Friday 3 February 2012

DUA JIWA JADI SATU BAB 4

BAB 4
            Pukul 10 pagi mereka sudah tiba ke The Zone Stulang, namun mereka tidak boleh check in lagi. Abang Rais ada mempelawa mereka berdua untuk singgah ke rumah keluarga Abang Rais di Kota Tinggi tapi ditolak secara baik dengan mereka. Lagipun mereka hendak berehat setelah menempuh jalan yang panjang. Sementara menunggu untuk check in lagi 4 jam, mereka duduk bersantai di tepi laut meniup udara segar. Cuaca pun tak berapa panas, redup sahaja. Mereka selesa begitu, memanjakan diri dengan alam merehatkan minda dengan tiupan angin laut. Terapi alam. Memang mengantuk apatah lagi dengan tiupan angin terasa mahu melelapkan mata.
            “Atul, kalau Atul mengantuk Atul tidurlah kat bahu Man ni, sakit kepala nanti kalau tahan mata tu. Tak pun Atul buka aircond tidur kat dalam kereta.” Kesian pulak dia melihat budak kecik seorang ni menguap tak sudah. Mesti mengantuk tahap gaban, dia pun apa kurangnya namun rasa sayang pulak nak tidur melihat pemandangan yang cantik di tepi laut. Nampak dekat je Bandar Singapura, rasanya kalau berenang pun boleh sampai.
            “Tak apalah Man, bukan senang kita nak dapat peluang macam ni. Duduk kat tepi laut dengan udara segar, bertuah betul sapa yang duduk kat sini kan.. best giler.” Apalah Man ni siap nak suruh tidur kat bahu pulak, sorry ya Pak Encik awak bukan suami saya tahu. Kang tak pasal kena tangkap basah walaupun badan ni kering. Dia melunjurkan kaki dan memicit lembut. Sabarlah hati, sekejap lagi boleh rehat kat bilik hotel. Kenapalah boleh lupa yang kena check in pukul 2 petang.
            “Kalau ikutkan hati mahu aje terjun je kat laut tu, mandi untuk segarkan badan yang letih dan melekit ni. Nasib baik tak bau asem kan Atul badan kita ni. Lau tidak mahu Atul lari bila dekat Man ek..” lawak ke apa budak Jeman ni.. ada bau badan jadikan isu ni.. letak deodorant rexona mana ada bau badan Atul.… hehehe..
            “Memang kalau bau badan Man asem Atul dah lari seribu langkah, ni Atul ada lagi ni maksudnya selamatlah Man punya bau badan. Betullah Man kalau ikutkan hati mahu je Atul terjun tapi tak adalah pulak orang mandi.. nanti kalau kita dua orang terjun kat laut ada pulak orang syak kita ni nak bunuh diri.. tak ke naya tu.. tak naklah Atul.” Manja pulak bila budak kecik ni menjawab. Dah boleh bergurau ni, Azman tersenyum manis membuatkan ada getaran di dada Rabiatul. Mereka lebih selesa menggunakan gantinama masing-masing berbanding engkau aku atau saya awak.
            “Nanti ada pulak orang selamatkan kita kan.. esok masuk paper frontpage lagi sepasang kekasih mencuba untuk membunuh diri. Haru betul!” mereka berdua ketawa serentak. Tak ke pelik dua orang yang sentiasa serius dalam bekerja dan tidak pernah rapat sebelum ini boleh ketawa riang bersama. Apa yang Allah tentukan untuk kita tiada siapa mengetahui.
            “Memanglah haru apatah lagi kalau kengkawan kita yang membaca paper tu. Tak nak lah orang jadi berita hangat kat Malaysia ni… malu derr...” Rabiatul menjawab dengan sisa tawa yang masih ada.
            “Atul siapa Abang Rais sebenarnya?” erk! sal Man lari tajuk ni. Rabiatul terkedu seketika. Dia menarik nafas perlahan.
            “Abang Rais tu abang angkat oranglah, dia seorang abang yang baik dan dia banyak membantu Atul masa Atul satu sekolah dengan dia. Dia amat istimewa dihati Atul tapi tak adalah istimewa selain seorang abang. Kenapa Man tanya?” Rabiatul menerangkan serba sedikit tentang hubungan dia dengan Abang Rais.
            “Memang rapatlah ya,”  selamba saja Jeman ni nak tahu macam-macam pasal Abang Rais ni kenapa. Rabiatul membuat muka pelik.
            “Memang rapat sangat dan keluarga kami pun saling mengenali, cuma Atul dah lost contact lepas Abang Rais lanjutkan pelajaran kat oversea. Atul ada cari dia juga tapi kekangan kerja membuatkan pencarian tu terhenti setakat itu saja. Pagi tadi pertemuan pertama kami selepas 10 tahun. Lama kan? Abang Rais dah banyak berubah sekarang ni dari segi penampilan dan perangai tapi dia ada persamaan dengan Man yang membuatkan Atul selalu hilang sabar dengan dia. Honestly Atul memang rindu sangat dengan dia, dia seorang abang yang selalu ada untuk adik dia dalam apa jua keadaan, mula-mula tu bila dia tak ada Atul rasa kehilangan sangat tapi kita sebagai manusia kena redha dengan apa jua yang Allah berikan kat kita kan. ” nak sangat tahu siapa Abang Rais. Ambik kau.. hehehe..
            “Apa persamaan Man dengan dia?” nak tahu jugak ke? Entah apalah ada kat kepala Jeman ni.. kenapa dia nak tahu sangat ni.
            “Suka cakap yang bukan-bukan dengan Atul, itu persamaan Man dengan Abang Rais. Ada lagi Man nak tahu tentang Abang Rais? Man nak Atul buat macam esei tu ke?” geram betullah dengan budak Jeman ni. Tak lengkap lagi ke penerangan aku ni? Poyo derr…
            “Tak adalah sampai macam tu sekali, Man nak tahu juga hubungan Atul dengan Abang Rais takut nanti timbul salah faham pulak.. antara..” belum sempat Azman menghabiskan kata Rabiatul lekas memotong.
            “Chop! Salah faham apa pulak?”
            “Ya lah.. mana tahu Atul ni dulu kekasih Abang Rais ke? Tak ke naya nanti malam bila orang tengok Atul dengan Man dan Abang Rais dah jadi duda, Man tak nak nanti orang kata Man rampas Atul dari Abang Rais. Tak ke parah nanti Man nak menjawab kat semua orang.. ada faham budak kecik?” dalam hati Azman mula ada rasa cemburu… namun dalam masa yang sama dia tak nak Rabiatul tahu apa yang dalam hatinya.
            “Gitu pulak dah.. okeylah membebel je ni lapar pulak perut ni lagipun macam dah tengahari je.. Jom!” Rabiatul terus berdiri dan membetulkan sedikit urat-urat kaki yang sudah terasa lenguh. Lagipun dia kurang selesa bila Azman mula menyoal yang bukan-bukan. Azman mengikut sahaja kehendak Rabiatul tanpa bantahan, dia sendiri pun sudah rasa lapar.
            Mereka berjalan menyusuri gerai-gerai yang ada di sediakan di tepi laut itu. Lama dah tak makan mee rebus Stulang mesti bestkan kalau pekena mee rebus tengahari ni dengan air cikong.. wow! Sedap tak ingat. Mereka makan sambil berbual tentang keadaan disekeliling mereka tanpa menyentuh topik yang mereka bualkan sebentar tadi.
            Setelah mengisi perut mereka berjalan seketika melihat pemandangan sekeliling, untuk menanti jam 2 petang. Kalau ikutkan nak tidur saja dalam kereta tapi panas pulak. Mereka berjalan tanpa arah dan tujuan hanya untuk menghabiskan masa saja.
            Mereka berdua mendaftar masuk di The Zone hotel, terasa lega yang amat. Rabiatul terus membalingkan badan di atas tilam empuk di hotel yang disediakan. Pergh! Rindunya dengan bantal dan tilam. Siksa woo.. nak tunggu saat ni.. 4 jam ya.. nak jumpa tilam ni… Alamak baik aku mandi dan solat dulu, kang kalau ikut mata ni mahu je terus lelap tak ingat dunia. Terus saja dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik air. Jeman apa cerita kau kat sebelah ya. Entah-entah dah mimpi kot..


            Deringan telefon menyedarkan Azman yang sedang lena, penat memandu sepanjang malam. Tangannya meraba-raba mencari telefon disekelilingnya, dengan mata yang tertutup dia menjawab..
            “Hello, Assalamualaikum..” erk! baru bangun tidur ke? Pergh! Suara dia romantis habis.. serak-serak gitu..  terkedu Rabiatul dihujung talian.
            Hello! Siapa ni?”  Azman tidak puas hati kerana tiada jawapan dihujung talian.. matanya melingas sebentar nombor yang tertera. Eh! Nombor Atul ni napa dia tak bercakap pulak….
            “Atul ke kat sana?” menyoal kembali.
            “Ya! Ya!.” Tergagap Rabiatul dibuatnya.. dah sudah..
            “Tak jawab salam pun? Atul kenapa ni?” Azman mula duduk menyandar dihujung katil. Segar terus matanya bila medengar suara Atul berbeza dari biasa.
            “Walaikumussalam, tak ada apa, cuma Atul nak kejut Man je dah pukul 6.30 petang ni,”  manja gitu suara Atul diperdengaran telinga Azman.
            “Ha! 6.30 ke? Alamak? Atul nanti Man telefon balik, Man belum solat asar lagi ni.. terima kasih ya.. Assalamualaikum..” tak sempat Atul menjawab salam Man sudah memutuskan talian. Jeman-Jeman kau ni kelakar juga ek.. bisik Rabiatul dalam hati.. kelibut pun ada juga.
            Kelam kabut Azman berlari ke bilik air, kenapalah cuai sangat ni.. lupa nak kunci jam sebelum tidur tadi. Mesti Atul pelik dengan sikapnya.. jap ek Atul nanti Man telefon balik. Bisik Azman di dalam hati.
            Di bilik sebelah Rabiatul masih terkedu dengan sikap Azman, perlahan dia melepaskan keluhan. Macam mana agaknya reaksi kengkawan bila mereka bertemu malam nanti. Lama sudah mereka tidak berjumpa, mungkin banyak sudah berubah. Diri dia pun sudah berubah, dulu dia agak kasar dan manja sikit. Maklum zaman remaja banyak peristiwa yang dilalui, apatah lagi bila first of April mulalah mereka meraikan April fool tanda sedar perbuatan itu adalah salah. Masa itu hanya ingat keseronokkan saja. Lucukan bila semua tali kasut kengkawan di ikat antara satu sama lain jadi panjang. Bila nak pergi sekolah pagi tu semua riuh rendah kalah pasar malam. Namun kenangan itu memang cukup indah.
            Bila di ingat balik mahu diulang lagi masa itu, karenah guru-guru pelatih lelaki yang serba tak kena di usik pelajar perempuan di dalam kelas. Dia adalah salah seorang dari mereka. Bestkan… dia ingat lagi dia minat sangat dengan Cikgu Ahmad yang mengajar kelas matematik, cara pengajaran cukup simple guna buah-buahan untuk mengajar pecahan pada anak murid dan yang seronoknya bila habis waktu mereka semua dapat makan buah-buahan yang mereka gunakan waktu belajar tadi. Budak lelakilah yang paling suka, dapat makan free.. kat mana dia sekarang ek.. dah ramai anak ke? Ada ke tak malam ni dia ek…
            Azman merasa segar bila telah selesai bersolat dan mandi, dia berjalan ke balkoni hotel. Cantiknya pemandangan waktu senja ni… pergh! Anugerah Allah pada alam dan manusia.  Dia melihat kelibat Rabiatul disebelah, seperti dia menikmati panorama indah diwaktu senja. Dia memerhati tanpa bersuara, apa yang dia tahu dia mula menyenangi sikap dan layanan Rabiatul padanya. Biarpun selama ini mereka dekat tapi jauh. Dia mencapai telefon bimbit di dalam poket dan mendail nombor Rabiatul disebelah, nak tengok reaksi Atul apabila berbual ditelefon. Kelihatan Atul mengangkat telefon sambil mata masih memandang lautan luas yang terbentang di depan mata.
            “Assalamualaikum..” Azman memulakan bicara.
            “Walaikumussalam…” sepatah dijawab Rabiatul.
            “Atul buat apa tu?” usikan bermula.. jahatnya aku.. bisik Azman.
            “Tak ada apa, cuma tengok panorama indah waktu senja.. cantik..” Alahai comel dia siap simpul-simpul hujung baju.
            “Oh ya ke? Tengok dengan siapa tu? Buah hati ke?” Hahaha.. langkah terus laju ke depan, dah masuk gear dua ni… Rabiatul tidak menyedari yang dia sedang diperhati oleh Azman di sebelah balkoni. Dalam hati dia gembira bila Azman menepati janji untuk menelefonnya. Entah kenapa keterujaan itu terjadi.
            “Man ni sewel ke apa? Kalau dengan buah hati tak payah Atul pergi kat sini dengan Man, Atul bawak saja buah hati Atul tu tak yah susahkan Man temankan Atul…” alamak! Nada sudah tukar bisik Azman di dalam hati, salah ke soalan aku ni…
            “Atul.. mana ada susahkan Man, sapa yang tak suka temankan budak kecik yang comel yang susah nak senyum, susah nak berbual apatah lagi nak bergurau. Atul tahu Man ni punya suka macam dapat sebakul emas. Ingat senang ke nak dekati pemunya nama Rabiatul Adawiah binti Hishamudin tu. Ok! Sekarang toleh kiri Atul…” macam spring Rabiatul memusingkan kepala, melihat wajah Azman dengan tangan membuat symbol peace… kurang asam jawa punya budak… spontan Rabiatul menunjukkan penumbuk. Akhirnya mereka berdua melepaskan tawa..
            “Atul, jangan marah ha.. nanti kena jual,” hanya jelingan maut diberikan tanpa sepatah kata dia melangkah masuk ke bilik semula. Geram dengan sikap Azman yang lepas laku. Luar dari kebiasaan betul mamat seorang ni, mana taknya mamat yang serius 24 jam boleh berubah 360 darjah.
            Azman turut sama melangkah masuk, bila kedengaran suara azan entah dari mana.. mungkin berdekatan sini ada masjid kot.. dia harus bersiap awal, kalau boleh biar dia yang menunggu Atul jangan Atul menunggu dia…

No comments:

Post a Comment