Thursday 22 September 2011

Terkadang kita terlupa.......

Terkadang kita terlupa tentang kejadian yang berlaku di dunia ini ada sebab musababnya. Ada hikmah dan pengajaran yang kita pelajari..

            Terkadang kita terlupa bahawa guru yang paling baik adalah dari pengalaman yang kita lalui.. kita tetap mengulangi kesilapan biarpun sudah melalui kesilapan yang sama berulang kali..

            Terkadang kita terlupa bahawa tidak semua mempunyai peluang kedua, ketiga, keempat atau sehingga seribu kali pun dalam hidup kita. Kita sering sia-siakan peluang yang ada di depan mata.. kerana kita sering menganggap peluang itu akan datang lagi…

            Terkadang kita terlupa peluang yang kita dapat itu adalah peluang yang terakhir untuk kita memperbaiki masa depan kita.. Kita harus memberi diri kita ruang untuk berfikir secara rasional dan pertimbangkan semua benda yang ada disekeliling kita..

            Terkadang kita terlupa bahawa keluarga dan persekitaran kita memainkan peranan untuk membentuk siapa diri kita.. Kita ego.. pentingkan diri kerana kita rasa kita adalah yang terbaik.. hakikatnya kita lupa ada orang yang lebih baik dari kita..

            Terkadang kita terlupa bahawa sebagai seorang anak kita harus mematuhi segala peraturan yang ibubapa berikan pada kita.. kita lupa cara didikan yang ibubapa telah tetapkan dari kita kecil kerana kita menganggap ianya sudah lapuk untuk diguna pakai dizaman internet ini kerana zaman milineum ini kita bebas bersuara dan melakukan apa saja tanpa memikirkan perasaan orang disekeliling kita. Kita terlupa ada hati yang terguris… Kita lupa…

            Terkadang kita terlupa sebagai ibubapa kita juga harus mendengar apa luahan hati anak kita. Apa yang mereka mahukan atau sebaliknya. Kita sering beranggapan sebagai ibubapa kita mempunyai kuasa veto untuk anak mengikuti segala arahan kita. Kita lupa anak itu punya hati dan perasaan. Punya impian dan cita-cita yang harus mereka penuhi.. Jika arahan tidak dituruti kita menjatuhkan hukuman sebagai anak derhaka.. kita lupa bahawa itu anak kita..Perlu berbincang apa kehendak dan kemahuan mereka .. kita buat mereka seperti boneka yang bernyawa.. Kita lupa yang dia anak kita..

            Terkadang kita terlupa bahawa sebagai ibubapa dan anak sering memerlukan antara satu sama lain. Tidak semestinta kita ibubapa selalu betul dan anak itu salah. Terkadang anak itu seperti jam loceng untuk kita atau terkadang boleh menjadi bom atom menyedarkan kita yang kononnya sebagai ibubapa ini sentiasa betul..

            Terkadang kita terlupa bahawa anak itu adalah gambaran silam sewaktu kita kecil.. tanpa kita sedar tapi.. itulah kebenaran yang harus kita terima.. Kita lupa bahawa usia bukan pengukur seseorang itu berfikir secara rasional.. Ego.. Emosi sering melupakan kita bahawa tiada siapa pun yang sempurna..

            Terkadang kita terlupa bahawa ada orang yang lebih baik dan sempurna dari kita.. Setiap manusia dan kejadian di dunia ini berpasangan.. Tiada bersendirian contoh paling simple . Setiap ada keburukkan pasti ada kebaikan disudut yang lain.. Kita lupa untuk berfikir tentang kejadian disekeliling kita kerana kita menganggap hidup kita adalah dunia kita..

            Seharusnya kita tidak boleh lupa kerana hidup kita saling melengkapi antara satu sama lain. Kekurangan dia kelebihan kita.. kelebihan dia kekurangan kita.. Jika kita tidak lupa hidup kita cukup indah jika sering berkerjasama dengan alam dan manusia kerana kita sering memerlukan antara satu sama lain…

“We are going to take an honest look at ourselves and see what we can do to get our lives on track because we only get one chance a life.. We do not get to start over. Each moment of life is precious, whether we realize it or not. People are responding to us right now based on the way we are acting.”

“Today is a new day for us.. we are still here! We still have chance. Resolve to begin a new life today. Life is Amazing! Don’t miss out on it!” – Aaron Lumpkin.


Samiza Ezanie
23/09/2011
10.00am.

No comments:

Post a Comment