Sunday 12 August 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 25


BAB 25
           
            “Fif, kau pe sal? Termenung sana termenung sini aku tengok pun tak sedap hati. Ini mesti tak ada sebab lain ini mesti sebab Atulkan? Hanya Atul yang boleh buat kau macam ni… isteri orang tu Fif.” Fakri menegur Farhan Afif yang termenung di balkoni rumah mereka di tingkat lapan belas. Bukan dia tak tahu hanya Rabiatul sahaja yang boleh membuatkan Farhan Afif yang serius tahap tak ingat tu berubah tiga ratus enam puluh darjah. Pelik pun ada dengan sikap Farhan Afif. Entah ilmu apa yang Rabiatul pakai.
            “Tak ada apalah Ri, kau tahu aku dapat anak angkat kembar sepasang tadi. Atul dah bersalin, aku tak tahulah betapa gembiranya aku dapat azankan dan iqamatkan mereka. Indah sangat perasaan tu. Kelakar pun ada aku kena masuk bilik bersalin tolong Atul untuk melahirkan anak yang kedua…” seronok sangat Farhan Afif bercerita tapi..
            “Kau biar betul Fif..” lekas saja Fakri memotong kata Farhan Afif sebelum sempat disudahkan.
            “Betullah.. kau ingat aku tipu ke?” dahlah belum habis cerita dah kena potong.. hangin betul!
            “Tak adalah setahu aku suami je yang boleh masuk bilik bersalin, pelik juga kau boleh masuk atau kau menyamar jadi suami Atul.. kau ni dah kenapa Fif?” hai! Mamat seorang ni nak hangin pulak.. betullah aku cakap.. Fakri mengumam sendiri.
            “Tak ada maknanya nak menyamar segala ni.. lainkali dengar cerita aku sampai habis baru menyampuk.. ini tidak! Aku baru nak masuk gear dua kau dah sampai gear lima.” Geram dengan kawan yang seorang ni.. suka sangat buat kesimpulan tanpa mendengar keseluruhan cerita.
            “Maaflah beb! Terkejut je tadi…kau ceritalah aku dengar..” Fakri tersengih menampakkan baris gigi yang tidak rata tapi putih…
            “Macam ni.. aku pergi hospital tadi macam biasa, aku kan cuti seminggu. Kau tahulah kan Atul kan dah nak bersalin jadi aku ingat nak teman dia. Aku sampai pagi tadi dia tidur kat bilik suami dia jadi aku tak nak kacaulah.. Abang Radhi pun ada juga tadi, lama juga kita orang borak-borak. Tunggu Atul tak bangun-bangun Abang Radhi balik rumah dulu sebab mak abah pun baru sampai dari Gelang Patah. Waktu aku dok relek-relek aku dengar Atul menjerit yang suaminya dah sedar, aku pun berlarilah masuk. Dalam keadaan kelam kabut tu Atul sakit nak bersalin. Panik aku macam nak apa… tapi kelakar pun ada kalau ingat.. kau tahu aku boleh dukung dia sampai wad bersalin. Aku tak fikir apa dah… aku fikir nak selamatkan dia saja.. nasib baik doktor yang bertanggungjawab merawat dia semasa mengandung ada kat situ jadi senang sikitlah…
            Kau tahu… tunggu dia nak bersalin tu aku rasa macam nak masuk je tengok keadaan dia.. Alhamdulillah Allah makbulkan doa aku.. tak lama doktor bagi tahu Atul lemah sangat nak bersalin anak yang kedua. Dia minta bantuan aku untuk memberi semangat kat Atul. Aku apa lagi macam orang mengantuk disorongkan bantal. Sedih tengok keadaan Atul..” Farhan Afif menarik nafas seketika.. masih terbayang jelas diruang matanya segala yang berlaku.. Fakri masih setia meminjamkan telinga untuk mendengar segala luahan Farhan Afif.
            “Kau tahu Ri, saat aku memberikan semangat kat dia tulah aku rasa saat yang paling indah dalam hidup aku… aku pun ada buat kerja gila sikit masa tu.. aku luahkan rasa cinta aku kat dia… aku tak boleh nak simpan perasaan aku pada dia. Aku dah berterus terang… tapi meletakkan harapan pada orang yang salah memang kena reject. At least aku puashati aku dah lepaskan segalanya…” tersenyum nipis Farhan Afif mengingat apa yang terjadi.
            “Apa tindakan kau seterusnya…?” Soal Fakri pendek.
            “Aku rasa tanggungjawab aku dah selesai bila suami dia dah sedar.. aku hantar dia dan anak-anak kat suami dia. Masa dia orang leka dengan situasi tu aku hilangkan diri. Aku tak sanggup nak jadi orang ketiga pada insan sebaik Azman dan Rabiatul…” sebak bila mengingatkan semua itu…
            “Fif, apa yang kau buat ni salah.. sepatutnya kau jumpa Azman dan Rabiatul dulu bukan terus menghilangkan diri.. Mesti dia orang tengah cari kau ni…” Fakri sesal sedikit dengan perbuatan Farhan Afif.
            “Kau nak aku buat apa Ri, aku tak sanggup nak berdepan dengan mereka. Perasaan aku pada Atul membuatkan aku rasa bersalah sangat kat Man. Seolah-olah aku ambik kesempatan di atas musibah yang menimpa mereka. Tak adil buat mereka Ri. Aku tak sanggup untuk terus dibelenggu dengan rasa bersalah ini sepanjang masa. Dulu masa Man belum sedar aku buat atas rasa tanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Atul tapi sekarang aku nak buat atas dasar apa?” Farhan Afif semakin kusut dengan apa yang berlaku.
            “Bukan ke kau bapa angkat pada anak-anak dia?” Fakri ni kenapa tak faham atau buat-buat tak faham.
            “Memanglah… tapi aku tak kuat untuk berdepan dengan mereka. Tak apalah aku tahu disudut hati aku yang paling dalam ni ada mereka. Aku akan ingat mereka sampai bila-bila. Man dah sedar mesti Atul dapat lupakan aku dengan mudah.. tak apalah Ri.” Aku tak mahu jadi orang ketiga…
            “Apa rancangan kau lepas ni?” soal Fakri sekali lagi, dia sedar bukan mudah menyimpan perasaan pada orang yang salah.
            “Macam biasa tapi kan aku ingat nak ambik tawaran kerja kat Brunei tu lah.. tak silap aku hari ini hari akhir untuk aku beri jawapan.” Farhan Afif memberitahukan rancangan yang sudah ada dikepalanya.
            “Kenapa perlu lari?” soalan membunuh tau si Fakri ni…
            “Aku tak larilah cuma aku rasa dah tiba masanya untuk aku berhijrah. Saat ini aku rasa yang paling sesuai… lagipun dulu aku pernah tolak sekali masa aku ditawarkan ke Dubai. Tak apalah ada hikmahnya ni… Atul selalu kata kat aku dugaan yang Allah beri kat kita ibarat hujan turun sebab nak bagi kita pelangi yang indah… hebat kan kata-kata dia. Hujan yang turun kat aku sekarang ni bukan hujan biasa siap ada guruh berdentum dan ribut taufan segala.. kelakar tau dia tu..” ketawa Farhan Afif dengan kata-katanya sendiri.
            “Suka hati kaulah Fif.. Bila kau nak pergi?” bilalah kau nak bahagia ya Farhan Afif… tak habis-habis dugaan…
            “Secepat mungkin..” putus Farhan Afif penuh yakin..
            “Kau tak nak jumpa dia orang sebelum pergi?” Fakri mahukan kepastian.
            “Tak kot..” nekad sungguh Farhan Afif… sanggupkah dia?
            “Biarpun sekejap?” Fakri tak putus asa untuk memujuk Farhan Afif untuk berjumpa Rabiatul sekeluarga.
            “Yup!”
            “Teganya kau Fif..”
            “Habis kau nak aku buat apa? Jumpa dia orang dan cakap aku nak pergi.. kau nak aku buat macam tu? Ri aku tak kuat nak jumpa dia orang..” susah sangat ke kau nak faham apa yang aku terangkan kat kau ni Fakri…
            “Kau nak pergi macam tu saja.. kau nak dia orang tertanya-tanya kenapa kau bertindak begini?” lari dari masalah bukan cara yang betul…Fakri mengeluh perlahan…
            “Aku terpaksa Ri, cubalah kau faham sikit kat kawan kau ni… Mungkin aku akan jumpa mereka dulu sebelum pergi tapi aku tak kan muncul depan mereka.” akhirnya Farhan Afif memutuskan tindakan seterusnya..
            “Maksud kau jumpa mereka secara sembunyi-sembunyi tanpa mereka sedar.” Fakri mula memahami rancangan Farhan Afif.
            “Pandai pun… tak pe..  masa akan membuatkan kita lupa..” jangan terlalu yakin Farhan Afif… tak semudah itu…
            “Sukahati kaulah Fif, aku sebagai kawan hanya mampu berdoa semoga satu saat ada pelangi untuk kau.. ok jugakan perkataan pelangi tu..?” Fakri sempat mengangkat kening.. ingat kening macam Ziana Zain ke apa? Tolong  jangan perasan ya.. Fakri.
            “Sengallah kau ni…” Farhan Afif membaling kusyen kecil ke arah Fakri. Akhirnya meletus tawa mereka.
            Farhan Afif menghilangkan diri di dalam bilik. Banyak kerja yang harus dia buat sebelum dia pergi. Bukan dia nak lari dari kenyataan hidup tapi dia masih belum bersedia untuk berdepan dengan mereka semua. Apa yang penting sekarang dia mahukan yang terbaik untuk Rabiatul sekeluarga.  Kata orang masa akan ubati luka kita.. biarlah..
            Farhan Afif menghubungi pihak hotel yang dia menerima tawaran itu dan akan bertolak esok. Sebelum pergi dia mahu bertemu kedua orang tuanya meminta restu, restu mereka amat penting untuk mendapat keberkatan dalam apa yang dia perbuat. Banyak benda yang dia dapat lapan bulan kebelakangan ini. Mengenali insan bernama Rabiatul  Adawiah dan Azman Adib cukup membuatkan hidupnya berpusing seketika. Selepas ini back to normal..

            Farhan Afif memberhentikan kereta di hadapan wad kecemasan. Dia terpaksa melalui jalan belakang agar tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Dia meminjam kereta Fakri untuk mengelakkan dari dikenali. Kelakar juga dia dengan misai palsu dan rambut palsu yang dikenakan. Kat rumah tadi Fakri hampir memukulnya kerana mengingatkan yang pencuri masuk ke dalam rumah. Sedangkan Fakri yang dah bertahun mengenalinya tak perasankan dia apatah lagi Rabiatul mungkin tak akan dapat mengecamnya…
            Farhan Afif menggunakan tangga tidak seperti selalu menggunakan lif untuk ke bilik Azman. Agak sibuk dikawasan hospital diwaktu melawat ni. Di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar tiada siapa yag mengenalinya.. dah macam pencuri pulak rasanya. Melewati bilik Azman tiada siapa-siapa kelihatan diluar.. Fuh!lega sedikit.. Dia melihat dari pintu yang terbuka separuh, ramai yang berada di bilik Azman.. Em.. Atul tak ada.. tak pe senang sikit kerja.. dia melangkah perlahan ke dalam bilik Azman dengan sebakul buah-buahan yang sengaja dibelinya tadi. Semua keluarga Rabiatul ada di situ kecuali Rabiatul saja yang tiada.
            “Assalamualaikum.. maaf mengganggu… saya nak menghantar buah ni pada Encik Azman Adib. Boleh tandatangan di sini bukti penerimaan..” semua dah dirancang dengan rapi suara siap sengau-sengau sikit… semua mata memandangnya.. degupan jantung dah macam lari pecut seratus meter… gila ah…
            “Waalaikumussalam…” jawab mereka semua serentak.
            “Encik Azman Adib?” soal Farhan Afif untuk kepastian sambil ibu jarinya menunjuk ke arah yang punya nama.
            “Ya saya…” setelah siap mengambil tandatangan dan menyerahkan bakul buah-buahan tadi Farhan Afif berlalu pergi tapi sebelum tu sempat dia bersalam pada Azman dan mereka yang ada di situ. Saat dia bersalam dengan Abang Radhi hatinya menjadi semakin sayu.. ah lelaki ini… membuatkan aku serba salah… mata mereka bertemu seketika. Tanpa sedar dia menepuk perlahan bahu Abang Radhi… dan menghadiahkan senyuman palsu…
            Cepat dia melangkah pergi setelah menyedari Abang Radhi merenungnya tajam… bahaya ni.. baik cabut..
            “Abang napa? Macam nampak hantu saja…” tegur Kak Lina yang menyedari perubahan suaminya..
            “Abang macam kenal budak tadi tu… minyak wangi dia sama dengan Afif..” Abang Radhi menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Abang ni merepek saja.. Afif mana ada misai.. rambut Afif lurus budak tadi tu kerinting. Alahai minyak wangi tu banyak kat kedai tak mustahil kalau tersama.. dahlah jom kita tengok adik..” pujuk Kak Lina sambil menraik tangan suaminya..
            Farhan Afif melangkah laju ke wad bersalin ingin bertemu seketika dengan Rabiatul sebelum kehadirannya disedari. Nampak sangat tadi Abang Radhi macam curiga saja. Ya Allah permudahkanlah kerja ku ini aku tidak mahu mengganggu hidup mereka lagi. Biarlah aku pergi untuk mencari bahagia ku dan aku mahu orang yang aku cintai mendapat bahagia yang di impikan. Aku bersyukur pada mu biarpun hanya seketika aku menikmati bahagia itu…
            Sampai saja di depan pintu bilik Rabiatul dia terhenti bila terdengar suara Rabiatul sedang berbual dengan seseorang.. dia mendengar namanya disebut.. Perasaan ingin tahu membuatkan dia statik di situ…
            “Puas dah Abang Radhi cari tapi tak jumpa pun, Tiha aku nak jumpa dia aku nak ucap terima kasih kat dia.. dia banyak tolong aku Tiha.. Dia bapa angkat pada anak-anak aku Tiha. Kenapa dia hilang macam tu je.. Apa salah aku Tiha? Apa salah aku?” airmata dah macam tak berharga buat Rabiatul…
            “Tul, kau tak salah apa-apa.. mungkin Afif nak yang terbaik untuk kau sebab tu dia hilangkan diri selepas Man sedar. Kau kena faham setelah apa yang dia dah luahkan dekat kau.. aku tak rasa dia akan mampu berdepan dengan kau tanpa rasa janggal.” Tiha memeluk erat Rabiatul cuba untuk menenangkan perasaan Rabiatul yang tidak stabil.
            “Tiha.. perasaan dia pada aku tak salah.. dia berhak untuk menyintai sesiapapun waimah diri aku sendiri. Aku tak nafikan aku senang bila dia selalu ada untuk aku, temankan aku dalam apa keadaan sekalipun. Aku tak pernah dengar dia merungut walaupun sekali, aku syukur sangat ditemukan dengan dia tapi hati aku satu Tiha bukan dua kalau hati aku ni ada dua aku akan serahkan pada dia satu kau tahu tak.. dia buat aku rasa bersalah sangat bila dia hilangkan diri macam ni… aku nak dia Tiha! Aku nak dia! Kau faham tak?” kenapalah Tiha tak faham apa yang aku mahukan sekarang ni…
            “Atul.. aku faham.. tapi kau kena ingat kau tak boleh menerima dua orang sekaligus dalam hidup kau.. berdosa Tul menduakan suami… menyimpan perasaan pada orang lain. Kau rehat ya Tul, kau kena jaga juga perasaan Man. Kalau dia dengar kau cakap macam ni pasti dia kecewa… Kau belum sihat lagi.. aku tengok kau makan sikit saja.. tak sedap ke makanan tu...?” Tiha masih tidak berputus asa memujuk Rabiatul
            “Entahlah Tiha.. aku rasa memang berdosa aku buat macam ni… tapi kau tahukan aku dah terbiasa selama lapan bulan ni dia sentiasa ada untuk aku.. aku suka dengan masakkan dia yang dimasak untuk aku. Kau sendiri tahukan yang dia selalu masakkan makanan yang berkhasiat untuk aku untuk baby… kau nak aku lupakan dia macam tu je ke Tiha… Sakit pening aku selama lapan bulan ni dia yang jaga… tak pernah sekali pun dia gagal. Sampaikan orang sangkakan dia suami aku… kau ingat aku boleh lupakan macam tu je dalam sekelip mata…” hiba sungguh hati Rabiatul.. Mana kau Han? Atul nak Han!
            Farhan Afif yang mendengar dibalik pintu menyandar lemah… airmatanya gugur tanpa dapat ditahan… Atul, Han cintakan Atul tapi kita tak mungkin boleh bersama.. Han tak mampu nak tenangkan Atul sedangkan Han sendiri cuba mencari kekuatan dan ketenangan andai boleh Han nak lari kat Atul dan peluk Atul tapi Han tak boleh sayang… Ya Allah! Kenapa kau duga aku sebegini.. Tabahkan hati Atul untuk terima semua ini… Maafkan Han sayang…. Dia terduduk lemah.. sudah tidak dihiraukan mata-mata yag memerhati dengan sikap peliknya.. nasiblah korang nak cakap apa..
            Abang Radhi dan Kak Lina tidak jauh dari situ melihat dengan mata yang berkaca… benar telahan Abang Radhi yang itu memang Afif.. kenapa Afif buat semua ini… Afif tahu tak Abang Radhi pun rasa bersalah sangat… Kak Lina memegang erat lengan suaminya… dia harus memberikan kekuatan pada suami yang tersepit antara dua hati…
            Farhan Afif mendongak bila bahunya ditepuk perlahan, bila saja memandang Abang Radhi dia memeluk erat tubuh Abang Radhi. Airmata jantan sudah mengalir tanpa dapat disekat. Kak Lina bijak mengawal suasana agar Rabiatul tidak sedar akan kehadiran mereka di situ. Ditarik lembut tangan suaminya di sudut yang agak tersembunyi di bawah tangga jauh sedikit dari bilik Rabiatul. Farhan Afif menurut saja kemana dia dibawa pergi.
            “Maafkan Afif bang… Afif bukan nak susahkan semua orang dengan kehilangan Afif tapi Afif tak mampu berada di sini di depan semua dengan apa yang dah berlaku. Man dah sedar dan Afif tak nak jadi orang ketiga antara Atul dan Man.. Maafkan Afif bang… melihat saja Man tadi Afif dah rasa bersalah sangat. Afif tak mampu berdepan dengan Atul dan Man bang… Afif salah menyimpan perasaan ini pada Atul.. sepatutnya Afif tak boleh ada perasaan ini… Maafkan Afif..” terduduk Farhan Afif dilantai. Lemah seluruh anggota badannya dia tak mampu untuk berdiri lagi. Mendengar pengakuan Atul tadi membuat dia makin rasa bersalah…
            Abang Radhi turut sama duduk dilantai disebelah Farhan Afif, rasa kasihan pada pemuda itu tak dapat dinafikan. Simpati yang melimpah ruah pada insan yang banyak memberi kekuatan pada adik bongsunya selama lapan bulan ini. Lapan bulan bukan masa yang singkat cukup lama buat insan pada Farhan Afif menyimpan rasa dihati yang tak mungkin kesampaian. Bukan mereka tidak bersyukur yang Azman sudah sedar memang itulah yang mereka semua harapkan tapi bila melihat keadaan Farhan Afif yang menyesali perasaan yang tumbuh dihati itu mengusik sedikit perasaan mereka.
            “Afif pandang abang… menyintai itu tak salah Afif. Perasaan Afif pada Atul adalah anugerah Allah cuma masa dan ketikanya saja tak sesuai… Afif adalah anugerah Allah pada kami saat kami semua perlukan seseorang untuk menghadapi dugaan yang Allah berikan pada kami. Hadirnya Afif telah memberikan sinar untuk adik kami.. Afif selalu ada untuk dia.. tak kira masa macam mana pun Afif akan ada untuk Atul. Kami pun tak mampu untuk lakukan apa yang telah Afif lakukan. Bukan mudah memendam perasaan tanpa diluahkan dalam jangka masa yang lama. Abang kagum dengan Afif kerana tak pernah ambik kesempatan dekat Atul. Kami bersyukur sangat di temukan dengan insan sebaik Afif. Afif kami faham kalau Afif nak pergi tapi boleh tak Afif jumpa Atul dan Man biarpun sekejap… Please Afif..!” pujukan Abang Radhi membuatkan Farhan Afif semakin rasa bersalah… Ya Allah apa dah aku perbuat ni…
            “Betul tu Fif, jumpalah mereka biarpun sekejap jangan buat mereka rasa bersalah dengan kehilangan Afif… Tolong dik!” mendengar saja perkataan adik dari mulut Kak Lina membuatkan dia menangis lagi…
            “Afif, tolonglah jangan menangis lagi… abang dah keliru ni tahu tak sama ada Afif ni lelaki ke perempuan…” kata-kata Abang Radhi mengundang tawa kecil Farhan Afif. Zahirnya dia tertawa tapi tawa dalam tangisan…
            “Abang ni.. Afif tulin lelaki bang..” Abang Radhi ni ada keliru bagai kat aku… sempat dia buat lawak dalam keadaan macam ni…
            “Dah kamu menangis je… cengeng betullah..” tak habis-habis Abang Radhi mengusik.
            “Jumpa adik sekejap ya Fif… kesian dia tanya Afif dari semalam…” pujuk Kak Lina lembut.
            “Kak bukan Afif tak nak jumpa kak… Afif tak kuat kak… Afif takut nanti Afif menangis depan dia… sampaikan salam Afif kat dia.. ada masa Insyallah kita jumpa. Kak, bang rahsiakan pertemuan kita pada sesiapa ya… Afif tak nak Atul makin sedih bila tahu Afif ada jumpa akak dengan abang..” Farhan Afif sudah bertekad untuk tidak bertemu dengan Rabiatul dan Azman. Dia tak mahu luka dia semakin berdarah dan bernanah. Dia tak mahu menjadi duri daging dalam hidup mereka…
            “Afif betul ni tak nak jumpa adik?” Abang Radhi bertanya untuk kepastian…
            “Betul bang… Afif tak mampu… biarlah Afif tenang dulu… Afif nak jumpa kembar dulu sebelum pergi.. temankan Afif ya..”
            “Afif nak pergi mana ni?”
            “Tak tahu lagi bang… Afif nak cari ketenangan seketika sebelum berdepan dengan Man dan Atul.” Biarpun dia sudah tahu destinasi yang dia mahu pergi tidak sesekali dia akan memberitahu pada mereka semua… Dia tahu perangai Rabiatul yang nekad bila melakukan sesuatu. Tak mustahil Rabiatul akan mencarinya sampai dapat.
            Mereka bertiga melangkah ke bilik bayi yang bersebelahan tangga, memandang saja kewajah bayi kembar itu Farhan Afif mengalirkan airmata sekali lagi.. tak tahulah airmata terlalu murah hari ini macam jualan lelong saja. Dulu masa kena tinggal lari dengan isteri pun tak macam ni… hebat betul penangan Rabiatul Adawiah ini..
            Farhan Afif mendukung seketika sikembar dan mencium penuh kasih…
            “Maafkan papa Han sayang… bukan papa Han tak sayang kamu berdua tapi papa tak mampu untuk hadapi semua ini di sini. Akan papa abadikan kenangan ini untuk bekalan papa meneruskan kehidupan. Papa tahu ibu dan ayah akan jaga kamu dengan baik… papa bersyukur sangat diberi peluang untuk bersama-sama menyambut kelahiran kamu. Biarpun sekejap bersama kamu tapi papa dapat rasakan kasih sayang kamu pada papa. Jaga ibu dan ayah untuk papa ya sayang.. jangan sakiti hati mereka.. Insyallah ada masa kita jumpa lagi…” si comel dalam dakapan Farhan Afif mengeliat seketika seolah mengerti apa yang dikatakan. Bayi itu seakan faham yang papa mereka akan tinggalkan mereka sekejap lagi…
            Abang Radhi dan Kak Lina menyapu airmata yang tak henti-henti mengalir.. Farhan Afif semoga kau tabah dik… besar sungguh pengorbanan kamu pada mereka sekeluarga dik… kami tak mampu membalas jasa-jasamu dik.. hanya Allah saja yang akan membalas segala budi baik kamu pada kami… Allah telah pinjamkan kamu pada kami untuk memberikan kebahagian dan kekuatan disaat kami memerlukan. Dimana jua kamu berada nanti semoga kebahagiaan terus menjadi milik kamu.. kerana kamu berhak untuk bahagia dik…
            Farhan Afif meletakkan semula bayi di dalam katil dan dia merenung mereka dengan wajah yang sayu… moga berjumpa lagi satu hari nanti… Dia bersalaman dan berpelukan dengan Abang Radhi. Kak Lina masih lagi jadi pemerhati buat dua lelaki yang hanyut dalam perasaan masing-masing. Dia turut sama merasai kesedihan yang ditanggung oleh mereka. Sempat Farhan Afif mengambil gambar kedua bayi kembar yang  sudah mendapat tempat dihatinya…
            “Abang sudahlah tu.. Afif pun dah pergi… kalau tadi abang keliru yang Afif tu lelaki ke perempuan sekarang Lin pun keliru suami Lin ni pulak macam mana?” Kak Lina mengusik suaminya yang masih hanyut dalam kesedihan.
            “Lin ni.. ada pulak ragukan ketulinan abang habis yang tiga orang anak kita tak hasil dari ketulinan abang… sayang ni pun… abang sedihlah tengok Afif tu banyak sangat dia berkorban untuk adik dan keluarga kita… sampai abang pun dapat rasakan aura Afif masa dia jumpa Man tadi… hebatkan dia…” bini aku ni pun.. ada ragukan ketulinan aku.. Lin.. Lin..
            “Luaran dia memang hebat tapi dalaman dia goyah bang… kalau tak tentu dia sanggup berdepan dengan adik. Lin rasa dia berpura-pura kuat tapi hakikatnya kita nampak tadi masa kita jumpa dia kat depan bilik adik… dia tak kuat mana bang… cinta ni memang pelik kan bang..” melihat keadaan Farhan Afif mereka tahu tak sekuat mana pun lelaki itu.
            “Memang pelik tapi indah bila kena gayanya… jomlah kita jumpa adik..” Abang Radhi memimpin tangan isterinya.
            “Jangan lupa janji kita pada Afif..” Kak Lina mengingatkan.
            “Abang ingatlah sayang…” Abang Radhi mencubit pipi isterinya…
            Afif mana saja kamu pergi.. percayalah kami akan sentiasa menunggu kepulangan kamu kerana kamu adalah anugerah terindah Allah pada kami biarpun seketika… Selamat jalan Farhan Afif….


p/s Selamat Menunaikan ibadah puasa dan Selamat hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog ini... sayang u alls.. thanks.. Samiza Ezanie..

No comments:

Post a Comment