Wednesday 29 February 2012

Indahnya kehidupan...

          Semalam aku menaiki bas menuju ke bandar Batu pahat.. tiba di Bandar U naik seorang ibu dan anak. Cukup untuk membuatkan mata ini terus terpaku melihat mereka. Nak tahu kenapa? Si anak adalah kanak-kanak down sindrom dan hatiku tersayat pilu melihat pasangan ini. Yang paling membuatkan aku tersentuh hati adalah bila si anak acapkali akan mencium ibunya tanpa ada rasa jemu. Ibunya pun cukup sabar melayan segala pertanyaan dan karenah si anak.
         Sesekali anak itu menguap mungkin mengantuk si ibu akan menutup mulut si anak dan anak itu akan menghadiahkan beberapa ciuman pada pipi si ibu. mungkin itu tanda dia mahu mengucapkan terima kasih pada ibu yang telah membantu menutup mulutnya ketika menguap. Terkadang kita yang normal ini kurang memberikan penghargaan pada orang yang kita sayang.. tapi... kanak-kanak ini membuat aku tersedar betapa murninya sebuah kasih sayang... tak perlu dia mengungkapkan kata-kata hanya ciuman diberikan untuk tanda penghargaan.. Indahnya kasih sayang itu.
         Airmata ini hampir menitis melihat sebuah keindahan kasih sayang di depan mata... biarpun kanak-kanak itu tidak normal seperti kanak-kanak lain tapi dia mempunyai kelebihan yang  mungkin tak mampu dilakukan oleh kanak-kanak yang normal. Menzahirkan kasih sayang tanpa rasa jemu dan malu. tak kira dimana dia berada.. betapa tulusnya kasih ibu dan anak itu.. Syukur pada Allah kerana telah menemukan aku dengan keindahan ini. Membuatkan aku berfikir dan terus berfikir bahawa dugaan dan cabaran yang datang dalam hidup kita adalah sesuatu yang indah dan menjadikan kita lebih kuat untuk terus melangkah kehadapan.
         Terima kasih untuk pasangan ibu dan anak ini bahawa pertemuan aku dengan mereka pagi ini menyedarkan aku bahawa dugaan yang Allah berikan padaku tidak sehebat yang Allah berikan pada mereka berdua. Semoga kebahagiaan akan menjadi milik mereka. Aku bersyukur padamu Ya Allah kerana menyedarkan aku dengan keindahan yang kau tunjukkan di depan mataku. Hakikatnya pagi itu aku agak terbeban dengan sedikit dugaan yang Allah berikan namun Allah telah memberikan satu petunjuk bahawa dugaan yang aku terima tidaklah sehebat sepasang insan ini.
         Ku berdoa satu hari nanti aku akan bertemu dengan insan ini lagi yang membuatkan aku terbangun dari kesedihan. Terima kasih buat ibu dan anak ini... terima kasih...


Samiza Ezanie
1.14pm
01/03/12

No comments:

Post a Comment