Friday 6 April 2012

KEMAAFAN.. DENDAM YANG TERINDAH...

“Bodoh.. Sengal ubi gajah tul!” lalu gagang telefon dihempaskan. Bunyi yang kuat dari hempasan gagang telefon menjadikan Norfarina menjadi perhatian di dalam ruang pejabat yang agak luas itu.
“Yo! Yo! Cool beb!” Azuan yang duduk bersebelahan dengan Norfarina terkejut dengan perbuatan gadis disebelahnya yang jarang melenting. Mesti ada yang tak kena ni.. dia ni mana pernah berperangai macam ni.
“Wan, tak boleh cool lah.. okeylah aku blah dulu.. kengkawan sori ek terlebih emo petang ni..” dia memberi isyarat peace pada rakan ofis yang lain.. apalah aku sewel sangat petang ni.. emosi betul!
“Die, kau dah nak balik ke?” Azuan bertanya pantas.
“Taklah.. aku nak gi kantin nak minum dan makan dengan sepuasnya… nak ikut ke?” jawab Norfarina dengan selamba.
“Malaslah aku nak ikut kau.. kau kan tengah emo.. takut aku..” sakat Azuan.
“Hampeh tul lah kau ni.. kau ingat aku ni makan orang ke?” Norfarina berlalu dengan hati yang bengkak. Wan kau ni memang sengal ubi gajah macam orang yang call aku tadi. Haikal.. namamu dah terhapus diingatan tapi kini kenapa kau muncul lagi..
Norfarina yang juga Didie cukup dikenali sebagai seorang yang brutal, sempoi dan friendly juga.. nak kata dia ni panas baran tak juga. Cuma jika perkara itu melibatkan Haikal memang emosi dia tinggi melangit.
Bekerja sebagai production clerk di sebuah syarikat pakaian yang terkenal di Batu Pahat. Kerja dia taklah susah sangat cuma ada masa agak sibuk sikit. Taklah sibuk mana.. sibuk sikit je..
“Die.. tak balik lagi? Makan tak toleh kiri kanan..” sapa Kak Lina yang baru masuk ke kantin.
“Taklah kak.. kerja banyak.. lagipun kan Shiela budak stor tu cuti bersalin saya kena buat kerja dia.. tu yang sekarang ni sibuk sikit. Rindu nak balik 5.30.”  mengadu pulak.
“Oh! Die yang kena ganti Sheila ke? Habis kerja Die siapa yang buat?” soal Kak Lina macam polis pencen.
“Iskh! Akak ni macam polis pencen je.. kerja Die, Die lah yang kena buat tak kan akak kot?” Kak Lina ni.. dia tak tahu ke aku dah macam separuh nak pitam menghadap dua kerja ni.. dah le accessories store tu banyak gila barangnya.. jap lagi jangan aku gila udah le..
“La.. patutlah akak tengok muka sekarang macam rumah tak siap.. sibuklah ni.. boleh pulak kat kantin ni berlama-lama..” dalam sibuk boleh pulak dia menjadi anaconda lama-lama budak Didie ni.
“Lapolah kak.. ni baru nak makan tau.. tadi tak sempat. Lagipun bukan selalu buat kerja macam ni.. hehehe” dengan muka tak bersalah dia tersengih menayangkan gigi yang putih.
“Die.. esok temankan akak pergi UO Summit. Nak beli barang sikit. Free tak?” ajak Kak Lina.
“Esok ek! Boleh! Boleh! Saya pun nak berpoya-poya ni.. penat dah kerja sejak akhir-akhir ni..” jawab Norfarina pantas.
“Amboi ayat! Berpoya-poya ya..”
“Kak.. satu habit saya kalau akak nak tahu bila saya tension saya akan berpoya-poya tapi bukannya berpoya-poya yang tak senonoh tapi saya akan beli je barang apa saja terlintas kat kepala. Itu maksud berpoya-poya untuk diri sayalah..”
“Ngenglah budak ni.. itu bukan berpoya-poya itu namanya membazir..” kepala sudah sewel
“Itu bukan berpoya-poya ke?” dia menjawab selamba.
“Bukanlah! Ini sekolah mana belajar ni berpoya-poya pun tak tahu apa maknanya..” geram Kak Lina dengan jawapan yang diberi.
“Sekolah atap Kampung Dusun Batu Lima.” Ada saja jawapan sengal yang diberi.
“Budak ini main-main ek…” Kak Lina mencubit geram pipi dia yang tembam..
“Adoi! sakitlah kak.. habislah cacat nanti pipi orang.. kurang lima ribu duit hantaran.” Kak Lina ni cakap saja boleh tak jangan nak cubit pipi bagai.
“Tak ada maknanya nak cacat.. siapa yang malang tu ek?”
“Malang bendanya.. untung tau orang dapat kita ni kak.. maintenance rendah je.. tak yah belikan make up, lipstik segala tu..” angkat diri sendiri nampak Norfarina Alias ni..
“Memanglah tak tinggi maintenance yang tu.. cuba tengok dari sudut yang lain.. makan pun memilih.. orang nak makan tengok makanan yang sedap tapi.. dia gasak dok perati segala. Kedai kotor sikit ada nampak lalat seekor pun langsung tak nak masuk. Itu belum lagi bab beli baju dan kasut naik pening kepala akak ni tengok dia memilih. Punyalah cerewet tak boleh digambarkan dengan kata-kata.. tak ke tu maintenance tinggi. High test.. mana yang rendah tu cuba habaq mai..” adui! Kak Lina ni rupanya selama ini dok perati aku ke? Hampeh!
“Kak bab makanan tu memanglah saya cerewet lau kena food poison kan kita juga yang susah.. bab barang tu pulak kan kita yang nak pakai dan guna jadi kena pilih betul-betul barulah berbaloi… alahai akak ni bukan perempuan memang cerewet ke lau bab-bab macam ni?” ada saja jawabnya nak membela diri.
“Kamu je yang cerewet tahap dewa-dewi.... siapa yang malang tu?” tak sudah nak mengorek rahsia orang Kak Lina ni.
“Tak ada sapalah kak.. buat masa ni saya single and available. Malaslah nak fikir pasal pasangan hidup ni.. saya seronok dengan keadaan sekarang ni.. tak ada siapa yang sibuk..” pleaselah Kak Lina jangan jadi polis pencen.
“Die, dah pernah kecewa ke?” tak putus asa Kak Lina ni rupanya.
“Kak Lina, tak ada benda lain ke nak tanya ke? Biarlah rahsia kak. Malaslah nak ingat-ingat semua benda ni buat sakit kepala je. Lagipun Die ni bukannya juara dewi remaja atau gadis melayu. Hanya gadis pingitan dari kampung yang jauh dipendalaman..” mulalah buat ayat tak semengah budak sorang ni.
“Jauh pendalamanlah sangat.. lupa pulak akak ni kan yang adik akak sorang ni kan baru keluar dari Hutan Belum...” Hampeh punya Kak Lina Hutan Belum perginya. Orang duduk kat Pekan Parit Raja tau Kak Lina bukan Hutan Belum.
“Banyaklah akak punya Hutan Belum.. okeylah kak nak masuk ofis ni.. perut pun dah kenyang hati pun dah riang… wa cau dululah..” ada saja ayat nak mengelat.
“Ya lah budak Hutan Belum.. ada saja alasan dia.. esok jangan lupa teman akak ek?” pesan Kak Lina lagi.
“Ok Bos! Assalamualaikum..” dia menjawab sambil melangkah pergi.
“Walaikumussalam..” sampai bila Die nak biarkan hati tu terluka.. sudah-sudahlah. Bukalah hati tu untuk orang lain masuk gumam Kak Lina sendiri.

Bukan aku tak mahu dicintai dan menyintai tapi sudah cukup hati ini dilukai. Menyintai seseorang yang tak tahu menghargai diri kita buat apa kita nak meneruskan hanya menyakiti hati dan merana diri. Haikal menyintai kamu dulu adalah satu kebahagian buat aku tapi kini ianya satu penyeksaan yang tak ada kesudahan. Kenapa kau tergamak berpura-pura menyintai aku kerana dicabar oleh orang lain. Buruk sangat ke aku ni.. hina sangat ke aku ni.. Tergamak kan kau menerima cabaran Hasliza untuk dia menerima kau.. kau harus mengecewakan aku.. kerja gila yang kau buat ni telah menyebabkan luka yang amat dalam kau tahu. Biarpun sudah 2 tahun berlalu namun ianya masih segar dalam ingatan aku.. Kata orang lukanya sudah sembuh tapi parutnya tetap ada.
Mengapa kau harus mengejar aku kembali bila kau menyedari cinta kau pada Hasliza bukanlah rasa cinta yang sebenarnya. Apa yang kau mengarut sangat ni.. kau ingat cinta ni ada rasa-rasa ke? Tak yahlah kau datang balik kat aku… aku nak hidup dengan tenang sekarang ni.. aku nak tinggalkan semua kenangan bersama dengan kau. Aku dah bazirkan masa aku selama setahun mengenali dan menyintai kau Haikal. Aku pun pelik tak sampai beberapa bulan saja aku dah boleh cair dengan kata-kata dan layanan kau. Memang cinta ini sukar untuk dimengertikan.. aku nak hidup dengan tenang…
“Berangan…” sapa Steven  dengan telo cinanya..
“Mana ada..” hampeh betul Steven ni.. pandai dah dia guna ayat berangan ni ya… sejak aku tolong buat kerja kat stor ni dia banyak belajar perkataan-perkataan baru. Akulah cikgunya.. cikgu ajaran sesat.. hehehe..
“Cerita ma kat aku ni.. itupun nak sorok-sorok.” Steven ni dah macam Kak Lina..
“Kau nak aku cerita apa kat kau ni.. cerita wonder pets ke Mr Bean. Kau pilihlah mana satu. Nanti aku ceritakan..” jawab aku selamba sambil tangan sibuk mengetuk keyboard memasukkan data aksesori baju yang sudah sampai.
“Die.. jangan macam tu ma.. jahatlah you ni…” geli aku tengok dia dah buat perangai nyah dia pulak. Dah berjangkit dengan Khoo salesman yang selalu datang jumpa dia. Lau ingat si budak Khoo memang leh ketawa guling-guling, kalau bercakap tangan dia melentik-lentik macam tak ada tulang.. trademark ayat dia ‘jahatlah you ni’. Ha!Ha!Ha! ketawa besar dia di dalam hati
“Apa senyum sendiri tu.. wayar sudah putus..” sambung Steven lagi bila melihat aku senyum-senyum sendiri depan komputer.
“Sibuklah kau Steven.. kang aku merajuk baru kau tahu. Kau buatlah kerja kat sini sorang-sorang.” Balas aku selamba.
“Janganlaaaa……” Ya Allah! Sapa yang wayar putus ni aku ke Steven?..
“Steven kau jangan nak jadi nyah boleh tak… tak kuasa mak..” aku pun boleh jadi nyah juga… bila dah tension memang ginilah jadinya.. entah apa-apa perangai.
“Die, kalau kau rasa nak cerita aku akan dengar..” kepoh betul apek sorang ni..
“Steven aku oklah.. Cuma penat je.. kau tak yahlah jadi polis pencen.. kau jadi supervisor store ni sudahlah..” rimas aku dengan Steven dan Kak Lina yang sibuk nak tahu segala bagai..
“Pergilah balik dah pukul 9 ni.. rehatkan fikiran kau tu.. aku pun nak balik ni…” amboi caring pulak apek ni.. touching beb..
“Okeylah Steven.. aku balik ya.. kerja tak siap nanti kau tolong ek?” aku mengusik dengan aksi angkat kening lagi. Ingat Ziana Zain je pandai angkat kening.. aku pun pandai jugak…
“Ya lo.. wa tolong lu…” baiknya kau Steven.. boleh buat aku jatuh cinta ni.. hampeh betul aku ni.. perasan tak habis.
Mereka berdua mengemaskan meja dan menyusun kertas-kertas yang bersepah macam kapal karam betul meja ni.. Kang lau tak bersepah bukan namanya bekerja.. ya tak.. Production meningkat dengan mendadak, itu yang semua sibuk. Pandailah kau Sheila masa ni pulak kau beranak ya.. tunggulah barang tengah tak ada barulah kau beranak tak delah nak peningkan kepala aku ni… Norfarina Alias boleh tolong buat kerja tu ikhlas tak? Hehehehe… terlebih sudah..

“Die balik naik apa? Senyap je..tahu-tahu dah masuk rumah,” sapa Hakim pada adiknya yang baru masuk.
“Naik motorlah.. mana abang nak dengar kalau buka tv rumah sebelah pun boleh pekak. Slowlah sikit.. hormatlah jiran tetangga abangku sayang… pesanan ikhlas dari Norfarina anak Pak Lias.” Ada saja modalnya nak mengusik abang sulungnya.. nama saja dah kawin tapi sorang kat selatan sorang lagi kat utara entah bila nak duduk sama-sama. Nasib baik tak ada anak.. kalau ada anak boleh jadi haru gitu.. mudah-mudahan satu hari nanti mereka akan bersatu.
“Die, minggu ni Die sibuk tak?”
“Tak kot.. napa bang?”
“Hantar abang gi Airport Senai, abang nak gi Langkawi.Ada kursus seminggu kat sana, lepas tu abang nak cuti sekali.” Terang Hakim pendek.
“Kak Niza pergi sekali ke?” soalnya
“Ha’a Kak Niza tunggu kat sana..” jawab Hakim pendek.
“Honeymoon entah dah berapa kali tapi sampai sekarang adik tak dapat juga anak sedara..” ayat memang boleh menyesak dada adik seorang ni.
“Dik.. amboi mulut!.. dah jangan banyak songel ….pergi mandi lepas tu makan.” Budak ni bukan boleh dibagi muka entah apa-apa karang bunyinya.
“Baik Tuan Besar.. mak mana bang? Tak nampak pun?” matanya mencari-cari kelibat Puan Fatimah tapi langsung tak ada. Entah mana mak ni pergi.
“Mak ada kenduri kat rumah sebelah.. jap lagi baliklah tu.. Tu lah asyik kerja saja sampai apa berlaku kat jiran tetangga pun tak tahu..” bebel Hakim.
“Habis abang tak pergi kenduri ke?” pandailah abang aku nak membebel, sendiri pun sama.
“Adik manis kenduri tadi lepas maghrib tengok jam tu dah pukul berapa? 10.30 malam ya.. kenduri dah lama bersurai… awak tu yang sibuk memanjang apa jadi kat sekeliling pun tak tahu.. bila entah nak ada masa untuk kita-kita ni.. sibuk mengalahkan PM. Umur pun dah semakin meningkat, entah bila nak cari pasangan hidup. Jangan nanti dah kertu baru sibuk nak cari calon..  orang tak pandang dah.. dah kedut sana-sini siapa yang mahu silap-silap apek yang jual sayur kat pasar tu pun sebelah mata pun tak pandang..” iskh! Mamat seorang ni terlebih makan tongkeng ayam agaknya.. pot pet pot pet tak habis-habis.
“Bang, udahlah tu bengkak telinga orang dengar abang punya bebel.. boleh kena sawan tahu… pandailah Die cari calon.. sibuklah abang ni… orang muda lagilah belum pun masuk 25 tahun… rilek sudah…” kalau tak menjawab bukan Norfarina namanya..
“Apa rilek-rilek?” ops! Suara Pak Lias ke tu? Habis aku!
“Eee… abah dah balik?” comel gitu buat kelip-kelip mata… siap buat symbol peace lagi.. alahai Pak Lias ni..
“Ya! Abah dah balik… susah benar nak jumpa Die sekarang ni ya.. apa yang sibuk sangat kat ofis tu tak ada staf lain selain dari Die ke? Orang lain pun kerja juga tapi tak adalah sibuk mengalahkan Bapak Presiden macam Die ni.” Apalah dosaku punya abang dan abah yang kuat membebel. Confirm! banyak makan tongkeng ayam. Hampeh tul.
“Pak pamit ya pak.. anakmu ini sedang capek banyak tugas dikantor mahu diberesin tadi.. pamit ya pak…” ayat untuk mengelat.. alang-alang Pak Lias dah kata Bapak Presiden tadi… so I follow....
“Apa pamit-pamit.. Abah tak habis lagi ni.. ada perkara abah nak bincang ni, kamu ja….” belum sempat Pak Lias menghabiskan kata sudah kena potong Q dengan Norfarina
“Ada lagi ke?” soal dia selamba.
“Ada banyak.. tunggu abah habis cakap dulu..” Pak Lias menjegilkan mata memberi amaran pada anak yang ada masanya memang ketegaq.. Hakim macam biasa bila Pak Lias sudah berbicara dia akan menjadi pemerhati PBB. Adiknya yang bernama Norfarina Alias ni memang susah nak diajak berunding.
“Okey..” dia sudah membuat muka bosan tahap dewa..  dia menyandar di sofa dengan gaya malasnya. Dahlah penat gila babai.. Pak Lias ni nak bagi ceramah lak…
“Buka mata, buka telinga, buka minda dengar apa abah nak cakap ni..” tahulah polis pencen jangan garang sangat boleh tak? Gumam dia sendiri.. Abang Hakim boleh pulak selamba badak gitu… tension tul. Pak Lias menyambung kata dengan mata tertancap ke wajah Norfarina. Memang kesian melihat wajah yang kepenatan tu tapi ini lebih penting untuk dibincangkan.
“Die kenal Haikal?” soal Pak Lias. Norfarina terus duduk tegak bila nama itu disebut… memang alergik betul.
“Tak kenal..” selamba dok je budak sorang ni..
“Die jangan nak pura-pura dengan abah, abah dah tahu semuanya. Haikal datang rumah petang tadi. Dia dah ceritakan segala-galanya dan dia juga telah mengakui kesilapan yang dia lakukan. Kenapa Die buat dia macam tu? Abah tak pernah ajar anak abah begitu kurang ajar pada orang lain. Mana Die campakkan segala ajaran abah yang baik selama ini.. ke lombong? Ke longkang? ” Adui! Aku ke yang salah.. boleh tak Pak Lias ni dengar dari dua belah pihak jangan nak sebelah pihak je… Norfarina mengetap bibir menahan marah.. Haikal boleh tak kau nyah terus dari hidup aku… benci tahu.. dia menarik nafas memandang Abang Hakim yang masih statik macam tak de perasaan.
“Apa yang dia ceritakan? Apa yang Die dah buat? Bukan ke dia yang buat Die? Abah tahu apa yang dia dah lakukan pada Die? Boleh tak abah dengar dulu penjelasan Die sebelum menghukum Die? Bukan Die nak kurang ajar dengan abah tapi Die sedih abah lebih percayakan budak sengal ubi gajah tu dari anak abah sendiri. Maafkan Die… Die dah penat Die nak tidur…” setelah soalan bertubi-tubi dilepaskan Norfarina lantas bangun dari duduknya dan berlalu pergi tanpa menoleh ke wajah Pak Lias dan Hakim. Hanya dentuman pintu bilik kedengaran selepas itu… Tindakan berani Norfarina mengejutkan Pak Lias dan Hakim yang masih terkedu. Tak sangka..
“Abah kasar sangat ke Kim?” Pak Lias bertanya pada Hakim yang masih lagi terkejut.
“Sikitlah bah.. Kim rasa abah salah masa kot… lagipun dia baru je balik. Nantilah Kim tanyakan kat dia.. abah tak yahlah risau sangat. Abah pergilah rehat nanti Kim tunggu mak.” Hakim berkata dengan lembut dan menepuk perlahan bahu abahnya yang masih terkejut.
“Tak apalah Kim.. abah tunggu mak. Lagipun abah tak biasa rehat sorang-sorang.” Jawab Pak Lias perlahan. Mereka berdua hanya mendiamkan diri dan mata terus memandang skrin TV yang entah menayangkan cerita apa. Jasad saja ada  di situ tapi fikiran entah jauh ke mana..

Di dalam bilik Norfarina menangis sepuasnya, kurangkah derita yang diciptakan Haikal untuknya. Tak puaskah Haikal melihat dirinya ditertawakan oleh Hasliza and the gang. Bukan mudah dia nak bangkit semula dari kekecewaan itu apatah lagi masa itu dia dah sayang gila tahap tak ingat pada Haikal. Sesedap rasa saja abah menuduh dirinya membuang segala ajaran yang baik ke longkang. Masih segar lagi segala peristiwa itu macam layar perak saja dalam kepala ini. Sentiasa berulang-ulang entah berapa ratus kali. Kalah Astro.
“Die, Kal nak cakap sikit pasal hubungan kita..” Haikal petang itu memulakan bicara semasa mereka berehat selepas berjogging di Dataran Cahaya. Orang agak ramai maklumlah cuti hujung minggu.
“Kenapa dengan hubungan kita ada yang tak kena ke?” perasaan dia mula tak sedap.
“Kal rasa lebih baik kita putuskan saja hubungan kita ini… Kal rasa kita tak sesuai untuk melayari bahtera bersama-sama kerana pastinya ianya karam ditengah pelayaran. Die bukan tulang rusuk kiri Kal yang hilang. Kal sudah temui tulang rusuk kiri Kal yang lebih sepadan dengan Kal..” zalim sungguh kata-kata yang diluahkan Haikal seolah gadis yang ada dihadapannya itu tidak punya perasaan. Norfarina hanya mampu mengalirkan airmata. Cuba mencari kekuatan yang entah tinggal berapa peratus.
“Apa salah Die? Die dah sakitkan hati Kal ke?” hanya kata-kata itu yang mampu dia luahkan dengan iringan airmata. Dia memandang tepat ke wajah Haikal yang tidak punya perasaan.
“Die tak salah apa-apa cuma Kal rasa kita tak sesuai...Kal..” belum habis ayat itu dituturkan ada suara yang lebih mendahului.
“Kal tinggalkan kau sebab aku Die, aku yang cabar dia untuk mengurat kau sekaligus mengecewakan kau sebagai balasan aku terima dia sebagai kekasih aku.. Akulah tulang rusuk kiri dia yang lebih sepadan berbanding kau yang entah apa-apa. Sorry Die.. Kal diciptakan untuk aku bukan kau..” kalah hunusan pedang kata-kata yag dilemparkan Hasliza. Angkuh mengalahkan syaitan. Haikal memang dayus membiarkan kata-kata nista itu diluahkan pada seorang gadis yang pernah dia luahkan kata cinta dan sayang janji mahu sehidup semati mana janji-janji itu. Jantan hipokrit.
“Terima kasih Kal, Liz..aku bangga punya kawan sehebat kamu berdua.. aku tak tahu apa salah aku pada korang tapi aku redha mungkin ada hikmahya disebalik apa yang jadi ni.. terima kasih sekali lagi.. Assalamualaikum..” Haikal terkedu mendengar butir bicara Norfarina timbul perasaan bersalah pada gadis yang polos situ. Hasliza masih lagi berlagak angkuh bersama dengan teman-temannya. Menghadiahkan senyuman sinis penuh dengan kebencian. Kedengaran juga tawa antara mereka. Hinakah aku sehingga diperbuat begini… Allah itu adilkan…
Kenangan itu memang cukup pahit dan sehingga kini dia sukar untuk mempercayai lelaki mahu pun perempuan. Bukan tidak ada yang sudi untuk mendekati tapi dia sendiri yang membina tembok antara mereka. Kalah tembok besar Cina, dia sudah trauma untuk menerima seseorang dalam hidupnya kini. Memang tidak dinafikan ada masanya dia terkenangkan juga saat manis bersama Haikal. Biarlah dia terus menyimpan segala kenangan itu biarpun dia cukup terluka.
Masih ingat lagi saat dia berduka, hampir hilang keyakinan diri dia dihadiahkan sebuah buku oleh Kak Niza yang bertajuk Lembutkanlah Hatimu tulisan Amaluddin Mohd Napiah dan di situ dia tertarik dengan sepotong ayat yang bermaksud,
“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran; 139)
Bermula saat itu dia tidak menoleh kebelakang lagi dia terus bangun dari lena yag panjang. Alhamdulillah dia sudah sembuh sepenuhnya biarpun parut itu masih ada tapi tidaklah dia jadi hati batu cuma lebih berhati-hati.
‘Die kau harus hadapi budak sengal ubi gajah tu. Lagi kau menjauh lagi dia mengejar baik kau hadapi dia dengan berani. Alah Die setakat budak sengal ubi gajah tu senang je. Kau jentik je mesti dia terpelanting jatuh punya. Hai Die! lau nak melalut pun jangan melebih-lebih pulak.. rilek sudah…’ apalah kata hati aku ni macam berani sangat.. apa-apa pun aku akan hadapi dia esok… tunggu kau budak sengal ubi gajah… Norfarina bertekad di dalam hati… pergi kau airmata…

Berani tak berani Norfarina ni mengimbau masa silam. Dia dikecewakan di Dataran Cahaya ini dan dia akan membayar segalanya di dataran ini juga… bukanlah nak membalas dendam cuma teringat sms Kak Niza pagi tadi, ini mesti suami tercinta dia yang bagi tahu aku nak jumpa Haikal pagi ni hampeh punya abang..
Kita tidak berhak menghukum sesiapa.. jadilah seorang pemaaf kerana kemaafan itu akan mejadikan kita lebih bahagia kerana kita tidak dibelenggu rasa bersalah. Kemaafan adalah dendam yang terindah… Biarlah Allah yang membalas semua perbuatan mereka kerana DIA lebih berhak dan segala percaturan hidup ini adalah ketentuanNYA. Jadilah insan yang baik walau kita tak mampu sedikit pun menandingi Rasul kita Nabi Muhamad S.A.W.
Keliru juga dengan Kak Niza, dia ni jelmaan Ustaz Idrus versi perempuan ke apa? Pelik juga macam mana dia boleh terpikat dengan Abang Hakim yang lebih kurang sengal ubi gajah ni… Jodoh dan cinta saling seiring…
Gontainya kaki melangkah, jika ikut kata hati memang dia tak mampu untuk menghadapi semua ini.. Namun dia harus menghadapi kenyataan hidup.. berusahalah menjadi yang terbaik Cik bukan Puan Norfarina Alias…
“Assalamualaikum.. lama tunggu..?” dup dap jantung boleh slow sikit tak.. aku dah nebes banget deh…menanti wajah itu berpusing… dan debaran jantung itu semakin haru biru..
“Walaikumussalam.. seribu tahun Kal sanggup tunggu demi sebuah kemaafan dan mengambil tulang rusuk kiri Kal yang hilang..Die apa khabar?” Haikal masih seperti dulu tetap kacak dengan mata yang menawan, namun sudah kurang auranya..
“Alhamdulillah sihat..” Norfarina menjawab sambil mengambil tempat duduk dihadapan Haikal. Agak janggal setelah dua tahun tak bersua.
“Maafkan Kal.. atas apa yang berlaku pada kita dulu.. Kal terlampau ikutkan nafsu. Masihkan ada kemaafan untuk Kal?” Haikal memandang gadis dihadapannya kini agak feminin berbanding dengan dulu… rindu untuk melihat lesung pipit di kiri dan kanan gadis itu. Hakikatya dia amat cintakan gadis ini, cinta sangat-sangat. Betul kata orang setelah kita kehilangan dia baru kita sedar tentang rasa cinta itu. Berusahalah Haikal jika ini memang jodoh kau…
 Dulu dia tak nampak segala kebaikkan yang ditunjukkan oleh gadis ini hanya kerana mengejar cinta yang palsu akhirnya dia dipermainkan dan akhirya dia yang merana. Rupanya Hasliza hanya menjadikan dia sebagai alat untuk membalas dendam pada Norfarina, atas sebab Norfarina adik Hakim. Cintanya pada Hakim tidak terbalas.
“Kal, aku maafkan kau atas apa yang berlaku dan aku akan terus membiarkanmu  mencari tulang rusuk kirimu yang hilang kerana aku bukan lagi tulang rusuk kirimu yang hilang itu. Izinkan aku terus pergi menjauh darimu kerana aku bukan ditakdirkan untukmu… Izinkan aku pergi…” maafkan aku Kal aku tak mampu…
“Kata memaafkan tetapi mengapa meninggalkan..” getus Haikal perlahan.
“Aku tidak cukup hebat untuk terus ada disampingmu dan aku tidak kuat untuk menghadapi  dugaan yang mendatang.. Aku terlalu rapuh… cukuplah sampai disini..” aku harus bertegas untuk tidak terluka kali kedua pada orang yang sama.
“Maknanya kemaafan itu tidak ikhlas.” Dah sudah..
“Bukan macam tu..”
“Tapi macam ni…”
“Boleh aku habis cakap tak?”
“Yup! Teruskan abang dengar..” sudah berabang bagai ni dah memang sengal ubi gajah.
“Apa kau nak dari aku ni… aku malas nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Boleh jangan berabang bagai, cukuplah atas apa yang dah kau hadiahkan pada aku sebelum ini… aku dah penat Kal. Luka aku baru sembuh Kal.. izinkan aku menjalani hidup ini dengan tenang dan aman. Lagi satu jangan libatkan keluarga aku dalam hal ini.. aku tak suka.. aku tak mahu menjadi anak derhaka..” lembut nadanya tapi penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat.
“Dah habis cakap?” hanya anggukan dari gadis itu… polos dan comel..
“Izinkan abang tebus balik semua kesilapan itu.. abang tahu abang bodoh sengal ubi gajah, abang zalim, abang jahat dan segala yang buruk itu adalah abang. Berilah abang peluang untuk abang buktikan yang kali ini abang benar-benar ikhlas untuk kita sambung semula cinta kita yang terputus….”
“Cop! Cop! Cinta ke?” lekas dipotong ayat itu sebelum habis dibicarakan.. aku cium juga kang budak ni.. boleh tunggu ayat habis tak… geram Haikal dengan sikap tak sabar Norfarina ni…
“Sayang boleh tunggu abang habis cakap tak?” erk! Sayang pulak dah.. Die nampaknya dah makin jauh ni.. baik kau cabut.. Haikal mula bangun dan menghampiri dia.. macam tahu-tahu je mamat ni aku nak cabut pandai dia baca fikiran aku ke? wajahnya sudah cuak.. Haikal suka dengan reaksi yang Norfarina tunjukkan. Selamba je dia duduk disebelah Norfarina.. rindu yang sarat didada ini macam nak meletup je.. dia merenung macam nak tembus ke otaknya. Jemari dicapai..
“Apa pegang-pegang ni? Lepaslah… haram..” mamat ni kenapa berubah sangat ni.. pusing 360 darjah.. gila ah..
“Kita kawin kita halalkan segala yang haram..” alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan… alang-alang mandi biar basah lencun terus.. Haikal dah putus wayar ni… Kak Niza tolong Die.. terkelu sudah..
“Sayang… usah menidakkan rasa cinta yang masih ada… kerana cinta itu memang milik kita…Sukar untuk melupakan apa yang berlaku selama ini tapi percayalah semua itu akan jadi kenangan yang terindah untuk kita nanti. Sayang selalu kata hidup ini indah.. kena nikmati sebaiknya. Abang tak paksa sayang.. ” suara yang lembut renungan mata menusuk kalbu namun Norfarina masih kaku… beku. Haikal tahu bukan mudah untuk menerima cinta yang pernah dilukai namun dia tidak akan mudah berputus asa. Dia akan ubati luka yang telah ditinggalkan.
Tiada kata yang mampu Norfarina luahkan, ditarik jemarinya perlahan. Bohonglah kalau dia tidak terusik dengan kata-kata Haikal tapi untuk dia menerima Haikal semula agak sukar. Rasa cinta itu memang masih ada tapi.. dia menatap wajah yang masih setia di sisinya. Redup matanya masih seperti dulu.. aura yang masih mampu mengetarkan dan mengoyahkan keimanan dia. Wajah penuh pengharapan dan penyesalan. Terbayang-bayang sms Kak Niza pagi tadi… Kemaafan mengapa begitu sukar… dia menarik nafasnya perlahan. Akhirnya dia bersuara..
“Buktikan rasa cinta itu jika masih ada.. jika benar cinta itu milik kita ia akan terus jadi hak kita sampai bila-bila. Jika sudah suratan takdir yang Die pelengkap tulang rusuk kiri Kal siapa Die untuk menafikan. Kenapa Kal porak perandakan hidup Die? Die sakit.. sakit sangat.. dengan apa yang berlaku.. sukar digambarkan dengan kata-kata. Beban itu cukup membuatkan Die rasa nak cekik-cekik Kal sekarang ni…kenapa Kal sengal ubi gajah sangat? Boleh tak sengal tu simpan sikit takpun bagi kat orang lain.. menyusahkan hidup Die tahu! Penatlah….”  Hidup ini indah… cukup indah…. macam pelangi selepas hujan. Haikal tersenyum dengan kata-kata yang lahir dari bibir Norfarina.. alahai comelnya dia dah buat muncung itik tu… faham sangat apa yang cuba gadis ini sampaikan. Senyuman semakin lebar dan dalam hati sudah ada okestra sedang mendendangkan lagu indah…
“Abang akan buktikan rasa cinta itu kerana cinta itu memang milik kita sampai bila-bila. Terima kasih sebab dah pulangkan tulang rusuk kiri abang.. Abang akan ubati kesakitan yang sayang alami sehingga sayang terlupa yang sayang pernah disakiti. Janganlah cekik abang sebab nanti macam mana kita nak kawin.. sengal ubi gajah pun sengal ubi gajahlah..... nak buat macam mana.. sayang kena kawin jugak dengan abang.. biarpun hebat cinta abang pada sayang hebat lagi cinta abang pada Allah kerana menyatukan kita… Terima kasih pada Allah kerana menjodohkan kita.. abang akan maknakan perhubungan kita ini secepat mungkin…. Sayang dah lengkapkan hidup abang.. jom kita balik jumpa Pak Lias. Sian dia kena marah dengan Pak Lias… jom!” indahnya perasaan saat ini.. erk! Aku kena kawin dengan budak bodoh sengal ubi gajah ni ke? Nasib kaulah Die.. kutuk lagi last-last kau hadap muka dia 24 jam… dia tersenyum segaris. Haikal memandang pelik..
“Berangan duduk atas pelamin ke apa ni? Senyum-senyum..” usik Haikal.
“Mana ada berangan macam tu.. sibuklah… malaslah nak kawin..” hahaha sudah pandai merajuk ya Die?
“Mana boleh malas-malas..dahlah tak yah muncung macam tu nanti abang cium kang..” lekas-lekas Norfarina menutup mulutnya. Haikal tergelak melihat aksi spontan gadis itu. Comel… bahagia…
Kesakitan, kelukaan dan kepayahan akan mencantikkan lagi sesebuah percintaan.. memang cukup sakit.. sakit sangat tapi akan sembuh dengan sendirinya dengan rasa cinta yang kuat antara mereka. Kemaafan itu adalah dendam yang terindah… indah sangat…



p/s Bila rasa cinta itu ada cukup indah.. indah sangat. Siapa kita untuk menidakkan rasa cinta itu… Cinta kita pada Allah adalah yang utama… Moga hidup kita dipenuhi dengan rasa cinta… Samiza Ezanie.. 7.25am 5/4/12.

2 comments: