Thursday 16 February 2017

Kerjaya psikologi klinikal.


1.0        Pendahuluan.
            Bidang psikologi menjanjikan satu peluang kerjaya bagi mereka yang amat meminati bidang ini. Salah satu kerjaya dalam bidang psikologi adalah ahli psikologi klinikal. Sebagai contoh di dalam bidang rehabilitasi, perkhidmatan psikologi adalah satu cabang kepakaran yang penting untuk membantu penyembuhan pesakit. Aplikasi psikologi yang berhubungkait antara emosi, kognitif, tingkah laku dan masalah interpersonal akan digunapakai untuk proses penyembuhan (HRC, 2016) Psikologi Klinikal bermula dari negara barat dan ianya mula berkembang di Malaysia pada tahun 1980an. Ia bermula dengan beberapa orang Ahli Psikologi ini bertugas di Jabatan Psikiatrik di hospital dan universiti. Program Sarjana Psikologi Klinikal ditawarkan di Universiti Kebangsaan pada tahun 1994 dibawah program (Postgraduate School of Universiti kebangsaan Malaysia). Kemudian di ambil alih pada tahun 2001 oleh Faculty of Allied  Health Sciences of UKM. Sehingga sekarang UKM banyak membekalkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ini. Sebenarnya tidak banyak beza antara ahli sokologi klinikal dengan ahli-ahli psikologi yang lain (OUM, 2013).
            Psikologi klinikal adalah satu cabang psikologi yang memberikan tumpuan kepada membangunkan strategi taksiran dan intervensi untuk menyelesaikan gangguan mental dan tingkah laku. Psikologi klinikal terutamanya terlibat dalam pentaksiran psikologi, diagnosis, rawatan dan pencegahan masalah psikologi.  Tugas utama bagi seorang ahli psikologi klinikal adalah untuk mengajar, menjalankan penyelidikan, menyelia pelajar serta menjalankan taksiran, pencegahan, rawatan dan perundingan. Selain bidang psikologi klinikal bidang-bidang lain dalam psikologi lain adalah psikologi kaunseling, psikologi pembangunan, psikologi kognitif, psikologi fisiologi, psikologi sosoal dan psikologi industri dan organisasi. Ahli psikologi klinikal berkerjasama dengan pekerja profesional kesihatan mental yang lain seperti pakar psikiatri, pekerja sosial klinikal dan jururawat psikiatri. Tetapi seorang ahli pskologi klinikal tidak boleh memberikan ubat kepada pesakit kerana mereka bukan doktor. Oleh itu untuk menjadi seorang ahli psikologi klinikal di Malaysia perlu mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlu diketahui bahawa terdapat perbezaan antara ahli psikologi klinikal dan ahli psikologi kaunseling, perbezaan yang paling besar iaitu dari segi jenis klien yang ditemui, pendekatan dan teori yang digunapakai. Ahli psikologi klinikal bekerja dengan seorang yang mempunyai masalah psikopatalogi dan sebahagian besar dari mereka ini dilatih untuk menggunakan kaedah penaksiran individu menggunakan teknik-teknik projektif. Ahli psikolgi kaunseling bekerja dengan individu atau masyarakat yang lebih normal dan matang. Memberikan perkhidmatan dalam penaksiran dan kerjaya dan vokasioanal individu (Mohamed, 2001; OUM, 2013).
2.0       Laluan kerjaya untuk menjadi ahli psikologi klinikal  yang layak di     
      Malaysia.
            Sebelum memenuhi cita-cita untuk menjadi seorang ahli psikologi klinikal , individu itu perlu memilih kursus yang bertepatan dengan syarat-syarat kelayakan kerja yang di iktiraf oleh kerajaan. Seseorang itu perlu menghabiskan kursus yang di ambil, psikologi adalah bidang yang mengkaji tingkah laku manusia secara saintifik yang melibatkan perasaan, motivasi dan tingkah laku. Mereka yang mengambil kursus ini akan mempelajari tentang statistik, analisis, fisiologi otak, dan kajian terperinci bagaimana semua ini memberi kesan kepada tingkah laku. Mereka perlu mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Psikologi dimana-mana universiti yang diiktiraf. Untuk menjadi Ahli psikologi Klinikal mereka perlu mengambil pengkhususan dalam bidang psikologi klinikal. Ijazah sarjana dalam bidang psikologi klinikal adalah ijazah pasca siswazah yang menyediakan individu yang ingin bekerja sebagai ahli psikologi klinikal. Program sarjana bertujuan untuk membantu pelajar dalam memperolehi pemahaman dan kecekapan dalam penyelidikan, teori psikologi dan amalan. Walau bagaimanapun, penekanan diberikan kepada pembangunan psikopatologi, rawatan berasaskan bukti, psikologi masyarakat, penyebaran, dan penilaian program dengan remaja, kanak-kanak dan keluarga daripada pelbagai latar belakang. Pelajar mengambil master dalam bidang psikologi klinikal dijangka mempunyai kemahiran untuk menggalakkan tahap optimum fungsi psikologi untuk mengurangkan tahap tekanan psikologi. Melalui program sarjana, pelajar disampaikan dengan kepakaran dalam penilaian, diagnosis masalah, rawatan dan pencegahan masalah-masalah tingkah laku dan emosi.Sebahagian daripada masalah termasuk: kebimbangan, tekanan, kemurungan, masalah hubungan, pelarasan untuk penyakit fizikal dan penyalahgunaan dadah. Program sarjana menyediakan graduan dengan pengetahuan, kemahiran, dan etika yang berkaitan bagi bidang psikologi klinikal. Program ini menyediakan kemahiran yang diperlukan kepada pelajar melalui gabungan amalan diselia, kerja kursus dan penyelidikan; ini membantu menggilap kemahiran yang diperlukan dalam pasaran kerja. Latihan graduan dalam program sarjana yang dilatih mengenai penggunaan model amalan berasaskan bukti untuk digunakan dalam amalan mereka, kedua-dua dalam kesihatan dan suasana kesihatan mental (Masterstudies.com.my, 2016).

            Untuk menjadi seorang Pegawai Psikologi gred 41 di Malaysia, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) mestilah mempunyai kelayakan yang tetah ditetapkan. Oleh yang demikian syarat-syarat yang wajib dipenuhi adalah seperti berikut (SPA, 2016):-
PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 - Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)
·         Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
·         Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan
·         Jadual Gaji:
Gaji Minimum
Gaji Maksimum
Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,078.00
RM9,544.00
RM225.00

SYARAT LANTIKAN :
1.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)
warganegara Malaysia;

(b)
berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan




(i)
ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(ii)
ijazah sarjana muda kepujian dalam dalam bidang sains tingkahlaku beserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86); atau

(iii)
ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,690.32); atau

(iv)
ijazah doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi, Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,997.32)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan




SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

3.
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Psikologi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a)
i.            mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
ii.            lulus Peperiksaan Khas; dan

(b)
had umur pelantikan:


i.            berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
ii.            berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
iii.            berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.




DESKRIPSI TUGAS :
Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.

3.0       Pentauliahan  seorang psikologi klinikal di Malaysia
            Seorang ahli psikologi klinikal perlu mendapat pentauliahan sebelum menjalankan tugas dari Kerajaan Malaysia. Syarat Kelayakan untuk pentauliahan telah diterangkan dalam perenggan 2. Ahli psikologi klinikal dilindungi dibawah akta-akta yang tersedia seperti ahli-ahli psikologi yang lain. Antaranya AKTA 774 Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (AKTA 774, 2016) Ia adalah satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang yang beramal sebagai pengamal kesihatan bersekutu dan orang yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu, untuk mengawal selia amalan Profesioan Kesihatan Bersekutu dan bagi perkara-perkara berkaitan. “profesion kesihatan bersekutu” ertinya apa-apa profesion yang mempunyai kesan langsung atau tidak langsung kepada penjagaan pesakit, atau kepada kesihatan individu atau penduduk; “Profesiaon Kesihatan Bersekutu” ertinya profesion dalam kesihatan bersekutu yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan kesihatan bersekutu yang ditetapkan melalu peraturan di bawah seksyen 11., AKTA 615, Akta Kesihatan Mental 2001 (AKTA 615, 2001) Dalam Akta ini ia menerangkan tentang kesihatan mental di Malaysia dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi mereka yang terlibat dalam kesihatan mental. Setiap Ahli Psikologi Klinikal perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia  sebelum menjalankan tugas.
            AKTA 586 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (AKTA 586, 1998),  AKTA 580 Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580, 1998) Menurut Undang-undang Malaysia menyatakan “profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutikal, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan;
             
4.0       Temubual dengan seorang ahli psikologi klinikal 
            Sesi temubual dijalankan pada pukul 2.30 petang bertempat di Pejabat Pegawai Ahli psikologi Hospital Sulatanah Nora Ismail Batu Pahat, Johor. Ia dijalankan bersama Encik Soo Xi You.seorang Pegawai Psikologi. Beliau ditempatkan di Jabatan Psikiatri hospital tersebut. Telah diketahui bahawa Ahli Psikologi Klinikal adalah satu bidang baru dan masih belum berkembang pesat di daerah-daerah kecil seperti Batu Pahat. Oleh yang demikian sebagai alternatif saya menemubual beliau bagi menyempurnakan tugasan saya. Peranan beliau adalah seperti merancang, menyelaras, dan   memberikan perkhidmatan kaunseling yang merangkumi 5 aspek  iaitu pertumbuhan dan perkembangan, pencegahan, intervensi,  rawatan, pemulihan/rehabilitasi psikososial untuk pesakit dan kakitangan Hospital Sultanah Nora Ismail. Selain itu mengendalikan  sesi kaunseling individu, kelompok atau keluarga. Beliau juga mengendalikan sessi kaunseling program metadon, mengadakan ceramah, syarahan, bengkel dan seminar. Menyimpan semua fail/rekod sesi kaunseling untuk tujuan tindakan susulan dan statistik.
            Selain itu beliau menjalankan ujian-ujian atau inventori-inventori psikologi, analisis dan kaji selidik. Mengadakan aktiviti berbentuk kaunseling dan psikologikal selaras dengan aktiviti unit. Mengambil maklumat-maklumat dan data-data anggota yang bermasalah serta bertanggungjawab melaporkan Jawatankuasa Pengurusan. Mengadakan lawatan ke rumah pesakit untuk kes-kes tertentu dan menjalankan kerja pengurusan mengikut arahan pihak atasan. Beliau juga menerangkan bahawa intervensi bertujuan merubah tingkah laku seseorang individu, keadaan emosi atau kognisi bagi menangani masalah psikologi. Ia adalah gabungan biologi dan psikososial bagi merawat pesakit. Intervensi biologi bagi merawat penyakit keturunan atau genetik dan neutron pada otak atau badan. Tingkah laku keturunan adalah kelakuan genetik. Hasil dapatan kajian ini dapat menerangkan bahawa personaliti seseorang itu adalah hasil pengaruh genetik dan banyak mana genetik itu mempengaruhinya.  Manakala psikopatologi pula akan diketahui berapa banyak perbezaan tingkah laku seseorang individu  dan pembangunannya.
            Memetik dari sebuah laman web rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC, 2016) sebagai contoh tetang peranan-peranan yang berkaitan ahli psikologi klinikal dengan pasukan pelbagai disiplin yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat. Psikologi Klinikal mengadvokasi kemajuan dalam kualiti hidup individu yang hilang upaya dengan menyediakan perkhidmatan pengujian klinikal dan terapi bagi membantu individu menangani dan menyesuaikan ketidakupayaan dengan keadaan semasa. Oleh itu, matlamat perkhidmatan psikologi klinikal adalah untuk meningkatkan kefungsian dan mengurangkan ketidakupayaan dengan mengurangkan limitasi terhadap kebolehcapaian menjalankan aktiviti harian seperti biasa sekaligus mengurangkan limitasi dalam penyertaan aktiviti sosial.
Dengan adanya keperluan yang tinggi dan kepentingan pemberian perkhidmatan psikologi klinikal kepada individu yang hilang keupayaan, Hospital Rehabilitasi Cheras telah memperkenalkan perkhidmatan psikologi klinikal yang pertama di dalam skop perubatan rehabilitasi di Malaysia. Keperluan ini merupakan pelengkap kepada perkhidmatan perubatan rehabilitasi yang mengutamakan rawatan holistik dan menyeluruh di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Perkhidmatan Psikologi Klinikal mula diperkenalkan di Hospital Rehabilitasi Cheras secara rasminya bermula Julai 2012 dan diwujudkan sebagai sebuah unit di bawah pengurusan Ketua Perkhidmatan Rehabilitasi. Seorang Pegawai Psikologi Klinikal S48 ditempatkan di Unit Psikologi Klinikal bagi memulakan perkhidmatan psikologi klinikal.
Pegawai psikologi yang bekerja di Hospital Rehabilitasi Cheras bukan sahaja menjalankan kerja-kerja klinikal, malahan juga terlibat di dalam pemberian latihan / pengajaran, menjalankan kajian rehabilitasi, pendidikan kepada orang awam, terlibat di dalam pembinaan polisi dan kerja-kerja advokasi. Selain itu, pegawai psikologi juga terlibat secara konsisten dalam interdisciplinary teamwork bagi membantu individu mencapai objektif perawatan rehabilitasi secara optimal.
 OBJEKTIF
PERKHIDMATAN KLINIKAL
i.                        Menyediakan perkhidmatan penilaian psikologikal (Gred C), penilaian neuropsikologikal (Gred C)
ii.                        Memberi konsultasi berkaitan perkhidmatan psikologikal kepada pihak yang merujuk
iii.                        Menyediakan pelan intervensi psikologikal / rehabilitasi kognitif kepada individu-individu yang dirujuk
iv.                        Menyediakan intervenesi psikologikal kepada individu dan keluarga mereka
v.                        Memberi psiko-pendidikanMenyediakan latihan dan penyeliaan untuk pelatih Psikologi Klinikal di HRCMemainkan peranan aktif dalam kumpulan interdisiplin
Pendidikan pesakit secara berkelompok kepada individu dan ahli keluarga mereka
vi.                        Untuk mendidik pemahaman orang ramai berkaitan pemulihan dan kurang upaya
 PERKHIDMATAN PENYELIAAN
 Memberi latihan dan penyeliaan kepada psikologis yang baru atau psikologis intern dengan penjurusan kepada rehabilitasi
 PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PESAKIT
a.                   Mendidik orang awam dan mempromosi kefahaman terhadap rehabilitasi dan ketidakupayaan
b.                  Mendidik orang awam terhadap kepentingan kesihatan mental dan kesihatan perkembangan ahli keluarga mereka yang mendapatkan perkhidmatan rehabilitasi
PENGURUSAN
a.                   Mengkoordinasi perkhidmatan psikologikal yang disediakan oleh Unit Psikologi Klinikal di Hospital Rehabilitasi  Cheras (HRC)
b.                  Memberi konsultasi secara aktif dalam pembentukan polisi dan perkembangan perkhidmatan psikologikal di HRC, juga di peringkat kementerian
c.                   Menyertai kajian, penilaian kualiti perkhidmatan dan program-program berkaitan  yang dianjurkan oleh Unit Psikologi Klinikal, HRC
 FUNGSI UTAMA (UMUM)
1.      Pengujian Psikologi Gred C
Aktiviti - pengujian psikologikal
              - pengujian neuropsikologi
              - pengujian baseline (asas)
2.      Psikoterapi
Aktiviti - cognitive behavior therapy
            - behavioral intervention
            - other therapy modalities
3.      Konsultasi
Aktiviti - konsultasi kes
4.      Penyeliaan Kes
Aktiviti - penyeliaan kes
5.      Psiko-pendidikan
Aktiviti - psiko-pendidikan
6.      Penyelidikan Psikologi
Aktiviti - penyelidikan psikologi

4.0       Kesimpulan.
            Psikologi klinikal adalah kajian saintifik berkaitan  emosi, biologi, tingkahlaku  dan sosial dalam semua peringkat pertumbuhan atau pembangunan. Ia merangkumi dari aspek memahami, mengamalkan, membuat ramalan dan mengurangkan tingkah laku yang tidak wajar. Ahli psikologi klinikal mempunyai peranan yang cukup besar di era globalisasi dan faktor ekonomi yang semakin memberikan tekanan pada individu dan masyarakat. Menjadi satu keperluan untuk meningkatkan kesedaran bahawa psikologi klinikal adalah satu profesyen dan sebagai satu disiplin sains kesihatan kerana ianya penting bagi menyempurnakan perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Biarpun ia agak berbeza sedikit dengan tugas-tugas seorang kaunselor tetapi perbezaan itu tidak begitu ketara. Ini kerana dalam sub-sub bidang psikologi klinikal antaranya ada dalam bidang psikologi kaunseling, begitu juga sebaliknya. Masing-masing memainkan peranan yang cukup besar dalam menempuh arus permodenan. Keupayaan generasi Y adalah melangkaui apa yang dijangkakan, oleh itu Kerajaan Malaysia perlu mencari jalan-jalan penyelesaian untuk melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran positif.  Adalah sesuatu yang mengembirakan rakyat Malaysia apabila kerajaan telah menubuhkan pusat kesihatan mental komuniti yang memang diperlukan. Ini kerana ia dapat meningkatkan tahap penjagaan kesihatan mental negara ini. Secara tidak langsung ahli psikologi mempunyai peranan yang cukup besar di dalam komuniti. Ia adalah satu kerjaya baru yang menjadi satu keperluan. Oleh itu melahirkan tenaga mahir dalam bidang ini adalah menjadi keutamaan pada negara. Langkah-langkah perlu diambil untuk menarik minat pelajar-pelajar menjadi ahli psikologi klinikal sebagai satu profesyen yang menarik dan berdaya saing dengan bidang-bidang profesyen psikologi yang lain seperti ahli psikiatrik, kaunselor dan psikologi industri dan organisasi.



                                                                                    */-        2500 patah perkataan.

Rujukan:-
AKTA 580. (1998). Undang-Undang Malaysia, cetakan semula Akta 580 ; Akta Kaunselor 1998 Cetakan semula 1 januari 2006. Retrieved November 10, 2016, from Portal RasmiJabatan Kebajikan Masyarakat: http://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/Akta%20Kaunselor.pdf
AKTA 586. (1998). undang-Undang Malaysia ; cetakan semula Akta 586; Akta kemudahan dan jagaan Kesihatan Swasta 1995; mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2006. Retrieved November 10, 2016, from Laman Web Rasmi Bahagian Amalan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia.: http://medicalprac.moh.gov.my/v2/uploads/Akta%20586%20KPJKS%201998(BM).pdf
AKTA 615. (2001). View Akta Kesihatan ; Akta Kesihatan Mental 2001 AKTA 615. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/11/29
AKTA 774. (2016). View Akta Kesihatan ; Akta 774; Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Kementerian kesihatan Malaysia: http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/11/38
HRC. (2016, November 5). Unit Psikologi Klinikal : Hospital Rehabilitasi Cheras. Retrieved November 6, 2016, from Laman web rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras: http://www.hrc.moh.gov.my/utama/index.php/ms/jabatan-andunit/perkhidmatan-klinikal/perubatan-rehabilitasi-pakar-perunding/unit-psikologi-klinikal
Masterstudies.com.my. (2016). Terbaik 23 Ijazah Sarjana Dalam psikologi Klinikal 2017 - Masterstudies.com.my. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Masterstudies.Com.My: http://www.masterstudies.com.my/Sarjana/Psikologi/Psikologi-Klinikal/
Mohamed, M. n. (2001). Pengantar Psikologi - satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingka laku manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
OUM. (2013). ABPC1103- Introduction to clinical Psychology. Open University Malaysia.
SPA. (2016). Pegawai Psikologi Gred41 - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Retrieved November 10, 2016, from Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam: http://www.spa.gov.my/deskripsi-tugas/ijazah/1152


37 comments:

  1. Assalam, kalau saya diploma sains, lepastu nak sambung degree psikologi, boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Assalam, kalau saya diploma sains, lepastu nak sambung degree psikologi, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, boleh dik. yang penting cgpa adik layak untuk menyambung ke peringkat ijazah. untuk bidang psikologi skopnya luas. yang penting adik minat. Semoga adik berjaya mengapai impian adik. terima kasih.

      Delete
    2. just nak kongsi pengalaman je.. dlu sya ambil dip in multimedia engineering (3.5++), tp, sya apply kos psychology msa degree..

      rmai senior sya kata, klau dah score bidang sbelum ni susah nak tukar bidang.. ada kecewa skit la, tp, sya apply jugak..

      sya score pun bidang sbelum ni, klau sya x minat, sya rasa x guna.. sya score, sya x enjoy.. masa result upu kluar tu, sya tgh keja, kwan sya yg ingatkan.. harapan tu mmg ada, dan Alhamdulillah, kos yg sya dpat adalah pilihan pertama yg sya letak..

      after all of this, the conclusion is, bidang n pointer tu x mmpengaruhi sgt.. yg perlu diambil berat, cara kita list pilihan kita kat upu, dan kos yg kita pilih..

      maybe sbb psikologi ni x rmai yg apply, so sya dpat.. sya ltak kos psikologi 1st, then engineering 2nd.. kwan sya plak trbalik.. dia x dpat msa 1st result upu tu.. but, alhamdulillah, dia dpat msa rayuan, end up be with me together ambik psikologi..

      so, apapun org ckap, ni hidup kita, kita yg buat pilihan.. hehe.. skarang ni, pointer sya, x tinggi pun compared msa diploma, tp sya enjoy.. rsa happy bila study dgn buku psikologi yg bertimbun2 tu.. mmg pelik, tp, who cares bila kita happy kan?

      Delete
    3. Noey jay. hidup kita, kita yang tentukan. yang penting kita ada minat dalam bidang yang kita ambil. Bila kita letakkan jiwa disitu. Ia bukan satu masalah yang besar bagi kita untuk mendapatkan sesuatu yang kita suka. terima kasih tolong jawabkan. Mak Jah doakan noey jay berjaya dalam bidang yang diceburi. terima kasih.

      Delete
  3. Info yg sangat berguna. Sya sedang mengambil degree psikologi, dan memang menyimpan cita2 untuk melanjutkan lgi pljran untuk srjana psikologi klinikal. Tapi masih kurang yakin sebab psikologi masih belum diterima sepenuhnya masyarakat malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf dik lamabat reply, adik kena yakin dengan apa yang adik putuskan. Pada dasarnya begitu pada rakyat Malaysia tetapi jangan bimbang kerjaya ini sedang mendapat perhatian. Masyarakat sudah sedar pentingnya sokongan psikologi.

      Delete
    2. Hai ,boleh sya thu awak sambung degree di universiti mana? Dan kos apa yg awk ambil tuk degree tu ya ?

      Delete
  4. Nice info! Btw sya ada persoalan.. Tahun ni sy akan mulakan pengajian ijazah sarjana muda sains dgn kepujian (sains kognitif) d unimas..bolehkah sy proceed untk ambil master dlm klinikal psikologi dgn degree yg sy sdg ada skrg?

    ReplyDelete
  5. Nice info! Btw sya ada persoalan.. Tahun ni sy akan mulakan pengajian ijazah sarjana muda sains dgn kepujian (sains kognitif) d unimas..bolehkah sy proceed untk ambil master dlm klinikal psikologi dgn degree yg sy sdg ada skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry late reply, bergantung kepada universiti yang adik akan belajar. Setiap universiti mempunyai syarat yang berbeza. rujuk kepada pihak universiti tersebut ya. terima kasih.

      Delete
    2. hi,,as dah 2020, awak dah sambung psikologi klinikal ke? kalau dah sambung dekat u mana? tq

      Delete
  6. Assalamualaikum, saya nak tanya boleh tak kelulusan stpm aliran sastera ambil jurusan bidang psikologi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tolong jawab ya ☺️ boleh jer sbb sy dlu pn jurusan sastera. Tp degree sy ambil course psikologi kaunseling ☺️

      Delete
  7. Salam Penulis..saya berminat engan bidang psikologi dan sedang mengumpul maklumat berkenaan bidang ini..saya dah berusia 36 tahun dan sudah berpengalaman bekerja dgn oil and gas company for 11 years dan mempunyai degree dlm bidang IT..namun sekarang saya ingin mencuba benda baru..dan antara yg bermain di fikiran ialah bidang psikologi..can you suggest any psychologists that I can meet to discuss further on the process to become one? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. maaf lambat reply. agak lama sudah tidak update blog. bidang psikologi sesiapa saja boleh pelajari. yang penting nadia ada minat dalam bidang ini. psikologi ini ada banyak sub bidang. jika nadia seorang pendengar yang baik. ambil psikologi kaunseling. Apa yang mak jah boleh kata adalah ambil Ijazah sarjana muda psikologi, sebab ia menyeluruh. terima kasih. atau untuk pertanyaan lebih lanjut boleh emel mak Jah di hadijahkusin@oum.edu.my terima kasih

      Delete
  8. assalam. saya nak tanya , saya sebagai pelajar aliran akaun boleh x nak ambik diploma psikologi ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam ai. boleh insyallah. bergantung kepada syarat wajib universiti. Untuk pertanyaan lebih lanjut boleh emel saya di hadijahkusin@oum.edu.my

      terima kasih

      Delete
  9. assalam, sy nk tnya apa perbezaan psikologi di ipta dan ipts contoh amik course psikologi di open university malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam shahirah, sebenarnya mana-mana universiti semua sama. yang penting ada MQA. Tinggal lagi cara mana kita akan adaptasikan apa yang kita pelajari. Terima kasih.

      Delete
  10. Assalamualaikum....saya nak tanya kalau sya student aliran acc form 4 & form 5 boleh ke sya nak teruskan cita² untuk hadi ahli psikologi walaupun tak ambil aliran pure sc?? Terima kasih

    ReplyDelete
  11. Salam maaf bertanya, kalau kita sekrang tgh amik ijazah sarjana muda dalam bidang psikologi..boleh ke nk sambung master dalam medicine utk jd psychiatrist?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam wawa.

      boleh masuk link ini untuk mengethaui lebih lanjut.
      terima kasih.

      http://www.medic.upm.edu.my/akademik/postgraduate_medicine/master_of_medicine_psychiatry-1781?L=bm

      Delete
  12. kalau saya diploma ambik accounting pastu degree ambik psikologi boleh ker

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam azreen, biasanya boleh. Ia beragantung kepada syarat wajib universiti. terima kasih.

      Delete
  13. assalamualaikum...kalau saya degree dalam bidang pembangunan manusia boleh tak sambung master dalam bidang psikologi klinikal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam azwan. disini Mak Jah sertakan syarat untuk sambung sarjana psikologi di UKM.

      SYARAT MASUK
      Calon-calon yang memohon untuk mengikuti program ini mestilah mematuhi syarat-syarat kemasukan seperti berikut:

      Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan kredit dalam Bahasa Melayu atau kepujian dalam Bahasa Malayu kertas Julai; dan
      Mempunyai Ijazah Sarjanamuda dalam bidang psikologi (dengan nilai PNGK tidak kurang daripada 3.00) dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau kelulusan lain yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; atau
      Mempunyai Diploma Siswazah dalam bidang Psikologi atau Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat; dan
      Lulus ujian temuduga serta ujian aptitud yang dilaksanakan oleh pihak program; dan
      Pemohon antarabangsa perlu lulus ujian Bahasa Inggeris dengan markah minima (TOEFL 580/ TOEFL-CBT 230/TOEFL-IBT 88 ATAU aras minima IELTS 6.5)

      terima kasih.
      moga dapat membantu. terima kasih.

      Delete
  14. Saya student stpm aliran sains sukan dan seni. Dgn subjek ini, boleh ke saya apply ijazah psikologi?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya. Saya minat dalam bidang psikologi. Dan cadangan saya mahu ambik dalam bidang tersebut selepas tamatnya stpm saya. Saya terfikir kalau lepasan degree bidang psikologiboleh kerja apa ya sementara kumpul duit mahu sambung ke master pula.?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.saya nak tanya kalau nak ambil bidang psikologi ni kan..mesti ambik aliran mana satu? Sastera ke Sains? sebab kawan saya kata mesti sains tapi sorang lagi cakap sastera ..hadehhh pening...

    ReplyDelete
  17. Salam,tumpang tnya pndapat, saya skrang bekerja sbagai penolong pegawai perubatan dan saya juga ada degree psikologi,jdi mcm mna cara untuk saya kembangkan lgi kerjaya saya dgn gabungkn keduanya,atau saya perlu untuk smbng pengajian dlm psikologi klinikal?
    Tq.

    ReplyDelete
  18. Asalam, bole tak nak tnye saye nak amik psikologi klinikal tapi saye pelajar lepasan spm dan aliran hanya sastera. Bole ke?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Saya bakal ambil spm. Dan saya memang bercita -cita besar dalam bidang psychology ni. Berapa A dalam spm yang saya perlu dapat untuk jadi psychology. Dan berapa A dalam spm yang saya perlu dapat untuk sambung belajar dan jadi psychiatrist? Apa syarat untuk jadi psyciatrist?

    ReplyDelete
  20. Hi, boleh advise tajuk tesis berkaitan psikologi klinikal yg boleh terus sambung utk master?

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum,jika saya ambik asasi sains kemanusiaan,lepastu ambil degree in pskikologi,bolehkah saya sambung master klinikal psikologi,atau saya perlu ambil asasi sains juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, hi, sorry nak tlng jawab hee. boleh saja nak ambil mana-mana asasi yg awak minat buat masani, keduanya boleh digunakan utk sambung deg psikologi. yang penting adalah tgok syarat kemasukan bidang tersebut. kalau deg psikologi nk buat dkat ums, boleh semak syarat kemasukan. ramai saja yg asasi/dip ambil bidang yang jauh dari bidang degree mereka. don't worry a lot, fokus dengan yang sekarang dulu, i believe in you, so you kena believe in yourself too, goodluck !

      Delete