Friday 3 August 2012

Perjalanan yang panjang...

Jalan yang panjang...
Tanpa sengaja mendengar lagu dia untukku- ady putra dalam cerita tentang dhia. Best juga suara dia... ok not bad. Entah bila dah malam-malam ni mula mencari sesuatu yang sedap untuk didengar sambil mencari bahan untuk menulis.. dah jumpa pun.. terkadang kita perlu mendengar sesuatu yang lain semasa kita sedang menulis. Tapi itulah aku.. telingaku perlu mendengar muzik atau lagu untuk melahirkan sesuatun idea yang lebih menarik..

Ada rakan yang pelik melihat caraku.. tak kiralah kadang kat ofis pun boleh buat perangai.. bila dah bengang dan kerja semakin banyak aku perlu fokus. Cara mudah untuk fokus adalah sumbat telinga dengan muzik atau apa-apa saja yang boleh menaikkan mood aku semula. Mereka kata aku pelik.. tapi bagi aku ini adalah normal bagi setiap insan. Kita ada cara kita sendiri untuk kawal diri kita. semua kat tangan kita..Tapi bila hati tengah panas cara mudah aku perdengarkan telingaku dengan surah yassin. Alhamdulillah setakat ini berkesan..

Kita ni sebagai  manusia punyai emosi yang berbagai.. kita perlu bijak mengawal emosi kita agar tidak memudaratkan pada sesiapa ataupun diri kita sendiri. Tapi hakikatnya terkadang aku agak sukar mengawal emosi bila melihat sesuatu didepan mata yang kurang memuaskan hati.. apatah lagi bila berdepan dengan insan-insan yang tak faham bahasa. terkadang betul-betul mencabar emosi dan hati kita..

Bila kita bekerja melibatkan orang ramai kita perlu kesabaran yang cukup tinggi dan terkadang perlu memendam perasaan untuk menjernihkan keadaan. Kesian pada diri sendiri juga kadangkala.. terpaksa melukakan hati sendiri.. Perlu bermuhasabah diri sebenarnya. Terkadang memaafkan itu lebih baik. kemaafan itu sebenarnya adalah dendam yang terindah dalam hidup kita.Tak kiralah kesalahan itu kecil atau besar.. perlu memaafkan untuk sesuatu yang lebih baik.

Kita perlu kuat untuk menghadapi cabaran hidup ini.. kerana hidup ini perlu lalui liku-liku yang panjang. Usah menidakkan dengan dugaan yang datang.. tempoh dan harungi dengan tenang kerana itulah yang terbaik untuk kita. Siapa kita untuk menolak itu semua..

Hidup ini indah.. indahkan lagi dengan warna-warna pelangi yang membuatkan hati kita bahagia..

dari hati..
Samiza Ezanie..
12.35pm...




No comments:

Post a Comment