Sunday 5 March 2017

Pesta buku dan aku

Pesta buku dan aku ibarat irama dan lagu.. sejauh mana pun ia berada.. aku cuba gagahkan diri untuk pergi.. agak-agak macam gila bunyinya.. itulah aku... aku boleh habiskan masa berjam-jam untuk menyelusuri ke semua pelusuk di pesta tersebut.. sesak macam mana pun aku redah.. sebab bagi aku.. buku adalah satu manual yang berguna.. biarpun kebanyakannya kita boleh dapati melalui talian internet.. bagi aku buku adalah satu benda yang unik.. kau rasa minat aku ni gila tak...? pasti yang tak faham akan kata aku gila.. tapi bagi aku ianya bukan gila yang sembarangan tapi kegilaan yang bermanfaat. ianya minat yang menguntungkan bagi aku.. aku boleh membaca dan aku boleh gunakan ilmu yang dibaca untuk berkongi dengan orang lain..

Minat aku juga menulis.. sebagai penulis aku perlu banyak membaca.. kerana aku tak mahu dikata penulis dungu yang menulis tanpa isi dan ilmu. Menulis perlukan isi yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. Membaca bagi aku satu kepuasan yang sukar digambarkan..apatah lagi bila kita dapat membaca buku yang kita suka. kepuasan di tahap maksima..kadang-kadang dengan membaca kita mengetahui banyak perkara.. dan semakin kita banyak membaca semakin kita rasa banyak benda dalam dunia ini yang kita tak tahu.. rugikan.. oleh itu untuk mengelakkan kerugian itu kita perlu banyak membaca. Membaca buku orang-orang yang berjaya.. menjadi satu motivasi bagi kita untuk berjaya di masa kan datang. dari situ kita boleh belajar bagaimana mereka bangun apabila mereka jatuh.. apabila mereka gagal bagaiman mereka akan bangkit. wowww.. hebatkan.. Jadi kita tak perlu nak memperlekehkan minat orang yang suka memabca dan menulis. jangan jadi negative thinker.. bagi aku orang yang banyak membaca ni bukan negative thinker tetapi positive thinker..

be the best for myself. simple. do it what u do.. never ever give up.. buku dan aku hanyalah satu kisah kecil dalam hidup aku.. Namun begitu hobi yang kecil ini kadang-kadang akan menyebabkan ada dugaan yang besar. Kadang-kadang orang tak menghargai buku-buku yang dipinjam dari kita.. Kadang bukan tidak mahu untuk memberi pinjam.. tetapi bila buku yang kita sayang itu hilang.. kita akan sedih dan menangis.. sebab kita sayang sangat buku tersebut.. untuk mengelak salah faham sesama manusia yang lain.. kita simpan buku kita untuk diri kita sendiri.. simple kan..

inilah kisah aku dan buku.. kisah kecil yang mungkin tidak penting bagi sesiapa tetapi bagi aku ia cukup bererti..

terima kasih..

samiza ezanie.. 1.13am

No comments:

Post a Comment