Monday 16 January 2017

Bersawang sudahnya...

Alhamdulillah..

Lama sudah bersawang blog aku ni... Alamak... bukan sengaja.. tapi kesibukan memang sukar ditafsir oleh masa.. Hari ini cuba menyempatkan diri. Bagi aku hidup ini bukan apa yang kita mahu dan berkehendak.. tetapi hidup ini apa yang kita jalani.. bukan mudah untuk hidup jika kita sering memikirkan hal orang lain.. Dalam hidup kita perlu fikir apa yang kita mahu.. apa yang kita perlukan dan apakah kehendak kita.. dan dalam hidup juga kita perlu buat perbandingan kepentingan keperluan dan kehendak.

Bila sudah meningkat usia.. kita perlu ada kekuatan untuk lebih berjaya dan bergaya.. (bukan bergaya ala2 model atau artis) Tetapi bergaya dalam personaliti.. Dimana kau boleh hidup dengan keselesaan dan kepuasan.. Bagi aku hidup ini mudah bagi kita yang memudahkan.. dan hidup ini menjadi sukar apabila kita menyulitkan..

Keberkatan dan restu ibubapa memainkan peranan dalam sesebuah kejayaan. Ikhlaslah dalam kehidupan kau.

Hidup ini indah nikamti sebaiknya..
p/s
dari pagi aku mengadap komputer... rasanya komputer pun dah bosan dengan aku... hahahaha

samiza ezanie..
11.45pm


No comments:

Post a Comment