Monday 26 September 2011

Pengalaman adalah ilmu kita...

Kita perlu menuntut ilmu sehingga kita berjaya.. dan tanpa ilmu kita ibarat tong kosong.. tidak ada apa yang dibanggakan.. menuntut ilmu tidak semestinya belajar di sekolah atau di universiti. Kita boleh menuntut ilmu di mana pun waimah di tepi jalan pun kita boleh mengutip ilmu..

            Menuntut ilmu tak semestinya menggunakan buku dengan pen dan pensil. Guru yang paling bagus adalah apa yang kita lalui hari-hari. Persekitaran yang ada disekeliling kita. Kita boleh belajar dari apa yang kita lihat, dugaan dan ujian yang Allah berikan pada kita. Makin banyak dugaan makin banyak ilmu yang kita dapat. Terkadang kita mengeluh, marah, beremosi dengan apa yang kita lalui tanpa kita sedar itulah ilmu yang paling berharga kita dapat. Bila kita mengalami situasi itu semula kita sudah tahu cara penyelesaiannya…

            Pandai di bidang akademik adalah satu kelebihan untuk kita, kerana kita belajar sesuatu secara sistematik. Mengikut aturan yang betul, belajar secara berperingkat. Mengikut tahap umur kita. Kita boleh mempergunakan ilmu yang kita pelajari untuk menaiktaraf hidup kita. Namun itu tak semudah yang disangka.

            Bagi mereka yang buta huruf tidak belajar secara sistematik pun boleh berjaya kerana mereka belajar dari apa yang mereka lalui. Untuk berjaya mereka perlu berusaha dengan sebaik mungkin dengan apa cara sekalipun. Mereka mahir mempergunakan pengalaman yang mereka kutip dimana-mana untuk memajukan diri. Mereka bekerja keras dengan kemahiran yang mereka ada.

            Tidak semestinya kita mahir akademik kita mahir dalam kemahiran hidup. Ini semua bergantung pada diri kita sendiri. Kalau kita pandai dalam akademik tapi kita malas berusaha tak kan menjadi apa. Ilmu itu terbiar tanpa ada manfaat pada diri kita. Jika kita mempunya kemahiran dalam hidup dan kuat berusaha kita akan berjaya. Semua itu bergantung apa yang kita usahakan..

            Kita kena selalu muhasabah diri, sentiasa berusaha untuk meperbaiki diri kita. Pandangan orang disekeliling kita perlu diambil kira. Kita kena keluar dari kepompong kita. Kita kena bergaul dan bercampur dengan semua orang. Ikhlas dengan diri kita. Kita jangan terikat dengan kelompok kita, Kita perlu mencampuri kelompok yang lain. Tak semestinya kita petani perlu bercampur dengan petani sahaja atau kita seorang jurutera kita perlu bercampur dengan jurutera sahaja. Itu menjadikan hidup kita menjadi bosan… kerana kita berada dalam satu kepompong sahaja.

            Bila kita keluar dari kepompong kita banyak pengalaman yang kita dapat. Kita akan tahu cara hidup mereka dan mereka tahu cara hidup kita. Saling bertukar pendapat antara satu sama lain. Oleh itu secara tidak sengaja kita mendapat ilmu untuk memajukan diri kita. Memang tidak dinafikan ada sesetengah orang bila dah berjaya jadi sombong, bongkak ego dan memandang hina pada yang miskin. Namun tidak semua sebegitu, malah ada antara mereka lebih menghargai orang yang kurang berjaya. Mereka membantu mereka untuk berjaya seperti mereka.  Mereka tidak pernah membezakan pangkat, darjat dan keturunan.

            Bila kita merasa diri kita kurang berjaya mengapa kita tidak berusaha memperbaiki diri kita, keluar dari kepompong kita. Kita tidak perlu rasa rendah diri, malu atau merasa diri tidak berguna. Itu adalah sesuatu yang silap bila kita berfikiran sebegitu. Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya jika hambaNya itu sendiri tidak mahu berubah. Penghijrahan dalam diri itu perlu. Hijrah tidak semestinya kita berpindah tempat.

            Penghijarahan dalam diri itu memang sukar pada awalnya. Kita dah terbiasa dengan cara yang lama untuk mengubah ke cara yang baru akan mengambil masa untuk kita sesuaikan diri. Penghijrahan itu tak semudah seperti dikatakan. Banyak menuntut pengorbanan dalam diri kita. Terkadang kita tak sanggup dengan dugaan yang datang bila kita memulakan penghijrahan dalam diri. Kita perlu mengumpulkan kekuatan dalam diri, bermuhasabah dengan apa yang kita telah lalui. Sampai bila kita harus berada ditakuk lama.. Persekitaran dan orang sekeliling banyak memainkan peranan untuk kita berjaya atau sebaliknya.

            Kita perlu pandai memilih siapa rakan kita, kita kena mencari siapa dia yang layak untuk diri kita. Jika pilihan kita buruk, buruklah jadinya… jika pilihan kita baik, baiklah jadinya… Oleh itu kita harus bijak menentukan arah hidup kita. Orang lain tak kan merasai apa yang kita lalui.. kita sendiri yang akan melalui hidup kita. Semuanya terpulang pada diri kita.. Bak kata pepatah timun dan pisau kat tangan kita. Tinggal cara mana kita nak potong sahaja.

            Kehidupan kita adalah hak kita, tiada siapa boleh menentukan arah hidup kita kecuali diri kita sendiri. Kita perlu berfikiran positif kerana dengan berfikiran positif hidup kita akan lebih indah dan ceria. Jika kita sentiasa berfikiran negatif hidup kita akan diselubungi kedukaan dan kesedihan yang akan menyulitkan hidup kita.

            Sentiasa berfikiran terbuka, mengambil sesuatu sebagai ilmu yang baik. Apa yang kita lalui adalah pengalaman kita dan pengalaman kita adalah ilmu kita. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, ada pro dan kontranya tinggal lagi kita untuk bertindak dan berfikir adakah jalan yang kita pilih itu gelap atau terang.. Semuanya ditangan kita terpulang pada diri kita.

            Kita hanya perlu mengambil langkah yang kecil untuk berjaya, bermula dari bawah. Selangkah demi selangkah tanpa terburu-buru kerana langkah yang besar dan terburu-buru akan menyebabkan kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun. Bila melangkah dengan penuh berhati-hati dari selangkah demi selangkah bila kita jatuh tidak terlalu sakit dan kita boleh bangun semula dan melangkah lagi…

            Kita perlu tahu tahap kita dimana, ilmu kita setakat mana jadi kita tahu mana arah tuju kita. Kita perlu kenal siapa kawan dan musuh kita. Musuh yang paling rapat adalah diri kita sendiri. Kita perlu melawan diri kita sebelum kita melawan yang lain. Kita jangan mudah berbangga dengan apa yang kita ada. Kita harus mengekalkan apa yang ada pada diri kita dan meningkatkan diri kita ke tahap yang kita mampu.


You have brains in your head.
You have feet in your shoes.
You can steer yourself in any direction you choose.
You're on your own.
And you know what you know.
You are the guy who'll decide where to go.
~Dr. Seuss


Samiza Ezanie
26/09/2011
12.01pm

No comments:

Post a Comment