Rabiatul masih
terus berfikir mengapa Farhan Afif menghilangkan diri selepas dia melahirkan
sikembar dan abang sedar dari koma. Ada
banyak tanda soal dikepalanya sekarang. Alhamdulillah setelah dua minggu abang
sedar dari koma abang dibenarkan pulang. Cuma abang perlu menjalani rawatan
susulan. Buat sementara mereka tinggal di Kuala
Lumpur di rumah yang disediakan oleh syarikat Azman.
Puan Sarimah dan Puan Halida ibu Azman sementara waktu tinggal bersama mereka
untuk menjaga sikembar, Azman dan dia sendiri yang masih dalam pantang.
Abang masih belum berapa kuat untuk melakukan
sesuatu perkara sendirian, abang masih menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Jadi sukar untuk dia bergerak sendirian tanpa bantuan dari ahli keluarga.
“Termenung apa
isteri abang ni, abang dan adik dah tidur ke sayang?” suara Azman yang menegur
mematikan langsung lamunan Rabiatul.
“Tak ada apalah
bang… sayang cuma terfikirkan mana perginya Han… entah mana dia pergi. Tak
sempat nak ucapkan terima kasih atas segala bantuan yang dia berikan kat kita.
Sayang bukan apa… dia tu baik budaknya nak juga kenenkan dengan Tiha tu. Ya
lah… dah dia bapa angkat anak kita dan Tiha tu pun jadi mak angkat sesuailah
kalau dijodohkan… Sekurang-kurangnya terubatlah hati Tiha dengan kehadiran
anak-anak kita.” Pandai saja Rabiatul merancang untuk kehidupan orang lain.
“Sayang ni pandai
je nak jodohkan orang,
ni nak buka bisnes ejen cari jodoh ke apa ni?” Azman mencuit manja pipi
Rabiatul yang sudah mula berisi.
“Taklah sampai buka
bisnes.. sayang cuma nak kongsi sedikit dengan mereka kebahagiaan kita . Tak
salahkan?” dah namanya Rabiatul ada saja jawabnya.
“Salah tu tidaklah
sayang tapi mungkin mereka ada perancangan mereka sendiri. Suami Tiha meninggal
dunia sebab apa?” terkejut Azman bila diberitahu yang Tiha sudah menjadi balu.
“Kemalangan dimalam
pernikahan… dahlah bang tak mahulah cerita nanti sayang nangis. Kesian Tiha..
nanti kalau ada masa sayang cerita kat abang ya?” tak mahulah nak bercerita
kisah sedih Tiha disaat abang masih belum pulih sepenuhnya. Ceritalah lain..
“Baiklah sayang…”
Azman memang seseorang yang memahami. Dipeluk isterinya erat-erat. Banyak
perkara yang dia tertinggal saat dia koma, ada masanya dia sedih dengan apa yang berlaku
namun dia percaya pada takdir Allah. Tiada sedikit pun perasaan cemburu pada
Farhan Afif yang banyak membantu mereka kerana dia sedar tanpa Farhan Afif
mungkin sukar untuk isterinya menghadapi semua ini. Dia pernah mendengar
sebaris ayat yang masih diingat sehingga sekarang.. Allah ambil sesuatu kerana
nak berikan sesuatu… satu keluhan kecil terkeluar tanpa sengaja..
“Abang ni… siapa yang termenung sekarang ni?”
Rabiatul menepuk perlahan lengan suaminya. Pandai je abang Jeman aku ni mengata… dia sendiri pun sama.
“Hahaha… maaflah
sayang… khayal sekejap.” Berangan lagi..
“Sayang boleh
sayang tanya?” Rabiatul memulakan bicara sebenarnya dia dah lama nak tahu
tentang perkara ini tapi kesibukkan membuatkan dia lupa.
“Apa yang sayang
nak tahu?” Azman mengeratkan pelukan pada isteri yang masih molek duduk
disisinya..
“Nama anak-anak
kita kenapa ada iras nama Afif? Kenapa mesti Aman Afifi dan Amani Afifah?”
sejak nama anak-anak diberikan ada satu tanda soal yang besar dikepalanya.
“Oh! Abang ingat
apa tadi.. sayang… abang nak abadikan nama orang yang bantu kita disaat kita ditimpa
musibah. Abang nak kita semua mengingati Farhan
Afif sebagai orang
yang banyak berjasa pada kita. Abang
rasa tak menjadi kesalahan pun. Lagipun maksud pada nama-nama itu pun bagus.
Entah kenapa dia tak nak jumpa abang tapi abang dapat rasakan yang dia ada
jumpa abang tapi abang tak perasan dia kot. Abang Radhi banyak bercerita pada abang
tentang Farhan Afif dan abang rasakan memang dia seorang yang berhati mulia.
Bantuan abang pada dia bukannya banyak pun dan abang tak harapkan balasan.
Mungkin masa tu kalau orang lain pun kan buat tindakan yang
sama macam abang. Abang
sentiasa berdoa satu hari nanti abang akan jumpa dia biarpun sekejap.” Begitu
tulusnya hati Azman yang langsung tiada rasa cemburu dan syak wasangka pada insan
bernama Farhan
Afif.
“Mudah-mudahan
bang… Abang Radhi kan ada bagitahu kita yang Han kena lapur
diri kat tempat kerja baru. Berita tu dia dapat lewat sebab tu dia kelam kabut
nak uruskan
semuanya. Tak apalah bang… Insyallah satu hari nanti kita akan jumpa dia..”
masih mengharap untuk bertemu Farhan Afif lagi tapi… mahukah Farhan Afif
bertemu Rabiatul setelah apa yang diluahkan tempohari di dalam bilik bersalin. Adakah kerana itu dia tak
mahu berjumpa dengan mereka berdua. Farhan Afif perasaan itu tak salah cuma
tempat dia menaruhkan harapan itu salah… Rabiatul melentukkan kepala dibahu
Azman.. Dia senang dimanjakan begitu.
Dikeheningan malam
Azman berteleku dimeja tulis dengan perasaan yang sebak, akhir-akhir ini dia
terlalu rindukan nenek yang telah menemui Illahi lama sudah. Arwah nenek seorang yang
penyayang dan dia memang rapat dengan nenek. Cucu kesayanganlah katakan… sudah
dua malam dia mimpikan arwah nenek dengan wajah putih bersih bertelekung tanpa
mengeluarkan sepatah kata. Cuma malam ini dia mimpikan arwah nenek mengusap
rambutnya perlahan dan arwah nenek memimpin tangannya pergi ke satu tempat yang
luas penuh dengan manusia memakai baju serba putih dan menutup aurat. Dia
bingung dengan apa yang nenek cuba
sampaikan…
Mungkinkah ada
sesuatu yang akan terjadi pada dirinya nanti. Alhamdulillah dia sudah berjalan
sedikit tanpa bantuan sesiapa. Lagipun sudah tiga bulan dia keluar dari
hospital. Semalam dia ada membuat rawatan susulan dan keadaan dia semakin sihat
cuma doktor ada nampak
satu tompok kecil dikepalanya melalui sinar X. Harap itu tidak membahayakan.
Doktor ada kata mungkin keputusan itu akan didapati dalam masa seminggu. Kebimbangan
diwajah Doktor Fuad tak dapat disembunyikan. Sejak akhir-akhir ini dia sering gelap mata, namun
langsung tidak diadukan pada isteri tercinta. Tak sanggup rasanya untuk
menyusahkan hati isterinya lagi. Cukuplah dengan kesusahan yang dilalui
isterinya semasa mengandung. Cukuplah… Andai umurnya tidak panjang dia redha…
Azman mengeluh
berat, dia ada memberitahu isterinya untuk pulang ke Penang
esok. Rindu pada rumah mereka.. sudah setahun dia tak pulang. Dia juga mahu
melawat kubur arwah nenek. Teruja dia melihat Rabiatul mengemas. Insyallah
lepas sarapan pagi esok mereka akan bertolak. Abang Radhi sudi menghantar mereka, untuk dia
memandu sendiri agak mustahil.
Azman merapati
katil bayi yang menempatkan kedua-dua anaknya. Perasaan sebak tidak dapat
ditahan lagi. Dicium keduanya, dipeluk mereka
tanpa membangunkan sikecil….
“Anak-anak ayah
jaga ibu kalau apa-apa terjadi pada ayah ya. Ayah dapat rasakan umur ayah tak
panjang. Ibu seorang wanita yang tabah.. jangan sakiti hati ibu dan sayangilah
ibu sebagaimana ibu menyayangi kamu. Ibu adalah wanita yang paling ayah cinta.
Ibu adalah pelengkap hidup ayah dan tanpa ibu mungkin ayah tak mampu merasai
nikmat bahagia ini. Ibu mengenalkan pada ayah betapa luhurnya cinta itu jika
diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan…
Tiada siapa mampu
menggantikan tempat ibu dihati ayah kerana ibu adalah segala-galanya bagi ayah.
Dia adalah teman, sahabat, kekasih dan isteri ayah. Andai ayah tiada jagalah ibu.
Carilah papa Farhan Afif.. ayah rasa ayah tahu kenapa papa kamu pergi macam itu
saja tanpa khabar berita. Ayah pun lelaki.. ayah dapat rasakan dia tidak mahu
mengganggu kebahagiaan ayah dan ibu. Mungkin jalan yang terbaik bagi dia tapi
bukan bagi kami. Ayah nak sangat jumpa dia dan mengucapkan terima kasih pada
dia… ingat pesan ayah ni. Cari papa kamu bila dah besar nanti.” Azman mengelap
perlahan airmata yang dah mula mengalir. Anak didalam pelukkan seakan mengerti
bila mula mengerakkan badan…
“Ayah sayang kamu..
sayang sangat-sangat…. Jadilah anak-anak yang baik nanti. Anak yang soleh dan
solehah serta mendengar kata. Semoga kamu menjadi anak yang berjaya satu hari
nanti… jaga ibu jaga ayah…. Ayah sayang kamu…. Tapi ayah macam dah tak kuat
nak… ayah penat.. kepala ayah sakit. Ayah tak nak susahkan ibu lagi.. ayah
minta pada Allah supaya ambil ayah cepat daripada ayah buat ibu menangis… ayah
tak mahu melihat airmata duka ibu mengalir lagi. Ayah tak mampu sayang… tak
mampu… ayah letih…” esak tangis Azman makin hebat…
Azman mengambil pen
dan kertas ingin diluahkan segala isi hatinya di situ. Dia dapat merasakan
umurnya tak panjang. Dia harus meluahkan segalanya di sini……
Subuh itu mereka dikejutkan dengan berita kematian
Azman, baru semalam dia teruja untuk pulang ke Penang dan hari ini segala
impian dan harapan itu musnah. Rabiatul terpukul dengan kejadian ini dan dia
tak mampu berkata apa. Patutlah semalam abang teruja benar dan banyak benda
yang dipesankan rupanya itu tanda abang nak tinggalkan mereka selamanya.
Segala urusan
jenazah dilakukan oleh keluarga Rabiatul da Azman. Rabiatul cuba memenuhi
hasrat Azman yang pernah disuarakan sebelum ini yang ingin dikebumikan di
sebelah kubur arwah nenek jika dia meninggal dunia. Biapun nada itu disuarakan
sewaktu mereka bergurau tapi itu dianggap satu amanah yang harus ditunaikan.
Anak-anak seakan mengerti yang ayah mereka telah meninggalkan mereka buat
selamanya. Mereka tidak banyak karenah, langsung tidak menangis biarpun lampin
mereka basah.
Rabiatul memangku
keduanya di depan jenazah sambil membaca surah yassin. Inilah tanda sayang dan
cinta pada arwah. Biarpun airmata sesekali mengalir dia cepat menyekanya. Dia
tak mahu roh abang nampak dia lemah, dia harus kuat demi anak-anak dan abang.
Dia tahu roh abang berada disekeliling mereka dan melihat segala apa yang
berlaku pada jasadnya. Janji dia pada arwah harus ditunaikan menjadi ibu yang
terbaik untuk anak-anak. Tanda cinta yang akan dijaga hingga nafas yang
terakhir.
Bukan mudah untuk
dia menerima kematian Azman dan dia tahu janji Allah pada manusia yang harus
diterima dengan redha. Dia tawakal dengan segala ketentuan Allah buat dirinya.
Biarlah hujan, guruh dan petir berdentum dalam hidupnya kini dia harus bangun
dengan satu tekad untuk menjaga dua amanah arwah ini dengan sebaiknya.mendidik
mereka agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Bukan mudah untuk dia
lakukan sendirian namun dia percaya ada sinar untuknya satu hari nanti.
“Adik… izinkan kami
untuk mandikan jenazah Azman. Adik duduk kat sana dulu ya, bawa anak-anak adik
pergi sana ya…” Abang Radhi bertutur perlahan pada Rabiatul yang masih duduk
mengaji.
“Abang boleh tak
adik mandikan jenazah ini bersama-sama. Adik rasa inilah bukti kasih sayang
adik yang terakhir buat arwah. Adik rasa tak menjadi kesalahan untuk adik
mandikan jenazah kan? Adik faham kalau menjadi keberatan pada semua.”
Permintaan tak terduga oleh Rabiatul membuatkan yang mendengar menjadi semakin
sebak. Ini mungkin tak pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini. Adakah
Rabiatul ingin mencipta sesuatu diluar kebiasaan orang di sini.
“Adik.. abang faham
perasaan adik sekarang ini.. jika benar adik ingin melakukan abang minta izin
pada Pak Imam ya… adik tunggu kejap ya..” Abang Radhi bersuara perlahan dan
berlalu pergi menuju kepada Pak Imam yang sudah bersedia ditempat mandi jenazah.
“Pak Imam boleh tak
izinkan adik saya mandikan jenazah suaminya bersama-sama. Inilah bukti kasih
sayang yang terakhir dia pada arwah Pak Imam. Itupun jika tak menjadi keberatan
pada semua yang berada disini. Saya agak permintaan adik saya ini memang agak
pelik tapi saya rasa jika ini boleh menghapuskan sedikit kesedihannya apa kata
kita tunaikan saja. Bagaimana Pak Imam?” Pak Imam Najib terharu dengan
permintaan Rabiatul, dia memandang pada kariah yang lain. Jika ini boleh
menghapuskan sedikit kesedihan si isteri dia tak keberatan untuk mengizinkan.
“Macam mana semua,
boleh izinkan isterinya bersama-sama kita memandikan jenazah?” Pak Imam Najib
meminta persetujuan kariah yang berada disitu.
Mereka semua disitu
memandang sesama sendiri, sukar sebenarnya untuk membuat keputusan namun jika
ini permintaan si isteri apa salahnya untuk ditunaikan. Benar kata Rabiatul
inilah tanda cinta dan sayang buat kali terakhir. Mengapa tidak mereka
tunaikan. Mungkin ini tidak pernah dilakukan oleh orang lain tapi biarlah kali
ini mereka mengizinkan.
Pak Imam Najib
menepuk lembut bahu Abang Radhi dan memberi isyarat dengan senyuman dan
anggukan kecil mengizinkan Rabiatul bersama-sama memandikan jenazah suaminya.
Abang Radhi berjalan perlahan menghampiri Rabiatul dan memberitahukan tentang
keizinan yang telah diberikan. Rabaitul mengucap syukur pada Allah kerana
diberi keizinan untuk memandikan jenazah suami yang dicintai sepenuh hati.
“Abang jaga adik
baik-baik ya.. ibu nak mandikan jenazah ayah. Inilah tanda cinta yang terakhir
untuk ayah dari ibu. Ibu sayang ayah sangat-sangat… tiada siapa yang mampu
menggantikan tempat ayah… ibu sayang ayah.. sayang sangat-sangat.” Rabiatul mencium
kedua anaknya dan terus mengiringi jenazah suami yang tercinta… Selepas ini
suaminya akan menempuh saat perjalanan yang jauh menghadap Allah yang Esa.
Semoga abang ditempat orang-orang yang beriman.
“Abang, izinkan
sayang untuk mandikan abang buat kali yang terakhir ya… Sayang tahu roh abang
dengar… sayang nak abang dalam keadaan yang terbaik menghadap Allah yag Esa…”
Perlahan Rabiatul berbicara pada jenazah yang terbujur kaku. Sebahagian orang
yang berada disekeliling menyeka airmata yang mula mengalir.
Ya Allah! Tenangnya
wajah abang…. macam orang tidur je… Rabiatul mengikut arahan Pak Imam cara-cara
memandikan jenazah dengan betul. Dia menggosok perlahan badan abang. Orang yang
dah meninggal dunia pun rasa sakit bila kita gosok kuat-kuat. Jadi dia tidak
akan sesekali untuk menyakiti jasad abang…
Abang Radhi dan
Abang Raffi turut berada disisi Rabiatul, mereka kini menjadi tulang belakag
untuk adik mereka. Tidak akan sesekali pun dibiarkan adik bongsu mereka
sendirian.
Sesudah memandikan
jenazah Rabiatul turut sama membantu mengkapankan suami yang tercinta. Dia cuba
menahan airmatanya dari gugur, dia harus kuat demi kasih sayang terakhir pada
jasad abang. Pak Hishamudin dan Puan Sarimah tahu hati anak bongsunya itu
sebenarnya sangat rapuh. Nampak sangat luaran saja yang kuat tapi dalamannya
tidaklah sekuat mana. Mereka rasa lebih baik melihat Rabiatul menangis dari
menahan perasaan yang mengelodak di dalam jiwa. Kesedihan anak itu dapat mereka
rasai, semoga ada sinar untuk anak bongsu mereka nanti.
Van yang hendak
membawa jenazah Azman ke Penang sudah lama tiba. Mereka menyembahyangkan
jenazah sebelum mereka membawa jenazah pergi. Setelah usai mereka meminta ahli
keluarga untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sebelum dibawa
pergi. Seorang demi seorang mencium jenazah dan Rabiatul dan anak-anak adalah
orang terakhir.
Rabiatul membawa
kedua anaknya bersama untuk memberi penghormatan terkahir pada arwah yang
mereka sayangi.
“Abang… terima
kasih kerana memberi kebahagian buat sayang dan anak-anak. Sayang redhakan
pemergian abang untuk bertemu kekasih yang sejati iaitu Allah yang SATU.
Selepas ini sayang akan bersendirian menjaga amanah abang tapi sayang tahu
walaupun jasad abang dah tiada namun cinta abang akan sentiasa temankan sayang
dan anak-anak. Semoga kita akan bertemu di akhirat kelak. Abang tunggu sayang
dengan anak-anak ya… Cinta kita tidak akan mati biarpun kita terpisah di dunia
ini… cinta abang begitu tulus dan suci buat sayang terima kasih abang…” sayu
dan pilu menyelubungi mereka yang mendengar luahan hati si isteri…
“Abang, adik.. ayah
dah tak ada tapi cinta ayah akan bersama kita buat selamanya… cium ayah sayang
buat kali yang terakhir… selepas ini kita tidak akan dapat menatap dan menyentuh
wajah ayah sayang… tapi cinta ayah tetap akan subur dihati kita.. kerana ayah
adalah ayah yang terbaik buat kamu berdua…” Saat Rabiatul melekapkan pipi
sikecil ke pipi ayahnya anak itu seakan mengerti. Mereka membuka mata dan
mengeliat kecil dan tangan si adik seolah mengelus perlahan wajah ayah yang
sudah kaku dan sejuk seperti ais.
Abang Raffi
mengambil sikecil dari pelukan Rabiatul. Mereka semua akan turut serta
mengiringi jenazah ke Penang. Rabiatul naik bersama di dalam van jenazah
bersama dua anak kembarnya. Abang Radhi dan Abang Raffi turut sama berada di
dalam van itu. Mereka menurut saja kemahuan Rabiatul yang memang terkenal
dengan sikap tegasnya bairpun kadangkala sikapnya mengalahkan budak kecil.
Sepanjang perjalanan sikembar tidur dengan lena. Langsung tidak menyusu….
Seakan mengerti akan kesedihan ibu mereka yang kehilangan orang tercinta. Baru
semalam gurau senda Azman mencuit hati kini semuanya tinggal menjadi memori
indah yang mungkin tidak akan terlupakan. Rabiatul terus membacakan surah
yassin sepanjang perjalanan tanpa rasa jemu atau penat. Segalanya untuk dia…..
suami yang tercinta. Abang Jeman yang telah mengocak hatinya.. Abang Jeman ku
sayang semoga kau bahagia di sana..
Jenazah disambut
dengan penuh penghormatan, arwah memang dikenali sebagai seorang yang berhati
mulia dan baik pada semua orang. Sentiasa menghulurkan bantuan walaupun tak
diminta. Rakan-rakan sekerja pun turut ada sama termasuk Mr. Lee bekas ketua
abang. Biarpun berlainan bangsa mereka seperti sebuah satu keluarga yang besar.
Saling memerlukan antara satu sama lain.
Saat jenazah diturunkan
ke liang lahad wajah sayu terlihat disekeliling mereka. Cuaca yang pada mulanya
panas terik kini mendung. Alam seakan turut meratapi pemergian seorang insan
yang baik dan berhati mulia. Saat talkin dibacakan keadaan menjadi semakin
sayu. Rabiatul tetap setia memangku kedua anaknya. Abang Raffi dan Abang Radhi
cuba memujuk untuk mengambil salah seorang dari mereka namun dihalang keras
oleh Rabiatul. Hanya satu jawapan yang diberi… merekalah kekuatan Rabiatul
sekarang ini….
“Adik… jom kita
balik.. semua orang dah balik… lagipun hari dah nak senja.. kesian dengan
anak-anak. Jom kita balik ya..” pujuk Abang Radhi lembut…
“Adik….mak tahu
adik sedih.. kami pun sedih.. kami kehilangan satu-satunya menantu lelaki.
Sekuat manapun kasih sayang kita pada arwah lagi kuat kasih sayang Allah pada
arwah sebab itu dia ambil arwah. Kita kena redha dengan takdir Allah pada
kita…” suara Puan Sarimah yang lembut membuatkan Rabiatul mendongak memandang
wajah ibu yang disayang. Melihat sekeliling keluarga kedua belah pihak masih
disitu setia menemaninya… Ya Allah! Terima kasih atas apa yang kau beri padaku…
kasih sayang keluargaku dan suamiku tetap utuh bersamaku… Rabiatul berdiri dan
menatap pusara itu buat kesekian kali…
“Abang.. sayang
pergi dulu ya… nanti ada masa sayang akan datang lagi.. damailah abang di sisi
Allah yang Esa. Janji sayang pada abang Insyallah akan jaga amanah abang ini
sebaiknya… kasih sayang dan cinta sayang tak cukup kuat untuk mengikat abang di
dunia ini… Semoga abang tenang dan damai bertemu kekasih sejati abang…
Insyallah satu hari nanti kita akan berjumpa diakhirat…
Cinta abang adalah kekuatan sayang.. tetap harum subur
dihati.. kerana dua jiwa kita telah menjadi satu setelah abang melafaz akad
pada Tok Kadi… Biarpun jasad kita terpisah namun jiwa kita tetap satu tersemat
dihati untuk selamanya… selamat tinggal abang.. terima kasih kerana telah
membahagiakan sayang biarpun seketika tapi itu sudah cukup buat sayang. Abang
segalanya untuk sayang…” tiada sendu hanya wajah yang sayu… airmata janganlah
kau tumpah disini kerana aku harus kuat kerana aku rasa roh abang sentiasa
melihatku… aku tahu dia ada disampingku saat ini… cintaku kau telah pergi
dengan membawa hatiku sekali…. Aku redha dengan takdirmu Allah…
p/s bagi yang mengikuti e-novel ini maafkan saya.. kesuntukan masa dan kesibukan sebagai pelajar semula membataskan saya untuk update blog saya.. In Shaa Allah saya akan cuba menguruskan masa saya sebaiknya..
Samiza Ezanie..
27/01/2013
23.23pm