Tuesday 25 October 2011

Lama dah tak update blog...

Lama dah tak update blog… sibuk sikit sejak kebelakangan ini. Biar hati itu meronta untuk update tapi masa tidak mengizinkan.. dan beginilah jadinya terbengkalai sudah…
         
Banyak benda yang berlaku akhir-akhir ni membuatkan aku duduk sebentar dan berfikir. Apa yang Allah jadikan untuk kita bersebab dan kita harus redha dengan apa yang berlaku.
         
Makin kita berusia dan makin lama perhubungan sesuatu pasangan itu makin kita di duga. Ceh! Macam terror je… poyo jap!.. Tak kira lelaki ke perempuan bila dah semakin berusia semakin ingin dimanja dan diberi lebih perhatian berbanding usia masih muda belia dan bergetah… terkadang benda tu kita nampak remeh je.. masa muda tak kisah pun.. tapi bila dah berusia benda yang remeh pun jadi berat… 

Memang bila kita dah tuekkk…(bahasa jawa jap (tua sebenarnya)) kita semakin sensitif biarpun fikiran tu matang dengan pengalaman yang dilalui namun itu bukan ukuran untuk kita menilai.

Mengapa sekarang anak-anak gadis suka mencari lelaki lebih berusia… dah buat research secara rambang ni..( bukan seks rambang ya.. berdosa) mereka kata lelaki berusia ni lebih pengalaman dan lebih prihatin kepada mereka berbanding lelaki seusia mereka. Sharing and caring dia memang tahap gaban.. sedangkan yang seusia mereka tahap cipan je.. itu yang mencari orang yang lebih berusia. Apatah lagi bila pasangan itu penuh poket… memang makin sayang dan cinta lah tak ada belah bagi 100 percent.

Mengapa pula wanita mencari anak teruna lebih muda? Sama saja jawapannya… copy and paste dengan jawapan di atas. Bagi mereka yang lebih berusia lebih mengambil berat dan lebih segalanya dari yang muda. Siapa yang harus disalahkan? Kita tidak harus menuding jari pada sesiapa pun. Tepuk sebelah tangan tak kan berbunyi. Nak menari tango pun perlu pasangan yang serasi agar langkah itu tidak sumbang mambang. Tepuk dada tanya selera.

Tapi sebagai manusia yang punya hati dan perasaan tak perlulah sehingga kita meruntuhkan hubungan yang lain untuk memuaskan hati kita. Janganlah kita berbahagia dengan airmata orang lain. Kita bina istana dengan merosakkan istana yang lain. Pedih tu… Cuba letakkan diri kita kat kasut orang tu… memang kita tidak akan tergamak untuk melukakan hati sesiapa pun kat dunia ini… kalaulah semua orang berperasaan baik tak adalah sikap irihati dengki dan khianat. Tak adalah polis, askar dan mahkamah. Dah  semua berjalan dengan lancar dan baik… aman dunia ni… mustahil sungguh berangan sebegini… mimpi betul!

Kita bukannya sempurna sangat pun…. Namun kita harus mencari kesempurnaan. Sentiasa tidak berputus asa untuk memperbaiki diri. Biarpun terkadang penuh ranjau onak duri terpaksa kita lalui. Suka atau tidak kita harus menempuh semua dugaan itu. Kita bukannya kayu, tunggul ataupun tembok. Kita manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Kita punya hak untuk diri kita. Kita tak perlu mengikut telunjuk orang lain untuk menjalani hidup kita jika telunjuk itu bengkok. Namun begitu jika telunjuk itu lurus tidak berkait kita harus dan boleh untuk mengikut.

Orang lain tidak boleh tentukan hidup kita, mereka hanya perlu menyokong dan memberi nasihat baik dan buruknya langkah yang kita ambil. Kita yang harus tentukan arah tuju hidup kita. Kita bukan robot yang sentiasa menurut arahan, kita ada rasa, ada hati ada perasaan. Orang lain harus menghormati perasaan kita itu… jangan biarkan dia menguasai hidup kita.

 Hidup mesti bersinar seperti matahari kerana kita hidup di  dunia ini
 hanya sementara.

Hidup subur dan segar sentiasa untuk menceriakan suasana.

Jangan jadi katak dibawah tempurung tidak tahu apa yang berlaku
          disekeliling kita.

Bekerja untuk menaikkan taraf hidup kita.. seronok dengan apa yang
          kita lakukan..

Terbanglah setinggi mana pun tapi tetap beringat dimana bumi dipijak.

 Biarpun jalan kita penuh berliku pastikan dihujung sana ada cahaya.

Bukan mudah untuk mencari kesempurnaan dalam hidup.. melangkah
          selagi terdaya… maju ke hadapan…..



Samiza Ezanie
21/10/2011
12.00pm

No comments:

Post a Comment