Friday 3 February 2012

MINGGU YANG OKEY-OKEY SAJA.

       Bukan mudah untuk melepaskan anak-anak untuk pergi jauh dari kita, apatah lagi bila mereka perlu ke luar negara yang tak pernah mereka jejak sebelum ini dan bila anak kita itu perempuan kebimbangan itu semakin menjadi... Apakah yang ada dalam hati kita sebagai ibubapa itu semakin tebal... sukar tapi kita harus berani untuk melepaskan demi kebaikan anak-anak kita. Apatah lagi bila ada kes pelajar kita dirompak dan dipukul di luar negara. Kebimbangan kita akan terus menjadi-jadi... Namun inilah kehidupan yang harus kita lalui.
      Kebimbangan memang ada di dalam setiap hati kita namun kita kena yakin pada anak-anak kita yang mereka boleh menjaga diri dan kita harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Bersangka baik dengan mereka dan tidak pernah kenal erti putus asa untuk memberikan yang terbaik pada mereka. Jika dikatakan kita mengawal mereka itu tidak sama sekali kita hanya memerhatikan mereka untuk menjadikan mereka yang terbaik antara yang terbaik. Setiap ibubapa meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak kerana mereka tidak mahu anak-anak mereka susah di kemudian hari. Mereka mahu anak mereka berjaya mengapai apa jua yang mereka cita-citakan.
      Namun biar setinggi mana pun harapan jangan sesekali kita meletakkan mereka di dalam keadaan tertekan kerana ini akan membuatkan mereka tidak bahagia dan tidak suka dengan apa yang mereka buat.. Perlu sentiasa ada perbincangan antara dua pihak, kita perlu menjaga hati masing-masing agar tiada hati-hati yang akan terguris. Sehebat mana pun kita di masa akan datang mesti ada penyebabnya untuk kehebatan itu. Jangan mudah puas apa yang kita lakukan, terkadang kesilapan itu perlu untuk mendapatkan yang terbaik. Selalunya kita akan belajar dari kesilapan dan jarang sekali kita mengulangi kesilapan itu. Kalau mereka mengulangi kesilapan itu berulangkali adalah hak kita sebagai ibubapa menegur mereka dengan cara yang mudah difahami.
      Era kini memerlukan kita bertoleransi untuk menegur anak-anak kerana ini bukan era dulu kala yang kita harus menurut saja apa yang ibubapa yang telah tetapkan pada kita. Namun cara pengajaran sebegitu cukup bagus di eranya namun tidak relevan digunakan di era ini. Kalau dulu mendengar guru atau ibubapa merotan anak adalah satu kebiasaan tapi tidak pada era ini. Anak-anak sekarang cukup berani untuk meluahkan apa yang ada di dalam hati mungkin faktor luaran juga menjadi salah satu penyumbangnya. Namun begitu jangan biarkan anak kita hilang rasa hormat pada kita. Banyak pendekatan yang perlu kita gunakan agar anak-anak kita terus menghormati kita. Jangan sesekali kita membezakan anak-anak kerana mereka tidak suka dibandingkan. Saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Siapa pun mereka kita harus sedar mereka tetap anak kita. Tiada siapa yang boleh mengubahnya...
      Kita jangan sesekali menganggap diri kita bagus dan hebat kerana tiada yang sehebat Rasulallah S.A.W. Anak kita adalah gambaran kita, bagaimana kita mencorak anak kita.. itulah jadinya.. Sentiasa berdoa untuk anak-anak kita agar menjadi yang terbaik kerana era ini banyak persaingan yang harus mereka lalui kerana jika mereka mampu bersaing mereka akan berjaya jika mereka gagal bersaing akan banyak perkara negatif dari positif oleh itu kita jangan berputus asa..... sentiasa menyokong dalam apa jua keadaan sekalipun... rebah dan bangkit bersama. JANGAN SESEKALI MENGANGGAP DIRI KITA HEBAT DAN BAGUS...
     Kita tidak perlu menunjuk-nunjuk kerana itu semua tak akan menjadi apa. Apa yang kita buat kita harus percaya dengan apa yang kita lakukan. Biarlah orang mengata atau mengutuk kita..... tidak mengapa.... kita dengar mana yang baik mana yang buruk kita abaikan saja. Bila kita terlalu mendengar cakap-cakap orang kita akan rasa tertekan dan banyak buruk dari baiknya. Sentiasa bersangka baik pada semua orang agar hati kita tenang setenang air di laut. Biar kadang-kadang ada badai melanda.. hidup jika tidak diduga kurang keindahannya....
     Muhamad Raffi Hakim bin Samri buat yang terbaik untuk Hotelier exposure cooking competition tour de uitm explorace career talk.. Mohammad Idaffi Haikal bin Samri buat yang terbaik untuk persahabatan Ragbi di STI. Rabiatul Adawiah binti Samri selamat melancong, melawat dan menimba ilmu di Universiti Beijing Cina  moga anak-anak mendapat yang terbaik... kami sentiasa menyokong kamu kerana kamu semua adalah anugerah terindah dalam hidup kami.... Kamu yang perlu membuktikan siapa diri kamu dan kemampuan kamu jadi jangan mudah berputus asa. Jangan sesekali menganggap diri kamu hebat... sebab ada yang lebih hebat dari kamu...

Samiza Ezanie
4/2/12 12.15pm

No comments:

Post a Comment