Friday 20 July 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 21


BAB 21

            Tiba saja di hospital mereka bergegas ke wad kecemasan, mereka bertanya di kaunter berkaitan Azman. Tidak jauh dari situ mereka melihat Mr. Lee duduk berbual bersama-sama Abang Radhi. Mereka bertiga terus menemui mereka. Tanpa bicara sepatah kata Rabiatul memeluk erat Abang Radhi dan melepaskan segala kesedihan di dada Abang Radhi. Abang Radhi membalas pelukan Rabiatul sambil memberi kata-kata semangat. Secara kebetulan dia berada di Kuala Lumpur menghadiri seminar. Ibubapa mereka dalam perjalanan bersama Abang Raffi. Mungkin sebentar lagi mereka akan sampai.
            Setelah agak tenang Abang Radhi membawa Rabiatul duduk dibangku yang berada disitu. Alif sempat bersalaman dengan Abang Radhi, Mr. Lee dan seorang pemuda yang memperkenalkan diri sebagai Farhan Afif. Mr. Lee sugguh setia menunggu Azman tanpa banyak bicara dan dia juga yang menguruskan segala keperluan Azman sebelum ketibaan ahli keluarga Azman dan Rabiatul. Dia juga yang menandatangi pembedahan Azman disamping seorang pemuda yang hanya mereka kenali sebagai Farhan Afif. Menurut Mr.Lee pemuda itulah yang membawa Azman ke hospital. Siapa pun dia hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan. Biar Allah saja yang membalas jasa-jasa mereka. Tanpa mengira bangsa, adat dan keturunan mereka saling membantu.
            Saat ini Azman masih lagi di dalam bilik pembedahan, Azman mengalami kecederaan teruk dikepala akibat hentakan kuat yang diterimanya semasa kemalangan tadi. Rabiatul hanya mendiamkan diri, dia meminta izin ke bilik solat untuk dia mengambil wudhuk, dia ingin solat asar sekaligus mendoakan abang. Sebagai abang kandung dan sulong menjadi tanggungjawab dia menjaga keduanya. Abang Radhi meminta Tiha menemankan Rabiatul. Saat ini Rabiatul perlukan sokongan semua orang.
            “Abang adik mana?” itu soalan pertama yang diajukan Abang Raffi saat tiba.
            “Adik solat kat bilik solat hujung sana, mak abah mana?” Abang Radhi mencari kelibat mak dan abah.
            “Mak dengan abah solat kat surau dengan mak ayah Azman, dia orang pun baru sampai. Sapa bawa adik datang hospital bang? Man macam mana?” terang Abang Raffi sambil mengajukan soalan.
            “Kawan adik satu ofis, Tiha dengan Alif. Man masih kat dalam bilik bedah, Abang jumpa doktor tadi keadaan Man agak kritikal… sekarang ni dia orang tengah berusaha menyelamatkan Man dah lima jam dia kat dalam tu. Mudah-mudahan Man selamat. Abang risau keadaan adik dia tak banyak bercakap dia macam pendam segala perasaan dia. Fi pergi tengok adik.. lagipun adik sekarang ni tengah mengandung agak bahaya untuk dibiarkan bersendirian.” penerangan Abang Radhi makin merisaukan Abang Raffi. Abang Raffi melangkah perlahan ke bilik solat untuk menemui adik satu-satunya. Saat ini Allah tengah menguji mereka tiga beradik dan dia berharap sangat Allah memberikan kekuatan pada mereka untuk menghadapi segalanya.
            Farhan Afif yang duduk dibangku memerhati betapa akrabnya ikatan kekeluargaan Azman dan Rabiatul. Ada cerita antara dia dan Azman sebenarnya, subuh tadi Azman menghantarnya ke klinik akibat kepalanya yang sakit. Masa itu dia di tepi kolam renang berehat seketika selepas menyiapkan breakfast untuk para peserta kursus di hotel dia bekerja. Dalam keadaan tidak sihat dia menyiapkan juga menu dalam jangka masa yang ditetapkan, reputasi hotel berada ditangannya sebagai Chef. Untung dia hanya ditugaskan untuk menyediakan breakfast saja, kalau tidak mahu terbalik dapur dibuatnya dengan keadaan dia tidak sihat.
            Azman masa tu pun berada di kolam renang sambil bercakap di telefon dengan seseorang mungkin isteri dia tadi agaknya. Saat dia nak bangun tiba-tiba dia gelap mata, Azmanlah yang memapahnya dan terus membawa dia ke klinik biarpun mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Tengahari tadi dia nak pulang ke rumah setelah berehat seketika di hotel, tapi bila melihat orang ramai berkumpul dia mendekati dan melihat Azman terbaring dan cedera lantas dia meminta mereka mengangkat Azman ke keretanya untuk dibawa ke hospital. Azman dipindahkan dari Hospital Putrajaya ke HKL.
            Abang Raffi menemui Rabiatul yang berada di bilik solat, terlihat kelibat Tiha yang berdiri menyandar di dinding balik pintu. Abang Raffi faham tentang keakraban Tiha dengan Rabiatul dan dia mengerti mengapa Tiha begitu sedih sekali.
            “Tiha adik mana?” soal Abang Raffi. Tiha hanya memberikan isyarat yang Rabiatul di dalam bilik solat. Terdengar sayu suara adik membaca surah yassin, saat ini sokongan dan dorongan adalah penting untuk memberikan semangat pada adik. Mereka menunggu sehingga Rabiatul habis mengaji. Telefon Abang Raffi berbunyi, lekas dia menyeluk poket. Dia berbual seketika.
            “Tiha panggil adik, doktor nak jumpa,” perintah Abang Raffi lembut. Tiha melangkah ke dalam bilik solat dan memberitahukan tentang perkhabaran yang baru diterima. Rabiatul terus meluru keluar tapi sempat dipaut oleh Abang Raffi.
            “Adik, jangan berlari.. jaga kandungan adik. Jom abang bawa adik,” tutur Abang Raffi lembut. Rabiatul hanya memandang Abang Raffi dengan wajah sayu, tak mampu untuk berkata pun. Tiha mengekori mereka tanpa banyak bicara.
            “Awak isterinya ke?” soal Doktor Fuad lembut. Hanya anggukan sebagai jawapan.
            “Suami awak sudah selamat dibedah, buat masa ini kami letakkan beliau di unit rawatan rapi untuk pemantauan. Kita tengok dalam 24 jam ini tindak balas dia terhadap ubat yang kami berikan. Untuk pengetahuan, beliau masih tak sedarkan diri. Kami tidak tahu bila beliau akan sedar mungkin mengambil masa sedikit. Boleh dikatakan dia dalam keadaa koma. Kita berdoa saja moga ada tindak balas positif dari suami puan.” Doktor Fuad menerangkan keadaan Azman.
            “Apa kecederaan yang beliau alami?” soal Abang Radhi.
            “Kecedaraan beliau agak parah di kepala, tulang belakang retak dan patah kaki kanan, buat masa ini kami dah berjaya mengeluarkan darah beku dikepala cuma macam saya kata tadi kena tunggu 24 jam .” terang Doktor Fuad lagi.
            “Boleh saya jumpa suami saya?” akhirnya bersuara juga Rabiatul.
            “Sepatutnya hanya seorang dibenarkan masuk tapi memandangkan keadaan puan yang tidak stabil kami membenarkan ibu atau bapa suami puan menemani puan.” Rabiatul memandang mak dan ayah mertuanya.
            “Mari! Ayah temankan Atul,” ucap Pak Hamzah sambil mendekati Rabiatul.
            “Abang, bawa menantu kita baik-baik, sampaikan salam saya pada Man..” saat kaki mahu melangkah pesanan itu di titipkan dari Puan Halida ibu Azman. Rabiatul memandang sayu wajah ibu mertuanya lantas dipeluk erat, dia tahu perasaan seorang ibu yang sedang kesedihan.
            “Atul..” panggil Pak Hamzah perlahan, Abang Radhi menepuk perlahan bahu Rabiatul yang sedang larit dengan perbuatanya.
            Melangkah masuk kebilik Azman membuatkan kedua mereka semakin sebak, akhirya dibiarkan saja airmata laju menuruni pipi. Wayar berselirat di sana sini dengan kepala yang berbalut, kaki yang bersimen dan luka-luka kecil dimuka dan tangan. Rabiatul mencari kekuatan untuk memberikan semangat pada insan yang dicintai sepenuh hati. Dilapkan airmatanya supaya jangan terus mengalir dia perlu menyuntikkan semangat untuk abang, orang yang koma akan mendengar kata-kata yang diluahkan.
            “Assalamualaikum abang, sayang dengan baby datang.. abang.. kena cepat sembuh, abang kena kuat sebab abanglah kekuatan sayang dan baby. Kalau abang lemah nanti kami pun lemah. Jadi abang kena lekas bangun dan kita boleh sama-sama jaga baby. Abang tahu tak bila dengar abang kemalangan seakan melayang nyawa sayang tapi sayang tahu abang seorang yang kuat… Kami tunggu abang… bangun ya bang… kami tunggu abang.” Pak Hamzah memeluk erat bahu Rabiatul dia sendiri tidak mampu menahan airmatanya. Sungguh berat dugaan buat mereka berdua tapi dia tahu ada hikmah disebalik semua kejadian ini. Mudah-mudahan sinar kebahagiaan akan melingkari rumahtangga Azman dan Rabiatul.
            “Atul, biarkan Man rehat kita mohon pada Allah moga Man lekas baik ya.. Mari nak,” Rabiatul mengangguk perlahan. Dia memegang erat jemari Azman dan kalau boleh dia mahu sentiasa di sisi Azman menunggu Azman sedarkan diri tapi agak mustahil untuk Azman sedarkan diri diwaktu terdekat ini dan dia faham dia harus kuat agar orang disekeliling dia turut kuat macam dia.
            “Abah, jap ek..” Rabiatul mengucup perlahan dahi Azman dan terasa syahdu dihatinya. Dirapatkan bibirnya ke telinga Azman dan dibacakan selawat dan syahadah mudah-mudahan Azman mendengar dan tahu bahawa mereka semua sayangkan dia.
            “Abang kena kuat dan lekas sembuh demi sayang dan baby.. kami tunggu abang, abang… sayang nak abang tahu yang abang adalah nyawa sayang dan baby. Mudah-mudahan cinta kita akan terus kekal abadi.. hidup bahagia selamanya. Abang kan dah janji nak jaga sayang dan anak-anak. Nak satu team bola kan? Nak jadi hebat macam Safee Sali dan penjaga gol terbaik macam Khairul Fahmi Che Mat… merepek pulak sayang ni kan…Okey… abang rehat ya… nanti sayang dengan baby datang lagi… saya cinta awak ketat-ketat tahu… sayang akan kuat semangat demi abang dan baby. Kalau sayang lemah nanti baby mesti lemahkan… jadi sayang kuat macam abang. Kami tunggu abang…” hanya Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hati Rabiatul. Apa yang penting sekarang ini dia harus kuat demi suami yang tercinta.
            Sebelum melangkah keluar Rabiatul memandang sekali lagi suami yang dicintai, mudah-mudahan ada sinar kebahagiaan buat mereka berdua. Saat ini Allah menguji ketabahan dan kekuatan cinta mereka. Bukan mudah untuk dia mengharungi demi suami dan keluarga kedua belah pihak dia akan menguatkan semangat dan setabah yang mungkin. Ya Allah! Selamatkanlah suamiku…

            “Assalamualaikum Puan,” Farhan Afif menyapa Rabiatul yang sedang leka merenung keluar jendela. Sudah dua minggu keadaan Azman masih tidak sedarkan diri. Selama dua minggu jugalah Rabiatul sentiasa berada di sisinya, biar dipujuk dirayu agar berehat di apartment yang telah disediakan oleh pihak syarikat namun tidak diendahkan. Ada saja alasan agar dia tidak meninggalkan Azman. Ralit sangat dia dengan pemandangan diluar, Farhan Afif bersuara lagi.
            “Assalamualaikum puan..” kali ini agak kuat dia bersuara. Rabiatul memalingkan muka sambil menjawab salam dengan suara yang lemah.
            “Waalaikumsalam Han.. maaf tak perasan awak datang.”
            “Tak apa.. puan rehatlah dulu biar saya tengokkan suami puan, saya ada bawakan makanan untuk puan.. pergilah makan dulu. Sikit pun tak apa puan makan.. jangan dibiarkan perut itu kosong. Kesian dengan bayi dalam kandungan puan.. puan kena jaga kesihatan puan dan bayi, kalau puan sakit siapa nak jaga suami puan. Puan perlu sihat dan bertenaga untuk menjaga suami puan.. maaf banyak cakap pulak… puan pergilah rehat.” Panjang juga nasihat Farhan Afif untuk Rabiatul yang hanya mendiamkan diri mendengar kata-kata Farhan Afif. Rabiatul menarik nafas perlahan, terharu dengan keperihatinan Farhan Afif yang sudi menjenguk dia sepanjang dua minggu ini.
            “Han, terima kasih.. tapi saya tak lapar lagi.. saya dah minum susu tadi. Letaklah situ dulu, nanti bila saya lapar saya makan ya.. awak tak yahlah risau.. saya dan baby okey. Kami kena kuat baru abang kuat..” lemah dia menjawab.
            “Puan, saya faham perasaan puan tapi puan perlu rehat.. kalau puan nak balik apartment pun saya hantarkan. Saya akan jaga suami puan, saya janji saya akan jaga dia baik-baik.. puan berehat ya?” tidak putus asa Farhan Afif memujuk.
            “Han.. jangan panggil saya puan.. panggil saya Atul saja. Han, sejujurnya saya memang tidak mahu kemana-mana saya mahu bila abang sedar dari koma.. sayalah orang pertama yang abang tatap. Saya nak jadi orang pertama Han, saya tidak mahu bila abang sedar nanti orang lain yang abang lihat dulu. Tak adil untuk dia Han, abanglah kekuatan saya Han.. jika saya tiada disisi abang, saya akan lemah Han. Saya harap Han faham… terima kasih sebab ambil berat pasal abang dan saya. Awak telah banyak tolong kami Han. Sebelum ni kami tak kenal awak pun tapi kenapa awak baik sangat Han?” lembut Rabiatul berbicara.
            “Atul.. saya rasa saya tak ada jawapan pada soalan Atul cuma saya rasa terpanggil untuk mendekati dan mengenali insan sebaik Azman. Atul.. Man memang seorang yang baik tanpa mengenal siapa saya dia sanggup menyelamatkan saya dan membawa saya ke klinik dan saya rasa tak salah untuk saya membalas kebaikan dia biarpun saya tahu pertolongan dia ikhlas pada saya dan dia tidak pun meminta balasan. Apatah lagi bila mengenali keluarga Man saya rasa selesa dan saya nak mengenali mereka lebih rapat. Boleh kita bersaudara Atul?” cermat Farhan Afif berbicara.
            “Insyallah Han.. memang kita dah bersaudara pun.. saudara seislam.” Jujur saja jawapan yang keluar dari mulut Rabiatul.
            “Terima kasih Atul.. dan pergilah berehat. Saya tahu Atul nak jadi orang pertama bila Man sedar tapi Atul kena ingat doktor kata tak mungkin dia akan sedar dalam masa terdekat  kerana doktor berikan dia ubat untuk meredakan bengkak dikepalanya. Demi Man dan baby tolong dengar kata-kata saya..” masih tidak berputus asa Farhan Afif memujuk.
            “Kenapa awak baik sangat Han?” soal Rabiatul lagi. Pelik dengan sikap Farhan Afif. Mamat ni dah kenapa agaknya..
            “Kan kita saudara seislam… tolong dengar kata-kata saya..” Farhan Afif memandang terus ke dalam mata Rabiatul yang redup ada getaran yang sukar dimengertikan di dadanya. Getaran yang sama semasa mereka bertemu buat kali pertama. Rabiatul menghadiahkan segarit senyuman nipis dan mengambil bekalan yang dibawa Farhan Afif dan dia kesudut bilik yang telah tersedia meja dan kerusi untuk mereka yang melawat berehat. Bilik rawatan Azman agak luas dan selesa untuk mereka semua dan Azman. Semuanya ditanggung oleh pihak syarikat dan insuran yang dibeli oleh Azman.
            Farhan Afif mendekati Azman dan memandang sayu wajah yang pucat dan lesu tak bermaya, agak memeranjatkan bila diberitahu yang Azman sengaja dilanggar oleh Farah bekas tunang Azman. Akibat pelanggaran itu Farah gagal mengawal kenderaan yang dipandu dan terbabas melanggar pokok. Farah meninggal dunia ditempat kejadian kerana mengalami pendarahan teruk dikepala.
            Menurut cerita keluarga Farah, Farah yang meminta untuk putuskan pertunangan kerana dia mempunyai kekasih lain. Namun kebahagiaan yang Farah harapkan tidak kesampaian kekasihnya tidak mahu bertanggungjawab setelah mengetahui Farah mengandung akibat ketelanjuran mereka. Farah mencari Azman semula tapi pada ketika itu Azman telah bertunang dengan Rabiatul. Dia tidak pernah kenal erti putus asa terus mengganggu Azman sehingga Azman membuat lapuran polis kerana tidak tahan dengan gangguan dan ugutan dari Farah.
            Farah begitu obses untuk membalas dendam dengan penolakan Azman. Apatah lagi bila mendengar yang Rabiatul telah mengandungkan anak Azman, dia sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan hidup Azman. Diari yang berada di dalam kereta telah menjadi bahan bukti yang kuat untuk mendakwa Farah tapi Rabiatul dan keluarga telah berbincang sesama mereka untuk tidak mendakwa Farah. Bagi mereka tidak perlu mendakwa dan membuka keaiban orang yang telah tiada. Biarlah Allah yang membalas semua kebaikan dan kejahatan itu.
            Ketulusan dan kebaikan Rabiatul sekeluarga membuatkan Farhan Afif teruja untuk mendekati mereka. Rabiatul banyak menyedarkan dia bahawa berdendam dan membenci sesama manusia tidak menjadikan apa kerana sebelum ini dia memang ada menyimpan dendam pada wanita. Hanya kerana dia ditinggalkan setelah seminggu mereka dinikahkan atas permintaan Datuk Asri datuk Haliza yang sedang tenat ketika itu dan kala itulah baru mereka berdua tahu yang mereka telah ditunangkan sejak kecil. Namun jodoh mereka tidak panjang, setelah Datuk Asri meninggal dunia isterinya melarikan diri dengan kekasih hati ke Luar Negara. Biarpun perstiwa itu sudah berlalu lima tahun yang lalu namun masih segar di ingatan.
            “Panjang menung awak Han?” tegur Rabiatul yang baru selesai menjamah makanan yang dibawa oleh Farhan Afif.
            “Emmm.. tak ada apalah Atul cuma teringat peristiwa lama.. Atul dah makan dah? Sedap tak?” hilang segala kenangan yang mengusik fikirannya tadi.
            “Em… boleh tahan. Pandai Han masak patutlah boleh jadi chef..” puji Rabiatul ikhlas.
            “Biasa ajelah Tul..” merendah diri pulak Farhan Afif ni.
            “Wah! Macam ni punya sedap dia kata biasa je… agak-agak yang luarbiasa itu macam mana ya?” entah kenapa Rabiatul ada hati untuk mengusik… muka Farhan Afif sudah merah… malulah tu…
            “Atul ni…” Farhan Afif tak terkata.. kelu terus lidahnya. Perasaan yang sukar dimengertikan..
            Rabiatul suka tengok muka Farhan Afif yang serba salah dan serba tak kena tu.. lama dah dia tak menyakat dan mengusik orang. Dulu itulah hobinya cuma… sejak kebelakangan ini dia sudah lupa akan hobinya itu.
            “Atul.. Han balik dululah. Petang ni Han kerja, jangan lupa jaga kesihatan Atul dan makan ikut masa. Kesian dekat bayi tu… Atul kena kuat untuk jaga Man.. take care Assalamualaikum..” baik aku cabut sebelum jantung aku ni terkeluar.. Ya Allah peliharalah diriku agar tidak menyimpan perasaan pada wanita dihadapanku ini biarpun aku rasakan jantung aku memang dah tak stabil sedari awal.. gila kau Farhan Afif.. bini orang tu..
            “Waalaikumussalam…” Rabiatul menjawab sambil menghantar Farhan Afif dengan ekor matanya. Sal pelik sangat mamat sorang ni… Rabiatul tersenyum sendiri..
            Fuh! Lega.. nasib baik Atul tak dapat baca hati aku ni lau tak mati aku.. Pasal aku bahagia sangat bila tengok muka dia yang tenang tu… siap ada rama-rama terbang kat taman dalam hati aku ni… hahaha.. gila ah! Apa dah jadi ni… Farhan Afif ingat sikit bini orang tu… jangan ambik kesempatan pulak… Hati… tiada siapa dapat menduga.. cinta berhak untuk dimilikki oleh sesiapa saja termasuk aku…tapi nampaknya hati aku ni dah tersalah masuk… kenapa boleh salah masuk ni?.. tak pe.... janji aku bahagia sudah.. tak semesti dia jadi milik aku…  aku dah jatuh cinta ke? Farhan Afif jangan merepek sangat boleh tak? Cinta… pergh!

p/s selamat membaca.. 

No comments:

Post a Comment