Monday 26 March 2012

Dua Jiwa Jadi satu Bab 5

Keresahan Rabiatul kian memuncak bila dia telah bersiap, melihat pakaian yang dipakai membuatkan dia merasa malu sendiri. Mana taknya macam pengantin pulak, siap batu-batu segala. Azman buat dia rasa serba salah pulak, tak dipakai baju ni takut Azman terasa hati. Jangan nanti kengkawan mengusik dia sudah… memang kena Azman ni..
            Ketukan di pintu menyedarkan Rabiatul yang bermonolog sendiri, mesti Azman tu.. Dia menuju ke pintu lalu membuka perlahan dan mereka berdua terpaku di situ, hensem gila mamat ni.. releks Atul.. dia partner kau malam ni. Baju yang dipakai oleh Azman menampakkan dia lebih kacak dari biasa. Azman juga begitu bila melihat Rabiatul yang sangat comel dipandangan matanya. Dia menarik nafas seketika dan mula berbicara.
            “Atul.. Man dah bersedia jadi partner Atul malam ni.. boleh kita gerak sekarang?” Azman bersuara dengan lagak seorang gentleman sambil tangannya menghulur untuk memimpin Rabiatul. Namun tangan itu dipandang sepi dan dia hanya mampu menggeleng kepala, Man kau jangan berlagak sewel boleh tak?  Dia berlari mendapatkan Rabiatul yang telah meninggalkannya beberapa langkah.
            “Janganlah laju sangat.. ada masa lagi ni sayang oi!” Azman termengah-mengah mengejar.
            “Man.. behave yourself! Jangan buat Atul tak selesa. Atul dah nervous ni.. ni baru kat sini.. nanti kat dalam tu lagilah macam mana..” bergetar suara Rabiatul menegur Azman.
            “Releklah! Kan Man ada ni temankan Atul.. janganlah kita canggung sangat antara satu sama lain. Nanti semua serba tak kena, nampak sangat kita bukan partner yang baik.. jap..” apalagi budak Jeman ni.. Rabiatul memberhentikan langkah dan memandang Azman yang tersenyum manis.. aduhai hensemnya dia.. Mak tolong!
            “Man nak apalagi ni?” comelnya dia bisik hati Azman.. tak salah kalau aku cinta pada budak kecik ni…
            “Macam ni.. Man tahu Atul tak selesa, Man pun sama.. apa kata kita buangkan semua perasaan itu dan kita ikhlaskan diri kita untuk malam ni untuk menerima satu sama lain. Langkah pertama tarik nafas perlahan-lahan dan hembus kemudian kita tenangkan diri kita. Atul kena ingat ini pertama kali untuk kita berdua, keserasian memang masih diperingkat permulaan apa kata kita bagi ruang dan peluang untuk diri kita. Jika Atul nak Man berlakon jadi kekasih, tunang ataupun suami sekalipun Man no hal, Man ni kan Ultraman Atul. Atul pilih je yang mana satu untuk man jadi apa? Boleh adik manis?” selamba badak Azman mengenyitkan mata sambil membuat kening Ziana Zain menunggu jawapan Rabiatul yang muka sudah merah macam udang kena bakar hangus. Jeman boleh tak kau jangan buat aku malu tahap gaban ni… Rabiatul menepuk kuat bahu Azman, geram sangat dengan sikap Azman yang miang keladi.
            “Man, jangan buat perangai boleh tak? Atul nak Man jadi pasangan Atul malam ni sebagai pendamping dan pelindung Atul tak payah nak kategorikan sebagai kekasih, tunang atau suami. Man boleh tak jangan buat Atul lagi nervous.” Geram betullah mamat seorang ni.. luku baru tahu.
            “Wow! Ayat baru..  pendamping dan pelindung.. ok jugak, not bad. Boleh kita jalan sekarang peganglah lengan Man ni, berlapikkan bukan sentuh jari pun..” Azman membengkokkan tangan untuk Rabiatul memegang lengannya. Baru best jalan macam ni. Kata pendamping dan pelindungkan… Jeman ni buat aku serba salah pulak. Rabiatul perlahan memaut lengan Azman dan Azman tersenyum girang di dalam hati. Azman membuatkan dia semakin serba salah..

            Debaran kian terasa bila Rabiatul melihat pintu masuk ke dewan, ramai kengkawan sekolah sedang berkumpul bersama pasangan masing-masing. Azman melihat dari ekor mata kerisauan di wajah Rabiatul, perlahan dia menepuk lengan Rabiatul yang berlapik. Sekuntum senyuman diberikan, menyalurkan sedikit kekuatan. Baginya bukan mudah untuk menjadi pasangan Rabiatul, almaklumlah sebelum ini mereka bukannya pernah serapat hari ini. Bergaul atas dasar kerja tidak lebih dari itu. Namun dia akan memberikan yang terbaik buat gadis yang sudah mengetarkan hatinya.
            Rabiatul merasa terharu dengan kesungguhan Azman yang sudi membantu doa disaat ini, dia menghadiahkan sekuntum senyuman buat Azman tanda penghargaan nampaknya dia tidak menghampakan.
            “Fuyoh! Tengok siapa yang datang sekarang pergh! Mantap beb..” Farid gonjeng sudah memulakan langkah, erk!
            Cool Atul! Cool! Abang Ultraman sebelah sedia membantu. Azman hanya menepuk lembut lengan Atul untuk memberikan sedikit kekuatan.
            “Atul! Rindunya kita orang dengan kau..” Shikin becok menjerit bila melihat kelibat Atul, satu demi satu kengkawan menghampiri. Mereka saling berpelukan terserlah kerinduan di wajah masing-masing. Azman hanya memerhatikan gelagat Atul bersama kengkawan. Seronoknya dia.. Azman turut terasa tempias suasana yang membahagiakan itu.
            “Alamak bang! Sorry banget! Kita pinjam Atul kejap tadi jangan marah ya..” Shikin becok mula menyedari yang Atul bukan bersendirian tapi berteman..
            “Tak apa, tak jadi hal..” Azman membalas mesra.
            “Atul, tak nak kenalkan siapa yang bertuah sebelah kau ni.. jangan kata kau tak kenal dia pulak bila dah jumpa aku.. tapi siapa hensem? Aku ke dia?” kalau tak mengusik bukan namanya Farid gonjeng, isteri disebelah mencubit geram dengan sikap lepas laku si suami.. perasan tak sudah-sudah..
            “Rid, kau ni kan bini kat sebelah pun nak mengatal, sabarlah ya Cik Puan dengan dia ni, kau tanyalah dia sendiri siapa dia di sisi aku ni? Macam tak biasa. Bab siapa hensem tu.. aku rasa kau kalah lah.. dia lagi hensem dari kau ya..” Ambik kau Farid gonjeng, kau ingat aku dah pencen dari mulut laser ni.. never.. nahe.. still laser macam dolu-dolu.. Azman ketawa kecil, menghulurkan tangan pada Farid untuk berjabat tangan, tak salah dia memulakan maklum dia kan tetamu…
            “Saya Azman, pendamping dan pelindung Atul,” pergh! Ayat tak boleh blah Azman memperkenalkan diri..
            “Pergh! Ayat kau gempaklah Man.. aku ni Farid rakan sekelas Atul. Kalau kau pendamping dan pelindung Atul aku ni pembuli Atul,” Farid gonjeng memang tak pernah nak berubah..
            “Rid, beranilah kau nak buli aku sekarang.. dulu bolehlah. Sekarang kau kena waspadalah. Man jom! Layan Farid gonjeng sampai bila pun tak sudah,” Rabiatul menarik lengan Azman dan berlalu pergi dalam hati sempat berbisik dalam gonjeng-gonjeng si Farid tu wife dia memang cukup pakejlah jelita dan stok ustazah, tudung labuh gitu.
            Azman tetap setia disamping Rabiatul sehingga mereka duduk. Tak nampak pun kelibat Abang Rais, tak kan belum sampai kot? Dah pukul berapa ni, acara pun sudah mahu bermula. Azman disebelah mudah mesra dengan sesiapa saja, dia tidak perlukan masa yang lama untuk sesuaikan diri. Seronok gitu bila kengkawan Atul melayannya tanpa sempadan. Mereka semua cuma agak pelik bila dia memberikan jawapan sebagai pendamping dan pelindung Atul. Itulah yang dipersetujui antara dia dengan Atul tadi.
            “Man, Atul dah lama sampai?” mereka menoleh serentak bila mendengar suara menegur mereka.
            “Abang Rais, baru je..” mereka berdua menjawab serentak.
            “Hai! Sepakat nampak.. sesuai..” mula dah gear satu Abang Rais ni.
            “Doakan jelah bang…” Azman membalas sambil mengenyitkan mata pada Atul yang sudah mula membahang. Jeman kau boleh tak jangan overacting menakutkan betul… baik aku tukar tajuk.. ni kalau tak sampai rentung aku diusik budak berdua ni.. Jeman kau memang berubah 360 darjah… letih aku… jerit Atul di dalam hati..
            “Abang napa lambat?” soal Atul pendek.
            “Anak abang yang kecil buat perangai pulak, mula nak tinggalkan dengan nenek dia.. tapi dah jadi macam ni bawalah keduanya.” Abang Rais menerangkan tentang hal telah dilalui.
            “Mana anak abang tak nampak pun?” Azman menoleh kek kiri dan ke kanan tak kelihatan pun anak-anak Abang Rais.
            “Em.. dah kena ambil dengan budak-budak kat depan sana tadi. Sebelah Man ni ada orang tak?” Abang Rais bertanya bila bangku disebelah Azman kosong.
            “Tak ada bang, duduklah. Bagus abang duduk sini ada kawan Man nak berbual.” Azman menjawab mesra, mula serasi dengan Abang Rais.
            Acara sudah dimulakan, kata-kata aluan oleh Pengerusi Majlis mengamatkan suasana apatah lagi bila yang jadi pengerusi Farid gonjeng. Biarpun adakala perangai gonjeng dia menyakitkan hati dan menghuru-harakan suasana namun bab tanggungjawab memang superb.

No comments:

Post a Comment