Tuesday 13 December 2011

Dua Jiwa Jadi Satu bab 2

“Atul, kau free tak tengahari ni? Jom lunch kat Line Clear? Lama dah tak pekena nasi kandar.” Azman memulakan bicara pagi itu. Nak tengok sejauh mana keberanian dak kecik ni nak mempelawa dia pergi ke reunion. Rahsia sudah bocor, terkejut dia malam tadi bila Fatiha telefon. Terima kasihlah Fatiha..
            “Ala.. aku sibuklah Man.. Kau ajaklah sesapa. Ni barang tak sampai lagi ni kang mengamuk 
production kat aku barang tak ada.” Rabiatul polos je menjawab.
            “Mak Cik macamlah company bagi kau gaji masa kau rehat.. jomlah nasi kandar..” tak putus asa beb..
            “Kau ni.. tengoklah macam mana.. iskh! Jangan kacau aku boleh tak? Aku sibuk ni.. nak siapkan report ni.. kau simpan cerita kau tu kejap ek.. lepas ni kita sambung balik,” apasal mamat seorang ni terlebih peramah dekat aku ni, alahai aku tengah nervous ni nak ajak dia gi reunion dia pulak terlebih peramah, selalu mana ada dia tercongok kat ofis pagi-pagi ni.. Rabiatul mengomel di dalam hati.
            “Okey! Sayang buat kerja sayang.. jap lagi abang datang, kita bincang balik ya sayang..” gedik sungguh Azman ni pulak. Rabiatul menjengkilkan mata tanda geram dengan perbuatan Azman yang terlebih pagi ini.
            “Kau tertanggal skru ke Man? Dah pergi jauh-jauh suh! Suh!” macam menghalau ayam dibuatnya pagi-pagi ini dengan perangai tak semengah si Azman.
            “Eleh! Tunggulah nanti orang yang kau kata tertanggal skru ni lah yang akan jadi laki kau satu hari nanti.. bye sayang..” Azman berlalu sambil mengenyitkan mata. Rabiatul tak terkata apa. Sah semua skru kat kepala dia tanggal…
            “Atul napa Man tu? Lain macam aje akak tengok dia pagi ni? Selalu pagi-pagi mana ada kat ofis.. dah tu ayat dia tak boleh blah.. ada yang akak tak tahu ke?” Kak Mon rakan sepejabat sebelah meja Rabiatul pun turut merasa pelik dengan perangai Azman yang pusing 360 darjah tu.
            “Entahlah Kak Mon, Atul pun tak tahu kenapa dia macam tu.. siap bersayang bagai.. skru kat kepala dia dah tertanggal agaknya.. dahlah orang sibuk ni dia pulak menyibuk.. uh! Sabar ajelah.. Kak Mon.” Rabiatul menghela nafas perlahan.
            “Dia ada hati kat Atul tak? Kan dia dah putus tunang 3 bulan lepas. Mana tahu dia nak cari pengganti. Atul pun solo lagikan?” Kak Mon memulakan serkap jarangnya.
            “Kak Mon ni memandai je.. siapalah Atul ni kak.. rupa tak ada budi bahasa pun kurang. Semua orang tahu dia putus tunang ek! Atul pun baru tahu malam tadi itu pun Tiha yang bagi tahu,” ayat tak boleh blah si Rabiatul ni.
            “Amboi! Merendah diri nampaknya adik akak sorang ni.. La.. Atul baru tahu ke? Kawan tu macam ayam berak kapur lepas putus tunang tapi tak lama seminggu je lepas tu ok..” Kak Mon kalau bab bergossip superb..
            “Kak Mon lupa ke? Tiga bulan lepas kan Atul cuti ambik final exam untuk dapatkan Master.. manalah Atul tahu.. Kak Mon ni pun..” Rabiatul menggelengkan kepala. Kak Mon macamlah tua sangat boleh lupa.
            “Oh ya ke! Lupa pulak..” ketawa sendiri Kak Mon dibuatnya.
            Rabiatul melangkah keluar ke stor untuk melihat barang yang dipesan sudah sampai ke belum. Semalam supplier berjanji sebelum pukul 9 pagi barang akan sampai. Ni dah pukul 9.30 pagi mungkin dah sampai kot.
            Keadaan di stor agak sibuk sikit pagi-pagi ni. Ek! Ada pulak Si Jeman ni.. Adoi! Tak pasal betullah.. janganlah dia buat perangai macam kat ofis tadi.. mampus aku.. Rabiatul bermonolog sendiri. Azman dah mula tersengih bila terlihat Rabiatul   berjalan ke arah stor. Memang jodohlah kita ni..
            Rabiatul membuat muka selamba saja terus masuk ke bilik stor tanpa melihat Azman yang tersengih macam kerang busuk kat pasar. Bukan salah pun kalau melemparkan senyuman yang sedikit. Minah sorang ni memang.. sukar dijangka tindakannya..
            “Abang Lan barang yang petang semalam yang Atul pesan dah sampai tak? Dia kata pagi ni..” Rabiatul menanya Abang Roslan yang sibuk memeriksa barang yang baru sampai.
            “Oh Atul ya.. skru untuk Line B ke Tul?” Abang Roslan bertanya semula untuk memastikan barang yang dimaksudkan oleh Rabiatul.
            “Yup! Skru yang yang itulah… dah sampai ke?” Rabiatul menyoal semula.
            “Dah.. pagi tadi pukul 8.45pagi. Budak Line B pun dah ambik.. kenapa ada masalah ke Tul?” Abang Roslan berjalan menghampiri Rabiatul dan memberikan Delivery Order untuk barang yang diterima tadi.
            “Fuh! Lega… Thanks Abang Lan… Sayanglah dengan Abang Lan macam ni.. boleh belanja nasi kandar kat Line Clear ni,” selamba badak budak sorang ni bercakap.. sayang bagai. Azman yang mendengar mendengus perlahan. Aku ajak tadi sibuklah, nak siapkan reportlah ni boleh pulak ajak Abang Lan.. memang minah ni…
            “Amboi! dengar pak we Atul teruk Abang Lan kena belasah ni… Tul jangan macam-macam kau dik oi!” Abang Roslan tergelak menjawab.
            “Tak de maknanya.. Atul ni single and available tahu.. tak ada pak we derr… Abang Lan ada adik lelaki ke? Boleh rekomen kat Atul ni.. boleh kita jadi sedara..” Rabiatul sengaja berkata begitu bila dia melihat Si Jeman mencerlungkan mata ke arahnya dengan muka yang bengang..
            Offer diri nampak adik abang ni… tak adalah Tul.. adik Abang Lan semua perempuan.. tu ha mamat kat luar tu dari tadi tengok kita je… itu pun ok apa..” Gulp! Rabiatul memandang keluar.. Eh! Abang Lan ni.. ada ke budak Si Jeman ni dia pasangkan kat aku.. tak de mamat lain ke?.. grrrrr..
            “Eee.. Abang Lan ni.. ada ke situ pulak dia.. tak naklah Atul.. dia tu dah ada yang punyalah… taste dia tinggi tau.. nak muka yang cantik, body nak lentik, bibir nak macam Angelina Jolie, tinggi macam Nasha Aziz…emmm.. kira semua perfect lah.. Atul ni apa yang ada…” memang menempah maut budak kecik sorang ni. Sengaja menuang minyak ke dalam api yang sedang membara.. Azman terus masuk ke dalam stor bila dia merasakan budak kecik ni dah menguji tahap kesabarannya…Amboi sesedap rasa dia mengata aku ya…
            “Abang Lan, budak kecik ni memang nak kena.. tadi Man ajak dia pergi makan dekat Line Clear banyak songel.. sibuklah apalah.. sekarang ni dia ajak Abang Lan boleh pulak… sesedap rasa mengata… Amboi! mulut dia…. mengata kita depan-depan lagi…” Azman bercekak pinggang di depan Rabiatul terasa kecik je budak ni… kang aku cium baru dia tahu… mulut…
            “Eleh.. betul apa? Bukan ke kau tu memilih.. lagipun taste kita tak sama.. tak nak aku ada pak we macam kau ni.. dahlah garang mengalahkan singa bila marah orang… susah nak senyum.. muka kau tu serius memanjang je aku tengok… mahu kalau kau jadi pak we aku.. aku jadi tua sebelum waktu.. tapi hari ini aku peliklah.. sal kau ramah sangat kat aku.. nak siap belanja bagai.. selalu haram..” hehehe dia ingat aku takut.. ini Rabiatul Adawiah  anak Pak Hishamudin tau… Azman Menjengkilkan mata… minah ni.
            “Budak kecik… kau ni kan… lau aku senyum memanjang orang kata aku gila pulak… Tiha ok je dengan aku.. Kau tu yang tak campur masyarakat… buat hal sendiri je… kerja..kerja je yang kau tahu.. lain.. kau tak tahu… eee.. aku cium kang baru tahu..” spontan Rabiatul menutup muka… eee.. kalau dia cium betul haru aku ni…
            “Ops! Sudah! Sudah! Ni stor ya adik-adik ku sayang bukan gelanggang gusti… aku kawinkan korang berdua baru tahu..” Abang Roslan lekas-lekas mencelah bila keadaan semakin panas.. ada kang terbakar stor aku ni..
            “Tak nak pun!” lekas Rabiatul menjawab.. ngeee..
            “Jangan sombong ek! Nanti orang ni jugalah yang buat kau tu tak tidur malam.. jangan nanti masa tu kau salahkan aku pulak…” Azman semakin geram.. budak ni menguji kesabaran betul.. eee.. cium juga kang..
            “Sudah abang kata! Atul! Man! Tak malu ke orang kat luar tu tengok.. apa ni kamu berdua ni staff ofis.. tak bagus lah.. Ok! Ok! Tengahari ni Abang Lan belanja kat Line Clear.. tak ada alasan.. Abang Lan tunggu kat guard house pukul 1,”  ops! Kan Abang Lan dah keluar kuasa veto…
            “Menyampah!” Rabiatul menjelirkan lidah ke arah Azman dah berlalu pergi…
            “Oi! Mak Cik sekarang menyampah.. esok sayang derr….” Sempat lagi Azman mengusik… Rabiatul menunjukkan penumbuk yang tak sebesar mana ke arah Azman.. Mamat sengal alias poyo…
            “Man! Man! Kau ni pun… tak mengusik tak boleh ke?”
            “Ala.. Abang Lan saja je.. kan dah sebulan Man tengok dia moody je.. apa salahnya usik-usik manja.. lagipun backup singa dia tak de cuti sebulan pergi UK. Ni lah waktunya nak mengusik dia lebih-lebih..” Azman masih tak mahu mengalah..
            “Sudahlah tu.. pergilah buat kerja kamu… jumpa nanti kat depan pukul 1. Bawa kereta kamu ya.. Abang Lan bawa motor hari ni…”
            “Okey jumpa nanti pukul 1.” Azman berlalu sambil tersenyum panjang. Susah sangat budak kecik ni nak ikut aku… terima kasihlah Abang Lan bukakan jalan untuk aku…



           
Kalau tidak kerana Abang Lan, tak ada maknanya aku nak pergi makan dengan Si Jeman.. hahaha… kasi jawa sikit nama dia… Rabiatul memang boleh tahan nakalnya sesekali. Tengok tu terhegeh-hegeh jalan macam Pak Cik Tua… dia tak tahu sekarang ni matahari tegak atas kepala… memang sah nak kena belasah… sengih-sengih lagi… sah skru dia yang tanggal dah hilang terus…
            “Man, kau tak boleh jalan laju sikit ek? Panas tahu tak.. penat kita orang tunggu..” terus saja Rabiatul bersuara bila Azman sudah semakin hampir pada mereka. Abang Roslan yang sedap menghisap rokok hanya mampu menggelengkan kepala. Bilalah budak berdua ni nak aman.
            “Sabarlah Mak Cik, aku jumpa bos tadi… jomlah! Macam kau tak tahu kereta aku yang mana..” budak kecik ni tak habis lagi ke.. ngee…
            Sampai saja di restoren Line Clear tempat duduk banyak yang dah penuh, biasalah lunch hour memang macam gini… mereka mendapat meja disebelah tepi restoren kira okeylah dapat menghirup udara kat luar.. biarpun bukan udara segar.. mana nak segar tepi jalan utama tu…
            Setelah mengambil pesanan, Rabiatul lebih banyak mendiamkan diri dari menyampuk perbualan Azman dan Abang Roslan. Dia agak tak selesa dengan kedudukannya sekarang, cehh! Si Jeman ni sengaja tau duduk dekat-dekat.. dahlah kat tepi pulak tu kerusi ni jenis berkembar.. terhimpit dia.. tak kan nak duduk sebelah Abang Lan, suami orang tu.. kang gosip tak pasal. Jeman ni pun macam sengaja je goyang-goyangkan kaki.. luku kepala baru tahu…
            Azman ketawa berdekah-dekah di dalam hati… padan muka budak kecik ni.. tahu berlagak sangat tadi… eleh nak minta tolong aku lagi mahu besar kepala.. ni Abang Azman tahu.. maju setapak langkah ke depan. Tuan badan belum buka mulut dia dah tahu dulu… lagipun budak kecik ni boleh tahan jugak.. lawa macam bidadari tu tidaklah tapi manis tu ada.. tak pernah nampak bersolek pun. Bukan macam Kak Mon lipstik tak pernah lepas dari handbag Tiha pun sama. Patut budak kecik ni mesti terikut dengan perangai Tiha yang touch up 24 jam sehari namun tak terpengaruh langsung dia rupanya.. semangat kental…
            Makanan yang dipesan pun tiba, Rabiatul tetap begitu. Nak buat macam mana lagi.. Abang Roslan memerhati Rabiatul yang memang cukup tak selesa. Dia pun lelaki macam Azman. Apa yang kat kepala si Azman ni dia faham sangat, tak sudah-sudah menyakat. Boleh tahan budak ni.. tak sangka dalam serius ada juga perangai degil.. Azman.. Azman..
            “Atul.. senyap je dari tadi.. malu ke?” Abang Roslan memulakan bicara..
            “Taklah… makan tak baik bercakap..” Ewah! Ewah! Beriya.. padahal.. dalam hati tunggu je gunung berapi nak meletup… Abang Lan ni sengaja tau..
            “Bagusnya dapat isteri solehah macam ni Abang Lan.. ni yang datang minang ni..” Azman memang sengaja cari pasal. Rabiatul menjeling geram dalam masa yang sama dia memijak kaki Azman…
            “Adoiii!” Azman menjerit lepas.. sakit dowh!!!
            “Napa Man?” bendul betul soalan Abang Lan.
            “Ada bulldozer bawah meja.. langgar kaki…” budak kecik ni boleh tahan juga.. sakitnya kaki aku.. dahlah pakai selipar.. dia pakai kasut apa ni?
            “Padan muka! Buat lagi.. tak habis-habis nak usik orang.. boleh tak kau biarkan aku tenang menikmati makanan free ni.. bukan senang Abang Lan nak belanja. Kan Abang Lan?” bendul punya budak..
            “Ha! Ya lah tu…” kelu terus lidah Abang Roslan tak tahu nak kata apa dengan budak berdua ni.. memang pelik betul perangai dia orang hari ini. Luar dari kebiasaan.. Lama dah dia kenal budak berdua ni.. rasanya dah 6 tahun kot… tapi tak tahulah pulak budak berdua ni macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa gaduh saja… rupanya macam ni perangai mereka…
            “Abang usik sikit pun nak marah.. sayang ni.. tak baik… buat bakal suami macam tu…” alang-alang dah kena pijak biar terus lumat kaki tu.. tapi belum tu sempat dia naikkan kaki… sakit tadi tak hilang lagi tak kan nak tambah lagi… nasi je boleh tambah…
            “Kau ni kenapa Man? Apa sayang-sayang? Skru kau dah hilang ke? Amboi! mentang-mentang Tiha tak ada kau ingat aku takut ke? Kau kan memang sengaja ek cari pasal… kau nak rasa kena pijak lagi tak?” muka Rabiatul sudah merah macam udang kena bakar… mahu Azman biar dia hangus kalau terus macam ni…
            “Chop! Chop! Adik-adik ku sekelian… depan rezeki tak baik bergaduh kang Allah tarik rezeki tu baru tahu…” Abang Roslan hari ini kerja dia jadi pengadil tak berbayar..
            “Man ni Abang Lan… dahlah dia duduk sengaja goyang-goyangkan kaki.. orang dah tersepit dah… lepas tu nak sakitkan hati lagi… manalah orang tak marah.. dia yang mula dulu… dari pagi tadi dia buat orang.. orang tak ada salah pun kat dia.. dia je ni entah kenapa skru dia dah tanggal.. lepas tu dia hilangkan terus skru tu.. kepala dia ni dah tak betul agaknya.. Abang Lan carikan dia skru baru kat stor nanti lepas tu pasangkan kat kepala dia.. biar normal semula.. penat tau orang nak bergaduh je dengan dia.. dia ingat kita suka gaduh-gaduh agaknya… mak kita cakap tak baik gaduh dengan orang kat sekeliling kita nanti kita tak ada orang sayang.. orang benci kat kita.. tapi dia ni.. selalu tak pun macam ni..” alahai comelnya dia mengadu macam gitu.. panjang lebar punya penerangan.. Azman tersenyum lebar.. manja rupanya Rabiatul ni.. tak tahu pun.. tak macam umur 28 tahun..
            “Man.. dengar tu.. kesian Atul ni.. cuba perangai tu elok sikit… Atul, Abang Lan pun baru tahu Man ni nakal juga orangnya selalu muka serius 24 jam.. nak senyum pun susah..” terkulat-kulat Azman kena sedas dengan Abang Lan… dia pun sendiri agak pelik dengan sikapnya hari ini. Teruja malam tadi tak hilang lagi bila tahu Tiha mencadangkan namanya untuk menjadi couple Rabiatul yang agak susah didekati oleh mana-mana lelaki sebelum ni.. dan dia juga baru tahu kenapa selama sebulan tu budak kecik ni termenung sana termenung sini.. rupanya tak ada couple nak pergi reunion.. rasa bersalah pulak… dia memandang Rabiatul dah merah matanya… alahai comelnya dia macam tu…
            “Okey… Man minta maaf ek… out of control lah adik manis… Man geram sangat kat Atul ni bukan apa.. nak minta tolong tapi tak cakap-cakap.. masa berjalan dik oi.. nak pergi reunion minggu ni kan.. tapi tak ada couplekan? Tiha dah cerita semuanya malam tadi.. Man sudi nak jadi couple Atul.. tak ada masalah pun.. Atul tu yang berat mulut sangat.. lagi dua hari je nak buat preparation tapi tak cakap-cakap. Tu yang tadi Man jumpa bos apply cuti.. nak tunggu adik manis ni nak bercakap tak de maknanya.. malu tak bertempat.. terpaksalah offer diri sendiri.. tapi bukan mega sale, ni offer untuk Atul je.. lagipun Man tak sibuk minggu ni.. dahlah makan.. maaf sangat.. jangan sedih-sedih balik nanti teman Man pergi shopping beli baju. Mesti nak nampak kacak gitu baru orang tengok kita… terima kasih Abang Lan.. temankan kita makan ni.. lau berdua belum tentu nak budak kecik ni… malu tak bertempat..” sempat lagi dalam minta maaf dia mengenakan Rabiatul…
            Rabiatul hanya mampu mengangguk saja, tak tahu nak kata apa dah.. dia ni perempuan tak kan senang-senang nak pelawa lelaki teman dia. Dahlah jauh tu kat The Zone Stulang Johor Bahru. Mana tak jauh Kulim Kedah dengan Johor Bahru. Paling cepat pun perjalanan 8 jam..
            “Okeylah tu Atul.. dah makan tak payah nak susah hati.. ni Man dah jadi Ultraman selamatkan Atul.. tu lah pemalu sangat dengan lelaki.. sampai sudah tak ada pasangan.. tapi bagus juga Atul pemalu bab macam ni jadi taklah rugi nanti suami Atul dapat Atul. Man kau pun satu jangan asyik nak menyakat saja.. senyumlah Tul!” Abang Lan tersenyum sambil menggelengkan kepala. Macam ni punya orang pun ada… malu tak bertempat.. anak daralah katakan....
            “Terima kasih Abang Lan…” segaris senyuman dihadiahkan buat Abang Lan.
            “Untuk Abang Man tak ada ke terima kasih?” buat lagi dah budak Azman ni.. Abang Roslan membulatkan mata memandang Azman….
            “Sorrylah Abang Lan.. tindakan refleks.. makan.. makan ..” padan muka bisik Rabiatul dalam hati.. aku dah ada backup singa yang baru.. Tiha tak ada, Abang Lan ada…


           
Terpaksa dalam rela Rabiatul Adawiah menemani Azman Adib bershopping. Gila kentang mamat ni shopping kat Kulim tak nak, nak juga pergi Queensbay apalah sangat baju yang nak dibeli macamlah kat Kulim tak ada. Tak pun pergi je kat Perda bukan tak ada shopping complex.. berlambak… pilih je.. demand lebih mamat ni.. luku baru tahu. Ingat dekat agaknya, dahlah makan tadi pergi menyeberang jambatan juga sampai masuk lambat satu jam. Tak pasal kena perli dengan Kak Mon.
            “Apa tema majlis?” laju saja Azman menyoal tanpa didengari oleh Rabiatul yang berkhayal entah sampai kemana. Tak perasan pun.. mengelamun je lebih budak kecik sorang ni.
            “Atul apa tema majlis tu? Kuat sedikit Azman bersuara sambil mencuit sedikit bahu Rabiatul.
            “Ha! Apa dia?” blur betul budak kecik ni.. terpinga-pinga dia memandang wajah Azman.. keliru..
            “Ni Man ulang kali yang ketiga ya.. tema majlis apa?” siap tunjuk jari lagi..
            “Oh tema majlis.. glamourous tapi esklusif, warna yang dibenarkan putih, merah dan hitam sahaja. Warna lain tak dibenarkan..” laju je Rabiatul menerangkan.
            “Ok.. senang saja.. jom kita masuk butik Padini, kat situ banyak pilihan.” macam lembu dicucuk hidung je Rabiatul dibuatnya. Ini majlis reunion sapa agaknya si Jeman ke aku.. Rabiatul membebel di dalam hati, terlebih excited mamat ni berbanding aku… payah..
            Azman ni rupanya seorang yang cerewet tahap gaban, dari satu baju ke satu baju dia tengok tak tahu dah berapa kali keluar masuk bilik persalinan. Masih belum jumpa yang berkenan di hati. Rabiatul yang rela dalam paksa menjadi perunding imej yang tak bertauliah. Dah dekat 1 jam tak ada bayang pun baju apa yang berkenan… pening kepala Rabiatul dibuatnya.. aku yang perempuan taklah cerewet sangat.. sabar ajelah…
            “Atul, boleh pilihkan untuk Man tak? Pening dah ni..” akhirnya Azman sendiri mengalah kepenatan memilih.
            “Betul nak Atul pilih? Tak menyesal? Bagi Atul oleh kerana kulit Man ni kulit orang Malaysia orang melayu taklah susah mananya.. sesuai pakai sut hitam kemeja dalam tu warna merah dan tali leher jalur merah hitam ni.. macam mana boleh tak?” Atul memberi penerangan secara ringkas sambil mengambil baju yang diperkatakan dan diserahkan pada Azman untuk dicuba. Hehehe.. sapa kata Rabiatul Adawiah anak Pak Hishamudin ni tak pandai memilih gaya.. riak dah datang budak kecik ni..
            Sebenarnya dia nampak ada artis tu pakai masa jalan kat karpet merah masa anugerah apa entah artis pun dia sudah lupa.. tapi.. yang penting dia pinjam style artis tu dah bagi kat Azman.. okey apa? Ada gaya mutu dan keunggulan.. macam dunhill pulak.. lagipun hitam itu menawan apa..
            Not bad.. Okey Man setuju..Man cuba dulu ya.. jangan terkejut pulak nanti bila tengok Man kacak sangat..” sempat lagi dia mengenyitkan mata sebelum masuk ke dalam bilik persalinan.. sah-sah kalau orang tengok macam pasangan bahagia menikmati cinta.. tapi.. hampeh..
            Jurujual tu sabar saja melayan karenah pelanggan macam Azman ni.. cerewet ya ampun! Oleh kerana memang itu tanggungjawab mereka telan sahaja demi mencari rezeki.
            “Tara!.. kacak tak Man?” Azman bersuara sebaik melangkah di depan Rabiatul yang tersentak terus memandang.. mak ai!.. terjatuh rahang.. memang berpusing 360 darjah.. ternganga seketika.. tak sangka banget.. si Jeman ni boleh kacak macam ni.. aku salah orang ke ni.. Rabiatul terkedu…
            “Hello! Atul! Udahlah tu.. tutup mulut tu.. nanti berlumba-lumba lalat nak masuk..” terus berubah muka budak kecik ni macam udang kena bakar.. merah menyala kasi dia sampai hangus.. aduyai! Napa aku jadi macam ni… malunya.. mulut Jeman ni pun.. kang cili baru tahu.. Azman suka dengan perubahan budak kecik dihadapannya.. taklah budak ni buta hatinya untuk menerima cinta.. ada rasa juga.. rasa apa? Yang penting bukan rasa oren… rasa untuk dicintai dan menyintai… ada peluang ni…
            “Okeylah not bad! Cepatlah bayar hari dah makin jauh malam, esok nak kerja..” selamba Rabiatul bersuara..hahaha nak cover malu ni.. Jeman ni buat aku malu setahun derr…
            “Itu aje.. hampeh!”Azman mengeluh hampa, hipokrit je tapi dalam hati bergelak sakan ketawakan budak kecik ni..
            “Atul tak nak cari baju?” Azman bertanya setelah membayar pakaian yang dibeli boleh tahan harga tapi puas hati. Rabiatul rasa bersalah menyebabkan Azman berbelanja banyak untuk menemaninya. Tadi dia cuba membayar pakaian yang Azman beli tapi dihadiahkan jelingan maut yang membunuh… takut derr…
            “Tak apalah.. esok aje Atul cari kat Kulim, Atul ingat nak pakai baju kurung saja kalau tak pun jubah ke..” Rabiatul menjawab lembut.
            “Cari sekalilah ada masa lagi ni.. di sini pun ada butik muslimah. Tak jadi hal kalau Atul nak beli pun.. Jom! Lekas kita beli lekas kita balik.” Selamba Azman menarik lengan Rabiatul. Ops! Tak sengaja, nasib baik berlapik... Rabiatul menarik perlahan tangannya, tak selesa sebenarnya.. dada pun sudah lain rentaknya.. mana pernah sebelum ini dia berjalan berdua-duaan dengan lelaki kecuali dengan Abah dan abang-abangnya… Azman ni kan memang selamba gila…
            Mereka masuk ke sebuah butik muslimah, banyak pilihan tinggal lagi mahu atau tidak saja. Rabiatul rambang seketika, dia terpandang satu baju kurung moden berwarna hitam lining merah, bertingkat gitu.. bersulam ditangan serta dibawah baju ada jahitan manik dan dihiasi juga batu-batu dileher yang begitu esklusif sekali.. mak ai! Harga dia ni gaji aku sepertiga bulan… membazir-membazir.. tak naklah.. selamat tinggal baju cantik.. pilih lainlah..
            Azman hanya memerhati gelagat Rabiatul sedari tadi, dah berkenan tu ambil sajalah.. lagi nak pilih yang lain.. Mesti cantik kalau budak kecik ni pakai.. dia pun berkenan dengan baju tu.. cantik sangat.. dia mengumam sendiri. Bila dia melihat Rabiatul melangkah keluar.. laju dia berkata..
            “Atul nak pergi mana tu.. tak nak baju ni ke?”
            “Tak naklah kita cari tempat lain..” lemah saja kata-kata dia dan terus berlalu pergi meninggalkan Azman. Azman dengan cepat meminta jurujual membungkus baju yang Rabiatul berkenan tadi.. mahu.. tapi kedekut budak kecik ni..
            “Nah! Ambik baju ni.. ada tudung sekali kat dalam tu.. jurujual tu kata sesuai dengan Atul.” Entah berapa kali rahang Rabiatul terjatuh dibuat oleh Azman Adib. Ada saja kejutan..
            “Tapi Man.. mahal sangatlah.. tadi saya bukan tak nak beli tapi mahal sangat macam membazir saja.. bukan nak pergi mana pun.. reunion je..” Rabiatul membela diri.
            “Sudah! Jangan banyak songel. Man belanja tanda terima kasih kerana sudi bawa Man temankan Atul pergi reunion nanti. Dah jom kita minum lepas tu kita balik, dah malam ni..” Erk! Jeman dah guna kuasa veto. Lelaki memang macam ni ke?
            Setelah sampai di rumah Rabiatul, Azman menghantar sampai ke depan pintu pagar. Anak dara orang ni lagipun dah lewat.
            “Man. Terima kasih atas segalanya, tak terbalas budi Man kat Atul..” Rabiatul berkata perlahan.
            “Man Okey je.. selamat malam, mimpikan Man malam ni.. jumpa esok. Assalamualaikum..” selepas berkata-kata Azman terus masuk ke dalam kereta tanpa sempat Rabiatul membalas kata-katanya..
            “Walaikumussalam..” balas Rabiatul perlahan.. mimpikan dia ek… tanpa disedari sudah timbul rasa di dalam hati… rasa apa? Rasa oren… Rasa coklat… Kueng! Kueng!


p/s Assalamualaikum pada pembaca, terima kasih kerana sudi membaca. Saya sedia mendengar komen untuk memperbaiki penulisan saya, yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan… Hidup ini indah ~Samiza Ezanie~.

No comments:

Post a Comment