Sunday 12 August 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 23


BAB 23

            Suasana sekeliling Azman serba putih semuanya, dia terpinga-pinga tidak tahu mana jalan yang harus dituju. Mana isterinya? Puas dia melilau disekeliling namun hanya dia… hanya dia… Ya Allah aku kat mana sebenarnya… aku mahu isteriku.. bukan kah isteriku mengandung? Aku mahu anak ku… di mana mereka dan dimana aku sebenarnya ni….
            Ya Allah temukan aku dengan anak dan isteriku.. aku belum puas bersama mereka. Aku belum menikmati bahagia bersama isteri dan anakku… Ya Allah berilah aku petunjuk, berilah aku peluang biarpun seketika.. aku ingin melihat mereka… Ya Allah aku pasrah dengan ketentuanMu tapi temukan aku dengan isteri dan anakku… bagaimana mereka akan menjalani hidup tanpa aku? Aku perlukan mereka Ya Allah…
            Azman terus melangkah dan terus melangkah… satu cahaya menyilaukan matanya.. dia terus berjalan menuju kecahaya itu.. mungkin di situ ada jalan keluar… Ya Allah.. temukanlah aku jalan keluar.. keletihan yang terasa amat sangat membuatkan Azman berhenti seketika. Dia meneruskan perjalanan dan di dalam hati terus berdoa agar dipertemukan dengan jalan keluar.
            Sampai saja dipenghujung cahaya dia menemui satu pintu, langkahnya semakin laju dan akhirnya dia terlihat satu taman yang cukup indah. Penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang subur, bau harum semerbak bunga menyapa hidungnya. Dia terlihat sebuah kerusi di tepi kolam ikan yang indah. Dia merehatkan diri seketika ditepi kolam sambil menikmati pemandangan yang indah. Dimanakah aku sebenarnya…? Telinganya menangkap bunyi seakan-akan suara kanak-kanak menangis, dia mengamati dari mana arah bunyi itu datang. Dia berjalan menuju ke sepohon pokok yang rendang ada buaian di situ. Seorang kanak-kanak lelaki dalam usia tiga tahun sedang menangis sambil memegang lututnya yang berdarah.
            “Adik kenapa menangis? Boleh uncle tolong?” Azman cuba menghulurkan bantuan. Anak siapakah ini..  ada iras mukanya sedikit.. adakah ini anakku? Tak mungkinlah… isteriku masih mengandung..
            Tangisan kanak-kanak itu berhenti apabila Azman membalut luka dilututnya dengan sehelai saputangan di dalam poket Azman.
            “Adik mana ibubapa adik? Mari uncle hantarkan…” Azman mendukung kanak-kanak lelaki itu yang hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata tapi dengan menggunakan bahasa isyarat kanak-kanak itu menunjukkan jalan dimana keluarganya berada. Azman menurut berpandukan arah yang ditunjukkan tanpa menyoal lagi… kanak-kanak lelaki itu dengan manja melentukkan kepala dibahunya…  satu perasaan yang sukar dimengertikan dapat Azman rasai…
            Azman bertemu satu pintu dan dia melihat isterinya yang sedang terlena disebelah seorang lelaki yang masih belum kelihatan wajahnya. Dia menghampiri dengan perlahan. Siapakah lelaki disebelah isteriku? Semakin hampir degupan jantung semakin laju… adakah isteriku curang.. tapi perut isteriku besar… bukankah isteriku mengandungkan anakku? Penat dia bersoaljawab sendiri…
            Azman terhenti bila terpandang wajah lelaki itu yang seiras dirinya… Akukah itu… kenapa begini? Apakah sebenarnya yang terjadi? Siapa aku dan siapa dia? Kanak-kanak yang didukung sudah terlena dibahunya. Mahu bertanyakan siapa dia saat ini… Ya Allah berikan aku jalan… manakah sinar diwajah isteriku…. Kasihan isteriku…
            “Sayang… sayang… bangun sayang… abang dah balik sayang… bangun sayang…” dia cuba membelai wajah isterinya namun tak tercapai…Ya Allah mengapa aku jadi begini… mengapa aku tidak boleh menyentuh isteriku… adakah lelaki itu.. aku? Ya Allah aku mahu isteriku… aku mahu anakku…
            Azman menoleh bila terasa hujung bajunya ditarik seorang kanak-kanak perempuan yang comel mirip isterinya tersenyum dan memberikan isyarat agar dia menurunkan kanak-kanak lelaki itu disofa bersebelahan katil… dia menurut sahaja.
            Kanak-kanak perempuan itu mengejutkan kanak-kanak lelaki itu untuk segera bangun… Azman ingin melangkah pergi namun segera ditarik kedua tangannya oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan tadi. Entah bila kanak-kanak lelaki itu sedar dia sendiri tidak tahu. Mereka berdua memimpin tangannya menuju kepada isteri yang masih lena… pulas tidurnya…
            Kanak-kanak itu cuba menyampaikan sesuatu tapi sukar untuk dia memahami kerana semuanya menggunakan bahasa isyarat. Bisukah mereka?
            “Kenapa ni sayang? Uncle tak faham…” Azman bersuara lembut. Dia masih berdiri disebelah isterinya… Azman terus cuba untuk memahami bila kanak-kanak itu memintanya berbaring di atas katil yang dihuni oleh lelaki yang mirip dirinya.
            “Sayang nak uncle buat apa ni? Nak suruh uncle baring?” kedua kanak-kanak itu hanya menganggukkan kepala.
            “Mana boleh sayang… ada orang tu.. tapi dia mirip uncle.. adakah itu uncle?” harap serkap jarang dia mengena… adakah itu jasadnya? Adakah yang sedang berdiri dan berbual ini rohnya..
            Laju saja mereka menganggukkan kepala, dia sendiri pelik bila isterinya masih lagi tidak sedar biarpun dia ada disebelah. Anggukkan kanak-kanak itu makin mengelirukannya.. satu senyuman yang cukup manis dihadiahkan untuknya saat dia sudah berbaring disebelah lelaki yang mirip dirinya…  kanak-kanak itu beransur pergi setelah melihatnya berbaring… Dia menjerit memanggil kanak-kanak itu namun jeritannya tidak dipedulikan… Mengapa isterinya tidak mendengar jeritan dia yang nyaring? Apa berlaku sebenarnya? Dia memandang lelaki yang berbaring tadi.. tangannya cuba menyentuh wajah lelaki itu… eh! Aku dapat rasalah… adakah ini aku? Ya Allah ini akulah… Azman memejamkan matanya erat.. tanpa sedar airmatanya mengalir…
            Rabiatul membuka matanya, mengapa aku dengar suara abang tadi? Adakah aku bermimpi? Rabiatul memerhati wajah suaminya lama… ada airmata mengalir dari tubir mata suami yang dicintai.. sudah beberapa kali dia melihat airmata itu mengalir.. sayu hatinya melihat keadaan itu.. dilap lembut airmata yang menuruni pipi suaminya yag sudah cengkung… sebak mengigit tangkai hati.. airmatanya turut mengalir…
            “Abang.. tolonglah bangun.. sayang rindukan abang.. rindukan abang sangat-sangat. Dah lama abang tidur… tak lama lagi baby kita akan lahir… sudah puas abang tidur.. dah lapan bulan bang… sayang akan tunggu abang bangun… abang tak nak jumpa baby kita.. tak nak sambut kelahiran permata hati kita… inilah tanda cinta kita… bangunlah bang… kita kongsi sama-sama kebahagiaan ini… sayang cintakan abang sangat-sangat… baby  pun tak sabar nak jumpa abang… abang…” entah dah berapa kali airmatanya tumpah, perlahan-lahan dia mencium pipi suaminya dan dilap airmata yang mengalir…
            Rabiatul merebahkan kepalanya semula disisi, dipeluk erat jasad yang terbaring kaku… Ya Allah sedarkanlah suamiku.. aku rindukan dia Ya Allah. Aku rindu senyuman dan gelak tawanya, usikan nakal yang membuatku merajuk… aku rindukan segala-galanya tentang dia… Rabiatul mengusap perutnya perlahan, diambil tangan suaminya dan dibawa keperut. Agar sentuhan ajaib ini menyedarkan suaminya…
            “Baby.. ibu rindukan ayah… baby kejutkan ayah untuk ibu.. baby tahu tak ayah baby seorang yang baik sangat selalu bahagiakan ibu.. ayah adalah pendamping dan pelindung ibu.. ibu tak sabar tunggu ayah bangun… nanti bila ayah dah bangun dia boleh jadi pendamping dan pelindung baby jugak… baby tahu tak ayah baby ni nakal tau selalu usik ibu.. tapi ibupun selalu usik ayah…” terasa tendangan halus dari dalam perut. Mereka berdua seolah tahu apa yang ibu mereka katakan.. di balik pintu ada insan yang mengesat airmata melihat peristiwa yang memilukan didepan mata. Farhan Afif tidak dapat menahan sebak… jatuh juga airmata jantannya…
            Rabiatul dapat merasakan satu gerakan diperutnya.. bukan dari dalam perutnya… baby tak menendang pun.. dia pantas menoleh dan dia melihat jemari suamiya bergerak perlahan lantas dia menoleh kewajah Azman. Ada kerdipan kecil dikelopak mata.
            “Doktor! Doktor! Doktor!” teriakan Rabiatul mengejutkan Farhan Afif disebalik pintu. Lekas saja dia merempuh bilik Azman.. kebimbangan mula menyelubunginya.
            “Atul kenapa? Atul nak bersalin ke?” Cemas suara Farhan Afif menyoal. Rabiatul tak mampu berkata apa hanya jarinya menunjuk ke arah Azman. Pantas saja Farhan Afif menoleh, melihat tangan Azman yang bergerak lekas saja Farhan Afif menekan butang merah di dinding memanggil doktor. Di dalam hati mengucap syukur yang teramat sangat…
            “Baby ayah dah gerak baby.. terima kasih baby kejutkan ayah.. terima kasih baby..” dengan linangan airmata Rabiatul bersuara sambil mengusap perut perlahan. Farhan Afif tersenyum bahagia melihat wajah Rabiatul yang gembira biarpun dihiasi airmata.. airmata gembira..
            Sepasukan doktor memasukki bilik Azman, mereka mengarahkan Farhan Afif dan Rabiatul menunggu diluar. Mereka mahu memeriksa keadaan Azman…  mereka berdua hanya menurut saja arahan doktor.. Farhan Afif menghubungi Abang Radhi yang Azman sudah sedar..  tidak lupa kedua ibubapa Azman dan keluarga yang lain…
            “Han! Auch! Aduh! Han! Sakitnya…” Rabiatul mencengkam kuat lengan Farhan Afif… terasa ada air mengalir dicelah kakinya… dia memegang perutnya juga… adakah aku ingin melahirkan… Farhan Afif lantas saja menoleh kesisi. Wajah Rabiatul sudah dibasahi peluh… Ya Allah apa pulak ni? Dugaan apa lagi yang Kau berikan padaku…
            “Atul kenapa?” keadaan semakin mencemaskan Farhan Afif… khabar Azman masih belum diketahui keputusannya Rabiatul pula berkeadaan begini.. Ya Allah tolonglah hambamu ini…
            “Han… air apa yang keluar kat celah kaki Atul ni Han.. Auch! Han sakit!” kata-kata Rabiatul membuatkan Farhan Afif panik seketika. Dia tidak tahu apa yang harus dibuat. Tenang Farhan Afif… tolong bertenang… kau kena hadapi dengan tenang… Farhan Afif cuba menenangkan dirinya sendiri… dia menarik nafas dan dihembus perlahan beberapa kali.
            Setelah mendapat ketenangan dia mencempung Rabiatul ke wad bersalin yang tidak jauh dari bilik Azman. Dalam fikirannya kini hanya untuk menyelamatkan Rabiatul dan anak-anak angkatnya.. keadaan darurat… dia terpaksa mencempung Rabiatul. Jururawat yang berada di wad bersalin dengan pantas membantu Farhan Afif, secara kebetulan Doktor Halimah pun berada di situ. Ini memudahkan Farhan Afif tanpa menerangkan keadaan dengan panjang lebar.
            “Afif kenapa Atul?” tenang Doktor Halimah menyoal.
            “Doktor tolong Atul! Atul cakap ada air keluar dari celah kakinya..” Doktor Halimah menggelengkan kepala.. air ketuban lah tu Afif! Afif! Mana ada air ketuban keluar dari celah kaki. Mengalir ikut celah kaki itu betul… kalau dah panik semua ayat berterabur…
            “Afif, Atul dah nak bersalin. Afif tunggu kat luar ya… nurse sorong pesakit ke bilik bersalin… rasanya pesakit dah nak bersalin ni…” arahan Doktor Halimah menyedarkan Farhan Afif yang masih tercegat berdiri di sisi Rabiatul…
            Farhan Afif berjalan mundar-mandir sesekali dia duduk, hatinya meronta untuk mengetahui keadaan Azman dalam masa yang sama dia risaukan Rabiatul. Ya Allah! Kau selamatkanlah kedua insan ini.. jika ditakdirkan Azman sedar dan sembuh aku akan pergi dari sini… aku tidak akan mengganggu kebahagiaan mereka. Kau selamatkanlah mereka Ya Allah…
            Sudah satu jam berlalu tapi Doktor Halimah masih tidak keluar-keluar. Adakah Atul sudah melahirkan… Abang Radhi memberitahu dia tersangkut  dalam kesesakan lalu lintas. Patutlah tak sampai-sampai… Farhan Afif meraup mukanya perlahan..
            “Afif..” pantas dia menoleh.. Doktor Halimah berwajah cemas.. aduh! Apa pulak ni… selamatkan Atul dan anak-anak..
            “Kenapa doktor.. something wrong?” pantas dia menyoal…
            “Afif.. tolong saya bagi semangat dekat Atul… keadaan dia lemah sangat… bayi lelaki sudah selamat dilahirkan.. tinggal lagi seorang lagi..  boleh Afif?” pinta Doktor Halimah.
            “Tak apa ke doktor? Saya bukan suaminya juga bukan ahli keluarga..” serba salah Farhan Afif dibuatnya.
            “Awak kan bapa angkat mereka… Bantu saya Afif..” separuh merayu Doktor Halimah.
            “Baiklah doktor..” Doktor Halimah menarik nafas lega… Farhan Afif mengekori Doktor Halimah ke bilik bersalin. Hari ini dalam sejarah ni.. pertama kali masuk bilik bersalin… ada beberapa orang ibu yang terbaring di katil di dalam bilik itu. Ada yang sudah melahirkan ada juga yang masih menanti untuk melahirkan…
            Sebak dada Farhan Afif melihat keadaan Rabiatul yang sedang berusaha meneran untuk melahirkan bayinya yang kedua. Lemah sangat dipandangan matanya… Dia mendekati Rabiatul dibahagian kepala, ditiupkan selawat nabi dan ayat al-kursi serta surah tiga Kul dan ditiup lembut ke ubun-ubun Rabiatul agar tenang sedikit perasaan Rabiatul. Rabiatul menoleh seketika, Farhan Afif menghadiahkan sekuntum senyuman… Rabiatul mengangguk lembut…
            “Atul kena kuat demi bayi dan Azman… lekas Atul melahirkan lekas Atul berjumpa Azman… tolong sayang kuatkan semangat… Han ada kat sisi Atul… tolong ya.. ” tanpa sedar perkataan sayang itu lahir dari bibir Farhan Afif untuk wanita yang memang dicintai. Seolah mendapat satu semangat, Rabiatul menghadiahkan satu senyuman pada Farhan Afif. Dia sudah bersedia demi suami, anak-anak dan orang-orang yang menyayanginya…
            Rabiatul mencuba sekali lagi meneran… masih tidak berjaya.. Ya Allah ampunilah dosaku… Kau selamatkan anakku ini agar dia dapat menghirup udara luar Ya Allah..
            “Atul…lagi sekali ya sayang… terima kasih kerana memberi peluang untuk Han merasai saat-saat indah ini… Kuatkan semangat Atul.. cuba lagi ya… Han cintakan Atul, biar tidak memilikki Atul tapi kebahagiaan Atul adalah kebahagiaan Han..” Farhan Afif berbisik lembut ditelinga Rabiatul. Akhirnya terluah jua apa yang ada di dalam hatinya meskipun dalam waktu yang salah.. Rahsia yag tersimpan kemas dilubuk hati yang paling dalam. Han… terima kasih… maafkan Atul tidak dapat membalas cinta Han… Hati Atul hanya satu dan ia telah dimilikki oleh Azman Adib suami Atul… maafkan Atul Han… Rabiatul memberikan senyuman pada Farhan Afif dan dia meneran sekali lagi sekuat yang mungkin.
            Tangisan bayi yang baru dilahirkan membuat Rabiatul tersenyum bahagia… akhirnya dia dapat melahirkan sepasang kembar yang comel..
            “Tahniah Atul! Awak dapat sepasang bayi yang comel, tahniah juga untuk awak Afif  dapat anak angkat dua sekaligus… Atul rehat dulu ya.. nanti kami bawakan bayi-bayi Atul setelah kami bersihkan mereka. Afif nanti boleh azan dan iqamatkan mereka ya. Afif boleh tunggu kat luar dulu, kami pun nak siapkan ibu dia juga…” Doktor Halimah tersenyum bahagia dapat menyelamatkan pesakit dibawah jagaannya.
            “Terima kasih Atul memberi kebahagiaan ini untuk Han. Atul rehat ya… Han ada kat luar..” sempat juga dia menepuk perlahan lengan Rabiatul.
            “Han, terima kasih atas segalanya.. maafkan Atul banyak susahkan Han..” laju saja airmata mengalir tanpa dapat ditahan-tahan…
            “Tak ada apalah Atul… dah jangan menangis… Han keluar dulu..” Farhan Afif menyapu lembut airmata Rabiatul yang mengalir.  Satu senyuman dihadiahkan sebelum dia melangkah keluar.
            Ya Allah terima kasih atas kebahagiaan ini….

No comments:

Post a Comment