Wednesday 5 April 2017

Enam elemen psikologi perlu ada pada usahawan.

1.0              Pendahuluan.
Menjadi seorang usahawan perlu mempunyai enam elemen psikologi bagi memantapkan bidang perniagaan yang diceburi, Napoleon Hill dalam bukunya Think & Grow Rich “you are the master of your fate, the captain of soul, because we have the power to control our thoughts” ini jelas menyatakan bahawa kita yang menentukan takdir atau nasib kita, kapten pada jiwa, kerana kita berkuasa terhadap pemikiran kita. (Hill, 2012). Oleh itu setiap seorang usahawan di dunia ini, perlu ada bakat, minat, nilai, motivasi, sikap dan personaliti. Seorang konglomerat yang mempunyai empayar perniagaan sendiri seperti Donald Trump telah bersama-sama Robert T.Kiyosaki telah menyatakan bahawa setiap masalah yang berlaku perlu memikirkan apa tindakan yang akan diambil dan dapatan keputusan atas tindakan yang dibuat. Perlu memikirkan dari pelbagai sudut (Donald & Robert T., 2006). Dan tanpa enam elemen psikologi ianya tidak mungkin berhasil. Itu yang berada di luar negara. Di dalam Malaysia sendiri terdapat ramai usahawan yang berjaya, contohnya Dr. Vida atau Dr. Hamizah Othman. Beliau adalah satu contoh usahawan Malaysia yang mempunyai pemikiran di luar kotak dan mempunyai personaliti yang mudah dikenali dengan slogan yang tersendiri “qu puteh qu puteh.. barulah putih” dengan imej jari yang diletak di pipi beliau. Ianya mudah diikuti oleh semua orang, nampak ianya ringkas tetapi memberi impak yang cukup besar.
Telah diketahui Malaysia adalah sebuah negara yang sedang berkembang maju dengan pesat, dimana ramai pelabur-pelabur asing mula mengalihkan tumpuan untuk melabur di negara ini. Sebagai contoh negeri Johor yang sedang membangunkan beberapa projek mega antaranya Forest City yang baru sahaja dirasmikan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Ianya adalah satu projek yang menjana ekonomi Johor dengan menyediakan peluang pekerjaan dan juga usahawan tempatan untuk bersama-sama terlibat dalam projek mega ini. Negeri Johor yang strategi kerana mempunyai beberapa kelebihan antaranya berdekatan dengan Singapura, mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang moden dan canggih (Harian, 2016). Oleh itu adalah amat relevan enam elemen psikologi ini untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan berdaya saing. Kecanggihan teknologi memerlukan kemahiran untuk mengendalikan teknologi yang diguna pakai oleh itu minat untuk mendalami bidang tersebut adalah amat penting. Tanpa minat dan bakat ianya tidak akan berhasil. Penggunaan media sosial dan internet adalah medium penting untuk memasarkan produk dan mengenalkan produk kepada umum. Generasi sekarang adalah generasi tunduk dimana ramai antara mereka lebih suka membeli-belah secara dalam talian kerana ianya lebih menjimatkan masa dan tenaga.
2.0              Enam elemen psikologi
1.      Bakat
Setiap seorang mempunyi bakat yang berbeza, ianya akan membantu seorang usahawan itu lebih berjaya dan kreatif serta berinovatif. Bakat adalah kebolehan atau keupayaan seseorang individu itu secara semulajadi atau dipelajari. Bakat itu boleh dipelajari dan dimahirkan melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal. Latihan yang berterusan, fokus yng tinggi serta penetapan disiplin dapat menjadikan bakat itu lebih bernilai. Contoh Winston Churhill dikenali kerana seorang yang hebat berpidato, ramai yang beranggapan ia adalah bakat beliau sejak lahir. Tetapi melalui penulisan kisah beliau didapati bahawa beliau banyak menghabiskan masa mengembangkan kemahiran itu. Ia bukan bakat semulajadi tetapi beliau sentiasa berusaha mengasah kemahiran itu tanpa henti. Bakat itu diperoleh hasil fokus dan usaha keras beliau (Meredith Mciver, 2014; Bogenfurst, 2015).  Ini jelas menunjukkan pendidikan diperlukan untuk menjadikan kebolehan itu sebagai satu kemahiran atau keistimewaan seseorang usahawan. Apabila kemahiran dan pengalaman digabungkan ia menjadikan seseorang itu lebih kreatif dan inovatif dalam setiap tindakan yang dibuat. Sebelum melakukan apa-apa tindakan seorang usahawan itu perlu mengenal potensi diri agar lebih memberi impak pada sesuatu perniagaan yang akan dijalankan.
2.      Minat
Minat adalah sesuatu perkara yang berbeza dengan bakat, minat adalah satu perkara yang suka dilakukan dan menjadi satu keterujaan apabila dapat menyempurnakan sesuatu berdasarkan minat yang ada pada diri. Apabila bakat dan minat digabungkan ianya akan lebih menghasilkan sesuatu yang berbeza daripada berdasarkan minat semata-mata. Minat adalah satu proses mental gabungan perasaan, harapan, prinsip, rasa takut dan pelbagai kencenderungan mengarahkan seseorang individu kepada fikiran tertentu (Bogenfurst, 2015). Contoh seorang surirumah mempunyai kebolehan membuat kuih dan mempunyai minat memasak, beliau boleh mengabungkan keduanya untuk menghasilkan jenis masakan yang disukai oleh anak-anak. Apabila masakan beliau sedap, anak-anak akan bercerita pada kawan-kawan atau berkongsi di media sosial. Apabila hasilnya baik, ianya akan menjadikan satu sumber rezeki menambah pendapatan keluarga.


3.      Nilai
Nilai adalah satu kepercayaan moral yang dipegang, bertahan lama dalam bidang perniagaan yang melibatkan buruk dan baik. Adakah penerapan nilai itu dipegang secara negatif atau positif. Jika penerapan nilai negatif itu digunakan kemungkinan sesuatu perniagaan itu tidak akan bertahan lama. (Bogenfurst, 2015; Donald & Robert T., 2006) Contoh seorang usahawan tekstil yang menggunakan pewarna kain yang berkimia untuk mewarnakan kain tanpa mengambil langkah-langkah keselamatan penjagaan alam sekitar. Mengalirkan air yang bertoksin ke sungai, ianya akan mengganggu ekosistem di dalam sungai tersebut. Maka spesis ikan dan tumbuhan akan tercemar dan mengalami kepupusan. Ini menunjukkan seorang usahawan itu tidak mempunyai nilai tanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar. Apabila nilai-nilai buruk ini diketahui oleh pengguna dan pembeli maka ia akan menjatuhkan reputasi diri dan syarikat itu sendiri. Jika mereka melakukan perkara yang sebaliknya iaitu dengan pemeliharaan alam sekitar dan mengamalkan kempen hijau dan menjaga kredibiliti mereka ke arah yang positif maka reputasi atau nilai mereka dipandang tinggi oleh orang persekitaran. Maka kepercayaan pengguna dan pembeli akan lebih tinggi dan ini akan meningkatkan keuntungan syarikat dan nilai individu yang terlibat.
4.      Motivasi
Motivasi adalah satu dorongan atau sokongan untuk menjayakan sesuatu. Tanpa motivasi tiada siapa mampu berjaya dengan jayanya. Motivasi amat penting dalam membuat sesuatu pekerjaan. Manusia punya emosi yang pelbagai, ada masanya gembira, sedih, suka, semangat, murung dan kecewa. Motivasi adalah amat penting untuk mereka mengawal segala perasaan yang dialami. Motivasi ini bukan sahaja melalui dalaman tetapi luaran juga (Bogenfurst, 2015; Canfield, 2012). Dale Carneige dalam buku beliau ada menulis “Hanya ada satu cara bagi mendapatkan orang lain membuat sesuatu. Ia adalah dengan membuatkan mereka sendiri mahu melakukannya. Tidak ada cara lain.” (Carnegie, 2013) Contoh melihat usahawan lain berjaya, ianya menjadikan satu motivasi untuk bersaing dan menetapkan matlamat bagaimana mahu berjaya. Sebagai satu perangsang untuk memajukan diri dan bidang perniagaan yang diceburi. Menghadiri kursus-kursus pembentukan jati diri, bercampur dengan orang-orang yang berjaya untuk berkongsi ilmu dan mempergunakan untuk kemajuan diri.
5.      Sikap
Menurut Winston Churchill “Sikap adalah satu perkara yang kecil yang membuat perbezaan besar.” Ini jelas menunjukkan sikap adalah perkara utama dalam elemen psikologi seorang usahawan. Sikap dikawal oleh individu itu sendiri, ianya bukan dikawal oleh orang lain. Sikap suka menyalahkan orang lain adalah suatu pembzirn masa kerana untuk berjaya adalah mengakui setiap keslhan yng dilakukan dan memperbaikinya (Canfield, 2012; Axelrod, 2009) Sikap boleh didefinisikan sebagai menunjukkan persepsi individu, kepercayaan dan nilai dalam bertingkah laku (Bogenfurst, 2015). Contoh sikap dalam melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan tidak kira ada yang memerhati atau tidak, ia akan melakukan dengan baik dan penuh tanggungjawab bukan mengharapkan pengiktirafan atau pujian semata-mata. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya terdapat garis panduan tentang sifat-sifat yang perlu dipatuhi iaitu semangat untuk melakukan sesuatu dengsn jayanya, sentiasa teruja untuk melakukan perkara yang baru. Mencari sokongan dan dorongan apabila semangat itu sudah mula pudar. Integriti adalah melakukan sesuatu perkara yang bagus dan betul tanpa di lihat oleh sesiapa. Sikap yang amanah akan dipandang tinggi dalam jangka masa panjang. Membangunkan reputasi diri akan mengambil masa tetapi kejtuhan reputasi itu adalah sekejap sahaja. Oleh itu integriti diri itu amat penting bagi usahawan yang mahu berjaya. Ketiga, mengimbangi fleksibiliti dan ketegasan; dalam keadaan tertentu memerlukn seseorang usahawan itu mematuhi peraturan tertentu berkaitan rancangan dan matlamat. Tetapi elakkan daripada berkompromi untuk mendapatkan keuntungan segera dengan nilai-nilai teras. Keempat, kegagalan sebagai peluang; tidak mudah berputus asa  dan menganggap kegagalan adalah peluang untuk lebih berjaya. Mengambil sikap yang positif apabila mengalami kegagalan dalam melaksanakan tugasan yang dilakukan. Bangun semula dan memperbaiki kesilapan yang telah dibuat, mengmbil keputusan yang tepat dan wajar untuk bangkit semula. Belajar dari kesilapan dan tidak melakukan kesilapan berulangkali. Kelima, Penetapan pada keutamanan diri; diri adalah aset utama dalam syarikat. Oleh itu pastikan memberi keutamaan pada kesihatan mental dn fizikal untuk membuat pemikiran yang betul dan tepat. Keenam, visi dan misi; memastikan apakah visi dan misi semasa mahu memulakan perniagaan. Jangan melakukan semata-mata kerana wang. Sebaliknya melakukan demi kepentingan diri dan orang lain (Bogenfurst, 2015).
6.      Personaliti
Personaliti seseorang individu itu dibentuk melalui tiga peringkat iaitu sifat semula jadi manusia, perbezaan individu dan kumpulan serta keunikan individu. Personaliti yang ditampilkan adalah berdasarkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu dengan cara mana mereka bekerja, gaya percakapan dan tingkah laku yang ditonjolkan. Personaliti merangkumi pelbagai aspek pembentukan psikologi termasuk perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai personaliti seseorang individu digambarkan oleh tensensinya untuk bertindakbalas mengikut keadaan tertentu. Menurut Allport (1961) personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya secara khusus (Asha Angela, 2011; Mahmood Nazar, 2001). Boleh dikatakan setiap usahawn mempunyi personaliti yang sama. Iaitu individu yang berani mengambil risiko, impulsif, rajin, bercita-cita tinggi, kreatif semasa membuat keputusan dan bijak memanipulasi keadaan (Bogenfurst, 2015).

3.0              Kerelevanan enam elemen psikologi untuk pembangunan usahawan di Malaysia.
Tidak kira berada dimana, sama ada di Malaysia atau luar negara. Enam elemen psikologi ini adalah penting dan amatlah relevan untuk diguna pakai dalam pembangunan usahawan di Malaysia. Menjadi seorang usahawan ia perlu memberikan inspirasi dan memperkasakan orang lain supaya mencapai semua yang sudah ditakdirkn kepada mereka. Meningkatkan kesedaran  melalui perniagaan. Berkhidmat demi Tuhan dengan menjadi insan yang penyayang, berpengaruh dan bersemangat. Mendidik dan memberikan inspirasi kepada orang lain supaya mereka mencapai potensi diri sepenuhnya berdasarkan keberanian, matlamat dan kebahagiaan, bukannya kerana takut, ada keperluan dan kerana terpaksa (Canfield, 2012).  Di Malaysia sendiri elemen psikologi diterapkan dalam program 1AZAM,  model psikologi keusahawanan dalam kalangan peserta 1AZAM dapat menaikkan motivasi individu lain untuk menceburi bidang perniagaan dengan membantu mereka keluar dari belenggu kemiskinan. Program 1AZAM merupakan inisiatif khusus Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ianya bertujuan membebaskan isi rumah berpendapatan rendah dari belenggu kemiskinan dan mampu memeperolehi pendapatan dengan usaha sendiri melalui pekerjaan, aktiviti pertanian, keusahawanan dan perkhidmatan (KPWKM, 2016).
1AZAM menyediakan golongan miskin tegar dan miskin untuk menjana pendapatan, memperkasa kumpulan sasar boleh berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan sosial kerajaan. Latihan kemahiran diberikan untuk mengasah bakat dan menarik minat individu yang layak dalam program yang dijalankan. Di Malaysia satu instrumen kajian pengukuran psikologi telah dijalankan untuk memilih usahawan belia yang sesuai dan menepati kriteria yang dikehendaki. Ianya memberi penilaian yang tepat kerana berupaya memberi jawapan tepat jika dibandingkan dengan kaedah yang lain. Kaedah kajian yang dijalankan adalah mengikut acuan tempatan dan budaya yang berada di Malaysia suapaya tidak terdapat bias(Kasa, 2009). Seorang usahawan yang berjaya perlu mempunyai elemen-elemen psikologi kerana mereka orang yang mencuba, mencapai, mendapatkan sesuatu atau mungkin untuk melarikan diri dari kekuasaan atau kewibawaan orang lain. Seorang usahawan adalah orang yang mengelola, mengurus, dan mengambil risiko sesuatu perniagaan yang dijalankan oleh itu teramatlah relevan elemen psikologi ini digunapakai. Terdapat banyak kajian dalam pembangunan keusahawanan Malaysia mendapati Konsep kesediaan keusahawanan terdiri daripada dua kategori utama iaitu kemahuan dan kebolehan/bakat. Elemen kemahuan dibahagikan kepada kesediaan, sikap, kekuatan kerohanian dan kesediaan pembelajaran. Kategori bagi kebolehan pula adalah kesediaan aspek pemikiran keusahawana, voakasioanal keusahawan dan pengetahuan keusahawanan. Kesediaan keusahawanan dari kepelbagaian dimensi ini dapat dijadikan untuk memastikan elemen kesediaan yang lahir pada seorang usahawan untuk menyediakan mereka terjun dalam kerjaya keusahawanan (Norashidah , Norasmah, & Noraishah, 2009).
Dalam menguruskan sebuah kehidupan individu perlu ada prinsip yang penting adalah buat kerja yang disukai dan dalam menguruskan perniagaan adalah mencari pekerja yang suka kepada kerja mereka. Gabungan dua prinsip ini dapat membawa kepada kejayaan yang ditetapkan (Mary & David, 2012). Ikon 1AZAM telah membuktikan betapa relevannya elemen-elemen psikologi ini dalam pembangunan usahawan (Malaysia, 2014). Hasil dapatan kajian yang dijalankan di Malaysia mendapati bahawa penyumbang kepada perniagaan oleh individu tertentu yang mempunyai ciri-ciri kreativiti, kesediaan menanggung risiko, berpandangan kehadapan, keinginan kebebasan, toleransi terhadap kekaburan telah mendoromg kusat kepda justifikasi penciptaan perniagaan baharu. Oleh itu kerjan perlu berperanan menglakkan aktiviti keusahawanan bagi melahirkan peluang pernigaan baharu dalam negara perlu menerapkan elemen psikologi supaya dapat meningkatkan nilai pembangunan ekonomi negara (Fadzil & Yaacob, 2014).  Kajian mendapati personsliti tret adalah  adalah sebgai standard kualiti yang perlu ada kepada seorang usahawan yang menjadi komponen dalam individu yang menyebabkan kemunculan perniagaan baharu yang berdaya saing di zaman yang penuh teknologi canggih (Fadzil & Yaacob, 2014).



4.0              Usahawan Malaysia yang di pilih adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. (bahan artikel ini diambil daripada Laman web rasmi Usahawan.com) (Usahawan.Com, 2016)
            Mengambil Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk penilaian enam elemen psikologi seorang usahawan yang berjaya. Beliau adalah individu bumiputera terkaya di Malaysia yang dikenali dan masyhur di dalam Malaysia dan luar Malaysia. Mempunyai banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan iaitu perladangan, Pengangkutan dan logistik, pembangunan hartanah, pertahanan dan yang berkaitan pertahanan, kejuruteraan dan pelbagai lagi cabang perniagaan. Beliau seorang tokoh yang memegang prinsip atau falsafah “pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras” (Usahawan.Com, 2016) Elemen yang pertama bakat, beliau  berbakat dalam pengetahuan angka digunakan bagi membantu bapanya untuk mengurus simpanan harian di dalam buku. Kemudian dikembangkan melalui pengalaman dan pengetahuan dalam bidang keusahawanan beliau.             Kedua adalah minat, sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar. Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. 
            Elemen psikologi ketiga iaitu nilai, beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.    Elemen psikologi keempat motivasi, kejayaan menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan.
            Elemen psikologi yang kelima sikap, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan.
            Elemen psikologi yang akhir dan keenam personaliti , walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.




5.0              Kesimpulan
Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya enam elemen psikologi ini adalah kunci utama, ianya diguna pakai oleh usahawan seluruh dunia. Tanpa elemen-elemen ini seorang usahawan itu tidak mungkin dapat membina empayar  perniagaan mereka. Seorang usahawan yang berjaya akan bertanggunjawab sepenuhnya terhadap kualiti hidup bagi semua pengalaman dalam hidup iaitu tahap pencapaian, hasil yang dikeluarkan, kualiti perhubungannya, keadaan kesihatan, tahap kesihatan fizikal, pendapatan, hutang piutang dan perasaannya. Untuk berjaya perlu menyingkirkan apa jua alasan, membuang semua faktor yang menghalang sebarang kejayaan, menghapusksn semua faktor luaran yang boleh menyebabkan kegagalan. Elemen-elemen psikologi ini adalah relevan untuk pembangunan seorang usahawan di Malaysia, Prinsip Dale Carnegie dalam perniagaan dan perhubungan adalah lihat sudut pandang orang lain, berikan penghargaan pujian dan ikhlas, menghalusi kuasa semangat, menghormati maruah orang lain, jangan terlalukeras mengkritik, berikan reputasi yang baik yang dapat diikut oleh orang lain dan sentiasa bergembira dan seimbangkan hidup ini. Prinsip ini mudah difahami dan amat berguna kerana kita hanya perlu mengamalkannya dengan ikhlas (Carnegie, 2013).

















                                                            Jumlah perkataan -/+ 3000 patah perkatan
Rujukan:-
Asha Angela, B. (2011). ABPD2103 Personality. Seri kembangan: Open University Malaysia.
Axelrod, A. (2009). 25 Lessons or bold business leaders Winston Churchill CEO. New York: Sterling.
Bogenfurst, A. A. (2015). ABPS3103 Entrepreneurial and productivity psychology. Seri Kembangan: Open University Malaysia.
Canfield, J. (2012). The Success Principles -Edisi bahasa melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn. Bhd.
Carnegie, D. (2013). The Leader In You - Edisi Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn Bhd.
Donald, T., & Robert T., K. (2006). Why we want to be rich. USA: Rich Press.
Fadzil, A. B., & Yaacob, M. R. (2014). Prosiding Perkem ke-9 (2014. Faktor Individu Sebagai Komponen menyumbang Kepada penciptaan perniagaan Baharu usahawan E-Dagang, 451-458 ISSN :2331-962X.
Harian, B. (2016, Mac 6). PM Hadiri perasmian Forest City. Retrieved Mac 18, 2016, from laman Web rasmi Berita Harian: http://www.bharian.com.my/node/131275
Hill, N. (2012). Think & Grow Rich - 65th Anniversary Edition. Singapore: Advantage Quest Pte. Ltd.
Kasa, A. H. (2009). Jurnal - Tesis PHD UPM. Pembangunan Instrumen Pengukuran Psikologi Keusahawanan Belaia Malaysia, 1-24.
KPWKM. (2016). Program 1AZAM - Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat. Retrieved Mac 18, 2016, from Laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat: http://www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam
Mahmood Nazar, M. (2001). Pengantar Psikologi - Satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Ampang: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Malaysia, U. (2014, Disember 24). psikologi tinggi merupakan elemen penting dalam keusahawan - Utusan Malaysia. Retrieved Mac 18, 2016, from laman Web rasmi Utusan Malaysia: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/psikologi-tinggi-merupakan-elemen-8232-penting-dalam-keusahawanan-1.40279
Mary, B., & David, C. (2012). Rahsia pengurusan Warren Buffet - Edisi Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Proffesonal Publishing Sdn Bhd.
McCraw, M. (2010). The Relationship Code - Engage and empower people with purpose and passion. Petaling Jaya: Advantage Quest Publications.
Meredith Mciver, D. J. (2014). Donald J. Trump Think Like Champion - Edisi bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional Sdn Bhd.
Norashidah , H., Norasmah, O., & Noraishah, B. (2009). Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009). Konsep Kesediaan Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia,, 178-203.
Trump, D. J. (2014). Think Like A Champion - Edisi Bahasa Melayu. Batu Caves: PTS Professional SDN BHD.
Usahawan.Com. (2016). Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Retrieved Mac 17, 2016, from Laman Web rasmi Usahawan.com: http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html

1 comment:

  1. Taipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
    SITUS GAME KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
    Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
    • AduQ
    • BandarQ
    • Capsa
    • Domino99
    • Poker
    • Bandarpoker.
    • Sakong
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • FaceBook : @TaipanQQinfo
    • WA :+62 813 8217 0873
    • BB : D60E4A61
    Come & Join Us!!

    ReplyDelete