memerhari Raibatul mengangkat beg dan membuka pintu… nak dibantu takut Rabiatul tak selesa. Sudahnya dia menjadi pemerhati PBB.
“Man kunci tak pintu depan kereta.. Atul nak ambik handbag..” Azman membukakan pintu kereta. Bila dirasakan Rabiatul mengambil masa yang agak lama dia turut sama duduk dibahagian pemandu.
“Atul cari apa?” tanya Azman bila melihat Atul menyelongkar handbagnya.
Chargrer handphone, tertinggal kot… tak ada dalam beg ni… adoi! Sal cuai sangat ni…” marah pada diri sendiri sebab cuai.
“Ini apa sayang, lupa ke? Tadi kan Atul charges handphone tu.” Azman menunjukkan charger yang masih terlekat di suis dashboard.
“Alamak! Minta sori.. lupa..” comellah tu kelip-kelip mata. Memang makin tak stabillah jantung aku ni.. bisik Azman dalam hati.
“Okey je..” dalam getaran di dada yang makin hebat Azman menjawab pendek.
“Man thanks temankan Atul, Atul bahagia sangat… kat ofis kita buat biasa je ek… Atul tak ready lagi nak bagi tahu kengkawan.. Minggu depan Atul bagi keputusan tentang lamaran Man ek! Berapa banyak ek lah ni…Man sori nebes ni…” gelabah semacam betul dak kecik ni…
“Okey Man akan tunggu… Ambillah berapa banyak lama pun Man tetap tunggu..” Azman memandang Rabiatul dengan pandangan yang cukup bermakna. Hati dah berlari pecut..
“Sayang Man..” tanpa sedar dia mencium pipi Azman. Erk! Apa aku buat ni.. malunya!!!! Baik aku cabut.. pantas dia membuka pintu kereta dan berlari masuk ke dalam rumah.
Sikap lepas laku Rabiatul memeranjatkan Azman. Biar betul dia cium pipi aku ni… Azman meraba pipinya perlahan… masih terkejut ni.. ni bukan terkejut badak ni.. ni terkejut dinosaur ni…
Rabiatul yang malu dah hilang kelibatnya di dalam rumah. Itulah sehari semalam bersama family membuat dia terlupa yang sekarang ni dia bersama Azman bukan dua orang abangnya. Cari pasal betul budak kecik ni.. First time cium lelaki yang bukan muhrim.. Malu derr…
First  time kena cium anak dara ni… hehehe… tergelak Azman sendiri.. Rasa bahagia menyelubungi dirinya.. Dia menghidupkan enjin kereta sambil menyanyi kecil.. dia memandang sekilas rumah Rabiatul yang tertutup rapat.. malulah tu…. Tapi mahu.. sayang.. abang dah dapat jawapan dah… perlahan dia mengeluarkan telefon, satu sms dihantar..
“abg dah ada jwpn..ciuman ini sbagai bkalan ya.. cinta syg sgt2.. rindu syg.. cinta syg..”
Rabiatul tak terkata apa bila membaca sms Azman.. akhirnya dia tersenyum bahagia.. Man! Aku terima kamu deh!!!! Bukan sebab aku dah tercium kau tapi.. sebab aku dah terjatuh cinta kat kau!!! Sengal… jerit Rabiatul di dalam hati… cinta ini memang gila.. tak perlu banyak masa bila hati dah mula berbicara.. datang dengan berbagai cara… Mak.. Abah.. adik dah jatuh cinta… malu dowh!!!!!



Hanya muzik...


Hanya Muzik….

Malam ini aku buat kerja gila sikit… perasan muda gitu… konon-konon guna mesin masa balik umur belasan tahun dan awal 20an… nak tahu apa aku buat? Hahahaha aku mencari apa itu muzik kpop yang digilakan sangat oleh anak muda kini…aku cuba berlaku adil pada orang yang meminati muzik ini… just for fun… aku dengar muzik ini… aku sengaja beli cd dia… okeylah not bad… sebab muzik dia rancak… kalau yang suka menari memang bagus… bagi yang dah obesiti pun bagus sebab secara tidak langsung kita akan goyangkan badan kita biarpun sedikit geraknya… at least ada juga terbakar lemak sedikit… gila dowh!!! Jangan lupa pakai headphone bagi yang dah berusia macam aku ni.. lau jiran-jiran dengar ada ke peliknya… tiba-tiba rumah aku bingit dengan lagu Super Junior, Sister 19, Wonder Girl, Rainbow, 2AM, 2NEI dan beberapa yang lain.. sedangkan anak-anak semua memang tiada dirumah. Untuk mengelakkan umpat, fitnah jiran tetangga pakailah headphone… lau nak pecah pun gegendang telinga sendiri saja…
Kita sering dimomokkan dengan muzik luar tapi muzik kita tak kurang juga yang hebat. Boleh meniru tapi janganlah sampai kita hilang identiti. Muzik adalah sesuatu yang global. Tapi aku suka muzik kitaro bagi aku muzik dia cukup menenangkan jiwa aku… alahai dulu aku tak tahu pun siapa itu kitaro apatah lagi muziknya… ini gara-gara masuk bilik bos VS. Mr. TS Gan… sebab dia suka dengar instrumental muzik. Terima kasih Mr Gan membuatkan aku meminati sesuatu yang aku tak jangkakan. Jadi bila masuk bilik dia aku suka dengan muzik yang dia buka… agak lembut dan cukup menenangkan… Nak discussion pun best.. hilang stress dan serabut kepala. Kemudian aku carilah instrumental muzik yang lain.. dari situlah aku kenal Mohram, Kenny G, Vanesa Mae, kitaro dan pemuzik yang lain. Kata orang kita perlu mencari sesuatu diluar bidang yang kita ceburi… tak salah kita minat muzik asal ianya tidak melalaikan…
Masa aku muda dulu zaman rock kapak alahai zaman wings, search, lefthanded, may dan beberapa nama yang lain. apalagi bila lagu slowrock… tangkap leleh gua cakap lu!aku minat sangat The Unwanted lagu sentuhan cinta…best lagu tu.. masa tu orang akan pakai seluar ketat, baju ala-ala harimau… rambut panjang mengurai.. pergh! Tak kena gayanya langsuir pun terkejut… tapi yang pandai sesuaikan diri nampak kemas gitu… Masa tu kan yang perempuan pun sama.. aku pun kena tempiasnya.. gaji pertama aku beli sport shoes gitu pakai baju ala-ala rockers.. gelak guling-guling sekarang ni kalau ingat. Maklum aku ni kan agak kasar sikit… macam lelaki gitu… tapi tak le sampai jadi lelaki.
Macam aku suka suasana yang ada muzik… macam aku menulis atau membaca mesti telinga aku sumbat dengan muzik. Kalau dulu aku belajar aku akan dengar muzik juga. Terkadang bila kita mendengar muzik pergerakan kita pun agak agresif dan kreatif. Banyak idea yang boleh dikeluarkan. Bila aku sibuk macam nak gila aku suka dengar muzik rancak dan aku tak suka suasana yang senyap… TETAPI aku tak suka bunyi bising yang membingitkan. Oleh itu aku sumbat telinga dengan headphone atau earphone. Aku tak kan ganggu orang lain aku cuma ganggu diri aku sendiri saja… Kita semua ada cara tersendiri dan inilah caraku… bila aku dengar muzik yang rancak aku tak mengantuk… tapi tengok mood juga… bila aku nak zahirkan sesuatu yang agak suram aku akan dengar muzik kitaro sebab ianya membuatkan diri aku dekat dengan alam… contohnya caravansary, koi dan matsuri. Kelakar juga kan… bila dah minat kita akan ingat pemuzik tu dan tajuknya sekali… lau tak minat.. apa pun tak tahu…
            Berbicara tentang muzik memang menyeronokkan. Apapun pilihan muzik kita jangan sampai ianya melalaikan. Hormati orang lain jangan sampai kita menganggu privasi mereka. Biasanya lah kan… pasangan kita memang kontra dengan kita.. kata orang bila kontra barulah bestkan… kita boleh buat sesuatu yang berlainan dari apa yang kita minat. Agak berisiko tapi ianya akan mengindahkan hidup kita. Aku tak kiralah apa orang nak kata.. janji apa yang aku buat tak menyusahkan diri aku dan orang yang aku sayang…
            Kita perlu ada sikap gila-gila sikit baru hidup kita best… Jangan kita sampai gila sudah… hidup kita adalah melodi indah yang akan kita lagukan setiap masa… irama dan lagu tidak boleh dipisahkan… Rindu nak lepak-lepak kat Danga Bay minum sambil dengar muzik.. entah ada lagi ke tak beach club tu ya… dengar muzik sambil ditiup angin laut… pergi pulak dengan my lovely husband cewah! Romantis gitu.. pergh! Andai bisa ku undur masa aku mahu waktu itu terhenti disitu…. Dah mula nak fikir macam kartun kan?  Sweet sangat… Tak kiralah KPOP ke? Rock Kapak ke? RAP ke? Urban ke? Muzik alam ke? Apa-apa saja jenis muzik pun yang penting kita tahu apa yang kita buat dan ianya tak menyusahkan orang lain.. ambik dia dari sudut positif… yang negatif kita tendang terus masuk laut… barulah hidup ini indah…..

           
Samiza Ezanie
12.15pm
5/6/12