Saturday 25 February 2017

motivasi diri saat kau jatuh..

Apabila kita jatuh... kita kadang-kadang sukar bangkit.. sakit akibat kejatuhan membuat kita lemah dan tak bermaya. Saat ini hanya kekuatan semangat yang mampu membantu kita. Semangat dalaman kita yang ingin bangkit kembali akan memainkan peranan yang besar. Jatuh bangun dalam kehidupan adalh lumrah.. kau rasa mudah untuk bangun bila semangat kau kuat.. kau lambat untuk bangun apabila semangat kau lemah.. Disini point yang penting adalah semangat dalaman kita..SQ  (spiritual quotient) kita memainkan peranan kita disamping EQ (Emotion Quotient). IQ (Intelligence Quotient)  Disamping terus berdoa kepada Allah untuk memberikan kekuatan semangat untuk menempuh cabaran hidup yang memang mencabar. Hidup bukan semudah yang disangka.. Ia hanya indah dipandangan mata tetapi didalamnya penuh cerita suka dan duka.

Aku hanyalah penulis blog yang menulis berdasarkan pengalaman aku yang tidak seberapa. Aku suka melihat apa yang ada disekeliling aku.. dan aku amat menghargai apa yang ada disekeliling aku.. Anak-anak dan keluarga adalah anugerah terindah bagi mereka yang mementingkan hubungan kekeluargaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi antara satu sama lain. Berbicara tentang kasih sayang.. dizaman ini kasih sayang kadang-kadang sudah boleh dibeli.. tetapi itu adalah kasih sayang yang tidak akan kekal lama.. pepatah orang bercinta.. ada duit abang sayang tiada duit abang melayang. bagi aku kasih sayang yang indah apabila kita ikhlas untuk memberi dan menerima kasih sayang itu.

Motivasi diri saat kau jatuh bukan sahaja semnagat yang ada pada diri kau tetapi juga keluarga dan orang sekeliling. Lihat siapa yang berada disekeliling kita.. bila orang disekeliling kita adalah orang yang positif maka motivasi untuk bangkit itu akan lebih cepat dan mudah. Tetapi apabila orang sekeliling kau adalah kalangan orang yang negatif adalah lebih sukar untuk bangkit. Pengaruh disekeliling kita memainkan peranan yang cukup besar.. Oleh itu kita mesti bijak untuk memilih siapa yang mesti kita dampingi..Siapa orang disekeliling kita itu adalah gambaran diri kita..

It's gonna be okay.. aku suka lagu ni.. apabila aku mahukan sesuatu yang fun.. aku akan dengar muzik the piano guys.. bagi aku muzik dia lebih memotivasikan diri aku berbanding dengan instrumental yang lain.. Kitaro the best musician tetapi aku suka dengar lagu dia bila aku nak release tension.. bila aku nak rehat.. tetapi untuk the piano guys ini lebih mesra alam dan menghiburkan. Bila dengar muzik dia.. kadang kita tanpa sengaja kiat aboleh gerakkan badan kita.. secara tidak langsung ia adalah satu senaman untuk aku bila menulis.. Sebab bila menulis badan kita akan statik.. jadi bila dengar muzik ini secara tidak langsung badan kita akan bergerak.. dua dalam satu.. so have fun.. Muzik ada kalanya menjadi motivasi bagi sesetengah individu. terpulang cara mana mereka untuk memotivasikan diri mereka.. yang penting mereka selesa dengan apa yang mereka buat.. kau rasa.. kau lalui.. dan kau hadap semua benda.. hidup ini indah.. nikmati sebaiknya..

Okey setakat ini dahulu..

tesis sedang menanti untuk disiapkan.. ia tidak semudah seperti yang disangka...
laluan berliku harus ditempuhi.. by hook or by crook just do it!!!!


samiza ezanie
11.08pm..

Thursday 16 February 2017

Kerjaya psikologi klinikal.


1.0        Pendahuluan.
            Bidang psikologi menjanjikan satu peluang kerjaya bagi mereka yang amat meminati bidang ini. Salah satu kerjaya dalam bidang psikologi adalah ahli psikologi klinikal. Sebagai contoh di dalam bidang rehabilitasi, perkhidmatan psikologi adalah satu cabang kepakaran yang penting untuk membantu penyembuhan pesakit. Aplikasi psikologi yang berhubungkait antara emosi, kognitif, tingkah laku dan masalah interpersonal akan digunapakai untuk proses penyembuhan (HRC, 2016) Psikologi Klinikal bermula dari negara barat dan ianya mula berkembang di Malaysia pada tahun 1980an. Ia bermula dengan beberapa orang Ahli Psikologi ini bertugas di Jabatan Psikiatrik di hospital dan universiti. Program Sarjana Psikologi Klinikal ditawarkan di Universiti Kebangsaan pada tahun 1994 dibawah program (Postgraduate School of Universiti kebangsaan Malaysia). Kemudian di ambil alih pada tahun 2001 oleh Faculty of Allied  Health Sciences of UKM. Sehingga sekarang UKM banyak membekalkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ini. Sebenarnya tidak banyak beza antara ahli sokologi klinikal dengan ahli-ahli psikologi yang lain (OUM, 2013).
            Psikologi klinikal adalah satu cabang psikologi yang memberikan tumpuan kepada membangunkan strategi taksiran dan intervensi untuk menyelesaikan gangguan mental dan tingkah laku. Psikologi klinikal terutamanya terlibat dalam pentaksiran psikologi, diagnosis, rawatan dan pencegahan masalah psikologi.  Tugas utama bagi seorang ahli psikologi klinikal adalah untuk mengajar, menjalankan penyelidikan, menyelia pelajar serta menjalankan taksiran, pencegahan, rawatan dan perundingan. Selain bidang psikologi klinikal bidang-bidang lain dalam psikologi lain adalah psikologi kaunseling, psikologi pembangunan, psikologi kognitif, psikologi fisiologi, psikologi sosoal dan psikologi industri dan organisasi. Ahli psikologi klinikal berkerjasama dengan pekerja profesional kesihatan mental yang lain seperti pakar psikiatri, pekerja sosial klinikal dan jururawat psikiatri. Tetapi seorang ahli pskologi klinikal tidak boleh memberikan ubat kepada pesakit kerana mereka bukan doktor. Oleh itu untuk menjadi seorang ahli psikologi klinikal di Malaysia perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan antara ahli psikologi klinikal dan ahli psikologi kaunseling, perbezaan yang paling besar iaitu dari segi jenis klien yang ditemui, pendekatan dan teori yang digunapakai. Ahli psikologi klinikal bekerja dengan seorang yang mempunyai masalah psikopatalogi dan sebahagian besar dari mereka ini dilatih untuk menggunakan kaedah penaksiran individu menggunakan teknik-teknik projektif. Ahli psikolgi kaunseling bekerja dengan individu atau masyarakat yang lebih normal dan matang. Memberikan perkhidmatan dalam penaksiran dan kerjaya dan vokasioanal individu (Mohamed, 2001; OUM, 2013).
2.0       Laluan kerjaya untuk menjadi ahli psikologi klinikal  yang layak di     
      Malaysia.
            Sebelum memenuhi cita-cita untuk menjadi seorang ahli psikologi klinikal , individu itu perlu memilih kursus yang bertepatan dengan syarat-syarat kelayakan kerja yang di iktiraf oleh kerajaan. Seseorang itu perlu menghabiskan kursus yang di ambil, psikologi adalah bidang yang mengkaji tingkah laku manusia secara saintifik yang melibatkan perasaan, motivasi dan tingkah laku. Mereka yang mengambil kursus ini akan mempelajari tentang statistik, analisis, fisiologi otak, dan kajian terperinci bagaimana semua ini memberi kesan kepada tingkah laku. Mereka perlu mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Psikologi dimana-mana universiti yang diiktiraf. Untuk menjadi Ahli psikologi Klinikal mereka perlu mengambil pengkhususan dalam bidang psikologi klinikal. Ijazah sarjana dalam bidang psikologi klinikal adalah ijazah pasca siswazah yang menyediakan individu yang ingin bekerja sebagai ahli psikologi klinikal. Program sarjana bertujuan untuk membantu pelajar dalam memperolehi pemahaman dan kecekapan dalam penyelidikan, teori psikologi dan amalan. Walau bagaimanapun, penekanan diberikan kepada pembangunan psikopatologi, rawatan berasaskan bukti, psikologi masyarakat, penyebaran, dan penilaian program dengan remaja, kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai latar belakang. Pelajar mengambil master dalam bidang psikologi klinikal dijangka mempunyai kemahiran untuk menggalakkan tahap optimum fungsi psikologi untuk mengurangkan tahap tekanan psikologi. Melalui program sarjana, pelajar disampaikan dengan kepakaran dalam penilaian, diagnosis masalah, rawatan dan pencegahan masalah-masalah tingkah laku dan emosi.Sebahagian daripada masalah termasuk: kebimbangan, tekanan, kemurungan, masalah hubungan, pelarasan untuk penyakit fizikal dan penyalahgunaan dadah. Program sarjana menyediakan graduan dengan pengetahuan, kemahiran, dan etika yang berkaitan bagi bidang psikologi klinikal. Program ini menyediakan kemahiran yang diperlukan kepada pelajar melalui gabungan amalan diselia, kerja kursus dan penyelidikan; ini membantu menggilap kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. Latihan graduan dalam program sarjana yang dilatih mengenai penggunaan model amalan berasaskan bukti untuk digunakan dalam amalan mereka, kedua-dua dalam kesihatan dan suasana kesihatan mental (Masterstudies.com.my, 2016).

            Untuk menjadi seorang Pegawai Psikologi gred 41 di Malaysia, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mestilah mempunyai kelayakan yang tetah ditetapkan. Oleh yang demikian syarat-syarat yang wajib dipenuhi adalah seperti berikut (SPA, 2016):-
PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
·         Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
·         Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
·         Jadual Gaji:
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00
RM9,544.00
RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)
warganegara Malaysia;

(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan




(i)
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(ii)
ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(iii)
ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau

(iv)
ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan




SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
i.            mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii.            lulus Peperiksaan Khas; dan

(b)
had umur pelantikan:


i.            berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii.            berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii.            berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.




DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

3.0       Pentauliahan  seorang psikologi klinikal di Malaysia
            Seorang ahli psikologi klinikal perlu mendapat pentauliahan sebelum menjalankan tugas dari Kerajaan Malaysia. Syarat Kelayakan untuk pentauliahan telah diterangkan dalam perenggan 2. Ahli psikologi klinikal dilindungi dibawah akta-akta yang tersedia seperti ahli-ahli psikologi yang lain. Antaranya AKTA 774 Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (AKTA 774, 2016) Ia adalah satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan orang yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu, untuk mengawal selia amalan Profesioan Kesihatan Bersekutu dan bagi perkara-perkara berkaitan. “profesion kesihatan bersekutu” ertinya apa-apa profesion yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk; “Profesiaon Kesihatan Bersekutu” ertinya profesion dalam kesihatan bersekutu yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalu peraturan di bawah seksyen 11., AKTA 615, Akta Kesihatan Mental 2001 (AKTA 615, 2001) Dalam Akta ini ia menerangkan tentang kesihatan mental di Malaysia dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi mereka yang terlibat dalam kesihatan mental. Setiap Ahli Psikologi Klinikal perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia  sebelum menjalankan tugas.
            AKTA 586 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (AKTA 586, 1998),  AKTA 580 Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580, 1998) Menurut Undang-undang Malaysia menyatakan “profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutikal, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan;
             
4.0       Temubual dengan seorang ahli psikologi klinikal 
            Sesi temubual dijalankan pada pukul 2.30 petang bertempat di Pejabat Pegawai Ahli psikologi Hospital Sulatanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor. Ia dijalankan bersama Encik Soo Xi You.seorang Pegawai Psikologi. Beliau ditempatkan di Jabatan Psikiatri hospital tersebut. Telah diketahui bahawa Ahli Psikologi Klinikal adalah satu bidang baru dan masih belum berkembang pesat di daerah-daerah kecil seperti Batu Pahat. Oleh yang demikian sebagai alternatif saya menemubual beliau bagi menyempurnakan tugasan saya. Peranan beliau adalah seperti merancang, menyelaras, dan   memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi 5 aspek  iaitu pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi,  rawatan, pemulihan/rehabilitasi psikososial untuk pesakit dan kakitangan Hospital Sultanah Nora Ismail. Selain itu mengendalikan  sesi kaunseling individu, kelompok atau keluarga. Beliau juga mengendalikan sessi kaunseling program metadon, mengadakan ceramah, syarahan, bengkel dan seminar. Menyimpan semua fail/rekod sesi kaunseling untuk tujuan tindakan susulan dan statistik.
            Selain itu beliau menjalankan ujian-ujian atau inventori-inventori psikologi, analisis dan kaji selidik. Mengadakan aktiviti berbentuk kaunseling dan psikologikal selaras dengan aktiviti unit. Mengambil maklumat-maklumat dan data-data anggota yang bermasalah serta bertanggungjawab melaporkan Jawatankuasa Pengurusan. Mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk kes-kes tertentu dan menjalankan kerja pengurusan mengikut arahan pihak atasan. Beliau juga menerangkan bahawa intervensi bertujuan merubah tingkah laku seseorang individu, keadaan emosi atau kognisi bagi menangani masalah psikologi. Ia adalah gabungan biologi dan psikososial bagi merawat pesakit. Intervensi biologi bagi merawat penyakit keturunan atau genetik dan neutron pada otak atau badan. Tingkah laku keturunan adalah kelakuan genetik. Hasil dapatan kajian ini dapat menerangkan bahawa personaliti seseorang itu adalah hasil pengaruh genetik dan banyak mana genetik itu mempengaruhinya.  Manakala psikopatologi pula akan diketahui berapa banyak perbezaan tingkah laku seseorang individu  dan pembangunannya.
            Memetik dari sebuah laman web rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC, 2016) sebagai contoh tetang peranan-peranan yang berkaitan ahli psikologi klinikal dengan pasukan pelbagai disiplin yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Psikologi Klinikal mengadvokasi kemajuan dalam kualiti hidup individu yang hilang upaya dengan menyediakan perkhidmatan pengujian klinikal dan terapi bagi membantu individu menangani dan menyesuaikan ketidakupayaan dengan keadaan semasa. Oleh itu, matlamat perkhidmatan psikologi klinikal adalah untuk meningkatkan kefungsian dan mengurangkan ketidakupayaan dengan mengurangkan limitasi terhadap kebolehcapaian menjalankan aktiviti harian seperti biasa sekaligus mengurangkan limitasi dalam penyertaan aktiviti sosial.
Dengan adanya keperluan yang tinggi dan kepentingan pemberian perkhidmatan psikologi klinikal kepada individu yang hilang keupayaan, Hospital Rehabilitasi Cheras telah memperkenalkan perkhidmatan psikologi klinikal yang pertama di dalam skop perubatan rehabilitasi di Malaysia. Keperluan ini merupakan pelengkap kepada perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang mengutamakan rawatan holistik dan menyeluruh di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Perkhidmatan Psikologi Klinikal mula diperkenalkan di Hospital Rehabilitasi Cheras secara rasminya bermula Julai 2012 dan diwujudkan sebagai sebuah unit di bawah pengurusan Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi. Seorang Pegawai Psikologi Klinikal S48 ditempatkan di Unit Psikologi Klinikal bagi memulakan perkhidmatan psikologi klinikal.
Pegawai psikologi yang bekerja di Hospital Rehabilitasi Cheras bukan sahaja menjalankan kerja-kerja klinikal, malahan juga terlibat di dalam pemberian latihan / pengajaran, menjalankan kajian rehabilitasi, pendidikan kepada orang awam, terlibat di dalam pembinaan polisi dan kerja-kerja advokasi. Selain itu, pegawai psikologi juga terlibat secara konsisten dalam interdisciplinary teamwork bagi membantu individu mencapai objektif perawatan rehabilitasi secara optimal.
 OBJEKTIF
PERKHIDMATAN KLINIKAL
i.                        Menyediakan perkhidmatan penilaian psikologikal (Gred C), penilaian neuropsikologikal (Gred C)
ii.                        Memberi konsultasi berkaitan perkhidmatan psikologikal kepada pihak yang merujuk
iii.                        Menyediakan pelan intervensi psikologikal / rehabilitasi kognitif kepada individu-individu yang dirujuk
iv.                        Menyediakan intervenesi psikologikal kepada individu dan keluarga mereka
v.                        Memberi psiko-pendidikanMenyediakan latihan dan penyeliaan untuk pelatih Psikologi Klinikal di HRCMemainkan peranan aktif dalam kumpulan interdisiplin
Pendidikan pesakit secara berkelompok kepada individu dan ahli keluarga mereka
vi.                        Untuk mendidik pemahaman orang ramai berkaitan pemulihan dan kurang upaya
 PERKHIDMATAN PENYELIAAN
 Memberi latihan dan penyeliaan kepada psikologis yang baru atau psikologis intern dengan penjurusan kepada rehabilitasi
 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PESAKIT
a.                   Mendidik orang awam dan mempromosi kefahaman terhadap rehabilitasi dan ketidakupayaan
b.                  Mendidik orang awam terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesihatan perkembangan ahli keluarga mereka yang mendapatkan perkhidmatan rehabilitasi
PENGURUSAN
a.                   Mengkoordinasi perkhidmatan psikologikal yang disediakan oleh Unit Psikologi Klinikal di Hospital Rehabilitasi  Cheras (HRC)
b.                  Memberi konsultasi secara aktif dalam pembentukan polisi dan perkembangan perkhidmatan psikologikal di HRC, juga di peringkat kementerian
c.                   Menyertai kajian, penilaian kualiti perkhidmatan dan program-program berkaitan  yang dianjurkan oleh Unit Psikologi Klinikal, HRC
 FUNGSI UTAMA (UMUM)
1.      Pengujian Psikologi Gred C
Aktiviti - pengujian psikologikal
              - pengujian neuropsikologi
              - pengujian baseline (asas)
2.      Psikoterapi
Aktiviti - cognitive behavior therapy
            - behavioral intervention
            - other therapy modalities
3.      Konsultasi
Aktiviti - konsultasi kes
4.      Penyeliaan Kes
Aktiviti - penyeliaan kes
5.      Psiko-pendidikan
Aktiviti - psiko-pendidikan
6.      Penyelidikan Psikologi
Aktiviti - penyelidikan psikologi

4.0       Kesimpulan.
            Psikologi klinikal adalah kajian saintifik berkaitan  emosi, biologi, tingkahlaku  dan sosial dalam semua peringkat pertumbuhan atau pembangunan. Ia merangkumi dari aspek memahami, mengamalkan, membuat ramalan dan mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Ahli psikologi klinikal mempunyai peranan yang cukup besar di era globalisasi dan faktor ekonomi yang semakin memberikan tekanan pada individu dan masyarakat. Menjadi satu keperluan untuk meningkatkan kesedaran bahawa psikologi klinikal adalah satu profesyen dan sebagai satu disiplin sains kesihatan kerana ianya penting bagi menyempurnakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Biarpun ia agak berbeza sedikit dengan tugas-tugas seorang kaunselor tetapi perbezaan itu tidak begitu ketara. Ini kerana dalam sub-sub bidang psikologi klinikal antaranya ada dalam bidang psikologi kaunseling, begitu juga sebaliknya. Masing-masing memainkan peranan yang cukup besar dalam menempuh arus permodenan. Keupayaan generasi Y adalah melangkaui apa yang dijangkakan, oleh itu Kerajaan Malaysia perlu mencari jalan-jalan penyelesaian untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran positif.  Adalah sesuatu yang mengembirakan rakyat Malaysia apabila kerajaan telah menubuhkan pusat kesihatan mental komuniti yang memang diperlukan. Ini kerana ia dapat meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mental negara ini. Secara tidak langsung ahli psikologi mempunyai peranan yang cukup besar di dalam komuniti. Ia adalah satu kerjaya baru yang menjadi satu keperluan. Oleh itu melahirkan tenaga mahir dalam bidang ini adalah menjadi keutamaan pada negara. Langkah-langkah perlu diambil untuk menarik minat pelajar-pelajar menjadi ahli psikologi klinikal sebagai satu profesyen yang menarik dan berdaya saing dengan bidang-bidang profesyen psikologi yang lain seperti ahli psikiatrik, kaunselor dan psikologi industri dan organisasi.



                                                                                    */-        2500 patah perkataan.

Rujukan:-
AKTA 580. (1998). Undang-Undang Malaysia, cetakan semula Akta 580 ; Akta Kaunselor 1998 Cetakan semula 1 januari 2006. Retrieved November 10, 2016, from Portal RasmiJabatan Kebajikan Masyarakat: http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Akta%20Kaunselor.pdf
AKTA 586. (1998). undang-Undang Malaysia ; cetakan semula Akta 586; Akta kemudahan dan jagaan Kesihatan Swasta 1995; mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2006. Retrieved November 10, 2016, from Laman Web Rasmi Bahagian Amalan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.: http://medicalprac.moh.gov.my/v2/uploads/Akta%20586%20KPJKS%201998(BM).pdf
AKTA 615. (2001). View Akta Kesihatan ; Akta Kesihatan Mental 2001 AKTA 615. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/11/29
AKTA 774. (2016). View Akta Kesihatan ; Akta 774; Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Kementerian kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/11/38
HRC. (2016, November 5). Unit Psikologi Klinikal : Hospital Rehabilitasi Cheras. Retrieved November 6, 2016, from Laman web rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras: http://www.hrc.moh.gov.my/utama/index.php/ms/jabatan-andunit/perkhidmatan-klinikal/perubatan-rehabilitasi-pakar-perunding/unit-psikologi-klinikal
Masterstudies.com.my. (2016). Terbaik 23 Ijazah Sarjana Dalam psikologi Klinikal 2017 - Masterstudies.com.my. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Masterstudies.Com.My: http://www.masterstudies.com.my/Sarjana/Psikologi/Psikologi-Klinikal/
Mohamed, M. n. (2001). Pengantar Psikologi - satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingka laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
OUM. (2013). ABPC1103- Introduction to clinical Psychology. Open University Malaysia.
SPA. (2016). Pegawai Psikologi Gred41 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam: http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1152


Tuesday 14 February 2017

Gelandangan.. Aku pemerhati bisu yang kaku...



Bercerita tentang gelandangan ini aku jatuh sendiri.. Definisi gelandangan.. Gelandangan adalah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum (PP No 31/ 1980 Tentang Penanggulangan Gelandangan dan Pengemis).Jun 3, 2013

Satu malam di kotaraya yang menyakitkan hatiku.. sejujurnya aku rasa marah.. geram.. sedih.. sebak..dan bermacam-macam perasaan bercampur aduk.. cukup sesak dada ini..

Semalam aku sempat menyelusuri suasana malam di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Aku tak nak sentuh pun kehidupan sosial ditengah kotaraya tersebut. Cuma aku cukup tersentuh dengan begitu ramainya golongan gelandangan. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan dengan keadaan ekonomi yang kian menghimpit. Kefahaman gelandangan itu sendiri sudah cukup menyakitkan.

Bagaimana anak kecil yang perlukan keselesaan terpaksa tidur di dalam stroller.. kau rasa aku sebagai manusia biasa ni tak tersentuh.. sebak dan aku rasa sesak dada ...bukan sedikit golongan gelandangan ini. Cukup ramai. Dimana silapnya.. aku cuma nak sentuh perihal kanak-kanak ini.. bagaimana tentang pembelajaran mereka.. perkembangan mereka sebagai kanak-kanak juga tidak normal.. mereka terpaksa lalui perjalanan hidup yang tidak normal... Oh Malaysia masih aman... memang Malaysia ni aman pada zahirnya.. tapi di dalamnya.. terlalu ramai kanak-kanak berperang dengan emosi mereka sendiri.. Look Malaysia.. ini generasi yang akan mewarisi negara kita.. Kau rasa bila mereka develop kehidupan mereka begini.. kau rasa mereka akan jadi apa???? ..

Jangan bila dah selesa berada dipejabat yang berhawa dingin beralaskan kerusi empuk kau rasa dah cukup selesa.. Mana amanah yang telah kau dipertanggunjawabkan.. secara jujur aku tak mampu nak berhadapan dengan golongan gelandangan ini.. sebab emosi aku jatuh berderai.. apabila melihat wajah polos kanak-kanak ini..

Dan aku cukup respek pada golongan yang sudi membantu mereka.. golongan anak muda yang memberikan perkhidmatan secara percuma memotong rambut mereka,, mengajar mereka membaca dan menulis.. moga golongan ini diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah dan diberikan kemurahan rezeki.. respek pada kamu,,, dan pada golongan yang dah rasa selesa tu.. tahniah aku ucapkan kerana bisa membutakan kedua mata kamu walau hakikatnya kamu celik..

siapa aku untuk mempertikai.. hakikatnya aku tak layak.. tapi aku punya otak untuk berfikir.. dimana amanah yang mereka pegang untuk menjaga generasi akan datang.. jika mereka pegang pada etika dan norma-norma kehidupan yang sebenar mereka tentu akan memikul amanah ini.. realitinya.. memang cukup menyakitkan...

aku pemerhati bisu yang terus kaku dan terpaku melihat pelakon relaiti..


samiza ezanie
1.22am.

Thursday 9 February 2017

Musuh kau adalah diri kau sendiri.. bukan aku bukan orang lain...

Assalamualaikum wbkt..

Menulislah bila kau rasa kau perlu menulis, dan kau rasa kau dah cukup bersedia untuk menulis.. bukan kerana kau dipaksa dan didesak kerana idea kau tidak akan hadir kerana kau menyiksa diri kau sendiri.. Bila kau betul-betul bersedia kau akan rasa lebih selesa dan kau kan menulis dengan cara yang lebih rasional.. kerana saat itu momentum untuk kau menulis cukup tinggi.. Bagi masa untuk diri akau buat apa yang kau minati dan suka.. Secara tidak langsung ia kan ubati hati kau yang gundah gulana. kebarangkalian untuk kau bangkit dari jiwa yang kacau itu cukup tinggi... kerana kau telah dapat memulihkan semangat kau sendiri... Sebenarnya musuh akau adalah diri kau sendiri.. Jika kau malas adalah diri kau sendiri.. buka orang lain.. sebab musuh utama kau adalah disitu..

Bunuh musuh kau.. dan jalanlah dengan tenang.. kerana musuh telah kau tinggalkan jauh kebelakang..  bukan mudah untuk bunuh musuh dalam diri kau sendiri.. kau perlu ada kekuatan diri kau sendiri.. Jika bukan kerana kau sendiri mahu berubah.. semuanya akan serba tak menjadi jika kau dipaksa.. jadilah diri kau sendiri.. Capailah apa yang kau mahu capai kerana kau adalah diri kau.. bukan orang lain.. Berlawanlah dengan musuh kau sendiri dan atasi dengan sikap positif dan ingin mahu berjaya... Tiada yang dapat kau rasakan kebahagiaan jika kau telah berjaya tinggalkan musuh kau jauh-jauh.. Indah kan bila kau dapat tinggalkan semua itu.. indah.. untuk dinikmati dan dihayati..

Jiwa seorang penulis agak sensitif dan penuh emosi.. ia akan melihat sesuatu dari pelbagai sudut.. termasuk sudut diri kau sendiri.. Jadi usah Mengalah dengan diri kau sendiri.. menulis itu perlu ada kekuatan sendiri.. jika idea kau hadir ia tak perlukan tempoh yang lama atau panjang.. ia datang secara spontan tidak mengira masa dan tempat dan kau akan gembira jika kau dapat zahirkan apa yang ada di dalam kotak fikiran kau di atas selembar kertas dan mencoret apa yang kau rasa saat itu.. Emosi kau akan jadi lebih baik jika kau dapat luahkan apa yang kau rasa.. Sebab disitu kau telah berjaya mengalahkan diri kau sendiri dan melahirkan idea yang cukup bernas dan logik..

Perasaan dan emosi kau akan jadi lebih tenang dan kau akan dapat menghadapi sesuatu dengan mudah apabila kau dapat perbuat apa yang kau suka.. Indah bukan kerana kau ingin dihargai tetapi kerana kau suka untuk lakukan apa yang kau rasa puas dalam diri kau.. Kepuasan kau apabila jari-jari kau dapat menzahirkan apa yang ada dalam hati kau.. meluahkan dengan jemari yang dipandu oleh otak kau yang terus mengeluarkan idea.. Indah bukan kerana kau dipaksa untuk melakukannya tetapi indah keran ianya mengalir deras dari otak kau.. Bukan kerana kau hipokrit pada diri kau.. kau perlu jujur pada diri kau untuk menjadi penulis yang sejati.. Lahirkan perasaan kau di atas coretan yang kau buat.. Tak kira apa yang kau lakukan.. yang penting kau mendapat kepuasan apa yang kau lakukan.. bukan kau mengharapkan ganjaran dari orang lain.. tetapi ganjaran untuk diri kau sendiri apabila kau dapat melakukan apa yang kau suka.. dan tanpa paksaan dari sesiapa.. kekuatan diri akau adalah apabila kau melakukan apa yang kau suka dan kau gembira untuk melakukannya.. jangan kita mahu menjadi seperti oarang lain.. ini kerana kau akan jadi tidak selesa pada diri kau sendiri.. buang sikap untuk menjadi orang lain.. Kau perlu jadi diri sendiri dan kau berhak menjadi apa yang kau mahukan.. Semua orang berhak untuk melakukan yang terbaik dalam hidupnya dan tidak terkecuali adalah diri kau sendiri.. kenapa perlu fikir apa orang kata.. sedangkan orang tak pernah fikir apa yang kau rasa..

Jangan pandang remeh akan kesukaan orang lain.. biar rambut kita sama hitam tapi pandangan dan persepsi kita adalah berlainan.. apa yang ada didepan mata tak sama apa yang tersirat di dalam hatinya.. indah hidup seseorang itu bukan kerana fizikalnya tapi pada hatinya.. Hati adalah apa yang kau rasa apa yang kau mahukan.. semuanya terletak pada hati kau.. Ingat semua benda itu terjadi sebab kau sukakannya.. bukan kerana kau dipaksa..

Memaksa..dipaksa keterpaksaan adalah perkara yang berbeza.. Dalam hidup kau cuma perlu paksa diri kau untuk bunuh musuh dalam diri kau.. bukan bunuh oarang lain.. tapi musuh yang ada dalam diri kau.. nampak kau tidak ada musuh.. tapi musuh yang ada dalam diri kau adalah punca segala-galanya untuk kau jadi apa yang kau mahukan.. Kepuasan diri kau adalah apabila kau berjaya tumbangkan musuh kau.. Apa lagi alasan yang kau ada untuk berjaya.. tiada alasan jika kau dah boleh bunuh musuh kau..

Sebagai penulis kau menulis apa yang kau rasa.. apa yang terlintas di dalam fikiran kau.. ada masanya kau langsung tiada idea walaupun sudah berjam-jam kau menghadap laptop atau komputer kau.. sebabnya kau tahu sendiri.. seperti kau kata tadi.. idea itu datang tanpa paksaan dan desakan sesiapa.. Diri kau adalah apa yang kau mahu jadi.. bukan mudah tapi kau kena kuat..

Kepuasan diri adalah matlamat hidup seseorang apabila mahu melakukan sesuatu.. jadi usah menyesal dengan apa yang kau rasa dan kau mahukan kerana ianya terjadi secara semulajadi.. neutral.. Ada masanya bila kau rasa tertekan idea kau mengalir laju.. kau banyak idea untuk diluahkan.. apabila kau berada dalam keadaan normal.. kau langsung tiada idea untuk diluahkan.. kau jadi buntu dengan diri akau sendiri.. Segalanya ditangan kau.. bukan ditangan aku atau orang lain.. kau adalah kau .. aku adalah aku dan orang lain adalah orang lain..

Malam sudah melaburkan tirainya.. dan kau perlu kuatkan diri kau untuk jadi apa yang kau mahukan...


aku bukan apa yang kau fikirkan.. aku adalah diri aku yang aku mahukan..

Samiza ezanie
1.51pagi

Rindu.. membuat aku menulis lagi...

Agak sibuk beberapa tahun ini.. sejak bergelar pelajar kembali.. kehidupan semakin sibuk dengan pelbagai peristiwa yang mencengkam jiwa dan perasaan.. aku terlalu rindu untuk menulis kembali... rindu sangat...manuskrip aku biarkan lapuk dan tersadai tanpa terusik... aku biarkan ianya terkurung di dalam lappy tanpa perhatian.. zalimnya aku... zalim aku pada diri sendiri sebenarnya...

Bila aku membuka blog ini.. aku rasa bersalah pada diri aku ini... bakat yang ada aku sia-siakan.. tapi aku perlu menyudahkan satu-satu.. mungkin aku perlu menulis lagi.. bukan kerana rasa bersalah dalam diri.. bukan kerana aku dipaksa tapi kerana aku nak menulis dengan rela hati..

Sebagai pelajar tahun akhir.. dan sem ini agak sukar bagi aku.. tapi aku perlu kuat dan tabah.. kerana aku perlu menamatkan segalanya setelah 4 tahun berlalu.. jadi.. segalanya aku perlukan dengan rasa hati yang ceria dan indah.. apa nak dikatakan lagi.. semuanya sudah aku lalui dengan pelbagai cabaran dan dugaan.. dan satu perkara yang cukup indah bila aku dapat menyempurnakan dengan jayanya.. Tak apalah jika ada dugaan anggaplah ada hikmah sedang menanti aku.. dari aku bermata satu kini aku bermata dua.. Jadi tiada yang mustahil dalam hidup ini jika kau mahu melakukannya.. semuanya terletak ditangan kita sendiri.. Yakin boleh.. Jika hati kau sekeras besi waja,,, dan tidak pernah untuk mengalah.. kau adalah apa yang kau lakukan.. kita bukan mengejar bukan apa yang jauh disana tapi menyudahkan apa yang sudah ada didepan mata. Cukup. Ianya sudah untuk memberikan ganjaran untuk diri kau sendiri.. Its gonna be okay my dear..

Fight like a fighter... be like warrior.. sudah cukup kau lalui pelbagai onak dan duri.. sekarang tiba masanya kau nikmati sebaiknya hidup kau... Lakukan sesuka hatimu tapi tidak melanggar etika kemanusiaan dan agama..


enjoy ur life..
aku akan menulis lagi bila tiba masanya...

Samiza ezanie.
12.46am...

Muzik dan aku...

Assalamualaikum...

Hari ini tangan aku gatal untuk menulis di sini... Passion aku pada muzik memang tidak dinafikan. Kadang-kadang ada sesetengah individu pelik melihat minat aku ni. Tapi bagi aku apa nak dipelik kan.. Inilah aku.. Bagi aku muzik ini universal. semua orang boleh meminati muzik dan semua orang boleh menikmati muzik. For sure.. kita tahu apa yang kita suka. Tak kiralah apa jenis muzik pun, Yang penting kita tahu apa yang kita buat. Sesetengah orang suka mendengar muzik dengan secara terbuka.. buka volume tinggi. Tapi bagi aku.. aku lebih sukakan privacy untuk diri aku. Aku lebih suka mendengar muzik dengan headphone atau earphone. Ia lebih nikmat kerana hanya aku dan muzik dan tiada orang yang ketiga mendengarnya.. simple kan.. tak mengganggu orang lain. Muzik instrumental the Piano Guys, Richard Clayderman, Kitaro, Vanessa Mae, Kenny G antaranya yang aku suka.. Aku tiada genre muzik tertentu, bagi aku yang penting aku suka dengar dan tidak mengganggu orang lain.

Ada masanya aku sukakan muzik yang agak keras macam heavy metal, adakalanya aku suka muzik yang agak lembut macam ala-ala frozen.. hahahaha.. ikut kesesuaian telinga aku nak dengar muzik apa  masa tu. Its gonna be okay... Kadang2 badan pun ikut goyang... itu namanya tindakan refleks.. memang best tapi kadang2 orang ingat kita tua tak sedar diri... hahahaha.. nasib engkaulah.. yang penting kau tahu apa yang kau buat.. Sarkastik kata-kata aku.. mmmm.kadang-kadang.
Bila usia dah meningkat senja tiada apa yang aku fikirkan.. mencari kepuasan diri.. memuaskan hati sendiri.. buat apa yang aku suka.. bukan aku pentingkan diri.. tapi hidup ini sementara dan aku perlu menjadi orang yang punya jiwa yang kental. Puas sudah aku lalui pelbagai dugaan dan aku perlu menjadi diri aku sendiri.. berbalik pada muzik dan aku.. bagi aku muzik itu jangan sampai mengkhayalkan.. cukuplah sekadar sebagai passion kita.. enough...

Pernah satu ketika aku ditegur kerana meminati muzik manowar.. heavy metal kan.. tapi itulah aku... aku cuma suka dengar semua jenis muzik.. jadi jangan salah persepsi.. semua oarang tak sama.. ikut kesesuaian diri mereka.. Jadi diri kita sendiri.. jangan jadi orang lain.. suka apa yang kau buat... enjoy ur life.. simple...



Thank you..
Samiza ezanie..
12.36am..\