Friday 25 July 2014

Malam - dedikasi untuk seorang insan...


Satu saat akan aku tinggalkan...

Ramadan yang akan aku tinggalkan mencipta seribu kenangan yang terindah, ku berharap ini bukan ramadhan yang terakhir buatku. Akan ada Ramdhan yang akan mendatang, banyak perkara yang belum kuselesaikan. Banyak impian yang belum kugapai.. Aku hanya berharap umur ku akan panjang dan aku dapat menyelesaikan segalanya.. agar ada yang akan aku tinggalkan nanti menjadi kenangan yang baik untuk semua orang dan bermanfaat untuk mereka. Bagiku aku bukan hanya mampu membina impian teteapi aku mahu melaksanakan impian. Aku tahu ranjau yang akan ku lalui.. cukup panjang. Bertemankan lagu “Let It Go- Frozen, Set Fire of the Rain – Adele dan Jagakan dia untukku – Datok Siti ” aku terus menarikan jemariku di atas papan kekunci tanpa lelah. Bagi aku idea bukan datang selalu.. dan bila dia hadir.. aku harus mengambil kesempatan ini..

                Semangat untuk menulis datang bila aku berbicara dengan seorang teman lama zaman sekolah dulu yang tidak berapa rapat waktu dulu tetapi tidak dinafikan ia kini bagai sumber imspirasi untuk aku menulis. Menulis adalah satu perkara yang aku suka, aku sukakan bahasa yang indah-indah yang sedap untuk dibaca dan bahasa santai untuk aku dan orang yang membaca selesa.  Saat itu aku down sangat.. aku tertekan aku stress dengan keadaan sekeliling, aku mencari kekuatan sendiri. Akhirnya aku mengalah.. aku perlukan seseorang untuk  aku bangun kembali.. seorang penasihat yang bukan dari ahli keluargaku.. kerana kami semua mengalami masalah yang sama. Kami berkongsi rasa yang sama, keadaan yang sama dan masalah yang sama.. dan penyelesaian tetap sama dan aku perlukan penyelesaian yang berbeza.. aku perlukan kekuatan yang lain dan aku perlukan pandangan orang luar. Sudah ditakdirkan kami dipertemukan dan aku berterima kasih kerana dia banyak memberi idea yang berbeza dan nasihat yang juga berbeza.. akhirnya dari sudut yang berbeza dan cara yang berbeza dan pengakhirannya juga berbeza. Fakta yang dapat kunyatakan di sini.. ada masanya kita memerlukan sesuatu yang berbeza dari biasa untuk mendapat keputusan yang berbeza.

                Aku juga manusia biasa biarpun aku mempelajari bidang psikologi dan banyak permasalahan yang berlaku mempunyai unsur dan fakta yang berbeza. Dan teori-teori ini aku mampu pratikkan tapi mampukah aku  bertindak sendirian…  sudah tentu tidak..Oleh itu kekuatan kita bukan bergantung kepada apa yang kita belajar  semata-mata. Secara teorinya mungkin ia benar tetapi pratikalnya kita perlukan sesuatu yang lain untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Sebagai manusia biasa aku juga seperti orang lain tiada apa yang membezakan. Kita tak sempurna dan mencari kesempurnaan itu harus menempuh segalanya.. Pahit, manis, masin, payau, kelat dan berbagai rasa yang tidak mampu diperkatakan, Pengakhirannya yang terkadang kita mahukan tidak terjadi langsung dan pengakhiran yang berbeza itu yang kita tempuh. Kita kena berbalik pada ketentuan Allah pada kita kerana apa yang diberi pada kita itu adalah yang terbaik.

“satu saat aku akan tinggalkan segalanya tetapi sebelum aku tinggalkan segalanya aku wajib meninggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua kerana ianya akan menjadi satu panduan untuk mereka yang memerlukannya.. biarpun ia sedikit tapi sudah cukup – samiza ezanie”

Samiza ezanie
12.58 am..
28Ramadhan
26/07/14

Jalan...