Thursday 18 August 2011

Cerpen : Adakah Aryan untuk Ain (Part II)

ADAKAH ARYAN UNTUK AIN? (Part II)


10 tahun kemudian…
Zaki Aryan merenung kejauhan di tengah laut Selat Melaka di pantai Batu Ferringhi, Rindu untuk bertemu dengan rakan-rakan yang bertugas di Johor dulu.. especially Nurul Ain… mesti dah ramai anak dia. Hampir 10 tahun lamanya sejak dia ditukarkan ke Pulau Pinang. Kawan ketawa suka dan duka… Sebelum ni mereka ada berhubung melalui emel namun 5 tahun kebelakangan ini tidak satu emel pun diterima dari Nurul Ain. Bila menelefon hanya operator sahaja yang menjawab mengatakan nombor itu telah ditamatkan perkhidmatan… mana agaknya kau Ain…
Suasana petang di pantai ini cukup meriah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan dari menunggang kuda hingga menaiki banana boat. Juga disediakan bot untuk membawa pelancong melawat taman ikan yang berada tidak jauh dari pantai. Beach boy tidak jemu melayan karenah pelancong yang datang. Meriah dan menyeronokkan tapi hati Zaki Aryan tetap tidak ceria… banyak dugaan yang Allah berikan untuknya sejak akhir-akhir ini… tidak tertanggung rasanya…. Namun dia pernah mendengar ustaz berkata Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu untuk menanggungnya…
“Ayah! Ayah!”  lamunan Zaki Aryan terus mati di situ… Zahrin Ariq anak sulung yang menjadi kekuatan dan penyeri hidupnya sejak kematian isteri yang tercinta empat tahun lalu semasa bersalin puteri bongsu Zahra Ainul Hayat. Isterinya meninggalkan sepasang putera dan puteri untuk menemaninya sepanjang hidup ini….
“Ada apa Ariq? Adik mana?”
“Adik dengan nenek beli baju… Ayah nenek panggil.”
“Ok.”  Zaki Aryan memimpin tangan Zahrin Ariq yang berusia sembilan tahun.
Dari kejauhan Zaki Aryan melihat ibu dengan sabar melayan cucu yang tercinta. Ibulah yang menjaga dan menemani mereka bertiga sejak pemergian Nadhirah. Puan Hanum memang nenek dan ibu yang penyayang…
“Ibu beli apa ni? Adik kacau nenek ya?”
“Tak lah Ayah… kan nenek?”
“Tak adalah Aryan anak kamu ni tak kacau ibu pun, tengok baju ni cantik dan sesuai untuk adik….”
“Hai.. ibu pinky lagi ke? Rasanya baju adik banyak sangat warna pink…”
“Anak kamu ni kan perempuan memanglah warna pink yang sesuai tak kan nak beli warna terang-terang.… dahlah adik ni agresif tak sesuai warna terang, kamu lupa ya pakar motivasi ada berkata kanak-kanak yang agresif sesuai pakai baju warna lembut… biar dia seimbang dengan perwatakannya..” Puan Hanum kalau dah mula bersyarah kalah Ustazah Siti Norbahyah…
“Suka hati ibulah… mana baik untuk ibu baik untuk kami semua..”
“Abang tak nak beli baju ke?”
“Abang nak baju bola lah nenek.. Baju MU, ayah dah janji nak belikan..”
“Abang.. nanti kita beli ya.. tunggu ayah pergi kedai sukan.. Abang boleh tunggu kan?”
“No problem ayah..”
“Pandai anak ayah..”
            Zaki Aryan beruntung kerana mempunyai anak-anak yang benar-benar memahami keadaannya.. bukan mudah nak menjadi bapa tunggal dalam zaman ini.. Ibu ada bertanya jika dia mahu berkahwin lagi atau tidak.. tapi buat masa ini dia belum ada niat untuk semua itu.. Nadhirah cukup istimewa.. Biarpun dia sudah tiada namun.. kenangan bersama Nadhirah masih segar hidup dalam hatinya…

            Suasana di Dewan Kolej Tun Dr. Ismail UTM sudah mula dipenuhi dengan tetamu yang hadir sempena Seminar Keushawanan.. Zaki Aryan turut serta dalam seminar tersebut. Inilah kali pertama setelah 10 tahun dia pulang ke Johor.. Banyak tempat dah berubah..
            Zaki Aryan membaca aturcara majlis yang diterima, salah seorang penceramah Nurul Ain Binti Zakaria.. Nama itu membuat Zaki Aryan termenung seketika.. Adakah itu Ain yang dicari.. Wah! Boleh tahan si Ain ni.. hilang-hilang apabila muncul jadi fasilator.. boleh tahan..
            Menurut aturcara itu Nurul Ain akan muncul pada sessi yang kedua. Tak sabar Zaki Aryan menanti kemunculan orang yang dicari.. tapi kenapa dia berkerusi roda… oh tidak.. wajahnya masih sama.. Cuma Ain kini bertudung..agak kurus berbanding 10 tahun dulu..Apa terjadi pada kau Ain.. Aku nak tahu juga…
“Assalmualaikum Ain…” Nurul Ain yang sedang sibuk mengemas kertas-kertas yang telah digunakan tadi.. terhenti seketika.. lantas menoleh…
“Walaikumussalam… eh.. kau Zaki kan? Ya Allah lamanya kita tak jumpa, kau sihat? Anak kau dah berapa? Kau kat mana sekarang?” Nurul Ain terkejut yang amat sangat.. wajah rakan yang memang amat dirindui tapi dia tak mampu untuk menghubungi kerana keadaannya begitu. Dia tidak mahu menagih simpati..
“Hohoho… banyaknya soalan kau Ain.. chopp! Bagi aku jawab satu-satu ek.. aku sihat.. keluarga sihat.. anak aku dah dua dan aku masih kat Penang. Kau?”
“Aku.. aku macam yang kau nampak…”
“Kenapa Ain?”
“ Panjang ceritanya Zaki.. lama kau kat sini?”
“Ingat aku nak balik petang ni juga tapi dah jumpa kau ni aku tundalah.. aku nak berbual dengan kau Ain.. Aku rindu dengan kau Ain.. lama sangat kita tak jumpa.. aku nak tahu kenapa kau hilangkan diri dari aku Ain.. dulu kau rajin telefon dan emel kat aku tapi.. 5 tahun kebelakangan ini satu emel pun aku tak dapat biarpun dah beratus emel aku hantar kat kau Ain.. Boleh aku tahu kenapa Ain?”
“Boleh.. tapi kau kena tunggu aku Zaki..”
“Zaki aku balik dululah.. bila hang balik Penang?” Perbualan mereka terhenti seketika bila Johan menyapa Zaki Aryan. Johan rakan sekampung Zaki Aryan yang sama-sama menghadiri seminar ini.
“Aku balik esok.. aku nak jumpa kawan lama aku ni.. lama sangat tak jumpa dia..”
“Oh.. Puan Nurul Ain ni kawan hang la..”
“Yup.. kawan sekerja 10 tahun dulu masa kita orang sama-sama kerja di Senai..”
“Baguslah.. boleh hang cari pengganti nanti ya…”
“Banyaklah kau ni..”
“Oklah aku blah dulu.. Puan Nurul I pergi dulu.. jumpa lagi nanti.. Zaki, hang jangan nakal-nakal ya..”
            Nurul Ain yang sedari tadi menjadi pemerhati macam pemerhati PBB, namun dia agak pelik bila Johan meminta Zaki Aryan mencari pengganti.. nantilah aku tanya dia..
“Zaki kau boleh tolong aku? Tolakkan kerusi roda ni pergi kat kereta aku?”
“Ok no problem.. Ain kau tak ada pembantu ke?”
“Ada…. Saja aku nak manja dengan kau.. tak boleh ke?”
“Eh… boleh sangat.. apa de hal… aku alu-alukan.. aku buka tangan aku ni luas-luas untuk kau.. lau tak cukup aku pinjam padang UTM ni untuk kau… boleh?”
“Gatal kau ek..”
            Zaki Aryan dengan tersenyum riang menolak kerusi roda Nurul Ain ke tempat parking kereta. Nurul Ain mengambil tongkat di tempat duduk belakang. Ini memudahkan dia untuk keluar masuk kereta tanpa bantuan.. Sudah 3 tahun dia berdikari.. sudah biasa.. mereka berpisah di situ dan berjanji berjumpa di Danga Bay malam nanti..

            “Kenapa Ain?”
“Perlu ke aku bercerita dengan kau Zaki?”
“Perlu.. aku kan kawan kau.. Kau lupa ke.. aku sentiasa sudi meminjamkan bahu aku untuk engkau.. kan dulu kita selalu ketawa dan menangis bersama.. Kalau kau dah lupa aku ingatkan kau.. aku sentiasa ada untuk kau.. ceritalah… biar kurang beban kau Ain..”
“Zaki.. aku.. aku..” Nurul Ain tak mampu untuk meneruskan kata-kata.. airmata mula bergenang dipelupuk matanya.. makin lama semakin kabur pandangan matanya.. Nurul Ain menarik nafas dalam-dalam..
“Ain..” simpati Zaki Aryan makin melimpah ruah..
“Ceritalah…. Ain jika itu boleh meredakan perasaan mu Ain.. aku ada untuk kau.. suami kau? Anak kau? Mereka semua sihat?”
“Mereka.. mereka dah tak ada Zaki.. mereka dah tinggalkan aku selama-lamanya.. aku seorang sekarang Zaki..”
“Apa maksud kau Ain..?”
            Nurul Ain tak mampu lagi menahan sebak di dadanya.. Zaki Aryan di pandang sayu.. sedu Nurul Ain semakin kuat.. tak mampu lagi dia sembunyikan kesedihan yang dipendam sekian lama. Selama ini dia cuba berlagak kuat depan keluarga namun hakikatnya dia selalu menangis.. Entah kenapa depan Zaki Aryan dia mudah saja menangis..
“Ain bertenang..” Zaki Aryan memegang jemari Nurul Ain.. menyalurkan sedikit kekuatan untuk insan yang sekian lama dicari..
“Zaki..”
“Kalau kau tak bersedia.. jangan cerita.. menangislah Ain.. lepaskan beban kat hati kau..”
            Tanpa dipaksa.. Nurul Ain membalas genggaman jemari Zaki Aryan.. terasa beban yang ditanggung ingin dikongsi bersama pemuda itu..
“Zaki.. Hakim dah pergi tinggalkan aku selama-lamanya..aku sorang sekarang Zaki.. Hakim dah tak ada.. aku tak boleh lupakan apa yang terjadi pada kami…”
Innalillahiwainnaillaihirojjiun.. apa yang berlaku Ain..?”
“Kami kemalangan waktu hujan lebat.. Pemandu tu tak lepas semasa memotong… dia.. dia.. langgar kereta kami Zaki.. dia rampas Hakim dari kehidupan aku…Dia ambil sekali  putera aku Zaki.. Aku tak tahu apa yang berlaku.. Aku koma lama Zaki.. hampir dua bulan.. sampai sekarang aku tak boleh lupakan apa yang berlaku..” Nurul Ain menarik nafas perlahan-perlahan.. dipandang sayu wajah Zaki Aryan.. Zaki Aryan menganggukkan kepala… Nurul Ain meneruskan kata..
“Hakim meninggal dunia di tempat kejadian… anak aku semasa dalam perjalanan ke hospital.. satu-satunya zuriat yang ada dalam perut aku pun tak dapat diselamatkan.. Aku kehilangan segalanya Zaki dalam sekelip mata.. Aku tak ada sapa-sapa.. aku rindukan Hakim.. Aku rindu dengan anak-anak aku.. aku rindu sangat dengan mereka.. Aku rasa macam nak mati saja, aku tak sanggup lalui hidup ini sendiri.. Aku….”
“Ain sabar ya..”
“Ain tak mampu lagi Zaki.. Kau tahu aku cuba untuk kuat depan mak abah aku.. aku sembunyikan segalanya.. aku tak mahu mereka menangis tengok aku lemah Zaki tapi hakikatnya hati aku sakit.. sakit sangat.. aku nak Hakim macam dulu.. Hakim yang selalu ada untuk aku..”
“Aku ada untuk kau Ain.. Aku janji aku akan jaga kau.. aku akan lindungi kau macam Hakim lakukan untuk kau.. percayalah Ain.. Aku tak kan biarkan kau menangis lagi..”
            Lantas dengan sopan dibawa Ain ke dadanya. Dipeluk erat rakan suka dukanya…
“Menangislah sayang.. luahkan segalanya.. Aryan ada untuk Ain..”
“Aryan..” Nurul Ain mengangkat kepalanya…
“Yup.. lama dah Aryan nak Ain panggil nama tu.. 12 tahun dulu..”
“Apa maksud Zaki?”
“Aryan…?” Zaki Aryan berkata lembut..
“Whateverlah… why?”
“Sabarlah sayang.. nanti Aryan cerita.. dah habiskan makanan tu.. dah lewat ni.. bahaya Ain balik sorang malam-malam ni.. Aryan hantar ya?”
“Ain duduk hotel lah.. kat M Suite.”
“Eh! Aryan pun.. nampaknya jodoh kita panjang.”
“Gatal ek! Wife kau nak letak mana? Kau nak aku kena pelangkung!”
            Nurul Ain tergelak dengan kata-katanya sendiri, Zaki Aryan turut tumpang sekaki..
“Tak ada siapa pun nak pelangkung Ain.. Confirm!”
“Kau jangan nak macam-macam, aku pun perempuan Zaki.”
“Please call me Aryan..”
“Suka hatilah nak aku panggil kau apa pun,, oh! Mentang-mentang jauh dari bini.. menggatal ek!”
“Inilah Ain yang Aryan rindu.. rindu sangat nak bergaduh dengan Ain..”
“Sudah! Sudah! Jangan nak macam-macam.. wife dan anak-anak kau sihat?”
“Anak-anak Aryan sihat.. wife Aryan sedang berehat dengan tenang dan aman di sisi yang tersayang..”
“Zaki.. boleh tak kau cakap betul-betul?”
“Boleh sayang..”
“Mula dah.. aku ni dahlah OKU kau nak tambahkan tahap ketinggian OKU aku ke? Gatal kau ya.. dulu.. bukan main pemalu dengan perempuan.”
“Ain.. pantai pun berubah.. lagikan kita ni manusia..”
“Aku serius ni Zaki..”
“Oklah.. Nadhirah meninggal dunia semasa melahirkan Ainul Zahra Hayat.. isteri Aryan dah meninggal empat tahun lepas..”
Innalillahiwainnaillaihirojjiun.. maafkan aku.. aku tak tahu..”
“Ok.. tak pe.. life must go on.. kita kena terima hakikat hidup.. Jodoh, ajal, maut itu semua kerja Allah.. ada banyak hikmah yang tersembunyi.. Dalam dunia ini banyak pintu Allah buka kan untuk kita tapi kadang-kadang bila terlampau sedih.. kita tengok pintu yang ada kat depan kita sahaja walaupun pintu tu dah tertutup untuk kita, kita lupa untuk menoleh ke pintu lain yang dibuka kan untuk kita.. Kita kena kuat untuk tempuh hidup ini Nurul Ain Zakaria.”
“Habis anak-anak kau?”
“Aryan jaga.. ibu duduk dengan Aryan sekali.. Ayahkan dah lama meninggal.”
“Jadi bapa tunggal lah ni.. mesti comel anak-anak kau kan?”
“Oh! Sudah semestinya, tengok ayah dialah.. kan handsome.”
“Eh! Kau ni memang perasan lebih tak sudah-sudah. Perangai gatal kau tu tak pernah nak berubah ya.”
“Untuk Ain je yang tak pernah berubah.. dengan orang lain memang banyak berubah.”
“Udahlah!..Untunglah!”
“Memang untung apa, siapa yang nak rugi..”
“Jomlah balik! Dah malam.. esok kan kau nak balik Penang. Jauh perjalanan kau, aku ni dekat je, kat tempat lama dan rumah lama..”
“Ain.. Aryan rasa macam tak nak balik.. tak puas nak tengok Ain..”
“Hei tolonglah! Jangan nak mengatal… kau demam ya Zaki.. tolong jangan bagi aku harapan jika sekadar di pinggiran.. aku rasa aku selesa dengan kau, jangan buat aku serba salah Zaki.”
“Apa pun Ain yang keluar dari mulut Aryan adalah benar semata-mata tiada yang tak benar selain benar belaka.. Ini kerja Allah Ain.. kenapa kita ditemukan semula dalam situasi begini.. mesti ada hikmah yang tersembunyi.”
“Ya aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.. tapi biarlah semua itu berjalan mengikut cartanya.. Aku takut bila tak mengikut carta.. kita akan kecewa..”
“Ain.. Ain.. ingat juara lagu ke? Siap ada carta-carta ni.. dah jangan nak merepek.. Jom Aryan bawa Ain ke kereta..”
            Nurul Ain berjalan dengan perlahan, dia perlu berhati-hati. Sudah banyak kali dia terjatuh biarpun menggunakan tongkat.. Doktor kata kakinya mungkin akan sembuh jika dia rajin berlatih.. Alhamdulillah.. sejak mengamalkan terapi pasir pantai banyak dah berubah ke atas kakinya.. Dia boleh berdiri tanpa bantuan tongkat cuma.. belum dapat menapak sahaja.. tak mengapa..
            Pertemuan malam itu berakhir dengan membawa cerita sendiri.. Nurul Ain tak menafikan yang dia bersyukur dan bahagia bila  bertemu semula dengan Zaki Aryan.. hati.. tak siapa dapat meneka..

“Ain.. jika langit itu indah.. indah lagi senyuman Ain.. jika besi itu keras.. keras lagi hati Ain.. Jika kapas itu lembut.. lembut lagi hati Aryan.. Ain.. tolong lembutkan hatimu untukku.. Jangan diingat kisah silam yang menguris perasaan.. Bangunlah dengan semangat baru.. Aryan ada untuk Ain.. berilah Aryan peluang yang Ain tak berikan pada Aryan 12 tahun dulu.. Jika Ain masih ingat.. bunga yang Ain dapat masa birthday Ain 12 tahun dulu.. Adalah dari Aryan.. Aryan lah Mr. A itu. Aryan lah secret admire Ain yang selalu mengganggu Ain dengan bunga dan coklat tu.. maafkan Aryan.. dulu Aryan tak ada kekuatan untuk melafazkan dan berterus terang.. kini.. Aryan dah cukup bersedia untuk Ain.. Sudi Ain menjadi sahabat sebantal Aryan? Kekasih sehati sejiwa Aryan? Berilah Aryan peluang.. Aryan tunggu Ain.. Adakah Aryan milik Ain? Aryan akan tunggu jawapan Ain berpa lama pun.. Selamat malam.. Love Aryan..”
            Terkedu Nurul Ain membaca mesej yang diterima dari Zaki Aryan.. gila betul mamat ni.. mesti ada skru yang tanggal kat kepala dia tu.. Patutlah dulu dia suruh aku terima je Mr. A tu.. rupanya dialah empunya badan.. kurang asam betul.. dahlah satu pejabat kecoh.. malu dia.. mana tak peliknya hari-hari dapat bunga dan coklat. Apa agaknya perasaan dia bila aku bagi bunga dan coklat tu pada kawan-kawan sepejabat. Bila aku bagi kat dia.. dia cakap buruk siku.. apalah aku ni tak faham bila dia cakap macam tu.. ya la kan bila kita dah bagi kat orang kita ambil balik mesti buruk siku.. Aduyai.. apasal aku tak terfikir masa tu..
            Apa aku nak balas mesej dia ni.. aku anggap kau kawan je Encik Zaki Aryan ya..
“Kerja kau rupanya.. badigol betul.. bagi aku masa.. Selamat malam.. Sweet dream”
            Zaki Aryan hanya tersenyum bila membaca mesej Nurul Ain..
“Mimpikan Aryan malam ni..”
            Eh! Mamat ni.. baik aku tidur.. entah apa-apa entah.. boleh cair aku dibuatnya bila aku layan ni.. Oh Tidak! Adakah Ain untuk Aryan? Jawapannya.. Oh tidak!.

            “Aryan.. boleh ibu tanya?” Puan Hanum pelik dengan perlakuan Zaki Aryan sejak pulang dari Johor minggu lepas. Pemuda tu suka senyum sorang-sorang, termenung dan kadangkala bercakap sendiri bila dia memegang handphone.. bimbang takut ada wayar yang tercabut budak ini..
“Napa bu?”
“Ibu tengok sejak balik dari Johor ni Aryan suka senyum sorang-sorang, cakap sorang-sorang dan kadang-kadang tu yang terlebih parah tu kadang termenung jauh macam menteri kabinet memikirkan masalah rakyat yang tak ada penghujungnya.. ada apa Yan sembunyikan dari ibu? Ibu bimbang juga takut ada wayar yang tercabut kat Johor lepas tu lupa nak pasang masa nak balik Penang.”
“Ada ke situ pulak ibu ni.. Tak ada apalah bu..” Gila kentang betul aku ni .. dah angau tahap gaban ni.. Ibu pun dah boleh perasan.. parah-parah bahana Nurul Ain ni..
“Aryan.. bercakap benar itu lebih baik.. abang dan adik pun pelik tengok kamu sekarang ni.. budak berdua tu sampai tanya kat ibu.. Dia orang ni nak dapat mak baru ke?”
“Iskh..! Ibu ni mana adanya.. tak kan budak-budak tu cakap macam tu?”
“Adik dan abang nampak kamu tengok gambar kat laptop.. kalau dah buat wallpaper tu… mana budak-budak tu tak perasan.. Aryan!”
“Oh No!”
“Oh Yes!” Alamak Puan Hanum pun dah speaking London ni.. Bahaya! Bahaya!..Puan Hanum menjegilkan mata pada Zaki Aryan dalam masa yang sama Zaki Aryan meminta simpati.. namun sia-sia bila ibu terus membesarkan matanya..
“Ibu.. ibu ingat tak kat Ain?”
“Kenapa?” lajunya ibu menyoal…
“Aryan jumpa dia masa kat Johor, dia jadi fasilator masa seminar tu..”
“Eh! Bukan ke dia dah kahwin? Anak dia berapa sekarang?”
“Ibu tolonglah Aryan cerita habis dulu.. Ibu ni.. malaslah Aryan nak cerita.. potong stimlah ibu ni..”
“Merajuk pulak.. sejak bila ni?”
“Ibu tu.. cerita tak habis lagi.. dah caras kat tengah-tengah.. hilang mood.”
“Jangan nak mengada-ngada.. cerita cepat!” Hoho kuasa Hitler Puan Hanum dah keluar…
“Ya la.. suami dan anak dia dah meninggal dunia termasuk anak dalam kandungan Ain sekali. Mereka kemalangan bu.. Ain je yang terselamat tapi dia cedera parah bu.. dia koma sampai dua bulan.. sian dia bu.. dia tak dapat pun menatap wajah suami dan anak-anak dia buat kali terakhir.. sampai sekarang Ain belum sembuh sepenuhnya.. Ain masih berkerusi roda..”
“Innalillahiwainnaillaihirojjiun.. kesiannya.. Ain lumpuh ke Aryan?”
“Taklah bu.. Cuma dia tak boleh berjalan tanpa bantuan tongkat ataupun kerusi roda. Aryan kagum dengan semangat dia, dia bangun dari kesedihan yang panjang. Berdikari untuk teruskan hidup. Ibu.. Aryan ingat nak jadikan dia isteri Aryan.. Ain cinta pertama Aryan. Ain je yang tak tahu sebelum ni.. tapi sekarang dia dah tahu kot.. Aryan ada cakap dengan dia. Lama dah Aryan pendamkan, semua orang tak tahu pun termasuk Ain masa tu.. yang syahdunya dia siap jadi konsultant lagi masa Aryan dengan Nadhirah.. Sedangkan dalam hati Aryan masa tu cuma ada Ain seorang je.. Aryan sayang dan cintakan dia sesangat.. tapi nak buat macam mana, mungkin masa tu jodoh kami tak kuat.. tapi Aryan tak menyesal atas apa yang berlaku.. semua ni kan ada hikmahnya.. Sekarang kami berjumpa semula setelah kembali solo.. Ibu setuju tak dengan cadangan Aryan?” panjang lebar Zaki Aryan menerangkan pada Puan Hanum.. gila kentang mamat ni bila dah kemaruk nak kahwin… Puan Hanum hanya mampu tersenyum melihat sikap anaknya yang kini sudah berani berterus terang bila melibatkan soal hati.. kalau dulu hanya menurut sahaja..
“Aryan.. mana yang baik untuk kamu.. baik untuk anak-anak kamu.. ibu setuju je.. Lagipun dah lama ibu tak tengok kamu gembira dan bahagia macam ni. Anak-anak Aryan pun perlukan belaian kasih sayang seorang ibu.. lega hati ibu.. Kalau Ibu dah tak ada. Ada orang jaga cucu-cucu ibu..”
“Ibu.. terima kasih..” Zaki Aryan lantas memeluk Puan Hanum erat-erat. Sebak dan sayu bila ibu turut merestui perhubungan dia dengan Nurul Ain. Biarpun Nurul Ain tak sempurna.. Sayang ibu.. Kalau ibu tak setuju pun tetap sayang ibu..

“Assalamualaikum..” kedengaran orang memberi salam dari luar. Nurul Ain sedang sibuk menyiapkan makan tengahari, lantas menyuruh Encik Zakaria membuka pintu dan menjenguk siapa yang datang. Puan Kalsom di belakang rumah mengambil ulam pegaga.
“Walaikumussalam…” Encik Zakaria terkejut dengan tetamu yang hadir.. Zaki Aryan dan anak-anak dia yang comel..
“Zaki.. apa khabar nak?”
“Baik pakcik.. lama tak jumpa.” Zaki Aryan memeluk erat Encik Zakaria.
“Zaki.. jemputlah masuk.. ni anak-anak Zaki ke? Mana isterinya?”
“Ya Pakcik.. isteri saya dah meninggal 4 tahun lepas.. abang, adik salam dengan Atok sayang..”
            Zahrin Ariq dan Zahra Ainul Hayat bersalaman dengan Encik Zakaria sambil mengucup lembut tangan tua itu.. Encik Zakaria lantas mendakap erat kedua-dua kanak-kanak itu sambil mencium pipi mereka.. Rindunya terhadap cucu yang telah tiada seakan terubat…
“Innalillahiwainnaillaihirojjiun… tak pelah Zaki.. kamu bertiga je ke?”
“Ya Pakcik.. ibu tak ikut.. dia singgah kat rumah akak saya di Melaka. Akak dapat cucu baru.. ibu dapat cicit baru.. sayang dia nak tinggalkan cicit dia tu..”
“Oh tak apa.. jomlah kita ke dapur.. makanan pun Ain dah siapkan..”
“Wah! Langkah kanan ni..”
“Abah.. sal lama sangat kat luar tu.. sapa yang datang.. Bai jual karpet ke?” Nurul Ain bersuara dari dapur.. napalah abah ni lama sangat.. kata lapar tadi.. Zaki Aryan hanya mampu menggelengkan kepala… Ada ke aku dikatakan Bai jual karpet.. tak sesuai..
“Ya.. abah datang ni.. Jom Zaki.. abang, adik ikut Tok abah ya..”
“Comelnya abah anak siapa ni?”
“Anak Aryan.. tengoklah siapa ayah dia..” Zaki Aryan menjawab bagi pihak Encik Zakaria..
“Uh Perasan.. kau Zaki.. sal kau nak datang tak bagi tahu aku? Patutlah semalam sibuk tanya aku balik kampung ke tak? Pandai kau ya..”
“Aryan memang pandai.. ni Aryan ya..” Gila kentang betul mamat ni.. dah tak reti malu..
“Abang, adik salam kat mama.” Dah mula dah…
“Mama?” Zahrin Ariq menyoal Zaki Aryan dengan wajah penuh keliru..
“Yup!” tak malu betul bisik Nurul Ain… merah padam muka dia dibuat dek Zaki Aryan.
“Oh!.. adik nilah mama baru kita..”
Kedua-dua anak Zaki Aryan bersalaman dan memeluk Nurul Ain..lantas dibalas erat dengan Nurul Ain sempat jua dia mencium pipi kanak-kanak itu. Kerinduan pada Haikal dan Hanim terubat seketika… Puan Kalsom yang baru masuk ke dapur terkejut dengan situasi itu..
Nurul Ain terasa malu dengan sikap lepas laku Zaki Aryan depan abah dan emaknya.. nekad betul dia kali ini.. sempat lagi bagi isyarat kat pipi dia semasa Nurul Ain mencium anak-anak dia.. Betul-betul gila kentang mamat ni..
“Zaki..” Puan Kalsom bersuara lembut..
“Makcik.. apa khabar?”
“Baik Alhamdulillah.. anak-anak kamu ni… baik sungguh.. salam Tok Mak sayang.. mari sini..”
Puan Kalsom mendepangkan dua tangannya. Kerinduan terhadap Haikal terubat juga akhirnya dengan kehadiran anak-anak Zaki Aryan. Penuh kasih sayang dia mencium mereka.. Airmata mengalir tanpa mampu di tahan..
“Tok Mak janganlah menangis.. nanti adik sedih..”Zahra Ainul Hayat menyapu airmata di pipi Puan Kalsom..
“Tak sayang.. Tok Mak tak sedih.. Tok Mak gembira sayang..”
“Som sudahlah tu.. depan rezeki tak elok menangis.. marilah makan ni.. sejuk tak sedap..”
“Zaki.. jemput makan.. Abang, adik mari duduk sebelah Tok Abah ni..”
            Zaki Aryan terharu dengan layanan keluarga Nurul Ain.. matanya tak berkelip melihat kelincahan Nurul Ain di dapur.. Biarpun bertongkat tapi laju membuat kerja-kerja dapur.. Sesekali bila mata bertembung ada getaran di dalam dadanya.. namun Nurul Ain seakan tiada perasaan.. selamba je dia..

“Ain” sapa Zaki Aryan sewaktu Nurul Ain mencuci pinggan di singki.
Zahrin Ariq dan Zahra Ainul Hayat mengikut Encik Zakaria dan Puan Kalsom berehat di gazebo yang berada di halaman rumah.
“Zaki.. apa kau dah buat ni?”
“Apa yang Aryan dah buat?”
“Kau tu.. ada ke kau kenalkan aku sebagai mak baru budak-budak tu..”
“Betul apa!”
“Betul apanya.. kau jangan bagi mereka harapan.. jika harapan itu tak pasti lagi… Kau jangan buat kerja gila boleh tak? Sejak bila kau tak malu ni.. dulu dengan perempuan bukan main fobia lagi..”
“Dengan orang lain Aryan mungkin fobia kot.. tapi itu dululah.. lau dengan Ain langsung tak ada fobia pun.. Aryan memang tak malu dengan Ain.. Dah 6 bulan Ain Aryan tunggu jawapan Ain.. penat tau..”
Zaki Aryan cuba mencari tangan Nurul Ain.. digenggam erat jemari itu, Nurul Ain terkedu dengan sikap Zaki Aryan yang dia sendiri tak jangkakan.. Memang sungguh tak malu.. Dia cuba menarik tangannya kembali.. makin kuat genggaman Zaki Aryan. Di renung mata Zaki Aryan dengan rasa marah dan geram.. tapi.. tiba-tiba ada satu perasaan aneh.. kenapa pulak ni..macam ada Dinosaur  sedang bergadoh dengan Ultraman.. Jernih mata kau Zaki.. ada keikhlasan diwajah itu.. Handsome juga Zaki ni.. mata sepet… ada lesung pipit rupanya..
“Ain..” tangan Zaki Aryan mengusap lembut pipi Nurul Ain..
“Emmm” Iskh.. sal aku nak romantik pulak ni.. Oh No!..
“Sayang.. terima Aryan ya..”
“Tak semudah itu.. bagi Ain masa..”
            Yes! Nada dah bertukar tadi kau aku sekarang dah bertukar nama.. Yes! Yes! Hati Zaki Aryan berkata..
“Aryan.. akan bagi berapa banyak masa untuk Ain.. 12 tahun Aryan boleh tunggu.. tak kan sedikit masa lagi Aryan tak boleh tunggu kan…”
“Ain.. Ain..” Jemari Zaki Aryan menyentuh bibir Nurul Ain.. terkedu seketika Nurul Ain..
“Dah.. jangan cakap apa-apa.. Aryan tak paksa Ain.. jom kita tengok anak-anak kat luar tu..”
            Sudut lain dalam diri Zaki Aryan yang Nurul Ain tak pernah lihat.. rupanya mamat ni romantik juga.. macam tak caya pulak..
“Rindu sangat dengan Ain.. Aryan rasa nak peluk-peluk dan cium Ain tau..”
“Gatal ek!” Nurul Ain memukul kuat dada Zaki Aryan.. dia terlupa yang saat itu dia bertongkat.. Opss! Imbangan badan Nurul Ain tidak stabil.. hampir saja dia terjatuh.. namun ada tangan gagah menyelamatkannya.. Terkedu lagi sekali Nurul Ain bila dia kini berada dalam pelukan Zaki Aryan.. dah sudah..
“Sayang… Aryan sudi menjadi tongkatmu sampai akhir hayat..” satu ciuman dilayangkan ke pipi Nurul Ain.. Betul-betul gila kentang Zaki Aryan ni..
“Lepas Zaki.. tak molek kalau orang tengok.. haram tau tak? Jangan nafsu menguasai diri kita.. lepas Zaki.. jangan buat macam ni.. please!”
            Pelukan dileraikan, Zaki Aryan mengambil tongkat Nurul Ain yang terjatuh.. sempat lagi dia mengusik Nurul Ain..
“Ain.. wangi..”
Blushing muka Nurul Ain.. Ya Allah Zaki Aryan ni.. dah kenapa.. Aku ketuk dengan tongkat ni baru dia sedar kot.. Perasaan bahagia mula meresap di jiwa Nurul Ain.. Abang.. maafkan Ain… Abang tetap di hati Ain.. Ain rindukan abang.. kenapa cepat sangat abang pergi??…

“Ain.. fikirlah masak-masak.. mak tak paksa Ain..”
“Mak.. bukan Ain tak nak terima dia mak.. mak tengok saja keadaan Ain.. Ain tak nak jadi beban pada sesiapa.. Ain nak uruskan diri sendiri pun susah. Macam mana Ain nak uruskan rumahtangga nanti..  Ia akan menyusahkan Aryan dan anak-anak, Ain tak nak mereka susah kerana Ain.. mak nak nanti anak mak ni diumpat dikeji kerana ketidak sempurnaan ini.. Ain tak nak itu berlaku.. mak bagilah Ain berfikir semula..”
            Panjang kenyataan buat mak yang tersayang.. bukan dia tak sudi.. hakikatnya 50% hatinya mengatakan ya.. 50% lagi menahan..
“Kalau itu keputusan Ain.. mak ikut saja.. Ain rehatlah.. dah malam ni.. esok Ain ada appointment dengan doktor kan?”
“Ya mak.. kaki Ain ni memang dah boleh menapak setapak dua.. tapi tak cukup kuat lagi.. Entahlah mak bila Ain boleh berjalan semula seperti biasa.. Mak.. tadi Ain jumpa ibu abang.. dia kirim salam kat mak.”
“Walakumussalam.. dia sihat Ain?”
“Alhamdulillah mak.. tapi Ain peliklah mak dengan ibu tu.. Dia tanya bila Ain nak kahwin lagi.. Dia kata nak sangat tengok Ain naik pelamin lagi dan bahagia bersama pasangan yang baru.. tapi kan mak.. abang tu cukup istimewa kat Ain.. Biarpun abang dah pergi tinggalkan Ain selamanya.. tapi ingatan Ain padanya tetap segar di hati ini.. Ain tetap rasakan yang dia ada kat sebelah Ain.. tetap rasa kehangatan pelukan dia mak.. Ain rindu sangat dekat abang…” Nurul Ain memeluk Puan Kalsom erat dengan linagan airmata.
“Ain sabar ya nak.. kalau Ain rindu dekat abang.. rajinlah bacakan doa dan surah yassin kat abang.”
“Terima kasih mak, esok lepas jumpa doktor Ain nak pergi pusara abang dengan Haikal dan Hanim.. Rindu sangat dengan mereka..”
“Kan mak dah kata tadi kalau rindu buat apa?”
“Mak terima kasih.. Selamat malam.. Assalamualaikumm”
“Walaikumussalam..”
            Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. semoga kau tabah anakku.. moga ada sinar kebahagiaan untukmu nanti…

            Sekitar tanah perkuburan ini cukup sunyi dan sepi.. hanya ada dua tiga orang yang datang melawat ke pusara orang-orang yang tersayang.. Nurul Ain bertongkat menuju ke pusara abang..
“Assalamualaikum.. abang.. Haikal dan Hanim.. Ain datang bang.. mama datang sayang..”
            Perasaan sebak tidak dapat dibendung lagi.. Nurul Ain membacakan surah yassin buat mereka yang yang tersayang dengan linangan airmata.. lancar sahaja bacaannya walau airmata tak berhenti menitis..
“Abang.. kalau abang ada dekat Ain tentu hidup Ain tak begini bang.. Ain rindukan abang.. rindu sangat-sangat.. Ain rindu nak tidur kat tangan abang.. solat berjemaah dengan abang.. Hidup Ain lengkap dengan kehadiran abang.. Ainlah orang yang paling bahagia dalam dunia ini bila bersama abang.. Ain tak tahu macam mana nak hidup tanpa abang pada awal Ain tahu abang dah tak ada.. Ain sedih bang.. Ain tak dapat kucup  abang di hari terakhir abang.. Ain tak dapat peluk abang.. anak-anak kita.. Ain tak dapat lihat wajah Hanim bang.. Ain tak sempat bang.. Ain tak sedar masa tu..”
“Bila Ain bangun Ain harapkan abang ada kat sebelah Ain tapi.. abang tak ada pun.. Ain pujuk hati Ain mungkin abang kat rumah bersama anak-anak.. Bila Ain pegang perut Ain.. perut Ain dah kempis bang.. Ain tanya mak kenapa perut Ain macam ni.. mak hanya nangis je.. sedangkan sebelum ni perut Ain besar.. Kenapa abang bawa semua anak-anak bersama abang? Kenapa abang tinggalkan Ain sorang-sorang? Abang tahu tak Ain sayangkan abang.. cintakan abang sangat-sangat..walau jodoh kita keluarga yang pilihkan.. Abang adalah anugerah terindah untuk Ain.. Biarpun hanya seketika.. tapi Ain bersyukur kerana Allah pinjamkan abang untuk Ain.. dengan kenangan yang abang tinggalkan untuk Ain itulah kekuatan Ain..”
“Abang tahu tak bertahun Ain nak bangkit semula.. Bila Ain tengok baju abang.. Ain macam nak mati je.. Ain nak ikut abang.. Ain tak kuat masa tu.. tapi mak dan ibu Abanglah yang banyak bagi Ain kekuatan.. Ain rindukan abang.. sungguh.. Ain nak abang bersama-sama Ain.. tapi itu tak mungkin kan bang…. Alam kita dah berbeza.. tapi roh abang ada kat sini di dalam hati Ain.. di dada Ain.. Hidup Ain tak bererti tanpa abang.. Kalau membunuh diri itu tidak berdosa.. Ain rasa nak bunuh diri je.. Ain tak sanggup nak teruskan hidup tanpa abang.. Alhamdulillah Allah bagi Ain keluarga yang sayangkan Ain.. kesabaran mereka menjaga Ain membuatkan Ain kini mampu berdikari.. Abang.. tunggu Ain ya.. Kat syurga nanti.. mudah-mudahan kita akan bersama di akhirat nanti.. Abang, Ain nak jumpa dengan Haikal dan Hanim.. Ain pergi dulu bang.. Semoga Abang berehat dengan tenang.. Ain sayang dan cintakan abang sesangat….”
            Nurul Ain tidak mampu untuk berdiri, dia hanya merangkak ke pusara Haikal dan Hanim yang bersebelahan dengan pusara Papa mereka…
“Assalamualaikum anak-anak mama… maafkan mama lama tak datang..maafkan mama tak dapat jaga kamu sehingga dewasa.. Mama rindu dengan anak-anak mama..” Nurul Ain memeluk pusara anak-anaknya…. Sungguh berat penderitaan yang ditanggungnya… Ya Allah..
“Mama rindu kamu… rindu sangat.. maafkan mama Hanim tak sempat menyusukan kamu tak sempat membelai kamu.. maafkan mama tak dapat menatap wajahmu nak biarpun untuk sekali.. Masa mama mengandungkan Hanim mama dapat rasakan denyutan jantung Hanim kat perut mama.. rasa pergerakkan Hanim sayang… Itu sudah cukup untuk membahagiakan mama… Haikal jaga adik ya sayang.. moga nanti kita jumpa di syurga.. mama rindu nak peluk Haikal.. mama rindu dengan kenakalan Haikal.. Mama tahu apa yang Allah takdirkan pada kita ada hikmahnya.. walau Haikal tak lama dengan mama tapi.. mama bahagia punya anak seperti kamu berdua.. Mama pergi dulu ya sayang…. Kamu berdua harus tahu.. kamu adalah nadi hidup mama… Selamat tinggal sayang…”
            Hujan sudah mula turun menyimbah bumi, mungkin bumi juga turut bersedih dengan apa yang terjadi pada Nurul Ain.. Cukup berat untuk dia melangkah.. dia berasa aman dan tenang di sini bersama tiga orang insan yang paling disayang dan dicintai dalam hidup ini…
“Abang… izinkan Ain pergi dulu.. doakan Ain ya bang agar Ain mampu teruskan hidup ini….. Anak-anak mama.. mama pergi sayang… Selamat tinggal semua… Mama sayang kamu.. Ain sayang abang…”
            Hujan sudah semakin lebat namun Nurul Ain masih tetap di situ.. Ingin dia terus di situ.. bersama-sama dengan mereka yang tersayang… Namun dia harus meneruskan hidup ini kerana dunia mereka dah berbeza. Nurul Ain melangkah dengan lemah menuju ke kereta… Pandangannya makin lama makin kabur..dan akhirnya terus gelap.. Apa yang terjadi selepas itu Nurul Ain sendiri tidak tahu..

            “Ain.. bangun sayang! Bangun sayang!”
“Abang! Abang jangan tinggalkan Ain.. Ain rindukan abang.. Abang kenapa abang diam abang.. Abang cakaplah dengan Ain!!!”
            Bayangan wajah Ahmad Nur Hakim yang bersih berjubah putih sedikit demi sedikit hilang di dalam kabus.. Timbul Zaki Aryan tersenyum menyapa…
“Abang! Jangan tinggalkan Ain… Abang! Abang!” Nurul Ain memandang Zaki Aryan yang masih tersenyum…
“Zaki kenapa kau kat sini? Mana abang? Aku nak abang.. aku tak nak engkaulah.. Aku nak abang.. Cepat Zaki kejar abang.. abang jangan tinggalkan Ain!”
“Abang!!!!!!”
“Ain..” suara lembut menyapa ke telinga Nurul Ain, itu bukan suara abang.
“Ain bangun nak.. ni mak sayang..”
            Perlahan-lahan Nurul Ain membuka mata, Puan Kalsom, Encik Zakaria dan Puan Zainab berada di sisinya.. di hujung kakinya Zaki Aryan, Puan Hanum dan anak-anak Zaki Aryan terus memandangnya sayu.. Eh! Kat mana aku ni..
“Alhamdulillah Ain dah sedar…lama Ain pengsan..” Puan Kalsom menadah tangan tanda syukur pada Allah..
“Mak Ain kat mana mak?”
“Ain dekat hospital sayang.. Ain pengsan semalam kat Tanah Perkuburan, Pak Imam jumpa Ain kat pusara Abang..  dia oranglah yang bawa Ain ke sini..”
“Pusara Abang.. tadi Ain baru jumpa abang.. Abang senyum je kat Ain.. muka abang bersih mak.. Abang pakai baju putih.. Abang makin handsome tau mak….”
“Sudahlah tu nak.. Abang dah tak ada sayang…” Puan Kalsom memeluk Nurul Ain dengan linangan airmata..
“Adalah mak… tadi Ain jumpa abang..”
            Puan Zainab merapati tubuh Nurul Ain lantas dipeluk menantu yang masih disayang seperti dulu… kasih dan sayangnya tetap sama macam Ahmad Nur Hakim masih hidup.
“Ain… jangan macam ni nak.. Ibu tahu Ain sayang abang.. Abang pun sayang Ain.. terimalah hakikat Ain.. Abang dah tak ada.. Abang dah tinggalkan kita semua buat selamanya.. Kalau Abang tengok Ain macam ni tentu abang sedih.. tentu abang kecewa.. Ibu.. Ibu lagi sedih tengok Ain macam ni.. Ain.. abang memang dah tak ada dalam dunia ini tapi.. Abang masih hidup subur di dalam hati kita.. Ingat pada Allah nak.. banyakkan berdoa ya sayang.. Itulah tanda Ain sayang kat abang dan anak-anak Ain… Redhakanlah pemergian abang.. lepaskan dia dengan rela dari hati Ain.. Selagi Ain tak redha selagi itulah Ain macam ni.. Jangan siksa jiwa Ain…” Puan Zainab tetap berusaha menyedarkan Nurul Ain bahawa Ahmad Nur Hakim serta anak-anak sudah tiada..
            Zaki Aryan hanya mampu memerhati.. airmatanya menitis tanpa sedar melihat penderitaan Nurul Ain…. Hati lelakinya goyah bagai dihiris sembilu tajam.. Berat sungguh penderitaanmu sayang.. Jika aku diberi peluang aku berjanji aku akan bahagiakanmu sayang… Aku janji..
“Ayah! Ayah napa menangis?” Zahrin Ariq hairan melihat Zaki Aryan menangis dan semua orang kat situ menangis..
“Tak ada apa sayang.. Ayah sedih tengok mama.. kesian kat mama..”
“Abang pun kesian kat mama…”
“Adik pun..”
“Pergilah dekat mama sayang.. Salam dan peluk cium mama..”
            Zaki Aryan menepuk lembut bahu Zahrin Ariq yang dah mengerti.. sudah besar anaknya kini.. Tanpa dipaksa Zahrin Ariq memimpin Zahra Ainul Hayat menghampiri Nurul Ain.
“Tok Mak..boleh abang dengan adik jumpa mama?”
            Puan Kalsom dan Puan Zainab hanya mampu menganggukkan kepala.. Nurul Ain tanpa berkelip memandang dua anak kecil itu..
“Mama..” Zahrin Ariq dan Zahra Ainul Hayat terus memeluk Nurul Ain yang masih dalam keadaan separuh sedar dengan apa yang berlaku.. Perlahan-lahan Puan Kalsom, Puan Zainab, Encik Zakaria dan Puan Hanum meninggalkan bilik itu.. Sebelum berlalu Encik Zakaria menepuk bahu Zaki Aryan sambil berkata..
“Jika mampu bahagiakan Ain… Bahagiakanlah dia..”
            Zaki Aryan hanya mampu mengangguk.. perlahan-lahan dia mendekati Nurul Ain dan anak-anak yang masih berpelukan.. harap ada sinar untuk mereka nanti..
“Ain..” Nurul Ain menoleh seketika.. namun tangannya masih memeluk Zahrin Ariq dan Zahra Ainul Hayat..
“Ayah janganlah kacau mama.. Abang nak peluk mama kan adik?” lembut suara Zahrin Ariq.
“Ya lah Ayah ni… Adik pun nak manja dengan mama..”
“Habis Ayah pun nak manja dengan mama nak peluk mama..”
“Mama tak bolehkan.. Abang dengan adik je yang boleh peluk mama..” Nurul Ain hanya mampu tersenyum melihat gelagat tiga beranak ini. Hatinya sudah mula ada bunga-bunga bahagia…
“Siapa kata?” Zaki Aryan sengaja menduga..
“Allah kata..” laju saja perkataan itu keluar dari mulut Zahrin Ariq..
            Nurul Ain terus tersenyum bahagia.. bijak anak-anak ini.. Saat dia tidak sedar tadi wajah Zaki Aryan yang muncul setelah pemergian Abang.. Mungkinkah ini petunjuk yang Allah berikan padanya..
“Habis Ayah macam mana..?”
“Habislah… Ayah gi lah dengan Tok abah dan Tok mak sana.. kan mama?” Amboi! Zahrin Ariq melebih sudah..
“Tak kesian Ayah.. Ayah nak jumpa mama kejap je.”
“Boleh ke mama?”
“Tak tahu..” Nurul Ain sengaja menyakat Zaki Aryan yang dah tak keruan. Zaki Aryan memandang wajah anak bongsunya..
“Adik.. boleh tak Ayah jumpa mama?”
“Abang.. bolehlah.. nanti Ayah nangis macam tadi macam mana.. kesian Ayah..” merah muka Zaki Aryan bila di usik dengan anak-anak di depan Nurul Ain.
“Adik jom! Mama, Ayah selalu tengok gambar mama kat laptop..Ayah selalu cakap sorang-sorang kat gambar tu.. Sian Ayah….” Zahrin Ariq memimpin Zahra Ainul Hayat keluar tapi sebelum itu dia sempat berkata pada Nurul Ain..
“Mama.. Boleh Mama jadi Mama Abang dan Adik? Sudi tak Mama jadikan kita anak-anak Mama? Kalau Mama sudi jangan lupa terima Ayah sekali ya… Abang nak adik lelaki, boleh main bola sama-sama. Ayah.. mama Assalamualaikum..”
            Zahrin Ariq sempat mengenyitkan mata pada Zaki Aryan dan Nurul Ain.. Bertuah punya budak.. dia pulak yang melamar Nurul Ain untuk jadi mamanya.. Siap minta adik lelaki lagi… Merah padam muka Zaki Aryan dan Nurul Ain dengan sikap brutal Zahrin Ariq.. Gila kentang betul..
            Suasana bilik itu sepi saat Zahrin Ariq dan Zahra Ainul Hayat meninggalkan mereka berdua… Kelu lidah Zaki Aryan untuk berkata-kata, hanya matanya kini yang masih berbicara. Nurul Ain jua kehilangan kata-kata..
“Ain.”
“Aryan.”
Serentak mereka memanggil antara satu sama lain.. akhirnya mereka ketawa sendiri.. Bila keadaan agak reda Zaki Aryan duduk di birai katil Nurul Ain.. Comelnya dia.. rasa nak picit je pipi dia ni.. Perlahan dia mengenggam jemari Nurul Ain..
“Sudi terima lamaran Abang dan Adik bagi pihak Aryan?”
“Aryan..”Yes! sudah tukar…
“Apa dia Ain?.. Cakaplah.”
“Adakah Ain untuk Aryan..?”
“Ya.. Ain untuk Aryan dan Aryan untuk Ain..”
“Sejak bila?”
“Lama dah.. 13 tahun dulu..”
“Aryan tak kisah keadaan Ain macam ni? Ain tak sempurna macam orang lain..”
“Aryan mencintai Ain dengan sepenuh hati Aryan.. Aryan menerima kekurangan dan kelebihan Ain.. Aryan akan sempurnakan hidup Ain begitu juga sebaliknya.. Menyintai seseorang bererti kita menerima dia seadanya.. saling melengkapi antara satu sama lain.. Setiap orang ada haknya Ain.. Ain berhak untuk mengecapi kebahagiaan.. kebahagiaan itu terletak dihati kita.. Betul.. kita pernah meletakkan orang lain dihati kita tapi tak salahkan kita memberi ruang untuk diri kita mengecapi kebahagiaan dengan cinta yang lain.. Kita simpan cinta yang dulu di sudut lain dihati kita.. Jangan sesekali kita buang cinta itu.. Cinta yang hadir dalam diri kita adalah anugerah dari Yang Maha Esa..” Zaki Aryan menyambung lagi…
“Ain.. tak selamanya mendung hidup ini.. Ain cuba tengok macam mana pelangi itu muncul mesti dia muncul lepas hujan kan?.. Macam itulah hidup kita.. Dugaan dalam hidup ibarat hujan.. kebahagiaan selapas dugaan itu ibarat pelangi. Indahkan.. Jadi.. Aryan harap Ain faham konsep hujan dan pelangi…”
“Sejak bila?” Nurul Ain menyoal pendek.
“Sejak bila apa?
“Pandai ayat jiwang-jiwang ni?”
“Sejak Aryan menempuh cabaran hidup.. dulu Aryan pun pernah lalui apa yang Ain lalui.. jadi isteri Aryan.. Penat tau dah tunggu ni…”
“Tak sangka ek.. dulu Aryan kan pemalu.. sekarang ni tak malu betul!”
“Untuk Ain je…”
“Ya lah tu..”
“Tak caya belah dada..”
“Kalau mati macam mana? Sapa nak jaga Ain?” Opss terlepas sudah…
“Ain terima Aryan?”
            Hanya anggukan saja yang mampu Nurul Ain berikan.. terus bersinar wajah Zaki Aryan.. tanpa sedar dipeluk Nurul Ain seeratnya.. Hanya airmata kebahagiaan menemani mereka berdua saat ini… Terima kasih Ya Allah! Perit untuk Zaki Aryan memujuk Nurul Ain menerima dirinya.. Setelah setahun dua bulan dari pertemuan pertama mereka di UTM Johor barulah Nurul Ain menerimanya.. berbaloi-baloi.. kesabarannya…
“Ehem! Ehem!..Ayah! Mama!”
Zahrin Ariq yang sedari tadi bersama yang lain hanya menjadi pendengar disebalik pintu yang sengaja dibuka sedikit oleh Zahrin Ariq.. dengan erti kata lain mereka telah mendengar segalanya..
Zaki Aryan dan Nurul Ain hanya mampu tersenyum malu.. sempat Zaki Aryan mengangkat kedua bahunya saat memandang Zahrin Ariq..
“Mama cepatlah baik.. boleh ikut balik Penang kan Ayah?”
“Yup..”
“Adik kita dah dapat mama.. give me five adik.. Nenek lepas ni adalah kawan Ayah kan Nenek?”
“Ya sayang… Ain Ibu harap Ain lekas sembuh.. Ibu pun tak sabar nak terima menantu ni…” Puan Hanum yang sedari tadi lebih suka mendiamkan diri kini dia pula yang mula mengusik Nurul Ain.
“Yes! Yes!” Zahrin Ariq melompat keriangan bersama Zahra Ainul Hayat bukan give me five lagi…  dah jadi give me ten pulak…
            Mereka yang ada di situ tersenyum dengan gelagat dua beradik yang meriangkan.. Jika mereka begitu bahagia tentu lebih lagi pada mama baru dan ayah mereka.. Zaki Aryan tersenyum bahagia saat memandang Nurul Ain… Jemari mereka terus bertaut.. Dihati mereka berkata-kata.. Adakah Aryan untuk Ain atau adakah Ain untuk Aryan.. jawapannya tetap sama … ya…

Tamat.
1.02am 2/3/11
Samiza Ezanie. 



No comments:

Post a Comment