Friday 20 July 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 20


BAB 20

            “Kak Mon! Kak Mon nampak Atul tak?” berlari-lari Tiha masuk ofis. Sibuk bertanya dimana Rabiatul. Kak Mon yang tengah menelefon memberi isyarat tunggu sekejap. Tiha membalas isyarat segera.
            “Tiha, kenapa mengelepar macam ayam kena sembelih ni kenapa?” Kak Mon bersuara setelah meletakkan telefon.
            “Atul mana Kak Mon?” Tiha bertanya dan airmata sudah tak mampu ditahan. Laju menuruni pipinya.
            “Tiha cuba bawa bertenang, kau buat kami panik tahu tak?” sampuk Alif yang sedang berdiri disebelah meja Kak Mon. Sebenarnya dia nak ambik fail yang tertinggal di atas meja tadi..
            “Macam mana aku nak bertenang Lif, Atul mana?” tanya Tiha dengan sedu sedannya.
            “Atul kan meeting kat Kraft Prai. Bukan ke pagi tadi kau yang cakap dengan kami Tiha, kau ni dah kenapa? Cuba duduk dulu dan bawa bertenang, mengucap Tiha.. istighfar banyak-banyak apa yang berlaku sebenarnya.” Pujuk Kak Mon perlahan.
            “Azman! Kak Mon.. Azman!” dia tak mampu nak meneruskan kata-katanya.
            “Ya Allah! Tiha tadi Atul sekarang Azman pulak.. cuba kau cerita betul-betul,” Alif sudah hampir hilang sabar dengan sikap Tiha.
            “Azman… Azman kemalangan.. dia kritikal sekarang ni kat HKL. Ada orang telefon tadi aku tak tahu sapa. Aku dah telefon ketua Azman yang pergi sama-sama dengan dia dan dia pun mengesahkan yang Azman kritikal. Dia orang cuba call Atul tapi tak dapat. Jadi dia orang telefon aku,” dengan tersekat-sekat Tiha menerangkan. Mereka semua mengucap panjang dan terkejut dengan berita yang dikhabarkan Tiha.
            “Tiha, aku rasa jalan yang selamat kita jangan call Atul.. bahaya.. kau tahukan dia mengandung aku takut dia terkejut. Apa kata kau kemaskan meja Atul dan tengok ada tak dia tinggalkan handphone dia lepas tu kita bagi tahu bos apa yang berlaku dan kita ambik dia kat Kraft Prai. Kak Mon tolong call parents Atul dan Man beritahu perkara ni. Saya rasa ini saja cara yang terbaik. Baru minggu lepas dia orang happy sangat bila tahu Atul mengandung tapi sekarang ni Allah duga mereka pula. Ya Allah moga tiada perkara buruk yang berlaku.” Alif memberi arahan dan dia sendiri terus mengambil kunci kereta dan berlari kebilik bos memberitahukan perkara yang terjadi. Azman dan Rabiatul adalah rakan sekerja mereka yang baik dan suka membantu mereka dalam apa jua keadaan. Inilah saatnya untuk mereka membalas budi baik mereka.
            “Patutlah Kak Mon tadi call Atul tak dapat dia tertinggal handphone kat laci meja.” Tiha memberitahu Kak Mon dan dia mengemaskan mejanya sendiri dan meja Rabiatul sekaligus mengambil barang-barang peribadi Rabiatul.
            “Tiha aku tunggu kat guard, cepat sikit! Bos kata ok, aku pun dah buka gate pass sekali untuk kau.” Sungguh pantas tindakkan Alif. Alif ni salah seorang jurutera dalam team Atul. Mereka agak rapat dengan semua rakan satu team.
            Tiha hanya memberi isyarat tangan dan dia sendiri macam lipas kudung mengambil handbag dan meminta Kak Mon tolong kemaskan meja. Tiha melangkah keluar dari ofis dengan linangan airmata di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar Azman selamat dan moga tiada apa-apa perkara buruk berlaku. Aku mendengar berita ini pun dah cukup cemas bagaimana agaknya nanti Atul ya…
            Alif sudah bersedia di dalam kereta, lekas saja Tiha menyumbatkan diri di dalam kereta dan Alif memandu dengan kadar kelajuan yang lebih dari biasa. Mereka tidak berkata apa-apa, masing-masing cuba menenangkan diri. Tiha sempat menelefon ketua Azman, Mr Lee untuk bertanyakan perkembangan Azman. Azman masih di dalam bilik pembedahan. Azman dilanggar kereta sewaktu melintas jalan untuk mengambil keretanya. Alhamdulillah ada seorang pemandu lain yang berhati mulia membawanya ke hospital. Pemandu kereta yang melanggar Azman meninggal dunia ditempat kejadian.
            Perjalanan yang mengambil masa 20 minit terasa panjang oleh mereka berdua. Sampai sahaja di Kraft Prai mereka berjumpa pengawal untuk bertemu Rabiatul yang sedang bermesyuarat. Alhamdulillah kerja mereka dipermudahkan. Mereka berdua dibenarkan masuk dan diminta menunggu di lobi sementara mereka memanggil Rabiatul. Melihat saja kelibat Rabiatul, Tiha tak mampu menahan airmatanya. Lekas-lekas Alif meminta Tiha bertenang jangan buat Rabiatul terkejut.
            “Alif, Tiha korang buat rombongan Cik Kiah ke? Ada apa ni?” Rabiatul bertanya sebaik mendekati mereka berdua. Alif cuba memaniskan muka, Tiha tak mampu memandang wajah Rabiatul. Dia cuba menahan sedunya, dia tidak sekuat Alif.
            “Atul, jom kita balik…” Alif bersuara dengan selembut mungkin.
            “Balik? Korang ni kenapa? Aku tak habis meeting lagilah,” Sal pulak budak berdua ni ajak aku balik. Meeting pun tak habis lagi… yang si Tiha ni sal tunduk je.
            “Atul.. Atul….” hanya itu saja yang mampu Tiha luahkan dan lantas dia memeluk Rabiatul erat dengan sedunya. Rabiatul terkejut dengan perbuatan Tiha dan dia memandang Alif meminta penjelasan.
            “Atul kita duduk dulu..” Alif berbicara lembut. Lagilah Rabiatul pelik. Apa kena budak berdua ni. Tak boleh jadi ni..
            “Cop! Cop! Lif can you explain… don’t make me confius ok?” hilang sabar Rabiatul dibuatnya. Dia melepaskan pelukan Tiha, Alif menarik nafas perlahan dan memandang Tiha yang masih menangis. Tiha.. Boleh tak kau jangan menangis.. aku pun sedih juga..
            “Atul.. apa yang aku cakap ni kau jangan terkejut ya, kau tenangkan diri.. banyakkan bersabar.. Azman kemalangan.. dia ada kat HKL sekarang,” hanya itu yang mampu Alif ucapkan. Rabiatul hanya statik tiada riak diwajahnya dan dengan selamba dia berjalan semula ke bilik mesyuarat.
            “Atul! Atul!” jeritan Tiha dan Alif menjadi satu dan Rabiatul hanya memberi isyarat agar mereka berdua berhenti dari memanggilnya.
            “Alif, Atul..” timbul tenggelam suara Tiha dengan esak tangisnya.
            “Tiha, Atul masih terkejut tu.. kita tengok apa yang dia buat nanti. Sekarang ni kita ikut rentak dia. Kau cuba jangan menangis je. Aku pun dah keliru ni suami siapa sebenarnya yang kemalangan.” Alif memujuk Tiha dalam masa yang sama dia menegur sikap Tiha. Menangis bukan boleh selesaikan masalah biarpun kadangkala melegakan.
            Mereka berdua melihat Rabiatul berjalan bersahaja menghampiri mereka, Rabiatul mengajak mereka berlalu dari situ. Wajahya masih tidak beriak, ini amat membimbangkan Alif dan Tiha. Sampai saja di kereta dia membuka pintu kereta dan ingin memandu sendiri. Lekas saja dihalang oleh Tiha dan Alif. Tiha mengambil kunci kereta dan memberi isyarat pada Rabiatul untuk menaiki kereta Alif.
            “Alif hantar aku balik dulu aku nak ambik barang peribadi aku sikit,” suara Rabiatul melegakan Alif. Di dalam hati Rabiatul tidak putus berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku pada abang.
            “Baby, sabar ya.. nanti kita jumpa ayah, Ayah tunggu kita baby.. nanti Uncle Alif dan Auntie Tiha bawa kita. Ibu tak larat nak pandu sampai KL sorang-sorang. Kalau boleh ibu nak terbang jumpa ayah sekarang juga baby.. tapi ibu tak ada sayap. Baby tahu tak.. ibu sayang ayah sangat. Ayah adalah nyawa ibu kita doa sama-sama ya agar ayah tak ada apa-apa. Ibu tak boleh hidup tanpa ayah..” Alif tak mampu menahan airmata lelakinya. Menitis juga akhirnya bila mendengar luahan Rabiatul pada baby yang masih di dalam perut.
            “Atul sabar ya.. aku dengan Tiha akan temankan Atul.. menangislah Atul jangan kau tahan airmata tu.. lepaskanlah tangisan itu.” Pujuk Alif.
            “Alif abang okeylah.. kau ni jangan paniklah… abang kuatlah Alif.” Kata-kata Rabiatul lebih kepada memberikan kekuatan pada diri sendiri.
            Tanpa mengambil masa yang lama Rabiatul mengemaskan barang-barang peribadinya. Setelah mereka mengunci rumah Rabiatul mereka meneruskan perjalanan. Mereka singgah sebentar di rumah Tiha untuk Tiha mengambil barang peribadinya pula. Bagi Alif dia tidak perlu mengambil barang peribadinya kerana dia memang orang KL. Jadi itu bukan masalah baginya.
            Sepanjang perjalanan mereka hanya melayan perasaan masing-masing. Rabiatul meminta mereka berhenti di hentian Sungai Perak untuk solat zohor. Dikesempatan itu Alif membeli sedikit makanan dan juga air minuman untuk bekalan mereka sepanjang perjalanan. Kalau boleh mereka tidak perlu berhenti dimana-mana R&R lagi untuk menjimatkan masa perjalanan.
            “Atul nak beli apa-apa tak?” pertanyaan Alif hanya dibalas dengan gelengan. Rabiatul mahu lekas tiba di HKL dan berjumpa dengan abang. Selagi tidak bertemu abang dia tidak akan puashati.
            Terimbau kenangan minggu lepas bila mengetahui dia mengandung, abang menghadiahkan sejambak bunga ros merah dan lavender. Abang juga menghadiahkan sekuntum bunga ros pada setiap rakan ofis mereka tak mengira sama ada staf lelaki atau perempuan. Abang kata nak kongsi kebahagiaan dia dengan semua orang yang ada disekelilingnya.
Setiap malam abang akan membacakan kisah-kisah nabi pada anak di dalam perut dan abang akan mengaji dan bersolat hajat untuk kesejahteraan mereka semua. Abang tak membenarkan dia membuat kerja. Semua kerja-kerja rumah dari memasak, membasuh baju, mencuci pinggan mangkuk, mengemas rumah waimah mengemop rumah sudah diambil alih oleh abang. Dia hanya mengemas bilik tidur saja, Abang sanggup bertolak pukul empat pagi dari rumah semalam untuk tidak meninggalkannya lama-lama. Abang dah janji nak balik hari ini selepas habis kursus pukul 5 petang. Pagi tadi abang call masih terngiang-ngiang suara abang mengucap kata cinta dan rindu. Banyak sangat pesanan yang ditinggalkan.
Harap abang tak apa-apa, sayang tak mampu nak hidup tanpa abang. Abang kan dah janji nak jaga anak kita sama-sama. Kalau kembar kita akan jaga gilir-gilir, Abang kan dah janji nak beli baju baby sama-sama nanti bila baby dalam perut ni dah besar. Banyak yang abang janjikan kat sayang… Abang sayang rindu… Akhirnya Rabiatul terlena kepenatan. Alif dan Tiha hanya mampu memerhati dan bersimpati. Dalam hati mereka berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku pada perhubungan Azman dan Rabiatul. 

p/s.. selamat membaca... 


No comments:

Post a Comment