Thursday 18 August 2011

Cerpen: Adakah Aryan Untuk Ain (Part I)

ADAKAH ARYAN UNTUK AIN?(Part I)

“Jauh kau mengelamun?…. Kenapa?” Zaki Aryan menyapa NuruL Ain yang sudah lebih 30 minit dilihat termenung di meja kerjanya… Namun tiada tindak balas yang diterima. Zaki Aryan lantas berdiri dan mengetuk meja Nurul Ain.
 Dumm!!!
“Iskh!.. Kau ni kenapa Zaki? Dalam sehari kau tak mengacau aku tak boleh ke?” Marah Nurul Ain kerana terganggu dengan ketukan meja yang dibuat oleh Zaki Aryan.. Hilang terus segala yang ada di dalam fikirannya tadi…
“Aku bukan apa, dari tadi aku tengok kau termenung je… lama pulak tu.. mana pernah kau buat lagu ni dalam ofis.. ni first time.. jadi aku pelik le… sorry ya terkejutkan kau…”
            “Tak pe la… lainkali jangan buat lagi… nasib baik aku tak ada sakit jantung… lau ada tadi kau juga yang susah nak usung aku pergi hospital…”
“Best juga dukung kau… lau dalam sedar kau tak rela kan?” dalam nada gelak dan muka macam penjahat abad firaun muka si Zaki Aryan ni… getus Nurul Ain dalam hati.
“Kau dengan aku pun nak mengatal ke Zaki… nak kau campak mana tunang kau yang cantik macam Puteri Gunung Ledang tu…?”
“Kau ni sejak bila kau gelar tunang aku macam gitu, oh… dalam diam kau beri gelaran ya… aku ni kau gelar apa pulak?” Zaki Aryan menjengkilkan mata ke arah Nurul Ain dengan selamba badaknya Nurul Ain menjawab.
“Kau ya… aku bagi kau gelaran baik punya… kau nak tahu ke? Tak menyesal kalau kau tahu? Ermmm…” Nurul Ain menjungkitkan keningnya… kalah Ziana Zain..
“Ni mesti tak senonoh gelaran yang kau bagi ni.. Ain kau jangan macam-macam… kuota aku ni kosong tiga lagi..”
“Dah! Dah! Pergi buat kerja kau sana.. jangan nak mengacau aku pulak…”
“Hello minah! Kau tengok jam kau tu, pukul berapa ni dah pukul 6 petang masa balik dah 30 minit berlalu.. Kau tak nak balik ke? Nak duduk kat ofis sampai besok?”
“Ha! Pukul 6.. mati aku! Alamak aku belum kemas ni…” dengan pantas Nurul Ain mengemas mejanya dengan kelam kabut dia sudah berjanji dengan Atilia untuk menjemputnya di sekolah.. Mampus aku mesti minah ni mengamuk… dahlah jalan jammed ni… aduyai napa aku boleh khayal ni…. Ni Zaki punya pasal lah ni…. Nurul Ain dengan segera memadamkan komputer ribanya dan memasukkan ke dalam beg.
Nurul Ain terburu-buru keluar tanpa mengucapkan sepatah kata pada Zaki Aryan yang masih setia menjadi pemerhati PBB yang tak berbayar. Zaki Aryan hanya mampu menggelengkan kepala.  Belum sempat dia berlalu, kelihatan Nurul Ain berlari semula masuk ke dalam ofis. Mesti ada barang tertinggal ni….
“Zaki kau nampak kunci kereta aku tak? Mana aku letak ni….?”
“Hello Cik Kak! Ni yang tersangkut kat beg laptop kau ni apa? Ain! Ain!… cuba buat cool jangan nak kelam kabut je…”
“Sorry bro… wa cau dulu… jumpa esok… bye.” Nurul Ain berlalu dengan sengihan diwajahnya..
Zaki Aryan hanya mampu tersenyum buat yang entah berapa ribu kali sejak dia mengenali Nurul Ain 2 tahun yang lalu. Nurul Ain ni seorang gadis yang lasak, keras hati, periang, panas baran sikit tapi dia mudah menolong orang lain… mulut… boleh tahan laser.. kalah laser-laser yang ada di dunia ini. Mereka memegang jawatan yang sama sebagai Shipping Officer… Zaki Aryan melangkah keluar tanpa jawapan yang diperlukan dari Nurul Ain yang agak pelik kebelakangan ini… esoklah tanya kat minah tu…


            Suasana di perkarangan sekolah sudah lengang, hanya ada dua atau tiga orang yang kelihatan. Mata Nurul Ain melingas ke sana ke mari mencari kelibat Atilia. Mesti mengamuk minah ni dengan aku… macam mana aku boleh lupa pulak ni tadi.. Nurul Ain mengaru-garu kepala yang tidak gatal…
“Ha… lambat… pesal ni?”
“Opocot mak kau!” 
“Dahlah lambat… melatah pulak… macam nenek kebayan lah kau ni Ain?”
“Banyaklah kau punya nenek kebayan, yang kau tepuk bahu aku ni kenapa?”
“Sengaja…” Atilia menampakkan baris giginya yang putih..
“Banyak kau punya sengaja… kau ni nasib baik kawan aku.. Lau tak  kena penampar yang dah tak sulung aku ni…” geram sungguh Nurul Ain. Petang ini sahaja sudah dua kali dia terkejut. Tadi si Zaki, ni si Atilia pulak…
“Dah.. jangan nak membebel dah nak masuk maghrib ni…Bukan ke sepatutnya aku yang marah sebab kau lambat. Ni terbalik pulak.” Atilia lekas sahaja memotong kata Nurul Ain sebelum minah ni membebel panjang.
Nurul Ain tidak terkata apa… hanya jelingan geram dilemparkan pada Atilia yang tersengih macam kerang busuk tak laku… Atilia rakan sejak dari Sekolah rendah lagi, mereka berjiran duduk dalam kampung yang sama di Parit Raja. Berpisah semasa mereka lepas SPM. Dia di IPTA dan Atilia di Maktab Perguruan. Nurul Ain memang tak berminat untuk menjadi guru sebab dia orang yang jenis tak sabar melayan karenah anak-anak kecil.

“Ain aku tengok semenjak dua menjak ni tak happy kenapa? Kau tak nak share dengan aku? Kau ada masalah kan?” ujar Atilia selepas mereka selesai menikmati makan malam dan duduk bersantai di depan televisyen. Lama sudah Atilia ingin bertanya namun tak berkesempatan sebab kesibukkan kerja masing-masing. Nurul Ain memandang Atilia dengan mata yang berkaca.. entah mengapa hatinya sebak dengan keperihatinan Atilia.
“Ain…”
“Lia.. bagi aku masa.”
“Sampai bila Ain.. aku tak mahu kau tanggung seorang, apa jua masalah kau aku sudi dengar..”
“Lia.. macam mana aku nak mula? Aku pun tak tahu..”
“Tak kan aku nak kira satu dua tiga baru kau nak mula..”
“Apalah kau ni buat lawak pulak.”
“Mulalah dari mana pun aku sudi dengar.. telinga aku ni dah bersedia..”
Nurul Ain menarik nafas perlahan.. haruskah dia berkongsi  dengan Atilia.. dia tak mampu untuk menanggungnya seorang..
“Lia.. minggu lepas aku balik kampung.. ada orang meminang aku..”
“Oi.. baguslah.. nanti kita boleh honeymoon sama-sama.. Apa kata kita buat majlis sama-sama? Uiii.. bestnya..”
“Hei Lia, kau ni gila ke apa? Aku belum habis cerita lagi kau dah berangan jauh ni kenapa? Malaslah aku nak cerita macam ni.” Nurul Ain menarik muka, merajuk seketika dengan sikap Atilia..
“Ala bucuk-bucuk.. janganlah merajuk.. muncung dah boleh buat sangkut hanger.. ok! ok! Aku minta maaf … kau cerita ya..”
“Malas..”
“Nurul Ain..”
“Apa?”
“Ceritalah siapa jejaka malang tu?”
“Tak nak!”
“Betul ni.. kau tak nak cerita.. dah muktamad? Aku anggap lau kau tak cerita bermakna kau tak anggap aku ni kawan kau.. aku masuk tidurlah.. kau layan sorang-sorang lah masalah kau tu ya..” Atilia sengaja membuat taktik ala-ala merajuk gitu.. biasanya Nurul Ain akan mengalah. Atilia mula bangun dari kerusi yang diduduki namun belum sempat dia melangkah namanya dipanggil..
“Lia…” yes! Menjadi taktik aku ni.. senyuman jahat terserlah diwajahnya tanpa memandang Nurul Ain..
“Apa dia..?”
“Lia kau tengoklah muka aku ni.. aku tahulah muka aku ni lebih cun dari engkau.. kau jeleskan sebab tu kau tak nak tengok aku..”
“Sudah! kau jangan nak perasan..”
“Lia.. aku tak kenal mamat tu,, aku cuma jumpa sekali je.. itupun minggu lepas.. dia anak kawan Pak Cik aku, kau ingat tak tiga bulan lepas aku ada pergi bercuti di Penang. Secara tak sengaja aku jumpa Pak Cik aku, dia berkursus di sana. Masa tu Pak Cik aku kenalkan dengan bapa mamat ni.. kau tahulah aku ni mudah mesra alam.. aku kan first time pergi Penang masa tu… Pak Cik aku pulak dah biasa.. jadi aku ikut dia oranglah bila dia orang tak ada program.. Best jugalah aku kat sana.. pergi Padang Kota Lama.. jalan-jalan cari buah jeruk kat tepi KOMTAR tu. Banyak tempatlah aku pergi.. aku macam biasa je.. aku datang sana kan nak enjoy. Aku tak tahulah bapak mamat tu kenan kat aku.. sadis tau bila aku tahu macam ni.. kebaikan aku disalah ertikan..”
“Ain.. kenapa kau tak cuba kenal dengan mamat tu dulu?”
“Lia.. aku tak tahu nak cakap macam mana.. sejak aku frust dengan Hadi di Universiti dulu aku tak sanggup lagi orang permainkan aku.. aku dah serik..”
“Ain.. tak semua orang macam Hadi..”
“Memanglah.. tapi hati aku ni dah jadi macam fobia dengan cinta lelaki.. aku takut kecewa buat kali kedua..”
“Ain.. tak salah untuk kita mencuba.. kenali dia dulu..kau keluar dengan dia tengok karakter dia macam mana bila dia keluar dengan kau.. Ain tak semua lelaki tu buaya macam Hadi.. Lagipun Hadi dah dapat pembalasan kan? Kau pun tahu Hadi kena buang daripada Universiti sebab bergaduh kerana perempuan. Ain dalam dunia ni.. bila kita buat baik.. baiklah balasannya. Bila kita buat jahat terimalah padahnya.. Sapa nama mamat tu? Hensem tak?”
“Entah aku lupa nama dia, dia ada bagi aku kad tapi aku lupa letak kat mana.. hehehe” Nurul Ain tergelak dengan sengihan yang melebar sampai ke telinga..
“Apalah kau ni.. habis tu macam mana?”
“Habis sudah.. entah.”
“Ain kau ni memang teruk tahu tak… Mak kau kata apa Ain?”
“Mak aku suruh aku fikir dulu.. minggu depan dia nak jawapan.. tu yang buat aku tension ni…”
“Macam aku kata tadi.. kau kenali dia dulu, lagipun bagi hati kau ruang untuk menikmati bahagia.. bahagia menikmati cinta.. Semua orang berhak bahagia Ain.. tak terkecuali engkau.. Aku sentiasa nak yang terbaik untuk kau.. dah lama kau keraskan hati kau tu macam batu.. Kau tak ingat kawan ofis kau tu Si Zaki Aryan yang fobia dengan perempuan pun dah bertunang.. Kalau aku ingat kisah pada Zaki tu aku mesti gelak.. Kaulah yang jadi konsultant dia kan.. unik kan cinta mereka..”
“Ya lo! Ya lo!” mereka berdua tergelak sakan, lupa seketika perkara yang dibincangkan tadi.
Nurul Ain merenung siling dibiliknya.. betul juga kata Atilia tak salah untuk dia mengenali mamat tu.. sapa ye nama dia.. aku pun dah lupa.. muka mamat tu pun dia tak berapa nak ingat. Cuma yang dia ingat mamat tu tinggi dan tegap.. Badan macam Fahrin Ahmad muka dia.. entah tak berapa nak perasan.. Nantilah aku fikir lagi, sama ada nak terima atau tak… tapi tak salah bagi hati ini peluang…

            “Assalamualaikum Zaki, awal kau sampai?” Nurul Ain menyapa Zaki Aryan yang sedang sibuk menghadap skrin komputernya.
“Walaikumussalam.. banyak shipmentlah hari ini Ain.. Ain teman aku nanti pergi meeting kat HQ. Ada customer baru yang Boss suruh aku handle.. Dia suruh juga aku cari partner untuk cover aku bila aku sibuk. Dalam hal ni aku nampak kau saja.. tak ada orang lain.. Bolehkan Ain?”
“Pukul berapa? Aku pun banyak import shipment ni.. Haulier sekarang ni banyak problemlah.. banyak kontena tak sampai on time, reason dia simple je.. jalan jammed.. truck tak cukup ntah macam-macam lagi.. aku pun susah nak ingat..”
“Pukul 11 pagi.. Biasalah tu Ain… aku pun sama macam kau.. kau boleh tak?”
“Jap aku tengok schedule dulu, kau ni suka ek bagi aku last minute info.”
“Sorrylah… semalam kan kau berada di dimensi lain dan aku di dimensi lain tu yang jadi masalah..”
“Banyaklah dimensi lain.. ok aku ikut kau.”
Nurul Ain memeriksa emel yang diterima, alamak banyaknya junk emel.. menyampah betul.. dah block pun masih boleh juga dia masuk.. Tak faham aku dengan kecanggihan IT yang kadang-kadang menyusahkan.. Setelah membaca dan membuat jawapan mana yang perlu, Ain membuat tugas rutin hariannya.. Dia menyemak production plan. Mana barang yang nak keluar, juga tak lupa untuk import shipment. Ada sesetengah barang tu dia juga yang kena purchase.. Especially oversea vendor. Aduyai… banyaknya keje..
Nurul Ain mengeluh, dengusannya didengar oleh Zaki Aryan yang sedang tekun dengan kerjanya..
“Ain! Kau ok ke?”
“Ha.. ok… aku tak apa.. sorry ganggu kau..”
“Ain! Boss panggil.” Tumpuan Nurul Ain terganggu dengan panggilan Ms Loo.
“Ok.”
Nurul Ain menjawab pendek sambil mengangkat punggung berlalu pergi ke bilik Mr.Tan yang berada di bahagian hadapan pejabat mereka. Nurul Ain mengetuk pintu kedengaran di dalam menyuruhnya masuk.. Perlahan Nurul Ain membuka pintu dan masuk ke dalam bilik yang menenangkan sesiapa saja yang masuk ke dalamnya kerana Mr.Tan akan memastikan muzik Kenny G, Vanessa Mae atau Kitaro sentiasa berkumandang diruang tertutup itu. Walau dalam suasana tegang sekalipun. Bau haruman lavender lagi.. bilik orang perempuan pun tak macam ni.. tak baik betul mengumpat Boss sendiri.. Mr. Tan ni tak pernah nampak dia marah.. orangnya sentiasa cool dan dia ni pemurah. Hai.. tadi mengumpat ni memuji lak.. baru adilkan.. hehehe… tersenyum Nurul Ain sendiri. Nasib baik Mr.Tan menghadap skrin komputer lau tak mesti dia sangka aku gila..
“Morning Mr. Tan”
“Morning.. Ain Boleh tolong I selesaikan masalah shipment ni?”
“Apa shipment.”
“Import.. Damage dekat port. Baru pagi tadi I dapat info dari forwarding agent by email.”
“Siapa person in charge?”
“Jassie.. but today she emergency leave.. personal.”
“Mr. Tan boleh forward email tu pada I. Documentation tu nanti saya tengok kat meja Jas.. Kalau nak pergi pun I kena pergi petang lepas I meeting kat HQ. Pagi ni sibuk sikit.. Boleh tak kalau I pergi petang?”
“I harap pagi ni Ain sebab spare part ni urgent. Kalau boleh hari ini nak masuk. Mesin tu dah lama stop, dah dua minggu. Kerja you tu you minta sapa-sapa cover dulu lah.”
“I try my best.. ok Mr. Tan. Thank you.”
“Ok.. welcome.”
            Berkerut wajah Nurul Ain bila keluar dari bilik Boss. Zaki Aryan yang sedari tadi memerhati mula ringan mulutnya untuk bertanya..
“Napa Ain?”
“Zaki sorry sangat aku tak dapat teman kau meeting hari ini.. Aku nak pergi PTP sekarang ni. Barang damage tak leh nak clearance kalau aku tak verify dulu.”
“Kau punya shipment ke?”
“Tak.. Jas punya.”
“Ok tak pe nanti aku update kau pasal meeting tu. Kau jangan risaulah, kau nak aku tolong apa-apa tak?”
“Tak ada kot, Cuma kau tolong check dengan production, PO sharp dah jalan belum? Barang tu urgent.. yang lain ok je.. aku handle by handphone.”
“Ok.. beres.”
Nurul Ain mengambil dokumen di atas meja Jassie, diteliti seketika.. hai.. minah ni macam dah tahu aje nak cuti.. cantik dia susun atas meja. Nasib baik aku ni kawan yang baik.. hehehe puji diri sendirilah pulak..
Nurul Ain mengambil semua dokumen yang diperlukan lalu berjalan sambil melambaikan tangan pada Zaki Aryan.. Mamat seorang ni memang poyo.. ada ke dia buat flying kiss.. gila kentang..

Suasana di port PTP(Pelabuhan Tanjung Pelepas) menyesakkan Nurul Ain dengan bising enjin kenderaan berat keluar masuk. Forwarding agent ni.. nak suruh aku jadi tugu cinta ke kat sini? Tadi kata on the way masa aku keluar dari kilang, rasanya Pasir Gudang dengan PTP bukan jauh sangat.. ada highway. Mulalah aku nak membebel ni..
Dari jauh Faizal berlari-lari anak merapati Nurul Ain..
“Sorry lambat Cik Ain.”
“Banyaklah kau punya sorry.. sorry naik lorilah.. tu banyak lori.. pilih aje mana kau nak.” Pinjam jap kata-kata Nasha Aziz dalam filem tapi tak syoknya aku lupa nama filem tu…
“Cik Ain.. sorry banget.. jalan jammed ada accident.”
“Yo la tu.. oklah tak payah banyak cekadak.. jom cepat pergi..”
“Baik Boss..”
“Banyak kau punya Boss..”
            Nurul Ain menuruti Faizal tanpa banyak soal. Taklah teruk sangat damage dia.. Cuma kotak kayu dia ni terpecah sahaja. Mungkin dia orang tak cermat masa membuat kerja-kerja pembungkusan dan pemunggahan. Rasanya barang dalam tak rosak. Apapun ambil gambar dulu. Nanti kalau ada perkara berbangkit, gambar boleh jadi bukti. Setelah berbincang dengan Pegawai Kastam dan agen kata putus telah diperolehi barang boleh dibawa keluar. Nanti yang lain selesaikan kemudian.
            Namun dalam pada itu sempat Nurul Ain terperasan Pegawai Kastam yang lagi seorang tu diam saja. Tak cakap pun hanya jadi pemerhati. Mungkin pegawai baru kot. Chopp! Tapi aku macam pernah tengok.. tapi lupa kat mana.. Ah lantaklah.. mungkin pelanduk dua serupa kot.. Good looking.. Sedar tak sedar dah pukul 1 tengahari.. Patutlah perut aku sakit.. lapo ya perut.. Lekas-lekas Nurul Ain meminta diri dari Faizal dan dua Pegawai Kastam yang bertugas. Sabar ya perut.. jap lagi aku isi.. Pujuk Nurul Ain pada perut.. motivasi perut.. cisss… ini macam pun ada .. marah kang pakar-pakar motivasi kat Malaysia ni..

            “Betul ke keputusan Ain ni?”
Puan Kalsom masih tidak percaya dengan kata-kata puteri kedua bongsu yang juga puteri tunggal dalam keluarga. Lewat malam tadi Nurul Ain sampai ke rumah. Hampir pukul 1 pagi. Banyak kerja katanya, nasib baik Nurul Ain pulang bersama Atilia, taklah bimbang sangat.
“Apa yang tak betulnya mak.. mak juga kan yang sibuk nak bermenantu, tapi Ain tak nak janji apa-apa. Ain Cuma nak berkenalan dulu. Ada keserasian tak Ain dengan dia, mak pun tahukan.. Ain juga yang akan menghadap muka dia 24 jam nanti non stop bila dah kahwin… itupun kalau jadi.. Tak salah Ain mencuba.. Tak kenal maka tak cinta.”
“Ain.. mak tak paksa.. mana boleh cuba-cuba? Cinta itu boleh di pupuk Ain… Mak tak nak nanti Ain salahkan kami.”
“Mak.. macam Ain kata tadi, tak salah kalau kita bagi dia peluang.. mak ni nak Ain kahwin ke tak ni?”
“Nak lah..”
“Tapi kan mak.. Ain tak tahu macam mana nak hubungi dia.. kad nama dia dah hilang entah kemana..”
“Oh itu!.. bisa di urusin… ditanggung beres..” Encik Zakaria mencelah setelah dia menjadi pendengar setia sekian lama. Konon-konon dengar celoteh Kak Engku di Sinar FM.
“Amboi abah! Boleh tahan.” Nurul Ain tersenyum melihat wajah kedua orang tuanya. Terserlah sinar kebahagiaan, andai hajat mereka tak kesampaian mesti mereka hampakan.. Mudah-mudahan ada sinar nanti untuk mereka sekeluarga.

            “Ain.. apa lama sangat kat bilik tu? Sian dia tunggu lama-lama kat luar tu.. Ain ni kenapa? Nak keluar ke tidak ni?.. Pagi tadi bukan main lagi.. Dah orang tu datang buat perangai pulak.” Puan Kalsom mula membebel dengan sikap Nurul Ain. Pagi tadi bukan main bersungguh-sungguh, bila dah petang lain pulak jadinya.. Sabar je lah.. Pintu dikuak perlahan.
“Ya Allah! Ain tak siap lagi.. Hakim tu dah tunggu lama kat luar tu.” Terkejut Puan Kalsom bila melihat Nurul Ain masih berseluar track dan t’shirt.
“Mak.. janganlah marah.. perut Ain sakit.. Monthly sickness sorry.. Boleh Ain jumpa dia macam ni tak? Tak yah keluar mana-mana lagipun Ain tak selesa dalam keadaan Ain macam ni.. Boleh mak?”
“Ain! Ain! Suka hati kamulah.. dah cepat.. kesian Hakim tu..”
Oh.. nama dia Hakim.. aku ni peguam pulak.. hehehe.. sempat lagi dalam keadaan sakit..
            Nurul Ain berjalan keluar ke ruang tamu, alamak kenapa dia duduk membelakangkan aku ni.. tak syok betullah..
“Awak.. Assalamualaikum.. sorry ek lambat.” Bila mendengar saja suara Nurul Ain, Ahmad Nur Hakim menoleh.. surprise!!! Nurul Ain terkejut amat sangat. Bukan ke mamat ni yang aku jumpa dua hari lepas. Mamat kastam.. Pemerhati bisu yang hanya mengangguk dan menggeleng.. macam lagu ahli fiqir.. angguk-angguk geleng-geleng..
“Awak ni kan!!!”
“Walaikumussalam.. ya saya.. terkejut?” Ahmad Nur Hakim menghadiahkan senyuman buat Nurul Ain.. Nurul Ain terasa pelik kenapa dadanya macam ada rama-rama berterbangan riang..
“Yup.. kenapa awak tak cakap pun hari itu, yang awak kenal saya?”
“Sebenarnya.. kita baru kenal hari ini.. itu hari hal kerja tak sama..” loyar buruk pulak mamat ni aku sekeh kang baru tahu…
“Ain.. Hakim.. tak kan nak berdiri je..” Puan Kalsom menegur sambil membawa pisang goreng.. merah padam muka Nurul Ain diusik Puan Kalsom..
“Awak jemputlah duduk..”
“Awak pun..”
“Awak maaflah tak jadi keluar hari ini.. saya tak berapa sihat.”
“Awak sakit apa? Boleh saya hantar awak pergi klinik?” Mamat ni terlebih sudah caring dia pulak..
“Tak pe.. tak payah… sikit je ni..lagi pun saya dah makan pain killer.”
“Betul ke ni?”
“Betul! Tak yah risau.”
“Tapi muka awak pucat.. cepat awak siap, saya bawa awak pergi klinik..”
Mamat ni tak faham-faham tak kan aku nak kata kat dia yang aku ni kena sengugut…
“Awak.. kan saya kata tak pe.. saya tahu badan saya, lau dah tak tahan sangat nanti saya pergi sendiri.”
“Oh.. lau macam tu saya balik dululah.. saya tak nak ganggu awak, awak pergilah rehat. Kalau awak perlukan apa-apa pertolongan. Just call me..” kendur kata-kata Ahmad Nur Hakim.. Nurul Ain mula terasa tidak sedap hati..
“Awak maafkan saya..”
“Awak.. awak tak perlu minta maaf, awak tak salah apa-apa.”
“Tapi awak datang jauh-jauh nak jumpa saya..”
“Awak.. tak jauh mananya.. JB tu dengan Parit Raja. Lagipun saya balik esok. Malam ni saya tidur kat hotel D’Impian Inn Parit Raja..”
“Kenapa nak tidur hotel? Rumah saya kan ada.. Awak tak sudi ke nak tidur kat rumah saya?”
“Bukan tak sudi.. saya ada hal sikit malam ni.. nak jumpa kawan, takut balik lewat. Ok saya janji esok saya datang lagi jumpa awak ya.”
“Betul ni?”
“Betul Nurul Ain..”
“Makanlah pisang goreng tu..” teruknya aku ni orang tu dah nak balik baru nak pelawa makan..
            Ahmad Nur Hakim melihat keletah Nurul Ain.. manja juga bakal isteri aku ni.. Hope satu hari nanti…

            Tengahari itu seperti dijanjikan Nurul Ain dan Ahmad Nur Hakim berjumpa di luar. First time date.. cewah.. Bukan kat tepi pantai tapi kat tepi BP Mall. Makan-makan dan minum-minum kat Rengit Coffee.. Ni la tempat yang senang pergi tak yah tempuh banyak-banyak traffic light.
“Awak bila balik Kulai?”
Setelah lama membisu Ahmad Nur Hakim memulakan bicara..
“Lepas maghrib..Insyallah kalau tak ada apa-apa. Tunggu Atilia dia pergi jemputan kahwin kat Melaka. Awak bila balik JB?”
“Lepas ni kot.. kalau awak nak minta saya saing awak pun boleh.”
“Tak menyusahkan ke?”
“Tak ada maknanya susah bukan jalan kaki pun. Awak pandu kereta awak, saya pandu kereta saya.. habis cerita..” Mamat ni pun tak kan senang je habis cerita..
“Ain boleh Hakim tanya sesuatu?”
“Tanyalah apa dia?”
“Ain tak ada sapa marah ke Ain keluar dengan saya ni..?”
“Kalau ada yang marah saya tak keluar dengan awak Encik Hakim.”
“Ain.. kalau macam tu tak pe, saya takut ada orang marah. Saya tak nak Ain susah kerana saya.”
“Hakim.. awak tanya saya.. yang awak pulak macam mana? Tak ada yang marah?”
“Nope.. single and available.”
“Ya la tu..”
“Ain.. buat apa saya nak menipu awak pula.. tak ada faedah yang saya dapat Ain. Apa yang family kita rancangkan untuk kita.. apa pendapat Ain? Boleh kita bincang hal ni?”
“Hakim.. saya tak berani nak janji apa-apa pun kat awak. Sekarang ni apa kata kita berkenalan dulu.. kenali diri antara satu sama lain.. cari keserasian. Saya tak nak kita menyalahkan diri kita kelak.. Kita bagi diri ruang dan peluang. Macam tu adalah lebih baik dari kita terima bulat-bulat cadangan family kita. Cuba awak fikir.. kita tak kenal hati budi masing-masing lepas tu kita kahwin duduk satu rumah. Janggal kan? Memang semua orang kata boleh bercinta lepas kahwin. Tapi itu hal lain.. saya tak nak ada perkara ungkit-mengungkit lepas kahwin.. Kalau boleh dalam hidup ini hanya sekali je untuk berumah tangga.. Biar kekal sampai akhir hayat.. Ada yang bercinta macam nak rak.. kahwin tiga empat tahun kemudian bercerai.. Saya tak nak itu terjadi dalam hubungan kita.. Saya harap awak faham Hakim..” panjang juga Nurul Ain membebel. Harap-harap mamat ni faham..
“Ain.. langkah pertama.. nama saya Ahmad Nur Hakim Bin Musa.” Selamba betul mamat ni hulur tangan.. nak salam ke? Teragak-agak Nurul Ain menghulur tangan… sejuk..
“Saya Nurul Ain Binti Zakaria.” Ya Allah formallah pulak..
“Ain.. You can call me Hakim atau apa pun yang awak suka nak panggil saya.”
“Apa kata saya panggil awak Nur boleh tak?”
“Boleh kalau awak rasa nak panggil nama tu..” Hehehehe macam panggil perempuanlah pulak.. Nurul Ain senyum sendiri..
“Sal awak senyum ni.. mesti ada something kan?”
“Tak naklah panggil awak Nur, macam nama perempuan..”
“Tahu pun..” akhirnya mereka gelak bersama. Handphone Nurul Ain berbunyi..
“Assalamualaikum.. what’s up?”
“Ok.. ok..”
“Ya la.. bye..” Telefon diletakkan semula ke dalam handbag..
“Hakim.”
“Yup”
“Atilia call, dia bagi tahu dia balik dengan Syam tunang dia. Nampaknya saya balik seoranglah malam ni..”
“Hakim teman Ain.. boleh?”
So sweet dia bahasakan macam tu.. Joran dah mula nak hulur umpan..
“Boleh.. jika Hakim sudi.”
Yes! Yes! Hakim macam nak melompat kat situ jugak dan-dan.. Hakim merenung Nurul Ain tak putih sangat.. kulit orang melayu.. mata bulat.. muka gadis melayu.. sedap mata memandang.. First time jumpa dua minggu lepas dia dah jatuh cinta pandang pertama.. Nurul Ain mula rasa tak selesa bila direnung begitu..berhenti suapan dia seketika.. mata merenung lidah membisu tanpa kata..hanya alam berbicara.. Sunyi sepi persekitaran di rasai hanya milik mereka berdua.. Di dalam dada penuh rama-rama berterbangan.. menyanyi riang.. lagu rindu.. lagu indah.. lama mereka begitu..
“Ain.. jadi isteri Hakim?”
Spontan betul mamat ni.. hilang sudah rama-rama yang terbang. Nurul Ain tak mampu berkata apa. Ahmad Nur Hakim. Badan je macam Fahrin Ahmad tapi muka tak macam pun.. Good looking tak selekeh..lulus SIRIM.. Nurul Ain kelu terus..
“Ain..”
“Jom kita pergi kedai buku.. Ain nak beli novel.. dah lama tak beli..”
            Persoalan tadi Nurul Ain biarkan sepi.. belum bersedia. Setelah membayar harga makanan mereka berlalu pergi.

            Ahmad Nur Hakim hanya memerhati gelagat Nurul Ain yang khayal membelek buku. Sengaja dia tidak mahu mengganggu konsentrasi gadis itu.. Tengoklah tu jalan bukan nak tengok depan.. jeng..jeng..
“Opss.. mak engkau.” Nurul Ain terkedu bila dia sedar dia dalam dakapan Ahmad Nur Hakim.. malu sudah.. muka dah macam udang kena bakar.. Macam mana aku oleh jatuh ni.. mak tolong!!!!
“Lainkali jalan tengok depan.. kat bawah lantai ni banyak buku.. nasib baik wonder pet ada ni..” romantisnya suara Ahmad Nur Hakim dipendengaran telinga  Nurul Ain.. Perlahan-lahan Nurul Ain melepaskan diri.. malunya orang tengok.. pasal lah aku ni cuai sangat.. Mamat ni pun aduyai..
            Nurul Ain terus keluar tanpa membeli buku.. malu sebenarnya.. Ahmad Nur Hakim hanya mampu menggelengkan kepala dan mengekori dari belakang..
“Ain.. cepatnya jalan.. tertinggal Hakim kat belakang.”
Nurul Ain memperlahankan langkahnya tanpa sepatah kata. Tak tahu nak cakap apa.. malu beb..
“Ain nak beli apa-apa lagi ke?” Nurul Ain hanya menggelengkan kepala..
“Teman saya beli baju kejap, ada saleslah kat Pacific tu.. boleh?”
            Hanya anggukan saja dari Nurul Ain.. Angguk-angguk geleng-geleng.. dah sudah..
“Ain ok ke?”
“Ok! Ok!”
            Iskh mamat ni.. tak tahu ke aku tengah bengang tahap dinosaur ni.. diam-diam sudahlah.. nak beli baju tu beli ajelah.. mengada-ngada.. betullah mamat ni.. nak tanya-tanya.. aku sekeh kang baru tahu..

            3 bulan telah berlalu, akhirnya Nurul Ain telah sah menjadi tunang Ahmad Nur Hakim. Pada mulanya Ahmad Nur Hakim inginkan pertunangan serentak dengan hari pernikahan namun Nurul Ain tidak mahu kerana ingin merasa nikmat bertunang biarpun seketika.. Mereka bertunang hanya hanya untuk dua bulan. Orang tua-tua kata tempoh waktu bertunang ni tempoh yang kritikal. Banyak dugaan yang terpaksa dilalui. Maklumlah darah manis, mudah-mudahan ada kebahagiaan buat mereka.
“Ain.. kau dah buat persiapan untuk perkahwinan kau Ain?” Tanya Zaki Aryan sewaktu mereka menikmati makan tengahari.
“Adalah sikit Zaki.. kau?”
“Aku!!”
“Ya lah kau? Habis tu sapa? Kau jangan nak berlawak boleh tak?”
“Aku biasa-biasa je. Semua tunang aku buat, aku ni mana tahu buat semua benda ni.. Ala Ain aku ni kan anak lelaki tunggal bongsu pulak tu..bisa diatur oleh kakak, abang ipar dan mak bapak aku tolong.. tak cukup nenek aku pun turun padang.”
“Wah? Meriah sungguh.. anak bongsu lah katakan…. Yang nak kahwin tu engkau bukan family engkau.. Kalau akulah lelaki aku mesti nak uruskan semuanya sendiri.. aku yang perempuan ni pun banyak uruskan sendiri.. aku kalau boleh nak semua benda aku buat tapi tak mungkin kan..”
“Hakim macam mana?”
“Macam mana apanya..?”
“Maksud aku.. keadaan kau dan Hakim.. maklum pilihan keluarga..”
“Macam biasa.. aku terima dia seadanya.. terima kekurangan dan kelebihan dia.. Kita tak tahu apa yang Allah akan berikan pada aku nanti. Setiap satu kejadian di muka bumi ini ada sebab musababnya.. aku kena terima ketentuan Illahi.. mungkin ada hikmah yang tersembunyi.. Biarpun pada awalnya agak sukar untuk aku suaikan diri namun aku tetap mencuba.. Alhamdulillah aku dah sampai ke tahap ini..”
“Kau cintakan dia?”
“Cinta itu boleh di pupuk dan disemai.. Biarlah masa yang menentukan.. Aku harapkan aku boleh menyintai sebagaimana aku cintakan diri aku sendiri.. moga Allah sentiasa melindungi kami..”
“Kiranya kau ni dah pasrah ke Ain?”
“Aku tak pasrah.. aku terima ketentuan Allah yang telah ditakdirkan untuk aku.. Kau tahu sebuah perkahwinan yang di bina perlu ada restu dari orang tua kita.. Kalau kita tak mendapat restu kita tak kan bahagia.. aku harap kau faham penjelasan aku..”
“Yup.. aku dah faham Ain.. Aku harap kau bahagia hingga ke akhir hayat…”
“Aku harap kau pun sama Zaki.. Kita harus mencari kebahagiaan dalam hidup kita.. Bahagia menikmati cinta..”
“Wow! Sejak bila kau pandai menjiwang ni?”
“Sejak aku mengenali Ahmad Nur Hakim yang romantik dan sentiasa penuh ayat bunga-bunga untuk aku.”
“Mat bunga ke tunang kau tu? Sesuai…”
“Sikitlah..”
Mereka dua tergelak sendiri, semoga persahabatan ini kekal sampai bila-bila.
“Ain dah locenglah!”
“Ya lo.. habislah aku.. pukul 2 ada meeting kat HQ. Ni kau punya pasallah.”
            Alamak macam mana ni.. Nurul Ain dengan kelam kabutnya berlalu.. hanya gelengan yang mampu Zaki Aryan mengiringi pemergian Nurul Ain. Kawan sepejabat dan juga kawan yang berkongsi segala suka dan duka..

“Asslamualaikum.. sayang buat apa? Sibuk?”
“Walaikumussalam.. buat kerja la.. nak buat apa lagi.. sibuk sikit je.. Hakim sihat?”
“Alhamdulillah.. sihat sayang. Hakim rindulah.. lama tak jumpa malam ni boleh kita keluar?”
“Malam ni ya.. ok je..”
“Hakim ambil sayang ya?”
“Tak pelah.. jauh nanti Hakim nak balik semula nanti.. kita jumpa kat Danga Bay je ya.. Ain bawa kereta sendiri.. Pukul 8.30 malam ok ke?”
“Kalau dah itu kata sayang.. Hakim ikut je..”
“Ok.. jumpa malam nanti.. Assalamualaikum..”
“Walaikumussalam…”
            Nurul Ain mengemas mejanya yang bersepah, balik awal gamaknya hari ini.. banyak sikit kerja sejak akhir-akhir ini… Zaki Aryan sudah bercuti kahwin.. maklum lagi dua hari nak menikah.. Kerja-kerja  Zaki Aryan mereka bahagikan sama rata sesama rakan ofis.. Nasib baik dia tak kahwin serentak dengan Zaki Aryan kalau tak.. kelam kabut mereka.
            Saat Nurul Ain sampai ke Danga Bay, dalam kereta lagi dia sudah nampak Ahmad Nur Hakim bersandar di kereta Toyota Viosnya.. Bila terpandang saja kereta Nurul Ain senyum Ahmad Nur Hakim semakin lebar….
“Cantik sayang malam ni…?” Sapa Ahmad Nur Hakim..
“Assalamualaikum..”
“Opss sorry.. walaikumussalam.. excited sangat sampai lupa bagi salam..”
“Tak pe.. faham..”
“Rindunya dengan sayang.. lamanya nak tunggu bulan depan….”
“Tak lama Hakim.. pejam celik.. pejam celik dah sampai masanya..”
“Sayang.. jom.. kita makan kat Beach Club sambil mendengar Live Band..”
“Jom..”
            Mereka menikmati makan malam dengan cukup romantis di tepi laut berbumbungkan awan dengan liuk lintuk api lilin di tiup bayu laut bertemankan bulan dan bintang.. Suasana yang membahagiakan bagi pasangan yang bercinta.. Biar hati yang berbicara.. menceritakan segalanya.. mata merenung hati berbisik dengan nada gemersik.. Di dada ada taman yang penuh dengan bunga yang sedang mekar dan rama-rama turut berterbangan riang..
            Deruan ombak yang menghempas pantai cukup mendamaikan.. Indah.. Tenang menemani mereka.. sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Angin malam yang menderu menambah keindahan.. kelihatan kelip lampu dari kelong yang berada di tengah lautan.. Indahnya..

            “Sayang.. Selamat pengantin baru..” ungkapan Ahmad Nur Hakim saat menyarungkan cincin pernikahan mereka…
“Abang.. selamat pengantin baru untuk abang juga..” bisik Nurul Ain lembut…
            Bagai air yang mengalir kata-kata Nurul Ain menyejukkan dada Ahmad Nur Hakim, cukup bahagia dia disaat ini.. Satu kucupan lembut menyentuh ubun-ubun Nurul Ain.. syahdunya…
“Ain, udahlah tu.. nak syahdu-sedan.. cik abang tu dah jadi milik engkau.. jangan kau lupa kami ni.. kami pun nak interframe kat majlis kau ni.. nak juga ambil gambar..” Atilia mengusik Nurul Ain yang menjadi raja sehari hari ini.. Yo lah… untunglah…
“Lia! Kau sinilah.. jangan malu-malu aku ok je..”
“Hai! Pengantin mana boleh jerit-jerit dia kena sopan santun.. aku tak malu pun.. Zaki marilah ajak isteri kau sekali.. Bila lagi nak interframe..”
            Zaki Aryan hanya tersenyum saja sambil menarik tangan isteri yang baru dikahwini.. dia bahagia apa yang dilalui kini.. Tiga sahabat suka dan duka akhirnya masing-masing bertemu pasangan sehati sejiwa..
            Nurul Ain berdiri di tepi tingkap membiarkan agin malam meyapa lembut wajahnya.. Kini dia sudah menjadi milik Ahmad Nur Hakim yang sah.. Tidak sangka akhirnya dia berkahwin atas pilihan keluarga.. Namun dia bahagia, sewaktu dia dinikahkan pagi tadi dia telah menyerahkan seluruh jiwanya pada suami tercinta Ahmad Nur Hakim…
“Sayang tak tidur lagi?” Lamunan Nurul Ain terus hilang entah kemana..
“Tak.. tunggu abang..”
“Emmm.. sayang terima kasih kerana sudi jadi isteri abang, ibu pada anak-anak abang, semoga kita bahagia hingga ke akhir hayat..”
“Ain pun.. nak ucap terima kasih untuk abang.. sebab sudi terima Ain seadanya..”
“Yup.. sama-sama kasih sayang.. jom kita tidur dah lewat ni..”
            Perlahan-lahan Ahmad Nur Hakim mencepung Nurul Ain dan dibawa ke katil.. Nurul Ain merelakan segalanya dengan kata-kata lafaz Bismillah dan doa mereka melayari bahtera cinta yang baru dibina.. memaknakan ikatan cinta suci mereka..

            “Hai.. pengantin baru.. awal hari ini.. dah puas berbulan madu…”usikan nakal menyambut Nurul Ain sewaktu memasuki pejabat.. Siapa lagi kalau bukan suara nakal Zaki Aryan..
“Kau ni Zaki pandai je.. nak umpat aku.. kau pun masih dalam mood bulan madu.. lagi nak mengata aku.. pigi dah..”
“Aku pengantin baru dah lama sikit.. kau tu yang masih berada dalam khayalan.. jangan kau ingat aku ni laki kau sudah..”
“Banyaklah kau.. Zaki ada apa-apa kerja untuk aku settlekan tak? Mesti kau susah masa aku tak ada kan?”
“Tak ada maknanya.. aku kan superhero kau..semua dah beres.. nanti aku update kau ya..”
“Zaki.. kau ada dengar cerita tak yang ada antara kita ni kena transfer cawangan baru kat Penang?”
“Aku yang kena transfer…” selamba Zaki Aryan menjawab.
“Kau biar betul Zaki.. kau jangan main-main.. kang aku cepuk kau kang lau kau main-mainkan aku..”
“Buat apa aku nak tipu kau kau.. nak main-mainkan kau.. tak ada faedah aku dapat..aku pun baru tahu last week.. jumaat.”
“Habis tu bila kau kena lapor diri?”
“Bulan depan.. dua minggu dari sekarang..”
“Cepatnya.. persiapan kau macam mana?”
“Aku tak siapkan apa lagi.. Company bagi aku rumah. Wife aku pun ada kat Kedah lagi. Nasib baik dia belum minta tukar kat sini… Kedah dan Penang tak jauh…”
“Wife kau kerja kat mana?”
“Pensyarah kat Kolej Mara Kulim.. habis study terus dia mengajar kat sana..”
“Oh.. tak pelah kalau macam tu tak yah kau pening sangat.”
“Tapi kan Ain.. aku sedih.. dah lama aku bekerja kat sini.. Kau tahu kan walaupun kita hanya dua orang je melayu kat jabatan ni tapi dia orang tak pernah pinggirkan kita.. kita dah macam big family..”
“Zaki.. ini lumrah kehidupan.. setiap pertemuan ada perpisahan.. Cuma aku harap persahabatan kita tidak berakhir di sini… kaulah kawan aku paling best biarpun kau tu.. teramatlah poyonya..”
“Bukan kau kata poyo tu cantik..?”
“Pirah!.. perasan tul.. apapun good luck untuk kau ya…”
“Sama dengan kau.. aku pun tak yah susah hati lagi sebab kau dah ada yang jaga.. jadi aku boleh pergi dengan aman.. aku sayang kau Ain..”
“Yo.. la.. aku pun sayang kau juga…”
            Suasana terus sepi hanya kedengaran ketukan jari di keyboard komputer dan klik mouse sahaja..

No comments:

Post a Comment