Monday 30 April 2012

Dua Jiwa Jadi Satu 8


BAB 8
            “Lama Atul tunggu?” Azman menghampiri Rabiatul yang sedang duduk di lobi sambil membaca suratkhabar yang disediakan. Larit sangat sampai tak perasan yang Azman sudah melabuhkan punggung duduk di sisinya..
            “Eh! Lama jugalah… telur pun dah masak lau Atul rebus..” menyakat jap..
            “Maaf sangat.. Man tertidur lepas solat subuh nasib baik Abang Rais kejut.. tu Abang Rais dah tunggu kita nak breakfast..” Azman buat muka seposen, konon-konon sedihlah tu.. ingat kita nak kesian ke… minta sori..
            “Ah! Tak de maaf-maaf balik Kulim jalan kaki.. bak kunci kereta…” aura jahat dah keluar lama dah tak buat kerja ni.. selalu Tiha je yang kena..
            “Sayang… tak kan macam tu sekali..” dah tukar dah… sayang tu… hehehe.. Atul menahan tawa yang hampir meletus.. gila nak ketawa nanti bocor rahsia..
            “Yup! Orang lambat memang kena denda..” tak habis lagi ni…
            “Denda lainlah..” boleh kawtim tak budak Atul ni…
            “Sayang… janganlah buat Man macam ni… senyumlah sikit..” budak ni marah aku betul ke ni.. Azman mengaru kepala yang tidak gatal.
            “Apa senyum-senyum…” control Atul! Control
            Azman terus duduk melutut dikaki Atul… biar betul Jeman ni.. orang lalu-lalang dah tengok mereka yang buat adegan Hindustan tanpa ada pengarah… Abang Rais yang dari tadi memerhati mula menghampiri mereka.. dah sudah budak Atul ni.. ni memang nak menyakat si Azman ni.. dah datang perangai nakal dia.. baik aku leraikan sebelum jadi lagi haru…
            “Atul! Man! Apa kena kamu berdua ni.. nak buat cerita Hindustan ke apa kat lobi ni…?” Abang Rais sempat menarik Azman yang sedang melutut untuk berdiri…
            “Atul ni Abang Rais tak nak maafkan Man sebab lambat tadi…” mengadu lak budak Jeman ni… adui! Napalah Abang Rais ni nak inter frame.. belum puas nak menyakat Jeman ni..
            “Atul!” satu ayat dan mata yang dibesarkan membuatkan Atul tersengih dan melepaskan gelak yang ditahan dari awal tadi…
            “Bertuah punya budak!” tanpa amaran Abang Rais meluku kepalanya..
            “Adoi! Sakitlah bang.. alahai cengenglah Jeman ni bang. Gurau sikit je…Jom makan dah lapo,” selamba dia melangkah meninggalkan mereka berdua yang masih terpegun di situ. Sambil itu dia sempat memimpin anak Abang Rais yang sulong… Azman tak mampu nak bersuara.. kelu terus dengan sikap Atul yang kadangkala cukup selamba..
            “Jomlah Man.. layan dak Atul ni memang boleh sewel kepala kita ni… Abang dah masak sangat dengan perangai dia ni… masa sekolah dulu teruk abang kena buli dengan dia.. bersedialah ya Man...”
            “Layannnn…” tak apalah cinta punya pasal….



            “Atul terus balik Kulim ke dengan Man?” tanya Abang Rais sambil mereka menikmati hidangan pagi.
            “Taklah bang, Atul ingat nak balik rumah dulu. Nak mengemas mana yang patut minggu depan mak abah balik dari Mekah, tapi sebelum balik Atul nak singgah kat UTM dulu nak hantar surat jawapan kehadiran Hari Konvokesyen. Itupun kalau Man nak hantarlah, kalau tak terpaksalah Atul suruh Abang Raffi atau Kak Lina tolong hantarkan,” ujar Rabiatul sambil menoleh Azman sekilas.
            “Atul lupa ke yang Man ni partner Atul sepanjang kita kat sini? Dah siap cop mohor pun yang Man ni pendamping dan pelindung Atul. Kalau lupa Man ingatkan..” satu jelingan tajam dihadiahkan, geram betul dak kecik ni.. ada saja dia nak mengenakan aku ek…gumam Azman.
            “Suka tengok Man marah, eleh saja je duga Man.. itu pun nak touching.. Man sejak bila ek pandai nak touching-touching ni? Atul tak lupa dan masih waras untuk mengingati apa yang berlaku dua tiga hari ni, nak balik jalan kaki ke?” perangai nakal dah semakin terserlah.
            “Atul! Napa buat bakal suami macam tu, jangan nak jadi isteri derhaka pulak!” apa yang Abang Rais ni ada isteri derhaka lak.. Man ni pun dah tersengih-sengih. Eee.. geramnyer..
            “Tak ada maknanya isteri derhaka, belum cap mohor ya.. abang boleh tak biarkan Atul makan? Lapo dah ni.. Man nanti kita sambung ek?” baik hentikan sebelum rentung hehehe jangan marah ha…
            “Pandailah nak mengelak ya.. macam tak boleh cakap masa makan,” ujar Abang Rais. Ada saja alasan nak mengelak.
            “Boleh tu boleh.. tapi abang tu tak sudah-sudah nak kenakan Atul, Atul tengah makan ni bang. Releklah.. Man sayang Atul kan? Tak nak Atul mati tercekik kan? Jadi kita makan diam-diam ya..” siap buat muka comel-comel gitu. Kelip-kelip mata bagai. Abang Rais tak terjawab dah, Azman hanya mengangguk dan tersenyum mesra. Mati idea dibuatnya dengan budak kecik sorang ni.
            Anak-anak Abang Rais cukup tertib semasa makan, memang boleh dapat bapa mithali ni. Sesekali Rabiatul menyuapkan makanan pada anak Abang Rais yang kecil sekali. Bukan mudah menjadi bapa tunggal apatah lagi bila diri punya kerjaya, mesti jawatan Abang Rais besarkan? Abang Rais ini dulu best student study oversea lagi.
            Mereka juga berjumpa dengan kengkawan yang reunion malam tadi. Mereka juga menginap di hotel yang sama, mulalah keadaan jadi hingar bingar semula. Azman turut sama dengan perbualan antara mereka. Mereka berdua turut menjadi bahan usikan, mereka menangani perkara ini secara profesional. Lebih banyak menjawab dengan senyuman dari kata-kata. Bila mata mereka berdua beradu seakan ada getaran halus yang mengalir meresap ke jiwa masing-masing. Bila jiwa sudah jadi satu, bahagia akan menanti akhirnya.
            Apa yang Azman tahu Rabiatul dulu adalah seorang yang aktif semasa bersekolah. Boleh dikatakan student yang popular tak mustahillah dia sekarang cukup komited semasa melaksanakan tugas-tugasnya. Tidak mudah melenting dan jarang sekali dimarahi oleh pihak atasan. Inilah gadisku… bisik Azman sambil matanya asyik sekali tertumpu ke wajah si gadis..
            “Tembus dah Man..” usik Abang Rais. Azman hanya mampu tersenyum. Alamak! Kantoi dengan Abang Rais pulak.. merah mukanya menahan malu.
            “Abang ni.. biasalah lelaki, bila kita dah jatuh cinta tak nak berpisah pun walau sesaat semua serba tak kena, jika dia tiada di depan mata..” jawab Azman.
            “Pandailah Man.. Itu Man bukan abang ek!” ketawa lepas duda anak dua ni, disambut dengan Azman sekali.
            “Topik apa ni sampai ketawa tak ingat?” soal Rabiatul.
            “ Topik lelakilah sayang..” Azman ni memang tertanggal skru.. biasalah dia.
            “Jomlah! Nanti lambat pulak nak ke UTM, Man dah siap kemas ke?” soal Rabiatul
            “Dah tinggal check out je..” jawab Azman pendek.
            “Abang Rais, Atul balik dulu ada masa kita jumpa lagi. Jaga anak-anak abang baik-baik. Anak sedara makcik jangan lupa jaga ayah bebaik ya. Suruh ayah cari mama baru ya..” pesan bagai dak Rabiatul ni..
            “Insyallah makcik..” sopan Adilah menjawab.
            “Atul, Man jaga diri bebaik jangan gaduh-gaduh ya. Abang nak yang terbaik buat kamu berdua, kalau makan nasi minyak jangan lupakan abang. Man adik abang ni nakal sikit tapi dia mendengar kata. Man jangan risaulah, dia boleh menjadi partner yang baik. Abang tahu siapa adik abang, ni bukan melobi tahu tapi dia memang adik yang boleh dipercayai..” nasihat Abang Rais biar agak sempoi namun cukup untuk difahami.
            “Insyallah bang.. jika memang Atul jodoh saya, saya akan buat yang terbaik untuk dia. Saya akan jaga dia sepenuh hati saya kerana dia nyawa saya dan dialah tulang rusuk kiri saya yang hilang. Cepat atau lambat jodoh kami moga Allah perkenankan doa saya..” kata-kata Azman membuat Rabiatul terharu tanpa sedar manik-manik jernih mula mengalir. Inikah dia jodoh ku…  Azman memeluk Abang Rais terasa cepat masa berlalu pertemuan mereka semua.
            Mereka berlalu dengan membawa berbagai cerita suka dan duka, di sinilah terciptanya sejarah antara mereka berdua. Janji Allah tiada siapa yang tahu..

No comments:

Post a Comment