Sunday 12 August 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 22


BAB 22

            Sudah hampir lapan bulan kejadian kemalangan itu, kecederaan fizikal Azman sudah pulih sepenuhnya tapi agak mengecewakan dia masih belum sedarkan diri lagi. Dalam ertikata sebenar dia masih koma. Namun sedikit pun tidak mengurangkan rasa cinta Rabiatul pada suaminya, dia dapat merasakan hubungan mereka semakin rapat. Rabiatul banyak menghabiskan masa bersama Azman, berbual dan bercerita tentang apa saja termasuk karenah bayi yang aktif dan lasak di dalam perut.  Terkadang dengan sengaja dia meletakkan tangan Azman diperutnya agar Azman merasai apa yang dia rasai.  Alhamdulillah mereka akan dikurniakan anak kembar, Rabiatul telah berhenti kerja untuk memastikan dia sentiasa di sisi Azman.
            Di dalam hati Rabiatul sentiasa berdoa agar Azman sedar dan berada di sisinya saat ia melahirkan. Mungkin dalam minggu ini dia akan dijangka bersalin. Dia bersyukur sangat kerana punya keluarga yang sentiasa ada untuk dia. Mereka tidak putus-putus memberikan semangat. Farhan Afif pun tidak ketinggalan, dia seakan terlebih teruja untuk membuat persiapan pada si kembar.
            “Abang, hari ini sayang datang.. sayang dah tak sabar nak tengok abang sedar semula. Baby pun dah semakin agresif, mereka tak sabar nak keluar kot.. nak jumpa ayah mereka.. Doktor kata sayang akan melahirkan dalam waktu terdekat ni. Sayang berharap sangat agar sayang dapat melahirkan bayi kita dengan selamat. Sayang tahu abang boleh dengar apa yang sayang cakap. Satu doa sayang agar abang sedar dan bersama-sama menyambut kelahiran anugerah terindah dari Allah ini… mengazankan atau mengiqamatkan dia orang… bahagia kan bang…” ada manik jernih yang mula menitis dari pelupuk mata Rabiatul… tanpa dia menyedari Azman turut sama mengalirkan airmata…
            “Abang, semalam Han belikan katil untuk bayi kita.. dia kata seronok sangat buat persiapan untuk bayi kita… Kadang kelakar juga tengok dia tu bang, lebih teruja dari sayang kalau bab beli barang-barang untuk baby… dia nak jadikan anak kita ni sebagai anak angkat dia… entah apa-apa dia tu.. dia selalu kata kat sayang abang ni seorang yang baik, tak kenal orang tu pun boleh tolong… sebab tu dia nak jadi macam abang.. nak balas budi baik abang.. tapi sayang tahu setiap apa yang abang perbuat abang tak pernah harapkan balasan pun…eh! Banyak cakap pulak sayang ni… rindulah nak berdebat dengan abang… abang bangunlah… sayang rindu sangat.. rindu sangat-sangat…” Rabiatul memeluk erat suami yang dia cintai… dia tertidur berbantalkan lengan Azman…
            Rabiatul percaya pada qada dan qadar Allah dan dia sendiri ada terbaca beberapa artikel berkaitan dengan koma. Peluang tetap ada untuk Azman biarpun peluang itu hanya sedikit tapi tetap ada…
Coma (Koma) itu, secara ringkasnya bermaksud tidur yang tidak dapat dibangunkan. Coma is a state of unarousable unresponsiveness. Macam orang tidur, bezanya kalau orang tidur… kita boleh kejutkan. Tapi orang yang koma ni, buat lah macam mana pun dia tidak akan bangun tapi setengah kajian mengatakan orang yang koma ini boleh mendengar apa yang orang sekelilingnya cakap. Cuba kita perhatikan ada masanya orang yang koma mengalirkan airmata bila mendengar kata-kata yang menyentuh jiwa.. .
Secara umumnya, koma terjadi akibat damage/injury pada otak. Oleh itu, penyebab kepada koma ini biasanya kita boleh bahagikan kepada dua, metabolik dan neurological. Metabolik maksudnya terdapat perubahan pada sistem badan yang mengganggu metabolisma otak. Contohnya… Penghidap diabetis ketoacidosis, jadi diabetic coma disebabkan oleh masalah metabolik. Hepatic coma akibat kerosakan pada hati pesakit. Hypoglycaemic coma akibat gula terlalu rendah, selalunya disebabkan overdose insulin. Hypoxic coma  antaranya akibat lemas, sesak nafas dan COPD.  Myxedema coma akibat mengalami hypothyroidism. Shock antaranya disebabkan oleh hypovolemic, burn shock, toxic shock dan sebagainya. Uremic coma - high level of uric acid in blood.  Eclampsic coma hanya berlaku pada orang yang mengandung.
Manakala sebab-sebab neurological pula, biasanya involving local processes localized in brain itself. Contohnya… Trauma. Disebabkan oleh kemalangan, kena pukul, terhantuk kepala dan sebagainya.. Infection disebabkan oleh kuman yang menyerang pada otak secara khusus contohnya meningitis. Hemorrhage pendarahan di dalam otak. Tumors ataupun barah otak, Epilepsi iaitu sawan.
Tempoh koma pula, tak dapat ditentukan masanya. Mungkin sehari, mungkin sebulan. Tempoh biasa… menurut wiki.. antara dua hingga lima minggu, tetapi ada juga yang mengambil masa lebih lama. Rekod paling lama setakat ini adalah 37 tahun.
 Walaubagaimanapun, harapan untuk sembuh itu tetap ada. Semakin lama seseorang itu koma semakin tipis harapannya untuk pulih. Namun peluang tetap ada.. Prognosis untuk koma pun ada pelbagai. Biasanya, prognosis yang buruk adalah kematian. Selain itu mungkin juga keadaan pesakit semakin teruk, dan akhirnya menjadi PVS (Persistent Vegetative State). Sesetengah yang lain pula, mungkin menjadikan otak pesakit mati biarpun masih bernafas. Pun begitu, ada juga kemungkinan pesakit koma ini boleh bangun dan sedar macam itu saja without stimulation or any intervention. Terkadang doktor sendiri pun tak tahu sebab apa. 

            Farhan Afif melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah sebati buat dirinya sejak lapan bulan lalu. Hati mana yang tidak tersentuh bila melihat pasangan yang ada di depan matanya kini.. betapa utuhnya cinta mereka. Molek saja Rabiatul tidur berbantalkan lengan Azman. Rabiatul sanggup berhenti kerja untuk menjaga Azman, besar sungguh pengorbanan seorang isteri untuk suami yang tercinta. Melihat kepayahan Rabiatul membuatkan dia tanpa segan menghulurkan tangan, meminjamkan bahu untuk sentiasa ada di sisi Rabiatul. Betul kata orang cinta boleh buat kita jadi apa saja untuk memastikan orang yang kita cintai bahagia. Bahagia menikmati cinta… gila kentang betul…
            Farhan Afif tidak mahu mengganggu mereka, dia meletakkan makanan yang dibawanya tadi ke meja yang ada dibilik tersebut. Satu nota kecil ditinggalkan, tidak sanggup mengejutkan Rabiatul yang sedang lena. Nampak penat sangat, Doktor Halimah ada memberitahu mungkin dalam minggu ini Rabiatul akan melahirkan bayi kembarnya sebab itu dia awal-awal lagi sudah mengambil cuti. Ingin bersama-sama melalui peristiwa indah itu. Biarpun hanya sebagai kawan tapi dia sudah menganggap bayi itu sebagai anaknya… teruja untuk melalui detik-detik indah itu. Teringat peristiwa semalam..
            “Han nanti belikan Atul pampers ya saiz S untuk baby, lupa pulak nak beli.” Pesan Rabiatul sambil menghulurkan duit  sewaktu Farhan Afif melawat Azman.
            “Okey nanti Han beli, Atul nak pesan apa-apa lagi tak?” jawab Farhan Afif sambil bertanyakan keperluan lain Rabiatul tanpa menghiraukan duit yang dihulur.
            “Tak ada kot.. pampers je yang tak beli.. yang lain semua dah ada.” Ringkas saja Rabiatul menjawab .
            “Pampers ibu dia?” selamba betul mamat ni menyoal. Blushing terus muka Rabiatul. Dia ni kan.. dah hilang skru agaknya..
            “Han!” Rabiatul menjegilkan mata. Farhan Afif hanya mampu tersengih menampakkan baris giginya yang putih. Terlebih sudah..
            “Salah ke?” soalan sengal ke apa ni?
            “Salahlah…” Farhan Afif ni memang ada kalanya tertanggal skru. Dah masak sangat dia dengan duda hot ni… ramai yang terfikir yang Farhan Afif ni suaminya. Setiap kali buat check up mesti dia ada untuk menemani. Kalau ditanya sedap je jawapan dia ‘saya kan ayah angkat bayi ni.. mestilah ada untuk saat-saat penting ni. Rugilah kalau saya tertinggal.’ Setakat ini Farhan Afif masih menjaga tingkah lakunya tiada yang terlebih. Baik family Azman ataupun Rabiatul dah faham, mereka amat menghargai segala pertolongan yang dihulurkan.
            “Mana ada salah, Han cuma ingatkan je bukan ke Han ni jam loceng Atul macam kata Abang Radhi.” Masih juga nak memanjangkan cerita.
            “Ya lah jam loceng, sekarang ni baik cepat jam loceng pergi sebelum Atul terberanak kat sini.” Nak sangat jadi jam loceng. Amekaw!..
            “Ada ke panggil jam loceng? Hampeh tul!” keruh seketika muka Farhan Afif, saja nak bermanja-manja. Farhan Afif isteri orang tu!
            “Marah ke?” Rabiatul menaikkan kening ala Ziana Zain.
            “Taklah suka… panggillah lagi.. sukanyer…” Farhan Afif mengenggam tangannya dan dirapatkan kedada..  suka sangatlah tu… mereng sudah!
            “Macam tu ke orang suka?” tak habis lagi ke?
            “Baby tengok ibu ni kacau papa Han… sian kan papa..” eleh! Mulalah tu nak buat ayat sedih… macamlah bayi dalam perut ni tahu je…Rabiatul tersenyum dengan gelagat Farhan Afif. Sejak mengangkat dirinya sebagai bapa angkat bayinya Farhan Afif membahasakan diri sebagai papa Han.. comel jugak nama tu.. macam-macam.
            “Dah! Dah! Tak yah berdrama sangat.. pergi cepat! Lau tak Atul pergi beli sendiri. Takpelah baby papa Han dah merajuk ibu belilah sendiri pampers baby.” Hehehe ingat Rabiatul Adawiah Hishamudin tak pandai berdrama ke?
            “Ya lah! papa Han pergi dulu ni.. ada saja..” Uh! aku nak merajuk pun tak jadi.. hampeh betul!
            “Duit ni tak nak ke?” Rabiatul menjerit kuat sambil menunjukkan duit yang dipegang.
            “Uh! Sejak bila ni nak berduit bagai.. simpan duit tu.. jangan nak mengada.” Ada yang kena cium ni kang… ada nak berduit bagai..Ops! terlebih sudah.. Memang itulah Farhan Afif tak kan mengambil duit yang dihulurkan. Ini anak angkat saya… itulah jawapan dia…
            “Afif bila sampai? Adik abang mana?” Abang Radhi menyapa Farhan Afif yang termenung di bangku luar bilik Azman.. langsung kenangan semalam sirna…
            “Assalamualaikum bang, adik abang ada kat dalam tengah tidur tak sampai hati nak kejut..” sempat lagi Farhan Afif memberi salam walaupun terkejut disapa begitu.
            “Waalaikumussalam.. teruja nampak Afif sampai lupa beri salam…” aduhai! Afif malu abang dibuatnya..
            “Tak pe bang… abang sorang je ke?” Farhan Afif menyoal bila dia hanya melihat Abang Radhi.
            “Ha’a abang sorang je… tadi abang ambik mak abah dekat TBS baru sampai dari Gelang Patah hantar dia orang kat rumah adik tadi. Sian pulak nak bawa sini, orang bila dah tua ni mudah penat apatah lagi kalau jalan jauh. Biarlah mereka berehat dulu, petang karang abang bawalah ke sini. Afif tak kerja ke?” banyak hikmah disebalik kelukaan ini. Farhan Afif inilah salah satu hikmahnya, tak pernah jemu menghulur bantuan dari segala segi untuk mereka semua apatah lagi untuk adik.. Abang Radhi kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Farhan Afif.
            “Taklah bang.. Afif cuti seminggu. Doktor Halimah bagitahu mungkin dalam masa terdekat ini Atul bersalin. Afif tak naklah terlepas peluang keemasan ini, teruja nak tengok anak angkat Afif. Kata orang tak ada anak sendiri anak angkat pun jadilah…” Farhan Afif tersenyum sendiri dengan kata-katanya… Abang Radhi menepuk lembut bahu Farhan Afif setelah mengambil tempat duduk disebelah Farhan Afif. Cuba memahami apa yang ada di fikiran pemuda itu. Mungkinkah Afif ini suka pada adiknya? Tanda soal cukup besar terbayang dikepala Abang Radhi.
            “Afif nak kongsi apa-apa dengan abang? Mungkin kalau Afif tak keberatan….” Abang Radhi cuba memancing mana tahu umpan mengena.
            “Bukan ke sekarang Afif dah kongsi dengan abang, berkongsi tunggu adik abang yang tengah tidur dengan beloved husband dia… dah kongsi ni kan namanya?” Abang Radhi janganlah tanya yang bukan-bukan. Janganlah buat soalan perangkap… Sukar nak diluahkan….
            “Afif jangan lupa….. abang pun lelaki. Man to man talk jika itupun tak keberatan, Afif ada sembunyikan sesuatu kan?” tak putus asa rupanya Abang Radhi ni… aduh! Farhan Afif menggaru kepala yang tidak gatal.
            “Tak ada apalah bang… Cuma adik abang telah membuka mata saya tentang cinta dan pengorbanan.. dan dia mengajar saya untuk melupakan dendam…. Menjadi seorang pemaaf. Dia selalu kata kemaafan adalah dendam yang terindah.. simbolik kan ayat dia.. patutlah sebelum ini hati saya tak tenang kerana tersimpan dendam dilubuk hati yang paling dalam. Saya kurang ikhlas untuk menjalani kehidupan, saya seolah-olah tidak percaya pada qada dan qadar sedangkan hakikatnya hidup ini perlukan keikhlasan dan keredhaan Allah. Alhamdulillah pertemuan saya dengan Man adalah titik permulaan hidup saya untuk berubah dan belajar untuk mengikhlaskan hati…
Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya dan Allah telah mengutuskan Man dan Atul untuk menyedarkan saya tentang hakikat sebuah kehidupan.. hidup ini indah bang cukup indah… macam kata Atul Allah turunkan hujan sebab nak bagi kita pelangi yang indah. Selagi kita masih bernafas selagi nadi berdenyut kita harus kuat menjalani kehidupan biar apa jua dugaan yang datang… Ikhlaskan hati kita… eh! Membebel pulak saya ni bang..” Abang Radhi begitu setia meminjamkan telinga untuk mendengar segala luahan hati Farhan Afif. Tak sangka adiknya yang sempoi dan selamba tahap tak ingat kadangkala boleh menyedarkan lelaki seperti Afif ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi kebahagiaan untuk adik… Amin..
“Abang termenung pulak dia..” Farhan Afif menepuk perlahan peha Abang Radhi yang sedang larit dengan perasaannya sendiri.
“Maaflah Fif… abang teringat adik, adik abang tu memang unik orangnya. Penghibur dalam keluarga kami. Tengoklah keadaan dia sekarang biar di duga begitu hebat tapi tetap bersyukur dan tidak pernah sekali pun menyalahkan takdir.. tetap percaya akan ada kebahagiaan yang menanti disebalik kedukaan ini.. Harap dia mendapat kebahagiaan yang diimpikan satu hari nanti.” Doa Abang Radhi untuk adik yang tersayang.
“Insyallah bang.. saya pun nak yang terbaik untuk dia… dia memang lain dari yang lain.. saya amat mengagumi semangat dia. Selalu berfikir positif dan adakalanya sikap kebudak-budakan itu mencuit hati saya. Namun kita tak tahu apa sebenarnya yang ada kat dalam hati dia…” Atul aku harap kau bahagia Atul.. bisik Farhan Afif di dalam hati.
“Afif, jomlah kita minum dulu kat kantin, hauslah abang bila dah banyak membebel ni..” Abang Radhi berkata sambil mengamit Farhan Afif untuk ke kantin. Sebelum itu Abang Radhi sempat menjengah seketika di bilik Azman, masih seperti tadi adik masih tidur dengan lena. Biarlah mereka….

No comments:

Post a Comment