Monday 30 April 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 9


BAB 9
            Perjalanan ke UTM Skudai agak lancar maklum hari minggu ramai yang berehat di rumah. Aktiviti luar mereka mungkin bermula setelah pukul sepuluh tak pun lepas makan tengahari. Tak banyak berubah dari tiga bulan yang lalu. Di sinilah dia belajar dari peringkat ijazah hingga ke sarjana. Terlalu banyak kenangan yang dilalui bersama rakan-rakan, suka dan duka silih berganti. Namun waktu belajar adalah masih seronok dalam hidup kita. Apa yang nak difikirkan sangat, cuma belajar dan terus belajar…
            “Atul nak kemana ni? Man mana tahu jalan ni..” soal Azman.
            “Man kita hantar surat ni kat Pak Guard je, Ofis tak buka kot.. ialah hari minggu ni. Apa kata kita tanya Pak Guard dulu,” saran Rabiatul pendek.
            “Oh tu macam ka?” mulalah nak melawak si Jeman ni.
            “Tu macam la..” ingat dia sorang boleh melawak ke aku pun boleh.. akhirnya tawa mereka berdua terburai. Sesekali jadi kanak-kanak ribena buat perangai gila kentang.. seronok…
            Setelah menghantar surat kepada bahagian pengurusan mereka berlalu pergi, Alhamdulillah pejabat buka pulak hari ini. Senang sikit kerja, tak lah menyusahkan Pak Guard. Sempat juga melakukan lawatan sekeliling UTM, bukan susah pun dalam kereta sahaja. Mengimbau kenangan silam, ramai juga yang sedang melepak di Tasik UTM. Hari-hari cuti begini memang sesuai untuk membawa family berehat dan beriadah.
            “Atul ambil kos apa?” soal Azman bila sudah melepasi pintu gerbang pertama UTM. Ada dua lapisan pintu gerbang, hebat UTM ni ada Taman Rusa lagi.
            “Kejuruteraan Elektrik,” jawabnya pendek
            “Atul nak terus kerja kat Kulim ke?” Azman terus menyoal.
            “Taklah, Atul ingat nak jadi pensyarah.. itu pun kalau dapatlah. Itu adalah salah satu sebab kenapa Atul ambil Sarjana, sekarang ni pun dah buat permohonan kat mana-mana universiti dan kolej. Atul suka kerja kat Kulim tapi dalam masa yang sama Atul pun minat nak jadi pensyarah. Itulah impian dan harapan family. Mudah-mudahan cita-cita Atul tercapai,” Rabiatul bercerita tentang impiannya.
            “Man doakan yang terbaik untuk Atul,” Azman menghadiahkan senyuman buat gadis yang sudah menjadi permaisuri dihatinya.
            “Man tak apa ke temankan Atul? Manalah tahu Man tak tak selesa,” kebimbangan jelas diwajah Rabiatul.
            “Atul, Man tak kata apa kan.. Man dah jadi partner Atul, jadi tak ada hal bab kecil-kecil ni. Atul ni tak ada orang marah ke?” soal selidik jap.
            “Tak ada maknanya ada orang nak marah, cerita lain boleh? Man adik beradik ramai ke?” budak Jeman ni malaslah cerita pasal orang marah ke tak marah ni..
            “Enam orang, Man anak ke 4… satu-satunya anak yang belum kawin. Adik Man yang bongsu pun dah kawin. Anak sedara ada 15 orang, kalau berkumpul semua mahu riuh rendah rumah mak ayah dengan keletah dia orang. Tapi sebenarnya itulah saat yang paling menyeronokkan. Dah masuk 3 series ni memang selalu kena bebel bila nak kawin. Bila cakap belum ada calon, itu yang mereka carikan calon. Namun tak jodoh juga, putus ditengah highway. Mungkin jodoh Man dengan Atul agaknya..” Ek! Elak-elak pun kena jugak ke.. Jeman kau ni memang pandaikan.. boleh tak jangan memulakan lagi. Bab soal hati ini malaslah nak bincang.
            “Man minggu depan Atul cuti, mak abah balik dari Mekah..” terus dia menukar topik. Boleh ku elak.. ku elak..
            “ Oh! Man ikut boleh?” dah sudah budak Jeman ni..
            “Senangnya dapat cuti, bos tak marah ke?” soal Rabiatul.
            “Atul, Man jarang ambil cutilah. Cuti Man ni dah asyik forward-forward je HR sampai bising. Forward punya pasal cuti Man ada 35 hari lagi. Inilah saatnya nak menghabiskan cuti. Man ada assistant, itu semua tak jadi hal punya. Atul pun tahu kan kilang baru tu baru setahun operasi banyak kerja Man kena buat tapi sekarang Alhamdulillah semua dah settle. Jadi bolehlah cuti-cuti Malaysia..” terang Azman.
            “Atul pun serba salah gak, Tiha kan cuti.. nasib baik projek kat kilang baru tu dah settle juga macam Man. Cuma ada sebahagian tu perlukan team kami untuk pantau produk yang keluar. Lagipun ramai person incharge yang lain. Sesekali bolehlah minta tolong dia orang..” seronok juga bual pasal kerja ni.
            “Atul selesa dengan kerja Atul? Tak ramai perempuan kan? Dalam team Atul tu Man hanya nampak Atul dan Tiha je kan?” sambung Azman lagi.
            “Yup! Atul suka dengan kerja Atul, sebenarnya hal sebegini dah kami alami semasa belajar dulu. Mereka semua ok je.” Sekarang orang bukan kira jantina, yang penting kita boleh atau tidak.
            “Atul, jalan ni boleh tembus Singapura ke?” Azman melihat signboard yang ke Singapura.
            “Boleh je.. Man lupa ke? Sekarang ni kita menghala ke Gelang Patah dah tentu secondlink tu ada kat Tanjung Pelepas. Lupa ke bang secondlink tu jalan kedua kita boleh ke Singapura selain Tambak Johor. Lupa ek?” usik Rabaiatul bersahaja.
            “Lupalah asyik ingat sayang semua benda jadi lupa. Kat otak ni penuh wajah sayang je.. limpa, jantung, paru-paru, buah pinggang, dada, perut, tangan, kaki dan badan ni penuh dengan cinta kat sayang dah. Tak ada ruang pun untuk diri sendiri, buruk beno kan kalau orang dah jatuh cinta ni ya. Semua benda dia tak ingat yang dia ingat cinta dia saja,” merapu lagi dah budak Jeman ni.
            “Tak yahlah sebut jantung, limpa bagai sebut semua anggota badan sudah. Man ni kan memang kuat merapu ek? Tu yang dok pikiaq ni Man yang kat ofis ke bukan? Kalau ikut pusingan bukannya 180 darjah dah jadi jadi 360 darjah. Kalau nak corner tu tak adanya nak corner lipat, corner baring terus. Man sekarang ni buat Atul pening kepala tau, cuba kutip skru-skru tu balik kalau dah tanggal.. kalau hilang beli baru je..” geram pulak tengok si Jeman ni.. luku kepala tu baru tahu.
            “Ada kesitu pulak sayang ni.. tak adanya tertanggal atau hilang skru. Salah ke kalau Man ni jatuh cinta dengan sayang?” soalan si Jeman membuatkan Rabiatul menggelengkan kepala. Isyarat sudah.
            “Dah tu napa cakap Man macam tu? Nakal ek… pandai sayang dok komplen Man tapi sayang tu pun dua kali lima.” Akhirnya dia hanya mampu tersengih dengan kata-kata Azman. Simbol peace ditunjukkan, seronok bila dia melihat Rabiatul buat muka comel. Azman tersenyum riang.

No comments:

Post a Comment