Wednesday 4 March 2015

Lama dah aku tak muncul...(menulis itu bahagia)

Assalmualaikum...

Indah dan mendamaikan... bahagia itu subjektif... 
Lama sudah tidak mengemaskini blog ini... Alahai... macam sibuk sangat... tugas sebagai seorang pelajar yang sudah berusia seperti aku dan mengurus rumahtangga akan memerlukan komitmen yang cukup tinggi. Aku rasa tidak adil untuk membiarkan semua ini berlalu begitu sahaja... aku akan menulis kembali.. aku akan cuba menyiapkan novel yang telah lama tersimpan di dalam peti besi... Betapa bersalahnya aku membiarkan manuskrip itu tergantung tanpa tali. Tak mengapa aku akan selesaikan secepat yang mungkin. By hook or by crook. Sebelum itu aku harus menyudahkan tugasan yang hanya menunggu date line. Bicara apa yang perlu ku tuliskan...

Aku ingin berbicara tentang kehidupan... kehidupan ini amat sulit untuk dimengertikan. Sesaat ianya akan berubah... hari ini aku akan bicara tentang bahagia.. bahagia bukan terletak pada banyaknya duit atau harta.. bahagia itu letaknya dihati... hati yang suci dan ikhlas.. sentiasa bersangka baik.. Lumrah hidup kadang apa yang difikirkan tidak sama dengan perbuatan kita.. kadang jauh tersasar... tapi mengapa ya... usah katakan kenapa dan mengapa... memang sudah ditakdirkan begitu.. Usah mengeluh dan kita harus kuat dengan pelbagai dugaan yang datang.. bahagia bukan untuk dicari tapi untuk dicipta.. Mencipta bahagia itu akan jadi mudah jika kita punyai hati yang bersih..

Sebenarnya membersihkan hati itu sukar... terkadang terganggu oleh emosi negatif jika.. kita gagal mengawalnya... Tak mudahkan... Aku juga manusia biasa... biar aku pelajar psikologi ada masa aku terseret dengan permintaan emosi.. aku terpaksa tunduk.. aku cuba belajar untuk mengawal emosi itu... aku perlukan semangat baru.. semangat untuk terus melangkah dengan jayanya.. sukar dan tidak mudah sebenarnya... Hening malam dan muzik The Piano Guys..Titanium.. yang membawa emosi aku untuk menulis...Mungkin idea aku malam yang hening agak laju berbanding hari lain... terkadang kita mahu menulis tapi ketandusan idea.. dan ianya akan terhenti setakat itu... Menulis itu juga kebahagiaan buat aku... Boleh aku katakan menulis itu bahagia... bahagia itu subjektif..

Bahagia itu bila melihat orang yang kita sayang itu bahagia... ketawa ceria... tanpa ada rasa dengki dihati... bahagia itu bila melihat senyuman yang mendamaikan... BAHAGIA ITU BILA KITA DAPAT MELAKUKAN APA YANG KITA SUKA.

Setakat di sini.. dan aku akan sambung lagi.. bila.. nantikan saja...

Samiza Ezanie..
12.50am..