Tuesday 3 July 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 19


BAB 19

            Azman membawa Rabiatul ke klinik panel untuk membuat pemeriksaan, mereka sudah menelefon ke ofis mengatakan mereka masuk lambat sedikit hari ini. Azman memegang erat jemari Rabiatul, keterujaan untuk mengetahui sama ada Rabiatul mengandung amat tinggi sekali. Sudah banyak rancangan dikepalanya andai keputusannya nanti positif. Andai tidak dia akan meminta nasihat doktor bagaimana untuk mendapatkan zuriat dengan cepat. Memang tak sabar budak Jeman ni…
            Tidak ramai pesakit awal pagi ni, mereka berdua membuat pendaftaran dan setelah selesai mereka duduk di kerusi yang disediakan. Ada seorang bayi mengamit perasaan Rabiatul, lantas dia mendekati dan bertanya ramah. Azman hanya memerhati keterujaan si isteri.
            “Kak, baby ni demam ya?” tanyanya ramah. Ibu yang sedang ralit dengan bayi itu lantas menoleh bila dia diajukan soalan.
            “Demam kuning dik, baru dua minggu lahir.. mak dia kat dalam sedang di ambil darah. Doktor kata tadi kena bawa ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Adik demam juga ke?” jawab Ibu itu ramah sambil mengajukan jua soalan.
            “Taklah kak, nak buat pemeriksaan sama ada mengandung atau tidak. Tak sabar rasanya nak tahu, Alhamdulillah hari ini tak ramai sangat orang.” Rabiatul menjawab sambil tangannya mencuit pipi bayi yag sudah lena. Comelnya dia..
            “Oh! Macam tu ke? Anak pertama ke ni?” soal Ibu itu lagi.
            “Ya kak, ni yang teruja sangat,” Rabiatul menjawab sambil tersenyum mesra sambil melirik pada Azman yang memerhati sedari tadi.
            “Rabiatul Adawiah Binti Hishamudin!” jururawat yang bertugas memanggil nama Rabiatul, Azman mengamit isteri untuk bertemu doktor. Rabiatul sempat memberikan sedikit saguhati kepada bayi yang baru ditemui. Mak kata kalau kita memberi sesuatu kepada bayi akan cepat dapat bayi juga. Entah betul entah tidak tapi apa salahnya kita ikut kata-kata orang tua jika ianya tidak membebankan.
            “Assalamualaikum doktor,” Azman memberi salam semasa mereka membuka pintu. Rabiatul hanya tersenyum.
            “Walaikumussalam, Oh!Azman, ingat siapa tadi… isterinya kenapa ni?” jawab Doktor Zarina mesra. Azman dan Zarina sudah lama kenal mereka belajar satu Universiti cuma bidang yang berlainan dan sama-sama bergiat dalam teater. Patutlah pandai kau berlakon ya Jeman.. bekas pelakon teater rupanya…
            “Macam ni Zar, wife aku ni dah terlewat seminggu periodnya.. cuba tolong periksa kenapa?” Azman terus menerangkan, Rabiatul memandang pelik wajah Azman dan doktor itu silih berganti. Biar betul abang ni beraku berkau dengan doktor ni.. kawan dia ke? Gumam Rabiatul di dalam hati, Azman yang sudah terperasan wajah isteri yang berkerut lekas menerangkan.
            “Sayang, Zar ni kawan abang satu Universiti… masa majlis kita kan Zar datang dengan husband dan anak dia yang comel tu. Sayang ingat tak?” Azman memberitahu sebelum timbul salah faham. Doktor Zarina seronok melihat kebahagiaan Azman.
            “Tak ingatlah bang ramai sangat kawan abang masa tu. Tak pe kita buat pemeriksaan dulu nanti kita cerita panjang. Abang jangan risau ya.. sayang okeylah. Abang ni gelabah saja dari tadi. Zar, husband saya ni memang macam ni takut saya salah faham tapi saya okey saja. Cuma sayang pelik abang ni jarang beraku kau dengan kenalan perempuan tu yang berkerut dahi tadi… abang ni..” satu cubitan lembut hinggap dilengan Azman dan terburai tawa Zarina dan Rabiatul serentak. Azman hanya mampu tersenyum.
            “Rabiatul mula-mula saya akan buat urine test. Ambil bekas ni nanti jururawat saya bagi tahu langkah seterusnya.” ujar Doktor Zarina sambil memberikan bekas kecil untuk Rabiatul meletakkan urine di dalamnya.
            “Sayang nak abang teman tak?” Azman menyoal lembut sambil mula berdiri. Aduhai! suami aku ni pun dah macam aku ni bayi kat luar tu dibuatnya. Rabiatul lekas berkata.
            “Abang, tak payahlah. Abang duduk sini saja biar sayang pergi sorang je. Abang ni boleh jangan risau sangat tak? Abang bual dengan Zar ya…” Azman kembali duduk. Jeman kalau nak risau pun biarlah kena tempat.. aish!
            “Man, kau ni tak padan betullah. Aku tak sangka macam ni kau punya romantik kat bini ya.” Doktor Zarina mengusik Azman setelah Rabiatul hilang dari balik pintu.
            “Sapa tak sayang bini wooo!!” Azman menjawab tak mahu mengalah.
            “Orang lain pun sayang bini juga tapi tak macam kau ni..  mana kau dapat bini kau ni?” Doktor Zarina mengorek rahsia.
            “Satu tempat kerja bini aku ni. Duduk satu pejabat selama 6 tahun kemudian rapat 3 bulan dan kami bernikah..” terang Azman pendek.
            “Lama tu kau bercinta ya.. 6 tahun. Tahan pulak kau ya lama-lama.” Usik Doktor Zarina.
            “Kenal 6 tahun bukan bercinta 6 tahun, aku jatuh cinta kat dia masa aku temankan dia pergi reunion 7 bulan lepas. Tak sampai 24 jam untuk aku jatuh cinta kat dia masa aku tahu dia nak pelawa aku pergi reunion. Kau tahulah perempuan tentulah malu nak pelawa lelaki temankan dia,  nasib baik kawan satu ofis kami pecah lubang awal-awal. Akulah yang memulakan langkah, kau tahu  tiga hari bersama dia aku bahagia sangat dan aku tak pernah rasa perasaan itu sebelum mengenali dia biarpun aku dah pernah bertunang dulu dengan orang lain. Kau tahu dia melengkapkan hidup aku dan aku tak nampak kekurangan dia. Dia memang serius kat ofis tapi bila dengan keluarga dan kawan-kawan rapat memang simple sangat. Aku rasa dunia ni aku punya bila dia ada bersama aku. Dia adalah nyawa aku dan segalanya untuk aku. Kuasa cinta dia memang kuat dan aku bahagia sangat..” gila jiwang Jeman ni rupanya. Doktor Zarina ketawa mendengar cerita Azman. Untunglah Rabiatul.
            “Jiwang tak ingatlah kau ni beb. Boleh runtuh dinding klinik aku ni dengar ayat-ayat cinta kau ni.. Untunglah!” Doktor Zarina berkata dengan sisa tawanya.
            “Gila tak untung.. jejaka idaman Malaya…Kau ni.. aku jiwang untuk bini aku je ya.. tak salah kan?” Azman membela diri.
            “Memang tak salah tapi ayat… membunuh jiwa…” usik Doktor Zarina lagi diiringi ketawa yang lepas..
            “Gelak! Gelak! Kau ni gelaklah puas-puas.” Geram Azman dengan usikan Doktor Zarina.
            “Ala beb! Itu pun nak touching ke? Hampeh lah kau ni..” jawab Doktor Zarina.
            “Touching lah!” salah ke aku cinta isteri aku sebegini gumam Azman sendiri
            “Buruk beno orang dah masuk 3 series ni bercinta dan berkawin. Dahlah boleh mati ketawa aku dengan perangai kau ni..” Doktor Zarina menghentikan usikan. Azman mendengus geram. Sah! Kalau pesakit dia nampak mahu dikata mereka dah salah klinik. Doktor Zarina dah terputus fius. Nasib kaulah Jeman dapat kawan macam Doktor Zarina tu…
            Pintu dibuka dari luar dan Rabiatul melangkah masuk, lekas Doktor Zarina menggamit Rabiatul untuk baring di atas katil untuk membuat pemeriksaan yang selanjutnya. Sempat dia menghalang Azman dari menyibuk untuk melihat apa yang dia buat untuk memeriksa Rabiatul. Duduk diam-diam tak boleh ke Jeman?
            Mereka menunggu keputusan urine test dari makmal sambil itu mereka sempat berbual berkaitan kesihatan ibu mengandung dan cara penjagaan ibu mengandung. Dari degupan jantung dan nadi boleh dikatakan  80 peratus Rabiatul mengandung tapi Doktor Zarina lebih suka memberitahukan dengan bukti yang kukuh iaitu urine test.
            Jururawat yang ditugaskan menghantar keputusan urine test kepada Doktor Zarina, nampak sangat rasa tidak sabar Azman dan Rabiatul dari ekpresi muka. Doktor Zarina menyemak seketika sebelum memberitahu apa keputusan yang diterima. Akhirnya segarit senyuman dihulurkan buat dua insan dihadapannya.
            “Man, Rabiatul tahniah awak mengandung 5 minggu. Jaga kesihatan awak ya, jangan  buat kerja yang berat-berat dan jangan penat sangat. Pastikan rehat yang cukup dan jaga pemakanan awak, ambil makanan yang menyihatkan saja. Man kau jagalah isteri kau ni jangan kau buli dia pulak..” ucap Doktor Zarina.
            “Betul ke Zar isteri aku mengandung?” soal Azman tidak percaya.
            “Yup! dah 5 minggu..” tegas Doktor Zarina.
            Tanpa rasa malu Azman memeluk isterinya erat dengan titisan airmata, syukur pada Allah kerana akhirnya mereka berdua dikurniakan zuriat. Rabiatul membalas pelukan Azman dan Azman mengucup lembut dahi isterinya dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk isteri tercinta. Kebahagiaan mereka akan lebih bermakna bersama anak mereka nanti. Setelah agak lama mereka begitu Doktor Zarina bersuara.
            “Man, aku tahu kau teruja sangat tapi janganlah peluk isteri kau tu kuat-kuat sakit tahu.” Azman hanya mempamerkan senyuman namun isteri dalam pelukan tak juga dilepaskan cuma dilonggarkan saja. Merah muka Rabiatul menahan malu dengan sikap lepas laku mereka berdua.Tindakan refleks beb… budak berdua kalau terlebih gembira macam orang dah tertanggal skru.
            “Rabiatul ini ada beberapa vitamin yang perlu diambil semasa awak mengandung. Pastikan jangan buat kerja lasak ya. Rabiatul tak kena morning sickness ke?” Doktor Zarina bertanya. Mengikut kebiasaannya bila di awal tempoh mengandung ibu akan mengalami morning sickness.
            “Tak ada pulak, cuma…. yang Atul perasan Atul kuat makan je. Mudah rasa lapar, makanan yang Atul tak suka pun boleh makan macam tak ada apa je..” jawab Rabiatul berterus terang.
            “Patutlah Atul tak perasan Atul mengandung, tak apalah mungkin anak dalam perut tu tak nak susahkan ibu dia. Tahniah sekali lagi.” Doktor Zarina menghulurkan tangan bersalaman.
            “Zar, dah tak ada apa lagi kan? Lau tak ada apa lagi, aku balik dululah tak sabar nak beritahu mak ayah aku dan mak abah mertua aku pasal berita gembira ni.” Azman dengan lembut meminta diri.
            “Tak ada apa lagilah cuma ambil vitamin kat farmasi dan kad untuk pemeriksaan ulangan di masa akan datang.” Terang Doktor Zarina.
            “Okey, Zar thanks ya. Aku balik dulu..” Doktor Zarina hanya mengangguk. Dia memeluk erat Rabiatul sambil berpesan untuk menjaga kandungannya. 
            Azman meminta Rabiatul duduk dibangku yang disediakan untuk dia mengambil ubat dan kad di kaunter. Selepas ini dia akan memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang untuk Rabiatul. Sesekali dia memandang Rabiatul yang turut memandangnya dan mereka berbalas senyuman kebahagiaan.
            Mereka meninggalkan klinik dengan hati yang senang. Alhamdulillah akhirnya zuriat yang dinantikan akan lahir jua. Sebelum memulakan pemanduan Azman mengkhabarkan berita bahagia ini untuk kedua orang tua mereka. Datuk dan nenek mereka pun turut mengucapkan tahniah akan kemunculan cucu baru mereka nanti. Rasa syukur dipanjatkan Allah yang Esa.

p/s Selamat membaca - Samiza Ezanie....

2 comments:

  1. Apa yang akan berlaku pada bab 21?? tak sabar nk tahu apa yang bakal terjadi..

    ReplyDelete