Monday 26 March 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 6

BAB 6
            “Man Atul nak pergi ladies jap ya?” kenalah cakap dengan budak Jeman ni, dah jadi partner..
            “Nak Man teman ke?” Azman ni pun nak ke ladies pun nak berteman ke? Macam apa pulak dah…
            “Tak payahlah, Man tunggu je kat sini, bukan lama pun. Abang Rais kan ada,” Jeman ni mengada-ngada pulak, nak temankan aku bagai. Aku ni bukan budak enam tahun tapi dah 28 tahun. Kalau dah kawin mahu anak aku dah berderet.
            “Ok.. take care, Atul jap..” Azman menahan dari Rabiatul terus berjalan pergi.
            “Napa?” apa pulak mamat ni, Atul membuat muka pelik.
            “Ada krim kat tepi bibir,” selamba Azman mengelap krim yang terlekat dibibir Atul dengan saputangan yang sentiasa ada dipoketnya. Romantis pulak mamat ni.. malu derrrr.. muka dah mula panas… Jeman kau telah buat jantung aku tak stabil derr…
            Rabiatul berjalan perlahan, mengawal pergerakan takut terlanggar kanak-kanak yang sedang berkejaran. Di dalam ladies dia berjumpa dengan Nora yang sedang muntah-muntah. Apa kena makcik seorang ni..
            “Nora kau kenapa?” tanya Rabiatul cemas melihat keadaan Nora yang keletihan dan kesakitan.
            “Sakit buatan orang,” Nora menjawab selamba.
            “Biar betul kau ni.. pergilah berubat, jangan dibiarkan..” bendul betullah budak Atul ni bisik Nora dalam hati.
            “Kau ni Atul dah kawin ke belum? Aku pregnantlah.. tak ada orang lain yang buat laki aku yang buat aku jadi macam ni.” Dalam sakit Nora sempat lagi ketawakan Rabiatul yang bendul.
            “Kau ni.. manalah aku tahu, sengal tau kau ni. Mari aku pimpin kau, mana suami kau?” Rabiatul tergelak sendiri..
            “Mungkin ada kat luar kot,” Nora serkap jarang je..
            “Jap ek! Aku nak buat hajat dulu, lepas tu aku bawa kau keluar.” Rabiatu lekas berlalu.. dah nak terkucil sangat.
            “Jom Nora.. aku pimpin kau.” Rabiatul memimpin perlahan Nora yang sudah keletihan, macam ni ke kalau pregnant? Adoi! Seksanya.. macam manalah aku kalau pregnant ek.. akhirnya dia tersenyum sendiri.
            “Apa senyum sorang-sorang ni? Tu abang kau tunggu juga tu..” Rabiatul lekas saja menoleh bila Nora berkata begitu. Apalah Jeman ni buat kat sini. Aduyai! Ni baru betul pendamping dan pelindung ni..
            “Sayang ok tak? Abang kata tadi rehat je kat rumah sayang sibuk nak datang sini, kan tengok sayang yang susah. Jom! Kita balik ya?” suami Nora lekas saja mendapatkan isteri yang sedang keletihan dan memapahnya.
            “Alah abang ni, sayang oklah. Biasalah sakit buatan orang memang macam ni. Macam tak biasa pulak, kan dah kali yang ke tiga. Abang ni pun.. Atul terima kasih ya.” Nora merengek manja pada suami disisi. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih pada Rabiatul. Suka dia melihat pasangan itu yang nampak bahagia.
            Azman menghampiri Rabiatul dengan gaya maskulinnya. Kenapa aku tak perasan ek.. Jeman ni hensem juga, ada aura yang boleh memikat. Adakah aku sudah terpikat.. No komenlah.. hati Rabiatul berbisik sendiri.
            “Sayang, tudung ni tersingkap..” selamba saja budak Jeman membetulkan tudung Atul tanpa izin. Terkedu lagi dak Atul dengan panggilan sayang tu dengan perbuatan Jeman.. Aiyork! Jantung dah berlari pecut 100 meter. Tak boleh tahan….
            “Napa kawan Atul tu?” Azman menyoal lembut.
            “Sakit buatan orang..” pinjam ayat Nora jap.
            “Patutlah..” tersengih Azman mendengar jawapan Rabiatul.
            “Man tahu ke sakit buatan orang tu apa?” Rabiatul dah buat muka pelik.. Jeman ni Prof. Serba Tahu ke? Macam kartun kat majalah gila-gila tu ke?
            “Tahulah sayang… dah berderet anak saudara Man kat kampung. Man je yang masih single and available ni… kalau sayang nak boleh terus isi borang, confirm lulus tak yah tapis-tapis, berani tak?” dah sudah dia terus masuk gear lima mati aku.. nak kena Jeman ni.. lantas tangannya mencubit geram.
            “Man, skru dah tanggal ek kat kepala tu, sayang bagai.. kau jangan buat aku perasan boleh tak?” kan dah keluar ayat power. Ops! Terkau aku pulak..
            “Tak salah pun, sayang single.. Man single.. jalan je..” tak habis lagi ke budak ni… Ya Allah! Depan ladies ni juga ke nak berbicara soal hati.. satu jelingan maut dihadiahkan… geramnyerrrrr..
            “Malaslah nak layan Man ni, Atul masuk dalam lagi baik.. ada je..” baik cabut sebelum mamat ni lagi sewel.. skru dia tertinggal kat Kulim kot..
            Rabiatul berjalan laju tanpa menoleh.. sebal je dia.. grrr.. Azman terus mengekori, nasib akulah asyik kerja mengejar budak kecik ni.. gumam Azman sendiri. Bila sudah dekat lekas saja dia mencapai lengan Rabiatul, sengaja nak manja-manja ke nak menempah maut ni.. berlapik tak apa.. Rabitul terus menghentikan langkah tanpa isyarat. Hampir saja Azman terpeluk, nasib baik sempat tarik brek.. kalau tidak.. faham sudahlah..
            “Man behave yourself..” tarikan kuat tak mampu melepaskan pegangan Azman yang erat. Erk! tak boleh lepas ke? Nak buat wayang Hindustan ke apa ni budak Jeman ni aku sekeh kepala dia baru tahu.. tak kan nak buat aksi tarik-menarik kat depan pintu masuk dewan ni.. ada banyak mata-mata yang memerhati..
            “Sayang, jom mereka semua dah berkumpul tu ada pengumuman siapa pasangan ideal malam ni.. jom..” macam lembu cucuk hidung je dak Atul dibuatnya.. Nasib kaulah Atul oi!! Ni kalau Tiha dengan Kak Mon tahu mahu dia kena usik 100 hari tak berhenti. Ni belum lagi budak-budak ofis yang lain.. kusut….
            Mereka berdua berjalan seiring dan terus menuju ke tempat duduk mereka, Abang Rais sudah bersama anak-anak dia sedang menjamu selera. Mereka sekadar menghadiahkan senyuman.
            “Perhatian semua, sekarang kami nak umumkan pasangan ideal malam ni.. jangan terkejut bila diri anda terpilih.. Pilihan berdasarkan pasangan favourite yang dipilih oleh anda semua. Semua akan saksikan pasang ini yang nampak comel di skrin besar sekarang ni...” Farid gonjeng mengumumkan sebagai pengerusi majlis.
            “Phewit! Cayalah Atul!” erk! aku ke.. Rabiatul terus memandang skrin besar.. mak ai.. malu der.. bengong betullah dia orang ni.. Azman disebelah dijeling sekilas, jahatnya senyum dia..
            Aksi Jeman mengelapkan mulut dia yang terkena krim pun dia orang ambil, memang nak menyorok bawah meja ni.. depan ladies pun.. depan pintu dewan sebentar tadi pun ada.. ni reality show ke apa.. usikan dan siulan nakal terus kedengaran. Abang Rais lagilah dah buat kening Ziana Zain..
            “Atul, kan dah abang kata kau orang ni memang pasangan ideal tahu. Semua orang nampak..” Abang Rais cili mulut tu kang, Azman ni tak penat ke tersengih dari tadi.. sukalah tu…
            “Dipersilakan Atul dan pasangannya atau lebih tepat pendamping dan pelindung untuk naik ke pentas untuk menerima hadiah percutian ke Phuket. Nampaknya boleh dijadikan hadiah berbulan madu ni ya Atul..” macam nak tutup je mulut Farid gonjeng tu.. tak pun rosaklah mikrofon, apalah nasib aku malam ni… relekslah Tul..
            “Jom! Sayang dia orang dah panggil tu..” Jeman!!!! kau ni kan memang.. dia menjegilkan mata pada Jeman tapi disambut dengan senyuman.. skru dah tinggal kat Kulim… Azman menghulurkan tangan.. erk! aksi romantik bagai dak ni. Aduyai…
            “Atul! Cepatlah.. sian abang awak tu..” Abang Rais ni pun sama.. sengal..
            “Atul jangan malu-malu kucing, macam tak biasa je.. cepat naik, kita orang dah penat tunggu ni. Encik Abang pun dah penat berdiri.. tak kan nak suruh Encik Abang tu dukung baru nak naik pentas ni..” Farid gonjeng memang terserlah kegonjengannya.. sebal dan sengal.
            Dia menunjukkan penumbuk ke arah Farid gonjeng, dalam paksa tanpa rela dia mencapai tangan Azman yang sudah sedia menanti. Saat tangan itu bertautan ada getaran yang mengalir terus ke lubuk hati-hati masing.. Azman hanya memberikan isyarat mata untuk dia terus berjalan beriringan menuju ke pentas. Orang kata hati memang sukar ntuk ditafsirkan,,
            Azman merapatkan mulut di telinga Rabiatul lantas membisikkan…
            “Ku berharap kau yang diciptakan untukku, izinkan aku menjadi pendamping dan pelindungmu selamanya.. ke akhir hayatku..” erk! muka sudah tukar.. Jeman berapa kali kau nak buat jantung aku ni lari pecut 100 meter. Ya Allah! Inikah petunjukmu.. Ya Allah! Inikah jodohku.. bisik Atul di dalam hati. Perlahan dia menurut langkah Azman ke pentas. Biarkan masa dan keadaan menentukan apa akan jadi seterusnya..
            “Atul, berilah sepatah dua kata untuk kita semua..” Farid gonjeng ni aku nak kata apa pulak ni… aku dah tak terkata dah.. dia menoleh memandang Azman yang nampak cool saja di sisi dan jejaka itu hanya mengerdipkan mata. Aura mengalahkan Mawi.. siulan dan usikan di bawah pentas tak usah cakaplah.. bingit derr..
            “Terima kasih semua, tak tahu nak kata apa.. Thanks for everything..” dia sendiri kini tidak tahu apa yang dia rasa.. semua segala rasa ada di dada bercampur baur dah jadi rojak.
            “Azman boleh katakan sesuatu…” pucuk dicita ulam mendatang ni.. bisik Azman.. dengan senyuman yang masih bersisa dia berjalan ke mikrofon sambil menjeling sekilas ke arah Rabiatul yang sudah tidak kena berdirinya..
            “Terima kasih pada rakan-rakan semua, pertama kali saya bersama rakan-rakan saya tidak rasa kekurangan dimana-mana. Inilah saat indah dalam hidup saya, sebelum ini saya tak nampak permata didepan saya biarpun dia sudah 6 tahun berada dihadapan saya. Saya melihat permata yang jauh yang sukar digapai dan akhirnya saya kecewa bila permata itu rupanya kaca semata-mata.
            Saya sedar kini jodoh saya didepan saya, tak jauh mana pun, Syukur pada Allah kerana mengizinkan saya untuk menjadi pendamping dan pelindung Rabiatul Adawiah binti Hishamudin untuk malam ini. Saya berharap ianya tidak akan berakhir di sini. Doakan saya, semoga Allah mengizinkan saya untuk terus menjadi pendamping dan pelindung Rabiatul Adawiah hingga ke akhir hayat saya.. hingga hujung nyawa saya. Rabiatul Adawiah binti Hishamudin sudi tak awak untuk terus didampingi dan dilindungi oleh Azman Adib bin Hamzah ini.. tak perlu jawab dengan kata-kata bagi isyarat pun boleh…” hancur ayat hujung tu Jeman..
            Saat itu perasaan Rabiatul macam apa entah.. bercampur baur menjadi satu. Marah, geram, terkejut dan malu tu tak yah kira. Dewan yang mulanya senyap saat Azman menuturkan kata kini kembali bingit. Apalah Jeman ni nak lamar aku pun agak-agaklah.. depan orang ramai tu.. gila..
            “Atul! Tak kan kelu kot?” Shikin Becok sudah naik ke pentas mengambil mikrofon ditangan Farid Gonjeng.
            “Sian abang kat sebelah tertunggu tu.. peluang datang sekali, sukar untuk kita mendapat peluang kedua,” Shikin Becok menyambung kata.
            Rabiatul merapati Azman yang masih setia menanti dengan wajah yang penuh mengharap dan senyuman yang masih bersisa.
            “Man, terima kasih.. berikan Atul masa,” hanya itu yang mampu dituturkan. Airmata ni pun dan-dan dia keluar. Azman tersenyum senang..
            “Ambillah berapa lama pun, Abang sentiasa menunggu sayang. Hapuslah airmata ini, jangan menangis sayang.. emmm..” sempat dia menyeka airmata yang mengalir di pipi Atul dengan jemarinya.
            “Pergh! Romantik tak ingat! Atul terima ajelah, bukan senang lelaki ni nak romantik bagai..” kata-kata Farid Gonjeng dibiarkan saja, tak boleh nak kata apa dah..
            Dia hanya melemparkan senyuman pada Azman yang membuatkan Azman cukup bahagia. Siapa kata Man tak romantik.. aku pun tak caya aku boleh buat macam ni.. tak kan nak lepaskan permata depan aku ni..Azman berbisik di dalam hati penuh bahagia.
            Tepukan gemuruh dibawah pentas siap berdiri lagi.. terharu dia dengan sikap kengkawan. Pertama kali dia menghadiri reunion dan dia menciptakan sejarah. Mungkin ini kebahagiaannya. Dia memandang Azman yang masih setia di sisi cukup sempurna tanpa cacat cela dimana-mana. Jeman ni pun senyum saja.. tak penat ke?

No comments:

Post a Comment