Wednesday 17 August 2011

Antara Kejuruteraan Kimia dan Seni Kulinari...

            Kehidupan ini memang menyeronokkan... pelbagai minat untuk setiap seorang... ada yang minat Kejuruteraan Kimia dan ada yang minat Seni Kulinari... dan tak semestinya Kejuruteraan Kimia itu milik lelaki dan begitu juga Seni Kulinari tidak semestinya milik perempuan...

           Apa yang kita buat mesti ada minat... tanpa ada minat semuanya akan menjadi caca marba... dah tak minat mesti buat tak bersungguh... dan keputusan yang kita dapat nanti memang cukup mengecewakan... antara dua bidang ini ada keisitimewaannya sendiri...

          Kejuruteraan Kimia banyak bermain dengan nombor dan matematik menggunakan spanar dan perkakasan yang berkaitan dengan kejuruteraan. Boleh juga dikatakan ianya Doktor pada mesin...  Jurutera Kimia perlu mencipta alatan untuk digunakan oleh Ahli Kimia... Secara ringkas, tugas Jurutera Kimia adalah untuk membina fasiliti bagi memudahkan pengeluaran sesuatu produk secara pukal (mass production). Jadi, pelbagai aspek perlu diambil kira. Biasanya, Ahli Kimia lebih kepada mencipta teori-teori, mereka formula baru serta molekul baru. Tetapi Jurutera Kimialah yang mengaplikasikan teori-teori tersebut untuk manfaat umum.

          Produk-produk yang dikeluarkan Ahli Kimia terus dari makmal biasanya terlalu mahal. Lalu, Jurutera Kimia lah yang mencari jalan untuk menjadikannya murah dan mampu dibeli masyarakat umum. Satu lagi perbezaan yang pasti menarik perhatian semua, gaji permulaan seorang Jurutera Kimia (atau lebih dikenali sebagai Jurutera Proses) biasanya lebih besar daripada Ahli Kimia. Malah lebih besar daripada jurutera-jurutera dalam bidang lain.  

        Seni Kulinari banyak bermain dengan resipi.. menggunakan pisau, sudip dan periuk untuk menyediakan makanan.. Boleh juga dia dikatakan Doktor Perut... dan ertikata yang biasa disebut Chef... ini memang penting bila perut lapar semua benda tak boleh jadi... bila dah lapar mana ada tenaga kan... jadi peranan Chef ini cukup besar..

        Seseorang chef yang dilantik perlu menguasai masakan tempatan sekurang-kurangnya 65 jenis hidangan pada bila-bila masa. Biasanya temuduga pengambilan chef adalah melalui ujian amali yang memerlukan mereka menyediakan hidangan makanan untuk 4 juri. Seseorang chef yang ditemuduga juga perlu mengetahui harga jualan hidangan dan kos perbelanjaan satu hidangan dengan menerangkan kos perencah, jangka masa, tujuan hidangan dan kos bahan mentah yang digunakan untuk memasak hidangan tersebut.

        Seseorang chef juga perlu sentiasa mereka cipta resipi baru. Selain itu, chef yang dilantik perlu memesan bahan mentah masakan yang perlu, melatih pekerja baru untuk bahagian dapur, sentiasa mengawal-selia kebersihan serta keselamatan semasa penyediaan makanan di tempat masak.

          Jadi antara Kejuruteraan Kimia dan Seni Kulinari mempunyai peranan yang berbeza tapi masing-masing mempunyai tugas yang dikhaskan untuk mereka.. jadi tak adalah kata yang Kejuruteraan Kimia ni bagus atau Seni Kulinari ni bagus... masing-masing ada peranan dia sendiri..

          Minat seseorang itu tidak boleh diperlekehkan kerana ada sebab mengapa mereka minat.. jadi kena hormati dan memberi sokongan pada mereka... kerana itu adalah yang terbaik untuk mereka...

1 comment: