Saturday, 19 January 2013

Impian dan realiti...

gambar hiasan
Bila berbicara tentang impian.. semua orang suka mengimpikan sesuatu yang indah, terkadang memang pelik sungguh.. dan ada juga impian itu agak mustahil untuk dicapai.. bagi aku impian perlu ada dalam diri manusia..

Apakah IMPIAN kita?
Impian satu keinginan dalam diri manusia. Menginginkan sesuatu untuk dirinya dan orang yang berada disekelilingnya. Sukar atau mudah untuk mencapainya bergantung pada apakah impian itu? Bukan mudah mengapai segala impian kita, terkadang perlukan pengorbanan dari diri kita sendiri dan orang sekeliling kita. Impian bukannya hanya sebagai menanam tebu ditepi bibir.. impikan sesuatu TETAPI tidak berusaha untuk mengapainya... ibarat menanam pokok tanpa disiram air dan dibaja. Memang impian itu akan terkubur begitu sahaja..

Impian.. perlu diusahakan dengan sebaiknya... untuk mencapai satu impian kita perlu draftkan apa yang perlu dilakukan..
1) Perancangan..
    Merancang impian kita, mengikut kesesuaian diri kita dan apakah impian itu mudah atau sukar untuk digapai. Buat perancangan jangka pendek dan panjang. Tetapkan matlamat kita bila impian itu wajib berjaya dilaksanakan. Merancang dengan teliti mengikut langkah-langkah yang sudah dikenalpasti. Jangan syok sendiri tanpa fakta. Akan menyusahkan diri sendiri.. Perancangan biar betul-betul.. jangan sibuk dok merancang perlaksanan tu tak ada.. tak guna jugalah kan?

2) Perlaksanaan
    Melaksanakan sesuatu impian itu mengikut perancangan yang telah dibuat pada awalnya. Jangan "jump step" susah hendak menguruskan semula. Ikuti langkah-langkah perancangan. Pastikan ianya betul dan tepat. Jangan sesekali mengubah tanpa fakta yang betul. Jangan dok pandai-pandai ya nak menukar segala bagai perancangan tu... memang nak kena ketuk kepala tu...

3) Mencapai Matlamat
   Apakah matlamat kita untuk mencapai impian kita. Tetapkan matlamat kita jangan buat sambil lewa.. tak mudah untuk tetapkan hati sebenarnya.. kena kuat menahan segala dugaan dan ujian yang datang. Terkadang ujian yang datang tidak disangka-sangka. Kita perlu mencari penyelesaian secepat mungkin untuk tidak gagal dalam mencapai matlamat. Mencapai matlamat tu perlu dik non.. jangan buat sesuka hati potong Q atau berhenti.. baik tak payah ada matlamat.

Contoh: Impian - Mendapat segulung ijazah bagi yang berumur dan berkeluarga.

Mesti nak dapat dia ni....
1) Langkah pertama - Perlu ada perancangan yang betul, bila dan dimana? Berapa lama? Perbelanjaan?  Masa? Sesuai atau tidak perancangan yang dibuat? Ambilkira semua sudut jangan buat cacamarba.. Mesti fikir dan ambil kesemuanya secara positif dan negatif. Apa kelebihan dan keburukan?

2) Langkah Kedua - Perlaksanaan mengikut perancangan yang dibuat. Pertama, kenalah buat permohonan mengikut jurusan yang mahu diambil. Setelah menerima jawapan bersiap sedia untuk mendaftar. Mengikut tutorial dengan jadual yang telah disediakan jangan ambil mudah sahaja. Pastikan belajar bersungguh-sungguh.

3) Langkah Ketiga - Mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Pastikan berkerja keras untuk mencapai matlamat. Jangan ikut suka hati mak bapak tiri laki mak dia.. memang tak berjayalah kan.. Pastikan akan mencapai segulung ijazah dalam waktu yang ditetapka... Yahooooo! berjaya...


Apapun impian kita.. jangan jadi macam angan-angan MAT JENIN. Pandai berangan tapi satu apa pun tak dibuat.. memang tak akan menjadi.. akhirnya jatuh gedebus... kan dah sakit badan..
Jadi setiap apa yang hendak dibuat perlu ada perancangan, perlaksanaan dan matlamat. jangan buat macam hangat-hangat tahi ayam.. memang tak akan berjaya.. bagi aku impian perlu ada dalam setiap diri manusia. Perlu ada anjakan paradigma dalam diri kita. Jangan biarkan hidup kita dibelenggu sikap malas dan negatif.. Perlu berusaha untuk berjaya. Jangan kata TIDAK pada apa yang kita impikan. Biarlah apa orang nak kata yang penting apa yang kita buat itu betul dan tidak melanggar norma-norma kehidupan kita..

Hidup ini cukup indah nikamati sebaiknya...
Samiza Ezanie.. peace yoooooo.



Thursday, 3 January 2013

Dah lama tak update blog...

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..

Lama dah tak update blog... banyak benda yang aku buat sejak akhir-akhir ini. Bekerja, belajar dan rumahtangga dalam satu masa yang sama agak memeritkan.. berbagai dugaan terpaksa dihadapi. Pahit dan manis. Memang berpusing 360 darjah kehidupan ini.. banyak benda yang harus dibuat dan banyak hati yang perlu dijaga. Perlu seiring semuanya.. Pengorbanan yang menuntut kesabaran, ketabahan dan sokongan orang sekeliling.

Mendalami ilmu psikologi memang menyeronokkan, menyelongkar segalanya berkaitan dengan kehidupan manusia dan permasalahannya. Dulu aku tak tahu pun otak kiri, otak kanan, sel kelabu dalam otak dan sebagainya. Dulu aku hanya kenal nama Donald Trumph hanya sebagai pengasas the apprentice dan aku tak kenal pun Warren Buffet, Taufik Pasiak, Robert T. Kiyosaki, Dale Carnegie, John Gray, Steve Chandler, Scott Richardson dan beberapa nama lagi. banyak sudah buku motivasi aku baca, buku pengurusan pun dah banyak aku teroka. Betapa aku selama ini tidak mengetahui banyak benda. Sekarang Alhamdulillah walaupun tak banyak aku cuba untuk belajar sedikit demi sedikit. Kata orang lebih baik terlambat dari tak buat langsung kan?

Melangkah setapak untuk berjaya dan terus berjaya mengapai impian. By hook or by crook aku mesti mencuba sedaya upaya untuk mengapai impian. Jika jatuh terus bangun semula jangan kata berputus asa dan menyerah kalah.

Apapun tahun 2013 telah membuka lembarannya banyak benda yang harus kita buat. Jangan pandai membuat azam tapi tak berusaha langsung untuk melaksanakannya. Jika tak tercapai sepenuhnya apa kata berusaha untuk mengapai sebahagian daripadanya.. Jangan pernah malu untuk berusaha kerana tanpa usaha kita tiada apapun.. Jadi berusahalah sebaiknya.. Kerana impian itu cukup indah untuk digapai.

Hidup ini indah..
Samiza Ezanie

Monday, 8 October 2012

Terlalu masa begitu cepat berlalu..

Alhamdulillah kuliah telah pun bermula, kesibukan sebagai mahasitua dan dalam masa yang sama bekerja adalah sesuatu yang agak memenatkan.. Cuba untuk buat yang terbaik dalam hidup.. bukan untuk sesiapa hanya untuk memuaskan hati sendiri... dan inilah natijahnya.. penat.. tapi disebalik kepenatan itu sebenarnya tersembunyi satu kepuasan yang sukar digambarkan..

Terkejar-kejar dengan kuliah dan kerja membuatkan kita rasa masa kita tidak mencukupi... masa inilah pengurusan masa adalah cukup penting. Kata orang jangan sampai nanti yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran.. Tak mudah kan? Sentiasa berdoa pada Allah SWT semoga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan segala tugas yang diberi.. sentiasa berfikiran positif untuk menghalang gelombang negatif muncul tanpa disedari.

Ada masanya kita begitu penat dengan persekitaran dan orang sekeliling kita.. penat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Tanpa sedar dan tanpa tidak sengaja gelombang negatif akan datang dalam diri kita.. mulalah kita berfikir yang bukan-bukan dan terkadang tidak termasuk oleh akal fikiran kita pun.. Betapa saat itu diri kita mudah dipengerahui oleh perkara-perkara dan anasir-anasir yang tidak baik.. Mulalah tidak dapat berfikir secara rasional kerana sudah dipenuhi oleh gelombang negatif dalam diri.. emosi mula menguasai diri tanpa kita tahu.. sedihkan?

Bukan mudah sebenarnya untuk lalui kehidupan yang mencabar ni.. kita perlu kekuatan mental dan fizikal. Bijak mengawal emosi dan situasi.. Bila kita sedar gelombang negatif sudah muncul dalam diri kita cuba bertenang dan rehatkan minda kita. Mengenang perkara-perkara yang baik dan indah sahaja.. berbagai cara boleh kita lakukan untuk menenangkan diri kita sebagai orang islam kita banyakan berdoa pada Allah SWT disamping berusaha untuk mengubah diri kita.. 

Insyallah bila diri kita tenang tanpa kita sedar gelombang negatif itu akan berlalu pergi tanpa kita sedar. Betapa kita perlu sentiasa berfikiran positif dan melakukan perkara yang positif juga.. jadi siapa pun diri kita kita berhak untuk kebahagiaan kita. Jangan peduli apa orang nak kata janji apa yang kita lakukan tidak melanggar hukum atau undang-undang. Lakukan untuk diri kita dan orang disekeliling kita.

Cukup mudah untuk kita berkata-kata tapi sebenarnya terlalu banyak dugaan untuk kita melaksanakannya..
Siapa pun kita kita berhak untuk bahagia! 

Ikhlaskan hati.. redhakan diri dan maafkan semua orang hidup kita akan lebih tenang.. Jangan meninggi diri kerana hidup kita hanya sementara dan jangan sesekali menghina orang dan mengaibkan orang kerana nanti kita akan dapat balasan yang sama.Tak Suka DIAM... tengok saja... jadi pemerhati bisu dan kaku tanpa menyakiti hati sesiapa.. Terkadang orang yang kita malukan dan aibkan akan membantu kita.. jangan mudah mengadili seseorang.. Biar setinggi manapun kita.. harus berpijak dibumi nyata. 

Mungkin dulu kita pernah jadi mangsa tapi kini kita jangan mencari mangsa.. Kalau kita berbuat demikian tiada beza kita dengan dia...Fikirkanlah....

Ikhlas dari hati
Samiza Ezanie.
5.23 pagi...


Monday, 3 September 2012

Secebis senyuman membuatkan kita dihargai..

dipetik dari kata-kata hikmah.. 
     Lama dah tak update blog, kekangan kerja dan urusan peribadi membataskan aku untuk menulis di blog ini.. di malam ini aku berkesempatan untuk menulis sepatah dua ayat yang mungkin ku kongsikan untuk pembaca di blog ini...
    Kemeriahan syawal masih terasa biar sudah berjalan ke penghujungnya.. namapun raya kan? Puasa dah sebulan raya pun nak cukupkan sebulan...(yo lah).. gasakler.. janji kita bahagia apa yang kita perbuat..
    Kebelakangan ini banyak sangat perkara yang berlaku disekeliling aku tak kiralah yang baik dan yang buruk.. aku terpaksa hadap juga benda ni.. namapun warna-warna kehidupan ada ceria ada suram.. bila terkena yang ceria mulalah senyum melebar sampai ketelinga..:-) tapi bila terkena suasana sedih mulalah muka tu mendung macam nak hujan :-( nak buat macam mana kan? Dah namanya pun kehidupan..
   Hanya mampu memerhati dan melihat serta membantu mana yang perlu itupun jika bantuan itu diperlukan... jika tidak hanya mampu memandang dari kejauhan... bukan tidak mahu menghulurkan bantuan tapi ditakuti akan mengeruhkan lagi keadaan, adalah lebih baik mendoakan dari kejauhan dari tak membuat satu apa pun (inikan lebih baik kita membantu dengan doa.. mudah-mudahan segalanya akan jadi baik.. Allah akan membantu kita.. percayalah..)
   Terkadang aku cukup marah dengan orang yang tak menghargai hasil usaha orang lain.. pandang sebelah mata pun tak.. tak salahkan nak ucap terima kasih bukan susah mana pun cuma buka mulut dan keluarkan dua patah perkataan 'TERIMA KASIH' susah sangat ke? Kalau tak boleh bercakap sebab kat dalam mulut tu ada tongkol emas hanya cukup dengan senyuman dan anggukan sahaja itu sudah memadai.. Bukan nak suruh cakap panjang berjela macam orang yang bagi ceramah.. Hanya cakap.. Terima kasih, Thank You..igracias(Spanish), dÄ›kuji( Chzeh), Danke(German), Diolch yn fawr(Welsh), merci(french), gratias ago vos(latin),salamat(Filipina) (ada setengah bahasa tu pendek je nak ucap terima kasih.. jadi mudahkan?).
    Kena buang ego kalau nak orang hormatkan kita.. kata orang zaman sekarang "jangan berlagak diva sangatlah.." ayat orang sekarang ni memang kadang buat kita panas punggung.. tapi itulah hakikat yang kita perhatikan sekarang ni.. Orang bijak pandai ada kata kalau nak orang hormat kita.... kita harus hormat orang dahulu barulah adil.. fair and square... aku ni pun bukan pandai sangat tapi tak salahkan kalau kita berkongsi?
    Pengalaman mengajar seseorang itu menjadi lebih matang.. terkadang kita tengok orang tu macam ala-ala saja tapi sebenarnya didadanya penuh ilmu dan pengalaman.. jadi jangan mudah pandang rendah pada seseorang.. sebelum kita adili seseorang kita harus adili diri kita dahulu.. adakah kita cukup sempurna atau kita serupa macam dia atau lebih teruk lagi.. Jadi perbaiki diri kita dahulu sebelum kita adili orang lain... mudahkan..
    Aku ni pun bagus sangat pun.. banyak sangat kekurangan.. jadi aku harus terus belajar.. tak kiralah cara mana sekalipun cara pembelajaran tu tapi yang penting mahu belajar.. ya tak? Jangan dah pandai sikit dah macam good-good je..(memang hampehlah jawabnya..)

    Aku suka ayat Dr Fadzilah Kamsah ni
    Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

  Hidup ini cukup indahkan....

Samiza Ezanie
03/09/12