Friday 30 December 2011

Hati seorang ibu

           Tiada apa yang paling membahagiakan hati seorang ibu bila melihat anak-anak mengorak langkah untuk berjaya. Kita sering mendengar ibu sanggup berkorban untuk anak-anak biarpun nyawa terancam, demi anak-anak mereka sanggup harunginya.. kerana anak adalah permata hati bonda.

           Hari ini tanpa disedari airmata ku mengalir bila mendengar cerita anakku, apa yang tak pernah kualami dan kulalui kini anak ku melaluinya. Alhamdulillah.. Cukup gembira bila anak-anak telah melangkah setapak ke setapak untuk berjaya mengapai cita-cita.

           Puteriku sesukar manapun langkahmu aku percaya sebagai ibu putriku mampu melalui segala rintangan. Kami sentiasa mendorong di belakangmu, kami tidak akan sesekali melepaskanmu keseorangan. Kerana tawamu adalah tawa kami tangisanmu adalah tangisan kami.. segala bebanmu adalah beban kami. Kerana kau Anugerah terindah yang Allah berikan pada kami. Mendengar kamu terpilih menjadi salah seorang peserta Trans Java-Bali Biodiesel 4th edition UTM Skudai kami mengucap syukur. Impianmu adalah impian kami. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.. mudah-mudahan misi kamu berjaya. Jangan mudah patah semangat untuk mencari sponsor dan membuat kerja-kerja amal untuk melaksanakan misi ini. Kami sentiasa sudi menghulurkan tangan untuk membantu kamu. Pada saudara-mara dan rakan-rakan yang sama-sama menghulur bantuan dan sumbangan hanya ucapan terima kasih yang mampu kami berikan. Mudah-mudahan Allah akan membalas budi kalian.

         Putera Kedua ku jangan berputus asa dengan khabar-khabar angin yang datang, terus berusaha untuk menjadi Chef yang berjaya. Biarpun apa jua yang datang, tempuhi dengan hati yang matang. Berfikir secara rasional kerana kamu mampu mengalasnya. Tahniah untuk kamu anakku kerana telah mencapai keputusan peperiksaan yang baik biarpun tidak mendapat full mark namun kami percaya kamu telah mencuba sebaik mungkin. Mudah-mudahan tahun 2012 yang akan datang kamu akan mewakili sekali lagi Battle of the Chef. dan kali ini mudah-mudahan kamu akan mendapat Gold medal. Kami sentiasa mendoakan kejayaan kamu. Terima kasih pada kamu anakku...kamu adalah anugerah terindah Allah pada kami.

        Putera Bongsu mudah-mudahan kamu akan membuat yang terbaik dalam SPM 2012. Ini adalah langkah pertama untuk kamu melangkah jauh ke depan. Buatlah persediaan dan perancangan yang terbaik. Kami sentiasa mendukung kamu kerana kejayaan dan kebahagiaan kamu turut kami rasai. Tahniah untuk kamu kerana telah terpilih menjadi Presiden PKBM. Jalankan tugasmu dengan sebaiknya, Sebagai pelajar senior di asrama jangan sesekali berlagak tinggi kerana kamu pernah merasai betapa tak seronoknya bila dilayan kurang baik oleh pelajar senior. Jadilah seorang insan yang sentiasa berfikiran positif dan terbuka.. terima kasih anakku kamu adalah anugerah terindah dari Allah.

       Kakak, Abang dan Adik ingatlah biarpun dimana kamu berada Mak dan Abah sentiasa ada untuk kamu kerana kamu adalah kebahagiaan kami. Kesunyian cukup kami rasai bila semester bermula kerana kami hanya tinggal berdua. Cukup sukar untuk kami lalui namun demi kejayaan kamu anak-anak kami sanggup melaluinya... Mak abah sayang kamu bertiga...


Samiza Ezanie
2.49pm
31/12/11

No comments:

Post a Comment