Wednesday, 5 April 2017

INDUSTRIAL AND ORGANISATIONAL PSYCHOLOGY

1.0              Pendahuluan.
Psikologi industri dan organisasi adalah merupakan satu cabang ilmu dalam psikologi, ianya boleh didefinisikan antaranya sebagai pembelajaran berkaitan perhubungan antara manusia dalam bidang pekerjaan (PsychoShare, 2014). Psikologi industri dan organisasi adalah satu bidang yang penting kerana ia adalah satu bidang yang penting kerana ia mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang pekerjaan harian manusia. Ianya amat penting bagi negara-negara perindustrian yang baru seperti Malaysia. Melalui skop ini juga segala fenomena hubungan manusia dengan tempat kerjanya dan segala permasalahan yang ada kaitan dengan alam pekerjaan dapat di kenalpasti, dikaji dan diatasi. Keduanya adalah di anggap penting dan tidak boleh diketepikan. Manusia di anggap komponen penting kerana manusialah yang mengendalikan semua urusan kerja dari peringkat bawahan hingga atasan iaitu daripada buruh kasar hingga ke peringkat eksekutif. Ianya bermula dari perkhidmatan hingga pembuat dasar yang akan membentuk dan menentukan aliran kehidupan manusia lain. Manusia tidak boleh  di anggap sebagai robot atau alat sistem birokrat yang menjalankan kerja semata-mata (Chong, 2015; Mohamed, 2001).
Setiap manusia itu mempunyai personaliti atau keperibadian yang berbeza dan ada masanya ianya boleh mengganggu perlaksanaan sesuatu kerja. Telah sedia maklum manusia itu punya emosi dan perasaan yang berbeza-beza mengikut keadaan dan masa. Ianya akan mempengaruhi tindakan dalam melaksanakan tugas. Dalam hal ini meletakkan kesalahan pada manusia semata-mata adalah tidak betul kerana manusia itu sendiri tidak bersifat sempurna, pasti ada cacat dan celanya ketika melaksanakan tugas. Bidang psikologi industri dan organisasi ini akan memberi lebih tumpuan kepada perhubungan yang dinamik antara manusia dan bidang kerjanya juga memahami segala permasalahan manusia dalam ruang lingkup kerjanya. Pakar-pakar dalam bidang psikologi industri dan organisasi mencari cara atau jalan yang bersesuaian untuk membolehkan manusia wujud dengan baik ditempat ia mencari rezeki. Mencari jalan yang terbaik untuk penyesuaian yang dimanik untuk melahirkan satu tempat yang kondusif bagi mereka menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah dan gembira. Tempat kerja bukan tempat untuk menjadikan manusia itu seperti mesin yang mempunyai butang “on” dan “off” (Mohamed, 2001; Chong, 2015) Menurut Society for Industrial and Organisational Psychology (SIOP) sejarah psikologi industri dan psikologi ini bermula pada awal 1900Masihi  hingga 1960Masihi tetapi ianya berlaku penambaikan dari semasa ke semasa dengan perkembangan teknologi yang moden. Banyak teknologi-teknologi baru yang muncul dari sehari ke sehari dan ini menjadi cabaran bagi mereka yang berada di dalam bidang ini (Chong, 2015).
2.0              Sejarah utama dalam psikologi industri dan organisasi.        
Menurut sejarah bidang psikologi industri dan organisasi ini mempunyai sejarah yang pendek berbanding dengan bidang psikologi-psikologi yang lain.  Ianya mula digunakan dalam perang dunia pertama iaitu sekitar tahun 1917 dalam pemilihan dan penempatan askar yang dilantik. Pada tahun 1919 Syarikat Scott adalah syarikat perunding pertama yang memberi tumpuan kepada penempatan, latihan dan penyelidikan dalam psikologi industri dan organisasi. Pada tahun 1925 pakar-pakar psikologi mula memberikan tumpuan kepada hal-hal motivasi, komunikasi dan tindakan manusia dalam kelompok mereka. Dan ianya terus berkembang dari semasa ke semasa. Kajian Hawthrone (1935) dilakukan disebuah kilang elektrik di Illinois untuk mengkaji kaitan antara corak kerja dengan suasana fizikal sesuatu tempat itu. Penyelidik Elton Mayo antara lain memerhati kaitan antara produktiviti seseorang pekerja dalam pelbagai suasana antaranya seperti cahaya, bising, kelembapan, suhu dan perkara yang mengganggu keselesaan seseorang pekerja. Dalam hasil kajian tersebut mendapati persekitaran tempat kerja memberi kesan kepada produktiviti seseorang pekerja. Kajian Hawthrone ini menjadi pelopor dalam bidang psikologi industri untuk melakukan penyelidikan secara berterusan dan sistematik (Chong, 2015; Mohamed, 2001).
Pada tahun 1939 satu kamus berkaitan tentang analisis pekerjaan yang merangkumi 12,000 bidang pekerjaan iaitu Dictionary of Occupational Title (DOT). Dalam tahun 1940 dalam Perang Dunia Kedua Bingham dan Yerkes membangunkan ujian pemilihan untuk diaplikasikan semasa pemilihan tentera.  Tumpuan diberi kepada keselesaan diruang kerja dalam tahun 1945 mula mencatat sejarah, ianya memberi tumpuan kepada bidang psikologi kejuruteraan dan ergonomik.Manakala APA Division 14 telah ditubuhkan (Society for Industrial and Organisational Psychology : SIOP) dalam tahun 1946. Manakala dalam tahun 1964 satu akta diluluskan di Amerika Syarikat yang mendraftkan berkaitan isu-isu keadilan dan menangani isu-isu diskriminasi. Dalam tahun 1960an juga psikologi organisasi telah dimulakan untuk membuat kajian berkaitan proses-proses yang dinamik yang akan wujud dalam suasana kerja yang kondusif (Chong, 2015; Mohamed, 2001).  
Di Malaysia sendiri bidang psikologi industri berkembang agak pesat,Bahagian Psikologi, Jabatan Antropologi dan sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjadi pelopor bagi menawarkan bidang psikologi industri dan organisasi dalam sesi 1975/1976. Kursus-kursus ini telah diikuti oleh universiti-universiti lain di Malaysia selepas itu. Bidang-bidang yang ditawarkan seperti Psikologi Industri dan Organisasi, Pengurusan Personelia, Hubungan Manusia dalam Pentadbiran, Kaunseling dalam pengurusan dan Gelagat Organisasi dan kesemua bidang ini telah dibuat penyepaduan ke dalam program-program ijazah yang ditawarkan. Psikologi industri dan organisasi juga telah diperkenalkan dan diperbesarkan oleh beberapa badan profesional dan kerajaan di Malaysia antaranya Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Institut Perguruan Malaysia dan Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN). Negara akan dapat manfaat yang besar apabila ianya digunakan secara meluas (Mohamed, 2001).
Penekanan dalam bidang psikologi industri dan organisasi ini bukan sahaja kepada permasalahan kepada pekerja dan situasi tempat kerja tetapi ia juga mencakupi tentang masalah komunikasi antara sesama pekerja, perkerja dengan majikan, sesama majikan juga antara industri dan pengguna. Masalah-masalah yang timbul ini menyebabakan satu bidang khas diwujudkan iaitu kaunseling. Dimana ianya memainkan peranan untuk memperbaiki hubungan sesama manusia yang berada dalam industri. Ianya mempunyai skop yang luas dimana bidang ini memberi motivasi dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi ini termasuklah tekanan, keselamatan, waktu bekerja dan disiplin yang perlu dipatuhi. (Zafir, Mohd Hizam, & Fazilah, 2012; Mohamed, 2001)

3.0              Profesion psikologi industri dan organisasi.
Industri didefinisikan sebagai suatu kegiatan pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap dan mempunyai nilai tambah untuk menjana pendapatan dan keuntungan. Industri berasal daripada bahasa latin industria yang bermaksud buruh atau tenaga kerja. Manakala organisasi adalah satu sistem yang ada di dalam sesuatu tempat yang melibatkan bebeberapa bahagian di dalam dan persekitarnnya yang mempunyai kaitan antara satu sama lain. Menurut Robert dan Counter (2007) mendefinisikan organisasi sebagai satu kolektif yang dirancang oleh dua orang atau lebih yang mengandungi pembahagiaan buruh dan autoriti berhireraki untuk mencapai matlamat secara bersama. Organisasi mencakupi elemen-elemen seperti manusia, struktur dan matlamat. Manusia dikelompokkan dalam cara tertentu diperlukan untuk menjalankan tugas-tugas dan operasi sesuatu organisasi. Manusia ini akan diletakkan di dalam struktur yang berkaitan bagi memudahkan menguruskan mereka. Kemudian barulah matlamat akan dapat dicapai dengan perstrukturan yang baik dan betul. Dalam bahasa mudahnya organisasi itu adalah satu sistem yang merangkumi pelbagai akviti manusia seperti sumber semulajadi, modal dan bahan. Kepelbagaian aktiviti akan memenuhi matlamat individu melalui interaksi dengan persekitaran (Zafir, Mohd Hizam, & Fazilah, 2012; Mohamed, 2001).
Psikologi adalah satu bidang yang penting dan semakin berkembang dalam kelompok manusia atau masyarakat ini kerana psikologi itu sendiri didefinisikan sebagai suatu disiplin kajian dan menguruskan secara saintifik tingkahlaku manusia. Kerjaya dalam bidang psikologi ini memerlukan seseorang individu itu mempunyai kebolehan serta kemahiran dan pengetahuan yang boleh menyelesaikan permasalahan manusia. Ia adalah satu bidang yang luas dan mempunyai pengkhususan tertentu mengikut keperluan, profesion psikologi industri dan organisasi ini memainkan peranan dalam bidang yang berkaitan dengan industri dan organisasi (Mohamed M. N., 2001; Chong, 2015). Masalah hidup manusia berpunca daripada dorongan hati dalam pengertiannya yang halus atau ‘non physical’ ke arah yang bercanggah dengan peraturan-peraturan dan etika yang dilandaskan oleh norma-norma kehidupan. Hati yang jahat menjadikan akal beroperasi bagi memenuhi cita-citanya (Yatimah & Mohd Tajudin , 2011). Perbuatan-perbuatan ini menyebabkan konflik di dalam dirinya. Sebagai contoh dalam bidang pekerjaan jika pekerja itu gagal mengawal hati dan jiwa maka ahli psikologi industri dan organisasi memainkan peranan untuk mendekati pekerja-pekerja ini dan menyelesaikan masalah.
Dalam psikologi industri dan organisasi ini terbahagi kepada beberapa cabang mengikut bidang tugas yang dipertanggungjawabkan. Psikologi personel bertanggungjawab dalam pemilihan dan penilaian prestasi pekerja. Ianya merangkumi dalam mengambil pekerja yang sesuai dengan dengan tugasan yang diberikan, memberi latihan kepada pengkhususan kerja yang kompleks agar dapat diselaraskan dengan visi dan misi organisasi dan penilaian dilakukan secara berterusan. Bagi pemilihan melalui penilaian psikologi ianya untuk menapis calon-calon pekerja bagi syarikat-syarikat tertentu yang mengamalkan ujian ini. Ujian-ujian psikologi diberikan kepada mereka seperti ujian, minat, sikap, kebolehan, personaliti, kecekapan motor, kecelaruan tingkahlaku, kecerdasan fikiran dan masalah jiwa. Ujian standard boleh digunakan untuk memilih pekerja. Tidak dinafikan akan timbul pelbagai masalah dalam pemilihan ini termasuk tanpa sengaja melakukan diskriminasi terhadap sesuatu golongan contohnya bagi mereka yang mengalami kecacatan kekal dan keupayaan mereka diragui untuk mengalas tanggunjawab kerja yang diamanahkan nanti.  Mengadakan temuduga dengan pekerja yang memohon jawatan yang ditawarkan. Memeriksa latar belakang dari segi pendidikan dan kemahiran yang pekerja itu miliki. Adakah ianya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan (J.Trump, 2014; Mohamed M. N., 2001; PsychoShare, 2014).  
Satu cabang lagi adalah memotivasikan pekerja, ada beberapa konsep yang perlu difahami dalam memotivasikan mereka antaranya pekerja perlu dimasukkan ke dalam semua proses dan semua langkah yang terlibat. Kata kuncinya adalah kerja berpasukan bukan hierarki. Setiap mereka perlu dilayan sebagai individu, sentiasa mengakui kepentingan mereka dan tunjuk hormat kepada mereka. Melayan mereka sebagai seorang manusia, seterusnya baru melayan mereka sebagai pekerja. Dorong mereka melakukan kerja yang terbaik, setelah itu berikan mereka pengiktirafan dan ganjaran. Semua orang akan  memberi respons positif kepada jangkaan. Apabila mereka dilayan sebagai orang yang berkemahiran dan cerdik serta membiarkan mereka bekerja mengikut cara mereka tersendiri pasti mereka akan melakukan yang terbaik kerana mereka mendapat kepuasan dari hasil kerja mereka (Mary & David, 2012; Hill, 2012; Carnegie, 2013).
Suasana tempat kerja memainkan peranan bagi penghasilan produk. Suasana yang kondusif akan memberi keselesaan kepada pekerja. Dan sebagai seorang psikologi industri dan organisasi mereka perlu memastikan persekitaran kerja tidak mengganggu tumpuan kerja mereka. Kenalpasti segala punca masalah dan berbincang dengan pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah. Contoh pekerja dibiarkan bekerja dalam kecerahan yang sederhana sedangkan mereka perlu yang kecerahan yang tinggi untuk memeriksa kualiti produk yang akan dikeluarkan. Ini akan menyebabkan pekerja mengalami keadaan tidak selesa dan tertekan kerana sukar untuk memeriksa kualiti produk mengikut piawaian yang ditetapkan oleh syarikat (Mohamed M. N., 2001; Hill, 2012).
Bidang psikologi kejuruteraan, kita melihat bagi suasana tempat kerja, peralatan dan perkakasan kerja yang bersesuaian dengan mesin dan manusia. Ia juga dikenali sebagai ergonomik (ia adalah satu cabang sains yang akan diterangkan dalam tajuk psikologi industri dan organisasi di anggap sains). Cabang psikologi ini bertujuan untuk menyesuaikan suasana fizikal tempat kerja serta peralatan perkakasan dengan manusia. Penyesuaian ini perlu dilakukan secasa dinamik untuk lebih memudahkan kerja kepada manusia daripada memaksa pekerja menyesuaikan diri dengan mesin. Kemalangan dan keselamatan kerja adalah saling berkait kerana adalah mustahil tidak berlaku kemalangan dalam tempat kerja. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu diambil dan orang yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan tempat kerja yang selamat. Mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, memantau setiap pekerja mematuhi arahan keselamatan untuk mengelak kemalangan. Dalam hal ini kemalangan boleh berlaku bila-bila masa akibat kecuaian pekerja itu sendiri atau organisasi. Langkah-langkah keselamatan adalah berbeza mengikut industri yang dijalankan (Mohamed M. N., 2001; Chong, 2015; Zafir, Mohd Hizam, & Fazilah, 2012).
Sepatutnya tempat kerja adalah tempat yang selamat untuk bekerja mencari rezeki tetapi ia akan menjadi tempat yang merbahaya apabila mengalami tekanan jiwa semasa melakukan kerja.  Tekanan ini boleh berlaku daripada pelbagai sudut antaranya gangguan seksual oleh rakan sekerja, kerja lebih masa yang melebihi kemampuan diri, gaji yang tidak mencukupi dan masalah peribadi. Oleh itu pihak pengurusan perlu menyediakan orang yang pakar dalam bidang ini untuk membantu menyelesaikan konflik yang dialami oleh pekerja mereka. Tekanan kerja yang melampau boleh menjejaskan prestasi pekerja dan secara tidak langsung melibatkan keuntungan sesebuah organisasi juga turut terjejas (Donald J. & Robert T., 2006; Carnegie, 2013; Mary & David, 2012)

4.0              Psikologi industri dan organisasi di anggap sains.
Psikologi Industri dan organisasi ini adalah salah satu bidang yang dikategorikan sebagai sains kerana kajian-kajian yang dilakukan adalah secara sistematik dalam membuat pemerhatian, mengupas,  menjangka dan memberitahukan tentang tingkah laku manusia secara ilmiah. Dapat di lihat dan diterangkan sebelum ini bahawa psikologi industri adalah pengaplikasian prinsip-prinsip dan teori-teori psikologi dalam industri untuk tujuan penyelidikan, perundingan dan pengembangan dengan tujuan memperbaiki hubungan manusia dalam alam pekerjaan. Goldenson (1984) menulis bahawa psikologi industri dan organisasi adalah satu kajian tentang kehidupan manusia yang berkaitan dengan bidang kerja, dan aplikasi pengetahuan tentang perlakuan manusia kepada masalah yang timbul dalam bidang tersebut. Beliau juga menulis bahawa perkara-perkara yang perlu dikaji adalah pemilihan pekerja dan latihan personel, situasi kerja, kemalangan dan keselamatan kerja, analisis perkerjaan yang dilakukan dan kepuasan melakukan kerja. Jelas di sini bahawa psikologi industri adalah salah satu bidang sains kerana ia mengkaji secara saintifik hasil perolehan dari data-data yang dikumpulkan (Mohamed M. Y., 2002; Mohamed M. N., 2001).
Modus operandi dalam psikologi industri menurut Mc Cormick dan Ilge adalah mengenalpasti masalah yang perlu diatasi, penggunaan pelbagai kaedah untuk mengumpul dan menganalisis data-data yang berkaitan dengan masalah tersebut. Hasil daripada kajian akan dikenalpasti dan seterusnya diaplikasikan hasil tersebut dalam penyelesaian masalah. Secara ringkasnya psikologi industri dan organisasi adalah penglibatan masalah perlakuan antara pekerja dan organisasi. Ianya berkaitan dengan kepuasan melakukan kerja dan tekanan yang dialami, masalah kesatuan sekerja, kepemimpinan dan pengaruh, dinamika kumpulan, prejudis dan diskriminasi dalam sesebuah organisasi, penawaran latihan dan membangunkan kerjaya yang diceburi (Mohamed M. N., 2001)
Ergonomik atau psikologi kejuruteraan ialah satu bidang sains yang bermula pada penghujung tahun 1940. Sains yang menyumbang kepada asas pengetahuan ergonomik adalah terdiri daripasa antropometri dan anatomi, bio-mekanik, sains kejuruteraan dan sains fizikal, fisiologi, psikologi, matematik, statistik dan juga disiplin pengurusan. Definisi ergonomik terbahagi kepada tiga era iaitu semasa era peperangan dan revolusi perindustrian ia didefinisikan sebagai penambahbaikan peralatan dan teknologi yang menjurus kepada keselamatan dan keuntungan organisasi. Pada era pertengahan pula definisinya semakin meluas dimana ia diaplikasikan selari dengan kesedaran pengguna yang produk berkualiti akan memberi kebaikan kepada mereka. Aplikasi ini merangkumi penambahbaikan produk dan teknologi yang mesra pengguna. Manakala era terkini, definisi ergonomik memberi tumpauan kepada ergonomik kognitif, interaksi manusia dengan komputer, rekabentuk organisasi, fisiologi kerja, bio-mekanik, kejuruteraan, kesihatan industri dan rawatan pekerjaan. Di mana kajian juga dibuat dalam bidang pembuatan keputusan, persepsi individu dan kelakuan organisasi. Dalam kamus Webster (1988) mendefinisikan ergonomik sebagai kajian rekabentuk peralatan yang bertujuan meminimumkan kesakitan dan ketidakselesaan. Ia juga dikenali sebagai faktor kemanusiaan dan kejuruteraan manusia. Ia adalah hubungan manusia dan mesin (Zafir, Mohd Hizam, & Fazilah, 2012; Mohamed M. N., 2001; Chong, 2015).


5.0              Kesimpulan
Berbagai masalah muncul ditempat kerja, dan permasalahan ini perlu dikenalpasti dan di atasi dengan kadar segera. Cara ini merupakan satu kaedah penting dalam menjamin produktiviti yang tinggi dalam sesebuah organisasi. Perlaksanaan ini boleh dilakukan apabila tenaga kerja dan organisasi berkerjasama mengatasi permasalahan ini. Tetapi adakalanya jalan penyelesaian sukar untuk dicari, dan pelbagai kaedah dan teori akan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu seorang ahli psikologi industri dan organisasi perlu diwujudkan sebagai pemudah cara apabila timbul satu-satu isu di dalam sesebuah organisasi. Dengan ini khidmat kaunseling perlu dilantik oleh pihak pengurusan untuk membantu pekerja yang mempunyai masalah dan menyelesaikannya. Komunikasi yang berkesan daripada pihak ketiga biasanya lebih mudah untuk menyelesaikan satu-satu isu antara pekerja dan organisasi. Tugas ahli psikologi industri dan organisasi adalah untuk mengenalpasti masalah yang sering berlaku dan mencari punca dimana masalah itu berlaku. Bidang psikologi industri dan organisasi mempunyai skop yang luas. Ia bukan sahaja membantu untuk menyelesaikan masalah tertentu tetapi juga dalam hal pemilihan pekerja, menyediakan ruang kerja yang kondusif, menilai prestasi pekerja dan hal-hal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan dan organisasi. Ini menjadikan betapa pentingnya pengkhususan dalam bidang psikologi industri dan organisasi ini. Ilmu pengetahuan jiwa dan tingkahlaku manusia itu penting dan ia adalah dapatan hasil-hasil kajian sebelum ini melalui kajian-kajian yang dijalankan kerana psikologi industri dan organisasi itu adalah sains (Donald J. & Robert T., 2006; Mohamed M. N., 2001; Hill, 2012)

                                                            Jumlah patah perkataan +/- 2700 patah perkataan




Rujukan :-
Carnegie, D. (2013). The Leader In You - Edisi Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn Bhd.
Chong, K. (2015). ABPS3203 - Industrial and Organisational Psychology. Seri Kembangan: Open University Malaysia.
Donald J., T., & Robert T., K. (2006). Why we want you to be rich. USA: Rich Publishing.
Hill, N. (2012). Think & Grow Rich - 65th Edition. Singapore: Advantage Quest Publication.
J.Trump, D. (2014). Think Like A Champion - Edisi Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn Bhd.
Mary , B., & David, C. (2012). Rahsia Pengurusan Warren Buffet - Edisi Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn Bhd.
Mohamed, M. N. (2001). Pengantar Psikologi - satu penegenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamed, M. Y. (2002, 03 09). Utusan Online : Pendidikan - Psikologi : Peluang terbuka luas. Retrieved November 15, 2015, from Laman web rasmi Utusan Online: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0309&sec=Pendidikan&pg=pe_05.htm
PsychoShare. (2014, April 4). Psikologi Industri Dan Organisasi. Retrieved November 04, 2015, from Laman Web PsychoShare: www.psychoshare.com/file-139/psikologi-industri-dan-organisasi/psikologi-industri-dan-organisasi.html
Yatimah , S., & Mohd Tajudin , M. (2011). Teori Kaunseling Al-Ghazali. Batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.

Zafir, M., Mohd Hizam, H., & Fazilah, M. (2012). Pengurusan Organisasi Edisi Kedua. Petaling Jaya: Cengage Learning.

Hubungan teraputik

1.0        Pendahuluan.
            Menurut Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), kaunseling adalah satu proses dimana wujud perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dijalankan oleh kaunselor profesioanal bagi mendapatkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, perkara yang baik merangkumi semua aspek secara sukarela dan penyesuaian itu berterusan  sepanjang hayat klien. Ia adalah proses dua hala yang dilakukan antara kaunselor dan klien. Kaunselor orang yang bersifat terbuka, kerana ia perlu mendengar dan memahami, membantu klien tentang dirinya, menolong klien mendapatkan gambaran yang jelas berkaitan dengan masalah, melaksanakan secara perkongsian cerita, meluahkan perasaan, mendapatkan maklumat atau pengetahuan baru hasil komunikasi dengan kaunselor. Kaunseling terbahagi kepada beberapa jenis iaitu individu, kelompok, keluarga, kerjaya dan perkahwinan. Hubungan kaunseling adalah berbeza dengan hubungan biasa, ia adalah satu perhubungan yang profesional kerana ia berorientasikan “menolong” dan bukan secara paksaan. Ia memerlukan seorang kaunselor dapat mewujudkan kepercayaan, ambil berat, sikap prihatin dan komitmen. Sikap ini akan menjadikan suasana teraputik yang membolehkan klien bersedia untuk berubah tanpa dipaksa (KPWKM, 2016; Pasiak, 2009).
            Hubungan yang diwujudkan adalah hubungan interpersonal yang bermakna hubungan antara perseorangan. Ianya berlaku secara lisan dan bukan lisan. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kebolehan bertutur dengan jelas, tepat serta perasaan empati. Oleh itu seorang kaunselor perlu ada ciri-ciri pertuturan yang baik iaitu bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi. Carl Rogers telah menghuraikan bahawa penerimaan dan kemesraan seseorang kaunselor merupakan faktor penting dalam membina hubungan interpersonal dengan kliennya. Menurut beliau, suasana hubungan yang baik dapat digambarkan daripada kemesraan dan perasaan kasih sayang seseorang kaunselor semasa perjumpaan dengan kliennya. Perkara ini dapat di lihat dari air mukanya yang ikhlas, manis dan nada kata-kata lembut yang digunakan untuk menyakinkan kliennya bahawa kesediaan dan kerelaan kaunselor yang dijumpai akan membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Menurut Rogers lagi empati adalah perihal merasai dunia peribadi orang seolah-olah dunianya, atau secara ringkasnya berusaha untuk bertindak balas secara berperasaan empati bermakna berusaha menunjukkan kepada orangnya bahawa dia sedang memberi perhatian, dan mendengar serta berusaha memahami perasaannya (Canfield, 2012; Sang, 2010).         
2.0        Definisi Hubungan Teraputik.
            Hubungan bermaksud menghubungkan antara dua orang atau lebih untuk proses pengenalan untuk memudahkan kedua pihak berinteraksi. Hubungan bukan sahaja secara formal tetapi bukan formal manakala menurut kamus dewan bahasa dan pustaka teraputik bukan rawatan tetapi pendekatan, bukan sesuatu tetapi yang membantu menenangkan fikiran seseorang dan memberikan ketenangan, ia adalah satu cabang perubatan yang berkaitan dengan rawatan penyakit. Ini bermaksud hubungan teraputik dalam kaunseling adalah satu perhubungan yang berteraskan kepada kekepercayaan dan kejujuran beretikakan kepada kerahsiaan untuk membantu menyelesaikan masalah klien. Ia bukan memberi nasihat, menilai atau menghakimi, cubaan untuk mengenepikan masalah klien, mengharapkan klien untuk bertingkahlaku seperti beliau apabila berhadapan dengan masalah yang serupa, melibatkan perasaan dengan klien dan menilai masalah klien dengan nilaian sendiri.    Sebaik-baik kaunselor menerima klien tanpa sebarang prasangka kerana ia adalah di larang. Tidak dinafikan, peranan gambaran awal atau “first impression” banyak mempengaruhi persepsi kita pada orang lain. Namun begitu, kaunselor perlu mengawal diri supaya tidak menggunakan gambaran awal ini bagi mempengaruhi proses kaunseling selanjutnya. Menurut model kaunseling Al-Ghazali, kaunselor akan membina hubungan yang baik dan mesra dengan klien supaya klien berasa selesa atau tidak tertekan. Kaunselor perlu mempamerkan sikap hormat pada klien. Peranan kaunselor pada peringkat membina hubungan adalah penting. Kaunselor seharusnya dapat menyelami hati dan perasaan klien, malah dapat membangkitkan kesedaran dalam diri klien untuk cekal menghadapi masalah yang sedang dihadapinya sedikit demi sedikit. Dalam proses kaunseling, kaunselor diharapkan dapat menzahirkan keyakinan kepada diri klien tentang betapa pentingnya kita kembali yang benar. Peranan kaunselor ini juga adalah sebagai seorang mentor yang dapat memberi bimbingan dan sokongan psikologi. Hubungan sebegini dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan diri klien disamping mengukuhkan lagi hubungan baik antara kaunselor dan klien (Mohamed, 2001; Sang, 2010).  
            Secara ringkasnya hubungan teraputik adalah hubungan dua hala antara kaunselor dengan klien, ianya bukan hubungan sosial tetapi hubungan yang penuh tanggungjawab untuk proses penyelesaian masalah klien. Peringkat membina hubungan adalah elemen yang paling penting dan utama, tidak mengira teori kaunseling yang digunakan. Contohnya Peringkat Terapi Adler merangkumi 12 peringkat dan peringkat pertama adalah peringkat hubungan-empati dimana peringkat ini membina hubungan dengan klien melalui penggunaan kemahiran empati. Ahli terapi/kaunselor dikehendaki menunjukkan kefahaman, mesra, penerimaan dan perasaan empati, serta idea yang boleh membantu klien mengatasi masalah (Sang, Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling, 2010).

3.0        Bagaimana hubungan teraputik memberikan kesan positif dalam proses kaunseling berdasarkan ahli teori atau pakar kaunseling.
            Menurut Carl Rogers, seorang kaunselor perlu mempunyai sifat-sifat empati dan memahami, menerima tanpa syarat, mesra dan penyayang serta jujur dan kongruen. Sifat-sifat ini jelas mengambarkan perkara yang positif dan sudah semestinya ia akan memberi kesan yang positif. Menurut Al-Ghazali kehadiran kaunselor dalam sesi perhubungan mempengaruhi jiwa orang yang berhadapan dengannya. Kaunselor yang bersedia mendengar dan menjiwai kliennya dapat membentuk perhubungan terapi dengan tenang, jelas dan matang. Klien datang dengan harapan yang tinggi dan melihat kaunselor sebagai seorang mentor, guru dan pakar rujuk yang dapat menunjukkan jalan ke arah kebaikan. Mereka menaruh kepercayaan kepada kaunselor yang dianggap seorang yang berintegriti dan bijaksana serta mahir dalam bidangnya bagi memulihkan jiwa klien yang sudah lemah dan rapuh. (Yatimah & Mohd Tajudin, 2011)
            Manakala menurut Maslow keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Menurut teori ini keberkesanan kaunseling bergantung kepada setakat mana keperluan-keperluan klien dapat dipenuhi. Aplikasi Teori keperluan Maslow dalam kaunseling menyatakan bahawa kaunselor perlu mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk membina hubungan teraputik. Antaranya, menjadikan suasana bilik kaunseling kondusif dengan menjalankan sesi kaunseling agar klien akan berasa seronok, gembira, harmoni dan selamat melibatkan diri di dalamnya. Kaunselor mestilah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang. Memupuk nilai penghargaan kendiri klien serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya berusaha bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam sesi kaunseling. Merancang aktiviti motivasi mengikut kebolehan klien dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka dan meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka, iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan dan mempunyai kemahiran, menikmati dan menghasilkan sesuatu yang bernilai tinggi. Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya klien memahami diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan arah hidup dan masa depan sendiri yang terbaik. Manakala dalam proses kaunseling tingkah laku pula membina hubungan kaunselor dan klien adalah penting untuk kejayaan perlaksanaan proses kaunseling, antara sebab-sebab penting adalah kaunselor dan klien bersama-sama menyetujui tentang matlamat yang telah ditetapkan dalam proses kaunseling. Sasaran perlu ditetapkan bersama dan diubahsuai dari semasa ke semasa. Hubungan yang teraputik boleh mengurangkan peluang keciciran klien dan hubungan yang mesra meningkatkan semangat kerjasama yang seterusnya membawa hasilan yang baik (Idris, 2009; Sang, 2010).
            Terapi Rasional Emotif behavioral(Teori REBT) dipelopori oleh Albert Ellis (1913-2007) yang merangkumi tiga komponen utama iaitu kognitif, emotif dan behavioral yang berkaitan rapat dengan pengalaman manusia. Beliau berpendapat manusia mempunyai pemikiran rasional dan tidak rasional. Pemikiran tidak rasional merupakan punca asas yang membawa gangguan psikologikal. Menurut beliau juga, kepercayaan yang tidak rasional atau tidak logik adalah diwarisi dari generasi ke generasi dan diterima sebagai panduan hidup tanpa keraguan. Terapi REBT ini bermatlamat membantu klien memeperkembangkan pemikiran rasional dan logik melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa lalu adalah punca utama yang membawa masalah psikologikal masa kini. Klien di bimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan gangguan emosi yang dialami. Ianya akan berjaya apabila klien benar-benar memahami punca asas yang menimbulkan gangguan emosi ialah kepercayaan yang tidak rasional yang mereka warisi pada masa dahulu dan harus berusaha mengikisnya dengan gentian kepercayaan rasional dan logik. Proses kaunseling mempunyai empat peringkat iaitu yang pertama membina hubungan kaunselor dan klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina iklim yang kondusif. Yang kedua membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral dibawah Sistem Model ABC (Activating, Belief, Consequences). Ketiga, Kaunselor membantu klien membezakan kepercayaan rasional dan tidak rasional, memahami bagaimana kepercayaan rasional membawa hasilan positif  manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasilan negatif dan terakhir keempat, menggunakan teknik pertikai dari semasa ke semasa untuk melatih klien mencabar kepercayaan tidak rasionalnya. Jelas dengan contoh proses kaunseling diatas menunjukkan membina hubungan teraputik adalah perkara pokok untuk keberhasilan setiap sesi kaunseling (Sang, 2010).
            Kemahiran berempati merupakan salah satu faktor penentu kejayaan mencapai objektif kaunseling yang ditetapkan. Disamping faktor-faktor penentu yang lain iaitu kemahiran berkomunikasi dan kemahiran mendengar. Ia akan mengelakkan kekeliruan dan salah faham antara klien dan kaunselor. Untuk mencapai objekif komunikasi yang berkesan hubungan diantara orang berkomunikasi merupakan syarat yang penting. Hubungan yang baik tidak boleh secara paksaan. Ia dijalin dengan teknik yang sesuai, iaitu kemahiran seseorang digunakan untuk menyakinkan orang bahawa dia memang ikhlas, sudi serta mampu membantu. Secara ringkas, berusaha untuk bertindak balas secara berperasaan empati bermakna berusaha menunjukkan kepada orangnya bahawa dia sedang memberi perhatian, dan mendengar serta berusaha memahami perasaannya. Di dalam sesi perbincangan, berperasaan empati merupakan kemahiran pemimpin menghayati dunia subjektif orang lain seolah-olah sebagai dunianya sendiri. Dengan berperasaan empati ini, hubungan baik diantara orang akan terus dijalin dan dikekalkan sepanjang proses komunikasi (Sang, 2010; Singh, 2010).
            Menurut kaunselor-kaunselor dan Carl Rogers, seorang kaunselor perlu mempunyai empat sifat ini iaitu penerimaan dan kemesraan, tidak menghakimi, kesejatian dan ketepatan. Kaunselor harus menerima klien tanpa syarat dan penuh kerelaan. Suasana teraputik dapat digambarkan daripada keikhlasan semula jadi kaunselor yang dapat menerima kliennya. Hal ini dapat dilihat daripada air mukanya yang ikhlas mesra dan kata-kata yang menyakinkan klien tentang kejujurannya membantu. Dengan ini, klien akan bercerita dengan bebas segala isihatinya. Untuk menambahkan kemesraan, semasa klien masuk, kaunselor boleh jemput klien untuk mengalu-alukannya masuk. Dengan cara layanan demikian, klien merasa senang hati, selamat dan mesra bersama-sama kaunselor. Tidak menghakimi, kaunselor bukanlah pengadil ataupun  hakim. Kaunselor hendaklah memerhati setiap pergerakan dan ucapan yang disampaikan klien dengan teliti. Kaunselor tidak boleh membuat atau mengambil keputusan melainkan telah mendapat bukti-bukti dan keterangan yang lengkap. Contoh; seorang klien datang dan memberitahu bahawa dia bergaduh dengan suaminya. Di sini, kaunselor tidak boleh menghakimi klien ini sebagai kurang ajar. Ia perlu mempunyai bukti-bukti yang kukuh sebelum membuat tanggapan. Kesejatian adalah sifat seorang kaunselor yang sentiasa ikhlas dan benar semasa menjalankan sesi kaunseling, iaitu tidak berpura-pura dan tidak menunjukkan keinginan menguasai hubungan kaunseling tersebut. Keadaan ini hendaklah dikawal dan diamati di dalam kelakuan, pertuturan, dan sikap kaunselor. Kepercayaan klien akan wujud jika sikap kaunselor selari dengan sikap klien. Oleh itu, kaunselor harus berterus terang dengan klien tanpa menyembunyikan perasaan dan bertindak tegas. Elakkan sama sekali sikap berpura-pura, menyembunyikan kenyataan dan tidak jujur. Carl Rogers berpendapat, sekiranya seorang kaunselor itu sejati maka dia akan diterima sebagai seorang yang jujur dan benar. Sekiranya perasaan dan kepercayaan ini ada pada klien, dia akan berasa selamat dan mempercayai kebolehan kaunselornya. Menurut Egan(1982), kaunselor hendaklah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh klien, hendaklah tepat dan sesuai dengan kebolehan klien, Kaunselor dhendaklah membantu klien supaya dapat bercerita atau mencurahkan isi hatinya tepat dan jelas dengan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Jika klien menggunakan bahasa yang mengelirukan, kaunselor harus memberi perhatian sepenuhnya tentang apa yang hendak disampaikan, maka barulah proses kaunseling ini dapat dijalankan dengan berkesan (Sang, 2010; Yatimah & Mohd Tajudin, 2011).
            .
4.0        Sesi Dialog kaunseling individu dan lokasi yang mengambarkan elemen hubungan teraputik digunakan dalam sesi kaunseling.
            Contoh sesi dialog kaunseling yang dijalankan untuk membina sebuah hubungan yang berdasarkan elemen teraputik.  Lokasi sesi kaunseling diadakan di sebuah bilik khas yang menerapkan suasana yang kondusif untuk memberikan keselesaan kepada klien, sistem pengudaraan yang baik, pengcahayaan yang terang dan berlatarbelakangkan muzik yang mendamaikan seolah-olah berada di tempat percutian dengan bunyi ombak dan alam semulajadi. Warna bilik yang lembut serta susun atur bilik yang menyedapkan mata memandang. Suasana bilik memainkan peranan penting bagi sebuah sesi kaunseling. Sesi dialog adalah seperti :-

Kaunselor (KR)     : Awak apa khabar? Nampak kurang ceria hari ini? Awak sihat?
Klien (KN)          : Kurang baik puan… banyak perkara yang tidak berapa menyenangkan berlaku                                akhir-akhir ini.

KR                         : Oh..Awak nak minum? Kopi atau teh?
KN                          : Takpe puan.. saya dah minum tadi..

KR                          : Memandu sendiri ke datang tadi?
KN                      : Tak puan.. saya naik teksi.. senang nak cari tempat… kalau memandu takut sesat pulak..

KR                          : Betul tu.. tapi tak susah nak cari alamat pejabat saya ni kan…
KN                          : Tak puan… rupanya dekat saja dengan Terminal Bas Larkin…

KR                    : Lainkali boleh memandu sendiri datang di sini… boleh kita mulakan  sesi kita.. (menundukkan sedikit badan untuk mendengar dengan  lebih baik).
KN                   : mmmm.. saya tidak tahu nak mulakan dari mana puan…(menunduk  dengan wajah yang mula keruh)

KR                    : Macam ni lah.. bila awak dah rasa ok dan bersedia awak boleh cerita   dengan saya. Itupun jika tidak mengganggu emosi awak... kan tugas  saya untuk membantu awak (memujuk)
KN                   : Entahlah puan… jiwa saya rasa kosong… rasa diabaikan… saya       sunyi.. saya bosan…

KR                            : Mmmm…Teruskan…
KN                           : Suami saya sibuk dengan hobi dia saja.. hari-hari asyik pergi  memancing… hal rumahtangga langsung dia tak hirau… yang dia    tahu balik kerja terus pergi memancing… tak salah pun kalau dia   minat memancing.. tapi.. kalau dah hari-hari saya pun bosan… hal  anak-anak pun dia tak ambil kisah… anak-anak tu sekolah macam  mana pun dia tak tahu… yang dia tahu mancing.. mancing… mana  saya tahan puan.. hari-hari kami bergaduh… saya kesian dengan anak- anak… tapi…

KR                                : Tapi apa…
KN                   : Siapa yang nak kesiankan saya…. Saya ada hati dan perasaan puan..   saya bukan robot yang ada butang on dan off… jiwa saya sakit    puan… tapi sekarang saya dah tak kesah dah… suka hati dialah nak   buat apa… saya dah penat puan… apa yang saya buat.. bukan dia  ambil kisah pun… saya pun dah ada pengganti dia dah… ini jalan  yang terbaik untuk saya.. dia nak balik ke.. tak balik ke.. nak tidur kat laut ke.. suka hati dia lah..

KR                  : Bagaimana dengan anak-anak awak..
KN                : Anak-anak pun dah tak kesah puan… ayah dia ada ke.. tak ada ke..  sama saja… bukan ayah dia ambil tahu pun.. anak tu pergi sekolah  ke.. tak pergi sekolah ke.. Cuma duit belanja sekolah dia sediakan… begitu juga belanja dapur… itu ajelah kebaikan dia yang dia buat….

KR                      : Oh.. teruskan…
KN                    : Saya dah penat puan nak lalui benda yang sama… dah 18 tahun kami  kawin.. tapi.. dia tetap macam tu jugak.. baik saya langkah kaki.. tapi bila fikirkan hal anak-anak ni rasa tak sampai hati pulak..

KR                   : mmmm..
KN            : Kalau ikutkan hati lebih baik kami bercerai.. bila fikir hal anak-anak macam kesian…

KR             : Saya gembira puan sudi berjumpa dengan saya di sini, saya berharap kita bersama mencari ikhtiar untuk kebaikan puan. Insyallah..
KN             : Insyallah puan…

5.0        Kesimpulan.
            Kaunseling adalah bentuk perhubungan kemanusiaan yang unik antara seorang kaunselor dan kliennya. Umumnya, masyarakat menganggap kaunseling adalah sebagai bentuk perhubungan komunikasi yang mudah dan mengandaikan semua orang boleh menjadi kaunselor tetapi hakikatnya disiplin kaunseling itu memerlukan seorang kaunselor mempunyai pengetahuan teori dan kemahiran kaunseling yang tinggi. Aspek perhubungan kemanusiaan yang ditunjukkan oleh kaunselor dalam mengendalikan sesi kaunseling adalah proses menolong. Seorang kaunselor bukan sahaja memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang kaunseling, tetapi sewajarnya mempunyai gambaran menyeluruh “world-view” tentang aspek kemanusiaan melalui pegangan teori-teori yang baik. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala, malahan ia meningkatkan lagi proses teraputik tu sendiri. Kehadiran kaunselor dalam satu sesi kaunseling dapat mempengaruhi perubahan kepada diri seorang klien. Keceriaan, semangat, azam yang tinggi serta perwatakan yang ditonjolkan dapat memberi kesan kepada klien.



                                                                                                2600 patah perkataan.
Rujukan:-
Canfield, J. (2012). The Success Principles -Edisi bahasa melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn. Bhd.
Idris, A. (2009). Magnet Diri. Batu Caves: PTS Millennia Sdn Bhd.
KPWKM. (2016). Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Akta Kaunselor A580. Retrieved July 16, 2016, from Laman web rasmi KPWKM: http://www.kpwkm.gov.my/documents/10156/55662/Akta+Kaunselor+1998
Mohamed, M. n. (2001). Pengantar Psikologi - satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingka laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pasiak, T. (2009). Revolusi IQ,EQ,SQ. Batu Caves: PTS Millenia.
Sang, M. S. (2010). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Singh, B. (2010). ABPG2203 - Introduction to Counselling. Seri Kembangan: OUM.
Yatimah, S., & Mohd Tajudin, M. (2011). Teori Kaunseling Al-Ghazali. batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.

             

OCD - Kecelaruan Obsesif Kompulsif

1.0        Pendahuluan.
Sesuatu perkara biasa pada setiap orang untuk membuat pemeriksaan semula atau berulangkali sebelum melangkah keluar dari rumah. Sama ada memastikan suis seterika telah dimatikan atau lampu bilik telah dipadamkan. Tetapi adalah satu perkara yang tidak baik apabila ianya menjadi satu obses. Gangguan OCD adalah gangguan kebimbangan atau keraguan yang menyebabkan ketidakselesaan yang melampau. Pesakit ini sering di dorong secara berterusan dan berulang, pemikiran dan imej yang tidak diperlukan. Ianya semakin hari semakin meningkat jumlah penghidap OCD ini. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan kehidupan peribadi seseorang itu berubah secara drastik. Ianya perlu dikawal dari semasa ke semasa untuk mengelakkan jumlah itu terus meningkat. Ia bukan sahaja menjadi masalah di Malaysia tetapi di seluruh dunia.  Banyak faktor yang mempengaruhi untuk seseorang itu mendapat OCD seperti genetik, organik, personaliti, pengalaman lalu dan konflik. Sebagai contoh apa juga konflik dalam diri boleh menyebabkan tekanan atau stress akan menyebabkan seseorang itu mempunyai simptom-simptom OCD. Oleh itu seseorang individu itu perlu ada kesedaran diri untuk mengelakkan simptom-simptom ini di dalam dirinya. Ia bukan sahaja menyusahkan dirinya tetapi orang disekelilingnya (MMHA, 2013; Mayo Clinic Staff, 2013).    
OCD ini setelah dikenalpasti dan jika ia mendatangkan kemudaratan kepada seseorang individu ianya perlu mendapatkan rawatan dengan segera, sama ada memakan ubat-ubatan dan melalui Terapi Kognitif-Tingkahlaku (CBT). Ianya bergantung kepada doktor yang merawat pesakit. Ada kalanya ianya digabungkan bagi merawat pesakit OCD. Ianya bergantung pada kaedah rawatan yang telah ditetapkan. Apabila rawatan tidak di ambil dengan segera ia mungkin menyebabkan penghidap OCD akan lebih tertekan. OCD adalah penyakit yang paling banyak dikesan dan ianya sekerap pesakit lelah dan kencing manis. Sebagai contoh di Amerika Syarikat penghidap OCD bernisbah 50:1 orang. Frasa “compulsive-disorder” menjadi kosa kata Inggeris, ianya digunakan secara tidak rasmi atau dalam bentuk seni karikatur bagi mengambarkan seorang yang sentiasa berhati-hati, mementingkan kesempurnaan, terikat dengan seseorang individu atau hal dan teliti dalam mencari sebab sesuatu perkara itu berlaku. Ini adalah ciri-ciri seseorang menghidap OCD. Tetapi ada juga orang yang mempunyai ciri-ciri ini bukan penghidap OCD tetapi mungkin ia menghidap Kecelaruan Obsesif-Kompulsif Personaliti (OCPD), ia adalah kecelaruan jenis juzuk autisme (Mayo Clinic Staff, 2013; MedicineNet.com, 2013).


2.0        Terma Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD). (terangkan apa itu obsesi dan kompulsif)
            Memahami apa yang dimaksudkan dengan Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD) ini. Ia adalah masalah kebimbangan yang bercirikan oleh pemikiran yang tidak diingini dan berulang-ulang, tingkah laku ritual dimana merasakan dipaksa untuk menyempurnakan sesuatu tingkah laku. Terkadang individu itu sedar mereka mempunyai simptom-simptom OCD tetapi tidak mampu untuk menahan dari melakukan tingkah laku tersebut atau membebaskan diri. Obsesi adalah pemikiran yang tidak berlaku secara rela, imej atau impuls yang berlaku berulang-ulang kali dalam fikiran seseorang. Ia tidak mahu idea itu datang tetapi ianya tidak boleh dihalang. Pemikiran keterlaluan ini akan menganggu kehidupan seseorang. Pemikiran obsesif ini adalah obses terhadap susun atur, keseimbangan, ketertiban dan kekerapan. Risau tugas yang dilakukan tidak sempurna dan salah. Ketakutan terlampau terhadap dosa, kuman, keselamatan ahli keluarga dan kawan. Jijik atau geli dengan bahan buangan dan cecair diri sendiri seperti peluh.   Kompulsif pula adalah tingkah laku atau ritual yang seakan di dorong oleh sesuatu untuk bertindak secara berulang-ulang. Ianya dilakukan untuk membuatkan obsesi itu hilang. Punca OCD terjadi adalah kekurangan bahan kimia di dalam otak yang di sebut sebagai serotonin, serotonin berperanan membantu manusia daripada mengulangi perbuatan yang sama. Personaliti ini dicirikan sebagai individu yang memperlihatkan kepada kesempurnaan dan ketidakluwesan rasa ingin tahu terhadap pola pemikiran dan tindakan yang tidak dapat dikawal (Baharom & Iliyas Hashim, 2010; MMHA, 2013).
            Perlakuan kompulsif adalah adalah membersih secara berulangkali seperti memberus gigi, mencuci tangan atau membasuh muka kerana mereka beranggapan ianya kotor. Memeriksa selak pintu, peralatan dapur atau peralatan elektrik berulangkali bagi memastikan ianya berada dalam keadaan baik. Selalu memastikan susun atur dalam keadaan sempurna seperti menyusun lipatan kain dalam keadaan yang rapi tidak bersepah. Mengira sesutau nombor dengan diulang-ulang tanpa rasa jemu atau penat. Menyimpan barang-barang yang tidak terpakai seperti surat khabar, bekas makanan atau baju-baju yang sudah buruk. OCD dikategorikan kepada obsesi keraguan atau kerisauan yang berterusan, obsesi pemikiran dimana ingatan pada peristiwa yang berterusan, obsesi impuls iaitu gesaan untuk bertindak untuk melakukan sesuatu, obsesi ketakutan iaitu takut akan melakukan kesilapan atau kesalahan, obsesi imej dimana bayangan imej yang terbayang secara berterusan dan tidak menyenangkan, hasilkan kompulsif iaitu tindakan yang telah dicadangkan oleh pemikiran dan yang terakhir mengawal kompulsif iaitu mengawal pemikiran (MedicineNet.com, 2013).
3.0        Gejala Kecelaruan Obsesif Kompulsif OCD).
Tidak semua orang yang mempunyai fikiran obsesif atau melakukan tingkah laku kompulsif mempunyai gangguan OCD. OCD adalah fikiran-fikiran dan tingkah laku menyebabkan kesusahan yang besar, mengambil banyak masa, dan mengganggu kehidupan seharian dan hubungan dengan orang disekelilingnya. Kebiasaan orang yang mempunyai OCD ini mempunyai obsesi dan dorongan. Seseorang individu itu akan dilabelkan sebagai Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD) itu apabila, mempunyai pelbagai kriteria-kriteria yang bertepatan seperti, seseorang itu obsessional dari segi pemikiran, bayangan atau cara yang berulangkali (bertubi-tubi) sebagai contoh dia merasa kakinya kotor sedangkan realitinya tidak; individu yang terlibat akan merasa resah, gelisah, cemas dan tidak merasa selesa atas apa yang berlaku; menyedari apa yang berlaku dan tidak dilakukan dengan sengaja tetapi ianya hadir dari’ego alien’ di dalam diri; seseorang itu tahu bahawa bayangan atau idea yang datang dalam dirinya adalah sesuatu yang mengarut, tidak masuk akal dan ianya tidak perlu berlaku; menentang dan menghalang idea yang hadir dan ini menyebabkan dirinya menjadi gelisah. Pemikiran atau imaginasi ruminasi obsessional dikategorikan kepada was-was, kebersihan dan melakukan perbuatan secara perlahan-lahan. Secara normalnya disusuli dengan tindakan kompulsif atau sesuatu perbuatan atau tingkahlaku yang berulang kali. Seseorang yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempunyai fungsi sosial yang tidak betul atau tidak diurus dengan baik dimana mereka cepat marah dan mudah tersinggung (MMHA, 2013)
Penghidap OCD yang mempunyai pemikiran terganggu secara umumnya mempunyai imej yang sering muncul dalam fikirannya dan menakutkan. Fikiran-fikiran ini mungkin berlaku berdasarkan peristiwa atau pengalaman yang pernah dilalui atau tanpa alasan tertentu. Penghidap OCD ini juga mempunyai keperluan untuk sentiasa memeriksa orang atau barangan, secara ironinya mereka bimbang jika mereka berhenti membuat perkara-perkara tersebut ada perkara buruk yang akan berlaku dan menimpa mereka. Contohnya penghidap OCD iani akan mengelilingi rumahnya beberapa kali untuk memeriksa pintu dan tingkap berulang kali sama ada telah dikunci dengan baik, ini kerana ketakutan mereka bahawa seseorang mungkin memecah masuk dan merompak harta benda mereka. Manakala pesakit yang takut akan pencemaran dan kekotoran boleh membasuh tangan dan mandi berulangkali untuk memastikan badan mereka sentiasa bersih dan wangi. Ataupun mereka taksub untuk membersihkan rumah mereka dan memastikan ianya sentiasa bersih dari segala sudut. Bagi penghidap yang taksub menyimpan barang lama dan lusuh yang pernah di miliki mereka akan menyimpan barang tersebut walaupun ianya tidak berguna lagi. Adakalanya ianya menyebabkan rumah mereka dalam keadaan bersepah dan tidak terurus dan kotor Ia dipanggil ‘hoarder’ ( Psychology Today, 2015; Mayo Clinic Staff, 2013).
Gejala dari segi emosi untuk penghidap OCD ini sangat cemas dan takut. Dapat dilihat mereka mempamerkan banyak gejala bukan OCD seperti tanda-tanda kemurungan, kebimbangan yang melampau, ketegangan yang keterlaluan dan perasaan berterusan bahawa tiada apa yang pernah betul. Manakala gejala dari segi fizikal selain dari tingkah laku kompulsif yang dipamerkan, tiada tanda-tanda fizikal yang lain. Walau bagaimanapun penghidap OCD boleh menyebabkan masalah fizikal. Sebagai contoh, seseorang yang obsesi kuman boleh membasuh tangannya berulang kali dan menyebabkan kulit tangan mereka merah, nipis dan menyakitkan. Kesan jangka pendek penghidap OCD mungkin mereka tidak dapat menyumbang kepada masyarakat atau orang disekelilingnya kerana ketidakupayaannya mengawal tingkah lakunya. Manakala kesan jangka panjang pula mereka akan mengalami kemurungan, kebimbangan yang berterusan dan peningkatan gejala sosial yang lain seperti penyalahgunaan dadah (PsychGuides.com, 2016).


4.0        Fungsi Terapi Kognitif-Tingkahlaku (CBT) bagi merawat pesakit Kecelaruan Obsesif          Kompulsif (OCD).
            Kaedah rawatan OCD terbahagi kepada dua iaitu melalui medikal atau perubatan dengan memakan ubat-ubatan seperti clomipramine, fluoxetine, sertraline, paroxetine dan fluxomamine. Satu kaedah rawatan lagi adalah Terapi Kognitif-Tingkahlaku (CBT) wujud daripada hasil gabungan beberapa pendekatan. Ia adalah pendekatan psikoterapi bagi menyelesaikan masalah gangguan emosi, ketakutan da kemurungan. Ia adalah kaedah yang paling berkesan untuk merawat konflik dalaman yang melanda seseorang individu. Pendekatan terapi tingkah laku ini juga dikenali sebagai ‘pendedahan dan pencegahan tindak balas’ adalah berkesan untuk penghidap OCD. Pesakit sengaja dan secara sukarela menghadapi objek yang ditakuti sama ada secara langsung atau imaginasi (Sang, 2010; Mayo Clinic Staff, 2013). CBT berdasarkan asumsi terutama bagi kes kemurungan iaitu bahawa gangguan emosi berlaku dari penyimpangan dalam berfikir. Penyembuhan dalam keadaan emosi dapat dilakukan apabila terdapat perubahan pada pola-pola berfikir dalam tempoh proses terapi. Begitu juga pada penghidap yang berfikiran maladaptive dan gangguan tingkah laku. Apabila dapat memahami dan mengubah pola-pola tersebut dengan harapan mampu melakukan perubahan cara berfikir mereka dan mampu untuk mengawal gejala-gejala gangguan yang berlaku. Ianya berorientasikan pada masalah-masalah yang dipecahkan serta terapi yang didasarkan pada keadaan semasa. Ia memandang penghidap OCD sebagai orang yang membuat keputusan penting masalah atau matlamat yang akan dibahagi-bahagikan semasa proses terapi. Dalam CBT tujuan utama adalah membangunkan fikiran yang negatif atau bahaya, berdialog dengan diri (internal) dan interpretasi terhadap perkara-perkara yang dilalui. Fikiran negatif akan muncul secara automatik dan berlaku dalam keadaan bawah sedar. Mengumpulkan segala bukti yang ada dengan menyiasat latarbelakang penghidap OCD sama ada bukti itu menyokong atau membangkang. Dengan itu, rawatan dapat dijalankan dengan baik dan berjaya dengan menyusun rekabentuk eksperimen bagi menguji kebolehupayaan (Mayo Clinic Staff, 2013).
            Aspek kognitif dalam CBT adalah mengubah cara berfikir, kepercayaan, asumsi, imaginasi dan sikap untuk mengenalpasti dan mengubah kesilapan. Aspek behavioral pula mengubah hubungan yang tidak betul antara keadaan permasalahan dengan kebiasaan bertindakbalas apabila masalah itu berlaku sebelum ini, dilatih mengubah tingkah laku, merehatkan fikiran dan badan sehingga berkeadaan baik dan selesa serta boleh berfikir dengan matang.     Ianya bermula dengan ujikaji-ujikaji yang dijalankan di makmal-makmal psikologi. Teknik ini dianggap yang paling berkesan untuk merawat pesakit OCD.  Ia dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu pertama desensitisasi klasik bersistem, kedua, membanjiri aliran kognitif dan ketiga Exposure and Response Prevention (ERP).  Desensitiasi klasik bersistem digunakan bagi menurunkan kadar kebimbangan iaitu dengan memberikan latihan menenangkan diri atau relaksasi iaitu pesakit OCD akan diajar bagaimana untuk mengeluarkan relaksasi yang akan membawa kepada keselesaan diri. Menambah dengan rangsangan yang menimbulkan ketegangan iaitu pesakit diminata membina hierarki rangsangan secara berperingkat-peringkat iaitu dari takut yang sedikit kepada takut yang melampau. Gambaran secara imejan dimana pesakit akan diarahkan untuk menggambarkan secara imejan rangsangan yang paling minima dalam hierarkinya dan secara serentak juga latihan kesenggangan otot dilakukan. Mengulangi latihan secara berterusan agar perlaksanaan semua hierarki akan dapat dikurangkan dan lama-lama akan hilang. Apa yang berlaku gerak balas terlazim akan mampu menenangkan diri.  Teknik yang kedua adalah membanjiri aliran kognitif, prinsip rangsangan terlazim digunakan. Pesakit mengekalkan minda dalam keadaan yang tidak menyenangkan dirinya sendiri iaitu pemikiran obsessif. Minda kekal dengan perasaan menakutkan sehingga pesakit itu sendiri dapat mengenal pasti jawapan mengapa perasaan takut itu timbul (OCD Center, 2016).
            Kaedah yang ketiga adalah Exposure and Response Prevention (ERP), exposure adalah penglibatan mendedahkan secara terus/langsung terhadap objek atau sesuatu situasi yang menimbulkan keadaan tegang. Response adalah merujuk kepada rutin perlakuan tingkah laku. Dalam rawatan ini, penghidap OCD dipaksa untuk melalui perasaan bimbang dan ketakutan terhadap pemikiran obsessifnya dengan tidak berkelakuan seperti kebiasaannya apabila berhadapan dengan keadaan itu. Pesakit diberi tunjuk ajar agar dapat mengawal diri daripada perbuatan tingkah laku kompulsifnya sehingga ia mampu untuk mengawal keadaan itu secara berperingkat, iaitu dengan mengurangkan kekerapan perlakuan kompulsif (OCD Center, 2016; Yatimah & Mohd Tajudin, 2011).
            Selain CBT, kaedah berikut juga digunakan bersama-sama untuk rawatan OCD. Ubat-ubatan adakalanya digunakan bersama-sama dengan terapi CBT untuk rawatan gangguan obsesif-kompulsif kerana ubat sahaja jarang berkesan dalam melegakan gejala OCD. Terapi keluarga turut digunakan kerana OCD sering menyebabkan masalah dalam kehidupan keluarga dan penyesuaian sosial, terapi keluarga adalah terapi sokongan. Terapi keluarga menggalakkan untuk memahami penyakit OCD dan ia boleh membantu untuk mengurangkan konflik keluarga. Ia juga boleh memberi motivasi kepada ahli keluarga dan mengajar mereka bagaimana untuk membantu orang yang mereka sayang. Terapi berkumpulan adalah satu kaedah yang berguna untuk merawat OCD. Melalui interaksi dengan rakan-rakan yang menghidap OCD, mereka dapat berkongsi keadaan mereka. Terapi berkumpulan menyediakan sokongan dan galakan dan mengurangkan perasaan tersisih dari masyarakat sekeliling amnya dan keluarga secara khusus. Cara seseorang individu bertindak balas terhadap gejala OCD yang dihadapi oleh rakan atau keluarga mempunyai impak yang cukup besar. Komen-komen negatif atau kritikan akan membuat penghidap OCD bertambah teruk dan semakin sukar untuk dirawat. Persekitaran yang tenang dan menyokong mereka boleh membantu proses penyembuhan. Elakkan dari membuat kritikan peribadi, kerana ia adalah gejala yang mereka hadapi bukan kelemahan karakter mereka. Jangan memarahi penghidap OCD atau memberitahu mereka untuk berhenti melakukan ritual kerana mereka tidak boleh mematuhi. Segala tekanan akan memburukkan keadaan. Jangan bermain bersama-sama dengan orang yang penghidap dengan ritual OCD. Membantu dengan ritual hanya akan mengukuhkan tingkah laku mereka. Sokong mereka tetapi bukan ritual mereka. Memastikan komunikasi posistif dan jelas. Komunikasi adalah penting supaya mencapai keseimbangan antara memberi sokongan dan sentiasa bersama-sama mereka sehingga gejala OCD tidak lagi mengganggu kehidupan mereka. Membuat lawak jenaka tika bersama-sama mereka, menerapkan elemen lucu dan membolehkan mereka tertawa bersama. Pastikan dalam jenaka yang dibuat tidak merendah-rendahkan mereka atau menyisihkan mereka tetapi membuat mereka rasa lebih dihargai (PsychGuides.com, 2016; Mayo Clinic Staff, 2013).    
5.0  Kesimpulan.
            Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD) boleh dikatakan sebagai perasaan ragu-ragu yang melampaui batas normal manusia dan ia juga diklasifikasikan sebagai satu penyakit mental. Setiap individu mempunyai OCD sama ada ianya disedari atau tidak. Ia terjadi pada ahli keluarga atau rakan-rakan di sekeliling kita. Cuma ianya berada ditahap ringan atau kecil hingga ke tahap yang lebih berat atau kritikal. Oleh yang demikian jika didapati mempunyai simptom-simptom yang berkaitan haruslah mendapatkan rawatan dengan segera sama ada melalui kaedah memakan ubat-ubatan atau Terapi Kognitif-Tingkahlaku (CBT). Jika ianya dibiarkan akan menjadi lebih parah dan sukar untuk di rawat.  Oleh yang demikian setiap orang perlu mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan OCD bagi memastikan ianya dapat dibendung atau dikawal agar tidak menyukarkan kehidupan seharian.  Bagi memastikan kehidupan yang lebih ceria dan gembira seseorang itu memerlukan satu sama lain untuk mendapatkan kehidupan yang lebih bahagia. Dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berfikiran positif dapat mengelakkan seseorang itu daripada simptom-simptom OCD. Seseorang individu itu perlu menitikberatkan tentang etika dan nilai moral dalam masyarakat amnya dan keluarga khususnya. Setiap orang mempunyai kepercayaan pada agama yang dianuti, oleh itu sentiasa mengamalkan ajaran yang telah dipelajari dan menambahbaik amalan yang dituntut. Zaman teknologi yang sedia mencabar ini akan memberi tekanan kepada individu-indivdu yang mudah berputus asa dan berfikiran negatif. Setiap orang perlu bersaing untuk memenuhi keperluan dan kehendak dalam menjalani kehidupan. Kos sara hidup yang semakin tinggi akan menyebabkan setiap individu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan. Teori Keperluan Maslow sendiri mengariskan lima keperluan utama iaitu fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan aktualisasi diri. Ianya akan menyumbang kepada motivasi individu untuk memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.  







                                                                                    Lebihkurang 2600 patah perkataan

Rujukan:
Psychology Today. (2015, November 18). Obsessive-Compulsive Disorder : Psychology Today. Retrieved June 20, 2016, from Psychology Today Web Site: https://www.psychologytoday.com/conditions/obsessive-compulsive-disorder
Baharom, M., & Iliyas Hashim. (2010). Ingat, lupa, sedar dan gangguan psikologi. Batu Caves: PTS Profesional.
Dr.Abdul Halim, O., & Ferlis, B. (2012). ABPS2103 Cross-Cultural Psychology. Seri Kembangan: Open University Malaysia.
Jemaat, A. H., Kong, f., Hasim, M. S., & Ang, T. K. (2012, April 27). Teori Perkembangan Moral Kognitif Kohlberg. Retrieved Mac 18, 2016, from Laman web google doc: https://docs.google.com/uc?id=0B6z3yHdicsgBazhoS3AtRTQ5eDg&export=download
Lead, S. M. (2013). Kohlberg: SimplyPsychology. Retrieved January 22, 2016, from Simply Psychology Web Site: http://www.simplypsychology.org/kohlberg.html
Mayo Clinic Staff. (2013, August 09). Diseases and conditions : Obsessive-Compulsive Disorder (OCD). Retrieved June 20, 2016, from Mayo Clinic Web Site: http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ocd/basics/definition/con-20027827
MedicineNet.com. (2013, August 28). Definitions of Obsessive-Compulsive disorder. Retrieved June 21, 2016, from Medicine Net.Com Web Site: http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=4610
MMHA. (2013). Obsesif Kompulsif (OCD) ; Malaysian Mental Health Association. Retrieved June 5, 2016, from Malaysian Mental Health Association Web site: http://mmha.org.my/obsesif-kompulsif-ocd/
Mohamed, M. n. (2001). Pengantar Psikologi - satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingka laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Moorey, T. (2012). Understand Chinese Mythology - The Myths and their meaning. London: Teach Yourself.
OCD Center. (2016, April 25). Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) for the Treatment of OCD and Anxiety Conditions. Retrieved June 21, 2016, from OCD Center of Los Angeles Web Site: http://ocdla.com/cognitivebehavioraltherapy
PsychGuides.com. (2016). PsychGuides- Obsessive-Compulsive Disorder Symtoms, Causes and Effects. Retrieved 7 17, 2016, from PsychGuides Web Site: http://www.psychguides.com/guides/obsessive-compulsive-disorder-symptoms-causes-and-effects/
Rahil , M., & Habibah, E. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan - Edisi Kedua. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
Rahman, Z. A. (2007). Pembimbing Rakan Sebaya. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.
Sang, M. S. (2010). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Tahir, N. (2016). Teoi Perkembangan. Retrieved Mac 19, 2016, from Laman web amaljaya,com: http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/teori-perkembangan.pdf
Yatimah, S., & Mohd Tajudin, M. (2011). Teori Kaunseling Al-Ghazali. batu Caves: PTS Islamika Sdn Bhd.

Yusof, R. (2010). Asas sains sosial dari perspektif sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bhasa dan Pustaka.