Berlari mengejar bayang yang hilang,
sedangkan bayang itu setia berjalan di sisi. Ibarat kau cuba mengejar sesuatu
yang sudah pasti ada bersamamu. Hidup bukan untuk disia-siakan. Bagi aku hidup
terlalu indah untuk dilalui.. Semalam yang aku tinggalkan mempunyai seribu
peristiwa yang tidak mungkin dapat aku lupakan.
Secebis peristiwa.. seuntai cerita yang tidak mungkin beralih arah..
kerana arah itu telah dikenalpasti dari awal.
Bayang yang cuba dikejar setia menanti dengan penuh debar.. hanya bayang
itu yang bisa mengungkap seribu rahsia yang yang setia menyimpan cerita. Mengejar bayang-bayang ibarat mengejar mimpi
yang tiada kesudahan. Hidup kita adalah
hak kita bukan hak orang lain.
Aku penulis cabuk yang mencari
kepuasan melalui penulisan yang mengikut citarasa aku bukan orang lain. Aku
berjalan mengikut rentak hidup aku. Aku
yang menentukan siapa diri aku.. bukan kau bukan orang lain.. hanya aku… aku
berhak ke atas diri aku sendiri.. kerana aku yang akan berjalan sendiri bukan
kau bukan orang lain.. hidup adalah apa yang kau inginkan dan akan kau capai.. Mudah untuk menjadi diri
kamu sendiri dan matlamat yang kau ciptakan sendiri.. hidup ini bererti jika
kau tahu menghargai. Aku adalah penulis
yang membicarakan tentang realti kehidupan yang berlaku dihadapan mata
sendiri.. mengikut persepsi aku bukan persepsi kau bukan persepsi orang lain..
kerana aku adalah diri aku yang menentukan … selagi kau selesa dengan kehidupan
yang kau lalui.. Bukan orang lain yang tentukan hidup kau.. hanya kau seorang..
menyesal,, bukan itu jawapan setiap apa yang kau lakukan.. usah kau rasa
menyesal tetapi kau pernbaiki setiap apa yang telah kau lalui…
Bertemankan muzik.. aku melarikan
jemariku di atas papan kekunci yang sentiasa setia menerima ketukan di setiap
bait ayat yang ku zahirkan. Menulis dengan jiwa.. ibarat kau zahirkan apa yang
kau rasa.. lahir dari hati kau yang cukup dalam. Imam Al-Ghazali mengatakan
kita hidup berpandukan pada akal, jiwa, hati dan roh. Melahirkan sesuatu denga penuh jiwa.. kau
akan rasa tentang kehalusan penulisan yang dizahirkan. Aku bukan penulis yang menulis menggunakan
emosi semata.. aku menulis apa yang aku rasa dan aku pernah lalui.. pengalaman
banyak mengajar aku tentang erti hidup, kemanusiaan dan siapa aku dan mengapa
aku berada di sini. Penulisan yang aku garap bukan kerana aku mencari nama
semata-mata… aku menulis kerana aku ingin menzahirkan apa yang ada di dalam
fikiran dan mindaku.. itu saja..
Sesuatu yang datang ada masanya
terlalu sukar untuk dijangka, ada masanya kita menjangkakan yang sebaliknya
tetapi yang hadir adalah sebaiknya. Jiwa kita adalah diri kita yang sebenarnya…
Jiwa sesuatu yang seni dan halus.. sukar terjangka.. tapi aku yakin apa juga
yang datang dalam hidup kita adalah kerana kita sedar itu adalah yang terbaik. Usah menidakkan apa juga yang hadir kerana
kau tidak tahu apa yang sebenarnya yang akan terjadi nanti. Kita hanya mampu merancang dan Allah yang
menentukan segalanya. Berjalan mengikut
arah yang kau telah tetapkan. Bukan berjalan mengikut apa yang dikatakan oleh
orang lain. Sejujurnya kita tidak mampu
untuk memuaskan hati kita sendiri.. apatah lagi untuk memuaskan hati orang lain…
Kesempurnaan itu tidak akan digapai secara mutlak, ia hanya mampu digapai bila
kita sudah merasa puas melakukan sesuatu.
Dalam segitiga Teori Keperluan Abraham Maslow, pada asalnya membahagikan kepada lima
peringkat dan menyusunnya, beliau menambah dua peringkat baru dalam satu
hierarki mengikut kepuasan individu. Manusia memenuhi keperluan asas sebelum
memenuhi keperluan sekunder. Keperluan asas adalah fisiologi, keselamatan,
kasih sayang dan penghargaan kendiri.
Dapatan kajian Maslow menyatakan bahawa manusia sentiasa berusaha
menyempurnakan dirinya. Kemudian
keperluan sekunder lebih kepada memberikan kepuasan diri sendiri iaitu
kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik serta aktualitasi kendiri (Sang
2010).
Motivasi yang disebutkan dalam teori
keperluan adalah motivasi intrinsik yang merupakan kuasa dalaman yang berada
dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia. Maslow berpendapat bahawa kuasa dalaman
mempengaruhi seseorang individu untuk melakukan sesuatu perkara tanpa
batasan dan rangsangan luar. Mereka akan berusaha mengejar impian mereka
dengan apa cara sekalipun. Jelas di sini
bahawa musuh utama manusia itu adalah diri sendiri. Untuk berjaya seseorang itu perlu berada di luar
kotak dan pemikiran yang tersendiri, boleh
menerima diri sendiri iaitu mengakui kelemahan dan kekuatan diri, orang lain
serta alam semulajadi. Mereka ini mempunyai
prinsip dan falsafah hidup sendiri serta boleh berada dalam apa juga situasi
aktiviti sosial. Aku juga mengupaskan
mengikut apa yang aku tahu berpandukan beberapa buku ilmiah yang ada. Oleh itu terpulang pada diri seseorang itu
untuk menjadi apa sebenarnya. Mencari
kepuasan dan kesempurnaan kendiri adalah mengikut apa yang dia mahukan
sebenarnya.
Kadang kita merasakan kita sudah
cukup puas melakukan sesuatu dan kita perlu berhenti setakat itu, tetapi ada
sesetengah individu itu belum cukup memuaskan hatinya dan ia memerlukan lebih
lagi dan dia berusaha ke arah itu tanpa rangsangan dari luar. Motivasi intrinsik memainkan peranan yang
besar dalam dirinya. Begitu juga aku,
kepuasan dalam diri aku bila aku dapat melakukan Sesuatu yang aku inginkan dan
aku akan memberi ganjaran pada diri.
Ganjaran yang tidak aku kelaskan, ia pelbagai bentuk tetapi biasanya aku
akan membeli buku-buku dan tidak ada spesifikasi tertentu untuk memilih
buku. Ia mengikut gerak hati di kala itu
dan tidak ada skop yang tertutup dan ia terbuka luas. Hanya memberikan ganjaran pada diri, itu
sudah cukup biarpun dengan hanya buku yang nipis dan murah. Sebelum menyambung pengajian aku lebih suka
membeli novel dan sedikit buku agama tetapi bila aku berada di dalam bidang
pendidikan aku lebih suka membeli buku berunsur ilmiah, motivasi, pengurusan
dan biografi individu-individu yang berjaya.
Jelas di sini bahawa diri kita adalah kita yang kita tentukan,
persekitaran kita dan apa yang kita lakukan saat itu juga memainkan peranan..
Apatah lagi berada dalam bidang psikologi, ia memberi aku skop yang luas dan
terbit dalam hati untuk aku mndalami tentang tingkah laku dan mental manusia
dengan lebih mendalam. Hakikat yang
tidak dapat aku nafikan kerana ia cukup jelas dan penemuan demi penemuan
membuat aku lebih teruja untuk mengetahui sesuatu yang berlaku itu pasti ada
sebabnya.
Sebagai contoh melihat gelandangan
kita merasakan mereka orang yang tidak ada masa depan, malas berusaha dan
mengharapkan bantuan orang lain semata-mata.
Apabila melihat dari sudut psikologi banyak faktor dan punca mengapa mereka
jadi begitu dan rata-ratanya mereka juga mahukan kehidupan yang selesa tetapi
disebabkan desakan hidup mereka jadi begitu.
Bila kita mengupas dari sudut psikologi kanak-kanak yang tergolong dalam
gelandangan, kita akan melihat perkembangan mereka yang tidak teratur, banyak
kekurangan di sana-sini. Secara tidak
langsung emosi mereka akan terganggu dan mereka menjadi kanak-kanak yang abnormal
pembesarannya. Ia akan berlanjutan
sehingga mereka dewasa. Oleh itu
pendidikan awal kanak-kanak itu adalah penting kerana ia akan menentukan siapa
dia bila besar nanti. Motivasi
pembelajaran perlu berlandaskan kepada motivasi intrinsik tetapi bila mereka berada
dalam keadaan yang tidak sempurna, bagaimana mereka untuk menyempurnakan
keperluan mereka. Ia sudah cukup jelas
untuk difahami bahawa keperluasan asas itu penting sebelum memenuhi keperluan
sekunder.
Berbalik di zaman yang serba
mencabar, memerlukan seseorang bertindak pantas untuk tidak ketinggalan dan tercicir
dari semua semua aspek antaranya akademik dan sosial. Bagi aku untuk hidup di zaman mencabar ini
hanya perlu ikut langkah-langkah yang telah kita gariskan. Mungkin pada satu tahap kita tidak dapat
mengejar impian kita, jangan buang impian itu tetapi kita simpan di lubuk hati
yang dalam dan kita berdoa satu hari nanti kita akan berjaya untuk memenuhi
impian itu. Aku sendiri perlukan masa
yang panjang untuk menjadikan impian aku satu kenyataan. Anggap bila kita tangguhkan impian kita
sebagai tempuh bertenang. Kita lepaskan
perlahan-lahan impian kita di dalam hati dan berdoa impian kita akan tercapai. Tidak
ada yang terlewat untuk mengapai sesuatu tetapi masanya belum sampai.
Kejarlah apa yang kau mahukan dalam
hidup, yang penting berlandaskan langkah-langkah yang telah digariskan dan
jangan sesekali kau melanggar akidah yang telah kau pegang. Ingat apa yang kau lakukan kerana kau ingin
memenuhi impian kau bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain yang diri kau
hebat. Hebatnya kau bukan kerana kau
mampu memiliki apa yang kau impikan tetapi hebatnya kau kerana kau berjaya
mengawal emosi kau. Persepsi setiap
individu itu tidak sama jadi kau kena yakin apa yang kau buat. Jangan pernah berputus asa dan terus
melangkah, andai kau jatuh.. kau bangun dengan semangat yang kuat. Orang boleh kata sabar, kesian dan sebagainya
tetapi kau yang melaluinya..jadi kau yang perlu mengawal diri kau..
Siti
Hadijah Kusin (Samiza Ezanie)
Penulis
mengikut ketukan jari.
2.29pagi
13/06/17
Taipan Indonesia | Taipan Asia | Bandar Taipan | BandarQ Online
ReplyDeleteSITUS GAME KARTU ONLINE EKSKLUSIF UNTUK PARA BOS-BOS
Kami tantang para bos semua yang suka bermain kartu
dengan kemungkinan menang sangat besar.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
Cukup Dengan 1 user ID sudah bisa bermain 7 Games.
• AduQ
• BandarQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• FaceBook : @TaipanQQinfo
• WA :+62 813 8217 0873
• BB : D60E4A61
Come & Join Us!!