Sunday 12 August 2012

Dua Jiwa Jadi Satu Bab 24


BAB 24

            Melihat saja wajah bayi-bayi yang comel hati Farhan Afif tersentuh… tanpa sedar airmata dia mengalir saat dia mengazankan dan mengiqamatkan mereka.. Andai ini pertemuan terakhir mereka dia redha..
            Abang Radhi berlari mendapatkan Farhan Afif yag tersandar lemah dibangku diluar wad bersalin. Kedua orang tuanya tertinggal kebelakang, mereka ingin tahu keadaan Rabiatul sebelum melihat Azman.
            “Afif adik macam mana?” soal Azman tidak sabar…
            “Alhamdulillah ketiga-tiganya selamat.. Atul dapat sepasang kembar. Mak abah tak ikut ke?” jawab Farhan Afif sambil mata melilau mencari Pak Hishamudin dan Puan Sarimah.
            “Syukur Alhamdulillah… mereka tertinggal kat belakang. Man macam mana Fif?” Abang Radhi ni dah macam polis pencen pun ada.. banyak yang di nak tahu…
            “Tak tahu bang.. sedari tadi Afif memang kat sini saja…  tadi Atul susah juga nak bersalin anak yang kedua. Alhamdulillah semuanya dah selamat.” Terang Farhan Afif serba sedikit.
            “Afif adik macam mana?” Pak Hishamudin dan Puan Sarimah yang baru tiba menyoal….macam nak nak record je ayat ni.. sama je pertanyaannya..
            “Alhamdulillah ketiganya sihat.. jom kita jumpa sikembar.. Atul masih rehat kat dalam lepas tu kita boleh tengok Azman.” Farhan Afif mengajak mereka untuk melihat ahli keluarga yang baru.
            Saat melihat bayi-bayi comel itu airmata mereka tanpa malu mengalir..
“Alhamdulillah comel-comel cucu nenek, terima kasih Allah memberi kebahagiaan ini buat kami. Abang, jom kita tengok menantu kita. Kita khabarkan berita gembira ini.. mungkin Man dah tunggu-tunggu kita. Kesian dia bang…tak ada sesiapa di sisi saat dia sedar.” Terasa puas dapat mencium kedua-dua cucunya. Puan Sarimah mengamit tangan suaminya.

Azman mencari-cari wajah Rabiatul, tadi dia mendengar suara isterinya menjerit-jerit memanggil doktor tapi saat dia membuka mata hanya sepasukan doktor disisinya. Doktor Fuad masih berada di situ membuat pemeriksaan. Entah apa yag diperiksa dia pun tak pasti. Cuma dia rasa penat sangat mungkin lenanya amat panjang, lapan bulan dia koma dan kebiasaannya orang tidur hanya lapan jam.
Matanya masih setia di pintu menanti kehadiran isteri tercinta. Rindunya… sayang pergi mana… abang rindu sangat dengan sayang… hatinya merintih hiba. Bagaimanakah keadaan isterinya, setahu dia sebelum kemalangan isterinya mengandung dan bagaimana kini? Sudahkah dia melahirkan?
Melihat pintu terbuka dari luar hatinya semakin berdebar-debar sama sewaktu dia mahu menikahi Rabiatul. Menanti siapakah akan muncul, akhirnya teka-teki itu terjawab bila melihat kedua ibubapa mertuanya dan Abang Radhi tapi mana isterinya?
Puan Sarimah memeluk erat menantu yang sudah sedar, ucapan syukur tidak putus-putus keluar dari mulutnya. Abang Radhi dan Pak Hishamudin turut memeluk Azman dan mengucap syukur.
“Man mesti mencari-cari mana isteri Man, kenapa dia tiada di sini? Man jangan bimbang Atul selamat. Masa Man tersedar tadi dia ada disisi Man tapi tak lama kemudian dia sakit mahu melahirkan. Alhamdulillah dia dah bersalin… Man dapat sepasang bayi kembar. Tahniah Man...” Akhirnya Abang Radhi menjawab segala teka-teki yang ada dikepala Azman.
“Syukur Alhamdulillah…Man nak tengok anak Man… nak jumpa Atul,” Azman tidak sabar-sabar nak melihat permata hatinya. Jeman kok ye pun sabarlah…
“Man kena sabar dulu, Atul masih dalam bilik bersalin lagipun tadi dia agak lemah sikit masa mahu melahirkan anak yang kedua tapi Man jangan bimbang ya, Atul selamat. Cuma doktor nak dia berehat seketika. Nanti kita bawa dia jumpa Man.” Pak Hishamudin memujuk anak menantu yang baru sedar. Mereka sedar perasaan rindu dan teruja Azman yang mahu bertemu isteri yang tercinta tapi keadaan tidak mengizinkan.
“Terima kasih abah, mak dan abang jaga Atul masa Man sakit. Kesian Atul sorang-sorang hadapi semua ini tanpa saya. Mesti payahkan dia nak jaga saya dalam masa yang sama dia mengandung.” Sayu hati Azman bila mengenangkan keadaan isterinya tanpa dia di sisi.
“Alhamdulillah adik seorang yang tabah tak pernah sekali pun dia menyalahkan takdir. Malah dia banyak memberikan semangat pada kita  semua, sentiasa positif dalam apa jua keadaan. Dia tak pernah jemu dan berputus asa, dia sanggup berhenti kerja untuk sentiasa berada di samping Man dan tidak pernah kami dengar dia mengeluh. Dia seorang yang kuat Man.” Azman terharu dengan ketabahan Rabiatul dari mulut Abang Radhi. Tanpa sedar airmatanya mengalir.
Tidak lama kemudian ibubapa Azman tiba dan mereka bersyukur sangat. Akhirnya penantian mereka berakhir setelah lapan bulan dan mereka semua mendapat dua berita gembira sekaligus. Kelahiran sikembar cukup bermakna dengan sedarnya  Azman dari koma. Betul kata Rabiatul Allah bagi kita hujan sebab nak bagi kita pelangi yang indah.
Farhan Afif menyorong kerusi roda Rabiatul bersama dua orang bayi dan inilah tugasnya terakhir sebelum dia meninggalkan mereka semua. Tanggungjawab dia sudah selesai dengan kelahiran sikembar dan sedarnya Azman dari koma. Cukuplah apa yang telah dilakukan sebelum ini. Kebahagiaan Rabiatul adalah lebih bermakna dari kebahagiaannya sendiri. Bukan dia tak sayang bukan dia tak cinta tapi dia tidak mahu membuatkan Rabiatul serba salah dengan pengakuan dia tadi. Cukuplah dia sudah meluahkan sekurang-kurangnya orang yang dicintai tahu apa yang ada di lubuk hatinya yang paling dalam. Biarlah dia terus tersimpan di situ tanpa perlu disentuh lagi. Masa yang akan tentukan segalanya nanti.
Debaran di dada Farhan Afif semakin terasa getarnya saat dia membuka pintu bilik Azman. Ramai yang menanti kehadiran mereka, dia akan cuba berlagak tenang. Ya Allah beri aku kekuatan.. Saat mendengar pintu terbuka semua mata tertumpu kesitu, Azman adalah orang yang paling tidak sabar. Melihat kelibat isteri dan dua bayinya mahu saja dia berlari medapatkan mereka tapi keadaan dia tidak mengizinkan. Rabiatul memberikan senyuman yang paling manis saat dia terpandang wajah suaminya.
“Sayang…” dengan mata yang sudah berkaca Azman memanggil isteri tercinta. Abang Radhi dan Puan Sarimah mengambil bayi yang berada dipangkuan Rabiatul dan saat itu hanya airmata kebahagiaan menemani mereka.
“Abang… rindu sangat dekat abang.. Alhamdulillah… abang ini anak-anak kita..” Rabiatul mengambil kedua anaknya dan disuakan ke arah Azman. Bertalu-talu dia mencium kedua-dua bayinya.. syukur pada Allah kerana memberikan kebahagiaan ini.
Tanpa disedari oleh sesiapa Farhan Afif meninggalkan mereka semua. Ini adalah jalan terbaik untuk dia dan Rabiatul. Tak mungkin dia dapat menghadapi semua ini dengan tenang jika berterusan. Dia tidak mahu menjadi orang yang ketiga. Cukuplah sampai disini…
“Abang…” lembut suara Rabiatul menyapa.
“Terima kasih sayang untuk kebahagiaan ini..” Azman bersyukur sangat atas kebahagiaannya saat ini.
“Sama-sama kasih abang…” Rabiatul membalas sambil mengusap perlahan pipi Azman.
“Adik mana Afif?” pertanyaan Abang Radhi mematikan terus perbualan mereka.
“Siapa Afif?” terus saja ayat itu meluncur laju dari mulut Azman. Dia memandang isterinya untuk penjelasan
“Man ingat tak sebelum Man kemalangan Man ada tolong Afif dan Afif banyak membantu kita semua dan dialah yang sentiasa ada untuk Man dan Atul. Dia yang membawa Man ke hospital dan dia juga yang mengazankan dan mengiqamatkan anak-anak Man. Dia juga yang ada di bilik bersalin memberikan semangat untuk adik saat adik terlalu letih untuk melahirkan anak Man yang kedua. Dia adalah orang yang banyak membantu kamu berdua. Dia juga mengangkat dirinya sebagai bapa angkat bagi bayi kamu.” Sebelum sempat Rabiatul memberikan penjelasan Abang Radhi sudah menerangkan segalanya.
“Tapi dimana dia?” Azman mencari-cari gerangan insan yang diceritakan oleh Abang Radhi. Namun kelibat orang yang dicari tiada disitu.
“Tadi bukan ke Afif ada kat sini? Kan Afif yang bawa adik, Radhi cuba kamu tengok Afif di luar mungkin dia ada disana.” Laju langkah Abang Radhi mendengar arahan si Ayah.
Puas Abang Radhi mencari namun bayang Farhan Afif langsung tidak kelihatan. Cuba dihubungi telefon bimbit Farhan Afif namun hanya operator yang menjawab. Afif ni pun…. kalau nak kemana-mana boleh tak bagitahu dulu. Aduhai! Abang Radhi melepaskan keluhan.
“Abang jumpa Han?” itu soalan yang keluar dari mulut Rabiatul saat terpandang wajah Abang Radhi.
“Tak ada..  mungkin Afif ada hal kot. Tak apalah nanti abang cuba cari dan hubungi dia. Adik pergi lah berehat, adik kan baru bersalin. Man pun kena rehat, Man pun belum berapa kuat lagi.” Abang Radhi berkata dengan suara yang lemah.
“Tak rezeki Man untuk jumpa Afif. Tak apalah bang.. mudah-mudahan Man jumpa dia nanti. Man nak ucapkan terima kasih kat dia, banyak sangat yang dia dah buat pada keluarga Man sedangkan bantuan Man pada dia dulu hanya sedikit sahaja… tak pelah… sayang.. sayang rehat dulu ya.. nanti kita jumpa lagi.” Azman mengucup mesra ubun-ubun isterinya. Alhamdulillah segalanya sudah kembali seperti biasa tapi hatinya tidak akan puas selagi belum jumpa Farhan Afif. Ingin dikenali insan yang banyak membantu mereka berdua… Terima kasih Afif…

No comments:

Post a Comment