Friday 30 December 2011

Hati seorang ibu

           Tiada apa yang paling membahagiakan hati seorang ibu bila melihat anak-anak mengorak langkah untuk berjaya. Kita sering mendengar ibu sanggup berkorban untuk anak-anak biarpun nyawa terancam, demi anak-anak mereka sanggup harunginya.. kerana anak adalah permata hati bonda.

           Hari ini tanpa disedari airmata ku mengalir bila mendengar cerita anakku, apa yang tak pernah kualami dan kulalui kini anak ku melaluinya. Alhamdulillah.. Cukup gembira bila anak-anak telah melangkah setapak ke setapak untuk berjaya mengapai cita-cita.

           Puteriku sesukar manapun langkahmu aku percaya sebagai ibu putriku mampu melalui segala rintangan. Kami sentiasa mendorong di belakangmu, kami tidak akan sesekali melepaskanmu keseorangan. Kerana tawamu adalah tawa kami tangisanmu adalah tangisan kami.. segala bebanmu adalah beban kami. Kerana kau Anugerah terindah yang Allah berikan pada kami. Mendengar kamu terpilih menjadi salah seorang peserta Trans Java-Bali Biodiesel 4th edition UTM Skudai kami mengucap syukur. Impianmu adalah impian kami. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.. mudah-mudahan misi kamu berjaya. Jangan mudah patah semangat untuk mencari sponsor dan membuat kerja-kerja amal untuk melaksanakan misi ini. Kami sentiasa sudi menghulurkan tangan untuk membantu kamu. Pada saudara-mara dan rakan-rakan yang sama-sama menghulur bantuan dan sumbangan hanya ucapan terima kasih yang mampu kami berikan. Mudah-mudahan Allah akan membalas budi kalian.

         Putera Kedua ku jangan berputus asa dengan khabar-khabar angin yang datang, terus berusaha untuk menjadi Chef yang berjaya. Biarpun apa jua yang datang, tempuhi dengan hati yang matang. Berfikir secara rasional kerana kamu mampu mengalasnya. Tahniah untuk kamu anakku kerana telah mencapai keputusan peperiksaan yang baik biarpun tidak mendapat full mark namun kami percaya kamu telah mencuba sebaik mungkin. Mudah-mudahan tahun 2012 yang akan datang kamu akan mewakili sekali lagi Battle of the Chef. dan kali ini mudah-mudahan kamu akan mendapat Gold medal. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Terima kasih pada kamu anakku...kamu adalah anugerah terindah Allah pada kami.

        Putera Bongsu mudah-mudahan kamu akan membuat yang terbaik dalam SPM 2012. Ini adalah langkah pertama untuk kamu melangkah jauh ke depan. Buatlah persediaan dan perancangan yang terbaik. Kami sentiasa mendukung kamu kerana kejayaan dan kebahagiaan kamu turut kami rasai. Tahniah untuk kamu kerana telah terpilih menjadi Presiden PKBM. Jalankan tugasmu dengan sebaiknya, Sebagai pelajar senior di asrama jangan sesekali berlagak tinggi kerana kamu pernah merasai betapa tak seronoknya bila dilayan kurang baik oleh pelajar senior. Jadilah seorang insan yang sentiasa berfikiran positif dan terbuka.. terima kasih anakku kamu adalah anugerah terindah dari Allah.

       Kakak, Abang dan Adik ingatlah biarpun dimana kamu berada Mak dan Abah sentiasa ada untuk kamu kerana kamu adalah kebahagiaan kami. Kesunyian cukup kami rasai bila semester bermula kerana kami hanya tinggal berdua. Cukup sukar untuk kami lalui namun demi kejayaan kamu anak-anak kami sanggup melaluinya... Mak abah sayang kamu bertiga...


Samiza Ezanie
2.49pm
31/12/11

Friday 23 December 2011

Kepenatan yang hilang..

           Alhamdulillah syukur pada Allah jamuan hari ini berjalan dengan lancar dan berbaloi. Buat anak lelaki ku tahniah ukiran buah yang abang buat mendapat pujian dari mereka. Nice and i proud of u my son. Tak sia-sia abang carving sampai pukul 12 tengahmalam dan sambung semula pada pukul 5 pagi. Terima kasih banyak-banyak kat abang ya. Mudah-mudahan cita-cita bang nak jadi chef satu hari nanti akan tercapai. Kami semua doakan abang. Biar berdarah tangan namun ukiran tetap diteruskan.. tahniah sekali lagi.

          Jelas terlihat sikap gotong royong antara satu sama lain di dalam ofis ini biarpun kita bukan bangsa yang sama. Satu Malaysia betul. Nampak sangat kepuasan di wajah my boss apabila jamuan ini berjalan dengan lancar. Masing2 menyingsing lengan untuk majlis ini kelihatan cukup sempurna. Bestkan? Alice, Ahter, Bee Choo, Intan, Ah Tee, Ah keong, My, Ros, Mia, Fong Lin, Pak Zainal, Pak Abu, Ah Tee Counting dan mereka yang lain yang turut berkerjasama. Satu teamwork yang cukup baik dan cukup sempurna. Tahniah dekat semua.

          Kepada para tetamu yang cukup sporting dan terima kasih pada mereka semua... Syukur padamu Ya Allah. Sebenarnya kita cukup beruntung berada di bumi Malaysia yang aman ini. Mudah-mudahan kita terus bersatu untuk menjadikan Malaysia negara yang maju dan aman.

          Uh! Penatku hilang bila semuanya telah selesai. Bukan mudah mencari kesempurnaan tapi kita boleh mengapai kesempurnaan jika kita bersatu dan mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang dan budaya yang kita semua amalkan... Teamwork yang cukup sempurna... Tahniah untuk semua...

         Persengketaan tidak akan menjadi apa oleh itu kita harus bersatu untuk menjadikan diri kita sempurna.
Hidup ini indah bila kita mengindahkannya dengan sikap yang positif... bersangka baik pada semua...



Samiza Ezanie
6.06pm
23/12/11

Tuesday 13 December 2011

Dua Jiwa Jadi Satu bab 2

“Atul, kau free tak tengahari ni? Jom lunch kat Line Clear? Lama dah tak pekena nasi kandar.” Azman memulakan bicara pagi itu. Nak tengok sejauh mana keberanian dak kecik ni nak mempelawa dia pergi ke reunion. Rahsia sudah bocor, terkejut dia malam tadi bila Fatiha telefon. Terima kasihlah Fatiha..
            “Ala.. aku sibuklah Man.. Kau ajaklah sesapa. Ni barang tak sampai lagi ni kang mengamuk 
production kat aku barang tak ada.” Rabiatul polos je menjawab.
            “Mak Cik macamlah company bagi kau gaji masa kau rehat.. jomlah nasi kandar..” tak putus asa beb..
            “Kau ni.. tengoklah macam mana.. iskh! Jangan kacau aku boleh tak? Aku sibuk ni.. nak siapkan report ni.. kau simpan cerita kau tu kejap ek.. lepas ni kita sambung balik,” apasal mamat seorang ni terlebih peramah dekat aku ni, alahai aku tengah nervous ni nak ajak dia gi reunion dia pulak terlebih peramah, selalu mana ada dia tercongok kat ofis pagi-pagi ni.. Rabiatul mengomel di dalam hati.
            “Okey! Sayang buat kerja sayang.. jap lagi abang datang, kita bincang balik ya sayang..” gedik sungguh Azman ni pulak. Rabiatul menjengkilkan mata tanda geram dengan perbuatan Azman yang terlebih pagi ini.
            “Kau tertanggal skru ke Man? Dah pergi jauh-jauh suh! Suh!” macam menghalau ayam dibuatnya pagi-pagi ini dengan perangai tak semengah si Azman.
            “Eleh! Tunggulah nanti orang yang kau kata tertanggal skru ni lah yang akan jadi laki kau satu hari nanti.. bye sayang..” Azman berlalu sambil mengenyitkan mata. Rabiatul tak terkata apa. Sah semua skru kat kepala dia tanggal…
            “Atul napa Man tu? Lain macam aje akak tengok dia pagi ni? Selalu pagi-pagi mana ada kat ofis.. dah tu ayat dia tak boleh blah.. ada yang akak tak tahu ke?” Kak Mon rakan sepejabat sebelah meja Rabiatul pun turut merasa pelik dengan perangai Azman yang pusing 360 darjah tu.
            “Entahlah Kak Mon, Atul pun tak tahu kenapa dia macam tu.. siap bersayang bagai.. skru kat kepala dia dah tertanggal agaknya.. dahlah orang sibuk ni dia pulak menyibuk.. uh! Sabar ajelah.. Kak Mon.” Rabiatul menghela nafas perlahan.
            “Dia ada hati kat Atul tak? Kan dia dah putus tunang 3 bulan lepas. Mana tahu dia nak cari pengganti. Atul pun solo lagikan?” Kak Mon memulakan serkap jarangnya.
            “Kak Mon ni memandai je.. siapalah Atul ni kak.. rupa tak ada budi bahasa pun kurang. Semua orang tahu dia putus tunang ek! Atul pun baru tahu malam tadi itu pun Tiha yang bagi tahu,” ayat tak boleh blah si Rabiatul ni.
            “Amboi! Merendah diri nampaknya adik akak sorang ni.. La.. Atul baru tahu ke? Kawan tu macam ayam berak kapur lepas putus tunang tapi tak lama seminggu je lepas tu ok..” Kak Mon kalau bab bergossip superb..
            “Kak Mon lupa ke? Tiga bulan lepas kan Atul cuti ambik final exam untuk dapatkan Master.. manalah Atul tahu.. Kak Mon ni pun..” Rabiatul menggelengkan kepala. Kak Mon macamlah tua sangat boleh lupa.
            “Oh ya ke! Lupa pulak..” ketawa sendiri Kak Mon dibuatnya.
            Rabiatul melangkah keluar ke stor untuk melihat barang yang dipesan sudah sampai ke belum. Semalam supplier berjanji sebelum pukul 9 pagi barang akan sampai. Ni dah pukul 9.30 pagi mungkin dah sampai kot.
            Keadaan di stor agak sibuk sikit pagi-pagi ni. Ek! Ada pulak Si Jeman ni.. Adoi! Tak pasal betullah.. janganlah dia buat perangai macam kat ofis tadi.. mampus aku.. Rabiatul bermonolog sendiri. Azman dah mula tersengih bila terlihat Rabiatul   berjalan ke arah stor. Memang jodohlah kita ni..
            Rabiatul membuat muka selamba saja terus masuk ke bilik stor tanpa melihat Azman yang tersengih macam kerang busuk kat pasar. Bukan salah pun kalau melemparkan senyuman yang sedikit. Minah sorang ni memang.. sukar dijangka tindakannya..
            “Abang Lan barang yang petang semalam yang Atul pesan dah sampai tak? Dia kata pagi ni..” Rabiatul menanya Abang Roslan yang sibuk memeriksa barang yang baru sampai.
            “Oh Atul ya.. skru untuk Line B ke Tul?” Abang Roslan bertanya semula untuk memastikan barang yang dimaksudkan oleh Rabiatul.
            “Yup! Skru yang yang itulah… dah sampai ke?” Rabiatul menyoal semula.
            “Dah.. pagi tadi pukul 8.45pagi. Budak Line B pun dah ambik.. kenapa ada masalah ke Tul?” Abang Roslan berjalan menghampiri Rabiatul dan memberikan Delivery Order untuk barang yang diterima tadi.
            “Fuh! Lega… Thanks Abang Lan… Sayanglah dengan Abang Lan macam ni.. boleh belanja nasi kandar kat Line Clear ni,” selamba badak budak sorang ni bercakap.. sayang bagai. Azman yang mendengar mendengus perlahan. Aku ajak tadi sibuklah, nak siapkan reportlah ni boleh pulak ajak Abang Lan.. memang minah ni…
            “Amboi! dengar pak we Atul teruk Abang Lan kena belasah ni… Tul jangan macam-macam kau dik oi!” Abang Roslan tergelak menjawab.
            “Tak de maknanya.. Atul ni single and available tahu.. tak ada pak we derr… Abang Lan ada adik lelaki ke? Boleh rekomen kat Atul ni.. boleh kita jadi sedara..” Rabiatul sengaja berkata begitu bila dia melihat Si Jeman mencerlungkan mata ke arahnya dengan muka yang bengang..
            Offer diri nampak adik abang ni… tak adalah Tul.. adik Abang Lan semua perempuan.. tu ha mamat kat luar tu dari tadi tengok kita je… itu pun ok apa..” Gulp! Rabiatul memandang keluar.. Eh! Abang Lan ni.. ada ke budak Si Jeman ni dia pasangkan kat aku.. tak de mamat lain ke?.. grrrrr..
            “Eee.. Abang Lan ni.. ada ke situ pulak dia.. tak naklah Atul.. dia tu dah ada yang punyalah… taste dia tinggi tau.. nak muka yang cantik, body nak lentik, bibir nak macam Angelina Jolie, tinggi macam Nasha Aziz…emmm.. kira semua perfect lah.. Atul ni apa yang ada…” memang menempah maut budak kecik sorang ni. Sengaja menuang minyak ke dalam api yang sedang membara.. Azman terus masuk ke dalam stor bila dia merasakan budak kecik ni dah menguji tahap kesabarannya…Amboi sesedap rasa dia mengata aku ya…
            “Abang Lan, budak kecik ni memang nak kena.. tadi Man ajak dia pergi makan dekat Line Clear banyak songel.. sibuklah apalah.. sekarang ni dia ajak Abang Lan boleh pulak… sesedap rasa mengata… Amboi! mulut dia…. mengata kita depan-depan lagi…” Azman bercekak pinggang di depan Rabiatul terasa kecik je budak ni… kang aku cium baru dia tahu… mulut…
            “Eleh.. betul apa? Bukan ke kau tu memilih.. lagipun taste kita tak sama.. tak nak aku ada pak we macam kau ni.. dahlah garang mengalahkan singa bila marah orang… susah nak senyum.. muka kau tu serius memanjang je aku tengok… mahu kalau kau jadi pak we aku.. aku jadi tua sebelum waktu.. tapi hari ini aku peliklah.. sal kau ramah sangat kat aku.. nak siap belanja bagai.. selalu haram..” hehehe dia ingat aku takut.. ini Rabiatul Adawiah  anak Pak Hishamudin tau… Azman Menjengkilkan mata… minah ni.
            “Budak kecik… kau ni kan… lau aku senyum memanjang orang kata aku gila pulak… Tiha ok je dengan aku.. Kau tu yang tak campur masyarakat… buat hal sendiri je… kerja..kerja je yang kau tahu.. lain.. kau tak tahu… eee.. aku cium kang baru tahu..” spontan Rabiatul menutup muka… eee.. kalau dia cium betul haru aku ni…
            “Ops! Sudah! Sudah! Ni stor ya adik-adik ku sayang bukan gelanggang gusti… aku kawinkan korang berdua baru tahu..” Abang Roslan lekas-lekas mencelah bila keadaan semakin panas.. ada kang terbakar stor aku ni..
            “Tak nak pun!” lekas Rabiatul menjawab.. ngeee..
            “Jangan sombong ek! Nanti orang ni jugalah yang buat kau tu tak tidur malam.. jangan nanti masa tu kau salahkan aku pulak…” Azman semakin geram.. budak ni menguji kesabaran betul.. eee.. cium juga kang..
            “Sudah abang kata! Atul! Man! Tak malu ke orang kat luar tu tengok.. apa ni kamu berdua ni staff ofis.. tak bagus lah.. Ok! Ok! Tengahari ni Abang Lan belanja kat Line Clear.. tak ada alasan.. Abang Lan tunggu kat guard house pukul 1,”  ops! Kan Abang Lan dah keluar kuasa veto…
            “Menyampah!” Rabiatul menjelirkan lidah ke arah Azman dah berlalu pergi…
            “Oi! Mak Cik sekarang menyampah.. esok sayang derr….” Sempat lagi Azman mengusik… Rabiatul menunjukkan penumbuk yang tak sebesar mana ke arah Azman.. Mamat sengal alias poyo…
            “Man! Man! Kau ni pun… tak mengusik tak boleh ke?”
            “Ala.. Abang Lan saja je.. kan dah sebulan Man tengok dia moody je.. apa salahnya usik-usik manja.. lagipun backup singa dia tak de cuti sebulan pergi UK. Ni lah waktunya nak mengusik dia lebih-lebih..” Azman masih tak mahu mengalah..
            “Sudahlah tu.. pergilah buat kerja kamu… jumpa nanti kat depan pukul 1. Bawa kereta kamu ya.. Abang Lan bawa motor hari ni…”
            “Okey jumpa nanti pukul 1.” Azman berlalu sambil tersenyum panjang. Susah sangat budak kecik ni nak ikut aku… terima kasihlah Abang Lan bukakan jalan untuk aku…



           
Kalau tidak kerana Abang Lan, tak ada maknanya aku nak pergi makan dengan Si Jeman.. hahaha… kasi jawa sikit nama dia… Rabiatul memang boleh tahan nakalnya sesekali. Tengok tu terhegeh-hegeh jalan macam Pak Cik Tua… dia tak tahu sekarang ni matahari tegak atas kepala… memang sah nak kena belasah… sengih-sengih lagi… sah skru dia yang tanggal dah hilang terus…
            “Man, kau tak boleh jalan laju sikit ek? Panas tahu tak.. penat kita orang tunggu..” terus saja Rabiatul bersuara bila Azman sudah semakin hampir pada mereka. Abang Roslan yang sedap menghisap rokok hanya mampu menggelengkan kepala. Bilalah budak berdua ni nak aman.
            “Sabarlah Mak Cik, aku jumpa bos tadi… jomlah! Macam kau tak tahu kereta aku yang mana..” budak kecik ni tak habis lagi ke.. ngee…
            Sampai saja di restoren Line Clear tempat duduk banyak yang dah penuh, biasalah lunch hour memang macam gini… mereka mendapat meja disebelah tepi restoren kira okeylah dapat menghirup udara kat luar.. biarpun bukan udara segar.. mana nak segar tepi jalan utama tu…
            Setelah mengambil pesanan, Rabiatul lebih banyak mendiamkan diri dari menyampuk perbualan Azman dan Abang Roslan. Dia agak tak selesa dengan kedudukannya sekarang, cehh! Si Jeman ni sengaja tau duduk dekat-dekat.. dahlah kat tepi pulak tu kerusi ni jenis berkembar.. terhimpit dia.. tak kan nak duduk sebelah Abang Lan, suami orang tu.. kang gosip tak pasal. Jeman ni pun macam sengaja je goyang-goyangkan kaki.. luku kepala baru tahu…
            Azman ketawa berdekah-dekah di dalam hati… padan muka budak kecik ni.. tahu berlagak sangat tadi… eleh nak minta tolong aku lagi mahu besar kepala.. ni Abang Azman tahu.. maju setapak langkah ke depan. Tuan badan belum buka mulut dia dah tahu dulu… lagipun budak kecik ni boleh tahan jugak.. lawa macam bidadari tu tidaklah tapi manis tu ada.. tak pernah nampak bersolek pun. Bukan macam Kak Mon lipstik tak pernah lepas dari handbag Tiha pun sama. Patut budak kecik ni mesti terikut dengan perangai Tiha yang touch up 24 jam sehari namun tak terpengaruh langsung dia rupanya.. semangat kental…
            Makanan yang dipesan pun tiba, Rabiatul tetap begitu. Nak buat macam mana lagi.. Abang Roslan memerhati Rabiatul yang memang cukup tak selesa. Dia pun lelaki macam Azman. Apa yang kat kepala si Azman ni dia faham sangat, tak sudah-sudah menyakat. Boleh tahan budak ni.. tak sangka dalam serius ada juga perangai degil.. Azman.. Azman..
            “Atul.. senyap je dari tadi.. malu ke?” Abang Roslan memulakan bicara..
            “Taklah… makan tak baik bercakap..” Ewah! Ewah! Beriya.. padahal.. dalam hati tunggu je gunung berapi nak meletup… Abang Lan ni sengaja tau..
            “Bagusnya dapat isteri solehah macam ni Abang Lan.. ni yang datang minang ni..” Azman memang sengaja cari pasal. Rabiatul menjeling geram dalam masa yang sama dia memijak kaki Azman…
            “Adoiii!” Azman menjerit lepas.. sakit dowh!!!
            “Napa Man?” bendul betul soalan Abang Lan.
            “Ada bulldozer bawah meja.. langgar kaki…” budak kecik ni boleh tahan juga.. sakitnya kaki aku.. dahlah pakai selipar.. dia pakai kasut apa ni?
            “Padan muka! Buat lagi.. tak habis-habis nak usik orang.. boleh tak kau biarkan aku tenang menikmati makanan free ni.. bukan senang Abang Lan nak belanja. Kan Abang Lan?” bendul punya budak..
            “Ha! Ya lah tu…” kelu terus lidah Abang Roslan tak tahu nak kata apa dengan budak berdua ni.. memang pelik betul perangai dia orang hari ini. Luar dari kebiasaan.. Lama dah dia kenal budak berdua ni.. rasanya dah 6 tahun kot… tapi tak tahulah pulak budak berdua ni macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa gaduh saja… rupanya macam ni perangai mereka…
            “Abang usik sikit pun nak marah.. sayang ni.. tak baik… buat bakal suami macam tu…” alang-alang dah kena pijak biar terus lumat kaki tu.. tapi belum tu sempat dia naikkan kaki… sakit tadi tak hilang lagi tak kan nak tambah lagi… nasi je boleh tambah…
            “Kau ni kenapa Man? Apa sayang-sayang? Skru kau dah hilang ke? Amboi! mentang-mentang Tiha tak ada kau ingat aku takut ke? Kau kan memang sengaja ek cari pasal… kau nak rasa kena pijak lagi tak?” muka Rabiatul sudah merah macam udang kena bakar… mahu Azman biar dia hangus kalau terus macam ni…
            “Chop! Chop! Adik-adik ku sekelian… depan rezeki tak baik bergaduh kang Allah tarik rezeki tu baru tahu…” Abang Roslan hari ini kerja dia jadi pengadil tak berbayar..
            “Man ni Abang Lan… dahlah dia duduk sengaja goyang-goyangkan kaki.. orang dah tersepit dah… lepas tu nak sakitkan hati lagi… manalah orang tak marah.. dia yang mula dulu… dari pagi tadi dia buat orang.. orang tak ada salah pun kat dia.. dia je ni entah kenapa skru dia dah tanggal.. lepas tu dia hilangkan terus skru tu.. kepala dia ni dah tak betul agaknya.. Abang Lan carikan dia skru baru kat stor nanti lepas tu pasangkan kat kepala dia.. biar normal semula.. penat tau orang nak bergaduh je dengan dia.. dia ingat kita suka gaduh-gaduh agaknya… mak kita cakap tak baik gaduh dengan orang kat sekeliling kita nanti kita tak ada orang sayang.. orang benci kat kita.. tapi dia ni.. selalu tak pun macam ni..” alahai comelnya dia mengadu macam gitu.. panjang lebar punya penerangan.. Azman tersenyum lebar.. manja rupanya Rabiatul ni.. tak tahu pun.. tak macam umur 28 tahun..
            “Man.. dengar tu.. kesian Atul ni.. cuba perangai tu elok sikit… Atul, Abang Lan pun baru tahu Man ni nakal juga orangnya selalu muka serius 24 jam.. nak senyum pun susah..” terkulat-kulat Azman kena sedas dengan Abang Lan… dia pun sendiri agak pelik dengan sikapnya hari ini. Teruja malam tadi tak hilang lagi bila tahu Tiha mencadangkan namanya untuk menjadi couple Rabiatul yang agak susah didekati oleh mana-mana lelaki sebelum ni.. dan dia juga baru tahu kenapa selama sebulan tu budak kecik ni termenung sana termenung sini.. rupanya tak ada couple nak pergi reunion.. rasa bersalah pulak… dia memandang Rabiatul dah merah matanya… alahai comelnya dia macam tu…
            “Okey… Man minta maaf ek… out of control lah adik manis… Man geram sangat kat Atul ni bukan apa.. nak minta tolong tapi tak cakap-cakap.. masa berjalan dik oi.. nak pergi reunion minggu ni kan.. tapi tak ada couplekan? Tiha dah cerita semuanya malam tadi.. Man sudi nak jadi couple Atul.. tak ada masalah pun.. Atul tu yang berat mulut sangat.. lagi dua hari je nak buat preparation tapi tak cakap-cakap. Tu yang tadi Man jumpa bos apply cuti.. nak tunggu adik manis ni nak bercakap tak de maknanya.. malu tak bertempat.. terpaksalah offer diri sendiri.. tapi bukan mega sale, ni offer untuk Atul je.. lagipun Man tak sibuk minggu ni.. dahlah makan.. maaf sangat.. jangan sedih-sedih balik nanti teman Man pergi shopping beli baju. Mesti nak nampak kacak gitu baru orang tengok kita… terima kasih Abang Lan.. temankan kita makan ni.. lau berdua belum tentu nak budak kecik ni… malu tak bertempat..” sempat lagi dalam minta maaf dia mengenakan Rabiatul…
            Rabiatul hanya mampu mengangguk saja, tak tahu nak kata apa dah.. dia ni perempuan tak kan senang-senang nak pelawa lelaki teman dia. Dahlah jauh tu kat The Zone Stulang Johor Bahru. Mana tak jauh Kulim Kedah dengan Johor Bahru. Paling cepat pun perjalanan 8 jam..
            “Okeylah tu Atul.. dah makan tak payah nak susah hati.. ni Man dah jadi Ultraman selamatkan Atul.. tu lah pemalu sangat dengan lelaki.. sampai sudah tak ada pasangan.. tapi bagus juga Atul pemalu bab macam ni jadi taklah rugi nanti suami Atul dapat Atul. Man kau pun satu jangan asyik nak menyakat saja.. senyumlah Tul!” Abang Lan tersenyum sambil menggelengkan kepala. Macam ni punya orang pun ada… malu tak bertempat.. anak daralah katakan....
            “Terima kasih Abang Lan…” segaris senyuman dihadiahkan buat Abang Lan.
            “Untuk Abang Man tak ada ke terima kasih?” buat lagi dah budak Azman ni.. Abang Roslan membulatkan mata memandang Azman….
            “Sorrylah Abang Lan.. tindakan refleks.. makan.. makan ..” padan muka bisik Rabiatul dalam hati.. aku dah ada backup singa yang baru.. Tiha tak ada, Abang Lan ada…


           
Terpaksa dalam rela Rabiatul Adawiah menemani Azman Adib bershopping. Gila kentang mamat ni shopping kat Kulim tak nak, nak juga pergi Queensbay apalah sangat baju yang nak dibeli macamlah kat Kulim tak ada. Tak pun pergi je kat Perda bukan tak ada shopping complex.. berlambak… pilih je.. demand lebih mamat ni.. luku baru tahu. Ingat dekat agaknya, dahlah makan tadi pergi menyeberang jambatan juga sampai masuk lambat satu jam. Tak pasal kena perli dengan Kak Mon.
            “Apa tema majlis?” laju saja Azman menyoal tanpa didengari oleh Rabiatul yang berkhayal entah sampai kemana. Tak perasan pun.. mengelamun je lebih budak kecik sorang ni.
            “Atul apa tema majlis tu? Kuat sedikit Azman bersuara sambil mencuit sedikit bahu Rabiatul.
            “Ha! Apa dia?” blur betul budak kecik ni.. terpinga-pinga dia memandang wajah Azman.. keliru..
            “Ni Man ulang kali yang ketiga ya.. tema majlis apa?” siap tunjuk jari lagi..
            “Oh tema majlis.. glamourous tapi esklusif, warna yang dibenarkan putih, merah dan hitam sahaja. Warna lain tak dibenarkan..” laju je Rabiatul menerangkan.
            “Ok.. senang saja.. jom kita masuk butik Padini, kat situ banyak pilihan.” macam lembu dicucuk hidung je Rabiatul dibuatnya. Ini majlis reunion sapa agaknya si Jeman ke aku.. Rabiatul membebel di dalam hati, terlebih excited mamat ni berbanding aku… payah..
            Azman ni rupanya seorang yang cerewet tahap gaban, dari satu baju ke satu baju dia tengok tak tahu dah berapa kali keluar masuk bilik persalinan. Masih belum jumpa yang berkenan di hati. Rabiatul yang rela dalam paksa menjadi perunding imej yang tak bertauliah. Dah dekat 1 jam tak ada bayang pun baju apa yang berkenan… pening kepala Rabiatul dibuatnya.. aku yang perempuan taklah cerewet sangat.. sabar ajelah…
            “Atul, boleh pilihkan untuk Man tak? Pening dah ni..” akhirnya Azman sendiri mengalah kepenatan memilih.
            “Betul nak Atul pilih? Tak menyesal? Bagi Atul oleh kerana kulit Man ni kulit orang Malaysia orang melayu taklah susah mananya.. sesuai pakai sut hitam kemeja dalam tu warna merah dan tali leher jalur merah hitam ni.. macam mana boleh tak?” Atul memberi penerangan secara ringkas sambil mengambil baju yang diperkatakan dan diserahkan pada Azman untuk dicuba. Hehehe.. sapa kata Rabiatul Adawiah anak Pak Hishamudin ni tak pandai memilih gaya.. riak dah datang budak kecik ni..
            Sebenarnya dia nampak ada artis tu pakai masa jalan kat karpet merah masa anugerah apa entah artis pun dia sudah lupa.. tapi.. yang penting dia pinjam style artis tu dah bagi kat Azman.. okey apa? Ada gaya mutu dan keunggulan.. macam dunhill pulak.. lagipun hitam itu menawan apa..
            Not bad.. Okey Man setuju..Man cuba dulu ya.. jangan terkejut pulak nanti bila tengok Man kacak sangat..” sempat lagi dia mengenyitkan mata sebelum masuk ke dalam bilik persalinan.. sah-sah kalau orang tengok macam pasangan bahagia menikmati cinta.. tapi.. hampeh..
            Jurujual tu sabar saja melayan karenah pelanggan macam Azman ni.. cerewet ya ampun! Oleh kerana memang itu tanggungjawab mereka telan sahaja demi mencari rezeki.
            “Tara!.. kacak tak Man?” Azman bersuara sebaik melangkah di depan Rabiatul yang tersentak terus memandang.. mak ai!.. terjatuh rahang.. memang berpusing 360 darjah.. ternganga seketika.. tak sangka banget.. si Jeman ni boleh kacak macam ni.. aku salah orang ke ni.. Rabiatul terkedu…
            “Hello! Atul! Udahlah tu.. tutup mulut tu.. nanti berlumba-lumba lalat nak masuk..” terus berubah muka budak kecik ni macam udang kena bakar.. merah menyala kasi dia sampai hangus.. aduyai! Napa aku jadi macam ni… malunya.. mulut Jeman ni pun.. kang cili baru tahu.. Azman suka dengan perubahan budak kecik dihadapannya.. taklah budak ni buta hatinya untuk menerima cinta.. ada rasa juga.. rasa apa? Yang penting bukan rasa oren… rasa untuk dicintai dan menyintai… ada peluang ni…
            “Okeylah not bad! Cepatlah bayar hari dah makin jauh malam, esok nak kerja..” selamba Rabiatul bersuara..hahaha nak cover malu ni.. Jeman ni buat aku malu setahun derr…
            “Itu aje.. hampeh!”Azman mengeluh hampa, hipokrit je tapi dalam hati bergelak sakan ketawakan budak kecik ni..
            “Atul tak nak cari baju?” Azman bertanya setelah membayar pakaian yang dibeli boleh tahan harga tapi puas hati. Rabiatul rasa bersalah menyebabkan Azman berbelanja banyak untuk menemaninya. Tadi dia cuba membayar pakaian yang Azman beli tapi dihadiahkan jelingan maut yang membunuh… takut derr…
            “Tak apalah.. esok aje Atul cari kat Kulim, Atul ingat nak pakai baju kurung saja kalau tak pun jubah ke..” Rabiatul menjawab lembut.
            “Cari sekalilah ada masa lagi ni.. di sini pun ada butik muslimah. Tak jadi hal kalau Atul nak beli pun.. Jom! Lekas kita beli lekas kita balik.” Selamba Azman menarik lengan Rabiatul. Ops! Tak sengaja, nasib baik berlapik... Rabiatul menarik perlahan tangannya, tak selesa sebenarnya.. dada pun sudah lain rentaknya.. mana pernah sebelum ini dia berjalan berdua-duaan dengan lelaki kecuali dengan Abah dan abang-abangnya… Azman ni kan memang selamba gila…
            Mereka masuk ke sebuah butik muslimah, banyak pilihan tinggal lagi mahu atau tidak saja. Rabiatul rambang seketika, dia terpandang satu baju kurung moden berwarna hitam lining merah, bertingkat gitu.. bersulam ditangan serta dibawah baju ada jahitan manik dan dihiasi juga batu-batu dileher yang begitu esklusif sekali.. mak ai! Harga dia ni gaji aku sepertiga bulan… membazir-membazir.. tak naklah.. selamat tinggal baju cantik.. pilih lainlah..
            Azman hanya memerhati gelagat Rabiatul sedari tadi, dah berkenan tu ambil sajalah.. lagi nak pilih yang lain.. Mesti cantik kalau budak kecik ni pakai.. dia pun berkenan dengan baju tu.. cantik sangat.. dia mengumam sendiri. Bila dia melihat Rabiatul melangkah keluar.. laju dia berkata..
            “Atul nak pergi mana tu.. tak nak baju ni ke?”
            “Tak naklah kita cari tempat lain..” lemah saja kata-kata dia dan terus berlalu pergi meninggalkan Azman. Azman dengan cepat meminta jurujual membungkus baju yang Rabiatul berkenan tadi.. mahu.. tapi kedekut budak kecik ni..
            “Nah! Ambik baju ni.. ada tudung sekali kat dalam tu.. jurujual tu kata sesuai dengan Atul.” Entah berapa kali rahang Rabiatul terjatuh dibuat oleh Azman Adib. Ada saja kejutan..
            “Tapi Man.. mahal sangatlah.. tadi saya bukan tak nak beli tapi mahal sangat macam membazir saja.. bukan nak pergi mana pun.. reunion je..” Rabiatul membela diri.
            “Sudah! Jangan banyak songel. Man belanja tanda terima kasih kerana sudi bawa Man temankan Atul pergi reunion nanti. Dah jom kita minum lepas tu kita balik, dah malam ni..” Erk! Jeman dah guna kuasa veto. Lelaki memang macam ni ke?
            Setelah sampai di rumah Rabiatul, Azman menghantar sampai ke depan pintu pagar. Anak dara orang ni lagipun dah lewat.
            “Man. Terima kasih atas segalanya, tak terbalas budi Man kat Atul..” Rabiatul berkata perlahan.
            “Man Okey je.. selamat malam, mimpikan Man malam ni.. jumpa esok. Assalamualaikum..” selepas berkata-kata Azman terus masuk ke dalam kereta tanpa sempat Rabiatul membalas kata-katanya..
            “Walaikumussalam..” balas Rabiatul perlahan.. mimpikan dia ek… tanpa disedari sudah timbul rasa di dalam hati… rasa apa? Rasa oren… Rasa coklat… Kueng! Kueng!


p/s Assalamualaikum pada pembaca, terima kasih kerana sudi membaca. Saya sedia mendengar komen untuk memperbaiki penulisan saya, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan… Hidup ini indah ~Samiza Ezanie~.

Malas satu penyakit yang perlu disembuhkan..

     Semakin mencabar tugas seseorang itu bila melibatkan hati dan perasaan orang lain. Perlu bukti yang kukuh untuk mengambil sesuatu tindakan sebab ini akan melibatkan periuk nasi mereka. Kita pasti tidak mahu tindakan yang kita ambil itu akan memusnahkan kehidupan orang lain. Kena perhalusi dari semua sudut dan timbang segala kebaikan dan keburukan.

      Bila sesuatu tindakan itu diambil, pastikan ianya memuaskan hati semua pihak. Jangan ada hati-hati yang terguris, biarpun kadang perit untuk dia atau kita jalani demi tugas dan tuntutan kerja kita terpaksa. Kita ada undang-undang yang melindungi diri kita. Bila diri kita terasa teraniaya kita boleh mengambil tindakan berlandaskan undang-undang. Jadi tiada yang akan teraniaya, tinggal lagi kita tahu atau tidak saluran yang kita harus gunakan.

      Dalam bidang pekerjaan banyak cabaran yang harus kita lalui, sesuatu kejadian itu akan jadi pengalaman buat kita satu hari nanti. Biarpun saat kita mengalami sesuatu masalah itu tidak tertanggung oleh mental dan fizikal kita namun bila dia berlaku berulang kali sudah jadi biasa dan akhirnya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana kita tahu arah tuju jalan penyelesaiannya…

      Setiap hari kita akan belajar benda yang baru tanpa kita sedar, macam hari ini aku menyelusuri kawasan ‘production’ untuk mengetahui mengapa dan kenapa pekerja ini tidak melepasi target yang ditetapkan. Aku dibawa oleh ketua mereka dan mereka mahu aku melihat sendiri sekaligus mendapat jawapan pada persoalan yang aku terima dari pihak atasan. Nah! Ini dia jawapan yang aku dapat terpampang di depan mataku dan aku hanya mampu melihat dan menggelengkan kepala. Kalau beginilah caranya mereka membuat kerja sampai bila pun mereka masih di situ dan tiada peningkatan langsung. Satu jawapan yang aku dapat MALAS.

      Kata orang belakang parang yang tumpul kalau di asah lama-lama dia akan tajam tapi orang yang malas dan lambat tiada siapa yang boleh menolong hanya diri mereka sendiri. Kita nasihatlah dia, ajarlah dia cara macam mana pun kalau dia tidak mahu berubah ke arah kebaikan kita hanya membazir masa dan tenaga ibarat mencurah air di daun keladi. Laju je jatuh ke bumi…

      Orang kalau bodoh tapi mahu berusaha dia akan berjaya. Tapi kalau dah namanya MALAS satu benda pun tak jadi. Orang dah sampai bulan kita masih terbaring ke bumi tetap ditakuk yang lama. Muhasabah diri dan jangan sesekali menyalahkan orang lain tanpa kita melihat diri kita sendiri. Kita hidup ini saling melengkapi antara satu sama lain. Perlu mendengar saranan orang lain jangan suka bertindak sendiri tanpa mendengar nasihat orang yang lebih tahu dan layak untuk memberi nasihat.

      Kita perlu mendengar nasihat dan saranan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Jangan kita terlalu alpa dengan apa yang kita ada. Bila kita sudah tersilap langkah tak ramai yang bantu kita. Mungkin akan ada mulut-mulut nakal yang berkata ‘itulah tak dengar nasihat orang, padan muka’ pedih bila kita mendengar kata-kata sebegitu tapi tak semua orang akan berbuat demikian. Ada juga insan yang baik akan terus berada dibelakang kita biarpun dulu kita pernah menolak nasihat dia. Orang yang sebegini kita harus dekati kerana mereka ini tidak pernah kenal erti putus asa. Terkadang orang yang kita hina kita caci itulah orang yang menolong kita. Jadi kita harus sedar hidup ini tidak mudah seperti yang disangka. Biarpun hidup ini indah tapi banyak liku-liku ada disebaliknya… hayatilah dan fahamilah..


Petikan dari kata orang bijak pandai:

Semua orang punya kelebihan pun kekurangan, tapi jika kamu tak bisa menghargai kekuranganmu, kamu tak menghargai dirimu sendiri.

Kadang masalah adalah cara terbaik tuk menyadari siapa sahabat terbaikmu dan siapa yang hanya hadir ketika dia memerlukan sesuatu darimu.

Jika kamu tak menghargai dirimu sendiri, pun orang lain tak akan pernah menghargaimu. Jangan sampai kehilangan dirimu yg berharga.

Kita dinilai dari yg kita ucapkan. Karena apa yg keluar dari mulut kita, mencerminkan apa yg ada didalam isi hati kita.


Samiza Ezanie
14/12/11
11.22am

Friday 2 December 2011

Dua Jiwa Jadi Satu bab 1

Suasana petang ini cukup merimaskan, membosankan hanya kedengaran bunyi radio dengan DJ HotFM yang berceloteh.. lagu-lagu yang dimainkan kadang membolehkan kita rasa tenang… sekarang ni tenang ke?
            Aku tak mengerti perasaan ini yang bercampur baur.. Banyak kenangan mengusik jiwa..
            “Atul.. sal kau termenung ni? Dah tak ada kerja ya?” Fatiha menegur Rabiatul yang dilihatnya termenung sejak 10 minit yang lalu… larit dengan dunianya sendiri..
            “Ha! Apa Tiha?”
            “Payah tul orang berangan ni? Aku tanya kau kenapa termenung?”
            “Tak ada apalah.. okeylah aku nak solat dulu.. Kita bincang lain kali..” Rabiatul mengelak untuk terus disoal.
            Fatiha hanya mampu mengelengkan kepala, sejak akhir-akhir ini memang sikap kawan yang seorang ini berubah.. Dulu dia seorang gadis yang lincah, periang dan mudah diajak berbual.. mulut kalah murai cabut ekor tapi dengan dia saja dengan lelaki memang berpusing 360 darjah.. terus jadi serius… namun sekarang segalanya berubah sejak sebulan yang lalu… Fatiha cuba memahami kawan yang sudah 6 tahun dikenali. Mungkin.. ada masalah kot Atul tu.. bisik Fatiha di dalam hati.. Memang sukar nak menduga masalah orang.. entahlah..
            “Tiha!Tiha!” Azman menjerit memanggil Fatiha.. Eh!.. aku pulak yang termenung.. Fatiha lantas menoleh.
            “Yup bro! Apa hal?”
            “Tolong aku deletekan file yang aku print tu.. salah send lah.. aku mana boleh delete dari sini… Tolong ya?”
            “Okey bro! Lima hengget sudahlah..”
            “Woi! Macam tu pun nak berkira.. apa punya kawan.. tolong sikit pun nak berduit.”
            “Hello bro! Pergi tandas awam pun 30 sen tau.. takde benda free dalam dunia ini.. semua kena bayar tau.. em.. dah siap.. jangan banyak songel..?”
            “Terima kasih Tiha,” lembut Azman bersuara dengan nada gedik ala-ala pondan Jalan Segget..
            “Woi! Nak muntah ku..”
            Fatiha meneruskan kerja yang masih tinggal sedikit.. Dia harus menyudahkan kerja sebelum dia bercuti panjang minggu depan. Dia akan pergi melancong bersama keluarga di UK sambil tu menghadiri konvokesyen adik bongsu yang sudah menamatkan pengajian disana. Rabiatul akan mengambil alih tugasan yang ditinggalkan. Begitu juga sebaliknya bila Rabiatul bercuti. Fatiha masih lagi tekun menyiapkan tugasan sehingga dia mendengar loceng berbunyi menandakan waktu untuk pulang ke rumah sudah tiba..
            Fatiha memandang sekeliling.. rakan-rakan sudah mula beransur pulang, meja Rabiatul masih seperti tadi.. bersepah dengan kertas-kertas kerja yang masih belum tersusun. Macam dilanggar garuda… hampeh tul minah ni!
            “Atul! Atul! Aku tak tahu apa nak jadi dengan kau ni.. makin serabut aku nengoknya.. entah mana pergi agaknya.. kata solat tak kan lama sangat.. dah 2 jam ni.. tak kan wirid kot.. tak faham aku..” omel Fatiha sendirian.
            “Eh! Mak Nenek apa kau bebel sorang-sorang ni?” Azman menyapa Fatiha yang dilihat mengomel tanpa diketahui butir bicara..
            “Man engkau ni kalau tak menyibuk hal aku tak boleh ke?” geram Fatiha dibuatnya suka-suki panggil dia Mak Nenek.
“Hai Tiha.. aku ambik berat kau kata menyibuk pulak?” Azman ni sengaja cari pasal.
“Ambik berat apanya? Ni ha Atul tak balik-balik dari tadi.. tengoklah meja dia ni macam dilanggar garuda gamaknya.. aku tak tahulah apa nak jadi dengan minah sorang ni.. nak kata putus cinta.. tak pernah aku nampak dia berdating.. Nak kata bergaduh dengan family aku tengok family dia okey je.. entah tak faham aku dah sebulan macam tu.. naik risau aku dibuatnya.. kau tak perasan ke Man?” Fatiha menyoal Azman dengan tangannya lincah mengemas meja.
“Aku perasan juga tapi aku taklah fokus sangat.. kau pun tahu kerja aku ni mana lekat kat ofis.. memanjang keluar.. habis tu kau kan kawan baik dia.. satu rumah lagi.. tak kan tak tahu?” Azman menyoal balik.
“Eh! Pak cik kalau aku tahu tak perlulah aku membebel macam Mak Nenek.. taklah aku tanya kau.. dahlah aku nak tengok dia kat surau.. mana kot tahu dia pengsan ke?.. Tak ke naya nanti.”  Fatiha terus berlalu keluar.
“Aku ikut!” Azman terus berlari mendapatkan Fatiha yang sudah jauh berjalan ke depan.
            Rabiatul merenung ke kawasan stor yang tersusun cantik.. khayal dia memerhatikan operator menyusun barang-barang di rak yang disediakan. Hati dia merasa tenang..
Nampak kerja mereka memang berat dan memenatkan tapi mereka cukup bahagia.. Pulang dengan hati yang lapang.. Sedangkan dia nampak mudah didepan komputer tetapi hakikatnya macam nak pecah keapala menyiapkan sesuatu tugasan.
Segala yang ada di dunia ini begitu adil.. tersusun dengan cantik. Setiap keburukan ada kebaikan, ada kesenangan mesti ada kepayahan… Semuanya ada pasangan tapi aku masih sendiri menghitung hari mungkin aku berjaya dalam cita-cita tapi tidak cinta.
“Bertuah punya budak.. kita risaukan dia.. dia sedap je melepak kat sini.. Apa kena minah ni..” Fatiha mengeluarkan peluru M16nya.. Azman hanya mampu menggelengkan kepala.
“Atul! Kau ni kenapa?” soal Fatiha lagi.
“Tiha… kau buat apa kat sini? Bukan ke kau orang pertama yang selalu keluar ofis bila loceng berbunyi.” Rabiatul menyoal macam orang tak bersalah.
“Hai! Budak bertuah.. kau tanya aku pulak? Aku ni risaukan kau tak balik-balik kat ofis.. manalah tahu kau pengsan ke apa.. mana aku nak menjawab kat orang tua kau bukan si Azman ni…” bebel Fatiha.
“Man… sejak bila kau jadi bodyguard Tiha ni?” lain ditanya lain dijawab.
“Atul! Kau ni kan lain aku tanya lain kau jawab ya.. iskh! budak ini nak kena ni.” Fatiha menepuk kuat bahu Rabiatul. Geram betul..
“Hei! Sakitlah Tiha..” balas Rabiatul.
“Tahu pun sakit.. aku ingat kau ni dah sewel.. tak tahu sakit..” balas Fatiha geram.
“Sudahlah kau orang berdua ni… Atul aku ada kat sini kau jangan terkejut pulak.. aku ni kan Safety Officer kat sini.. Segala keselamatan kat kilang ni tanggungjawab aku.. yang Atul ni kenapa? Man dengar Atul dah berubah sejak akhir-akhir ni.. Apa sebenarnya?” Azman bersuara menerangkan keadaan.
“Tak ada apalah aku okey je.. mungkin aku penat sikit kot.. Terima kasih sebab korang ambil berat pasal aku.. Tak payah risaulah...” Rabiatul menepuk lembut tangan Fatiha dengan sekuntum senyuman yang memang nampak hambarnya..
“Aku faham kalau kau tak nak cerita.. jom kita balik.. dah lewat ni..” ajak Fatiha seraya menarik tangan Rabiatul.. bagusnya mereka berdua ni saling mengambil berat antara satu sama lain bisik hati Azman.



            “Atul.. kau pesal aku tengok macam tak cukup zat je.. termenung sana termenung sini.. Aku ni kenal kau dah lama, 6 tahun kan? Faham sangat aku dengan perangai kau ni.. Kau kenapa? Cuba cerita kat aku ni? Aku nak cuti bermula esok, manalah tahu kerja aku yang kau tolong cover ni membebankan..” Fatiha memulakan bicara.
            “Tiha.. jangan nak merepek ya.. aku tak ada apalah Cuma sejak dua menjak ni aku rindu dengan kengkawan, apatah lagi sejak aku dapat jemputan untuk reunion batch aku masa sekolah menengah.. apa yang aku risau aku tak tahu nak pergi dengan sapa..” Rabiatul menerangkan perlahan.
            “La pulak.. itu aje yang kau menung sana sini.. aku ingat mak kau suruh kawin ke.. kau sakit ke? Kau ni.. bikin panas je!” Fatiha menggeleng-geleng kepala.. Atul! Atul! Ingat apalah sangat.
            “Tiha bagi kau memanglah kecil hal ni.. tapi bagi aku besar punya.. mana aku ada partner.. orang pergi semua berteman tapi aku.. sorang-sorang je.. tak pergi tak patut.. aku rindu dengan dia orang semua..” bendul punya jawapan.
            “Ala.. yang kau risau sangat tu pasal.. Bawa aje si Azman tu.. habis cerita.” Fatiha mengusulkan.
            “Gila kau! Nak kena fire dengan tunang dia,” bantah Rabiatul.
            “Dia dah putuslah 3 bulan lepas, tunang dia minta putus.. apa sebab aku tak tahu, frust menonggeng si Jeman tu.. tapi orang lelaki pandai cover line..” terang Fatiha pendek.
            “Oh ya ke! Tak tahu pulak,” Rabiatul membuat reaksi terkejut..
            “Manalah kau nak tahu.. sendiri pun serabut.. kau kan final exam master masa tu.. kau pasti semua yang pergi tu mesti bercouple?” soal Fatiha pendek.
            “Tu adalah salah satu syarat yang aku rasa sengal tahap gaban. Ada ke dia kata mesti berpasangan tak kira sapa. Kalau dah ada family bawa family.. sengajalah tu nak kenakan kengkawan. Aku nak bawa Abang Radhi tapi dia sibuk. Abang Raffi si Chef tu lagilah… weekend lagi sibuk..” Rabiatul meluahkan rasa hati.
            “Ok lah tu Tul.. kau bawa si Jeman tu je lah…” usul Fatiha lagi.
            “Kau ni Jeman! Jeman! Macam Azman tu nak teman aku..” Tiha ni tak ada orang lain ke? Jeman! Jeman!… Rabiatul mendengus geram..
            “Marah pulak!” Fatiha memprotes.
            “Sudahlah aku nak tidur.. tang Jeman tu aku fikir nanti.. nak ke dia? Aku bukan biasa dengan dia pun..” promote lebih si Tiha ni.. macam Jeman tu nak teman aku…
            “Jeman tu ok le.. tunang dia je tak nampak kebaikan dia.. sedangkan dengan kengkawan punyalah caring tahap gaban. Apatah lagi kau jadi kekasih dia, confirmed memang superb lah layanan dia..”  ni minah ni kenapa melobi lebih budak Jeman ni.. tak faham aku… lantak kaulah Tiha.. untung sabut timbul untung batu tenggelam…

Tuesday 29 November 2011

Rindu derrr......

Bila kita rindukan seseorang kita seakan mahu menangis sebab rasa rindu itu menyesakkan dada dan fikiran kita. Tak kiralah siapa yang kita rindukan. Semua orang akan merasai perasaan ini.. tidak boleh tidak semua orang akan rasa…


Kerinduan terhadap seseorang yang dah lama tak jumpa membuatkan kita happy sangat bila kita berjumpa. Biarpun sebelum ini kita tidak serapat mana pun.. satu perasaan normal dan fitrah manusia merindu dan dirindu…

Agak letih untuk menyiapkan manuskrip terbaru… banyak idea tapi tak cukup masa. Penat dowh! Layan sampai tak terlayan… bebanan kerja dipejabat diwaktu hujung bulan.. pergh! Hehehe.. tapi ada good news lak.. production nak naik gaji mesti staff naik juga kan… ada masa 4 hari untuk siapkan tugasan itu.. confirmed siap on timelah.. sapa tak nak naik gaji kan… aku pun nak juga…

Bila melihatkan senario sekarang ini duit amat memainkan peranan.. kerana duitlah segala hajat boleh dicapai.. lau tak ada duit .. habuk pun tak ada.. sedihkan… nak sedih apa bendanya… berusahalah…

Bak kata pepatah lau tak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya… sesuatu yang dihajatkan tidak akan tercapai jika hanya berpeluk tubuh dan tidak berusaha.. terkadang kita kena berusaha lebih untuk mendapatkan sesuatu.. percaya atau tidak bila kita sudah mendapat apa yang dihajatkan kita akan merasa cukup lega dan lapang… pergh! Dunia ini kita punya derrr… lupa akan segala penat lelah yang telah kita lalui..

Keyakinan diri seseorang itu bukan mudah untuk dibina. Banyak perkara yang harus dilakukan dan dilalui. Sokongan dan dorongan dari orang-orang yang tersayang cukup penting.. tanpa sokongan dan dorongan kita mungkin masih ditakuk lama. Bagi aku yang tak berapa pandai ni.. bukan mudah untuk menyakinkan diri sendiri kena hati yang kuat dan perlu disokong.

Bila kita tidak cukup keyakinan diri kita akan jadi orang yang gugup dan gemuruh segala benda yang negatif akan datang dalam diri kita. Kita akan sentiasa berfikiran buruk, takut untuk melakukan sesuatu. Takut akan telahan orang yang ada disekeliling kita.. hakikatnya kadang orang tak perasan pun…

Bila ada keyakinan diri kita akan menjadi positif dalam hidup kita.. kita akan menjadi lebih terbuka. Lebih sempoi dalam apa jua keadaan. Percaya atau tidak orang yang befikiran positif akan lebih mudah berjaya. Berbanding orang yang sentiasa berfikiran negatif.

Bersangka baik adalah penting untuk menjalani kehidupan ini. Biarlah apa orang nak kata pada kita yang penting kita tahu apa yang kita buat… mudah atau tidak kita harus lalui juga.. Bila kita terlalu memikirkan orang lain hidup kita akan menjadi serba tak kena. Jadi kita perlu yakin dengan diri kita tapi harus di dingat jangan terlalu yakin sampai jadi overacting pulak.. takut apa yang kita harapkan tak menjadi.

Bila pengharapan itu kecundang ditengah jalan kita akan menjadi orang yg kecewa menyebabkan kita terus patah semangat. Itu lagi membahayakan diri kita sendiri. Masa itulah akan datang segala penyakit.. tak mustahil kita akan mengalami tekanan… mengalami masalah kemurungan.. tak ke haru jadinya..

Jadi keyakinan diri itu cukup penting tapi JANGAN terlebih sudah… Keadaan dunia sekarang cukup berbeza dengan yang kita lalui dulu… percaya diri itu amat penting.. jangan kita hidup dengan dunia kita saja.. kena keluar dari kotak…. Jangan jadi katak dibawah tempurung..

Apa yang kita buat semalam akan memberikan kesan pada hari ini dan jua esok. Jadi sebelum kita membuat sesuatu perkara kita harus tahu apa natijah akan perbuatan kita.. baik dan buruk kita timbangkan betul-betul.. agar tiada hati yang terluka dan menderita…

Bukan mudah beb… tapi kita kena kuat… ada sesetengah peristiwa itu kita biasa lalui dan bila sudah kita lalui berulang kali ia sudah tak menjadi hal kat kita. Nothing… bukan kita tak nak ambik peduli tapi oleh kerana dah dilalui berulangkali kita akan menjadi biasa bak kata pepatah… alah bisa tegal biasa… bukan berlagak atau sombong tapi kalau perkara tu kita selalu menghadap dah lali beb.. biarpun kadang perkara tu bagi orang lain cukup besar…. Tapi pada kita kecik je… macam semut je (hehehe..)

Apa pun kita kena sentiasa positif untuk berjaya dalam hidup… susah manapun kita kita kena layan…. tak perlu terlalu serius dalam hidup kita… hidup ini indah nikmati sebaiknya… jadikanlah hidup kita macam pelangi… cantik… colourful…

Hehehe dah lama tak menulis ayat pun dah berterabur dan inilah jadinya.. rindu mengajar kita ketabahan… Bila kita rindu sebut namanya di dalam hati dan bayangkan wajahnya dia juga akan merasai kerinduan kita… rindu pada puteriku… Rabiatul Adawiah…

Inilah yang mampu ku tuliskan saat ini biarpun masanya agak terbatas…

Success is to be measured not so much by the position that one has reached in life as by the obstacles which he has overcome.  ~Booker T. Washington

Confidence comes not from always being right but from not fearing to be wrong.  ~Peter T. Mcintyre

Without a humble but reasonable confidence in your own powers you cannot be successful or happy.  ~Norman Vincent Peale



Samiza Ezanie.
30/11/11
11.48am

Sunday 27 November 2011

Tak Tahu nak kata apa.....

            Pergh! banyak yang harus dilakukan kebelakangan ini, membuatkan agak terbeban sedikit.. aku harus kuat beb...
            Mengapa orang suka pandang serong pada OKU(Orang Kurang Upaya). Bukan mereka yang minta untuk menjadi OKU. Sudah suratan dan mereka kena menerima dengan redha. OKU terbahagi kepada dua:-
            1) OKU yang dapat dilihat dengan mata kasar sekali tengok dah tahu yang orang ini OKU. Contoh:- mata buta, kaki kudung, lumpuh dan sewaktu dengannya.
            2) OKU yang tidak dapat ditengok dengan mata kasar. Orang pekak dan bisu nampak normal tapi hakikatnya dia OKU. Ataupun yang buta sebelah mata dari luaran nampak normal tapi hakikatnya dia menggunakan mata sebelah untuk menjalani kehidupan...

           Janganlah pndang serong dan jijik pada OKU.....mereka pun manusia biasa punya hati dan perasaan... hargailah mereka dan sayangi mereka macam orang biasa.....

p/s ini entri paling pendek...

Samiza Ezanie
28/11/11
12.25pm

Tuesday 25 October 2011

Cinta tak semestinya bersatu.....

Cinta tidak semestinya akan bersatu… menyintai seseorang menerima dia seadanya.. kekurangan dan kelebihan dia.. Cukup beruntung jika cinta kita dapat bersatu.. tapi cinta itu menuntut pengorbanan.. jika cinta tidak dapat bersatu kita harus redha dengan ketentuanNya..

Tidak semua kebahagian milik kita, ada ketika kita harus menanggung derita.. memang pahit dan terasa ingin menangis dan tidak mahu hidup… tapi apalah daya kita sebagai manusia.. ujian dari Allah menjadikan kita lebih kuat. Kita tidak harus berputus asa. Cinta yang abadi hanya pada DIA yang satu. Allah yang Esa.

Cinta datang dalam hidup kita tanpa isyarat dan syarat, dia datang tanpa diundang dia pergi tanpa dihalau… datang dan perginya cinta tiada siapa yang tahu. Perasaan orang yang dilamun cinta memang cukup indah.. macam dunia ini milik mereka.. Hakikatnya mana ada perhubungan cinta yang tiada badai.

Dugaan dalam bercinta adalah saat diri kita diuji, mampukah kita melawan semua ujian itu.. jika kita mampu menepis dan menanggung semua dugaan kita akan bahagia menikmati cinta… namun jika kiga gagal untuk melalui semua ujian ini maka kita akan gagal mengapai kebahagiaan.

Bila berbicara soal cinta memang cukup indah dan begitu membahagiakan. Seolah-olah kita berada diawang-awangan, terbang di udara, berenang dilautan, berjalan dibumi tanpa berpijak… uh… memang best…

Namun mampukah kita mengapai cinta yang kita impikan…cinta memang satu perkara yang sering dikatakan terlalu komplek untuk difahami. Cinta itu sesuatu yang subjektif, cinta tak semestinya sesama manusia. Kita juga harus mencintai alam dan persekitaran kerana jika tiada cinta pada alam, alam akan jadi rosak dan hancur musnah.

Cinta waktu remaja sering dikatakan saat yang paling indah.. ia juga dikenali sebagai cinta monyet.. (bertuah sungguh sang monyet). Kenapa cinta monyet? Cinta monyet ini tidak kukuh.. mudah beralih arah.. macam monyet juga kerana ia bergayut dari satu dahan ke dahan yang lain. Namun ada juga cinta monyet yang kekal hingga akhir hayat, Beruntung sungguh insan ini. Tidak semua orang dapat merasainya… Biasanya cinta ini akan kita ingat sampai bila-bila. Memberi kesan yang cukup dalam biarpun cinta ini tidak kesampaian.

Cinta memang diperlukan oleh setiap insan, tak kira pangkat atau darjat. Mereka semua perlukan cinta untuk meneruskan kehidupan ini. Kita perlukan cinta untuk menjana ekonomi kita kerana bila ada cinta kita ada matlamat untuk hidup. Kita akan meningkatkan taraf hidup kita untuk membahagiakan pasangan kita…

Cinta adalah menerima dan memberi. Perlu ada dua hala untuk berjalan dengan lancar. Jika berjalan dengan cara sehala akan pincang dimana-mana. Siap sedia menerima kekurangan dan kelebihan dia. Kita tak perlu untuk menaruh harapan yang begitu tinggi pada cinta yang ada kerana jika harapan itu terlalu tinggi bila jatuh ia akan jadi terlalu sakit.

Namun menyintai tak semesti memiliki melihat orang yang kita cintai itu bahagia itu sudah cukup bagi kita… adilkah?  Mulut mudah menuturkan tapi hati? Tiada siapa yang tahu. Memang itu yang kita harapkan bila cinta kita tak kesampaian.. kita nak berkorban untuk orang yang kita sayang… mengharapkan yang terbaik buat dia.. biarpun hati sendiri luka yang amat dalam.. siapa tahu? Hanya kita sendiri yang tahu.

Setelah kehilangan cinta kita amat sukar untuk menerima cinta yang lain. Perasaan takut akan dikecewakan semula itu cukup tebal, ini membuatkan kita curiga untuk menerima cinta. Memang tidak dinafikan patah tumbuh hilang berganti tapi yang patah itu tidak akan sama sekali dengan yang tumbuh. Biarpun yang datang itu sebaik malaikat pun kita sukar untuk menerima dia. Terkadang Allah nak menguji kita dengan menemukan kita dengan orang yang salah terlebih dahulu baru kita jumpa orang yang betul. Namun bila hati kita telah dilukai sukar untuk kita menerima orang yang baru itu. Oleh itu bukalah hati kita untuk menerima kenyataan dan realiti kehidupan.

          Dalam kehidupan ini banyak pintu telah diciptakan untuk kita. Berbagai pintu untuk kita buka, ada bahagia ada derita. Terkadang bila kita sudah terperangkap di satu pintu kita leka dan malas untuk menoleh atau mencari pintu yang lain. Sedangkan pintu itu pintu yang cukup derita. Kita rela menderita dari kita bergalih ke pintu yang lain. Terkadang kita dah jumpa pintu ada kunci tapi kita takut nak masuk. Kadang kita jumpa pintu tapi  tak jumpa kunci atau sekarang ni zaman canggih lupa pulak ‘password’ nak buka pintu. Aduhai… sedihkan…

Ada pepatah kata cinta yang bahagia ibarat taman yang subur penuh dengan bunga-bunga segar dan rama-rama yang berterbangan riang. Kita akan terus tinggal di situ selama mana pun tanpa ragu. Namun cinta yang derita ibarat taman yang kontang dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan yang mati. Taman yang tandus ibarat padang pasir yang kita tidak akan sanggup berada lama di dalamnya.

Kesimpulannya dalam cinta, kita perlukan kekuatan dalam diri, baik dari segi mental dan fizikal. Perlu tabah untuk mengharungi segala dugaan dan ujian dalam bercinta. Kita tidak akan menduga apa yang akan datang pada kita. Semuanya tidak terjangkau oleh fikiran kita. Oleh itu kita harus pelihara cinta kita agar terus mekar mewangi sampai bila-bila. Namun besar mana pun cinta kita sesama manusia tidak sama betapa agungnya cinta Allah pada hambaNya. Oleh itu biarlah ianya seiring melangkah…


Samiza Ezanie.
25/10/11
3.28pm.

Lama dah tak update blog...

Lama dah tak update blog… sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Biar hati itu meronta untuk update tapi masa tidak mengizinkan.. dan beginilah jadinya terbengkalai sudah…
         
Banyak benda yang berlaku akhir-akhir ni membuatkan aku duduk sebentar dan berfikir. Apa yang Allah jadikan untuk kita bersebab dan kita harus redha dengan apa yang berlaku.
         
Makin kita berusia dan makin lama perhubungan sesuatu pasangan itu makin kita di duga. Ceh! Macam terror je… poyo jap!.. Tak kira lelaki ke perempuan bila dah semakin berusia semakin ingin dimanja dan diberi lebih perhatian berbanding usia masih muda belia dan bergetah… terkadang benda tu kita nampak remeh je.. masa muda tak kisah pun.. tapi bila dah berusia benda yang remeh pun jadi berat… 

Memang bila kita dah tuekkk…(bahasa jawa jap (tua sebenarnya)) kita semakin sensitif biarpun fikiran tu matang dengan pengalaman yang dilalui namun itu bukan ukuran untuk kita menilai.

Mengapa sekarang anak-anak gadis suka mencari lelaki lebih berusia… dah buat research secara rambang ni..( bukan seks rambang ya.. berdosa) mereka kata lelaki berusia ni lebih pengalaman dan lebih prihatin kepada mereka berbanding lelaki seusia mereka. Sharing and caring dia memang tahap gaban.. sedangkan yang seusia mereka tahap cipan je.. itu yang mencari orang yang lebih berusia. Apatah lagi bila pasangan itu penuh poket… memang makin sayang dan cinta lah tak ada belah bagi 100 percent.

Mengapa pula wanita mencari anak teruna lebih muda? Sama saja jawapannya… copy and paste dengan jawapan di atas. Bagi mereka yang lebih berusia lebih mengambil berat dan lebih segalanya dari yang muda. Siapa yang harus disalahkan? Kita tidak harus menuding jari pada sesiapa pun. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Nak menari tango pun perlu pasangan yang serasi agar langkah itu tidak sumbang mambang. Tepuk dada tanya selera.

Tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan tak perlulah sehingga kita meruntuhkan hubungan yang lain untuk memuaskan hati kita. Janganlah kita berbahagia dengan airmata orang lain. Kita bina istana dengan merosakkan istana yang lain. Pedih tu… Cuba letakkan diri kita kat kasut orang tu… memang kita tidak akan tergamak untuk melukakan hati sesiapa pun kat dunia ini… kalaulah semua orang berperasaan baik tak adalah sikap irihati dengki dan khianat. Tak adalah polis, askar dan mahkamah. Dah  semua berjalan dengan lancar dan baik… aman dunia ni… mustahil sungguh berangan sebegini… mimpi betul!

Kita bukannya sempurna sangat pun…. Namun kita harus mencari kesempurnaan. Sentiasa tidak berputus asa untuk memperbaiki diri. Biarpun terkadang penuh ranjau onak duri terpaksa kita lalui. Suka atau tidak kita harus menempuh semua dugaan itu. Kita bukannya kayu, tunggul ataupun tembok. Kita manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Kita punya hak untuk diri kita. Kita tak perlu mengikut telunjuk orang lain untuk menjalani hidup kita jika telunjuk itu bengkok. Namun begitu jika telunjuk itu lurus tidak berkait kita harus dan boleh untuk mengikut.

Orang lain tidak boleh tentukan hidup kita, mereka hanya perlu menyokong dan memberi nasihat baik dan buruknya langkah yang kita ambil. Kita yang harus tentukan arah tuju hidup kita. Kita bukan robot yang sentiasa menurut arahan, kita ada rasa, ada hati ada perasaan. Orang lain harus menghormati perasaan kita itu… jangan biarkan dia menguasai hidup kita.

 Hidup mesti bersinar seperti matahari kerana kita hidup di  dunia ini
 hanya sementara.

Hidup subur dan segar sentiasa untuk menceriakan suasana.

Jangan jadi katak dibawah tempurung tidak tahu apa yang berlaku
          disekeliling kita.

Bekerja untuk menaikkan taraf hidup kita.. seronok dengan apa yang
          kita lakukan..

Terbanglah setinggi mana pun tapi tetap beringat dimana bumi dipijak.

 Biarpun jalan kita penuh berliku pastikan dihujung sana ada cahaya.

Bukan mudah untuk mencari kesempurnaan dalam hidup.. melangkah
          selagi terdaya… maju ke hadapan…..



Samiza Ezanie
21/10/2011
12.00pm