Friday 19 August 2011

Dugaan Mendatangkan Kekuatan...


        Permintaan seorang adik di tengahari ini membuatkan aku tersentak seketika… satu permintaan yang aku rasa cukup membebankan emosi aku yang agak sensitif… Bagaimana aku harus menulis kisah hidupnya yang pahit dan penuh dengan dugaan dan cabaran… mampukah aku…

        Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dan aku tidak sanggup untuk saat ini dan ketika ini untuk menulis kisahnya… Aku juga manusia biasa yang punya emosi.. suka, duka, tawa, ria dan bahagia… semua ini menjadikan aku tidak kuat untuk merealisasikan impian dia untuk menjadikan kisahnya sebagai tauladan untuk orang lain… aku tak sekuat itu… aku cukup rapuh… serapuh kuih batang buruk…

        Mungkin satu saat nanti bila aku dah cukup kuat untuk memaparkan kisah itu.. aku akan cuba menulis sebaik mungkin.. melalui fakta yang aku memang ketahui kesahihannya… sebab aku sendiri terlibat sama…

        Benar orang hanya mampu memandang, tapi dengan pandangan kita jua dapat merasai keperitan dan kekecewaan.. sebagai orang yang rapat dengannya aku cuba sehabis daya membuat yang terbaik untuk dia.. tapi siapa aku untuk menentang ketentuan takdir.. kita semua hanya mampu merancang tapi Allah telah merancang segalanya…

        Kita tidak minta derita itu hadir tapi dia tetap setia menunjukkan diri tanpa diketahui masanya.. tiba-tiba dia datang dan tiba-tiba dia pergi… terkadang kita pun tak cukup bersedia melalui tempoh itu…

        Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak cukup kuat… kerana dengan kekuatan itu dia akan bangkit semula menjadi orang yang baru… tanpa rasa takut dan cukup berani untuk meredah segalanya.. tiada istilah berputus asa.. kita yang menjadi pemerhati hanya mampu mendoakan kesejahteraan dia…

        Kini setelah kebangkitan dia semula tanpa ada rasa dendam dan melupakan terus kisah yang lalu membuatkan kita terfikir… bagaimanakah dia mampu sekuat itu? jawapannya cukup mudah kerana keluarga yang masih memerlukan sokongan dan dorongan dia untuk bangkit bersama…

        Keluarga adalah tonggak kita untuk berjaya… tanpa dorongan dan sokongan mereka kita tak mampu untuk berdiri pun… apatah lagi untuk melangkah… Oleh itu dimana pun kita dan siapa pun kita… keluarga  adalah tulang belakang kita.. Jangan sesekali kita membelakangkan mereka.. kerana tanpa mereka kita pun bukan sesiapa… Berdiri seseorang yang berjaya itu mesti ada seorang insan lain dibelakangya.. tak kira siapa pun dia… tapi dia tetap keluarga kita…

        Selamat berbahagia di bulan Ramadhan ini kerana bulan ini penuh keberkatan dan banyak manfaat yang kita perolehi….


Samiza  Ezanie
2.08pm
19/8/11

No comments:

Post a Comment