Friday 11 May 2012

Terima kasih kerana awak buat hidup saya indah

          Alhamdulillah ku masih bernafas... dan masih boleh meneruskan kehidupan macam biasa.. macam orang lain.. banyak yang dapat kulakukan minggu ini... Syukur akhirnya aku mendapat novel yang aku cari dan dapat juga buku carving untuk abang(my son) thanks chef faiz sudi poskan pada saya... hahaha.. bestkan bila kita dapat buku yang belum dijual dikedai buku...seronok sangat... orang kata perkara yang paling membahagiakan hidup kita bila kita dapat apa yang kita inginkan... bestkan...
         Bagi aku bila masuk ke kedai buku macam sesuatu yang boleh membuatkan aku menjadi orang lain.. ralit dengan keterujaan sendiri. Membaca, menulis membuatkan hidup aku menjadi indah... akan kulakarkan bait-bait indah kehidupan ini untuk kepuasan diriku... Biarlah apa orang nak kata.. yang penting aku dapat apa yang aku inginkan... seronok kan bila orang yang dekat kat kita menyokong kita.. especially my family..
        huby.. thanks yo... tak pernah halang minat saya.. betul awak kata rumah kita dah macam mini library.. kadang seronok juga bila tengok kita dua orang nikan.. awak suka memancing dan bela ikan dalam akuarium dan saya suka menulis dan membaca... adilkan... Allah cukup adil dengan kita.. saya berkahwin dalam usia muda.. 19 tahun tu... dan 20 tahun saya dah melahirkan puteri sulong kita.. dan kemudian usia anak kita setahun empat bulan kita menimang cahaya mata yang kedua... memang tak sempat untuk kita luangkan masa bersama. Banyak masa kita dengan anak2 dan anak ketiga kita lahir setelah anak kedua kita berumur tiga tahun... aduiiii... masa tu memang kelibut kan?.. dengan saya yang tidak bekerja... 8 tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa... dan akhirnya awak benarkan saya kerja... dengan kelulusan yang saya ada saya hanya mampu menjadi operator pengeluaran sahaja.... peritnya jadi operator.. selalu berangan nak duduk kat ofis berhawa dingin...
       Alhamdulillah doa saya Allah makbulkan bila saya sudah bekerja selama dua tahun sebagai operator.. kelakar pun ada masa tu awak marah saya kan.. sampai bila nak jadi operator? erk! terkejut juga masa tu.. tak faham apa yang awak maksudkan... seronoknya bila awak suruh saya sambung belajar... bestnyer... akhirnya saya sambung belajar dan saat itulah saat yang paling indah dalam hidup saya.. 3 1/2 tahun saya abdikan diri dengan buku-buku dan awak sungguh setia disamping saya.. thanks sebab awak jaga anak-anak dan tak benarkan mereka dijaga oleh orang lain...
      Saat paling indah masa hari konvokesyen bila saya nampak awak berdiri dalam dewan masa saya terima scroll saya... awak tepuk tangan.. masa tu airmata saya mengalir laju melihat pengorbanan awak pada saya...  awak sanggup bersusah kerana saya.. modalkan saya untuk belajar... awak tak pernah halang saya untuk menjadi apa saja yang sayang mahukan... cuma awak selalu pesan kat saya jaga diri dan jujur antara satu sama lain... kesibukkan kerja saya awak tak pernah merungut cuma awak kata kat saya.. kerja jangan sampai lupa tanggungjawab... Alhamdulillah kita dapat harunginya kan...
      Kini anak-anak kita dah besar dah sampai menara gading pun... mereka semua sudah mencari arah untuk hidup mereka, masa depan mereka... Alhamdulillah Allah berikan kita kesukaran diwaktu awal perkahwinan kita kini anak-anak dah besar dan kita sudah mengalami banyak perubahan dalam hidup kita.. Kini bila tinggal berdua dengan awak saya rasa kita semakin mesra.. awak semakin romantik kan? saya rasa diri ini cukup dihargai... bila anak-anak balik cuti adalah hari yang indah untuk kita kan... bestnyer boleh masakkan mereka.. melihat mereka bertiga berkumpul... membuat kita tersenyum bahagia... mereka anugerah terindah untuk kita...
       Abang... terima kasih kerana faham saya, sanggup layan karenah saya.. melengkapi hidup saya,, menutupi kekurangan saya.. awak tahu tak.. awak dah buat saya menjadi orang yang paling kuat dengan segala ujian yang datang... terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya... Syukur Allah hadirkan awak untuk saya.. semoga jodoh kita hingga akhir hayat kita dan semoga kita akan bersama juga di akhirat... Abang terima kasih kerana membuatkan hidup saya indah...




Samiza Ezanie
11.08am
12/05/12