Friday, 2 November 2018

Larilah sepantasnya..

Puas berfikir dan akhirnya kau serah padaNya yang satu.  Hanya dia Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kau.  Kau berserah padaNya, Kau dah berusaha sedaya mungkin, namun masih  kau temui kebuntuan.  kau akan buat yang terbaik untuk diri kau menongkah arus biar berseorangan kau akan redah.  Kejayaan bukan datang dengan mudah tetapi dengan usaha.  Allah tahu kau mampu menempuh segala ujian sebab itu Allah menguji kau.  Berbagai sudah kau jalani dan lalui, jatuh bangun itu sudah biasa.  Kau akan berjalan dengan penuh bergaya satu hari nanti.  

Menghabiskan Master adalah cita-cita kau dan kau akan habiskan sebaik mungkin.  Kau tak boleh tamak, ada sebab mungkin Allah beri kau ujian.. beri kau halangan. Mungkin kau belum cukup bersedia untuk menongkah arus.  Biarlah orang tertawakan kau sekarang, Insyallah kau akan tutup mulut mereka dengan kejayaan.

Sokongan daripada orang yang terdekat itu paling utama, namun begitu ia tidak semudah yang dijangka.  Kau kena kuatkan diri kau sendiri.  Apabila kau jatuh, kau sendiri yang akan rasa sakitnya.  Bukan orang lain, waimah keluarga kau sendiri tak akan rasa sakit seperti apa yang kau rasa.  Kau kena melawan seorang untuk jadi kuat. Usah berharap banyak tentang itu, daripada kau meminta kau rasa lebih ‘down’ lebih baik kau usaha mengikut kemampuan kau.

Menangislah semahumu, keluarkan airmatamu sepuasnya.  Itu akan meredakan perasaan kau sendiri.  Beban berat di dadamu akan ringan sedikit bila kau menangis.  Usah jadi orang yang lemah.  Kau mampu atasi semua ini dengan usaha kau.  Cukuplah dengan apa yang berlaku pada diri kau.  Cukuplah orang pergunakan kau.  Cukuplah… Gunakanlah ilmu yang ada untuk kepentingan diri kau.  Itu adalah nilai diri kau, bukan nilai orang lain.  Jangan terbawa-bawa emosi yang menjadikan kau lemah dan simpati.  Ia akan menjadikan kau lebih tak mampu untuk mengawalnya nanti.  Kau adalah diri kau sendiri.  Bangun dan berjalanlah dengan nilai yang kau ada.

Allah berikan kau kekuatan untuk menjadi unik dan edisi terhad.  Jalani dengan penuh berani, hapuskanlah airmata.  Berjalanlah.. bangunlah.  Penghinaan yang kau terima, kau balas dengan kejayaan.  Usah cepat mengalah, jangan putus asa.  Memang pahit apabila orang yang kau sayang perlekehkan segala usaha kau.  Itu adalah perkara yang sadis dalam kehidupan.  Percayalah ia akan menjadikan kau lebih kuat dan kuat.

Kau bangunlah… jangan mengalah.  Sebarkan ilmu yang kau ada.  Jangan putus asa, sakit yang datang akan hilang bila kau redha.  Hanya kau yang faham diri kau, kau saja yang tahu kekuatan kau.  Kau jangan rebah, kau larilah sekuatnya.. larilah sepantasnya.  Kau kan kuat macam POWER RANGERS.


Samiza Ezanie
4.07 petang
2/11/18

  

Tuesday, 27 February 2018

Bergurulah.

Zaman teknologi atau zaman canggih, semua maklumat boleh di dapati semudah ABC.  Sekali klik banyak maklumat yang kita perolehi.  Kesahihan ilmu itu tidak dipastikan sama ada benar atau palsu.  Oleh itu berhati-hatilah, carilah guru yang pakar dan bertauliah untuk mendapatkan ilmu yang sahih dan benar.  Jangan sesekali menuntut ilmu tanpa bimbingan guru yang bertauliah.  Belajarlah sedari awal dan jangan sesekali cedok di tengah-tengah.  Ia amat merbahaya sekali, salah menuntut ilmu akan memberi implikasi buruk pada diri dan orang sekeliling.

Menuntut ilmu itu amat digalakkan, ia boleh menambah nilai diri dan den
gan ilmu itu boleh digunakan untuk menaikkan taraf ekonomi diri sendiri dan orang sekeliling.  Bila kita salah menuntut ilmu dan ilmu itu kita sebarkan maka berpanjanganlah ilmu yang salah tersebut dari asbab kita.  Sebagai manusia yang bertanggungjawab dan memegang amanah, maka carilah ilmu yang terbukti sahih dan berguru dengan sebenar-benar guru.  Jangan berguru semata-mata di internet,  Lagi salah bila kita hanya tahu ABC tetapi kita seolah-olah telah tahu sehingga Z.   Ibarat kita belajar peringkat sijil, tetapi kita berkongsi seolah -olah kita telah mempunyai PhD dalam ilmu itu.  Bahaya yang teramat jika ini terjadi.

Mempelajari sesuatu ilmu itu ada nilai tersendiri yang wajib kita bayar dengan wang, tenaga dan masa.   Banyak yang kita korbankan apabila kita mahukan sesuatu ilmu.  Jadi adalah tanggungjawab bersama untuk menegur sesama manusia, jika terdapat kekeliruan.  lagi-lagi ilmu yang salah dikongsikan dan dijadikan mata pencarian.  Dimanakah keberkatan rezeki itu?  Hidup perlukan wang tetapi jangan jadikan wang itu sebagai satu batu loncatan untuk menyebarkan ilmu yang salah.  Faham ke faham.  Kita tiada pilihan dan kita mesti faham apa itu ilmu yang bermanfaat dan bergurulah dengan orang yang betul.

Contoh, kita mahu berniaga tudung.. maka kita perlu mencari guru yang mahir proses pembuatan tudung, ia bermula daripada pemilihan fabrik, jahitan dan pemasaran.  Kita tak akan berguru dengan nelayan untuk berniaga tudung.  Nelayan tugasnya mengutip hasil laut atau sungai, mereka mahir dalam mendapatkan hasil laut.  Mereka mahir menggunakan perkakasan berkaitan dengan ilmu menangkap ikan. sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran.  Rasanya kalau kita beri mereka fabrik, mahu jadi tali sauh fabrik tersebut. jelaskan...

hidup ini kita ada pilhan. buatlah pilihan yang tepat untuk diri kita, capailah apa yang nak dicapai dengan cara yang betul dan amanah pada diri.

Mak Jah.
Sentiasa mahukan imu yang baru.

Saturday, 10 February 2018

SPEAK 2018 yang menyeronokkan dan impak yang cukup positif.


Semalam Mak Jah menghadiri satu program yang bertaju "ROAD TOUR SPEAK WITH CONFIDENCE",  sejujurnya pandangan Mak Jah satu program yang cukup bermanfaat dan bagus untuk Mak Jah yang sering terlibat dengan 'public speaking'.  Banyak ilmu yang telah Mak Jah pelajari dalam bidang komunikasi.  Slot yang paling Mak jah suka adalah slot 'breathing' iaitu bagaimana cara bernafas dengan betul untuk meredakan emosi kita.  Ia seolah-olah perkara yang biasa tetapi menjadi luarbiasa apabila kita dapat mempelajari cara yang betul.


Sering mak Jah persoalkan bila orang sering menggunakan perkataan "FAHAM KE FAHAM" BOLEH KE BOLEH",  Mak Jah pernah bertanya sebelum ini kepada mereka yang sering menggunakan perkataan ini, tetapi bila Mak Jah bertanya mereka tidak memberikan jawapan yang tepat untuk Mak Jah.  Mak Jah adalah manusia yang percaya dengan fakta dan penerangan yang jelas, bukan main cedok perkataan itu dan guna.  Bagi Mak Jah kita tak perlu guna perkataan yang kita sendiri tak faham apa yang dimaksudkan ayat tersebut.  Semalam Tuan Rizal Rashid telah menerangkan secara terperinci berkaitan perkataan ini dan Mak jah cukup berpuashati dan gembira yang amat sangat sebab akhirnya Mak jah dapat jawapan yang tepat setelah sekian lama mencari jawapan itu.  Rasanya lebih dari 2 tahun untuk Mak Jah dapatkan jawapan ini.  Begitulah cerewetnya Mak Jah bila membabitkan persoalan yang memang Mak Jah nak tahu jawapannya secara ilmiah dan fakta. 

Ilmu yang kita pelajari dan bila kita kongsikan ia cukup bermanfaat untuk diri kita dan orang lain, Mak Jah sedar usia Mak Jah semakin meningkat dan masa sering mencemburui Mak Jah dan Mak Jah wajib mengambil langkah yang perlu agar hidup yang semakin singkat ini digunakan dengan sebaiknya.  Kita tak perlu mempersoalkan apa yang orang lain buat untuk kita, tetapi kita kena persoalkan apa yang kita buat untuk orang lain.  Jangan kita pernah rasa cukup dengan ilmu yang kita ada kerana ada orang lain yang lebih berilmu dari kita.  jangan sesekali bongkak dengan ilmu kita.  Kau rasa kau hebat.. ada orang lebih hebat dari kau... kau rasa kau lebih berilmu .. sebenarnya ada lagi orang lebih berilmu dari kau.  Sejujurnya tiada siapa yang lebih hebat melainkan SANG PENCIPTA iaitu ALLAH yang satu. 


Kadangkala tanpa kita sedar ilmu yang kita pelajari sering berkaitan dengan ilmu-ilmu yang lain.  Kita jangan taksub pada satu ilmu saja.  Kita perlu membuka ruang untuk ilmu lain masuk ke dalam diri kita.  Tidak semestinya kita orang psikologi kita hanya perlu mempelajari ilmu psikologi itu sahaja.  Kita perlu banyak belajar dan belajar ilmu yang lain..  Bagi Mak Jah menuntut ilmu ibarat kau tidak tahu apa-apa tentang ilmu tersebut.  Bila kau kosongkan diri kau, kau akan rasa bebas untuk menerima ilmu.  Lihat orang-orang yang berjaya, mereka tidak pernah mendabik dada dengan ilmu yang mereka ada.  Mereka kongsikan ilmu itu untuk digunakan oleh orang lain. 

SPEAK 2018 menjadikan Mak Jah lebih yakin untuk berkongsi ilmu yang Mak jah ada pada orang lain.  Mak Jah yakin Allah akan beri Mak Jah ilmu yang lain untuk menambah ilmu yang sedia ada.  Kita jangan suka buat sembang lebat atau sembang kari untuk menyakinkan orang lain, apatah lagi dalam bisnes.  Apabila kau bercakap tentang sesuatu pastikan kau cukup ilmu dalam bidang itu dan mahir untuk menggunakannnya... Jangan sesekali kau tahu baru E kau sembang macam kau dah khatam ilmu itu beratus kali.  Berkomunikasilah cara yang baik dan bermanfaat bukan berkomunikasi untuk menganiaya dan menipu orang lain.  Hidup kau tidak akan berkat dan kau sendiri akan susah untuk menghadapi orang lain.  Tak mengapa kau nampak bodoh di mata orang lain tetapi kau tak menipu dan menganiaya.  Kemahiran "sweet talker" jangan kau gunakan untuk menipu. Itu salah dan paling teruk. 

Semalam Mak Jah juga belajar tentang gelombang otak,  Beta, Alpha, Teta, Delta.  Seolah Mak Jah "recall" balik ilmu ini.  Mak Jah pernah mempelajari sebelum ini semasa mengambil Ijazah psikologi. Ia secara tidak langsung memantapkan lagi pengetahuan yang sedia ada.  orang sering kali mengatakan kepada Mak Jah kenapa suka beli buku.  Mak Jah memang suka membaca dan bila kau membaca, jiwa kau tenang dan bahagia.  

Dalam hidup kita perlu menambah nilai dalam diri kita.  Nilai yang baik bukan nilai yang buruk  Nilai yang ada dalam diri kau itu adalah kelebihan kau daripada orang lain..Usah kau ingat masa lampau kau yang tidak menyeronokkan kerana apa yang kau perlu FOKUS adalah apa yang kau lakukan sekarang.  semua orang ada kisah silamnya yang tidak menarik untuk dikongsi, tetapi kadang-kadang dengan kisah silam itu kau perbaiki diri kau dan kau menjadi apa yang kau nak jadi hari ini.  Segalanya ditangan kita sendiri bukan tangan orang lain. 

Komunikasi adalah perkara yang utama dalam hidup kita.  Komunikasi kita boleh pelajari dan carilah sifu yang tepat dengan apa yang kau hendak.  

Okeylah setakat ini dahulu cerita semalam Mak Jah yang penuh keterujaan. Carilah sifu yang tepat untuk menambah ilmu.,  Gunakanlah ejaan penuh, jangan malas sangat untuk menaip dengan ejaan penuh. Ia mendidik diri kita untuk lebih berkaliber dan berkeyakinan.  

Terima kasih
Mak Jah.
sentiasa mahu belajar. 

Sunday, 31 December 2017

Azam dan kejayaan.

Tahun baru dikaitkan dengan azam. Bagi Mak Jah sendiri tiada azam yang tertentu. Setiap hari adalah hari baru yang kita mesti lakukan sesuatu dalam hidup, buat saja yang kita rasakan berbaloi dan memberi kepuasan untuk diri sendiri. Bagi Mak Jah yang paling utama adalah memberi kepuasan untuk diri sendiri. Merasa puas dengan apa yang kita lakukan sebab kita tak boleh memuaskan hati semua orang. Adalah lebih baik puaskan hati sendiri dan tidak melanggar etika dan norma-norma kehidupan.
Buat apa kita teruja melihat kejayaan orang lain sedangkan kita boleh mencipta kejayaan itu. Kita juga mampu mencipta kejayaan seperti mereka. Kejayaan adalah subjektif dan persepsi kejayaan itu bergantung kepada diri kita sendiri. Contoh kita berjaya membuat jemput-jemput ikan bilis yang sedap dan lembut serta mendapat pujian daripada suami kita. Itu adalah kejayaan dan kepuasan bagi seorang isteri apabila hasil air tangannya mendapat pujian dari suami dan disukai serta jemput-jemput ikan bilis itu habis di makan. Mungkin pada orang lain ia sesuatu yang biasa tetapi bagi seorang isteri yang pertama kali dipuji oleh suami itu adalah luarbiasa. Mudahkan mencipta kejayaan.
Kejayaan tak semestinya di ukur dengan kereta besar, rumah besar dan berjawatan tinggi. Kejayaan itu apabila kita berjaya melakukan sesuatu yang sebelum ini kita tak mampu nak lakukannya. Jadi usah fikir apa yang orang kata tentang diri kita yang penting kita tahu apa yang kita buat. Bila kita dah berkahwin pastikan kita dapat restu daripada suami dan anak-anak. Restu mereka itu penting sebab syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Jangan kita ngada-ngada nak curang pulak ya... kejayaan tak dapat cerai kita dapat nanti. (ini khas untuk isteri macam Mak Jah ya). Masa itu kita nangis airmata darah pun tiada guna.
Kadang-kadang hati kita perlu kering untuk mencipta kejayaan, ini bukan bermakna kita sombong dan berlagak. Bila kita buat sikap sebegini bukan kejayaan kita dapat kena maki lagi ada. Sikap kita itu sendiri penting, elakkan sikap negatif dalam diri. ia tak menguntungkan sesiapa.
begitulah pandangan Mak Jah tentang azam.
selamat tahun baru 2018.
Bila berada di atas jangan lupa pandang ke bawah.
Pemandangan dari atas itu memang cantik tetapi nak dapat pemandangan yang cantik kena daki tangga, penat sikit tetapi berbaloi. Begitu juga hidup. nak berjaya banyak onak dan duri yang kita kena tempuh.
Hidup kita hak kita..buat saja..

Siti hadijah Kusin

Saturday, 30 December 2017

Akhirnya..

Akhirnya Mak Jah menyudahkan pengajian Mak Jah di usia yang lewat.  Tidak mengapa, biar kita lewat daripada kita tak buat langsung.  Tak salah kita mencabar diri untuk berjaya. Berjaya bukan sahaja terletak dalam bidang akademik tetapi dalam apa juga bidang yang kita ceburi. 

Menambah ilmu dalam diri adalah menambahbaik nilai diri.  Kadang-kadang kita merasa teruja melihat kejayaan orang lain.  Kenapa kita perlu melihat kejayaan orang sedangkan kita boleh mencipta kejayaan sendiri.  Hidup kita dalah hak kita, usah cepat menyerah kalah.  Sematkan dalam diri, aku mampu melakukannya. Kenapa perlu aku mengalah sedangkan aku boleh berjaya.   Kejayaan tidak semudah dicipta dengan kata-kata.  Ia perlu diusahakan dari pelbagai sudut. Indahnya sesebuah kejayaan itu bila kita lakukan dengan sendiri.

Kenapa kita perlu mengalah dengan ketakutan dalam diri, Buang ketakutan dan teruskan perjalanan mengapai impian,  Dahulu Mak Jah tak terfikir pun akan melanjutkan pengajian.  Mak jah berkahwin dalam usia yang begitu muda iaitu 19 tahun.  Ada anak setahun kemudian. Ia adalah mustahil masa itu memikirkan yang mak jah akan menyambung pengajian dalam keadaan keluarga kecil mak jah yang serba kekurangan.

Perancangan Allah adalah yang terbaik, Dia memberi bukan di saat kita minta tetapi di saat kita perlu. Di usia awal 40 an Mak jah menyambung pengajian dalam bidang psikologi. Akhirnya Mak Jah dapat menyiapkan awal satu semester dari tempoh yang ditetapkan,  Syukur Alhamdulillah.  Sambutan meraikan kejayaan itu lebih indah bila ada anak, menantu dan cucu.

Oleh itu jangan pernah rasa terlewat dengan apa yang kita lakukan.  Semuanya Allah dah aturkan untuk kita, kita hanya perlu mengikut perancangan Allah pada kita. Usah merasa kesal pada kehidupan lampau kita.  Setiap orang mempunyai peluang untuk berubah dan berjaya.  Jangan berputus asa.  Capailah matlamat kita mengikut kemampuan kita bagi mencari kepuasan diri.
hidup kita adalah hak kita.

Begitulah,

siti Hadijah Kusin.
1.21am.

Thursday, 15 June 2017

Trauma

                Trauma sering dikaitkan dengan ketakutan, maksud sebenar trauma melalui kamus dewan adalah pengalaman yang dahsyat, trauma kecederaan, luka, keadaan sakit disebabkan oleh luka dan renjatan emosi.  Sesuatu peristiwa dalam hidup seseorang akan terjejas apabila mendapat renjatan emosi.  Berbicara tentang trauma ini membuatkan emosi seseorang kadang-kadang akan terganggu.  Biar kadang sesuatu peristiwa itu telah belaku berpuluh-puluh tahun, namun bagi mereka yang mengalami trauma atas peristiwa itu akan sentiasa mengingati apa yang terjadi..Ia ibarat layar lebar yang menayangkan cerita tersebut di depan mata.  Ada kalanya mereka yang mengalami trauma ini, akan berubah emosinya serta merta bila ada yang mengingatkan.  Sekiranya kita telah mengetahui tentang trauma yang dihidapi seseorang itu, adalah baiknya kita tidak langsung mengingatkan pada mereka.  Usah paksa mereka untuk menerima sesuatu keadaan itu dengan tergesa-gesa.  Trauma boleh diubati tetapi tidak semua orang akan akan dapat menerima rawatan yang dijalankan.  Perubatan secara psikologi klinikal adalah yang terbaik.

                Bercerita tentang trauma ini, aku mengambil peristiwa yang berlaku akibat perceraian.  Apatah lagi bila perceraian itu berlaku bukan kesalahannya.  Terkadang orang akan memandang sinis bila terjadinya perkahwinan duda dan janda.  Mereka adakalanya membawa zuriat daripada suami/isteri terdahulu, bukan semua orang boleh menerima anak pasangan yang dinikahi itu dengan secara menyeluruh, pasti ada kekurangan disana sini dan perlukan masa.  Sebagai anak,bila kita dibesarkan dengan ibu/bapa tiri kita kena saling faham memahami tentang keadaan itu.  Tidak semua ibu/bapa tiri itu jahat dan tidak berperikemanusiaan.  Adalah cukup baik bila mereka menyekolahkan, membesarkan dan mengahwinkan bila sudah sampai masanya.  Bukan mudah untuk seseorang itu melakukan semua ini dengan tiada masalah.  Pasti ada cacat celanya dan rasa tidak puas hati.  Bagi sesetengah individu ia tidak menganggap tentang status tiri yang dipegangnya kerana ia merasakan semua orang yang dibela oleh ibu bapa sama ada kandung atau tiri, itulah mereka yang menjaga mereka dengan sehabis baik.  Itulah adik beradik mereka tanpa sikap iri hati.  Namun sudah namanya manusia yang punya emosi dan perasaan, sikap negatif akan ada walaupun sedikit.  Tidak mudah untuk memberi kepuasan pada semua orang.  Oleh itu bersyukur dengan apa yang diperolehi dan sentiasa istiqomah.. Tidak semua pasangan yang terdahulu boleh menerima bekas suami/isteri mengahwini orang lain dan mereka bahagia.  Apatah lagi bila cara penceraian itu tidak dipersetujui.

                Akan berlaku konflik pada anak yang berlainan ibu/bapa dan anak pada perkahwinan baru.  Terkadang nampak elok dari luar tetapi di dalamnya berkocak hebat.  Jika seorang yang bersikap positif, perasaan negatif itu akan dibuang jauh-jauh dan menganggap apa yang berlaku adalah suratan takdir.  Ia adalah satu perkara yang cukup baik yang telah Allah janjikan untuknya.  Bila redha dan ikhlas dengan satu-satu perhubungan itu tidak akan berlakunya konflik.  Bersihkan hati dan jangan ada sikap irihati, dengki dan cemburu antara satu sama lain.  Bersama-sama ambil tanggungjawab sama ada ibu bapa itu kandung atau tiri.  Jika sekiranya ibu tiri kita tidak mahu bertemu dengan ibu kandung kita pasti ada sebab untuk dia berbuat demikian.  Mungkin ada trauma yang berlaku masa perjumpaan pertama dan ini menakutkan dia. Jadi jangan paksa dia untuk menerima ibu kandung kita dengan cara kita.  Luka itu kadang sudah sembuh tetapi parutnya tetap ada.  Apatah lagi bila ada sejarah silam yang tidak mahu diingat lagi.  Sebagai anak kita perlu menghormati perasaan mereka, bukan mudah untuk melupakan trauma yang terjadi dalam diri.  Kadang-kadang apabila pertemuan dilakukan secara paksa, mungkin akan terjadi peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku.   Oleh itu untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini, hormat akan perasaan masing-masing.

                Pandangan penulis, trauma bukan perkara yang mudah untuk dilupakan apatah lagi jika ia adalah renjatan emosi.  Psikiatri mungkin boleh mengubati tetapi tidak secara menyeluruh.  Pasti ada bahagian yang mungkin tidak boleh diperbaiki, luka mungkin sembuh tetapi parut tetap ada.  Oleh itu langkah yang sebaiknya perlu di ambil untuk mengatasi trauma ini, Jika perlu menghindari ulangan trauma itu adalah lebih baik.  Macam penyakit mencegah lebih baik daripada mengubati.

Siti Hadijah Kusin
(samiza ezanie)

3.02am

Ilmu yang bermanfaat

            Adalah sesuatu yang merugikan apabila kita telah mempelajari sesuatu tetapi kita biarkan ilmu itu terperap dalam otak kita tanpa kesinambungan yang sewajarnya.  Ilmu kalau terus di biarkan akan luput dalam ingatan lama-kelamaan.  Oleh itu apabila kita telah mendapat ilmu, kita perlu sebarkan pada orang lain agar ilmu itu tidak hilang.  Mempelajari sesuatu benda baharu adalah satu keindahan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.  Ia cukup menyeronokkan dan mengujakan.  Apatah lagi, bila ilmu yang kita dapatkan adalah ilmu yang memang kita ingin pelajari.  Mempelajari sesuatu benda baru membuat kita ingin mengetahui kelanjutan ilmu tersebut.  Sebagai contoh, bila kita telah berjaya mendapatkan ilmu membuat kuih tart nenas dan kita berjaya membuat kuih tersebut dengan citarasa yang tidak menghampakan.  Pasti kita akan mencuba kuih yang lain.  Jelas sekali bahawa semakin kita mengetahui sesuatu ilmu semakin kita ingin mendalami ilmu tersebut sehingga kita puas hati.

            Ilmu semakin kita mempelajari , semakin terasa banyak perkara yang kita tidak ketahui.  Di situlah timbulnya sifat keterujaan untuk mendalami sesuatu ilmu.  Walaubagaimanapun untuk mempelajari sesuatu ilmu perlu ada rasa minat yang mendalam dan tidak ada rasa berputus asa sewaktu dalam proses pembelajaran.  Apa juga ilmu yang dipelajari, pastikan ia adalah ilmu yang bermanfaat untuk keluarga, adik beradik dan orang sekeliling kita.  Jangan kita mempelajari ilmu untuk menjatuhkan orang lain.  Bagi penulis, apabila mendapat sesuatu ilmu baru, ia merasakan kekurangan dalam diri kerana ia merasakan banyak perkara yang dia ketinggalan dan tidak mengikut peredaran semasa.  Membaca adalah jambatan ilmu yang paling mudah, apabila rajin membaca banyak perkara yang boleh diketahui.  Proses pembelajaran boleh dipelajari secara formal dan tidak formal.  Universiti kehidupan adalah tempat yang paling baik untuk mempelajari tentang realiti kehidupan diri penulis dan orang lain.  Jangan salah menilai tentang ilmu yang didapatkan kerana ia merugikan diri sendiri dan orang lain.  Ilmu adalah perkara yang mesti dipelajari setiap masa dan sentiasa dikemaskini.

            Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mendapatkan ilmu.  Bagi penulis, ilmu adalah asas dalam kehidupan.  Menambah ilmu adalah cara untuk menaiktaraf kehidupan, tidak kira cara mana ianya dilakukan yang paling utama ilmu didapatkan dengan cara yang betul.  Mudah kita berbicara dengan orang yang berilmu berbanding dengan orang yang jahil.  Adalah satu perkara yang bijak bila kita menghindari perdebatan dengan orang yang jahil kerana mereka tidak akan faham akan landasan ilmu.  Imam Syafie menasihatkan agar tidak berdebat dengan orang yang jahil, sikap terbaik adalah diam.  Apabila kita melayan perdebatan kita kan mendapat susah dan bila ia menjadi rakan ia akan menyakitkan hati. Diam adalah kunci yang terbaik untuk menghindari masalah.  Diam bukan bererti kita takut tetapi diam adalah sebaik-baik cara untuk menghentikan sesuatu perkara yang tidak baik.  Oleh itu tuntutlah ilmu dalam apa cara sekalipun, usah hiraukan tentang usia tetapi risaukan akan kemiskinan ilmu yang kita ada.  Ilmu yang bermanfaat untuk semua.

            Hidup akan menjadi lebih indah bila ilmu yang kita ada bermanfaat untuk diri sendiri dan orang sekeliling,  Usia hanya angka, semangat dan keyakinan tinggi untuk mendapatkan ilmu itu lebih penting.  Kepuasan menuntut ilmu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.  Keperitan dan kesakitan tatkala menuntut ilmu akan hilang bila dapat mengecapi kejayaan.  Kejayaan itu bukan boleh didapatkan dengan sekelip mata tetapi perlukan usaha yang berterusan dan sentiasa menambahbaik dengan ilmu yang sedia ada.  Menaiktaraf diri adalah satu cara untuk memberi kepuasan pada seseorang individu.  Kita tidak layak untuk menghukum seseorang jika kita sendiri tidak belajar untuk mengawal diri kita menjadi yang terbaik.  Mencari kesempurnaan adalah satu perkara yang setiap orang akan lakukan.  Cara bagaimana kesempurnaan itu didapatkan adalah tidak pasti, ia mengikut sikap dan minat seseorang itu.

            Bakat, minat dan sikap seseorang itu akan menjadikan seseorang itu mempunyai nilai tersendiri.  Nilai seseorang itu di ukur melalui personalitinya, setiap orang mempunyai personaliti yang tersendiri.   

Siti Hadijah Kusin,
(samiza ezanie)

2.13am 

Monday, 12 June 2017

Motivasi intrinsik (kuasa dalaman)

            Berlari mengejar bayang yang hilang, sedangkan bayang itu setia berjalan di sisi. Ibarat kau cuba mengejar sesuatu yang sudah pasti ada bersamamu. Hidup bukan untuk disia-siakan. Bagi aku hidup terlalu indah untuk dilalui.. Semalam yang aku tinggalkan mempunyai seribu peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan.  Secebis peristiwa.. seuntai cerita yang tidak mungkin beralih arah.. kerana arah itu telah dikenalpasti dari awal.  Bayang yang cuba dikejar setia menanti dengan penuh debar.. hanya bayang itu yang bisa mengungkap seribu rahsia yang yang setia menyimpan cerita.  Mengejar bayang-bayang ibarat mengejar mimpi yang tiada kesudahan.  Hidup kita adalah hak kita bukan hak orang lain.

            Aku penulis cabuk yang mencari kepuasan melalui penulisan yang mengikut citarasa aku bukan orang lain. Aku berjalan mengikut rentak hidup aku.  Aku yang menentukan siapa diri aku.. bukan kau bukan orang lain.. hanya aku… aku berhak ke atas diri aku sendiri.. kerana aku yang akan berjalan sendiri bukan kau bukan orang lain.. hidup adalah apa yang kau inginkan dan  akan kau capai.. Mudah untuk menjadi diri kamu sendiri dan matlamat yang kau ciptakan sendiri.. hidup ini bererti jika kau tahu menghargai.  Aku adalah penulis yang membicarakan tentang realti kehidupan yang berlaku dihadapan mata sendiri.. mengikut persepsi aku bukan persepsi kau bukan persepsi orang lain.. kerana aku adalah diri aku yang menentukan … selagi kau selesa dengan kehidupan yang kau lalui.. Bukan orang lain yang tentukan hidup kau.. hanya kau seorang.. menyesal,, bukan itu jawapan setiap apa yang kau lakukan.. usah kau rasa menyesal tetapi kau pernbaiki setiap apa yang telah kau lalui…

            Bertemankan muzik.. aku melarikan jemariku di atas papan kekunci yang sentiasa setia menerima ketukan di setiap bait ayat yang ku zahirkan. Menulis dengan jiwa.. ibarat kau zahirkan apa yang kau rasa.. lahir dari hati kau yang cukup dalam. Imam Al-Ghazali mengatakan kita hidup berpandukan pada akal, jiwa, hati dan roh.  Melahirkan sesuatu denga penuh jiwa.. kau akan rasa tentang kehalusan penulisan yang dizahirkan.   Aku bukan penulis yang menulis menggunakan emosi semata.. aku menulis apa yang aku rasa dan aku pernah lalui.. pengalaman banyak mengajar aku tentang erti hidup, kemanusiaan dan siapa aku dan mengapa aku berada di sini. Penulisan yang aku garap bukan kerana aku mencari nama semata-mata… aku menulis kerana aku ingin menzahirkan apa yang ada di dalam fikiran dan mindaku.. itu saja..

            Sesuatu yang datang ada masanya terlalu sukar untuk dijangka, ada masanya kita menjangkakan yang sebaliknya tetapi yang hadir adalah sebaiknya. Jiwa kita adalah diri kita yang sebenarnya… Jiwa sesuatu yang seni dan halus.. sukar terjangka.. tapi aku yakin apa juga yang datang dalam hidup kita adalah kerana kita sedar itu adalah yang terbaik.  Usah menidakkan apa juga yang hadir kerana kau tidak tahu apa yang sebenarnya yang akan terjadi nanti.  Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.  Berjalan mengikut arah yang kau telah tetapkan. Bukan berjalan mengikut apa yang dikatakan oleh orang lain.  Sejujurnya kita tidak mampu untuk memuaskan hati kita sendiri.. apatah lagi untuk memuaskan hati orang lain… Kesempurnaan itu tidak akan digapai secara mutlak, ia hanya mampu digapai bila kita sudah merasa puas melakukan sesuatu.  Dalam segitiga Teori Keperluan Abraham Maslow,  pada asalnya membahagikan kepada lima peringkat dan menyusunnya, beliau menambah dua peringkat baru dalam satu hierarki mengikut kepuasan individu. Manusia memenuhi keperluan asas sebelum memenuhi keperluan sekunder. Keperluan asas adalah fisiologi, keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri.  Dapatan kajian Maslow menyatakan bahawa manusia sentiasa berusaha menyempurnakan dirinya.  Kemudian keperluan sekunder lebih kepada memberikan kepuasan diri sendiri iaitu kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik serta aktualitasi kendiri (Sang 2010).

            Motivasi yang disebutkan dalam teori keperluan adalah motivasi intrinsik yang merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia.  Maslow berpendapat bahawa kuasa dalaman mempengaruhi seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara tanpa batasan  dan rangsangan luar.  Mereka akan berusaha mengejar impian mereka dengan apa cara sekalipun.  Jelas di sini bahawa musuh utama manusia itu adalah diri sendiri.  Untuk berjaya seseorang itu perlu berada di luar kotak dan pemikiran yang tersendiri,  boleh menerima diri sendiri iaitu mengakui kelemahan dan kekuatan diri, orang lain serta alam semulajadi.  Mereka ini mempunyai prinsip dan falsafah hidup sendiri serta boleh berada dalam apa juga situasi aktiviti sosial.  Aku juga mengupaskan mengikut apa yang aku tahu berpandukan beberapa buku ilmiah yang ada.  Oleh itu terpulang pada diri seseorang itu untuk menjadi apa sebenarnya.  Mencari kepuasan dan kesempurnaan kendiri adalah mengikut apa yang dia mahukan sebenarnya. 

            Kadang kita merasakan kita sudah cukup puas melakukan sesuatu dan kita perlu berhenti setakat itu, tetapi ada sesetengah individu itu belum cukup memuaskan hatinya dan ia memerlukan lebih lagi dan dia berusaha ke arah itu tanpa rangsangan dari luar.  Motivasi intrinsik memainkan peranan yang besar dalam dirinya.  Begitu juga aku, kepuasan dalam diri aku bila aku dapat melakukan Sesuatu yang aku inginkan dan aku akan memberi ganjaran pada diri.  Ganjaran yang tidak aku kelaskan, ia pelbagai bentuk tetapi biasanya aku akan membeli buku-buku dan tidak ada spesifikasi tertentu untuk memilih buku.  Ia mengikut gerak hati di kala itu dan tidak ada skop yang tertutup dan ia terbuka luas.  Hanya memberikan ganjaran pada diri, itu sudah cukup biarpun dengan hanya buku yang nipis dan murah.  Sebelum menyambung pengajian aku lebih suka membeli novel dan sedikit buku agama tetapi bila aku berada di dalam bidang pendidikan aku lebih suka membeli buku berunsur ilmiah, motivasi, pengurusan dan biografi individu-individu yang berjaya.  Jelas di sini bahawa diri kita adalah kita yang kita tentukan, persekitaran kita dan apa yang kita lakukan saat itu juga memainkan peranan.. Apatah lagi berada dalam bidang psikologi, ia memberi aku skop yang luas dan terbit dalam hati untuk aku mndalami tentang tingkah laku dan mental manusia dengan lebih mendalam.  Hakikat yang tidak dapat aku nafikan kerana ia cukup jelas dan penemuan demi penemuan membuat aku lebih teruja untuk mengetahui sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebabnya.

            Sebagai contoh melihat gelandangan kita merasakan mereka orang yang tidak ada masa depan, malas berusaha dan mengharapkan bantuan orang lain semata-mata.  Apabila melihat dari sudut psikologi banyak faktor dan punca mengapa mereka jadi begitu dan rata-ratanya mereka juga mahukan kehidupan yang selesa tetapi disebabkan desakan hidup mereka jadi begitu.  Bila kita mengupas dari sudut psikologi kanak-kanak yang tergolong dalam gelandangan, kita akan melihat perkembangan mereka yang tidak teratur, banyak kekurangan di sana-sini.  Secara tidak langsung emosi mereka akan terganggu dan mereka menjadi kanak-kanak yang abnormal pembesarannya.  Ia akan berlanjutan sehingga mereka dewasa.  Oleh itu pendidikan awal kanak-kanak itu adalah penting kerana ia akan menentukan siapa dia bila besar nanti.  Motivasi pembelajaran perlu berlandaskan kepada motivasi intrinsik tetapi bila mereka berada dalam keadaan yang tidak sempurna, bagaimana mereka untuk menyempurnakan keperluan mereka.  Ia sudah cukup jelas untuk difahami bahawa keperluasan asas itu penting sebelum memenuhi keperluan sekunder.  

            Berbalik di zaman yang serba mencabar, memerlukan seseorang bertindak pantas untuk tidak ketinggalan dan tercicir dari semua semua aspek antaranya akademik dan sosial.  Bagi aku untuk hidup di zaman mencabar ini hanya perlu ikut langkah-langkah yang telah kita gariskan.  Mungkin pada satu tahap kita tidak dapat mengejar impian kita, jangan buang impian itu tetapi kita simpan di lubuk hati yang dalam dan kita berdoa satu hari nanti kita akan berjaya untuk memenuhi impian itu.  Aku sendiri perlukan masa yang panjang untuk menjadikan impian aku satu kenyataan.  Anggap bila kita tangguhkan impian kita sebagai tempuh bertenang.  Kita lepaskan perlahan-lahan impian kita di dalam hati dan berdoa impian kita akan tercapai. Tidak ada yang terlewat untuk mengapai sesuatu tetapi masanya belum sampai.

            Kejarlah apa yang kau mahukan dalam hidup, yang penting berlandaskan langkah-langkah yang telah digariskan dan jangan sesekali kau melanggar akidah yang telah kau pegang.  Ingat apa yang kau lakukan kerana kau ingin memenuhi impian kau bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain yang diri kau hebat.  Hebatnya kau bukan kerana kau mampu memiliki apa yang kau impikan tetapi hebatnya kau kerana kau berjaya mengawal emosi kau.  Persepsi setiap individu itu tidak sama jadi kau kena yakin apa yang kau buat.  Jangan pernah berputus asa dan terus melangkah, andai kau jatuh.. kau bangun dengan semangat yang kuat.  Orang boleh kata sabar, kesian dan sebagainya tetapi kau yang melaluinya..jadi kau yang perlu mengawal diri kau..

Siti Hadijah Kusin (Samiza Ezanie)
Penulis mengikut ketukan jari.

2.29pagi 13/06/17

Wednesday, 5 April 2017

Psikologi pembelajaran

1.0              Pendahuluan.
Psikologi pembelajaran adalah satu sains yang baru ditemui oleh ahli-ahli psikologi seratus tahun yang lalu. Setelah itu pelbagai huraian tentang proses pembelajaran telah diperkenalkan, namun begitu sebahagian telah lenyap dan setengah lagi masih bertahan sehingga saat ini. Tiga perspektif yang berbeza telah dikenalpasti untuk menghuraikan tentang pembelajaran iaitu teori behaviorisme, kognitif dan kognitif sosial. Setiap perspektif ini telah diasaskan daripada bertahun-tahun penyelidikan dan dapat memberi implikasi dalam kehidupan seharian. (Rahil & Habibah, 2008) Disini akan diterangkan dengan lebih mendalam berkaitan tentang definisi pembelajaran secara terperinci tentang sejarah pembelajaran teori daripada psikologi awal iaitu pengurusan kaedah tidak objektif seperti introspektif sehingga terciptanya teori kognitif sosial yang mentafsirkan pembelajaran pemerhatian dari segi proses kognitif. Ahli-ahli psikologi telah mencadangkan sejak tahun 1940-an bahawa manusia boleh mempelajari perlakuan baru melalui pemerhatian dan peniruan tindak balas orang lain. Mereka mengenali proses ini pada awalnya sebagai teori pembelajaran sosial, namun apabila proses-proses kognitif dimasukkan dalam huraian tentang pembelajaran ianya terus dikenali sebagai teori kognitif sosial. Ahli teori kognitif sosial menghuraikan bahawa pembelajaran terjadi semasa pemerhatian dibuat, sesuatu perubahan tingkah laku dihasilkan daripada pembelajaran mungkin terjadi atau sebaliknya. (Rahil & Habibah, 2008)

Albert Bandura adalah seorang daripada pelopor yang membuat kajian ulung tentang teori kognitif sosial bahawa pembelajaran boleh dilakukan dengan cara peniruan. Beliau telah menggemukakan teori pemerhatian untuk menghuraikan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Ianya juga dikenali sebagai teori peniruan atau teori permodelan. Bandura mempercayai bahawa pandangan ahli-ahli behavioris walaupun ianya tepat tetapi tidak lengkap kerana tidak memasukkan aspek-aspek penting iaitu pengaruh sosial dalam pembelajaran. Beliau telah menulis buku pada tahun 1963 bersama Walters yang bertajuk Social Learning and Personality Development dimana di dalam buku ini beliau meluaskan skop teori pembelajaran dengan menerangkan secara terperinci bagi menghuraikan tentang prinsip pemerhatian dan peneguham. Beliau telah mengenalpasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran memalui pemerhatian atau permodelan iaitu perhatian (attention), mengingat (retention), reproduksi (reproduction) dan peneguhan (reinforcement) / motivasi (motivation) (Sang, 2008; Mohamed, 2001)

2.0              Definisi Pembelajaran
Sejak dari dalam perut ibu lagi, bayi sudah mengalami proses pembelajaran. Kemudian proses itu berlaku berterusan secara formal dan tidak formal. Sedari kecil proses pembelajaran dimulai dengan mempelajari kemahiran menggunakan deria-deria serta anggota badan untuk menyesuaikan dengan persekitaran dan kehidupan. Definisi dari ahli akademik at least 2 org.Apabila memasuki alam persekolahan pembelajaran secara formal akan berlaku iaitu belajar kemahiran mendengar, membaca, menulis dan mengira secara tidak langsung ia adalah titik tolak untuk mempergunakan kemahiran-kemahiran ini untuk mempelajari ilmu pengetahuan daripada pelbagai mata pelajaran. Apabila menginjak usia dewasa ilmu yang sedia ada digunakan untuk menempuh alam pekerjaan dan mempelajari cara bekerja dan bergaul dengan orang-orang yang sebaya dengan usia atau lebih. Dapat dikatakan bahawa proses pembelajaran ini adalah secara berterusan dari janin hingga ke hari tua.
Pembelajaran ditakrifkan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat memberi makna sebagai proses atau perihal (kegiatan) belajar: sistem adalah proses pembelajaran yang berasaskan komputer. (Pusat Rujukan Persuratan Melayu, 2014) Pembelajaran definisi secara am berrmaksud adalah satu proses individu untuk mendapatkan maklumat-maklumat, tingkah laku atau kebolehan yang baru. Dari sudut psikologi, definisi pembelajaran adalah berbeza. Ia didefinisikan sebagai perubahan ke atas tingkah laku seseorang yang dihasilkan oleh kejadian-kejadian sekelilingnya. Perubahan yang berlaku tidak mudah bertukar-tukar tetapi ianya agak kekal dalam bebrapa ketika. Ia juga merupakan proses penyesuaian hasil interaksi diantara individu dan alam sekitarnya. Apabila satu tingkah laku yang baru dipelajari dengan itu secara tidak langsung tingkah laku yang lama akan terhapus (Mohamed, 2001). Contoh seorang kanak-kanak belajar menulis, pada awalnya tulisan yang dihasilkan tidak kemas dan comot tetapi lama-kelamaan jika ia sentiasa berlatih menulis tulisannya akan lebih kemas dan cantik.
Menurut Wilson, Robeck dan Micheal(1974) dalam buku Psychological Foundation of Leaning and Teaching telah memberikan dua definisi pembelajaran iaitu pertama, pembelajaran ialah usaha sesuatu organisma untuk memenuhi keperluannya dan ianya terdiri daripada perubahan-perubahan di dalam sisitem saraf semasa organisma itu melakukan sesuatu untuk menghasilkan keputusan atau kesimpulan. Kedua, Pembelajaran adalah suatu perubahan saraf akibat organisma melakukan berbagai-bagai tindakan dalam kehidupannya. (Sang, 2008). Morgan dan King (1975) dalam buku Foundation to Psychology mendefinisikan pembelajaran sebagai tingkah laku yang ditunjukkan bersifat kekal kesan daripada pengalaman yang dilalui atau latihan yang telah dilakukan. Henry Clay Lindgran dan Donn Byrne (1976) di dalam buku bertajuk Psychology : An Introduction to a Behavioral Science memberi pandangan bahawa pembelajaran melambangkan satu konsep yang digunakan untuk menerangkan perubahan seseorang individu melalui tingkah laku yang ditunjukkan.  Manakala Antia E. Woolfolk dan Lorrain Mc Cune-Nocolich (1980) melalui buku Educational Psychology for Teachers, mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalaman yang berlaku pada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru atau potensi sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru (Sang, 2008).  
Rajah 1 berikut menggambarkan suatu proses pembelajaran secara berperingkat-peringkat:-
Rajah 1 : Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat (Sang, 2008)

Teori pembelajaran merupakan hasil kajian oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tentang konsep pembelajaran, faktor-faktor serta proses dan sebab berlakunya pembelajaran. Ianya menghuraikan tentang unsur, faktor dan mekanisme yang terbabit dalam proses pembelajaran. Teori pembelajaran dihasilkan berasaskan kaji selidik secara saintifik, ianya melalui penyelidikan kuantitatif atau penyelidikan kualitatif. Contoh teor-teori yang dibentuk oleh ahli psikologi behavioristik dan kognitif adalah berasaskan kajian kawalan iaitu penyelidikan kuantitatif dibawah situasi yang dimanipulasikan. Manakala ahli psikologi sosial dan humanis banyak dibentuk dari penyelidikan kualitatif iaitu pemerhatian, kajian kes dan teknik menemuduga  (Sang, 2008).  

3.0              Profil Albert Bandura
Albert Bandura dilahirkan pada 4hb Disember 1925, di sebuah kota kecil Mundare bahagian selatan Alberta, Kanada. Mendapat pendidikan awal di peringkat rendah dan menengah di sekolah biasa. Pada tahun 1949 beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Psikologi di University of British Columbia. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran keperingakat sarjana pada tahun 1951 dan Ph.D in Clinical Psychology 1952 di University Iowa. Kemudian meneruskan pengajian di Wichita Guidance Center. Beliau menjadi terkenal dan berpengaruh dalam teori pembelajaran dan tradisi behavioris. Sewaktu di Iowa, beliau bertemu dengan Virginia Varns seorang instruktur sekolah jururawat. Mereka berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan. Pada tahun 1953 Albert Bandura mengajar di Standford University. Beliau berkerjasama dengan anak didiknya iaitu Richard Walters dan menghasilkan buku pertama bertajuk Adolescent Aggression yang diterbitkan dalam tahun 1959. Namun begitu kerjasama tersebut tidak berlaku lama kerana Richard Walters meninggal dunia akibat kemalangan motosikal. Bandura menjadi Presiden APA pada tahun 1973 dan beliau telah menerima penghargaan atas jasa-jasanya dalam Distinguished Scientific Contributions pada tahun 1980 beliau menerima APA Award (Pajares F., 2004)
Teori Albert Bandura yang terkenal adalah berkaitan dengan konsep modeling bersama Dorrie dan Sheila Ross. Kajian yang berkaitan tentang patung bobo yang mendapat perhatian banyak pihak.

4.0              Teori Kognitif Sosial
Teori sosial kognitif  digunakan dalam bidang psikologi, pendidikan, dan komunikasi, berpendapat bahawa bahagian pemerolehan pengetahuan seseorang individu boleh terus berkaitan dengan memerhatikan orang lain dalam konteks interaksi sosial, pengalaman, dan di luar pengaruh media. Teori ini menyatakan bahawa apabila manusia memerhatikan model melakukan tingkah laku dan akibat tingkah laku itu, mereka ingat urutan peristiwa-peristiwa dan menggunakan maklumat ini untuk membimbing tingkah laku seterusnya. Memerhatikan model yang juga boleh mendorong penonton untuk melibatkan diri dalam tingkah laku mereka sudah belajar. Dengan kata lain, orang tidak belajar tingkah laku yang baru semata-mata dengan mencuba kepada mereka dan sama ada berjaya atau gagal, tetapi sebaliknya, kelangsungan hidup kemanusiaan adalah bergantung kepada replikasi tindakan orang lain. Bergantung kepada sama ada mereka diberi ganjaran atau dihukum kerana kelakuan mereka dan hasil tingkah laku, pemerhati boleh memilih untuk meniru tingkah laku model. Media menyediakan model untuk semua golongan dalam pelbagai situasi persekitaran yang berbeza.
Teori kognitif sosial, yang dibangunkan oleh Albert Bandura, dibangunkan atas cadangan bahawa baik proses sosial dan proses kognitif adalah pusat bagi pemahaman mengenai motivasi, emosi, dan tindakan manusia. Prinsip-prinsip teori tersebut yang merangkumi: 1) Andaian tentang hakikat dan kemampuan manusia; 2) Lima keupayaan kognitif dasar yang dimiliki manusia (symbolising, forethought, vicarious, self-regulatory dan self-reflective). 3) Proses interaksi antara manusia dan persekitarannya; 4) Cara manusia mempelajari tingkah laku (observational learning dan enactive learning); 5) Fungsi insentif sebagai sistem Tetapan tingkah laku manusia; 6) Proses pembentukan efikasi diri dan fungsinya; 7) Fungsi tujuan (goal); 8) Aplikasi teori kognitif sosial dalam kaunseling (Pasiak, 2009).
Beyond Reinforcement (Tanpa Pengukuhan)   Bandura memandang teori Skinner dan Hull terlalu bergantung kepada pengukuhan. Jika setiap unit tindak balas sosial yang kompleks harus diasingkan untuk dirkukuhkan satu persatu,boleh jadi orang tidak pembelajaran apa-apa. Menurut Bandura  pengukuhan penting dalam menentukan sama ada suatu tingkah laku akan terus berlaku atau tidak, tetapi itu bukan satu-satunya pembentuk tingkah laku. Orang boleh melakukan sesuatu hanya dengan mengamati dan kemudian mengulang apa yang dilihatnya. Belajar melalui pemerhatian tanpa ada pengukuhan yang terlibat, bermakna tingkah laku ditentukan oleh jangkaan akibat (ini merupakan pokok teori pembelajaran sosial). Kawalan kendiri dan kognitif , pada konsepnya, Bandura meletakkan manusia sebagai peribadi yang dapat mengatur diri sendiri, mempengaruhi tingkah laku dengan cara mengatur alam sekitar, mewujudkan sokongan kognitif, mengadakan akibat bagi tingkah lakunya sendiri. Kemampuan kecerdasan untuk berfikir simbolik menjadi cara yang kuat untuk menangani persekitaran (dengan menyimpang pengalaman dalam ingatan dalam wujud verbal dan gambaran imaginasi untuk kepentingan tingkah laku pada masa yang akan datang. kemampuan untuk menggambarkan secara imaginasi hasil yang diinginkan pada masa yang akan datang akan mengembangkan strategi tingkah laku yang membimbing ke arah tujuan jangka panjang.
Sistem Kendiri Bandura percaya bahawa pengaruh yang ditimbulkan oleh diri sebagai salah satu penentu tingkah laku tidak boleh dihilangkan tanpa membahayakan penjelasan dan  kekuatan ramalan. Dengan kata lain, diri diakui sebagai unsur dari struktur personaliti. Sistem diri bukan unsur psikologi yangmengawal tingkah lakutapi merujuk kepada struktur kognitif yangmemberi pedoman mekanisme dan satu set fungsi-fungsi persepsi, penilaian, dan tatacara tingkah laku. pengaruh kendiri tidak automatik atau mengatur tingkah laku secara autonomi, tapi diri menjadi sebahagian dari sistem interaksi timbal balik .Manusia mempunyai kemampuan berfikir, dengan kemampuan tersebut manusia memanipulasi persekitaran sehingga terjadi perubahan persekitaran akibat aktiviti manusia. Menurut Bandura, akan terjadi strategi reaktif dan proaktif dalam peraturan diri. Strategi reaktif dipakai untuk mencapai tujuan, namun ketika tujuan hampir tercapai, strategi proaktiflah yang menentukan matlamat baru yang lebih tinggi. Ada tiga proses yang boleh dipakai untuk melakukan tatacara diri, iaitu memanipulasi faktor luaran, mengawasi dan menilai tingkah laku dalaman. Tingkah laku manusia merupakan hasil pengaruh timbal balik faktor luaran dan dalaman (Sang, 2008).
Faktor luaran mempengaruhi peraturan diri dalam dua cara, iaitu pertama, faktor luaran memberi tahap untuk menilai tingkah laku. Faktor persekitaran berinteraksi dengan pengaruh-pengaruh peribadi, membentuk tahap penilaian diri seseorang. Melalui orang tua dan guru, serta pengalaman berinteraksi dengan persekitaran yang lebih luas, anak pembelajaran mengembangkan tahap yang boleh dipakai untuk menilai diri.  Kedua, faktor luaran mempengaruhi peraturan diri dalam bentuk pengukuhan. P ulangan asasnya tidak selalu memberi kepuasan, orang memerlukan insentif yang berasal dari persekitaran luaran. tahap tingkah laku dan pengukuhan biasanya bekerja sama, di mana ketika orang dapat mencapai tahap tingkah laku tertentu maka perlu pengukuhan agar tingkah laku yang sama menjadi pilihan untuk dilakukan semula. Faktor Dalaman dalam peraturan diri Bandura mengemukakan tiga bentuk pengaruh dalaman, iaitu pertama, pemerhatian diri , dimana individu harus mampu melihat prestasinya, walau tidak sempurna kerana individu cenderung menilai beberapa aspek tingkah lakunya dan mengabaikan tingkah laku yang lain. Kedua, proses penilaian tingkah laku adalah melihat kesesuaian tingkah laku dengan nilai peribadi, membandingkan tingkah laku dengan norma nilai tingkah laku orang lain, menilai berdasarkan pentingnya suatu aktiviti dan memberi pengiktirafan prstasi. Tahap peribadi berasal dari pengalaman-pengalaman memerhati model. Berdasarkan sumber model dan prestasi yang mendapat pengukuhan, maka proses kognnitif menyusun saiz-saiz atau norma yang sifatnya sangat peribadi kerana saiz tersebut tidak selalu selari dengan kenyataan. Sebahagian besar aktiviti perlu dinilai dengan membandingkannya dengan saiz luaran, boleh serupa  tahap norma, perbandingan sosial, perbandingan dengan orang lain atau perbandingan kolektif. serta yang ketiga, iaitu tindak balas diri dimana pada akhirnya berdasarkan pemerhatian dan pengadilan, individu menilai diri sendiri dan memberi ganjaran atau menghukum dirinya sendiri (Sang, 2008). 
Efikasi diri bagaimana orang bertingkah laku dalam keadaan tertentu bergantung pada timbal balik  antara persekitaran dan keadaan kognitif, khususnya yang berkaitan dengan keyakinannya bahawa dia mampu atau tidak untuk melakukan tindakan yang memuaskan. Keberkesanan adalah penilaian diri, apakah dapat melakukan tindakan yang baik atau buruk, betul atau salah, boleh atau tidak sesuaidengan yang dikehendaki.  Sumber Efikasi Diri Dalam pandangan Bandura, perubahan tingkah laku adalah perubahan jangkaan keberkesanan. Keberkesanan ini boleh diperoleh, diubah, ditingkatkan atau diturunkan melalui salah satu atau kombinasi empat sumber, iaitu pencapaian prestasi, pengalaman yang diwakili, pujukan sosial  dan keadaan emosi . Efikasi diri sebagai peramal tingkah laku Menurut Bandura, sumber pengawal tingkah laku adalah timbal balik  antara persekitaran, tingkah laku dan peribadi. Keberkesanan diri merupakan pembolehubah peribadi yang penting yang bila digabungkan dengan tujuan-tujuan tertentu dan pemahaman akan menjadi penentu tingkah laku di masa akan datang. Setiap individu mempunyai efikasi diri yang berbeza-beza pada keadaan yang berbeza, bergantung pada kemampuan yang dituntut oleh situasi yang berbeza, kehadiran orang lain serta keadaan fisiologi dan emosi individu tersebut.
Efikasi Kolektif, Bandura berpendapat bahawa individu berusaha mengawal kehidupan dirinya bukan hanya melalui efikasi diri individu,tetapi juga keberkesanan kolektif. Efikasi kolektif adalah keyakinan masyarakat bahawa usaha mereka secara bersama-sama dapat menghasilkan perubahan sosial tertentu. Efikasi diri dan keberkesanan  kolektif bersama-sama saling melengkapi untuk mengubah gaya hidup manusia. Personaliti Dinamik menurut Bandura, motivasi adalah konstruk kognitif yang mempunyai dua sumber, gambaran hasil pada masa yang akan datang (yang boleh menimbulkan motivasi tingkah laku masa ini) dengan harapan kejayaan yang didasarkan pada pengalaman menetapkan dan mencapai matlamat. Dengan kata lain, harapan mendapatkan pengukuhan pada masa yang akan datang akan memotivasi individu untuk bertingkah laku tertentu. Selain itu,dengan menetapkan tujuan yang diinginkan dan mengevaluasinya,maka seseorang akan termotivasi untuk bertindak pada peringkattertentu. Menurut Bandura, pengukuhan boleh menjadi penyebab pembelajaran. Orang boleh pembelajaran dengan pengukuhn yang diwakilkan, jangkaan pengukuhan atau diluar pengukuhan. Perkembangan keperibadian menurut Bandura, kebanyakan pembelajaran terjadi tanpa pengukuhan yang nyata. Dalam kajian, individu boleh mempelajari tindak balas baru dengan melihat tindak balas orang lain, bahkan pembelajaran tetap berlaku tanpa ikut melakukan perkara yang dipelajari, serta model yang diamatinya juga tidak mendapat pengukuhan dari tingkah lakunya (Sang, 2008).
5.0              Kesimpulan
Secara rawaknya dapat disimpulkan bahawa ramai ahli psikologi mentafsirkan bahawa pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, menghasilkan perubahan tingkah laku yang biasanya kekal.Boleh dirumuskan bahawa jenis-jenis pembelajaran boleh diklasifikasikan mengikut bentuk, bidang, cara dan peringkat. Walaubagaimanapun bidang pembelajaran sering berkait rapat antara satu sama lain. Banyak teori pembelajaran adalah dibentuk berasaskan kaji selidik secara saintifik, sama ada penyeledikan kuantitatif atau kualititatif. Oleh ahli psikologi behavioris, dan kognitif berasaskan kawalan. Manakala pembelajaran oleh ahli psikologi berpandukan pada kualititatif iaitu pemerhatian, kajian kes dan intibiu. Dapat disimpulkan Bandura adalah pelopor dalam bidang psikologi sosial yang disegani dengan idea-idea yang menarik dan mencakupi pelbagai lapisan masyarakat. Teori permodelan dan peniruan yang ditonjolkan memudahkan orang mempelajari tanpa melalui pengukuhan yang berulang kali.





















Rujukan
Mohamed, M. N. (2001). Pengantar Psikologi - Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia. Hulu Kelang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pajares F. (2004). Albert Bandura : Biographical Sketch. Retrieved November 15, 2014, from Stanford University - Department Psychology: http://stanford.edu/dept/psychology/bandura/bandura-bio-pajares/Albert%20_Bandura%20_Biographical_Sketch.html
Pasiak, T. (2009). Revolusi IQ, EQ, SQ. Batu Caves: PTS Millennia Sdn Bhd.
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2014, November 15). Carian PRPM DBP Malaysia - Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Retrieved November 15, 2014, from Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pembelajaran
Rahil, M., & Habibah, E. (2008). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.

Sang, M. S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.