1.0 Pendahuluan.
Bidang psikologi
menjanjikan satu peluang kerjaya bagi mereka yang amat meminati bidang ini.
Salah satu kerjaya dalam bidang psikologi adalah ahli psikologi klinikal.
Sebagai contoh di dalam bidang rehabilitasi, perkhidmatan psikologi adalah satu
cabang kepakaran yang penting untuk membantu penyembuhan pesakit. Aplikasi
psikologi yang berhubungkait antara emosi, kognitif, tingkah laku dan masalah
interpersonal akan digunapakai untuk proses penyembuhan (HRC, 2016) Psikologi Klinikal
bermula dari negara barat dan ianya mula berkembang di Malaysia pada tahun
1980an. Ia bermula dengan beberapa orang Ahli Psikologi ini bertugas di Jabatan
Psikiatrik di hospital dan universiti. Program Sarjana Psikologi Klinikal
ditawarkan di Universiti Kebangsaan pada tahun 1994 dibawah program (Postgraduate
School of Universiti kebangsaan Malaysia). Kemudian di ambil alih pada tahun
2001 oleh Faculty of Allied Health
Sciences of UKM. Sehingga sekarang UKM banyak membekalkan tenaga kerja yang
mahir dalam bidang ini. Sebenarnya tidak banyak beza antara ahli sokologi
klinikal dengan ahli-ahli psikologi yang lain (OUM, 2013) .
Psikologi
klinikal adalah satu cabang psikologi yang memberikan tumpuan kepada
membangunkan strategi taksiran dan intervensi untuk menyelesaikan gangguan
mental dan tingkah laku. Psikologi klinikal terutamanya terlibat dalam
pentaksiran psikologi, diagnosis, rawatan dan pencegahan masalah psikologi. Tugas utama bagi seorang ahli psikologi
klinikal adalah untuk mengajar, menjalankan penyelidikan, menyelia pelajar
serta menjalankan taksiran, pencegahan, rawatan dan perundingan. Selain bidang
psikologi klinikal bidang-bidang lain dalam psikologi lain adalah psikologi
kaunseling, psikologi pembangunan, psikologi kognitif, psikologi fisiologi,
psikologi sosoal dan psikologi industri dan organisasi. Ahli psikologi klinikal
berkerjasama dengan pekerja profesional kesihatan mental yang lain seperti
pakar psikiatri, pekerja sosial klinikal dan jururawat psikiatri. Tetapi
seorang ahli pskologi klinikal tidak boleh memberikan ubat kepada pesakit
kerana mereka bukan doktor. Oleh itu untuk menjadi seorang ahli psikologi
klinikal di Malaysia perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan
antara ahli psikologi klinikal dan ahli psikologi kaunseling, perbezaan yang
paling besar iaitu dari segi jenis klien yang ditemui, pendekatan dan teori
yang digunapakai. Ahli psikologi klinikal bekerja dengan seorang yang mempunyai
masalah psikopatalogi dan sebahagian besar dari mereka ini dilatih untuk
menggunakan kaedah penaksiran individu menggunakan teknik-teknik projektif.
Ahli psikolgi kaunseling bekerja dengan individu atau masyarakat yang lebih
normal dan matang. Memberikan perkhidmatan dalam penaksiran dan kerjaya dan
vokasioanal individu (Mohamed, 2001; OUM, 2013) .
2.0 Laluan kerjaya untuk menjadi ahli
psikologi klinikal yang layak di
Malaysia.
Sebelum
memenuhi cita-cita untuk menjadi seorang ahli psikologi klinikal , individu itu
perlu memilih kursus yang bertepatan dengan syarat-syarat kelayakan kerja yang
di iktiraf oleh kerajaan. Seseorang itu perlu menghabiskan kursus yang di
ambil, psikologi adalah bidang yang mengkaji tingkah laku manusia secara
saintifik yang melibatkan perasaan, motivasi dan tingkah laku. Mereka yang
mengambil kursus ini akan mempelajari tentang statistik, analisis, fisiologi
otak, dan kajian terperinci bagaimana semua ini memberi kesan kepada tingkah
laku. Mereka perlu mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Psikologi dimana-mana
universiti yang diiktiraf. Untuk menjadi Ahli psikologi Klinikal mereka perlu
mengambil pengkhususan dalam bidang psikologi klinikal. Ijazah sarjana dalam bidang psikologi klinikal adalah ijazah pasca
siswazah yang menyediakan individu yang ingin bekerja sebagai ahli psikologi
klinikal. Program sarjana bertujuan untuk membantu pelajar dalam memperolehi
pemahaman dan kecekapan dalam penyelidikan, teori psikologi dan amalan. Walau
bagaimanapun, penekanan diberikan kepada pembangunan psikopatologi, rawatan
berasaskan bukti, psikologi masyarakat, penyebaran, dan penilaian program
dengan remaja, kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai latar belakang.
Pelajar mengambil master dalam bidang psikologi klinikal dijangka mempunyai
kemahiran untuk menggalakkan tahap optimum fungsi psikologi untuk mengurangkan
tahap tekanan psikologi. Melalui program sarjana, pelajar disampaikan dengan
kepakaran dalam penilaian, diagnosis masalah, rawatan dan pencegahan
masalah-masalah tingkah laku dan emosi.Sebahagian daripada masalah termasuk:
kebimbangan, tekanan, kemurungan, masalah hubungan, pelarasan untuk penyakit
fizikal dan penyalahgunaan dadah. Program sarjana menyediakan graduan dengan
pengetahuan, kemahiran, dan etika yang berkaitan bagi bidang psikologi
klinikal. Program ini menyediakan kemahiran yang diperlukan kepada pelajar
melalui gabungan amalan diselia, kerja kursus dan penyelidikan; ini membantu
menggilap kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. Latihan graduan dalam
program sarjana yang dilatih mengenai penggunaan model amalan berasaskan bukti
untuk digunakan dalam amalan mereka, kedua-dua dalam kesihatan dan suasana
kesihatan mental (Masterstudies.com.my, 2016) .
Untuk menjadi
seorang Pegawai Psikologi gred 41 di Malaysia, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) mestilah mempunyai kelayakan yang tetah ditetapkan. Oleh yang
demikian syarat-syarat yang wajib dipenuhi adalah seperti berikut (SPA, 2016) :-
PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya
berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi
Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan
Malaysia)
·
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
·
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
·
Jadual Gaji:
Gaji
Minimum
|
Gaji
Maksimum
|
Kadar
Kenaikan
Gaji Tahunan |
RM2,078.00
|
RM9,544.00
|
RM225.00
|
SYARAT LANTIKAN :
|
||
1.
|
Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki kelayakan seperti berikut:
|
|
(a)
|
warganegara Malaysia;
|
|
(b)
|
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan; dan
|
|
(i)
|
ijazah sarjana muda kepujian
dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf
oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau
|
|
(ii)
|
ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains
tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau |
|
(iii)
|
ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi
klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau |
|
(iv)
|
ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi,
Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32) |
|
SYARAT KELAYAKAN BAHASA
MELAYU
|
||
2.
|
Calon bagi lantikan hendaklah
memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan
|
|
SYARAT PENINGKATAN SECARA
LANTIKAN
|
||
3.
|
Pegawai sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh
Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke
jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan:
|
|
(a)
|
i.
mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii.
lulus Peperiksaan Khas; dan
|
|
(b)
|
had umur pelantikan:
|
|
i.
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii.
berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii.
berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan
bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
|
||
DESKRIPSI TUGAS :
|
||
Bertanggungjawab merancang,
melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang
psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
|
||
3.0 Pentauliahan seorang psikologi klinikal di Malaysia
Seorang ahli
psikologi klinikal perlu mendapat pentauliahan sebelum menjalankan tugas dari
Kerajaan Malaysia. Syarat Kelayakan untuk pentauliahan telah diterangkan dalam
perenggan 2. Ahli psikologi klinikal dilindungi dibawah akta-akta yang tersedia
seperti ahli-ahli psikologi yang lain. Antaranya AKTA 774 Akta Profesion
Kesihatan Bersekutu 2016 (AKTA 774, 2016) Ia adalah satu Akta
untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu
Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal
sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan orang yang menjalankan aktiviti yang berhubungan
dengan kesihatan bersekutu, untuk mengawal selia amalan Profesioan Kesihatan
Bersekutu dan bagi perkara-perkara berkaitan. “profesion kesihatan bersekutu”
ertinya apa-apa profesion yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung
kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk;
“Profesiaon Kesihatan Bersekutu” ertinya profesion dalam kesihatan bersekutu
yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan
kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalu peraturan di bawah seksyen 11., AKTA
615, Akta Kesihatan Mental 2001 (AKTA 615, 2001) Dalam Akta ini ia
menerangkan tentang kesihatan mental di Malaysia dan prosedur-prosedur yang
telah ditetapkan bagi mereka yang terlibat dalam kesihatan mental. Setiap Ahli
Psikologi Klinikal perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum menjalankan tugas.
AKTA
586 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (AKTA 586,
1998) , AKTA 580 Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580,
1998)
Menurut Undang-undang Malaysia menyatakan “profesional jagaan kesihatan”
termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli
psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi,
ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan
mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan,
kesihatan, pergigian, farmaseutikal, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan
lain yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan;
4.0 Temubual dengan seorang ahli psikologi
klinikal
Sesi
temubual dijalankan pada pukul 2.30 petang bertempat di Pejabat Pegawai Ahli
psikologi Hospital Sulatanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor. Ia dijalankan
bersama Encik Soo Xi You.seorang Pegawai Psikologi. Beliau ditempatkan di
Jabatan Psikiatri hospital tersebut. Telah diketahui bahawa Ahli Psikologi
Klinikal adalah satu bidang baru dan masih belum berkembang pesat di
daerah-daerah kecil seperti Batu Pahat. Oleh yang demikian sebagai alternatif
saya menemubual beliau bagi menyempurnakan tugasan saya. Peranan beliau adalah
seperti merancang, menyelaras, dan
memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi 5 aspek iaitu pertumbuhan dan perkembangan,
pencegahan, intervensi, rawatan,
pemulihan/rehabilitasi psikososial untuk pesakit dan kakitangan Hospital
Sultanah Nora Ismail. Selain itu mengendalikan
sesi kaunseling individu, kelompok atau keluarga. Beliau juga
mengendalikan sessi kaunseling program metadon, mengadakan ceramah, syarahan,
bengkel dan seminar. Menyimpan semua fail/rekod sesi kaunseling untuk tujuan
tindakan susulan dan statistik.
Selain
itu beliau menjalankan ujian-ujian atau inventori-inventori psikologi, analisis
dan kaji selidik. Mengadakan aktiviti berbentuk kaunseling dan psikologikal
selaras dengan aktiviti unit. Mengambil maklumat-maklumat dan data-data anggota
yang bermasalah serta bertanggungjawab melaporkan Jawatankuasa Pengurusan.
Mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk kes-kes tertentu dan menjalankan
kerja pengurusan mengikut arahan pihak atasan. Beliau juga menerangkan bahawa
intervensi bertujuan merubah tingkah laku seseorang individu, keadaan emosi
atau kognisi bagi menangani masalah psikologi. Ia adalah gabungan biologi dan
psikososial bagi merawat pesakit. Intervensi biologi bagi merawat penyakit
keturunan atau genetik dan neutron pada otak atau badan. Tingkah laku keturunan
adalah kelakuan genetik. Hasil dapatan kajian ini dapat menerangkan bahawa
personaliti seseorang itu adalah hasil pengaruh genetik dan banyak mana genetik
itu mempengaruhinya. Manakala
psikopatologi pula akan diketahui berapa banyak perbezaan tingkah laku
seseorang individu dan pembangunannya.
Memetik dari sebuah laman web rasmi
Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC, 2016) sebagai contoh
tetang peranan-peranan yang berkaitan ahli psikologi klinikal dengan pasukan
pelbagai disiplin yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Psikologi
Klinikal mengadvokasi kemajuan dalam kualiti hidup individu yang hilang upaya
dengan menyediakan perkhidmatan pengujian klinikal dan terapi bagi membantu
individu menangani dan menyesuaikan ketidakupayaan dengan keadaan semasa. Oleh
itu, matlamat perkhidmatan psikologi klinikal adalah untuk meningkatkan
kefungsian dan mengurangkan ketidakupayaan dengan mengurangkan limitasi
terhadap kebolehcapaian menjalankan aktiviti harian seperti biasa sekaligus
mengurangkan limitasi dalam penyertaan aktiviti sosial.
Dengan
adanya keperluan yang tinggi dan kepentingan pemberian perkhidmatan psikologi
klinikal kepada individu yang hilang keupayaan, Hospital Rehabilitasi Cheras
telah memperkenalkan perkhidmatan psikologi klinikal yang pertama di dalam
skop perubatan rehabilitasi di Malaysia. Keperluan ini merupakan pelengkap
kepada perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang mengutamakan rawatan holistik
dan menyeluruh di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Perkhidmatan
Psikologi Klinikal mula diperkenalkan di Hospital Rehabilitasi Cheras secara
rasminya bermula Julai 2012 dan diwujudkan sebagai sebuah unit di bawah pengurusan
Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi. Seorang Pegawai Psikologi Klinikal S48
ditempatkan di Unit Psikologi Klinikal bagi memulakan perkhidmatan psikologi
klinikal.
Pegawai
psikologi yang bekerja di Hospital Rehabilitasi Cheras bukan sahaja menjalankan
kerja-kerja klinikal, malahan juga terlibat di dalam pemberian latihan /
pengajaran, menjalankan kajian rehabilitasi, pendidikan kepada orang awam,
terlibat di dalam pembinaan polisi dan kerja-kerja advokasi. Selain itu,
pegawai psikologi juga terlibat secara konsisten dalam interdisciplinary
teamwork bagi membantu individu mencapai objektif perawatan
rehabilitasi secara optimal.
OBJEKTIF
PERKHIDMATAN KLINIKAL
i.
Menyediakan perkhidmatan penilaian psikologikal (Gred
C), penilaian neuropsikologikal (Gred C)
ii.
Memberi konsultasi berkaitan perkhidmatan psikologikal
kepada pihak yang merujuk
iii.
Menyediakan pelan intervensi psikologikal /
rehabilitasi kognitif kepada individu-individu yang dirujuk
iv.
Menyediakan intervenesi psikologikal kepada individu
dan keluarga mereka
v.
Memberi psiko-pendidikanMenyediakan latihan dan
penyeliaan untuk pelatih Psikologi Klinikal di HRCMemainkan peranan aktif dalam
kumpulan interdisiplin
Pendidikan pesakit secara berkelompok
kepada individu dan ahli keluarga mereka
vi.
Untuk mendidik pemahaman orang ramai berkaitan
pemulihan dan kurang upaya
PERKHIDMATAN
PENYELIAAN
Memberi
latihan dan penyeliaan kepada psikologis yang baru atau psikologis intern
dengan penjurusan kepada rehabilitasi
PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN PESAKIT
a.
Mendidik orang awam dan mempromosi kefahaman terhadap
rehabilitasi dan ketidakupayaan
b.
Mendidik orang awam terhadap kepentingan kesihatan
mental dan kesihatan perkembangan ahli keluarga mereka yang mendapatkan
perkhidmatan rehabilitasi
PENGURUSAN
a.
Mengkoordinasi perkhidmatan psikologikal yang
disediakan oleh Unit Psikologi Klinikal di Hospital Rehabilitasi Cheras
(HRC)
b.
Memberi konsultasi secara aktif dalam pembentukan
polisi dan perkembangan perkhidmatan psikologikal di HRC, juga di peringkat
kementerian
c.
Menyertai kajian, penilaian kualiti perkhidmatan dan
program-program berkaitan yang dianjurkan oleh Unit Psikologi Klinikal,
HRC
FUNGSI
UTAMA (UMUM)
1.
Pengujian Psikologi Gred C
Aktiviti -
pengujian psikologikal
- pengujian neuropsikologi
- pengujian baseline (asas)
2.
Psikoterapi
Aktiviti
- cognitive behavior therapy
- behavioral intervention
- other therapy modalities
3.
Konsultasi
Aktiviti -
konsultasi kes
4.
Penyeliaan Kes
Aktiviti -
penyeliaan kes
5.
Psiko-pendidikan
Aktiviti - psiko-pendidikan
6.
Penyelidikan Psikologi
Aktiviti -
penyelidikan psikologi
4.0 Kesimpulan.
Psikologi
klinikal adalah kajian saintifik berkaitan
emosi, biologi, tingkahlaku dan
sosial dalam semua peringkat pertumbuhan atau pembangunan. Ia merangkumi dari aspek
memahami, mengamalkan, membuat ramalan dan mengurangkan tingkah laku yang tidak
wajar. Ahli psikologi klinikal mempunyai peranan yang cukup besar di era
globalisasi dan faktor ekonomi yang semakin memberikan tekanan pada individu
dan masyarakat. Menjadi satu keperluan untuk meningkatkan kesedaran bahawa psikologi
klinikal adalah satu profesyen dan sebagai satu disiplin sains kesihatan kerana
ianya penting bagi menyempurnakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Biarpun
ia agak berbeza sedikit dengan tugas-tugas seorang kaunselor tetapi perbezaan
itu tidak begitu ketara. Ini kerana dalam sub-sub bidang psikologi klinikal
antaranya ada dalam bidang psikologi kaunseling, begitu juga sebaliknya.
Masing-masing memainkan peranan yang cukup besar dalam menempuh arus
permodenan. Keupayaan generasi Y adalah melangkaui apa yang dijangkakan, oleh
itu Kerajaan Malaysia perlu mencari jalan-jalan penyelesaian untuk melahirkan
generasi yang berdaya saing dan berfikiran positif. Adalah sesuatu yang mengembirakan rakyat
Malaysia apabila kerajaan telah menubuhkan pusat kesihatan mental komuniti yang
memang diperlukan. Ini kerana ia dapat meningkatkan tahap penjagaan kesihatan
mental negara ini. Secara tidak langsung ahli psikologi mempunyai peranan yang
cukup besar di dalam komuniti. Ia adalah satu kerjaya baru yang menjadi satu
keperluan. Oleh itu melahirkan tenaga mahir dalam bidang ini adalah menjadi
keutamaan pada negara. Langkah-langkah perlu diambil untuk menarik minat
pelajar-pelajar menjadi ahli psikologi klinikal sebagai satu profesyen yang
menarik dan berdaya saing dengan bidang-bidang profesyen psikologi yang lain
seperti ahli psikiatrik, kaunselor dan psikologi industri dan organisasi.
*/- 2500 patah perkataan.
Rujukan:-
AKTA 580. (1998). Undang-Undang Malaysia, cetakan
semula Akta 580 ; Akta Kaunselor 1998 Cetakan semula 1 januari 2006.
Retrieved November 10, 2016, from Portal RasmiJabatan Kebajikan Masyarakat:
http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Akta%20Kaunselor.pdf
AKTA 586. (1998). undang-Undang Malaysia ; cetakan
semula Akta 586; Akta kemudahan dan jagaan Kesihatan Swasta 1995; mengandungi
segala pindaan hingga 1 Mei 2006. Retrieved November 10, 2016, from Laman
Web Rasmi Bahagian Amalan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.:
http://medicalprac.moh.gov.my/v2/uploads/Akta%20586%20KPJKS%201998(BM).pdf
AKTA 615. (2001). View Akta Kesihatan ; Akta
Kesihatan Mental 2001 AKTA 615. Retrieved November 10, 2016, from Portal
Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/11/29
AKTA 774. (2016). View Akta Kesihatan ; Akta 774;
Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved November 10, 2016, from Portal
Rasmi Kementerian kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/11/38
HRC. (2016, November 5). Unit Psikologi Klinikal :
Hospital Rehabilitasi Cheras. Retrieved November 6, 2016, from Laman web
rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras:
http://www.hrc.moh.gov.my/utama/index.php/ms/jabatan-andunit/perkhidmatan-klinikal/perubatan-rehabilitasi-pakar-perunding/unit-psikologi-klinikal
Masterstudies.com.my. (2016). Terbaik 23 Ijazah
Sarjana Dalam psikologi Klinikal 2017 - Masterstudies.com.my. Retrieved
November 10, 2016, from Portal Rasmi Masterstudies.Com.My:
http://www.masterstudies.com.my/Sarjana/Psikologi/Psikologi-Klinikal/
Mohamed, M. n. (2001). Pengantar Psikologi - satu
pengenalan asas kepada jiwa dan tingka laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
OUM. (2013). ABPC1103- Introduction to clinical
Psychology. Open University Malaysia.
SPA. (2016). Pegawai Psikologi Gred41 - Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam:
http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1152
