Tuesday 24 July 2012

Bila Hati Sudah Terluka....


Hanya Aku Cintakan Kau Seorang - Farique Nadzir

Kau hadir tanpa ku sedari,
Mengisi kekosongan hati,
Kini kau pergi tinggalkan ku,
Lemas ku dalam sepi

Hujan yang turun ke bumi,
Membawa rindu yang mengunung,
Kau biarkan ku oh sendiri,
Malam ku tanpa mimpi


Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan,
Hanya aku cinta kau seorang,

Mengapa tangan kau lepaskan,
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku,
Menghapus rasa rindu



Bila dihayati lagu ini boleh membuatkan kita menangis, benda yang dah lepas usah dikenangkan kerana ia akan terus menjadi sejarah dalam hidup kita. Sejarah memang tak boleh dilupakan. Bila ia terkesan dalam hidup kita ia seolah menjadi satu bom jangka yang akan meledak bila-bila masa namun apa gunanya lagi untuk dia meledak sedangkan hakikatnya sudah tiada apa.

Menyesali sesuatu perbuatan adalah baik namun bila penyesalan itu sudah terlambat ianya tiada memberi erti apa-apa. Masa akan mengubat hati kita namun tidak semudah yang dikata kerana bila kesilapan itu adalah dari kita sendiri.

Benar bila dia ada disisi kita.. kita sering terlupa akan kebaikan dia, kita lukakan dia tanpa kita sedar ianya memberikan kesan yang amat dalam pada dia. Kita tidak sedar betapa kecewanya dia dengan sikap kita kerana kita terlalu pentingkan diri kita sendiri. Hakikat ini sukar untuk diterima oleh dia dan dia terpaksa melangkah pergi untuk tidak terus melukakan hati dia sendiri.

Tahukah betapa tersiksanya dia dengan sikap kita sehinggakan orang disekeliling tidak sanggup melihat penderitaan dia. Apatah lagi orang yang paling rapat dengan dia. Melihat airmatanya tumpah sudah cukup menyiksakan mereka namun kita lupa kita tak sedar kita tak hargai dia langsung… Hakikat untuk dia terima kita adalah mustahil dan apakah jalan kita untuk dia terima kita kembali? Adakah mendekati keluarganya, rakannya atau sesiapa saja yang rapat dengan dia? Menjadi stalker yang tak bertauliah untuk mengetahui segala perkembangan dia? Adakah itu jalan yang bijak? Sebenarnya itu bukanlah jalan yang baik kerana dia akan lebih membenci kita.

Jalan yang terbaik adalah biarkan dia menjadi dirinya sendiri. Biarkan dia menjalani hidup tanpa gangguan kita kerana kita harus yakin jika benar jodoh dia dengan kita dia akan datang pada kita dengan sendirinya. Jangan paksa dia untuk terima kita kerana ia akan menjadikan benci itu semakin dalam.. Biarkanlah dia.. Usah kita memaksa dia dengan cara yang keterlaluan.  Hentikan semuanya agar tidak terus melukakan hati dia..

Siapa kita untuk mengubah diri dia? Apa hak kita untuk paksa dia? Mungkin kita rasa apa yang kita buat selama ini betul tapi hakikatnya tidak. Siapa kita untuk mahukan kesempurnaan sedangkan tiada seorang pun yang sempurna. Kita adalah insan yang serba kekurangan. Pasangan kita akan menyempurnakan kekurangan kita.. begitulah juga sebaliknya… Jadi terimalah dia seadanya.. jangan paksa dia untuk menjadi apa yang kita mahu biarlah dia berubah dengan kerelaan dan keikhlasan hati dia. Perbaiki diri kita dan muhasabah diri kita perbetulkan kekurangan kita.. sudah cukup atas apa yang berlaku.. hentikan semuanya..

Andai dia milik kita.. dia tetap milik kita… Percayalah… carilah kemaafan dari dia dengan penuh rasa hormat. Hargai dan hormati pendirian dia. Dekati dia tanpa melukakan hati dia..


Siapa pun dia dihati kita .. percayalah jika dia jodoh kita dia kan tetap milik kita…
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda. Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati


Biarkan dia jadi diri dia sendiri…
Samiza Ezanie.
25/07/12 11.55am

No comments:

Post a Comment